Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Die SlideShare-Präsentation wird heruntergeladen. ×
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Nächste SlideShare
Tayamum
Tayamum
Wird geladen in …3
×

Hier ansehen

1 von 13 Anzeige

Weitere Verwandte Inhalte

Diashows für Sie (20)

Andere mochten auch (20)

Anzeige

Ähnlich wie Sifat mahmudah (20)

Anzeige

Sifat mahmudah

  1. 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM. MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM NAMA : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN : SITI NADHIRAH BINTI ZURAIDI NOMBOR MATRIK : 2ATE1106081 NOMBOR I/C : 930228-06-5478 TAJUK : SIFAT MAHMUDAH OPSYEN : 3 PPISMP TESL 4 NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD.NAHI
  2. 2. SIFAT MAHMUDAH KESYUKURAN DEFINISI NILAI MURNI Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran.Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) PENGERTIAN SYUKUR Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.
  3. 3. Maksudnya: “Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah.” Bersyukur adalah suatu tindakbalas yang baik, samada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih. HADIS 1. Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya; "Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain." 2. Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran: Maksudnya:
  4. 4. "Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur." (Surah As-Saba': 13) Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan 'Alhamdulillah'. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan 'Alhamdulillah' itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja. 3. Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya. Firman Allah : Maksudnya: "Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: 7) Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk 'cover' balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.
  5. 5. 4. “Barangsiapa yg diberikan kebaikan kepada hendaklah dia membalas dan jika dia tdk mendapatkan sesuatu utk membalas hendaklah dia memujinya. Karena jika dia memuji sungguh dia telah berterima kasih dan jika dia menyembunyikan sungguh dia telah kufur. Dan barangsiapa yg berhias dgn sesuatu yg dia tdk diberi sama hal dgn orang yg memakai dua baju kedustaan.” 5. “Barangsiapa tdk mensyukuri yg sedikit mk dia tdk akan mensyukuri atas yg banyak dan barangsiapa yg tdk berterima kasih kepada manusia mk dia tdk bersyukur kepada Allah. Menceritakan sebuah ni’mat kepada orang lain termasuk dari syukur dan meninggalkan adl kufur bersatu adl rahmat dan bercerai berai adl azab.” (Madarijus Salikin 2/248)
  6. 6. DALIL Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: 1. “Dan ni’mat apapun yg kalian dapatkan adl datang dari Allah.” 2. “Dan jika kalian menghitung ni’mat Allah niscaya kalian tdk akan sanggup.” 3. “Bersyukurlah kalian kepada Allah jika hanya kepada-Nya kalian menyembah.” 4. “Maka ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku akan mengingat kalian dan bersyukurlah kalian kepada-Ku dan jangan kalian kufur.” BAGAIMANAKAH CARANYA KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T ? 1. Mengekalkan baik sangka terhadap Allah s.w.t 2. Meletakkan keyakinan kepada-Nya dalam apa jua keadaan 3. Kata-kata yang melafazkan pujian, sanjugan dan pujaan kepada Allah s.w.t 4. Tidak melafazkan perasaan benci,kecewa, buruk sangka dan seumpama itu terhadap Allah s.w.t 5. Memperbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t 6. Mengerjakan amalan-amalan sunat
  7. 7. CONTOH DARI KISAH NABI S.A.W MENGENAI KESYUKURANNYA 1. Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ibn Majah dan Ibn Hibba, Aisyah menceritakan, "Pada suatu malam nabi masuk tidur bersamaku sehingga kulit kami bersentuhan. Kemudian baginda berkata, 'Wahali puteri ABu Bakar, bolehkah kau (izinkan) aku beribadah kepada Tuhanku?' Nabi pun bangun untuk berwuduk dan kemudian beribadah dengan melaksanakan solat. Ketika itu baginda menangis tanpa henti sehingga datanglah Bilal untuk bersolat subuh. Aku (Aisyah) pun berkata kepada nabi, 'Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis sedangkan Allah mengampunkan dosa-dosamu kesemuanya'. Nabi menjawab, 'Tidakkah selayaknya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"Inilah contoh kesyukuran seorang rasul dan seorang pembesar negara yang agung. Beliau memanifestasikan kesyukuran itu dalam bentuk ibadah yang khusuk tanpa sebarang kepura-puraan. 2. Mereka yang bersyukur mengenali Tuhannya. Mereka adalah golongan yang hebat kerana mereka cepat berterima kasih dan redha dengan pemberian Tuhan. Justeru, Tuhan mengasihi mereka dan mencurahkan bantuannya kepada mereka. Manusia yang dibantu Tuhan pasti akan berjaya. Justeru, sebutlah selalu kalimat alhamdulillah. Namun, janganlah kita lupa bahawa kesyukuran yang sebenarnya perlu dimanifestasikan dalam bentuk amal ibadah. Imam Qasim Abu Abdul Rahman berkata, "Sesiapa yang dikurniakan hati yang bersyukur dan tubuh yang sabar, dia telah dikurniakan dengan hasanag di dunia dan akhirat dan akan dijauhkan daripada azab neraka."
