SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1
1.0 Pendahuluan
Masyarakat Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.Terdapat tiga kaum
utama di Malaysia iaitu Melayu,Cina,dan India.Dalam ketiga-tiga kaum tersebut,terdapat
beberapa pecahan etnik yang semestinya mempunyai budaya,bahasa,kepercayaan,dan adatnya
yang unik dan tersendiri.Kaum Melayu misalnya,mempunyai beberapa pecahan etnik seperti
Jawa,Banjar,dan Bugis.Oleh itu,Kampung Bukit Cherakah juga tidak kecuali di mana kampung
ini turut mempunyai pecahan beberapa etnik Melayu misalannya masyarakat Jawa.
Pada permulaannya,masyarakat Jawa telah berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad
ke-20.Pertempatan asal masyarakat Jawa ini adalah di Indonesia iaitu di Pulau Jawa. Tujuan asal
mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang
getah dan juga di lombong - lombong bijih timah.Petempatan pertama yang mereka buka di
Tanah Melayu dipercayai di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar.Selain itu, jika di Selangor
pula,masyarakat Jawa telah membuka beberapa petempatan seperti di Tanjung Karang,Sabak
Bernam,Kampung Api-api dan begitu juga Kampung Bukit Cherakah.Semasa Kampung Bukit
Cherakah diteroka oleh masyarakat Jawa,dianggarkan kira-kira 80 peratus penduduknya
merupakan masyarakat Jawa.1
Walaupun mereka telah berada jauh dari negara asal namun,mereka masih lagi tetap
mengekalkan budaya,cara hidup,dan adat-istiadat masyarakat Jawa.Masyarakat Jawa secara
fizikalnya jelas dapat dilihat dari warna kulit iaitu sawo matang dan juga dari segi bahasa
pertuturan iaitu menggunakan bahasa Jawa semasa berbual.Kemasukan orang-orang Jawa ke
Tanah Melayu membawa masuk budaya dan pantang-larang mereka ke sini.Adat atau budaya
masyarakat Jawa juga turut meliputi bahasa pertuturan,dan makanan.Adat budaya dan pantang-
2
larang yang berlainan daripada kaum lain di Malaysia ini menjadikan masyarakat Jawa sebagai
suatu masyarakat yang unik
2.0 Sejarah kedatangan masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah
Menurut fakta dan pendapat orang ramai,Kampung Bukit Cherakah telah diteroka atau
dibuka pada tahun 1920-an.Bukti yang menyokong fakta ini ialah buku rekod Sekolah
kebangsaan Dato’ Maharaja Lela.Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1929.Ketika itu,Kampung
Bukit Cherakah dikenali dengan nama Kampung Bukit Chengal.Dikatakan,jumlah pokok cengal
yang banyak menyebabkan kampung ini dinamakan sedmikian.Pada masa yang sama,kampung
ini tidak lagi dibangunkan kerana kawasan kampung berkenaan masih lagi dikelilingi dengan
kawasan hutan.2 .Menurut fakta dan pendapat orang ramai,kedatangan masyarakat Jawa ke
Kuala Selangor pula bermula apabila Haji Idris Haji Moin bersama dengan
sahabatnya,Salamenko telah meneroka Kampung Pasir Tuntung.Kemudiannya,Salamenko
membuka pula pertempatan di Kampung Sungai Yu.Masyarakat Jawa dari Kampung Sungai Yu
ini kemudiannya meneroka pula tanah di kawasan-kawasan Kampung Bukit Kuching dan
termasuklah Kampung Bukit Cherakah.Kumpulan masyarakat Jawa yang membuka petempatan
di daerah Kuala Selangor termasuklah Kampung Bukit Cherakah dikatakan berasal dari daerah
Pacitan,Magelang,dan Ponorogo.3Tahun demi tahun,jumlah penduduk Kampung Bukit Cherakah
semakin meningkat.Dianggarkan kira-kira 2000 orang penduduk menetap di kampung ini.
.Sesungguhnya,Kampung Bukit Cherakah didiami dengan pelbagai lapisan masyarakat.Majoriti
penduduknya ialah berketurunan Jawa,Banjar,dan Melayu.Dianggarkan,peratusan masyarakat
Jawa dan Banjar adalah lebih kurang sama iaitu sebanyak 35% dan selebihnya ialah Melayu dan
lain-lain.4Masyarakat Jawa mempunyai ciri-ciri yang ternyata berbeza daripada masyarakat yang
lain.Dari segi ciri fizikalnya,masyarakat Jawa memiliki tubuh yang sederhana besar tetapi tegap
3
dan mereka memiliki kulit yang sawo matang.Bahasa pertuturan utama masyarakat ialah bahasa
Jawa.Ia banyak dituturkan apabila mereka bertemu sesama sendiri seperti di majlis kenduri.
2.1 Adat Budaya masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah
Budaya membawa maksud sesuatu yang dibawa atau dilakukan oleh manusia.Selain
itu,budaya juga turut dikaitkan dengan masyarakat.Secara kesimpulannya,kebudayaan bolehlah
disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil pemikiran dan ciptaan yang
sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan utnuk kesejahteraan hidup
sesuatu kelompok masyarakat.5
Budaya masyarakat Jawa di sini tidaklah hanya terhad kepada adat seperti adat ketika
perkahwinan sahaja.Ia meliputi dari segi makanan,dan juga adat ketika melakukan
sesuatu.Budaya pertama yang saya ingin ketengahkan dalam kajian ini ialah makanan
masyarakat Jawa
2.2 Makanan masyarakat Jawa
Masyarakat Jawa yang datang ke Malaysia telah membawa bersama-sama makanan
masyarakat Jawa yang berasal dari Indonesia.Salah satu makanan Masyarakat Jawa yang
terdapat di Kampung Bukit Cherakah pada tahun 1970-an hingga tahun 2000 ialah
Tempe.Sesungguhnya,Tempe merupakan makanan yang popular dalam kalangan masyarakat
Jawa.Tempe merupakan makanan yang berasaskan protein dan ia mengandungi khasiatnya yang
