SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 8
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Isbal
                            (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)
                                       disusun oleh Abu Haniff


Apakah melabuhkan pakaian ke bawah buku lali, atau perbuatan isbal adalah
sesuatu yang salah. Boleh dikatakan semua orang melakukannya. Ustaz-ustaz
melakukannya, pak haji-pak haji melakukannya. Maka, di manakah salahnya isbal
itu. Mungkin yang tak boleh tu hanyalah semasa solat sahaja. Di waktu yang lain,
kalau melakukannya bukan kerana sombong tidaklah menjadi masalah. Demikianlah
sikap kebanyakan orang terhadap isbal. Bahkan orang yang tidak mengisbalkan
pakaian mereka yang dipersenda-sendakan, walhal Rasulullah s.a.w. telah melarang
keras perbuatan isbal sama ada dilakukan kerana sombong atau tidak, di dalam
solat atau bukan di dalam solat.

   Dari A'la bin Abdul Rahman, dari ayahnya, dia berkata bahawa dia pernah menyoal Abi Said
   Al-Khudri r.a. tentang izar, lalu Abi Said menjawab, "Terhadap orang yang maklum, engkau
   bertanya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Izar seorang muslim itu ialah sampai ke separuh
   kaki, dan bukanlah satu kesalahan atau satu dosa terhadap apa yang di antara separuh kaki
   dengan dua buku lali. Dan apa yang lebih rendah dari dua buku lali, maka ia adalah di dalam
   neraka. Barang siapa yang mengheret izarnya dengan sombong, Allah tidak akan melihat
   kepadanya' ". (Abu Daud, Malik, An-Nasa’i, Ibnu Majah)

Daripada hadis ini sahaja sudah terdapat segala apa yang perlu diketahui tentang
isbal. Mula-mulanya Rasulullah s.a.w. memberi penjelasan tentang batasan labuh
pakaian seseorang muslim. Kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang
hukuman-hukuman terhadap 2 jenis orang yang melakukan isbal. Terhadap jenis
yang pertama, iaitu orang yang melakukan isbal secara mutlak, yakni yang
melakukan isbal bukan kerana sombong, maka hukuman terhadapnya ialah apa
yang lebih rendah dari dua buku lali, maka ia adalah di dalam neraka, yakni anggota
tubuh yang berada di bawah buku lali yang ditutupi oleh pakaian seseorang itu
adalah di dalam neraka. Dan terhadap jenis yang kedua, iaitu yang melakukan isbal
dengan sombong, maka hukumannya tersangatlah berat, di mana Allah tidak akan
melihat kepadanya di akhirat kelak, yakni Allah tidak akan mempedulikannya di
akhirat kelak.
Dari satu hadis ini sahaja sudah menjadi jelas bahawa perbuatan isbal itu adalah
sesuatu yang dilarang sama ada dilakukan bukan kerana sombong atau dilakukan
kerana sombong. Dan di dalam hadis ini tidaklah Rasulullah s.a.w. mengkhususkan
larangan itu hanya semasa solat. Bermakna perbuatan isbal dilarang untuk semua
keadaan.
Walau bagaimanapun memang terdapat hadis-hadis yang mengancam secara
khusus orang yang melakukan isbal kerana sombong ketika solat.

   Dari Ibnu Mas'ud r.a., dia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
   'Barang siapa yang mengisbalkan izarnya di dalam solat kerana sombong, maka tiadalah dari
   Allah sesuatu yang halal dan tiadalah juga sesuatu yang haram"'. (Abu Daud)

   Dari Abdullah bin 'Amr, dari Rasulullah s.a.w., dia bersabda, "Allah tidak akan melihat kepada
   solat seorang lelaki yang mengheret izarnya kerana sombong". (Ibnu Khuzaimah)

Dengan itu, sekiranya seseorang itu merasakan bahawa dirinya melakukan isbal
bukan kerana sombong, dan ia kebal dari ancaman Rasulullah s.a.w. bagi
orang-orang yang melakukan isbal bukan kerana sombong bahawa anggota
tubuhnya yang berada di bawah buku lali yang ditutupi oleh pakaiannya adalah di
dalam neraka, maka bolehlah ia mengisbalkan pakaiannya ketika solat, dan tidaklah
perlu ia bersusah payah menggulung kaki seluarnya ketika solat, walhal Rasulullah
s.a.w. juga melarang perbuatan mengumpulkan atau menggulungkan pakaian dan
rambut ketika solat.
Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, "Aku telah diperintahkan bahawa aku
   sujud di alas 7 anggota tubuh, tidaklah aku menggulung pakaian dan tidak juga rambut".
   (Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah)

Di dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata, "Para ulama telah
bersepakat mengenai larangan mengerjakan solat dengan menggulung pakaian,
mengikat rambut, atau perkara yang serupa. Semua yang disebutkan itu merupakan
sesuatu yang dilarang. Kedudukan larangan ini adalah sebagai makruh tanzih, iaitu
makruh yang mendekati hukum boleh. Sekiranya seseorang mengerjakan solat di
dalam keadaan seperti ini, maka ia dianggap telah melakukan suatu perbuatan yang
buruk, dan solatnya tetap dianggap sah".
Walau bagaimanapun, walaupun dikatakan menggulung pakaian itu hukumnya
makruh tanzih, tetapi zahirnya adalah haram, dan tidak ada dalil yang memalingkan
dari hukum haram. Sedemikianlah Ibnu Khuzaimah telah menulis di dalam "Bab
Larangan Menggulung Pakaian Di Dalam Solat", di dalam Sahihnya. Sambungan
dari kitab Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata, "Hal larangan ini menurut
At-Tabari adalah sebagai ijmak ulama. Sedang Ibnu Munzir telah menukil dari Hasan
AI-Basri bahawa barang siapa yang mengerjakan solat dengan keadaan seperti itu,
maka ia harus mengulangi solatnya".
Sesungguhnya orang-orang yang mengisbalkan seluar atau jubahnya, maka tiadalah
pilihan baginya melainkan ia mengerat kaki seluar atau jubahnya sehingga ke atas
buku lalinya, dan orang-orang yang mengisbalkan kain sarungnya, maka terpaksalah
ia mengangkat kain sarungnya.

Daripada perbincangan ringkas di atas telah jelas bahawa isbal itu dilarang sama
ada kerana sombong atau tidak, dan sama ada ketika solat atau tidak. Kemudian,
orang-orang yang membolehkan isbal, mereka mengemukakan hujah popular
mereka dari hadis Ibnu Umar r.a. di mana terdapat di dalam hadis tersebut sabda
Rasulullah s.a.w. kepada Abu Bakar r.a., "Tidaklah engkau tergolong dari kalangan
orang-orang yang melakukannya kerana sombong". Dengan itu, mereka mendakwa
bahawa isbal itu tidak mengapa sekiranya dilakukan bukan kerana sombong.

   Dari lbnu Umar r.a., dia berkata, "Aku pernah masuk menemui Rasulullah s.a.w., dan kain
   izarku berbunyi berdetar-detar. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, 'Siapakah ini'. Aku menjawab,
   'Abdullah bin Umar’. Rasulullah s.a.w. bersabda 'Jika adalah engkau seorang hamba Allah,
   maka angkatlah izarmu'. Maka aku mengangkat. Dan Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Tambah
   lagi'. Maka aku mengangkatnya sehingga ia mencapai setengah betis". Maka sedemikianlah
   dia memakai izarnya sehingga dia meninggal dunia. "Kemudian Rasulullah s.a.w. menoleh ke
   Abu Bakar, lalu bersabda, 'Orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong, tidaklah Allah
   akan melihat kepadanya pada hari kiamat kelak'. Maka Abu Bakar berkata, 'Sesungguhnya
   izarku kadang-kadang menjadi longgar'. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Tidaklah engkau
   tergolong dari kalangan mereka' ". Di dalam satu riwayat, "Tidaklah engkau tergolong dari
   kalangan orang-orang yang melakukan yang demikian itu kerana sombong, (Ahmad, Abdur
   Razzaq dan selain keduanya. Al-Albani mengatakan sanadnya sahih sesuai dengan syarat Bukhari dan
   Muslim).

   Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, "Orang yang mengheret pakaiannya
   kerana sombong, tidaklah Allah akan melihat kepadanya pada hari kiamat kelak". Lalu Abu
   Bakar r.a. berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya salah satu dari sisi izarku menjadi
   longgar melainkan bahawa aku menjaga yang demikian itu dari berlaku". Maka Nabi s.a.w.
   bersabda, "Tidaklah engkau tergolong dari kalangan orang-orang yang melakukannya kerana
   sombong, (Bukhari)

Orang-orang yang cuba menghalalkan isbal seolah-olah berkata bahawa Abu Bakar
r.a. adalah seorang yang mengamalkan isbal tetapi dia melakukan sedemikian bukan
kerana sombong. Yakni mereka juga beranggapan bahawa Abu Bakar r.a. tidak
mengikut contoh Rasulullah s.a.w. yang memakai izarnya hingga ke separuh
betisnya. Sesungguhnya bukanlah sedemikian halnya. Jauh sekali seorang sahabat
seperti Abu Bakar r.a. mengingkari Rasulullah s.a.w. di dalam masalah isbal. Jelas
daripada dua hadis di atas bahawa Abu Bakar r.a. tidak melakukan isbal, tetapi salah
satu dari sisi izarnya telah terlondeh. Isbal yang berlaku terhadap Abu Bakar r.a.
adalah dengan tidak sengaja. Bukanlah Abu Bakar r.a. seorang yang mengamalkan
isbal. Dengan itu, dapatlah difahamkan dari hadis-hadis di atas bahawa apa yang
dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Bakar r.a. ialah, "Tidaklah
engkau tergolong dari kalangan orang-orang yang melakukannya kerana sombong,
tetapi engkau telah melakukannya dengan tidak sengaja. Dengan itu, engkau
dimaafkan"

Daripada hadis lbnu Umar r.a. yang pertama, mula-mula Rasulullah s.a.w. telah
memerintahkan Ibnu Umar r.a., yang pada masa itu mengisbalkan pakaiannya,
supaya mengangkatkan pakaiannya. Maka apakah seorang sahabat terkemuka
seperti Ibnu Umar r.a. telah melakukan isbal kerana sombong. Sekiranya Ibnu Umar
r.a. telah melakukan isbal kerana sombong, tentu sekali Rasulullah s.a.w. telah
bersabdakan sedemikian, tetapi Rasulullah s.a.w. hanya bersabda, "Jika adalah
engkau seorang hamba Allah", yakni jika engkau seorang hamba Allah yang takut
dan taat kepadaNya. Kemudian lbnu Umar r.a. terus mengangkat pakaiannya
dengan tidak membantah sedikit pun. Sekiranya Ibnu Umar r.a. telah melakukan
isbal kerana sombong tentulah dia telah membantah terlebih dahulu sebelum akur
kepada perintah itu, sebagaimana lazim kelakuan seorang yang sombong.
Sedangkan orang-orang yang melakukan isbal yang mendakwa mereka
melakukannya bukan kerana sombong, mereka bukan main lagi membantah,
melenting, dan mengemukakan bermacam-macam alasan apabila ditegur tentang
perbuatannya melakukan isbal.

Daripada hadis-hadis Ibnu Umar r.a. di atas, telah jelas bahawa isbal yang berlaku
terhadap Abu Bakar r.a. adalah kerana dengan tidak sengaja. Dan demikianlah juga
di dalam keadaan yang terdesak dan sebagainya, maka tidaklah mengapa
melakukan isbal, sehinggakan s.a.w. di dalam terburu-buru untuk ke masjid,
Rasulullah s.a.w. sendiri telah melakukan isbal.

   Dari Abu Bakrah r.a., dia berkata, "Matahari menjadi gerhana sedang kami bersama-sama
   Nabi s.a.w.. Lalu Rasulullah s.a.w. bangun mengheret pakaiannya dengan tergesa-gesa
   sehingga dia tiba ke masjid. Dan orang ramai kembali ke masjid. Maka Rasulullah s.a.w.
   menunaikan dua rakaat, dan matahari muncul. Kemudian Rasulullah s.a.w. menghadap
   kepada kami dan bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah tanda-tanda di
   antara tanda-tanda Allah. Lalu apabila kamu melihat darinya apa-apa pun, maka kamu
   bersolatlah dan berdoalah kepada Allah sehingga Dia menghilangkannya". (Bukhari)

Demikianlah di dalam keadaan yang tergesa-gesa seperti yang telah terjadi kepada
Rasulullah s.a.w., maka tidaklah mengapa melakukan isbal. Di dalam keadaan selain
itu tidaklah Rasulullah s.a.w. melakukan isbal. Dan Rasulullah s.a.w. sentiasa
memakai izarnya sampai separuh kakinya atau betisnya.

   Dari Ubaid bin Khalid r.a., dia berkata, "Pernah aku berjalan dan aku memakai jubah yang aku
   mengheretnya. Lalu seorang lelaki berkata kepadaku, 'Angkatkanlah pakaianmu, kerana
   sesungguhnya ia adalah lebih lama bertahan dan juga lebih bersih'. Maka aku melihat dan
   ternyata dia ialah Nabi s.a.w., lalu aku berkata, 'Hanya sanya ia adalah satu jubah yang
   berkotak-kotak, di mana di dalamnya terdapat garis hitam dan putih'. Maka Nabi s.a.w.
   bersabda, 'Adapun bagimu padaku ialah teladan' ". Ubaid bin Khalid berkata, "Lalu aku melihat
   dan ternyata izarnya sampai separuh kakinya". (Ahmad, At-Tirmizi, An-Nasa’i. AI-Albani mengatakan hadis
   ini sahih)

   Dari Uthman r.a., dia berkata, "Sesungguhnya izar Nabi s.a.w. adalah sampai separuh
   kakinya". (At-Tirmizi di dalam As-Syamail. Al-Albani mengatakan hadis ini sahih)

Kalaulah sekiranya isbal itu dibenarkan bagi orang-orang yang melakukannya bukan
kerana sombong, sudah tentu Rasulullah s.a.w. telah melakukannya, atau apakah
ada pada Rasulullah s.a.w. sifat sombong jika dia melakukan isbal. Sesungguhnya
bukanlah begitu, tetapi Rasulullah s.a.w. tidak melakukan isbal kerana perbuatan itu
tergolong daripada kesombongan.

   Dari Abu Jurayy bin Sulaim, dari Rasulullah s.a.w., dia bersabda, "Angkatkanlah izarmu
   sehinqga separuh kaki. Dan jika engkau tidak mahu, maka sehingga ke buku lali. Dan
   berwaspadalah dari mengisbalkan izar, kerana sesungguhnya ia adalah tergolong daripada
   kesombongan. Dan sesungguhnya Allah tidak menyukai kesombongan. (Abu Daud, At-Tirmizi,
   Ahmad, Ibnu Hibban)

Dari hadis di atas, sesungguhnya amat jelas bahawa isbal adalah satu simbol
kesombongan, dan tidaklah orang yang memiliki walaupun seberat zarah dan
kesombongan melainkan tercegahlah ia dari memasuki syurga.

   Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, tidak masuk syurga sesiapa yang
   ada di dalam hatinya seberat zarah dari kesombongan". Seorang lelaki berkata,
   "Sesungguhnya seorang lelaki, ia menyukai agar pakaiannya cantik dan kasutnya cantik".
   Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah anggun, Dia menyukai keanggunan.
   Kesombongan itu ialah kecuaian terhadap yang hak dan memandang rendah terhadap
   manusia". (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah)

   Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., dia berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Tidak masuk
   neraka seseorang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari keimanan. Dan tidak masuk
   syurga seseorang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan". (Muslim, Abu
   Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah)

Dan juga Rasulullah s.a.w. tidak melakukan isbal kerana perbuatan itu tidak disukai
oleh Allah.

   Dari Al-Mughirah bin Syu'bah, dia berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Wahai Sufian
   bin Sahl, janganlah engkau melakukan isbal kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang
   yang melakukan isbal". (Ibnu Majah)

Dengan itu, tidaklah benar mengatakan bahawa isbal itu haram apabila bermaksud
sombong tetapi tidak mengapa apabila tidak bermaksud sombong. Sesungguhnya
isbal dilarang sama ada dilakukan dengan sombong atau tidak. Dan terdapat banyak
hadis-hadis di mana Rasulullah s.a.w. melarang isbal tanpa mengaitkannya dengan
kesombongan.

   Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Apa yang lebih rendah dari dua
   buku lali dari izar, maka di dalam neraka". (Bukhari, An-Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

   Dari Abu Zar r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, "Tiga golongan, Allah 'Tidak akan berbicara
   kepada mereka pada hari kiamat, dan tidaklah Dia akan melihat kepada mereka, dan tidaklah
   disucikan mereka itu. Dan bagi mereka ialah azab yang menyakitkan". Perawi berkata, "Lalu
   Rasulullah s.a.w. membacanya sebanyak 3 kali". Abu Zar r.a. berkata "Mereka menjadi
   kecewa dan mereka menjadi terpedaya. Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w.".
   Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang melakukan isbal, orang yang menyebut-menyebut
   pemberian yang telah diberi, dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu".
   (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah)

Di dalam kedua-dua hadis di atas, tidaklah Rasulullah s.a.w. mengaitkan isbal
dengan kesombongan.

