SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Putrajaya 12 Januari 2016 - Gelombang 1 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah
sampai ke penghujung dengan berlabuhnya tirai 2015.
Selangkah ke tahun 2016, bermakna kita telah berada
di Gelombang 2 PPPM (2016-2020) dengan tekad dan
azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti
pendidikan negara seperti yang dihasratkan. Namun
elok kita menoleh ke belakang untuk menilai sejauh
mana Gelombang 1 PPPM dapat memenuhi wawasan
dan aspirasi rakyat. Pencapaian cemerlang sama-
sama kita raikan, sementara pengalaman berhadapan
masalah dan halangan elok dijadikan iktibar untuk
penambahbaikan. Sesungguhnya transformasi
pendidikan merupakan proses dan perjuangan yang
panjang, keazaman dan komitmen tinggi secara
berterusan dari semua pihak amat diperlukan. Buletin
ANJAKAN Bil. 1/2016 akan memberi fokus terhadap
kandungan perutusan Tahun Baharu Menteri
Pendidikan 2016 terutama yang menyentuh
pencapaian Gelombang 1 PPPM (2013 – 2015) dan
usaha-usaha melangkah kehadapan untuk memacu
Gelombang 2 PPPM (2016-2020).
Bercakap kepada lebih 3,000 orang warga
pendidikan daripada pelbagai peringkat termasuk
murid dan wakil-wakil komuniti, Menteri
Pendidikan, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada seluruh warga pendidikan atas
daya usaha dan komitmen menjayakan
Gelombang 1 PPPM. Beliau juga menghargai
sokongan dan kerjasama semua pihak terutama
ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan yang
sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti
pendidikan negara. Beliau menegaskan bahawa
usaha melahirkan modal insan berkualiti dan
bersahsiah tinggi, sistem pendidikan perlu
berpaksi teguh kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan berkeyakinan bahawa
pembangunan modal insan secara holistik melalui
sistem pendidikan yang bersepadu dan sistematik
berupaya merangsang serta mencipta kejayaan
negara di persada dunia.
oleh Menteri Pendidikan Malaysia
Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Pada tahun 2013, Kementerian telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang bakal membawa sistem pendidikan kita antara sepertiga teratas dalam
kalangan negara-negara terbaik di dunia. Bagi mencapai hasrat tersebut, sejak 2013 segala usaha
ditumpukan kearah tersebut. Sebagai satu keluarga – dari peringkat Kementerian hingga ke
sekolah dengan melibatkan komuniti, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk mencapai satu tujuan –
membangunkan murid yang bakal menempuh cabaran alaf ke-21.
”Saya bersyukur kerana kita telah pun melepasi Gelombang 1 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk
mencapai lima aspirasi sistem, dan enam aspirasi murid menerusi sebelas
anjakan dalam pelan tersebut. Kini, kita sedang melangkah memasuki
Gelombang Kedua PPPM bagi tempoh 2016 hingga 2020. Selari dengan
aspirasi pelan ini demi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia
mempunyai akses terhadap pendidikan, KPM telah menjalankan program
yang komprehensif untuk meningkatkan kemasukan murid prasekolah
hingga ke peringkat menengah atas”.
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia
Melalui pelbagai inisiatif yang menjadi fokus pada Gelombang 1
seperti Program Transformasi Daerah, LINUS, peningkatan
kemahiran guru dan pemimpin melalui Piagam Guru dan Piagam
Pemimpin serta inisiatif lain yang menjadi prioriti, ketiga-tiga
keberhasilan ini telah berjaya mencapai sasaran.
keberhasilan utama yang perlu
dicapai dalam Gelombang 1:3
1100% murid menguasai literasi dan
numerasi selepas 3 tahun persekolahan
2 Peningkatan enrolmen murid;
3Pengurangan 25% jurang bandar
dan luar bandar.
Program ini telah berjaya membantu
kesemua tiga kohort murid mencapai 99
peratus dalam literasi bahasa Melayu dan
numerasi apabila mereka memasuki
Tahun Tiga. Sementara kadar
penguasaan literasi bahasa Inggeris murid
Tahun 3, 2015 meningkat 15.81 peratus -
daripada 78.3 peratus pada tahun 2014
kepada 94.11 peratus pada tahun ini.
Enrolmen prasekolah daripada pelbagai
agensi awam dan swasta telah mencatat
peningkatan yang signifikan, iaitu 84.51
peratus pada 2015, berbanding dengan
80.2 peratus pada 2012 sebelum
pelancaran PPPM. Kadar kemasukan
murid ke sekolah rendah juga turut
meningkat kepada 97.9 peratus pada 2014
berbanding 95.7 peratus pada 2010.
Kadar ini mengatasi kadar enrolmen
universal 91 peratus sebagaimana yang
dilaporkan oleh United Nations
Development Programme (UNDP) 2015.
Program Literasi & Numerasi LINUS
Peratus peningkatan enrolmen Murid
Merapatkan Jurang Antara
Bandar & Luar Bandar
Kementerian telah menetapkan
pengurangan jurang pencapaian
bandar dan luar bandar sebanyak 25
peratus dalam masa tiga tahun pertama