tersendiri.Walaupun Tempe seringkali dikaitkan dengan Tauhu yang merupakan makanan tradisi
masyarakat Cina,namun,ternyata ianya berbeza.Ramuan bagi pembuatan Tempe hanyalah
kacang soya dan ragi sahaja.Seterusnya,Tempe akan diperam dalam masa 5 hingga 7 hari.Setelah
tempoh itu,Tempe berkenaan boleh dinikmati iaitu dimasak dan dimakan.Hasil daripada
4
selidikan,pada tahun 1970-an hingga tahun 1990-an terutamanya,Tempe menjadi hidangan
utama semasa masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah menjamu selera.Hal ini demikian
kerana,setiap kali masyarakat Jawa menjamu selera,Tempe pasti akan dihidangkan
bersama,Kebiasaannya,Tempe dihidangkan secara bergoreng.Ramuan yang kebiasaannya
dicampur bersama dengan tempe semasa proses gorengan ialah kunyit dan sedikit bawang putih
serta merah dan diperasakan dengan garam sebagai penambah perisa.Pada masa itu,selain
masyarakat Jawa,masyarakat Melayu dan Banjar misalnya turut menyajikan Tempe semasa
mereka menjamu selera.Namun,pada tahun 2000,Tempe sudah begitu jarang dihidangkan ketika
menjamu selera.Perubahan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kemunculan beberapa makanan
ringan bergoreng yang lain yang tentunya berasal dari Barat seperti KFC dan Mc Donald.6
Selain daripada Tempe,Nasi ambeng turut tersenarai sebagai makanan masyarakat
Jawa.Secara ringkasnya,nasi ambeng merupakan hidangan khas masyarakat Jawa yang berupa
nasi putih yang diletakkan di dalam talam dan disekelilingnya diletakkan lauk-pauk.Lauk-pauk
tersebut berupa ikan masin,sambal goreng,bihun goreng,ayam goreng dan serunding.Setiap
hidangan iaitu setalam nasi ambeng adalah untuk 4 orang.Pada awal tahun 1970-an hingga tahun
2000,semasa menjamu nasi ambeng di majis tahlil atau kenduri kesyukuran,nasi ambeng dijamu
sekadar dijamah untuk di makan sahaja.Kemudian,ia dibahagi empat dan dibungkus untuk
dibawa balik ke rumah sebagai bekalan untuk keluarga yang menunggu di rumah. Dari tahun
1970-an hinggalah tahun 2000,tujuan utama nasi ambeng dihidangkan tidak berubah iaitu
sebagai lambang keberuntungan.Nasi ambeng banyak dihidangkan dalam kehidupan masyarakat
Jawa terutamanya semasa kenduri doa selamat.Namun,di Kampung Bukit Cherakah,bermula
tahun 2000,nasi ambeng disediakan untuk tujuan lain.Hasil daripada selidikan,nasi ambeng
disediakan untuk tujuan jualan.Buktinya,semasa adanya pasar pada hari Rabu di Kampung Bukit
5
Cherakah,terdapat segelintir peniaga yang menjual nasi ambeng.Setelah diselidik,terdapat ramai
penduduk Kampung yang bukan sahaja masyarakat Jawa,telah membeli nasi ambeng
berkenaan.Hal ini menunjukkan bahawa,nasi ambeng turut menjadi kegemaran orang ramai
terutamanya masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah.7
Sambal goreng yang berasal dari Indonesia turut menjadi juadah santapan bagi masyarakat
Jawa di Kampung Bukit Cherakah.Ia begitu popular di majlis perkahwinan.Didapati dari tahun
1970-an hingga tahun 2000,fungsi makanan sambal goreng tidak mengalami perubahan yang
ketara kerana ia sering dihidangkan semasa majlis perkahwinan.Dari segi ramuan,tidak terdapat
perubahan.Tahun 1970-an hingga 2000,ramuan sambal goreng buatan masyarakat Jawa
Kampung Bukit Cherakah ialah mengandungi kacang tanah,ikan bilis,kentang,tempe dan
kepingan kering kacang soya yang dimasak bersama kicap soya.Walaupun pangkal nama
makanan ini ialah Sambal,namun,ia tidaklah sepedas sambal yang lain.Ia mempuyai rasa yang
sedikit pedas dan juga manis.8
2.3 Adat Melenggang Perut
Menurut Kamus Dewan,adat membawa maksud aturan atau amalan yang biasa dilakukan
Dari dahulu lagi,masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang kaya dengan adat istiadatnya.
Masyarakat Jawa yang berasal dari Indonesia telah membawa adat istiadat mereka ke Tanah
Melayu sewaktu penghijrahan mereka.Apabila tiba di Tanah Melayu,adat isitiadat itu dikekalkan
dan diamalkan di Tanah Melayu.Antara adat istiadat yang menarik yang diamalkan oleh
masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah sekitar tahun 1970-an hingga tahun 2000 ialah
adat menyambut kelahiran bayi.
6
Dalam adat meyambut kelahiran bayi,ia bermula apabila kandungan ibu memasuki bulan
ketujuh.Pada masa ini,mereka melakukan upacara Selapan.Selapan merupakan satu majlis
jamuan yang diadakan dengan tujuan untuk memastikan anak lahir dengan selamat.Semasa
upacara ini,keluarga terdekat akan memasak dan menjemput saudara mara datang ke rumah dan
menjamu selera.
Setelah adat selapan,masyarakat Jawa di Kampung ini telah melakukan adat lenggang
perut.Adat melenggang perut juga dijalankan apabila kandungan ibu telah genap tujuh
bulan.Menurut kenyataan orang sumber,adat lenggang perut dijalankan dengan tujuan untuk
meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di
pintu rahim.Tujuan upacara lenggang perut ialah bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak
kelemasan di dalam perut.Dalam upacara melenggang perut,seorang bidan dipanggil untuk
memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau
belum cukup bulan lagi.Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat
ini.Antara kelengkapan atau alatan yang biasa digunakan oleh bidan dalam upacara melenggang
