Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

Jawapan untuk Sekolah dan Masyarat KPS 4043

5.456 Aufrufe

Veröffentlicht am

Veröffentlicht in: Bildung
  • Als Erste(r) kommentieren

Jawapan untuk Sekolah dan Masyarat KPS 4043

  1. 1. KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT TUGASAN INDIVIDU KUMPULAN B NAMA PELAJAR: ZUZAN MICHAEL JAPANG L20111006574 NAMA PENSYARAH:PROF MADYA DR AMIR HASAN DAWI
  2. 2. Aktiviti 3.2 (m/s 36)Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan konsep id, egodan superego dalam analisis personaliti.a) Huraikan makna konsep-konsep id, ego dan superego.b) Bandingkan pandangan ahli psikologi Freud dengan pandangan sosiologi tentangpembentukan tingkah laku.Jawapana) Bentuk Personaliti Huraiana) Id • Mengandungi naluri seksual dan agresif • Diwarisi sejak lahir • Prinsip keseronokan (pleasure principle) • Pemikiran manusia yang primitif dan tidak rasional • Mementingkan kepuasan serta-merta • Mengandungi libido-tenaga seksual yang menggerakkan kebanyakan daripada tingkah laku manusiab) Ego • Tidak wujud semasa lahir • Berkembang secara berperingkat • Prinsip realiti (Reality Principle) • Pengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id • Bertindak terhadap sesuatu peristiwa yang mendatangkan kecemasan • Konflik berlaku antara id dan superego • Dua kaedah menghadapi situasi kecemasan: 1. Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta tenaga pemikiran yang nyata atau sebenar. 2. Ego dapat bertindak untuk menyelesaikan masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi • Menggunakan kaedah menentang, menolak,
  3. 3. tipu helah dengan memesongkan keadaan sebenar untuk menghadapi masalahc) Superego • Mengambarkan nilai-nilai moral dalam masyarakat • Diserap dalam diri seseorang sejak lahir • Sebagai pegangan moral dalam usaha menghalang kehendak id • Menahan desakan id • Memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral dan realistik serta berusaha mencapai kejayaan. • Ciri-ciri superego: 1. Suara hati (conscience) - diperoleh melalui perlaksanaan hukuman oleh ibubapa ke atas diri seseorang 2. Keunggulan ego (ego ideal) - diperoleh melalui perlaksanaan ganjaran yang diberi oleh seseorang kepada dirinyab) Pandangan Psikologi Freud Pandangan Sosiologi • Mempercayai manusia dilahirkan • sebuah proses penanaman atau dengan desakan naluri yang pemindahan kebiasaan semulajadi (inborn drives) atau nilai dan aturan dari satu • Lahirlah konsep antirasionalisma generasi ke generasi lain dalam dalam segala gerak-geri manusia sebuah kumpulan atau masyarakat dimana manusia tidak rasional, • Jenis sosiologi: tidak sosial dan penuh dengan a) Sosiologi primer desakan yang merosakkan dirinya - Sosialisai pertama yang dan manusia tidak dapat membawa dijalankan individu semasa kecil arah kepada nasib haluannya dengan beljar menjadi anggota • Tingkahlaku manusia digalakkan masyarakat (keluarga) oleh: - peranan orang-orang yang
  4. 4. a) Naluri kehaiwanan (animalistic terdekat dengan anak menjadi instincts) sangat penting sebab seorang b) Desakan biologikal anak melakukan pola interaksi - Self gratification- desakan secara terbatas di dalamnya. mendapatkan kepuasan nafsu - Warna keperibadian anak akan sendiri, mereka telah terperangkap sangat ditentukan oleh warna kepada asas naluri dan desakan keperibadian dan interaksi yang yang jahat yang perlu dibendung berlaku antara anak dengan ahli dengan pengalaman masyarakat keluarga terdekatnya. contohnya kekeluargaan. b) Sosiologi sekunder -suatu proses sosialisasi lanjutan• Struktur pemikiran manusia setelah sosialisasi primer yang terbahagi kepada: memperkenalkan individu ke dalam a) alam sedar kelompok tertentu dalam b) alam prasedar masyarakat c) alam bawah sedar -resosialisasi- seseorang diberi• Tahap-tahap teori perkembangan suatu identiti diri yang baru Psikoseksual: - desosialisasi – seseorang a) Oral mengalami pencabutan identiti diri b) Anal yang lama c) Falik d) Latensi • George Herbert Mead berpendapat e) Genital bahawa sosialisasi dapat• Teori perkembangan personality: dibezakan melalui tahap-tahap a) Id sebagai berikut. b) Ego a) Tahap persiapan ( Preparatory c) Superego Stage ) - Tahap ini dialami sejak manusia dilahirkan, saat seorang kanak- kanak mempersiapkan diri untuk mengenal dunia sosialnya , termasuk untuk mendapatkan pemahaman tentang diri.