   Dari Qais bin Basyir Al-Taghlabi, dia menceritakan bahawa ayahnya, seorang sahabat Abu
   Darda', pernah menceritakan kepadanya: Adalah di Damaskus terdapat seorang lelaki dari
   kalangan sahabat Nabi s.a.w. yang dikenali sebagai lbnu Hanzaliyah. Dan adalah dia seorang
   lelaki yang suka bersendirian. Jarang sekali dia duduk bersama-sama dengan orang lain.
   Hanya sanya dia solat. Dan apabila dia selesa;, maka hanya sanya dia bertasbih dan bertakbir
   sehinggalah dia datang kepada keluarganya. Lalu pernah dia melewati kami sedang kami
   bersama-sama dengan Abu Darda'. Lalu Abu Darda' berkata kepadanya, "Katakanlah satu
   kalimat yang memberi manfaat kepada kami tetapi tidaklah menyulitkan engkau". lbnu
   Hanzaliyah berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah mengirim satu kontinjen dan kontinjen itu
   kembali. Lalu seorang lelaki di antara mereka datang dan ia duduk di dalam majlis yang
   Rasulullah s.a.w. berada di dalamnya. Lalu lelaki itu berkata kepada seorang lelaki lain di
   tepinya, 'Kalaulah engkau telah melihat kami semasa kami bertemu dengan musuh, lalu si
Fulan menyerang dan menusuk dengan lembing'. Maka si Fulan itu berkata, 'Ambillah ia
   dariku, dan aku adalah seorang remaja kaum Ghifar. Bagaimana engkau melihat tentang
   kata-katanya'. Lelaki kedua menjawab, "Tiadalah yang lihat melainkan telah menjadi sia-sialah
   pahalanya'. Maka seorang lagi lelaki yang lain mendengar dengan yang demikian itu, lalu ia
   berkata, 'Tiadalah aku melihat dengan yang demikian itu sebagai sesuatu yang buruk'. Lalu
   mereka saling bertikai sehingga Rasulullah s.a.w. mendengar, lalu dia bersabda, 'Maha Suci
   Allah, tidak mengapa bahawa ia diberi ganjaran dan dipuji' ". Maka aku melihat Abu Darda'
   merasa girang dengan yang demikian itu dan menjadikan dia mengangkat kepalanya kepada
   lbnu Hanzaliyah dan berkata, "Apakah engkau mendengar yang demikian itu dari Rasulullah
   s.a.w.". Maka Ibnu Hanzaliyah menjawab, "Ya". Dan Abu Darda' berterusan mengulangi
   bertanya kepada Ibnu Hanzaliyah sehinggakan sesungguhnya aku benar-benar akan berkata,
   "Pastinya Abu Darda' akan melutut di atas kedua lututnya". Ayah Qais bin Basyir berkata,
   "Kemudian Ibnu Hanzaliyah melewati kami pada suatu hari yang lain. Maka Abu Darda'
   berkata kepadanya, "Katakanlah satu kalimat yang memberi manfaat kepada kami tetapi
   tidaklah menyulitkan engkau". Ibnu Hanzaliyah berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
   kepada kami, 'Orang yang menafkahkan untuk kuda jihad adalah seumpama orang yang
   menghulur kedua tangan dengan sedekah tanpa ia menariknya kembali". Kemudian Ibnu
   Hanzaliyah melewati kami pada suatu hari yang lain, lalu Abu Darda' berkata kepadanya,
   "Katakanlah satu kalimat yang memberi manfaat kepada kami tetapi tidaklah menyulitkan
   engkau", lbnu Hanzaliyah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Khuraim Al-Asadi
   adalah seorang lelaki yang sangat baik kalaulah tidak kerana kepanjangan rambutnya,
   dan isbal izarnya'. Maka yang demikian itu sampai kepada Khuraim, lalu dia bertindak
   dengan segera. Maka dia mengambil sebilah pisau lalu dia memotong dengannya
   rambutnya hingga ke kedua telinganya, dan dia mengangkat izarnya sampai ke separuh
   kakinya". "Kemudian Ibnu Hanzaliyah melewati kami pada suatu hari yang lain, lalu Abu
   Darda' berkata kepadanya, "Katakanlah satu kalimat yang memberi manfaat kepada kami
   tetapi tidaklah menyulitkan engkau". Ibnu Hanzaliyah berkata, "Aku pernah mendengar
   Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sesungguhnya kamu akan pergi kepada saudara-saudara kamu.
   Oleh itu perbaguskanlah kenderaan kamu dan perbaguskanlah pakaian kamu sehingga kamu
   menjadi seolah-olah kamu adalah titik kecantikan di tengah-tengah manusia. Sesungguhnya
   Allah tidak menyukai kelucahan dan tidak juga perlakuan yang lucah' “. (Abu Daud)

Di dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. telah memperakui akan kebaikan Khuraim Al
Asadi. Maka tidaklah mungkin Khuraim melakukan isbal kerana sombong, kerana
sekiranya terdapat sifat kesombongan pada Khuraim, tentulah Rasulullah s.a.w. tidak
mengatakan dia adalah seorang yang sangat baik.

   Dari Abu Umamah r.a., dia berkata, "Tatkala kami bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba Amru
   bin Zurarah Al-Ansari menyusuli kami dengan memakai izar dan jubah yang isbal. Maka
   Rasulullah menyingsingkan hujung pakaian Amru bin Zurarah dan merendah diri kepada Allah
   lalu bersabda, "HambaMu, dan anak hambaMu, dan anak hamba perempuanmu". Sehingga
   Amru mendengarnya, lalu dia berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya aku, kedua
   kakiku kurus". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Amru sesungguhnya Allah telah
   membuat cantik sesuatu ciptaanNya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
   melakukan isbal". (At-Tabrani)

Di dalam kitab Fathul Baari, Ibnu Hajar berkata "Zahir hadis ini menunjukkan bahawa
Amru tidak bermaksud melakukan isbal kerana sombong. Walaupun begitu dia telah
dilarang oleh Rasulullah untuk melakukannya, kerana pada isbal itu terdapat
kesombongan"

Kemudian, orang-orang yang berpengetahuan dari kalangan orang-orang yang
membolehkan isbal jika dilakukan tanpa sombong, mereka membolehkannya dengan
hujah dari usul fikah yang mengatakan bahawa membawa yang mutlak, atau yang
tidak terbatas, kepada yang muqayyad, atau yang terbatas, adalah wajib hukumnya.
Dan yang mutlak itu boleh dibawa kepada yang muqayyad dengan syarat hukum
bagi keduanya adalah sama walaupun sebabnya berbeza.

Di dalam hadis berikut diriwayatkan bahawa Allah tidak akan melihat kepada orang
yang melakukan isbal kerana sombong.
Dari lbnu Umar r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Allah tidak akan
   melihat kepada orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong". (Bukhari, Muslim,
   At-Tirmizi, Ahmad)

Dan di dalam hadis berikut diriwayatkan bahawa Allah tidak akan melihat kepada
orang yang melakukan isbal secara mutlak, atau melakukan isbal dengan tidak
disebutkan sebabnya.

   Dari Abu Zar r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, "Tiga golongan, Allah tidak akan berbicara
   kepada mereka pada hari kiamat, dan tidaklah Dia akan melihat kepada mereka, dan tidaklah
   disucikan mereka itu. Dan bagi mereka ialah azab yang menyakitkan". Perawi berkata, "Lalu
   Rasulullah s.a.w. membacanya sebanyak 3 kali". Abu Zar r.a. berkata, Mereka menjadi
   kecewa dan mereka menjadi terpedaya. Siapakah mereka itu Wahai Rasulullah s.a.w.".
   Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang melakukan isbal, dan orang yang
   menyebut-menyebut pemberian yang telah diberi, dan orang yang melariskan dagangannya
   dengan sumpah palsu". (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah)

Di dalam kedua-dua hadis tersebut, hukum bagi orang yang melakukan isbal adalah
sama, iaitu Allah tidak akan melihat kepada mereka. Dengan itu, kedua hadis itu
dapatlah dimuqayyadkan, kerana hukum yang terdapat di dalam kedua-dua hadis itu
adalah sama walaupun sebabnya berbeza. Maka orang yang melakukan isbal yang
dimaksudkan di dalam hadis kedua dapatlah diterima sebagai orang yang melakukan
isbal dengan sombong.

Dan dengan itu, segala hadis tentang isbal yang menyebutkan hukumnya sebagai
Allah tidak akan melihat kepada pelaku, maka dapatlah diterima bahawa isbal itu
dilakukan kerana sombong, sekalipun disebutkan isbal itu dilakukan secara mutlak.

Tetapi terdapat juga hadis-hadis yang menyebutkan hukuman terhadap orang yang
melakukan isbal bukanlah sebagai Allah tidak akan melihat kepada orang yang
melakukan isbal itu, seperti di dalam hadis di bawah yang menyebutkan
hukumannya sebagai apa yang lebih rendah dari dua buku lali daripada izar adalah
di dalam neraka.

   Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Apa yang lebih rendah dari dua
   buku lali dari izar, maka di dalam neraka". (Bukhari, An-Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

Yakni anggota tubuh yang berada di bawah buku lali yang ditutupi oleh pakaian
seseorang itu adalah di dalam neraka. Atau maknanya, bahagian kaki orang yang
melakukan isbal yang di bawah buku lali akan diazab di neraka.
Dan hadis tersebut juga tidak menyebut perihal melakukan isbal itu kerana sombong.
Maka, di dalam keadaan sebegini, apakah boleh ditaqyidkan juga orang yang
melakukan isbal kepada melakukannya kerana sombong. Tentu sekali tidak, kerana
hukuman 'bahagian kaki orang yang melakukan isbal yang di bawah buku lali itu
akan diazab di neraka' berbeza dengan hukuman 'Allah tidak akan melihat kepada
orang yang melakukan isbal'.

Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkan kedua-dua jenis isbal
sekali gus di dalam sebuah hadis sahaja, iaitu isbal yang dilakukan secara mutlak
dan isbal yang dilakukan kerana sombong.

   Dari A'la bin Abdul Rahman, dari ayahnya, dia berkata bahawa dia pernah menyoal Abi Said
   Al-Khudri r.a. tentang izar, lalu Abi Said menjawab, "Terhadap orang yang maklum, engkau
   bertanya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Izar seorang muslim itu ialah sampai ke separuh
   kaki, dan bukanlah satu kesalahan atau satu dosa terhadap apa yang di antara separuh kaki
   dengan dua buku lali. Dan apa yang lebih rendah dari dua buku lali, maka ia adalah di dalam
   neraka. Barang siapa yang mengheret izarnya dengan sombong, Allah tidak akan melihat
   kepadanya' ". (Abu Daud, Malik, An-Nasa’I, Ibnu Majah)
Di dalam hadis ini juga Rasulullah s.a.w. menjelaskan perbezaan hukuman di antara
kedua jenis isbal, sebab ancaman di antara keduanya berbeza. Kedua jenis isbal itu
berbeza di dalam perbuatan, dan berbeza pula hukumannya, dan berbeza juga di
dalam ancamannya.
Orang yang melakukan isbal kerana sombong, maka Allah tidak melihat kepadanya,
atau Allah tidak akan mempedulikannya pada hari kiamat kelak. Dan orang yang
melakukan isbal bukan kerana sombong, maka apa yang lebih rendah dari dua buku
lali, maka ia adalah di dalam neraka, atau bahagian kaki di bawah buku lali itu akan
diazab di neraka. Perbuatan ini tidaklah tergolong sebagai dosa besar yang
menyebabkan orang yang melakukannya tidak dipedulikan oleh Allah pada hari
kiamat kelak.