perut ialah tujuh helai kain yang berlainan warna,satu gantang beras,dan sebiji kelapa di dalam
tepak sireh itu.Acara melenggang perut hanya boleh dimulakan apabila semua barang yang
diminta oleh bidan berkenaan dapat disediakan.Permulaan upacara ialah tok bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu
yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu
akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.Selepas itu, kelapa
yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu
ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas
serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok
7
bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti
bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia
menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan
memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi,
dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-
lenggangkan badan ibu itu.Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu.Selepas itu, kain
itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga
habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di
bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih
pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.Bagi masyarakat Jawa
Kampung Bukit Cherakah,pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang
akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu
berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru
dan cantik.9
2.4 Adat Menanam Uri
Ibu yang mengandung kebiasaannya akan bersalin di rumah sahaja berbanding di hospital
ataupun klinik.Setelah bayi selamat dilahirkan,didapati rata-rata masyarakat Jawa di Kampung
Bukit Cherakah menanam uri bayi berkenaan.Setelah proses pembersihan,uri terbabit akan
dibalutkan dengan kain putih dan diletakkan kedalam periuk tanah yang telah ditebuk lubang di
bahagian bawah periuk. Kemudian, masukkan sebarang benda yang ingin ditanam bersama uri
tadi dan selimutkan kain putih tadi diatasnya.Mereka kebiasaannnya akan menanam uri bayi
berkenaan dengan sesuatu barangan misalnya celak,pensel dan jarum.Ia dilakukan jika bayi
berkenaan ialah perempuan.Ia bertujuan untuk memastikan si bayi membesar dan menjadi
8
seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran, dan pandai menjahit. Manakala uri bayi lelaki akan
ditanam bersama pensel, paku dan jarum dengan harapan bayi tersebut membesar dan menjadi
seorang yang pandai dan gagah.Sekitar tahun 1970-an dan sehingglah 2000,didapati rumah-
rumah masyarakat Jawa di kampung ini mempunya suatu bonggolan tanah yang mempunya paip
di atasnya sama ada di belakang rumah mereka atau pun di depan rumah.Mereka akan menanam
uri bayi perempuan di hadapan rumah mereka manakala uri bayi lelaki ditanam di belakang
rumah..Biasanya, uri bayi lelaki ini ditanam oleh si bapa.Bapa bayi perlu mandi dan memakai
wangian supaya anak menjadi seperti bapanya.Setelah uri ditanam ,pelita akan dinyalakan
disekelilinginya.Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang, mereka juga berharap agar
bayi tu tidak diganggu oleh kuasa jahat.Tanah yang berada di sekeliling bekas tanaman uri tu
akan diambil dan dbungkus dalam kain putih.Kemudian,bungkusan berisi tanah aka diletakkan di
bawah bantal bayi.Mereka mempercayai bahawa setiap bayi lahir dengan seorang kawan atau
dikenali sebagai bathor.10
2.5 Adat Berpantang
.Setelah melahirkan anak,ibu hendaklah berpantang selama 40 hari. Sepanjang tempoh
berpantang, si ibu mestilah berbengkung, berurut, dan macam-macam lagi. Mengikut masyarakat
jawa ibu hendaklah memakan tempe sepanjang empat puluh hari. Tempe yang dimakan adalah
tempe bakar. Ibu hendaklah mengelakkan makanan yang berminyak.Sayur sayuran yang diambil
mestilah sayur yang tidak mendatangkan angin dalam badan.Sayur kobis tidak digalakkan untuk
makan. Sayur bayam elok dimakan kerana dapat memudahkan proses pencernaan.
Secara kesimpulannya,terdapat sesetengah adat yang masih tidak lagi diamalkan secara
meluas pada awal 2000 terutamanya.Hal ini demikian kerana,terdapat beberapa adat yang
9
bertentangan dengan agama Islam.Pengaruh agama Islam yang kuat berjaya menghindarkan
masyarakat Jawa daripada mengamalkan perbuatan khurafat.Apabila berlaku peredaran
zaman,terdapat beberapa upacara yang tidak lagi diamalkan dan jika dilakukan ia berdasarkan
panduan dalam Islam.
3.0 Pantang-larang
Secara ringkasnya,pantang-larang ialah perlakuan atau perbuatan yang ditegah dalam
kehidupan masyarakat.Pantang-larang terus kekal dalam masyarakat apabila ia diamalkan secara
turun-temurun.Tahun 1970-an hingga lewat 1990-an,pantang-larang dalam masyarakat Jawa di
Kampung Bukit Cherakah terus diamalkan dalam kehidupan seharian.Namun,pantang-larang ini
semakin kian dilupakan apabila memasuki tahun 2000.Ia terjadi apabila masyarakat Jawa di
Kampung ini mulai beransur mengubah corak kehidupan mereka kepada corak kehidupan
moden.
3.1 Pantang larang semasa dan selepas ibu mengandung
Semasa seorang ibu sedang mengandung,si suami dilarang atau ditegah daripada
membunuh binatang.Mereka percaya bahawa janin dalam kandungan si ibu akan menjadi seperti
binatang yang dibunuh berkenaan.11 Sebelum bersalin,ibu mengandung yang menggunakan kain