Gelombang 1 ini. Berdasarkan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR,
KPM telah berjaya mengatasi sasaran ini
dengan pencapaian pengurangan jurang
sebanyak 31.6 peratus.
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Pencapaian PPPM 2015
• Analisis jurang bandar dan luar bandar
berdasarkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan
sediakan selepas keuputusan SPM 2015
diumumkan.
Gambar: The Rakyat Post
Gambar: The Rakyat Post
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Tahniah yang setinggi-tingginya kepada Cikgu
Zainuddin bin Zakaria dari SMK Bukit Taman
Maluri, Kepong, Kuala Lumpur yang telah
dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess
Maha Chakri (APMC) dengan membawa pulang
pingat, sijil penghargaan dan wang tunai bernilai
USD10,000.00. APMC merupakan anugerah yang
diberikan kepada guru berdedikasi, cemerlang
dalam pembangunan modal insan dan memberi
inspirasi kepada rakan guru yang lain serta
berpotensi sebagai ikon guru di peringkat
antarabangsa
Cikgu Zainuddin telah menghasilkan beberapa projek inovasi seperti EXTEX-Excellent Teachers
With MS Excel, KODU In Classrooms Around The World, Borderless Classrooms Global
Classmates Worldwide Tutors dan POS KODU Learning Parts of Speech Using Game.
Beliau telah mengharumkan nama Malaysia kerana berjaya memenangi beberapa anugerah di
peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sejak tahun 2009. Antaranya termasuklah Juara
Asia Pacific Regional Innovative Education 2009/2011 dan Juara Innovative Educators
Choice Award 2012.
Pencapaian Guru: Pengiktirafan di Peringkat Dunia
Pencapaian Murid: Cemerlang di Peringkat Antarabangsa
KPM melakar sejarah melalui atlet 100 meter MSSM adik
Badrul Hisham bin Abdul Manap yang dinobatkan
sebagai Raja Pecut Sekolah-sekolah ASEAN dengan
catatan masa 10.29 saat di Kejohanan Sukan Sekolah-
sekolah ASEAN 7th ASG 2015 yang berlangsung di
Brunei Darussalam. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia
berjaya memperoleh sebanyak 56 pingat, iaitu 20 emas, 14
perak, dan 22 gangsa dan ini merupakan satu pencapaian
yang amat membanggakan
Pencapaian adik Goh Jin Wei dalam sukan
badminton telah menaikkan imej KPM apabila
menjuarai Remaja Dunia tahun 2015, meraih
pingat gangsa Sukan SEA dan pingat emas
perseorangan wanita Kejohanan ASG.
Gambar : www.pmca.or.th
Pencapaian PPPM 2015
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Pencapaian Guru: Pengiktirafan di Peringkat Dunia
Pencapaian PPPM 2015
Pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) telah memenangi Anugerah Komuniti
di Kejohanan Dunia VEX Robotics di
Kentucky, Amerika Syarikat. Pertandingan ini
melibatkan kemahiran dalam bidang perisian
dan teknologi robotik yang diwakili oleh Wan
Ahmad Haziq bin Wan Ahmad Hazim, Jeyhan
Onn bin Mohd Tahir dan Mohd Fahim Aiman bin
Aminuddin.
Mohd Yusri bin Rashidi, pelajar Kolej Vokasional Arau,
Perlis berjaya menonjolkan bakatnya dalam bidang Teknologi
Automotif dan mewakili Malaysia dalam World Skill
Competition 2015 di Sao Paulo, Brazil.
Pasukan R&D SM Sains Sultan
Muhammad Jiwa telah memenangi
Anugerah Khas Inovasi Muda
sempena Pertandingan Inovasi dan
Penciptaan Peringkat Kebangsaan
melalui Pameran 2015 (iComEx'15).
Penghasilan "Superb MSE" melalui
penggunaan daun ketum telah
diinovasikan menjadi ubat penahan sakit
bagi menggantikan morfin, dan turut
memenangi pelbagai anugerah di
peringkat antarabangsa, iaitu di
Romania, Hong Kong, dan Taiwan.
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Amanat YB Menteri Pendidikan Kepada
Seluruh Warga Pendidik
Pegawai-Pegawai di Kementerian
Menyeru pegawai disemua peringkat supaya memahami dan
menghayati roh hasrat PPPM dengan mengubah cara bekerja
daripada process driven kepada outcome–driven, and stay true
to your objectives
“Kita merupakan pemegang amanah 30 juta rakyat Malaysia
untuk membentuk murid yang bukan sahaja boleh mendepani
cabaran masa hadapan, tetapi membentuk masa hadapan
berdasarkan acuan kita sendiri. Marilah kita bekerja sebagai
Satu Kementerian – bekerjasama dan bekerja bersama-sama”.
Pegawai di JPN dan PPD
“ Selaras dengan Anjakan 6 untuk mengupayakan JPN, PPD,
dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan, anda lebih tahu apa yang berlaku di
peringkat negeri masing-masing. Begitu juga warga kita di
IPG dan Kolej Matrikulasi, anda semua perlu berfikiran lebih
strategik, lihatlah kekuatan yang ada pada institusi masing-
masing, dan bekerjasamalah dengan agensi di negeri sejajar
dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ingatlah
juga bahawa – one size does not fit all. Dengan latihan dan
sokongan yang telah diberi kepada pemimpin negeri dan
daerah, saya yakin anda mampu menzahirkan yang terbaik,
sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Kedah dan Sabah
