1. PENYATAAN HASRAT
Saya memilih bidang keguruan kerana profesion ini adalah profesion yang mulia. Seterusnya, bidang ini
amatlah dipandang tinggi kerana guru ialah insan yang mendidik pelajar ke arah kecemerlangan. Guru
merupakan cita-cita saya sejak kecil. Saya juga mempunyai pengalaman sebagai pengawas sekolah. Oleh
itu, pengalaman yang digarap amat berguna kerana sebagai pemimpin di sekolah sudah tentu kita perlu
berinteraksi dengan para pelajar semasa memberi arahan kepada mereka. Jika saya berpeluang menjawat
jawatan sebagai seorang guru, saya akan menggunakan peluang tersebut untuk menyalurkan ilmu dengan
sebaik mungkin. Saya akan memastikan setiap pelajar saya mendapat ilmu dan mengaplikasikan ilmu yang
disampaikan dengan baik.
APA ITU FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
APA ITU FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Falsafah Pendidikan Guru ialah, “Guru yang pekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.”
2. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia hasil pelibatan masyarakat dan peyelidikan meluas
yang dijalankan oleh kpm. Pelan ini dibangunkan dengan 3 objektif khusus:
OBEJKTIF
i. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia.
ii. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara
keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.
iii. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan
penting dalam Kementerian
APA ITU 5 ASPIRASI PENDIDIKAN