Halwa maskat adalah kuih tradisional Pulau Pinang yang hanya dihidangkan pada hari perayaan. Ia dibuat dari minyak sapi, tepung dan gula yang membentuk segi empat seperti jeli, dan memerlukan proses penghasilan yang rumit selama lima jam tanpa henti untuk menghasilkan kualiti terbaik.
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Teks bacaan
1. Baca petikan di bawah
Halwa maskat merupakan sejenis hidangan manis tradisi yang
dihidangkan hanya pada hari perayaan. Ia merupakan hidangan
istimewa Pulau Pinang.
Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan
berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi,
tepung, dan gula.
Rahsia menghasilkan Halwa maskat yang bermutu bukan sekadar
bergantung kepada sukatan bahan yang betul, tetapi juga kepada
kaedah penghasilannya yang rumit dan memakan masa dari persediaan
sehingga proses mengacau adunan secara berterusan.
Adunan bagi menghasilkan Halwa maskat perlu diperam selama tiga
hari tiga malam sebelum dikacau pada api yang perlahan selama lima
jam tanpa henti. Sekiranya tidak, campuran tersebut mungkin
berkerak dan hangit.
Halwa maskat hanya dihasilkan untuk acara istimewa dan tidak dibuat
untuk jualan harian. Bagaimanapun, ia tahan lama dan boleh disimpan
begitu sahaja, tanpa perlu didingin bekukan. Halwa maskat tidak
dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi
kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk
tujuan borong.