dalam tiga tahun kebelakangan ini”.
“Saya tidak mahu guru-guru kehilangan fokus dalam mendidik
anak bangsa kita. Ingatlah bahawa kita tidak lagi
menyediakan murid kita untuk lulus dalam peperiksaan, tetapi
kita perlu melihat lebih jauh – 10 tahun lagi nanti apakah yang
akan terjadi pada anak murid kita? Apakah kemahiran yang
perlu ada pada mereka? Apakah cukup ilmu dan akhlak yang
kita terapkan?”
Guru, Pensyarah IPG dan Kolej
Matrikulasi
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Amanat YB Menteri Pendidikan Kepada
Seluruh Warga Pendidik
Ibu bapa, Komuniti dan
Sektor Swasta
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
segala sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi
untuk memastikan satu sistem pembelajaran wujud dalam
komuniti kita demi anak-anak yang akan menerajui kepimpinan
negara. Dalam Gelombang 2 ini, kami mengalu-alukan lebih
sumbangan daripada sektor swasta untuk sama-sama memacu
transformasi pendidikan negara”.
Anak-Anak
“Segala usaha yang
dijalankan adalah untuk
anda, bagi memastikan
anda dibekalkan dengan
ilmu dan akhlak yang
cukup buat anda berjaya,
dan membawa negara ini
ke arah kejayaan. Dalam
masa 10 tahun lagi,
andalah yang akan
membawa Malaysia
menjadi antara sepertiga
negara yang mempunyai
sistem pendidikan terbaik
di dunia”
MENERAJUI
PERUBAHAN
Pengintegrasian Data KPM Dan Single Sign-On
Membantu Memperkasakan Tugas Guru
Inisiatif pengintegrasian data dan kemudahan SSO
merupakan dua perkara yang berlainan mempunyai
sasaran yang berbeza. Pengintegrasian data
merupakan satu inisiatif untuk mempastikan data di
antara pelbagai aplikasi yang digunakan di semua
peringkat di KPM berhubung di antara satu sama
lain. Ini bermakna guru-guru serta pentadbir di
sekolah tidak lagi perlu memasukkan data yang
sama berulang kali di pelbagai sistem. Bagi tahun
2015, sebanyak 28 aplikasi telah dikenalpasti untuk
dilaksanakan pengintegrasian. Daripada 28 aplikasi
tersebut 6 daripadanya, iaitu Sistem Maklumat
Murid, Aplikasi Pengurusan Bantuan, Sistem Orang
Kelainan Upaya, Permohonan Tahun 1, e-Perlu dan
iKEPS, telahpun digabungkan dengan aplikasi lain.
Setiap aplikasi yang memerlukan maklumat sekolah
akan berhubung dengan Modul Pengurusan Sekolah
(EMIS), maklumat guru dengan Modul Pengurusan
Guru (eOperasi) dan maklumat murid serta
ibubapa/penjaga melalui Modul Pengurusan Murid
(APDM). Hasil daripada pengintegrasian ini,
sebanyak 2,097 variable atau medan bertindih tidak
lagi perlu diisi berulangkali oleh guru-guru dan juga
pengurusan sekolah.
Single Sign On atau SSO merupakan aplikasi pengantara untuk ke semua sistem yang telah
diintegrasikan. Setelah proses pengintegrasian bagi kesemua 28 sistem selesai kebanyakkan
aplikasi selesai, satu pendekatan diperlukan untuk mengurangkan keperluan guru untuk log masuk
ke pelbagai aplikasi tersebut. Batch pertama yang melibatkan 13 aplikasi dilaksanakan SSO pada
1 Oktober 2015 melalui Surat Siaran KPM bil. 15 Tahun 2015. Batch kedua yang melibatkan 9
aplikasi sistem berikutnya telah selesai dilaksanakan pada 1 Disember 2015.
Single Sign-On (SSO) adalah satu kemudahan pengesahan sesi / pengguna yang
membenarkan pengguna untuk mengakses pelbagai sistem dengan satu kata nama dan satu
kata laluan
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Integrasi Data KPM – Single Sign-On
Membantu Memperkasakan Tugas Guru
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Pelaksanaan Single Sign-On
(SSO) untuk batch ke dua melibatkan
baki 9 aplikasi KPM telah berjaya
dilaksanakan pada 1 Disember 2015
seperti yang dirancang. Kejayaan ini
adalah kesinambungan daripada
pelaksanaan SSO batch pertama yang
mana 13 aplikasi, telah berjaya
dilancarkan pada 1 Oktober
lalu. Dengan pelaksanaan SSO ini,
guru-guru hanya memerlukan satu kata
nama pengguna untuk mengakses
pelbagai aplikasi sistem KPM yang
berkaitan.
Pelaksanaan pengintegrasian data
daripada 28 aplikasi asal kepada 22
aplikasi, beserta SSO ini diharap dapat
memperkasakan tugas guru menerusi
pemasukan data tunggal dan
meningkatkan kecekapan pengurusan
sumber pendidikan KPM.
Pendaftaran SSO boleh dilakukan
melalui 3 aplikasi utama iaitu Modul
Pengurusan Sekolah (EMIS), Murid
(APDM) dan Guru (e-Operasi).
Terima kasih kepada semua pengguna di
peringkat JPN, PPD dan sekolah yang
telah pun mendaftar serta yang terlibat
dalam sesi pengujian SSO. Syabas
kepada pasukan inisiatif serta semua
warga KPM yang terlibat dalam
menyumbang masa dan tenaga bagi
memastikan kejayaan inisiatif ini yang
merupakan salah satu inisiatif utama
PPPM.
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Transformasi Pendidikan Dari Media
@PaduEducation #PaduMY padustories.my
Buletin Anjakan Bil. 1/2016
Transformasi Pendidikan Dari Media
@PaduEducation #PaduMY padustories.my