  5. 5. b) Tahap meniru ( Play Stage ) -Tahap ini ditandai dengan semakin sempurnanya seorang kanak-kanak meniru peranan-peranan yang dilakukan oleh orang dewasa . c) Tahap siap bertindak ( Game Stage ) - Peniruan yang dilakukan sudah mulai berkurang - digantikan oleh peranan yang secara langsung dimainkan sendiri dengan penuh kesedaran. d) Tahap penerimaan norma kolektif (Generalized stage) - telah dianggap dewasa - boleh meletak diri dalam masyarakat • Terdapat 4 agen sosialisasi utama: a) keluarga b) kelompok bermain c) media massa d) institut pendidikanSumber Rujukan:1) http://psikologi-freud-fies.blogspot.com/2) http://worldofjolly.wordpress.com/2009/06/25/pandangan-psikologi-dan-sosiologi-terhadap-pembentukan-self/3) http://www.educ.upm.edu.my/~othman/modul3&4.htm4) http://id.wikipedia.org/wiki/Sosialisasi5) http://www.scribd.com/doc/21297034/sigmund-freud6) Suppiah, Ramlah & Abdul Aziz (2008). Psikologi Pendidikan. Oxford Fajar Sdn Bhd.Aktiviti 4.3 (m/s 49)
  6. 6. Soalan:Mengapakah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam BahasaInggeris (PPSMI) menimbulkan konflik? Bagaimana penyelesaiannya?Jawapan:Sebelum bermulanya dasar PPSMI ini, dasar pengajaran dan pembelajaran dalambahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan Malaysia di sekolah telah mencapai kejayaanyang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.Tetapi setelah PPSMI wujud, terdapat banyak masalah dan konflik yang timbul.Antaranya ialah: 1. PPSMI banyak menimbulkan masalah disiplin pelajar Sebelum PPSMI dilaksanakan hanya segelintir pelajar-pelajar yang tidak faham pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang menimbulkan masalah disiplin. Ini tidaklah menimbulkan masalah besar kepada guru-guru di sekolah berkenaan. Disebaliknya apabila PPSMI dilaksanakan, bilangan pelajar yang tidak faham dalam bilik darjah telah meningkat dengan ketara sekali. Secara tidak langsung bilangan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin dalam kelas akan meningkat dengan mendadak sekali. Kesan daripada itu, guru-guru juga akan mengalami masalah sampingan yang memeningkan kepala mereka. Ini kerana mereka tidak berkemampuan untuk mengawal pelajar-pelajar lagi. Akhirnya guru-guru mengambil keputusan hanya mengajar mana-mana yang mereka mampu sahaja. 2. Kesan terhadap pelajar luar bandar PPSMI telah memberi kesan di kalangan pelajar luar bandar di mana tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka amat lemah dan ini secara langsung membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran dan juga memberi kesan terhadap keputusan ujian.