Dengan penjelasan-penjelasan di atas, tiadalah alternatif bagi orang-orang yang
mencari keredaan Allah melainkan menaikkan pakaian mereka di atas paras buku
lali mereka. Usahlah dibiarkan syaitan menampakkan indah perbuatan isbal itu.
Jangan dilayan perasaan malu kepada manusia sehingga sanggup mengetepikan
reda Allah. Berhentilah dari mengada-adakan alasan supaya dapat terus melakukan
isbal. Sesungguhnya tidaklah Allah mengadakan hukum isbal ini melainkan untuk
menguji hamba-hambaNya.

Sesungguhnya kesalahan isbal ini bukanlah sesuatu yang remeh. Umar r.a. ketika di
ambang kematiannya, dia masih menegur seorang pemuda yang mengisbalkan
pakaiannya. Di dalam sebuah hadis yang panjang tentang peristiwa pembunuhan
Umar r.a., diriwayatkan seorang lelaki yang bernama Fairuz, atau nama gelarannya
Abu Lu'luah, telah menikam Umar r.a. ketika dia sedang mengimami solat subuh.
Abu Lu'luah ialah seorang Majusi, bekas tawanan yang menjadi hamba kepada
Al-Mughirah. Dia pernah mengadu kepada Umar r.a. bahawa Al-Mughirah telah
memberatkannya. Umar r.a. menasihatinya supaya takutkan Allah dan berbuat baik
kepada Al-Mughirah. Sesungguhnya tiada niat bagi Umar r.a. melainkan apabila
bertemu dengan Al-Mughirah, dia akan mengajak Al-Mughirah berbincang untuk
memberi keringanan kepada hambanya Abu Lu'luah. Tetapi Abu Lu'luah merasakan
bahawa dia tidak mendapat keadilan dari Umar r.a.. Lalu Abu Lu'luah mendendami
Umar r.a. dan merancang untuk membunuhnya. Untuk tujuan itu Abu Lu'luah
membuat sebilah pisau dua mata dengan pemegangnya berada di tengah, dan mata
pisau itu dilumuri dengan racun. Abu Lu'luah memilih waktu subuh untuk
melaksanakan rancangan jahatnya itu. Ketika Umar r.a. telah bertakbir, Abu Lu'luah
menikam Umar r.a. dengan 3 tikaman. Satu tikaman di bawah bahunya, tikaman
yang kedua di bawah rusuknya, dan tikaman yang ketiga di bawah pusatnya.
Tikaman-tikaman itu telah menjatuhkan Umar r.a. dan kemudian dia pengsan kerana
banyaknya darah yang keluar. Dia dibawa masuk ke dalam rumahnya, dan apabila
dia sedar dari pengsannya, dia berwuduk dan solat. Kemudian seorang tabib masuk
menemuinya dan memberinya minum air kurma, tetapi air kurma itu keluar melalui
lukanya. Kemudian Umar r.a. diberi minum susu, tetapi susu itu juga keluar melalui
lukanya. Seterusnya seperti yang diriwayatkan di dalam hadis,

   Maka mereka mengetahui bahawa Umar r.a. akan mati. Maka kami masuk menemuinya, dan
   manusia pun datang lalu mereka menyampaikan pujian kepadanya. Dan seorang pemuda
   datang lalu ia berkata, "Bergembiralah wahai Amirul Mukminin dengan berita gembira dari
   Allah untukmu, berupa persahabatan Rasulullah s.a.w., dan kebaktian di dalam Islam yang
   telah engkau mengetahui. Kemudian engkau berkuasa lalu engkau berlaku adil, kemudian mati
   syahid. Umar r.a. berkata, "Aku menginginkan bahawasanya yang demikian itu mengimbang
   balas kekuranganku, bukanlah beban ke atasku dan tidak juga untukku". Maka apabila
   pemuda itu berpusing belakang, pada masa itu izarnya menyentuhi tanah, lalu Umar r.a.
   berkata, "Bawa kembali kepadaku remaja itu". Umar r.a. berkata, "Wahai anak saudaraku,
   angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya ia lebih lama bertahan bagi pakaianmu dan lebih
   takut akan Tuhanmu". (Bukhari)
Tidaklah ada petanda bahawa pemuda yang Umar r.a. tegur itu mengisbalkan
pakaiannya kerana sombong, melainkanlah Umar r.a. memerintahkan pemuda itu
mengangkat pakaiannya kerana takut kepada Allah.

Más contenido relacionado

Was ist angesagt?

19 sunnah yang terlupakan
19 sunnah yang terlupakan19 sunnah yang terlupakan
19 sunnah yang terlupakanMuslim Sendai
 
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatHukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatBicara Ilmu
 
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubatSholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubatDoddy Elzha Al Jambary
 
01. kitab permulaan wahyu
01. kitab permulaan wahyu01. kitab permulaan wahyu
01. kitab permulaan wahyuArifuddin Ali.
 
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatAncaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatNila Fauziah
 
Hadits tarbawi
Hadits tarbawiHadits tarbawi
Hadits tarbawiade rosita
 
penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh atau melebihi paras...
penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh atau melebihi paras...penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh atau melebihi paras...
penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh atau melebihi paras...R&R Darulkautsar
 
Konsep tabaruk
Konsep tabarukKonsep tabaruk
Konsep tabarukaswajanu
 
Pengertian SHOLAT DHUHA dan Keutamaannya
Pengertian SHOLAT DHUHA dan KeutamaannyaPengertian SHOLAT DHUHA dan Keutamaannya
Pengertian SHOLAT DHUHA dan KeutamaannyaHanif Prihambudi
 
Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )Suryanee Djati
 
Shalat Dhuha
Shalat DhuhaShalat Dhuha
Shalat Dhuharheiz16
 
Sholat dhuha
Sholat dhuhaSholat dhuha
Sholat dhuhaKang Aniq
 

Was ist angesagt? (19)

Tabarruk
TabarrukTabarruk
Tabarruk
 
19 sunnah yang terlupakan
19 sunnah yang terlupakan19 sunnah yang terlupakan
19 sunnah yang terlupakan
 
Etika muslim sehari-hari
Etika muslim sehari-hariEtika muslim sehari-hari
Etika muslim sehari-hari
 
Sholat sunnah 3 idain + gerhana
Sholat sunnah 3   idain + gerhanaSholat sunnah 3   idain + gerhana
Sholat sunnah 3 idain + gerhana
 
Sholat sunnah 6 Istisqo - Tasbih
Sholat sunnah 6   Istisqo - TasbihSholat sunnah 6   Istisqo - Tasbih
Sholat sunnah 6 Istisqo - Tasbih
 
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatHukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
 
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubatSholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubat
 
01. kitab permulaan wahyu
01. kitab permulaan wahyu01. kitab permulaan wahyu
01. kitab permulaan wahyu
 
Tatacara Shalat
Tatacara ShalatTatacara Shalat
Tatacara Shalat
 
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatAncaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
 
Hadits tarbawi
Hadits tarbawiHadits tarbawi
Hadits tarbawi
 
Rekabentuk masjid
Rekabentuk masjidRekabentuk masjid
Rekabentuk masjid
 
penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh atau melebihi paras...
penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh atau melebihi paras...penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh atau melebihi paras...
penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh atau melebihi paras...
 
Kitab wudhu
Kitab wudhuKitab wudhu
Kitab wudhu
 
Konsep tabaruk
Konsep tabarukKonsep tabaruk
Konsep tabaruk
 
Pengertian SHOLAT DHUHA dan Keutamaannya
Pengertian SHOLAT DHUHA dan KeutamaannyaPengertian SHOLAT DHUHA dan Keutamaannya
Pengertian SHOLAT DHUHA dan Keutamaannya
 
Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )
 
Shalat Dhuha
Shalat DhuhaShalat Dhuha
Shalat Dhuha
 
Sholat dhuha
Sholat dhuhaSholat dhuha
Sholat dhuha
 

Andere mochten auch

Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solatMohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solatBicara Ilmu
 
Di antara akhlak orang-orang yang takutkan Allah
Di antara akhlak orang-orang yang takutkan AllahDi antara akhlak orang-orang yang takutkan Allah
Di antara akhlak orang-orang yang takutkan AllahBicara Ilmu
 
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlahIngatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlahBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuzBacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuzBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBicara Ilmu
 
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa MusibahPerlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa MusibahBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukPenjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzPenjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalPenjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBicara Ilmu
 
Tafsir ayat kursi bahagian 7
Tafsir ayat kursi bahagian 7Tafsir ayat kursi bahagian 7
Tafsir ayat kursi bahagian 7Bicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahBacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahBicara Ilmu
 