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Mis Sem
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Chell Mn
 
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...Amy Kee
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025uhisyam sriib
 
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Fadzliaton Zainudin
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahAbdul Rahman
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysiazulhazmihamad
 
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysiactnurfatin
 
Jerayawara agenda komunikasi pppm dan dtp daerah gombak 2014 terkini
Jerayawara agenda komunikasi pppm dan dtp daerah gombak 2014  terkiniJerayawara agenda komunikasi pppm dan dtp daerah gombak 2014  terkini
Jerayawara agenda komunikasi pppm dan dtp daerah gombak 2014 terkiniBSEONG
 
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia fafa111283
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1timbanghawai
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 

Was ist angesagt? (18)

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
 
Tiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppmTiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppm
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
 
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
 
Jerayawara agenda komunikasi pppm dan dtp daerah gombak 2014 terkini
Jerayawara agenda komunikasi pppm dan dtp daerah gombak 2014  terkiniJerayawara agenda komunikasi pppm dan dtp daerah gombak 2014  terkini
Jerayawara agenda komunikasi pppm dan dtp daerah gombak 2014 terkini
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 

Andere mochten auch

TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHTEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHsafeqa
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaSarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaRahim Affandi
 
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANKANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANNURUL AZREEN
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 

Andere mochten auch (7)

TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHTEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaSarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANKANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 

Ähnlich wie Buletin anjakan bil.1 2016

Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanmursyidee
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfAR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfFadzilMasri3
 
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025BM80617MuhamadWafiyB
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025dilla_syafa
 
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Penang Lim
 
Perutusan tahun baharu 2016 kpm
Perutusan tahun baharu 2016 kpmPerutusan tahun baharu 2016 kpm
Perutusan tahun baharu 2016 kpmJunjong
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmHunter Malaya
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprintAmylia Ismail
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmZahari Zabri
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keamir alhaj
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMChon Seong Hoo
 
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Siti Khajaru'ain
 

Ähnlich wie Buletin anjakan bil.1 2016 (20)

Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfAR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
 
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
PPPM 2013 2025
PPPM 2013 2025PPPM 2013 2025
PPPM 2013 2025
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Ppp penuh 2013 2025
Ppp penuh 2013 2025Ppp penuh 2013 2025
Ppp penuh 2013 2025
 