basahan untuk mandi mestilah disidai sebelum boleh digunakan lagi untuk mandi.Menurut
seorang bidan di Kampung Bukit Cherakah,merendam kain kemban yang telah digunakan akan
meyukarkan proses kelahiran anak.
Selain itu,wanita mengandung ditegah sama sekali untuk duduk di depan pintu .Hal ini
demikian kerana,masyarakat Jawa mempercayai bahawa ibu mengandung yang duduk di tepi
pintu akan mengalami kesukaran untuk bersalin.Sebagai contoh,semasa proses kelahiran,bayi di
10
dalam kandungan akan menjadi keliru iaitu sama ada mahu keluar dari kandungan atau
tidak.Hal ini akan mengundang kesukaran untuk bersalin bagi ibu mengandung.
Jika di dalam sebuah rumah itu mempunyai ibu yang sedang mengandung,ahli rumah
yang lain akan bertindak untuk membuka semua bekas bertutup seperti tin biskut dan kotak
makanan.Bagi masyarakat Jawa,tindakan berkenaan adalah untuk memudahkan proses
bersalin.Bagi mereka,tindakan ini bererti untuk membuka jalan kelahiran.Hal yang sama turut
berlaku apabila ibu mengandung mengikat rambut secara tocang.Semasa ibu sedang
mengandung,mereka dikehendaki untuk melepaskan ikatan rambut mereka.Makna kepada
tindakan ini adalah lebih kurang sama dengan kegiatan membuka penutup bekas yang tertutup.
Dalam masyarakat Jawa,semasa ibu dalam proses kehamilan,mereka dilarang sama sekali
untuk memakan ikan yang mengandungi sengat.Antara ikan bersengat itu ialah ikan keli
misalannya.Dalam pantang larang masyarakat Jawa,mereka beranggapan ibu mengandung
sensitif dengan ikan keli.Hal ini demikan kerana,tabiat ikan keli yang suka berenang menongkah
arus.Mereka percaya bahawa anak dalam kandungan ibu akan menghadapi kesukaran untuk
keluar dari rahim ibu.
Setelah proses melahirkan,ibu berkenaan akan berpantang.Semasa proses berpantang,ibu
berkenaan dikehendaki untuk bersandar di sendenan.Mereka mempercayai bahawa dengan
melakukan sedemikan,ia dapat mengelakkan darah putih daripada naik.Selain itu,bagi
masyarakat Jawa,ibu yang dalam pantang mestilah diurut selama lima hari berturut-turut. 12
3.2 Pantang Larang Kepada Kaum Lelaki
Selain daripada kaum wanita khususnya ketika mengandung,kaum lelaki juga tidak
terlepas daripada pantang larang.Melalui pemerhatian,kaum lelaki mempunyai kegemaran
11
bersiul.Perbuatan ini dilarang dalam masyarakat Jawa.Menurut kepercayaan,perbuatan bersiul
akan mengundang kedatangan ular ke rumah jika mereka bersiul dalam rumah.Selain
itu,memang tidak dapat dinafikan,busut turut menjadi tempat kepada kaum lelaki untuk
membuang air kecil.Menurut pantang larang masyarakat Jawa,perbuatan ini akan menyebabkan
kemaluan lelaki berkenaan ditumbuhi bisul.Seterusnya,tabiat buruk kaum lelaki yang suka
mengintai orang mandi terutamanya perempuan telah menyebabkan terciptanya pantang larang
ini.Mereka percaya bahawa perbuatan mengintai orang lain mandi akan menyebabkan mata
mereka ditumbuhi ketumbit.Pantang larang yang seterusnya bagi kaum lelaki ialah mereka
ditegah daripada tidur pada waktu tengahari.Hal ini dikhuatiri ibu mereka mati.
3.3 Pantang Larang Ketika Menjaga Bayi
Pada pemerhatian pengkaji,ibu yang baru melahirkan anak pasti akan menegah orang lain
daripada memicit mulut anaknya.Hal ini demikian kerana mereka mempercayai bahawa bayi
berkenaan akan kehilangan selera untuk makan.Mereka juga percaya bahawa bayi tidak boleh
dicium pada bahagian ubun-ubun kepala mahupun pusatnya.Dalam kehidupan masyarakat
Jawa,perbuatan tersebut akan dapat memendekkan hayat bayi berkenaan.Selain itu,sewaktu bayi
sedang tidur, kadangkala bayi berkenaan akan tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Dalam
pantang larang masyarakat Jawa,orang lain ditegah daripada mengejutkan bayi berkenaan kerana
dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.Menurut pantang larang dalam masyarakat Jawa
lagi,bayi tak boleh ditegur jika badan bayi berkenaan mempunyai ciri fizikal yang
besar,gemuk.Mereka percaya bahawa semangat bayi akan hilang lalu bayi berkenaan menjadi
kurus.
3.4 Pantang Larang Ketika Makan
12
Terdapat pantang larang yang tertentu dalam adat ketika makan masyarakat Jawa.Sebagai
contoh,seseorang ditegah daripada memakan pedal iaitu bahagian organ dalaman ayam.Hal ini
demikian kerana,mereka percaya bahawa dengan memakan pedal berkenaan,individu berkenaan
akan mengantuk semasa bersanding.Selain itu,waktu makan juga dititikberatkan dalam
masyarakat Jawa.Waktu makan pada malam hari dipercayai individu itu makan bersama dengan
hantu.Dalam masyarakat Jawa,mereka terutamanya generasi tua amat menegah sesorang itu
apabila makan meletakkan pinggan di atas riba.Ia menjadi pantang larang dalam kalangan
masyarakat Jawa kerana mereka percaya jika perbuatan ini diamalkan,berkemugkinan pasangan
mereka akan diambil orang.Selain tu,menjadi pantang kepada masyarakat Jawa untuk tidur
selepas makan.Mereka mempercayai bahawa aktiviti tidur selepas makan akan menyebabkan
perut mereka buncit.Selain itu,mereka amat pantang apabila seseorang itu makan sambil
berjalan.Bagi mereka,perbuatan ini akan mengundang penyakit perut.
3.5 Pantang Larang Sewaktu TIdur
Dalam masyarakat Jawa,pada waktu tidur juga mempunyai pantang larangnya yang