  7. 7. 3. Penggunaan Bahasa Melayu akan pupus Tidak wajar kita mendidik anak-anak bangsa dengan bahasa Inggeris terutamanya dalam bidang sains dan matematik seolah-olah memberi gambaran bahawa bahasa Melayu tidak boleh ke mana-mana Maka bahasa Inggeris pula memainkan peranan untuk penentu kejayaanan mereka. Persepsi ini sedikit sebanyak akan dipegang oleh mereka sehingga dewasa dan pada generasi akan datang sekaligus akan menyebabkan bahasa Melayu akan terus pupus satu hari nanti4. Murid-murid akan menjadi lemah dalam bidang akademik Kemahiran pelajar terhadap subjek ini akan menjadi lemah sekiranya kemahiran bahasa Inggeris mereka sedia lemah.5. Masalah kemampuan guru untuk mengajar dalam bahasa Inggeris Pelaksanaan PPSMI ini dilihat terlalu drastik dan an-hoc kerana guru sendiri terpaksa mempersiapkan diri dengan kemampuan berbahasa Inggeris. Jika diselidik, terdapat guru yang mengajar dalam subjek tersebut kurang mahir dalam kemahiran bahasa Inggeris.6. Ketidakadilan pada pelajar luar bandar dan berpendapatan rendah Soal ketidakadilan di mana ia melibatkan pelajar-pelajar di luar bandar dan mereka yang berpendapatan rendah. Pendedahan mereka terhadap penggunaan bahasa Inggeris terhad di mana mereka tiada duit untuk membayar guru kelas tambahan. Ini berbeza dengan pelajar di bandar dan yang berkemampuan di mana ibubapa mereka berupaya mengeluarkan apa sahaja bagi memenuhi pendidikan anak-anak mereka7. Terbantutnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa moden Kesan buruk daripada perlaksanaan PPSMI ini telah menyebabkan terbantutnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa moden terutama dalam bidang sains dan teknologi di negara ini pada masa akan datang. Ini secara tidak langsung telah mengambil alih peranan bahasa Melayu dalam matapelajaran
  8. 8. sains dan matematik yang sudah dimulakan sejak dahulu lagi dalam sistem pendidikan negara.8. PPSMI dijadikan batu loncatan untuk menguasai bahasa Inggeris Berdasarkan pedagogi untuk menguasai bahasa Inggeris melalui sains dan matematik adalah salah serta tidak sesuai kerana kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris hanya boleh dikuasai jika bahasa itu sendiri diperkukuhkan.Cara-cara menyelesai konflik-konflik PPSMI ialah:-1. Kerajaan perlu menghapuskan atau mengkaji semula pelaksanaan PPSMI2. Guru boleh menggunakan dwibahasa untuk menyampaikan pengajaran sekurang-kurangnya dapat mengelakkan pelajar hilang minat untuk belajar subjek berkenaan.3. Waktu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik harus ditambah kerana ia dapat membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris.4. Masalah seperti soal kelemahan guru dalam menguasai bahasa Inggeris itu boleh diatasi seperti kerajaaan menyediakan latihan atau kursus untuk guru meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris.5. Penggunaan kemudahan dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi sains, matematik dan bahasa Inggeris. Tujuannya adalah kemudahan ICT akan membawa perubahan dalam cara guru mengajar dalam bilik darjah di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.6. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sains dan Matematik bagi semua peringkat perlu disemak semula dan dialihbahasa ke bahasa Inggeris. Persediaan HSP ini didahulukan sebagai rujukan kepada penyediaan buku teks, bahan pengajaran dan pembelajaran, latihan dan peperiksaan. Kandungan HSP mengambil keperluan semasa, tahap kesediaan pelajar serta penggunaan bahasa Inggeris yang mudah dan sesuai untuk setiap peringkat.7. Setiap guru yang terlibat dengan pelaksanaan PPSMI diberikan komputer riba dan dibolehkan membawa balik ke rumah supaya mereka dapat membuat persediaan awal sebelum masuk ke bilik darjah