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
 
Perutusan tahun baharu 2016 kpm
Perutusan tahun baharu 2016 kpmPerutusan tahun baharu 2016 kpm
Perutusan tahun baharu 2016 kpm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprint
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
 
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
 

Mehr von ZULKURNAIN ABDUL RAHMAN (16)

Khutbah jumaat 28 april 2017
Khutbah jumaat 28 april  2017Khutbah jumaat 28 april  2017
Khutbah jumaat 28 april 2017
 
Khutbah jumaat 26 mei 2017
Khutbah jumaat 26  mei  2017Khutbah jumaat 26  mei  2017
Khutbah jumaat 26 mei 2017
 
Khutbah jumaat 21 april 2017
Khutbah jumaat 21 april  2017Khutbah jumaat 21 april  2017
Khutbah jumaat 21 april 2017
 
Khutbah jumaat 19 mei 2017
Khutbah jumaat 19 mei  2017Khutbah jumaat 19 mei  2017
Khutbah jumaat 19 mei 2017
 
Khutbah jumaat 14 april 2017
Khutbah jumaat 14 april   2017Khutbah jumaat 14 april   2017
Khutbah jumaat 14 april 2017
 
Album dialog yussufian 2017
Album dialog yussufian 2017Album dialog yussufian 2017
Album dialog yussufian 2017
 
Khutbah jumaat 14 april 2017
Khutbah jumaat 14 april   2017Khutbah jumaat 14 april   2017
Khutbah jumaat 14 april 2017
 
KHUTBAH JUMAAT MJPN 03 MAC 2017
KHUTBAH JUMAAT MJPN 03 MAC 2017KHUTBAH JUMAAT MJPN 03 MAC 2017
KHUTBAH JUMAAT MJPN 03 MAC 2017
 
BULETIN SMBE1-1/2017
BULETIN  SMBE1-1/2017BULETIN  SMBE1-1/2017
BULETIN SMBE1-1/2017
 
Khutbah jumaat 24 jun 2016
Khutbah jumaat 24  jun 2016Khutbah jumaat 24  jun 2016
Khutbah jumaat 24 jun 2016
 
Khutbah jumaat 17 jun 2016
Khutbah jumaat 17 jun 2016Khutbah jumaat 17 jun 2016
Khutbah jumaat 17 jun 2016
 
Khutbah jumaat 13 jan 2017
Khutbah jumaat 13 jan 2017Khutbah jumaat 13 jan 2017
Khutbah jumaat 13 jan 2017
 
Khutbah jumaat 10 feb 2017
Khutbah jumaat 10 feb 2017Khutbah jumaat 10 feb 2017
Khutbah jumaat 10 feb 2017
 
Book review zulkurnain smbe1
Book review zulkurnain smbe1Book review zulkurnain smbe1
Book review zulkurnain smbe1
 
Tatacara perhimpunan kokurikulum 2017
Tatacara perhimpunan kokurikulum 2017Tatacara perhimpunan kokurikulum 2017
Tatacara perhimpunan kokurikulum 2017
 