tersendiri.Mereka beranggapan individu tidak boleh tidur sebarangan di suatu tempat.Sebagai
contoh,individu dalam masyarakat Jawa dilarang untuk tidur di muka pintu.Ini menjadi pantang
bagi mereka kerana individu berkenaan dianggap akan dilangkah oleh hantu.Mereka juga
mempunyai tanggapan yang kolot terhadap amalan tertidur di atas sejadah.Mereka mempercayai
dan melarang sama sekali individu untuk tidur di atas sejadah kerana mengkhuatiri individu
berkenaan akan dijangkiti kurap.Jika sebelum ini dikatakan masyarakat Jawa mempunyai
kepercayaan bahawa makan selepas tidur mengundang penyakit,mereka juga turut percaya
13
bahawa individu yang tidur selepas makan akan dihempap oleh hantu.Oleh itu,mereka sangat
melarang seseorang untuk tidur selepas makan.13
3.6 Pantang Larang Ketika Duduk
Perbuatan dalam pantang larang ini banyak dilakukan oleh masyarakat
Jawa.Misalnya,perbuatan duduk di atas bantal.Generasi tua masyarakat Jawa amat melarang
perbuatan kerana bagi mereka perbuatan ini akan menyebabkan punggung si pelaku akan
ditumbuhi dengan bisul.Selain itu,mereka turut mempercayai bahawa perbuatan menggoyangkan
kaki adalah tidak baik.Mereka sangat melarang perbuatan menggoyangkan kaki kerana
perbuatan ini dikatakan dapat menyebabkan individu menanggung hutang yang banyak.Hal ini
menjadi pantang kepada masyarakat Jawa untuk menanggung hutang.14
4.0 Kesimpulan
Masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah mengamalkan pelbagai adat budaya dan
pantang-larang dalam kehidupan mereka.Pada tahun 1970-an hingga awal tahun 1990-
an,didapati masyarakat Jawa masih lagi jelas mengamalkan adat budaya dan pantanr-larang
mereka.Namun,memasuki tahun pertengahan 1990-an,didapati ia semakin tidak diamalkan oleh
masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah.Tahun 2000 pula,memperlihatkan budaya dari
Barat dibawa masuk ke Malaysia dan hal ini meyebabkan masyarakat Jawa makin jauh daripada
kebudayaan asal mereka.Justeru,generasi muda masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah
misalnya,seharusnya tidak melupakan adat budaya dan pantang-larang masyarakat Jawa yang
tidak bertentangan dengan agama Islam.Sesungguhnya,adat budaya masyarakat Jawa mengajar
14
masyarakatnya untuk berpelakuan mulia dalam menjalani kehidupan manakala pantang-
larangnya boleh mendisiplinkan seseorang.
15
Nota Hujung
1 Harith Faruqi Sidek,”Sejarah Pembukaan Penempatan Orang Jawa Selangor”,dari
http://harithsidek.blogspot.my/2012/08/sejarah-pembukaan-penempatan-orang-jawa_1.html
diakses pada 8 Februari 2016
2 Junaidah binti Johar,Lipatan Memori,2007,Selangor,Sek.Keb.Dato’ Maharaja Lela,m.s 7
3 Harith Faruqi Sidek,”Sejarah Pembukaan Penempatan Orang Jawa Selangor”,dari
http://harithsidek.blogspot.my/2012/08/sejarah-pembukaan-penempatan-orang-jawa_1.html
diakses pada 8 Februari 2016
4 Encik Khaironi bin Samuri,66 tahun,Ketua Kampung Bukit Cherakah diwawancara pada 2
Februari 2016
5 ,” Budaya, Pengertian Dan Definisi”,dari
https://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/ diakses pada 22
Februari 2016
6 ,”Makanan Tradisi Orang Jawa”,dari
http://asamjawe.blogspot.my/2014/01/makanan-tradisi-orang-jawa.html?m=1 diakses pada 22
Februari 2016
7Puan Rafeah binti Jamal,46 tahun,penduduk kampung diwawancara pada 24 Januari 2016
8 Puan Rafeah binti Jamal,46 tahun,penduduk kampung diwawancara pada 24 Januari 2016
9 ,”Kajian Adat Menyambut Kelahiran Bagi Etnik Jawa”,dari
http://kakakshita.blogspot.my/2014/05/kajian-adat-menyambut-kelahiran-bagi.html diakses
10 ,”Kajian Adat Menyambut Kelahiran Bagi Etnik Jawa”,dari
http://kakakshita.blogspot.my/2014/05/kajian-adat-menyambut-kelahiran-bagi.html
11 ,”Pantang Larang Masyarakat Jawa Di Selangor:Mencari Kerasian”dari
http://drshafie.blogspot.my/2014/12/bbb-07-safar-1436-30-november-2014-ahad.html diakses
pada 20 Februari 2016
12 ,”Hidup Penuh Pantang Larang Sejak Dalam Kandungan”,dari
http://ibojot.blogspot.my/2010/12/hidup-penuh-pantang-larang-sejak-dalam.html diakses pada 22
Februari 2016
13 ,”Asal Usul Orang Melayu”,dari
https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/15/pantang-orang-melayu/diakses pada 14
Mac 2016
14 Puan Jasimah Binti Rumdan,46 Tahun,Guru Sejarah,diwawancara pada 26 Januari 2016
16
BIBLIOGRAFI.
Buku;
- Junaidah binti Johar,Lipatan Memori,2007,Selangor,Sek.Keb.Dato’ Maharaja Lela
Orang Sumber ;
- Encik Khaironi bin Samuri,66 tahun,Ketua Kampung Kampung Bukit Cherakah
diwawancara pada 2 Februari 2016
- Puan Rafeah binti Jamal,46 tahun,Penduduk kampung diwawancara pada 24 Februari 2016
- Puan Jasimah binti Rumdan,46 tahun,Guru Sejarah diwawancara pada 26 Januari 2016
Laman Web
http://harithsidek.blogspot.my/2012/08/sejarah-pembukaan-penempatan-orang-jawa_1.html
https://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/
http://asamjawe.blogspot.my/2014/01/makanan-tradisi-orang-jawa.html?m=1
http://kakakshita.blogspot.my/2014/05/kajian-adat-menyambut-kelahiran-bagi.html
http://drshafie.blogspot.my/2014/12/bbb-07-safar-1436-30-november-2014-ahad.html
http://ibojot.blogspot.my/2010/12/hidup-penuh-pantang-larang-sejak-dalam.html
https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/15/pantang-orang-melayu/