  9. 9. 8. Kementerian Pelajaran Melaysia membekalkan teaching courseware (TC) untuk membantu guru mengajar dalam bahasa Inggeris. TC ini mengandungi pelajaran yang lengkap untuk mata pelajaran yang berkenaan serta mengikut sukatan pelajaran sepenuhnya. 9. Guru-guru mata pelajaran sains dan matematik daripada sekolah yang sama atau sekolah berdekatan digalakkan berjumpa dan berbincang di luar waktu sekolah untuk membincangkan dan bertukar idea tentang pendekatan pengajaran sesuatu topik yang spesifik terutama topik yang sukar difahami pelajar. 10. Guru menggalakkan pelajar mengamalkan aktiviti yang dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris untuk beberapa minit setiap hari sebelum kelas bermula seperti contohnya seperti menonton program sains dan matematik dalam bahasa Inggeris atau membaca rencana sains dan matematik dalam bahasa Inggeris setiap hari. 11. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti ko-kurikulum sains dan matematik seperti kuiz sains dan matematik dan Kem Sains dalam bahasa Inggeris. 12. Guru perlu meningkatkan kefahaman pelajar mengenai konsep asas dan konsep abstrak dalam sains dan matematik seperti mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik dalam semasa pembelajaran yang dijalankan.Bahan Rujukan1) http://hassan1663.blogspot.com/2009/03/ppsmi-apa-masalah-sebenarnya.html2) http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6433) http://guruinspirasiku.blogspot.com/2009/02/kesan-perlaksanaan-ppsmi.html4) http://azemi09.wordpress.com/category/isu-bahasa/page/2/5)http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/03/pemimpin-perlu-atasi-masalah-ppsmi-dr.html
  10. 10. Aktiviti 5.7 (m/s 72)a) Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik berinteraksi dalam situasi bilikdarjah.Jawapan:Bilik darjah adalah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajarandan perkataan dinamik pula membawa maksud bertenaga atau daya fizikal yang mampumenggerakkan sesuatu. Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkansebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan orginasasinya untukmenjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dengan penuh minat,memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif.Interaksi pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara individu denganpihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi dalam bilik boleh berlakusecara lisan dan bukan lisan.Terdapat empat jenis interaksi dalam bilik darjah yang digunakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran, iaitu:- Jenis interaksi Ciri-ciri interaksi Pendekatan dan strategi pengajarani) Interaksi sehala dari • aktiviti pembelajaran • pendekatan memusatkanguru kepada murid bercorak positif guru • corak interaksi tertumpu • kaedah kelas kepada guru sahaja • memberi arahan Guru • tiada interaksi di antara • kaedah syarahan murid dengan murid • kaedah mencerita • kaedah demonstrasi • aktiviti pemulihan Murid Murid Murid Murid
  11. 11. ii) Interaksi dua hala di • Aktiviti pengajaran dan • Pendekatan Perbincanganantara guru dengan pembelajaran bercorak • Kaedah Menyoalmurid aktif • Kaedah Sokratik • Perhubungan guru • Kaedah Individu dengan murid Guru dipereratkan • Penglibatan murid digalakkan Murid Murid Murid Muridiii)Interaksi dua hala di • Aktiviti pembelajaran • pendekatan kumpulanantara murid dengan bercorak aktif • kaedah projekmurid • Perhubungan murid • kaedah bermain G dengan murid • lakonan dipereratkan • sumbangsaran • Interaksi guru dengan • semasa memberi arahan murid sehala, iaitu guru M M melalui bimbingan atau M M M M arahan guru sahaja • Semangat kerjasama, M M toleransi serta tolong menolong di kalangan murid dipupukiv) Interaksi Pelbagai • Aktiviti pengajaran dan • SimulasiHala Di Antara Guru pembelajaran bercorak • Main perananDengan Murid Dan Murid aktif • Pendekatan kumpulanDengan Murid • Perhubungan di antara • Kaedah perbincangan guru dengan murid dan • Kaedah penyelesaian G murid dipereratkan masalah • Peranan murid • Aktiviti pemulihan M M digunakan secara • Aktiviti penggayaan optimum • Berbincang dan berbual-bual M Mv) Interaksi Berkomputer • Interaksi lebih efesien • Ujian melalui computer • Interaksi terhad • Ujian CAT-menjimatkan kepada murid dan masa antara guru dan murid komputer • Dapat menyimpan rekod tentang keputusan murid