Taklimat koku 2017
Taklimat koku 2017Taklimat koku 2017
Taklimat koku 2017
 

Buletin anjakan bil.1 2016

  • 1. Putrajaya 12 Januari 2016 - Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah sampai ke penghujung dengan berlabuhnya tirai 2015. Selangkah ke tahun 2016, bermakna kita telah berada di Gelombang 2 PPPM (2016-2020) dengan tekad dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang dihasratkan. Namun elok kita menoleh ke belakang untuk menilai sejauh mana Gelombang 1 PPPM dapat memenuhi wawasan dan aspirasi rakyat. Pencapaian cemerlang sama- sama kita raikan, sementara pengalaman berhadapan masalah dan halangan elok dijadikan iktibar untuk penambahbaikan. Sesungguhnya transformasi pendidikan merupakan proses dan perjuangan yang panjang, keazaman dan komitmen tinggi secara berterusan dari semua pihak amat diperlukan. Buletin ANJAKAN Bil. 1/2016 akan memberi fokus terhadap kandungan perutusan Tahun Baharu Menteri Pendidikan 2016 terutama yang menyentuh pencapaian Gelombang 1 PPPM (2013 – 2015) dan usaha-usaha melangkah kehadapan untuk memacu Gelombang 2 PPPM (2016-2020). Bercakap kepada lebih 3,000 orang warga pendidikan daripada pelbagai peringkat termasuk murid dan wakil-wakil komuniti, Menteri Pendidikan, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidikan atas daya usaha dan komitmen menjayakan Gelombang 1 PPPM. Beliau juga menghargai sokongan dan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan yang sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Beliau menegaskan bahawa usaha melahirkan modal insan berkualiti dan bersahsiah tinggi, sistem pendidikan perlu berpaksi teguh kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berkeyakinan bahawa pembangunan modal insan secara holistik melalui sistem pendidikan yang bersepadu dan sistematik berupaya merangsang serta mencipta kejayaan negara di persada dunia. oleh Menteri Pendidikan Malaysia Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 2. Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Pada tahun 2013, Kementerian telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang bakal membawa sistem pendidikan kita antara sepertiga teratas dalam kalangan negara-negara terbaik di dunia. Bagi mencapai hasrat tersebut, sejak 2013 segala usaha ditumpukan kearah tersebut. Sebagai satu keluarga – dari peringkat Kementerian hingga ke sekolah dengan melibatkan komuniti, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk mencapai satu tujuan – membangunkan murid yang bakal menempuh cabaran alaf ke-21. ”Saya bersyukur kerana kita telah pun melepasi Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk mencapai lima aspirasi sistem, dan enam aspirasi murid menerusi sebelas anjakan dalam pelan tersebut. Kini, kita sedang melangkah memasuki Gelombang Kedua PPPM bagi tempoh 2016 hingga 2020. Selari dengan aspirasi pelan ini demi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses terhadap pendidikan, KPM telah menjalankan program yang komprehensif untuk meningkatkan kemasukan murid prasekolah hingga ke peringkat menengah atas”. YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia Melalui pelbagai inisiatif yang menjadi fokus pada Gelombang 1 seperti Program Transformasi Daerah, LINUS, peningkatan kemahiran guru dan pemimpin melalui Piagam Guru dan Piagam Pemimpin serta inisiatif lain yang menjadi prioriti, ketiga-tiga keberhasilan ini telah berjaya mencapai sasaran. keberhasilan utama yang perlu dicapai dalam Gelombang 1:3 1100% murid menguasai literasi dan numerasi selepas 3 tahun persekolahan 2 Peningkatan enrolmen murid; 3Pengurangan 25% jurang bandar dan luar bandar.
  • 3. Program ini telah berjaya membantu kesemua tiga kohort murid mencapai 99 peratus dalam literasi bahasa Melayu dan numerasi apabila mereka memasuki Tahun Tiga. Sementara kadar penguasaan literasi bahasa Inggeris murid Tahun 3, 2015 meningkat 15.81 peratus - daripada 78.3 peratus pada tahun 2014 kepada 94.11 peratus pada tahun ini. Enrolmen prasekolah daripada pelbagai agensi awam dan swasta telah mencatat peningkatan yang signifikan, iaitu 84.51 peratus pada 2015, berbanding dengan 80.2 peratus pada 2012 sebelum pelancaran PPPM. Kadar kemasukan murid ke sekolah rendah juga turut meningkat kepada 97.9 peratus pada 2014 berbanding 95.7 peratus pada 2010. Kadar ini mengatasi kadar enrolmen universal 91 peratus sebagaimana yang dilaporkan oleh United Nations Development Programme (UNDP) 2015. Program Literasi & Numerasi LINUS Peratus peningkatan enrolmen Murid Merapatkan Jurang Antara Bandar & Luar Bandar Kementerian telah menetapkan pengurangan jurang pencapaian bandar dan luar bandar sebanyak 25 peratus dalam masa tiga tahun pertama Gelombang 1 ini. Berdasarkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR, KPM telah berjaya mengatasi sasaran ini dengan pencapaian pengurangan jurang sebanyak 31.6 peratus. Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Pencapaian PPPM 2015 • Analisis jurang bandar dan luar bandar berdasarkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan sediakan selepas keuputusan SPM 2015 diumumkan.