More Related Content

What's hot

Pengenalan revolusi china
Pengenalan revolusi chinaPengenalan revolusi china
Pengenalan revolusi chinaNoha Fiq
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaMuhamad Saifullah
 
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871azam_hazel
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Bahasa melayu stpm penggal 1
Bahasa melayu stpm penggal 1Bahasa melayu stpm penggal 1
Bahasa melayu stpm penggal 1Sarbini Sarb
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17saadiah alidrus
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikJASONYAPMUNHONG
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Pengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisPengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisShahrilAiman
 
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIASEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIAsaadiah alidrus
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Thanushah Soniyasee
 

What's hot (20)

Pengenalan revolusi china
Pengenalan revolusi chinaPengenalan revolusi china
Pengenalan revolusi china
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
Bahasa melayu stpm penggal 1
Bahasa melayu stpm penggal 1Bahasa melayu stpm penggal 1
Bahasa melayu stpm penggal 1
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Pengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisPengajian AM Majlis
Pengajian AM Majlis
 
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIASEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
majlis raja-raja.pengajian am
majlis raja-raja.pengajian ammajlis raja-raja.pengajian am
majlis raja-raja.pengajian am
 

Similar to Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016

EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...Jat Anasiti
 
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxAdat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxRetnoParamitasari
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalOctaviana Adn
 
Budaya cina sunda
Budaya cina sundaBudaya cina sunda
Budaya cina sundaAndre Aja
 
Abm unit 19 2012
Abm unit 19 2012Abm unit 19 2012
Abm unit 19 2012Whyin Chong
 
Abm unit 19 masyarakat peyayang
Abm unit 19 masyarakat peyayangAbm unit 19 masyarakat peyayang
Abm unit 19 masyarakat peyayangWhyin Chong
 
Fani Oktaviyani (11).pptx Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
Fani Oktaviyani (11).pptx Guru Mapel : Arma Setyo NugrahaniFani Oktaviyani (11).pptx Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
Fani Oktaviyani (11).pptx Guru Mapel : Arma Setyo NugrahaniArma Setyo Nugrahani
 
Abm unit 19 _ Masyarakat Penyayang
Abm unit 19 _ Masyarakat PenyayangAbm unit 19 _ Masyarakat Penyayang
Abm unit 19 _ Masyarakat PenyayangWhyin Chong
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bshare with me
 
Perayaan di malaysia
Perayaan di malaysiaPerayaan di malaysia
Perayaan di malaysiaJulie Xiao
 
Sedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai sukuSedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai sukuceceliajeylus
 
My school in this years 2024 for acations
My school in this years 2024 for acationsMy school in this years 2024 for acations
My school in this years 2024 for acationsAlaiqbalChoirul
 
Biar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adatBiar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adatNORULSP
 

Similar to Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016 (20)

EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
 
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxAdat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat Tradisional
 
Budaya cina sunda
Budaya cina sundaBudaya cina sunda
Budaya cina sunda
 
Abm unit 19 2012
Abm unit 19 2012Abm unit 19 2012
Abm unit 19 2012
 
Abm unit 19 masyarakat peyayang
Abm unit 19 masyarakat peyayangAbm unit 19 masyarakat peyayang
Abm unit 19 masyarakat peyayang
 
SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
 
Fani Oktaviyani (11).pptx Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
Fani Oktaviyani (11).pptx Guru Mapel : Arma Setyo NugrahaniFani Oktaviyani (11).pptx Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
Fani Oktaviyani (11).pptx Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
 
Abm unit 19 _ Masyarakat Penyayang
Abm unit 19 _ Masyarakat PenyayangAbm unit 19 _ Masyarakat Penyayang
Abm unit 19 _ Masyarakat Penyayang
 
Masyrkt banjar
Masyrkt banjarMasyrkt banjar
Masyrkt banjar
 
Bab 11 : Sabah
Bab 11 : SabahBab 11 : Sabah
Bab 11 : Sabah
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat ibanAdat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
 
Perayaan di malaysia
Perayaan di malaysiaPerayaan di malaysia
Perayaan di malaysia
 
Bab 10 : Sarawak
Bab 10 : SarawakBab 10 : Sarawak
Bab 10 : Sarawak
 
Sedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai sukuSedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai suku
 
My school in this years 2024 for acations
My school in this years 2024 for acationsMy school in this years 2024 for acations
My school in this years 2024 for acations
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
 
Biar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adatBiar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adat
 