  12. 12. b) Nyatakan bentuk-bentuk interaksi yang boleh mendatangkan kesan-kesannegatif?Jawapan: • Guru sukar berterus terang • Emosi guru atau murid yang tidak terkawal. Hal ini akan menjejaskan penumpuan. Tumpuan yang kurang teliti akan turut menjejaskan interaksi antara murid dan guru. • Guru yang tidak melayani maklum balas murid • Kebisingan dalam bilik darjah. Kelas yang bising akan mengganggu interaksi yang berkesan. Murid-murid mungkin sukar untuk mendengan isi pelajar yang disampaikan oleh guru. • Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang • Suasana bilik darjah yang kurang kondusif • Tulisan yang kurang jelas pada papan tulis mengganggu maklumat atau mesej yang ingin disampaikan kepada murid.Bahan Rujukan1) http://hazwani85.multiply.com/journal/item/10/INTERAKSI_DALAM_BILIK_DARJAH2) http://www.slideshare.net/khalidipda/k7-kpliinteraksi-dalam-ppt
  13. 13. Aktiviti 6.2 (m/s 78)Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan.JawapanSebelum kedatangan kuasa penjajah, system pendidikan orang Melayu adalahberlandaskan kepada kitab suci Al-Quran. Aktiviti mereka terhad kepada membacaQuran, belajar huruf abjad Arab, mengingat dan menhafaz doa serta mempelajariprinsip-prinsip agama Islam. Pada masa itu, organisasi masyarakat Melayu adalahkurang kompleks. Selepas penjajah datang menakluk Tanah Melayu, sistem pendidikanberlandaskan agama Islam mengalami perubahan. Pada peringkat penjajahan,pendidikan di Tanah Melayu telah dikendali dan dikawal oleh kuasa penjajah Inggeristanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit.Antara faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan ialah:1. Penjajah sekadar mengambil kesempatan daripada tindakan mereka menyediakan pendidikan Melayu.Tujuan pihak penjajah untuk menyediakan pendidikan Melayu adalah bertujuan untukmemenuhi selera politik penjajahan mereka sahaja.Matlamat mereka adalah sekadarmemberi pendidikan kepada orang Melayu untuk melengkapkan tenaga manusia diperingkat buruh contohnya menjadi petani yang lebih baik dari orang tua mereka.2. Inggeris tidak membenarkan orang Melayu menyambung pelajaran kerana dianggap bertentang dengan prinsip pendidikan mereka.Bagi penjajah Inggeris, sekiranya mereka membenrakan pelajar Melayu menyambungpelajaran sehingga ke darjah enam, ia dianggap satu kesalahan besar keranabertentangan dengan prinsip dan dasar pendidikan mereka. Inggeris Cumamenganggap tujuan mereka memberi pendidikan kepadaorang Melayu hanyalahsekadar menghapuskan buta huruf pada tahap yang minimum sahaja.3. Pihak penjajah menanam sikap memuliakan pekerjaan buruh dan nelayanPihak penjajah dengan secara tidak langsung menanam sikap memuliakan pekerjaanburuh dan mengajar orang Melayu supaya terus tinggal di kampung. Pihak penjajahtidak mahu nasib masyarakat Melayu berubah dan terus kekal dengan pekerjaan tradisi.
  14. 14. 4. Pendidikan itu tidak mendapat tempat di hati orang MelayuSecara umumnya pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak British telah gagalmendapat tempat di hati orang Melayu sendiri. Kehadiran anak-anak di sekolah ketikaitu bukanlah di atas dasar keikhlasan hati untuk menuntut ilmu tetapi disebabkan olehpaksaan yang dikenakan oleh British dengan cara menguatkuasa peraturan tersebut.5. Pendidikan Melayu tidak memberi kesan positif kepada taraf hidup masyarakat Melayu.Pendidikan Melayu tidak dapat memberi hasil dan kesan yang positif terhadappeningkatan taraf hidup dan sosial orang Melayu yang kebanyakkan tinggal di kampung.Mereka semakin dihimpit dan kekal dalam kemiskinan. Hal ini menyebabkan orangMelayu tidak mahu meneruskan pendidikan.6. Semangat benci kepada penjajah yang begitu menebalMeskipun usaha penjajah mewujudkan aliran pendidikan di tanah Melayu dilihat sebagaiisu yang positif namun semangat bencikan penjajah yang tebal menghalang penglibatanmereka dalam sektor pendidikan yang dilihat hanya propaganda penjajah dalammengembangkan lagi ideologi yang ternyata laru dari konsep norma kehidupan orangMelayu.7. Orang Melayu masih ingin mengamalkan sistem pendidikan pondok dan sekolah agama.Masyarakat Melayu tidak menerima kewujudan sekolah sewaktu zaman penjajah keranamasih mahu mengamalkan sistem pendidikan pondok. Mereka lebih berminat untukmenumpukan pendidikan berteraskan kerohanian dan aspek keagamaan.8. Kemasukkan terhad kepada golongan atasan sahajaSemasa pemerintahan Inggeris, sekolah Inggeris ditubuhkan untuk anak-anakbangsawan dan anak-anak Raja. Banyak pendapat mengatakan sekolah Inggeris iniditubuhkan untuk memberi latihan kepada anak-anak bangsawan ini untuk menjadipegawai-pegawai rendah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Jadi secara umumnya