  • 4. Gambar: The Rakyat Post Gambar: The Rakyat Post Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Tahniah yang setinggi-tingginya kepada Cikgu Zainuddin bin Zakaria dari SMK Bukit Taman Maluri, Kepong, Kuala Lumpur yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) dengan membawa pulang pingat, sijil penghargaan dan wang tunai bernilai USD10,000.00. APMC merupakan anugerah yang diberikan kepada guru berdedikasi, cemerlang dalam pembangunan modal insan dan memberi inspirasi kepada rakan guru yang lain serta berpotensi sebagai ikon guru di peringkat antarabangsa Cikgu Zainuddin telah menghasilkan beberapa projek inovasi seperti EXTEX-Excellent Teachers With MS Excel, KODU In Classrooms Around The World, Borderless Classrooms Global Classmates Worldwide Tutors dan POS KODU Learning Parts of Speech Using Game. Beliau telah mengharumkan nama Malaysia kerana berjaya memenangi beberapa anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sejak tahun 2009. Antaranya termasuklah Juara Asia Pacific Regional Innovative Education 2009/2011 dan Juara Innovative Educators Choice Award 2012. Pencapaian Guru: Pengiktirafan di Peringkat Dunia Pencapaian Murid: Cemerlang di Peringkat Antarabangsa KPM melakar sejarah melalui atlet 100 meter MSSM adik Badrul Hisham bin Abdul Manap yang dinobatkan sebagai Raja Pecut Sekolah-sekolah ASEAN dengan catatan masa 10.29 saat di Kejohanan Sukan Sekolah- sekolah ASEAN 7th ASG 2015 yang berlangsung di Brunei Darussalam. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia berjaya memperoleh sebanyak 56 pingat, iaitu 20 emas, 14 perak, dan 22 gangsa dan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan Pencapaian adik Goh Jin Wei dalam sukan badminton telah menaikkan imej KPM apabila menjuarai Remaja Dunia tahun 2015, meraih pingat gangsa Sukan SEA dan pingat emas perseorangan wanita Kejohanan ASG. Gambar : www.pmca.or.th Pencapaian PPPM 2015
  • 5. Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Pencapaian Guru: Pengiktirafan di Peringkat Dunia Pencapaian PPPM 2015 Pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah memenangi Anugerah Komuniti di Kejohanan Dunia VEX Robotics di Kentucky, Amerika Syarikat. Pertandingan ini melibatkan kemahiran dalam bidang perisian dan teknologi robotik yang diwakili oleh Wan Ahmad Haziq bin Wan Ahmad Hazim, Jeyhan Onn bin Mohd Tahir dan Mohd Fahim Aiman bin Aminuddin. Mohd Yusri bin Rashidi, pelajar Kolej Vokasional Arau, Perlis berjaya menonjolkan bakatnya dalam bidang Teknologi Automotif dan mewakili Malaysia dalam World Skill Competition 2015 di Sao Paulo, Brazil. Pasukan R&D SM Sains Sultan Muhammad Jiwa telah memenangi Anugerah Khas Inovasi Muda sempena Pertandingan Inovasi dan Penciptaan Peringkat Kebangsaan melalui Pameran 2015 (iComEx'15). Penghasilan "Superb MSE" melalui penggunaan daun ketum telah diinovasikan menjadi ubat penahan sakit bagi menggantikan morfin, dan turut memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa, iaitu di Romania, Hong Kong, dan Taiwan.
  • 6. Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Amanat YB Menteri Pendidikan Kepada Seluruh Warga Pendidik Pegawai-Pegawai di Kementerian Menyeru pegawai disemua peringkat supaya memahami dan menghayati roh hasrat PPPM dengan mengubah cara bekerja daripada process driven kepada outcome–driven, and stay true to your objectives “Kita merupakan pemegang amanah 30 juta rakyat Malaysia untuk membentuk murid yang bukan sahaja boleh mendepani cabaran masa hadapan, tetapi membentuk masa hadapan berdasarkan acuan kita sendiri. Marilah kita bekerja sebagai Satu Kementerian – bekerjasama dan bekerja bersama-sama”. Pegawai di JPN dan PPD “ Selaras dengan Anjakan 6 untuk mengupayakan JPN, PPD, dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan, anda lebih tahu apa yang berlaku di peringkat negeri masing-masing. Begitu juga warga kita di IPG dan Kolej Matrikulasi, anda semua perlu berfikiran lebih strategik, lihatlah kekuatan yang ada pada institusi masing- masing, dan bekerjasamalah dengan agensi di negeri sejajar dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ingatlah juga bahawa – one size does not fit all. Dengan latihan dan sokongan yang telah diberi kepada pemimpin negeri dan daerah, saya yakin anda mampu menzahirkan yang terbaik, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Kedah dan Sabah dalam tiga tahun kebelakangan ini”. “Saya tidak mahu guru-guru kehilangan fokus dalam mendidik anak bangsa kita. Ingatlah bahawa kita tidak lagi menyediakan murid kita untuk lulus dalam peperiksaan, tetapi kita perlu melihat lebih jauh – 10 tahun lagi nanti apakah yang akan terjadi pada anak murid kita? Apakah kemahiran yang perlu ada pada mereka? Apakah cukup ilmu dan akhlak yang kita terapkan?” Guru, Pensyarah IPG dan Kolej Matrikulasi