Tafsir ayat kursi bahagian 1
Tafsir ayat kursi bahagian 1Tafsir ayat kursi bahagian 1
Tafsir ayat kursi bahagian 1Bicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahPenjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBicara Ilmu
 

Andere mochten auch (17)

Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solatMohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
 
Di antara akhlak orang-orang yang takutkan Allah
Di antara akhlak orang-orang yang takutkan AllahDi antara akhlak orang-orang yang takutkan Allah
Di antara akhlak orang-orang yang takutkan Allah
 
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlahIngatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
 
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuzBacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
 
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
 
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa MusibahPerlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukPenjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
 
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzPenjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
 
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalPenjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
 
Tafsir ayat kursi bahagian 7
Tafsir ayat kursi bahagian 7Tafsir ayat kursi bahagian 7
Tafsir ayat kursi bahagian 7
 
Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahBacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
 
Tafsir ayat kursi bahagian 1
Tafsir ayat kursi bahagian 1Tafsir ayat kursi bahagian 1
Tafsir ayat kursi bahagian 1
 
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahPenjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
 

Ähnlich wie Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)

MENUTUP AURAT - GIO.pptx
MENUTUP AURAT - GIO.pptxMENUTUP AURAT - GIO.pptx
MENUTUP AURAT - GIO.pptxasolygiovano2
 
Adab berpakaian dan berhias
Adab berpakaian dan berhiasAdab berpakaian dan berhias
Adab berpakaian dan berhiasLinkin Park News
 
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allahErman Hidayat
 
Dasar hukum islam seputar busana muslim
Dasar hukum islam seputar busana muslimDasar hukum islam seputar busana muslim
Dasar hukum islam seputar busana muslimAndi Uli
 
03.bab iii bidah_hasanah
03.bab iii bidah_hasanah03.bab iii bidah_hasanah
03.bab iii bidah_hasanahMuallif Ramones
 
Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )Suryanee Djati
 
Adab Berpakaian Ketika Sholat.doc
Adab Berpakaian Ketika Sholat.docAdab Berpakaian Ketika Sholat.doc
Adab Berpakaian Ketika Sholat.docMisrilYadi
 
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaSholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaJae Aya
 
3.-Adab-Buang-Hajat.pptx
3.-Adab-Buang-Hajat.pptx3.-Adab-Buang-Hajat.pptx
3.-Adab-Buang-Hajat.pptxcep_ia
 
Akidah akhlaq - adab berpakaian
Akidah akhlaq - adab berpakaianAkidah akhlaq - adab berpakaian
Akidah akhlaq - adab berpakaianAzzahra Azzahra
 
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPT
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPTMenutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPT
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPTAnas Wibowo
 

Ähnlich wie Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali) (20)

Tentang Isbal
Tentang IsbalTentang Isbal
Tentang Isbal
 
MENUTUP AURAT - GIO.pptx
MENUTUP AURAT - GIO.pptxMENUTUP AURAT - GIO.pptx
MENUTUP AURAT - GIO.pptx
 
Adab berpakaian dan berhias
Adab berpakaian dan berhiasAdab berpakaian dan berhias
Adab berpakaian dan berhias
 
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
 
Dasar hukum islam seputar busana muslim
Dasar hukum islam seputar busana muslimDasar hukum islam seputar busana muslim
Dasar hukum islam seputar busana muslim
 
Kewajiban jilbab
Kewajiban jilbabKewajiban jilbab
Kewajiban jilbab
 
03.bab iii bidah_hasanah
03.bab iii bidah_hasanah03.bab iii bidah_hasanah
03.bab iii bidah_hasanah
 
Makalah Agama
Makalah AgamaMakalah Agama
Makalah Agama
 
Makalah Agama Presentasi 12.2A.09
Makalah Agama Presentasi 12.2A.09Makalah Agama Presentasi 12.2A.09
Makalah Agama Presentasi 12.2A.09
 
Makalah Agama versi pdf prensentasi
Makalah Agama versi pdf prensentasiMakalah Agama versi pdf prensentasi
Makalah Agama versi pdf prensentasi
 
Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )
 
Adab Berpakaian Ketika Sholat.doc
Adab Berpakaian Ketika Sholat.docAdab Berpakaian Ketika Sholat.doc
Adab Berpakaian Ketika Sholat.doc
 
وضؤ
وضؤوضؤ
وضؤ
 
Kriteria kerudung dan jilbab
Kriteria kerudung dan jilbabKriteria kerudung dan jilbab
Kriteria kerudung dan jilbab
 
Kriteria kerudung dan jilbab
Kriteria kerudung dan jilbabKriteria kerudung dan jilbab
Kriteria kerudung dan jilbab
 
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaSholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
 
3.-Adab-Buang-Hajat.pptx
3.-Adab-Buang-Hajat.pptx3.-Adab-Buang-Hajat.pptx
3.-Adab-Buang-Hajat.pptx
 
Akidah akhlaq - adab berpakaian
Akidah akhlaq - adab berpakaianAkidah akhlaq - adab berpakaian
Akidah akhlaq - adab berpakaian
 
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPT
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPTMenutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPT
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPT
 
Isbal
IsbalIsbal
Isbal
 

Mehr von Bicara Ilmu

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBicara Ilmu
 
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlahUjian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlahBicara Ilmu
 
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBicara Ilmu
 
Apakah benar cintamu kepadaNya
Apakah benar cintamu kepadaNyaApakah benar cintamu kepadaNya
Apakah benar cintamu kepadaNyaBicara Ilmu
 
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikanMunafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikanBicara Ilmu
 
Munafik – 1: orang-orang munafik tulen
Munafik – 1: orang-orang munafik tulenMunafik – 1: orang-orang munafik tulen
Munafik – 1: orang-orang munafik tulenBicara Ilmu
 

Mehr von Bicara Ilmu (16)

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
 
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
 
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
 
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
 
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
 
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
 
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlahUjian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
 
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
 
Apakah benar cintamu kepadaNya
Apakah benar cintamu kepadaNyaApakah benar cintamu kepadaNya
Apakah benar cintamu kepadaNya
 
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikanMunafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
 
Munafik – 1: orang-orang munafik tulen
Munafik – 1: orang-orang munafik tulenMunafik – 1: orang-orang munafik tulen
Munafik – 1: orang-orang munafik tulen
 

Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)