  15. 15. kemasukan ke sekolah Inggeris hanyalah terhad kepada golongan bangsawansahaja.Tambahan pula satu peperiksaan khas perlu dilalui oleh calon-calon yang inginmendapatkan pendidikan di sekolah aliran Inggeris ini.9. Tiada kesedaranSebelum kedatangan penjajah, masyarakat Melayu di Tanah Melayu sememangnyatidak pernah mendapat pendidikan secara formal. Mereka lebih fokus kepadapendidikan agama yang didapati melalui tok guru dan alim ulama. Kelas pula biasanyadiadakan secara tidak formal di surau-surau ataupun dirumah sahaja. Apabila pihakInggeris cuba untuk memperkenalkan sistem persekolahan, masyarakat Melayu ketikaitu tidak nampak akan kepentingan sesebuah sekolah itu. Bagi mereka mendidik anak-anak dengan ilmu agama adalah lebih penting. Ketika itu juga belum wujud lagipekerjaan yang memerlukan kelulusan tinggi, jadi lulus sekolah itu tidak menjadikepentingan mereka lagi.10. Lokasi sekolah yang jauh dari perkampungan Melayu.Lokasi sekolah sekular ini yang jauh dari penempatan atau perkampungan Melayu jugaantra faktor kenapa sekolah ini kurang mendapat sambutan. Orang Melayu tidak mampuuntuk membiayai tambang perjalanan ke sekolah sekular ini berikutan taraf ekonomikeluarha yang rendah. Selain itu, kebanyakkan anak-anak Melayu khuatir meninggalkanrumah kerana yang perempuan sangat terikat dengan budaya dan adat. Dalam tradisiorang Melayu, anak perempuan dihalang melangkah jauh meninggalkan rumah.Keadaan ini berkait rapat dengan tentangan daripada golongan konservatif iaitugolongan yang berpegang kuat pada asas amalan tradisi Melayu.Bahan Rujukan1) http://www.scribd.com/doc/23286419/Sekolah-Zaman-Penjajah2) http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hubungan-etnik-sistem-pendidikansemasa.html3) http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html4) Amir Hasan Dawi (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjung Malim: Quantum Books.
  16. 16. Aktiviti 10.3Sejauh manakah pencapaian sekolah bestari menjelang 2010 seperti yangdirancangkan pada tahun 1997?JawapanSekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini membawakepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untukmereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar kuatatau lemah, kaya atau miskin untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yangpaling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologikomputer membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari denganmenggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yangdireka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian TeknologiPendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.Carta di bawah menunjukkan pencapaian Sekolah Bestari pada tahun 2010:-
  17. 17. Pembelajaran menjadi Peningkatan lebih holistik dimana pencapaian murid-murid maju dalam bidang mengikut pencapaian dan bahasa minat masing-masing Peningkatan Peningkatan murid dalam pencapaian bidang dalam bidang kokurikulum sains dan Pembelajaran Jangka masa dalam Peningkatan sekolah Berkesan pengurusan dan menggunakan alat pentadbiran sekolah komunikasi untuk semakin kurang penyebaran maklumat Penglibatan PENCAPAIAN SEKOLAH BESTARI Pengurusan Komuniti MENJELANG 2010 SEPERTI YANG Berkesan Berkesan DIRANCANGKAN PADA TAHUN 1997Penglibatan ibubapa Peningkatan dan masyarakat perlaksanaan dalam rancangan program inovatif sekolah meningkat Pengajaran Kreatif sekolah dan Berkesan Peningkatan guru menggunakan Guru mengintegrasi kemahiran higher Guru mempunyai ICT dalam P&P order thinking tahap kompetensi pada peringkat 4 dalam pengajaran yang tinggi dalam dan 5 bintang dan pembelajaran ICT
  18. 18. Bahan Rujukan:1) http://www.geocities.ws/fmurni/skbestari.html2) http://www.scribd.com/doc/10150873/Sekolah-Bestari3) Amir Hasan Dawi (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjung Malim: Quantum

×