  • 7. Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Amanat YB Menteri Pendidikan Kepada Seluruh Warga Pendidik Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta “Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan satu sistem pembelajaran wujud dalam komuniti kita demi anak-anak yang akan menerajui kepimpinan negara. Dalam Gelombang 2 ini, kami mengalu-alukan lebih sumbangan daripada sektor swasta untuk sama-sama memacu transformasi pendidikan negara”. Anak-Anak “Segala usaha yang dijalankan adalah untuk anda, bagi memastikan anda dibekalkan dengan ilmu dan akhlak yang cukup buat anda berjaya, dan membawa negara ini ke arah kejayaan. Dalam masa 10 tahun lagi, andalah yang akan membawa Malaysia menjadi antara sepertiga negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia” MENERAJUI PERUBAHAN
  • 8. Pengintegrasian Data KPM Dan Single Sign-On Membantu Memperkasakan Tugas Guru Inisiatif pengintegrasian data dan kemudahan SSO merupakan dua perkara yang berlainan mempunyai sasaran yang berbeza. Pengintegrasian data merupakan satu inisiatif untuk mempastikan data di antara pelbagai aplikasi yang digunakan di semua peringkat di KPM berhubung di antara satu sama lain. Ini bermakna guru-guru serta pentadbir di sekolah tidak lagi perlu memasukkan data yang sama berulang kali di pelbagai sistem. Bagi tahun 2015, sebanyak 28 aplikasi telah dikenalpasti untuk dilaksanakan pengintegrasian. Daripada 28 aplikasi tersebut 6 daripadanya, iaitu Sistem Maklumat Murid, Aplikasi Pengurusan Bantuan, Sistem Orang Kelainan Upaya, Permohonan Tahun 1, e-Perlu dan iKEPS, telahpun digabungkan dengan aplikasi lain. Setiap aplikasi yang memerlukan maklumat sekolah akan berhubung dengan Modul Pengurusan Sekolah (EMIS), maklumat guru dengan Modul Pengurusan Guru (eOperasi) dan maklumat murid serta ibubapa/penjaga melalui Modul Pengurusan Murid (APDM). Hasil daripada pengintegrasian ini, sebanyak 2,097 variable atau medan bertindih tidak lagi perlu diisi berulangkali oleh guru-guru dan juga pengurusan sekolah. Single Sign On atau SSO merupakan aplikasi pengantara untuk ke semua sistem yang telah diintegrasikan. Setelah proses pengintegrasian bagi kesemua 28 sistem selesai kebanyakkan aplikasi selesai, satu pendekatan diperlukan untuk mengurangkan keperluan guru untuk log masuk ke pelbagai aplikasi tersebut. Batch pertama yang melibatkan 13 aplikasi dilaksanakan SSO pada 1 Oktober 2015 melalui Surat Siaran KPM bil. 15 Tahun 2015. Batch kedua yang melibatkan 9 aplikasi sistem berikutnya telah selesai dilaksanakan pada 1 Disember 2015. Single Sign-On (SSO) adalah satu kemudahan pengesahan sesi / pengguna yang membenarkan pengguna untuk mengakses pelbagai sistem dengan satu kata nama dan satu kata laluan Buletin Anjakan Bil. 1/2016
  • 9. Integrasi Data KPM – Single Sign-On Membantu Memperkasakan Tugas Guru Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Pelaksanaan Single Sign-On (SSO) untuk batch ke dua melibatkan baki 9 aplikasi KPM telah berjaya dilaksanakan pada 1 Disember 2015 seperti yang dirancang. Kejayaan ini adalah kesinambungan daripada pelaksanaan SSO batch pertama yang mana 13 aplikasi, telah berjaya dilancarkan pada 1 Oktober lalu. Dengan pelaksanaan SSO ini, guru-guru hanya memerlukan satu kata nama pengguna untuk mengakses pelbagai aplikasi sistem KPM yang berkaitan. Pelaksanaan pengintegrasian data daripada 28 aplikasi asal kepada 22 aplikasi, beserta SSO ini diharap dapat memperkasakan tugas guru menerusi pemasukan data tunggal dan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber pendidikan KPM. Pendaftaran SSO boleh dilakukan melalui 3 aplikasi utama iaitu Modul Pengurusan Sekolah (EMIS), Murid (APDM) dan Guru (e-Operasi). Terima kasih kepada semua pengguna di peringkat JPN, PPD dan sekolah yang telah pun mendaftar serta yang terlibat dalam sesi pengujian SSO. Syabas kepada pasukan inisiatif serta semua warga KPM yang terlibat dalam menyumbang masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan inisiatif ini yang merupakan salah satu inisiatif utama PPPM.
  • 10. Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Transformasi Pendidikan Dari Media @PaduEducation #PaduMY padustories.my
  • 11. Buletin Anjakan Bil. 1/2016 Transformasi Pendidikan Dari Media @PaduEducation #PaduMY padustories.my