  • 1. Isbal (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali) disusun oleh Abu Haniff Apakah melabuhkan pakaian ke bawah buku lali, atau perbuatan isbal adalah sesuatu yang salah. Boleh dikatakan semua orang melakukannya. Ustaz-ustaz melakukannya, pak haji-pak haji melakukannya. Maka, di manakah salahnya isbal itu. Mungkin yang tak boleh tu hanyalah semasa solat sahaja. Di waktu yang lain, kalau melakukannya bukan kerana sombong tidaklah menjadi masalah. Demikianlah sikap kebanyakan orang terhadap isbal. Bahkan orang yang tidak mengisbalkan pakaian mereka yang dipersenda-sendakan, walhal Rasulullah s.a.w. telah melarang keras perbuatan isbal sama ada dilakukan kerana sombong atau tidak, di dalam solat atau bukan di dalam solat. Dari A'la bin Abdul Rahman, dari ayahnya, dia berkata bahawa dia pernah menyoal Abi Said Al-Khudri r.a. tentang izar, lalu Abi Said menjawab, "Terhadap orang yang maklum, engkau bertanya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Izar seorang muslim itu ialah sampai ke separuh kaki, dan bukanlah satu kesalahan atau satu dosa terhadap apa yang di antara separuh kaki dengan dua buku lali. Dan apa yang lebih rendah dari dua buku lali, maka ia adalah di dalam neraka. Barang siapa yang mengheret izarnya dengan sombong, Allah tidak akan melihat kepadanya' ". (Abu Daud, Malik, An-Nasa’i, Ibnu Majah) Daripada hadis ini sahaja sudah terdapat segala apa yang perlu diketahui tentang isbal. Mula-mulanya Rasulullah s.a.w. memberi penjelasan tentang batasan labuh pakaian seseorang muslim. Kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang hukuman-hukuman terhadap 2 jenis orang yang melakukan isbal. Terhadap jenis yang pertama, iaitu orang yang melakukan isbal secara mutlak, yakni yang melakukan isbal bukan kerana sombong, maka hukuman terhadapnya ialah apa yang lebih rendah dari dua buku lali, maka ia adalah di dalam neraka, yakni anggota tubuh yang berada di bawah buku lali yang ditutupi oleh pakaian seseorang itu adalah di dalam neraka. Dan terhadap jenis yang kedua, iaitu yang melakukan isbal dengan sombong, maka hukumannya tersangatlah berat, di mana Allah tidak akan melihat kepadanya di akhirat kelak, yakni Allah tidak akan mempedulikannya di akhirat kelak. Dari satu hadis ini sahaja sudah menjadi jelas bahawa perbuatan isbal itu adalah sesuatu yang dilarang sama ada dilakukan bukan kerana sombong atau dilakukan kerana sombong. Dan di dalam hadis ini tidaklah Rasulullah s.a.w. mengkhususkan larangan itu hanya semasa solat. Bermakna perbuatan isbal dilarang untuk semua keadaan. Walau bagaimanapun memang terdapat hadis-hadis yang mengancam secara khusus orang yang melakukan isbal kerana sombong ketika solat. Dari Ibnu Mas'ud r.a., dia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Barang siapa yang mengisbalkan izarnya di dalam solat kerana sombong, maka tiadalah dari Allah sesuatu yang halal dan tiadalah juga sesuatu yang haram"'. (Abu Daud) Dari Abdullah bin 'Amr, dari Rasulullah s.a.w., dia bersabda, "Allah tidak akan melihat kepada solat seorang lelaki yang mengheret izarnya kerana sombong". (Ibnu Khuzaimah) Dengan itu, sekiranya seseorang itu merasakan bahawa dirinya melakukan isbal bukan kerana sombong, dan ia kebal dari ancaman Rasulullah s.a.w. bagi orang-orang yang melakukan isbal bukan kerana sombong bahawa anggota tubuhnya yang berada di bawah buku lali yang ditutupi oleh pakaiannya adalah di dalam neraka, maka bolehlah ia mengisbalkan pakaiannya ketika solat, dan tidaklah perlu ia bersusah payah menggulung kaki seluarnya ketika solat, walhal Rasulullah s.a.w. juga melarang perbuatan mengumpulkan atau menggulungkan pakaian dan rambut ketika solat.
  • 2. Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, "Aku telah diperintahkan bahawa aku sujud di alas 7 anggota tubuh, tidaklah aku menggulung pakaian dan tidak juga rambut". (Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah) Di dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata, "Para ulama telah bersepakat mengenai larangan mengerjakan solat dengan menggulung pakaian, mengikat rambut, atau perkara yang serupa. Semua yang disebutkan itu merupakan sesuatu yang dilarang. Kedudukan larangan ini adalah sebagai makruh tanzih, iaitu makruh yang mendekati hukum boleh. Sekiranya seseorang mengerjakan solat di dalam keadaan seperti ini, maka ia dianggap telah melakukan suatu perbuatan yang buruk, dan solatnya tetap dianggap sah". Walau bagaimanapun, walaupun dikatakan menggulung pakaian itu hukumnya makruh tanzih, tetapi zahirnya adalah haram, dan tidak ada dalil yang memalingkan dari hukum haram. Sedemikianlah Ibnu Khuzaimah telah menulis di dalam "Bab Larangan Menggulung Pakaian Di Dalam Solat", di dalam Sahihnya. Sambungan dari kitab Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata, "Hal larangan ini menurut At-Tabari adalah sebagai ijmak ulama. Sedang Ibnu Munzir telah menukil dari Hasan AI-Basri bahawa barang siapa yang mengerjakan solat dengan keadaan seperti itu, maka ia harus mengulangi solatnya". Sesungguhnya orang-orang yang mengisbalkan seluar atau jubahnya, maka tiadalah pilihan baginya melainkan ia mengerat kaki seluar atau jubahnya sehingga ke atas buku lalinya, dan orang-orang yang mengisbalkan kain sarungnya, maka terpaksalah ia mengangkat kain sarungnya. Daripada perbincangan ringkas di atas telah jelas bahawa isbal itu dilarang sama ada kerana sombong atau tidak, dan sama ada ketika solat atau tidak. Kemudian, orang-orang yang membolehkan isbal, mereka mengemukakan hujah popular mereka dari hadis Ibnu Umar r.a. di mana terdapat di dalam hadis tersebut sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Bakar r.a., "Tidaklah engkau tergolong dari kalangan orang-orang yang melakukannya kerana sombong". Dengan itu, mereka mendakwa bahawa isbal itu tidak mengapa sekiranya dilakukan bukan kerana sombong. Dari lbnu Umar r.a., dia berkata, "Aku pernah masuk menemui Rasulullah s.a.w., dan kain izarku berbunyi berdetar-detar. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, 'Siapakah ini'. Aku menjawab, 'Abdullah bin Umar’. Rasulullah s.a.w. bersabda 'Jika adalah engkau seorang hamba Allah, maka angkatlah izarmu'. Maka aku mengangkat. Dan Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Tambah lagi'. Maka aku mengangkatnya sehingga ia mencapai setengah betis". Maka sedemikianlah dia memakai izarnya sehingga dia meninggal dunia. "Kemudian Rasulullah s.a.w. menoleh ke Abu Bakar, lalu bersabda, 'Orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong, tidaklah Allah akan melihat kepadanya pada hari kiamat kelak'. Maka Abu Bakar berkata, 'Sesungguhnya izarku kadang-kadang menjadi longgar'. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Tidaklah engkau tergolong dari kalangan mereka' ". Di dalam satu riwayat, "Tidaklah engkau tergolong dari kalangan orang-orang yang melakukan yang demikian itu kerana sombong, (Ahmad, Abdur Razzaq dan selain keduanya. Al-Albani mengatakan sanadnya sahih sesuai dengan syarat Bukhari dan Muslim). Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, "Orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong, tidaklah Allah akan melihat kepadanya pada hari kiamat kelak". Lalu Abu Bakar r.a. berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya salah satu dari sisi izarku menjadi longgar melainkan bahawa aku menjaga yang demikian itu dari berlaku". Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Tidaklah engkau tergolong dari kalangan orang-orang yang melakukannya kerana sombong, (Bukhari) Orang-orang yang cuba menghalalkan isbal seolah-olah berkata bahawa Abu Bakar r.a. adalah seorang yang mengamalkan isbal tetapi dia melakukan sedemikian bukan kerana sombong. Yakni mereka juga beranggapan bahawa Abu Bakar r.a. tidak mengikut contoh Rasulullah s.a.w. yang memakai izarnya hingga ke separuh betisnya. Sesungguhnya bukanlah sedemikian halnya. Jauh sekali seorang sahabat seperti Abu Bakar r.a. mengingkari Rasulullah s.a.w. di dalam masalah isbal. Jelas
  • 3. daripada dua hadis di atas bahawa Abu Bakar r.a. tidak melakukan isbal, tetapi salah satu dari sisi izarnya telah terlondeh. Isbal yang berlaku terhadap Abu Bakar r.a. adalah dengan tidak sengaja. Bukanlah Abu Bakar r.a. seorang yang mengamalkan isbal. Dengan itu, dapatlah difahamkan dari hadis-hadis di atas bahawa apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Bakar r.a. ialah, "Tidaklah engkau tergolong dari kalangan orang-orang yang melakukannya kerana sombong, tetapi engkau telah melakukannya dengan tidak sengaja. Dengan itu, engkau dimaafkan" Daripada hadis lbnu Umar r.a. yang pertama, mula-mula Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan Ibnu Umar r.a., yang pada masa itu mengisbalkan pakaiannya, supaya mengangkatkan pakaiannya. Maka apakah seorang sahabat terkemuka seperti Ibnu Umar r.a. telah melakukan isbal kerana sombong. Sekiranya Ibnu Umar r.a. telah melakukan isbal kerana sombong, tentu sekali Rasulullah s.a.w. telah bersabdakan sedemikian, tetapi Rasulullah s.a.w. hanya bersabda, "Jika adalah engkau seorang hamba Allah", yakni jika engkau seorang hamba Allah yang takut dan taat kepadaNya. Kemudian lbnu Umar r.a. terus mengangkat pakaiannya dengan tidak membantah sedikit pun. Sekiranya Ibnu Umar r.a. telah melakukan isbal kerana sombong tentulah dia telah membantah terlebih dahulu sebelum akur kepada perintah itu, sebagaimana lazim kelakuan seorang yang sombong. Sedangkan orang-orang yang melakukan isbal yang mendakwa mereka melakukannya bukan