  8. 8. Pengajaran kisah tiga orang dari kalangan Bani Israel. Dari Abu Hurairah r.a.: Ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga orang dari Bani Israil yang masing-masingnya berpenyakit kusta, botak dan buta. Tuhan hendak menguji, lalu mengutus malaikat menemui mereka.Malaikat itu datang lebih dahulu kepada yang berpenyakit kusta. Kata malaikat itu: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Warna yang bagus dan kulit yang bagus! Orang banyak telah jijik melihat ku!"Malaikat itu mengusapnya.Lalu hilanglah penyakitnya.Kemudian diberi warna yang bagus dan kulit yang bagus. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai? "Jawabnya: "Unta!" Lalu ia diberi unta yang bunting sepuluh bulan. Kata malaikat: " Engkau akan diberi keberkatan", Kemudian malaikat itu datang kepada orang yang botak seraya berkata: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Katanya: "Rambut yang bagus dan botak ini hilang dari aku kerana orang banyak telah jijik melihat ku". Malaikat itu lalu mengusapnya maka hilanglah botaknya dan ia diberi rambut yang bagus. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai'?" Katanya: "Lembu!" Malaikat itu lalu memberinya seekor lembu yang bunting, seraya berkata: " Engkau akan diberi keberkatan". Kemudian malaikat itu datang pula kepada orang yang buta, seraya berkata: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Mudah-mudahan Tuhan mengembalikan penglihatan ku supaya dapat melihat manusia". Malaikat itu pun mengusapnya.Tuhan mengembalikan penglihatannya. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Kambing!" Malaikat itu lalu memberinya kambing yang bunting.
  9. 9. Sesudah itu beranaklah unta dan lembu, dan kambing beranak pula.Maka orang- orang itu mempunyai lembah yang dipenuhi unta, lembah yang dipenuhi lembu dan, lembah yang dipenuhi kambing. Kemudian datanglah malaikat yang dahulu kepada orang yang tadinya berpenyakit kusta dalam rupa dan keadaannya (yang menyedihkan), seraya katanya: "Saya ini seorang laki-laki miskin yang telah melintasi bukit dalam perjalanan. Maka pada hari ini tiadalah yang menyampaikan melainkan Tuhan. Kemudian saya datang kepada engkau untuk meminta dengan nama Tuhan yang telah memberi engkau dengan warna yang bagus dan harta berupa unta, agar engkau sudi mencukupkan belanja dalam perjalanan ku". Kata orang itu: "Kewajiban-kewajiban yang lain masih banyak!" Kata malaikat itu padanya: "Seakan-akan saya telah mengenal engkau. Bukankah engkau dahulunya berpenyakit kusta dan orang banyak jijik melihat engkau, lagi miskin, tetapi kemudian Tuhan memberi kebaikan dan kekayaan kepada engkau?" Kata orang itu: "Harta ini saya warisi dari bapa dan nenek saya". Kata malaikat: "Kalau engkau dusta, Tuhan akan menjadikan engkau sebagaimana keadaan engkau dahulunya!" Dan kemudian malaikat itu datang kepada orang yang dahulunya botak dengan rupa dan keadaan yang menyedihkan, lalu dikatakannya pula sebagai perkataan kepada orang tadi.Orang itu pun menjawab sebagai jawapan orang itu pula. Malaikat lalu berkata: "Kalau engkau dusta Tuhan akan menjadikan engkau sebagaimana keadaan engkau dahulunya".
  10. 10. Dan kemudian ia datang kepada orang yang dahulunya buta dengan rupa yang menyedihkan, seraya berkata: "Saya ini seorang laki-laki miskin dan telah melintasi bukit dalam perjalanan ku. Maka had ini tiada yang akan menyampaikan melainkan Tuhan. Saya datang kepada engkau untuk meminta dengan nama Tuhan yang telah memberi penglihatan dan kambing kepada engkau untuk mencukupkan perbekalanku dalam perjalanan ku ". Kata orang itu: "Saya dahulunya buta. Tuhan lalu mengembalikan penglihatan saya.Dahulunya saya miskin dan Tuhan telah mengayakan saya. Sebab itu ambillah sesukamu! Demi Allah! Hari ini saya tiada akan mencegah engkau mengambilnya kerana Allah, berapa saja". Kata malaikat" itu: "Peganglah harta engkau! Sesungguhnya kamu diuji.Tuhan telah rela (merasa senang) kepada engkau dan marah kepada dua orang kawan engkau".
  11. 11. DOA KESYUKURAN DOA 1 Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh" (An-Naml : 19) DOA 2 Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" (Al-Ahqaf : 15
  12. 12. Pengertian syukur Berdasar Cara-cara hadis dan bersyukur dalil BERSYUKUR Antara doa- Contoh doa syukur daripada yang boleh kisah Nabi diamalkan s.a.w
  13. 13. LAMPIRAN 1. Retrieved July 3, 2012 from http://www.e- mosque.com.my/ibadatsunat/d30.html 2. Wan Mohd Nor Wan Daud, (Jan-Mac 1996). Insan Baik Teras Kewarganegaraan. Pemikir. 3. Roziyah Mahamad. (2011, Jan 24). Nabi dan Kesyukuran.Portal PTS.Retrieved July 11, 2012 from http://pts.com.my/index.php/artikel/nabi- dan-kesyukuran/ 4. Dr. Danial Zainal Abidin. (n.d.)Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.PTS Millenia Sdn. Bhd

×