Recently uploaded

Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
PPT kecerdasan emosi dan pengendalian diri.pptx
PPT kecerdasan emosi dan pengendalian diri.pptxPPT kecerdasan emosi dan pengendalian diri.pptx
PPT kecerdasan emosi dan pengendalian diri.pptxINyomanAgusSeputraSP
 

Recently uploaded (20)

Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
PPT kecerdasan emosi dan pengendalian diri.pptx
PPT kecerdasan emosi dan pengendalian diri.pptxPPT kecerdasan emosi dan pengendalian diri.pptx
PPT kecerdasan emosi dan pengendalian diri.pptx
 

Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016

  • 1. 1 1.0 Pendahuluan Masyarakat Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.Terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu,Cina,dan India.Dalam ketiga-tiga kaum tersebut,terdapat beberapa pecahan etnik yang semestinya mempunyai budaya,bahasa,kepercayaan,dan adatnya yang unik dan tersendiri.Kaum Melayu misalnya,mempunyai beberapa pecahan etnik seperti Jawa,Banjar,dan Bugis.Oleh itu,Kampung Bukit Cherakah juga tidak kecuali di mana kampung ini turut mempunyai pecahan beberapa etnik Melayu misalannya masyarakat Jawa. Pada permulaannya,masyarakat Jawa telah berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20.Pertempatan asal masyarakat Jawa ini adalah di Indonesia iaitu di Pulau Jawa. Tujuan asal mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah.Petempatan pertama yang mereka buka di Tanah Melayu dipercayai di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar.Selain itu, jika di Selangor pula,masyarakat Jawa telah membuka beberapa petempatan seperti di Tanjung Karang,Sabak Bernam,Kampung Api-api dan begitu juga Kampung Bukit Cherakah.Semasa Kampung Bukit Cherakah diteroka oleh masyarakat Jawa,dianggarkan kira-kira 80 peratus penduduknya merupakan masyarakat Jawa.1 Walaupun mereka telah berada jauh dari negara asal namun,mereka masih lagi tetap mengekalkan budaya,cara hidup,dan adat-istiadat masyarakat Jawa.Masyarakat Jawa secara fizikalnya jelas dapat dilihat dari warna kulit iaitu sawo matang dan juga dari segi bahasa pertuturan iaitu menggunakan bahasa Jawa semasa berbual.Kemasukan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu membawa masuk budaya dan pantang-larang mereka ke sini.Adat atau budaya masyarakat Jawa juga turut meliputi bahasa pertuturan,dan makanan.Adat budaya dan pantang-
  • 2. 2 larang yang berlainan daripada kaum lain di Malaysia ini menjadikan masyarakat Jawa sebagai suatu masyarakat yang unik 2.0 Sejarah kedatangan masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah Menurut fakta dan pendapat orang ramai,Kampung Bukit Cherakah telah diteroka atau dibuka pada tahun 1920-an.Bukti yang menyokong fakta ini ialah buku rekod Sekolah kebangsaan Dato’ Maharaja Lela.Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1929.Ketika itu,Kampung Bukit Cherakah dikenali dengan nama Kampung Bukit Chengal.Dikatakan,jumlah pokok cengal yang banyak menyebabkan kampung ini dinamakan sedmikian.Pada masa yang sama,kampung ini tidak lagi dibangunkan kerana kawasan kampung berkenaan masih lagi dikelilingi dengan kawasan hutan.2 .Menurut fakta dan pendapat orang ramai,kedatangan masyarakat Jawa ke Kuala Selangor pula bermula apabila Haji Idris Haji Moin bersama dengan sahabatnya,Salamenko telah meneroka Kampung Pasir Tuntung.Kemudiannya,Salamenko membuka pula pertempatan di Kampung Sungai Yu.Masyarakat Jawa dari Kampung Sungai Yu ini kemudiannya meneroka pula tanah di kawasan-kawasan Kampung Bukit Kuching dan termasuklah Kampung Bukit Cherakah.Kumpulan masyarakat Jawa yang membuka petempatan di daerah Kuala Selangor termasuklah Kampung Bukit Cherakah dikatakan berasal dari daerah Pacitan,Magelang,dan Ponorogo.3Tahun demi tahun,jumlah penduduk Kampung Bukit Cherakah semakin meningkat.Dianggarkan kira-kira 2000 orang penduduk menetap di kampung ini. .Sesungguhnya,Kampung Bukit Cherakah didiami dengan pelbagai lapisan masyarakat.Majoriti penduduknya ialah berketurunan Jawa,Banjar,dan Melayu.Dianggarkan,peratusan masyarakat Jawa dan Banjar adalah lebih kurang sama iaitu sebanyak 35% dan selebihnya ialah Melayu dan lain-lain.4Masyarakat Jawa mempunyai ciri-ciri yang ternyata berbeza daripada masyarakat yang lain.Dari segi ciri fizikalnya,masyarakat Jawa memiliki tubuh yang sederhana besar tetapi tegap