kerana sombong, mereka bukan main lagi membantah, melenting, dan mengemukakan bermacam-macam alasan apabila ditegur tentang perbuatannya melakukan isbal. Daripada hadis-hadis Ibnu Umar r.a. di atas, telah jelas bahawa isbal yang berlaku terhadap Abu Bakar r.a. adalah kerana dengan tidak sengaja. Dan demikianlah juga di dalam keadaan yang terdesak dan sebagainya, maka tidaklah mengapa melakukan isbal, sehinggakan s.a.w. di dalam terburu-buru untuk ke masjid, Rasulullah s.a.w. sendiri telah melakukan isbal. Dari Abu Bakrah r.a., dia berkata, "Matahari menjadi gerhana sedang kami bersama-sama Nabi s.a.w.. Lalu Rasulullah s.a.w. bangun mengheret pakaiannya dengan tergesa-gesa sehingga dia tiba ke masjid. Dan orang ramai kembali ke masjid. Maka Rasulullah s.a.w. menunaikan dua rakaat, dan matahari muncul. Kemudian Rasulullah s.a.w. menghadap kepada kami dan bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah tanda-tanda di antara tanda-tanda Allah. Lalu apabila kamu melihat darinya apa-apa pun, maka kamu bersolatlah dan berdoalah kepada Allah sehingga Dia menghilangkannya". (Bukhari) Demikianlah di dalam keadaan yang tergesa-gesa seperti yang telah terjadi kepada Rasulullah s.a.w., maka tidaklah mengapa melakukan isbal. Di dalam keadaan selain itu tidaklah Rasulullah s.a.w. melakukan isbal. Dan Rasulullah s.a.w. sentiasa memakai izarnya sampai separuh kakinya atau betisnya. Dari Ubaid bin Khalid r.a., dia berkata, "Pernah aku berjalan dan aku memakai jubah yang aku mengheretnya. Lalu seorang lelaki berkata kepadaku, 'Angkatkanlah pakaianmu, kerana sesungguhnya ia adalah lebih lama bertahan dan juga lebih bersih'. Maka aku melihat dan ternyata dia ialah Nabi s.a.w., lalu aku berkata, 'Hanya sanya ia adalah satu jubah yang berkotak-kotak, di mana di dalamnya terdapat garis hitam dan putih'. Maka Nabi s.a.w. bersabda, 'Adapun bagimu padaku ialah teladan' ". Ubaid bin Khalid berkata, "Lalu aku melihat dan ternyata izarnya sampai separuh kakinya". (Ahmad, At-Tirmizi, An-Nasa’i. AI-Albani mengatakan hadis ini sahih) Dari Uthman r.a., dia berkata, "Sesungguhnya izar Nabi s.a.w. adalah sampai separuh kakinya". (At-Tirmizi di dalam As-Syamail. Al-Albani mengatakan hadis ini sahih) Kalaulah sekiranya isbal itu dibenarkan bagi orang-orang yang melakukannya bukan kerana sombong, sudah tentu Rasulullah s.a.w. telah melakukannya, atau apakah ada pada Rasulullah s.a.w. sifat sombong jika dia melakukan isbal. Sesungguhnya
  • 4. bukanlah begitu, tetapi Rasulullah s.a.w. tidak melakukan isbal kerana perbuatan itu tergolong daripada kesombongan. Dari Abu Jurayy bin Sulaim, dari Rasulullah s.a.w., dia bersabda, "Angkatkanlah izarmu sehinqga separuh kaki. Dan jika engkau tidak mahu, maka sehingga ke buku lali. Dan berwaspadalah dari mengisbalkan izar, kerana sesungguhnya ia adalah tergolong daripada kesombongan. Dan sesungguhnya Allah tidak menyukai kesombongan. (Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Hibban) Dari hadis di atas, sesungguhnya amat jelas bahawa isbal adalah satu simbol kesombongan, dan tidaklah orang yang memiliki walaupun seberat zarah dan kesombongan melainkan tercegahlah ia dari memasuki syurga. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah dari kesombongan". Seorang lelaki berkata, "Sesungguhnya seorang lelaki, ia menyukai agar pakaiannya cantik dan kasutnya cantik". Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah anggun, Dia menyukai keanggunan. Kesombongan itu ialah kecuaian terhadap yang hak dan memandang rendah terhadap manusia". (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah) Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., dia berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari keimanan. Dan tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan". (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah) Dan juga Rasulullah s.a.w. tidak melakukan isbal kerana perbuatan itu tidak disukai oleh Allah. Dari Al-Mughirah bin Syu'bah, dia berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Wahai Sufian bin Sahl, janganlah engkau melakukan isbal kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melakukan isbal". (Ibnu Majah) Dengan itu, tidaklah benar mengatakan bahawa isbal itu haram apabila bermaksud sombong tetapi tidak mengapa apabila tidak bermaksud sombong. Sesungguhnya isbal dilarang sama ada dilakukan dengan sombong atau tidak. Dan terdapat banyak hadis-hadis di mana Rasulullah s.a.w. melarang isbal tanpa mengaitkannya dengan kesombongan. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Apa yang lebih rendah dari dua buku lali dari izar, maka di dalam neraka". (Bukhari, An-Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah) Dari Abu Zar r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, "Tiga golongan, Allah 'Tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, dan tidaklah Dia akan melihat kepada mereka, dan tidaklah disucikan mereka itu. Dan bagi mereka ialah azab yang menyakitkan". Perawi berkata, "Lalu Rasulullah s.a.w. membacanya sebanyak 3 kali". Abu Zar r.a. berkata "Mereka menjadi kecewa dan mereka menjadi terpedaya. Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w.". Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang melakukan isbal, orang yang menyebut-menyebut pemberian yang telah diberi, dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu". (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah) Di dalam kedua-dua hadis di atas, tidaklah Rasulullah s.a.w. mengaitkan isbal dengan kesombongan. Dari Qais bin Basyir Al-Taghlabi, dia menceritakan bahawa ayahnya, seorang sahabat Abu Darda', pernah menceritakan kepadanya: Adalah di Damaskus terdapat seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. yang dikenali sebagai lbnu Hanzaliyah. Dan adalah dia seorang lelaki yang suka bersendirian. Jarang sekali dia duduk bersama-sama dengan orang lain. Hanya sanya dia solat. Dan apabila dia selesa;, maka hanya sanya dia bertasbih dan bertakbir sehinggalah dia datang kepada keluarganya. Lalu pernah dia melewati kami sedang kami bersama-sama dengan Abu Darda'. Lalu Abu Darda' berkata kepadanya, "Katakanlah satu kalimat yang memberi manfaat kepada kami tetapi tidaklah menyulitkan engkau". lbnu Hanzaliyah berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah mengirim satu kontinjen dan kontinjen itu kembali. Lalu seorang lelaki di antara mereka datang dan ia duduk di dalam majlis yang Rasulullah s.a.w. berada di dalamnya. Lalu lelaki itu berkata kepada seorang lelaki lain di tepinya, 'Kalaulah engkau telah melihat kami semasa kami bertemu dengan musuh, lalu si
  • 5. Fulan menyerang dan menusuk dengan lembing'. Maka si Fulan itu berkata, 'Ambillah ia dariku, dan aku adalah seorang remaja kaum Ghifar. Bagaimana engkau melihat tentang kata-katanya'. Lelaki kedua menjawab, "Tiadalah yang lihat melainkan telah menjadi sia-sialah pahalanya'. Maka seorang lagi lelaki yang lain mendengar dengan yang demikian itu, lalu ia berkata, 'Tiadalah aku melihat dengan yang demikian itu sebagai sesuatu yang buruk'. Lalu mereka saling bertikai sehingga Rasulullah s.a.w. mendengar, lalu dia bersabda, 'Maha Suci Allah, tidak mengapa bahawa ia diberi ganjaran dan dipuji' ". Maka aku melihat Abu Darda' merasa girang dengan yang demikian itu dan menjadikan dia mengangkat kepalanya kepada lbnu Hanzaliyah dan berkata, "Apakah engkau mendengar yang demikian itu dari Rasulullah s.a.w.". Maka Ibnu Hanzaliyah menjawab, "Ya". Dan Abu Darda' berterusan mengulangi bertanya kepada Ibnu Hanzaliyah sehinggakan sesungguhnya aku benar-benar akan berkata, "Pastinya Abu Darda' akan melutut di atas kedua lututnya". Ayah Qais bin Basyir berkata, "Kemudian Ibnu Hanzaliyah melewati kami pada suatu hari yang lain. Maka Abu Darda' berkata kepadanya, "Katakanlah satu kalimat yang memberi manfaat kepada kami tetapi tidaklah menyulitkan engkau". Ibnu Hanzaliyah berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada kami, 'Orang yang menafkahkan untuk kuda jihad adalah seumpama orang yang menghulur kedua tangan dengan sedekah tanpa ia menariknya kembali". Kemudian Ibnu Hanzaliyah melewati kami pada suatu hari yang lain, lalu Abu Darda' berkata kepadanya, "Katakanlah satu kalimat yang memberi manfaat kepada kami tetapi tidaklah menyulitkan engkau", lbnu Hanzaliyah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Khuraim Al-Asadi adalah seorang lelaki yang sangat baik kalaulah tidak kerana kepanjangan rambutnya, dan isbal izarnya'. Maka yang demikian itu sampai kepada Khuraim, lalu dia bertindak dengan segera. Maka dia mengambil sebilah pisau lalu dia memotong dengannya rambutnya hingga ke kedua telinganya, dan dia mengangkat izarnya sampai ke separuh kakinya". "Kemudian Ibnu Hanzaliyah melewati kami pada suatu hari yang lain, lalu Abu Darda' berkata kepadanya, "Katakanlah satu kalimat yang memberi manfaat kepada kami tetapi tidaklah menyulitkan engkau". Ibnu Hanzaliyah berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sesungguhnya kamu akan pergi kepada saudara-saudara kamu. Oleh itu perbaguskanlah kenderaan kamu dan perbaguskanlah pakaian kamu sehingga kamu menjadi seolah-olah kamu adalah titik kecantikan di tengah-tengah manusia. Sesungguhnya Allah tidak menyukai kelucahan dan tidak juga perlakuan yang lucah' “. (Abu Daud) Di dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. telah memperakui akan kebaikan Khuraim Al Asadi. Maka tidaklah mungkin Khuraim melakukan isbal kerana sombong, kerana sekiranya terdapat sifat kesombongan pada Khuraim, tentulah Rasulullah s.a.w. tidak mengatakan dia adalah seorang yang sangat baik. Dari Abu Umamah r.a., dia berkata, "Tatkala kami bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba Amru bin Zurarah Al-Ansari menyusuli kami dengan memakai izar dan jubah yang isbal. Maka Rasulullah menyingsingkan hujung pakaian Amru bin Zurarah dan merendah diri kepada Allah lalu bersabda, "HambaMu, dan anak hambaMu, dan anak hamba perempuanmu". Sehingga Amru mendengarnya, lalu dia berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya aku, kedua kakiku kurus". