Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Protocol bm
1. KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Kursus 3H2M
Pengenalan
Program ini menggunakan pendekatan interaktif dan praktikal menerusi role-play.
Program ini akan menerangkan dengan terperinci tip dan “peralatan” yang boleh
digunakan berkaitan dengan protokol: senarai semak, senarai salutasi, aturcara majlis,
kedudukan bendera, susun-atur tempat duduk, adab di meja makan di majlis formal
mengikut jemputan serta penjagaan penampilan diri apabila berada di majlis formal dan
atas urusan rasmi. Program ini amat bermanfaat dihadiri oleh eksekutif atau pegawai
yang bertanggungjawab menganjurkan majlis-majlis formal atau tidak formal.
Secara ringkas kursus ini menekankan pada aspek-aspek kefahaman, pengetahuan dan
pendalian protokol mengikut amalan protokol terkini dan standard dan juga kaedah-
kaedah perlakuan etiket sosial dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.
Objektif Kursus
Pada akhir program, peserta akan dapat:
Memahami tatacara protokol dalam kehidupan seharian serta berkemampuan untuk
melaksanakan pelbagai majlis dengan baik dan sempurna
Menguruskan majlis-majlis formal yang memerlukan pengurusan protokol dengan
sempurna
Memahami peranan dan tanggungjawab bagi menyambut dan meraikan tetamu
dalam majlis
Menerapkan nilai-nilai protokol dan etiket sosial pada setiap kali menghadiri
ataupun mengendalikan majlis-majlis formal dan tidak formal termasuk
pembawakan diri, adab dan tertib di meja makan, pengucapan awam dan sebaginya
Meningkatkan pengetahuan dalam penampilan gaya diri dan etiket bermajlis
Berasa yakin diri dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan
majlis
Tajuk-tajuk
Modul 1: Pengenalan pada amalan protokol di Malaysia
Modul 2: Pengendalian protokol di majlis rasmi 1
Pangkat, darjah kebesaran dan cara memanggil
Jemputan
2. Aturcara
Pengurusan tempat duduk
Pengurusan pentas
Susun atur bendera
Modul 3: Pengendalian protokol di majlis rasmi 2
Pegawai Pengiring (criteria, tugas dan panduan)
Modul 4: Etiket di meja makan (simulasi jamuan makan)
Susun atur duduk
Adab makan (fine-dining dan buffet)
Modul 5: Pengendalian etiket sosial 1
Tatacara gaya dan berpakaian
Tatacara adab pergaulan
Modul 6: Pengendalian etiket sosial 2
Panduan menghadiri majlis formal
Panduan menghadiri majlis semi-formal atau tidak formal
Tentatif Program
Hari Pertama
2000 - 2230 Ice-Breaking
“How Cultured Are You?”
Modul 1: Pengenalan pada amalan
protokol di Malaysia
Modul 2: Pengendalian protokol di majlis rasmi 1
- Pangkat, darjah kebesaran dan cara memanggil
- Jemputan
- Aturcara
- Pengurusan tempat duduk
- Pengurusan pentas
- Susun atur bendera
3. Hari Kedua
0830 - 1030 Modul 3: Pengendalian protokol di majlis rasmi 2
Pegawai Pengiring (kriteria, tugas dan
panduan)
1030 - 1100 Minum Pagi
1100 - 1230 Modul 4: Etiket di meja makan (simulasi jamuan
makan)
- Susun atur duduk
- Adab makan (fine-dining dan buffet)
1230 - 1400 Bengkel Makan Tengahari
Zuhur dan Rehat
1400 - 1530 Perbincangan dan Rumusan Bengkel
1530 - 1700 Modul 5: Pengendalian etiket sosial 1
Panduan menghadiri majlis formal,
semi- formal dan tidak formal
- Tatacara gaya dan berpakaian
- Tatacara adab pergaulan dan pertuturan
1700 Minum Petang
2000 - 2230 Simulasi Majlis Formal
Hari Ketiga
0830 - 1030 Perbincangan dan Rumusan Bengkel
1030 - 1100 Minum Pagi
4. 1100 - 1230 Modul 6: Pengendalian etiket sosial 2
Panduan menghadiri majlis formal,
semi- formal dan tidak formal
- Perbandingan di majlis-majlis
- Yang boleh dan yang tidak boleh
1230 Rumusan
Penyampaian sijil
Pengendalian Program
Syarahan/ceramah
Perbincangan kumpulan
Latihan simulasi
Lakon peranan (role-play)