Kata sendi nama merupakan kata sendi yang memperkenalkan frasa kata depan. Terdapat 11 jenis kata sendi nama yang berbeza fungsi seperti menunjukkan tempat, arah, waktu, sasaran, punca dan cara. Antaranya termasuklah di, ke, dari, kepada, daripada dan pada yang digunakan dengan contoh ayat ringkas.
2. KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama ialah satu golongan kata sendi yang memperkenalkan suatu
frasa kata depan.
JENIS KATA SENDI NAMA BERSERTAKAN CONTOH AYAT.
1. di
Menunjukkan tempat. e.g Ayah di dalam kereta
Menunjukkan perbuatan. e.g Kucing itu dipukul oleh orang tua.
2. ke
Menunjukkan tempat atau arah tujuan e.g Saya mahu pergi ke Indonesia.
Menunjukkan waktu. e.g Saya menunggu awak dari pagi hingga ke petang.
3. 3. dari
Menunjukkan tempat atau arah datang. e.g Saya datang dari rumah Atok.
Menunjukkan waktu atau masa. e.g Saya dari pukul 9 disini.
4. kepada
Menunjukkan sasaran/ditujukan. e.g Saya mahu bagi hadiah ini kepada abang.
Menunjukkan perubahan keadaan. e.g Muka Ibu berubah kepada merah padam
kerana melihat gelagat adik.
5. daripada
Menunjukkan punca. e.g Cadangan daripada Perdana Menteri.
Menunjukkan sumber atau asal sesuatu. e.g Diperbuat daripada bunga
Menunjukkan perbandingan. e.g Air itu lebih berbanding daripada air kopi.
4. 6. Pada
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan. e.g Layang-layang itu tersangkut
pada tiang lampu.
Menunjukkan tempat terdapatnya barang . e.g Hadiah itu ada pada kakak.
Menunjukkan keterangan waktu. e.g Bermula pada waktu malam.
7. Untuk
Menunjukkan kegunaan sesuatu. e.g Besi ini alat untuk membuka pintu.
Menunjukkan sesuatu yang dikhaskan. e.g Pelamin ini khas untuk pengantin
sahaja.
8. Demi
Menunjukkan tujuan e.g Saya berbuat demikian demi awak .
5. 9. Tentang
Menunjukkan rujukan. e.g Buku cerita ini mengisahkan tentang seseorang
perempuan…
10. Dengan
Menunjukkan cara. e.g Kuih itu dibuat dengan tangan sahaja.
Menunjukkan benda yang digunakan. e.g Tin itu dibuka dengan tangan
sahaja.
11. Oleh
Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif. e.g Kuih itu dimakan oleh adik
kelmarin.
Menunjukkan sebab. e.g Pasu itu disebabkan oleh kucing.