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Amru sesungguhnya Allah telah membuat cantik sesuatu ciptaanNya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melakukan isbal". (At-Tabrani) Di dalam kitab Fathul Baari, Ibnu Hajar berkata "Zahir hadis ini menunjukkan bahawa Amru tidak bermaksud melakukan isbal kerana sombong. Walaupun begitu dia telah dilarang oleh Rasulullah untuk melakukannya, kerana pada isbal itu terdapat kesombongan" Kemudian, orang-orang yang berpengetahuan dari kalangan orang-orang yang membolehkan isbal jika dilakukan tanpa sombong, mereka membolehkannya dengan hujah dari usul fikah yang mengatakan bahawa membawa yang mutlak, atau yang tidak terbatas, kepada yang muqayyad, atau yang terbatas, adalah wajib hukumnya. Dan yang mutlak itu boleh dibawa kepada yang muqayyad dengan syarat hukum bagi keduanya adalah sama walaupun sebabnya berbeza. Di dalam hadis berikut diriwayatkan bahawa Allah tidak akan melihat kepada orang yang melakukan isbal kerana sombong.
  • 6. Dari lbnu Umar r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Allah tidak akan melihat kepada orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong". (Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad) Dan di dalam hadis berikut diriwayatkan bahawa Allah tidak akan melihat kepada orang yang melakukan isbal secara mutlak, atau melakukan isbal dengan tidak disebutkan sebabnya. Dari Abu Zar r.a., dari Nabi s.a.w., dia bersabda, "Tiga golongan, Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, dan tidaklah Dia akan melihat kepada mereka, dan tidaklah disucikan mereka itu. Dan bagi mereka ialah azab yang menyakitkan". Perawi berkata, "Lalu Rasulullah s.a.w. membacanya sebanyak 3 kali". Abu Zar r.a. berkata, Mereka menjadi kecewa dan mereka menjadi terpedaya. Siapakah mereka itu Wahai Rasulullah s.a.w.". Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang melakukan isbal, dan orang yang menyebut-menyebut pemberian yang telah diberi, dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu". (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah) Di dalam kedua-dua hadis tersebut, hukum bagi orang yang melakukan isbal adalah sama, iaitu Allah tidak akan melihat kepada mereka. Dengan itu, kedua hadis itu dapatlah dimuqayyadkan, kerana hukum yang terdapat di dalam kedua-dua hadis itu adalah sama walaupun sebabnya berbeza. Maka orang yang melakukan isbal yang dimaksudkan di dalam hadis kedua dapatlah diterima sebagai orang yang melakukan isbal dengan sombong. Dan dengan itu, segala hadis tentang isbal yang menyebutkan hukumnya sebagai Allah tidak akan melihat kepada pelaku, maka dapatlah diterima bahawa isbal itu dilakukan kerana sombong, sekalipun disebutkan isbal itu dilakukan secara mutlak. Tetapi terdapat juga hadis-hadis yang menyebutkan hukuman terhadap orang yang melakukan isbal bukanlah sebagai Allah tidak akan melihat kepada orang yang melakukan isbal itu, seperti di dalam hadis di bawah yang menyebutkan hukumannya sebagai apa yang lebih rendah dari dua buku lali daripada izar adalah di dalam neraka. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Apa yang lebih rendah dari dua buku lali dari izar, maka di dalam neraka". (Bukhari, An-Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah) Yakni anggota tubuh yang berada di bawah buku lali yang ditutupi oleh pakaian seseorang itu adalah di dalam neraka. Atau maknanya, bahagian kaki orang yang melakukan isbal yang di bawah buku lali akan diazab di neraka. Dan hadis tersebut juga tidak menyebut perihal melakukan isbal itu kerana sombong. Maka, di dalam keadaan sebegini, apakah boleh ditaqyidkan juga orang yang melakukan isbal kepada melakukannya kerana sombong. Tentu sekali tidak, kerana hukuman 'bahagian kaki orang yang melakukan isbal yang di bawah buku lali itu akan diazab di neraka' berbeza dengan hukuman 'Allah tidak akan melihat kepada orang yang melakukan isbal'. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkan kedua-dua jenis isbal sekali gus di dalam sebuah hadis sahaja, iaitu isbal yang dilakukan secara mutlak dan isbal yang dilakukan kerana sombong. Dari A'la bin Abdul Rahman, dari ayahnya, dia berkata bahawa dia pernah menyoal Abi Said Al-Khudri r.a. tentang izar, lalu Abi Said menjawab, "Terhadap orang yang maklum, engkau bertanya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Izar seorang muslim itu ialah sampai ke separuh kaki, dan bukanlah satu kesalahan atau satu dosa terhadap apa yang di antara separuh kaki dengan dua buku lali. Dan apa yang lebih rendah dari dua buku lali, maka ia adalah di dalam neraka. Barang siapa yang mengheret izarnya dengan sombong, Allah tidak akan melihat kepadanya' ". (Abu Daud, Malik, An-Nasa’I, Ibnu Majah)
  • 7. Di dalam hadis ini juga Rasulullah s.a.w. menjelaskan perbezaan hukuman di antara kedua jenis isbal, sebab ancaman di antara keduanya berbeza. Kedua jenis isbal itu berbeza di dalam perbuatan, dan berbeza pula hukumannya, dan berbeza juga di dalam ancamannya. Orang yang melakukan isbal kerana sombong, maka Allah tidak melihat kepadanya, atau Allah tidak akan mempedulikannya pada hari kiamat kelak. Dan orang yang melakukan isbal bukan kerana sombong, maka apa yang lebih rendah dari dua buku lali, maka ia adalah di dalam neraka, atau bahagian kaki di bawah buku lali itu akan diazab di neraka. Perbuatan ini tidaklah tergolong sebagai dosa besar yang menyebabkan orang yang melakukannya tidak dipedulikan oleh Allah pada hari kiamat kelak. Dengan penjelasan-penjelasan di atas, tiadalah alternatif bagi orang-orang yang mencari keredaan Allah melainkan menaikkan pakaian mereka di atas paras buku lali mereka. Usahlah dibiarkan syaitan menampakkan indah perbuatan isbal itu. Jangan dilayan perasaan malu kepada manusia sehingga sanggup mengetepikan reda Allah. Berhentilah dari mengada-adakan alasan supaya dapat terus melakukan isbal. Sesungguhnya tidaklah Allah mengadakan hukum isbal ini melainkan untuk menguji hamba-hambaNya. Sesungguhnya kesalahan isbal ini bukanlah sesuatu yang remeh. Umar r.a. ketika di ambang kematiannya, dia masih menegur seorang pemuda yang mengisbalkan pakaiannya. Di dalam sebuah hadis yang panjang tentang peristiwa pembunuhan Umar r.a., diriwayatkan seorang lelaki yang bernama Fairuz, atau nama gelarannya Abu Lu'luah, telah menikam Umar r.a. ketika dia sedang mengimami solat subuh. Abu Lu'luah ialah seorang Majusi, bekas tawanan yang menjadi hamba kepada Al-Mughirah. Dia pernah mengadu kepada Umar r.a. bahawa Al-Mughirah telah memberatkannya. Umar r.a. menasihatinya supaya takutkan Allah dan berbuat baik kepada Al-Mughirah. Sesungguhnya tiada niat bagi Umar r.a. melainkan apabila bertemu dengan Al-Mughirah, dia akan mengajak Al-Mughirah berbincang untuk memberi keringanan kepada hambanya Abu Lu'luah. Tetapi Abu Lu'luah merasakan bahawa dia tidak mendapat keadilan dari Umar r.a.. Lalu Abu Lu'luah mendendami Umar r.a. dan merancang untuk membunuhnya. Untuk tujuan itu Abu Lu'luah membuat sebilah pisau dua mata dengan pemegangnya berada di tengah, dan mata pisau itu dilumuri dengan racun. Abu Lu'luah memilih waktu subuh untuk melaksanakan rancangan jahatnya itu. Ketika Umar r.a. telah bertakbir, Abu Lu'luah menikam Umar r.a. dengan 3 tikaman. Satu tikaman di bawah bahunya, tikaman yang kedua di bawah rusuknya, dan tikaman yang ketiga di bawah pusatnya. Tikaman-tikaman itu telah menjatuhkan Umar r.a. dan kemudian dia pengsan kerana banyaknya darah yang keluar. Dia dibawa masuk ke dalam rumahnya, dan apabila dia sedar dari pengsannya, dia berwuduk dan solat. Kemudian seorang tabib masuk menemuinya dan memberinya minum air kurma, tetapi air kurma itu keluar melalui lukanya. Kemudian Umar r.a. diberi minum susu, tetapi susu itu juga keluar melalui lukanya. Seterusnya seperti yang diriwayatkan di dalam hadis, Maka mereka mengetahui bahawa Umar r.a. akan mati. Maka kami masuk menemuinya, dan manusia pun datang lalu mereka menyampaikan pujian kepadanya. Dan seorang pemuda datang lalu ia berkata, "Bergembiralah wahai Amirul Mukminin dengan berita gembira dari Allah untukmu, berupa persahabatan Rasulullah s.a.w., dan kebaktian di dalam Islam yang telah engkau mengetahui. Kemudian engkau berkuasa lalu engkau berlaku adil, kemudian mati syahid. Umar r.a. berkata, "Aku menginginkan bahawasanya yang demikian itu mengimbang balas kekuranganku, bukanlah beban ke atasku dan tidak juga untukku". Maka apabila pemuda itu berpusing belakang, pada masa itu izarnya menyentuhi tanah, lalu Umar r.a. berkata, "Bawa kembali kepadaku remaja itu". Umar r.a. berkata, "Wahai anak saudaraku, angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya ia lebih lama bertahan bagi pakaianmu dan lebih takut akan Tuhanmu". (Bukhari)
  • 8. Tidaklah ada petanda bahawa pemuda yang Umar r.a. tegur itu mengisbalkan pakaiannya kerana sombong, melainkanlah Umar r.a. memerintahkan pemuda itu mengangkat pakaiannya kerana takut kepada Allah.