  • 3. 3 dan mereka memiliki kulit yang sawo matang.Bahasa pertuturan utama masyarakat ialah bahasa Jawa.Ia banyak dituturkan apabila mereka bertemu sesama sendiri seperti di majlis kenduri. 2.1 Adat Budaya masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah Budaya membawa maksud sesuatu yang dibawa atau dilakukan oleh manusia.Selain itu,budaya juga turut dikaitkan dengan masyarakat.Secara kesimpulannya,kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil pemikiran dan ciptaan yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan utnuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.5 Budaya masyarakat Jawa di sini tidaklah hanya terhad kepada adat seperti adat ketika perkahwinan sahaja.Ia meliputi dari segi makanan,dan juga adat ketika melakukan sesuatu.Budaya pertama yang saya ingin ketengahkan dalam kajian ini ialah makanan masyarakat Jawa 2.2 Makanan masyarakat Jawa Masyarakat Jawa yang datang ke Malaysia telah membawa bersama-sama makanan masyarakat Jawa yang berasal dari Indonesia.Salah satu makanan Masyarakat Jawa yang terdapat di Kampung Bukit Cherakah pada tahun 1970-an hingga tahun 2000 ialah Tempe.Sesungguhnya,Tempe merupakan makanan yang popular dalam kalangan masyarakat Jawa.Tempe merupakan makanan yang berasaskan protein dan ia mengandungi khasiatnya yang tersendiri.Walaupun Tempe seringkali dikaitkan dengan Tauhu yang merupakan makanan tradisi masyarakat Cina,namun,ternyata ianya berbeza.Ramuan bagi pembuatan Tempe hanyalah kacang soya dan ragi sahaja.Seterusnya,Tempe akan diperam dalam masa 5 hingga 7 hari.Setelah tempoh itu,Tempe berkenaan boleh dinikmati iaitu dimasak dan dimakan.Hasil daripada
  • 4. 4 selidikan,pada tahun 1970-an hingga tahun 1990-an terutamanya,Tempe menjadi hidangan utama semasa masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah menjamu selera.Hal ini demikian kerana,setiap kali masyarakat Jawa menjamu selera,Tempe pasti akan dihidangkan bersama,Kebiasaannya,Tempe dihidangkan secara bergoreng.Ramuan yang kebiasaannya dicampur bersama dengan tempe semasa proses gorengan ialah kunyit dan sedikit bawang putih serta merah dan diperasakan dengan garam sebagai penambah perisa.Pada masa itu,selain masyarakat Jawa,masyarakat Melayu dan Banjar misalnya turut menyajikan Tempe semasa mereka menjamu selera.Namun,pada tahun 2000,Tempe sudah begitu jarang dihidangkan ketika menjamu selera.Perubahan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kemunculan beberapa makanan ringan bergoreng yang lain yang tentunya berasal dari Barat seperti KFC dan Mc Donald.6 Selain daripada Tempe,Nasi ambeng turut tersenarai sebagai makanan masyarakat Jawa.Secara ringkasnya,nasi ambeng merupakan hidangan khas masyarakat Jawa yang berupa nasi putih yang diletakkan di dalam talam dan disekelilingnya diletakkan lauk-pauk.Lauk-pauk tersebut berupa ikan masin,sambal goreng,bihun goreng,ayam goreng dan serunding.Setiap hidangan iaitu setalam nasi ambeng adalah untuk 4 orang.Pada awal tahun 1970-an hingga tahun 2000,semasa menjamu nasi ambeng di majis tahlil atau kenduri kesyukuran,nasi ambeng dijamu sekadar dijamah untuk di makan sahaja.Kemudian,ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa balik ke rumah sebagai bekalan untuk keluarga yang menunggu di rumah. Dari tahun 1970-an hinggalah tahun 2000,tujuan utama nasi ambeng dihidangkan tidak berubah iaitu sebagai lambang keberuntungan.Nasi ambeng banyak dihidangkan dalam kehidupan masyarakat Jawa terutamanya semasa kenduri doa selamat.Namun,di Kampung Bukit Cherakah,bermula tahun 2000,nasi ambeng disediakan untuk tujuan lain.Hasil daripada selidikan,nasi ambeng disediakan untuk tujuan jualan.Buktinya,semasa adanya pasar pada hari Rabu di Kampung Bukit
  • 5. 5 Cherakah,terdapat segelintir peniaga yang menjual nasi ambeng.Setelah diselidik,terdapat ramai penduduk Kampung yang bukan sahaja masyarakat Jawa,telah membeli nasi ambeng berkenaan.Hal ini menunjukkan bahawa,nasi ambeng turut menjadi kegemaran orang ramai terutamanya masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah.7 Sambal goreng yang berasal dari Indonesia turut menjadi juadah santapan bagi masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah.Ia begitu popular di majlis perkahwinan.Didapati dari tahun 1970-an hingga tahun 2000,fungsi makanan sambal goreng tidak mengalami perubahan yang ketara kerana ia sering dihidangkan semasa majlis perkahwinan.Dari segi ramuan,tidak terdapat perubahan.Tahun 1970-an hingga 2000,ramuan sambal goreng buatan masyarakat Jawa Kampung Bukit Cherakah ialah mengandungi kacang tanah,ikan bilis,kentang,tempe dan kepingan kering kacang soya yang dimasak bersama kicap soya.Walaupun pangkal nama makanan ini ialah Sambal,namun,ia tidaklah sepedas sambal yang lain.Ia mempuyai rasa yang sedikit pedas dan juga manis.8 2.3 Adat Melenggang Perut Menurut Kamus Dewan,adat membawa maksud aturan atau amalan yang biasa dilakukan Dari dahulu lagi,masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang kaya dengan adat istiadatnya. Masyarakat Jawa yang berasal dari Indonesia telah membawa adat istiadat mereka ke Tanah Melayu sewaktu penghijrahan mereka.Apabila tiba di Tanah Melayu,adat isitiadat itu dikekalkan dan diamalkan di Tanah Melayu.Antara adat istiadat yang menarik yang diamalkan oleh masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah sekitar tahun 1970-an hingga tahun 2000 ialah adat menyambut kelahiran bayi.
  • 6. 6 Dalam adat meyambut kelahiran bayi,ia bermula apabila kandungan ibu memasuki bulan ketujuh.Pada masa ini,mereka melakukan upacara Selapan.Selapan merupakan satu majlis jamuan yang diadakan dengan tujuan untuk memastikan anak lahir dengan selamat.Semasa upacara ini,keluarga terdekat akan memasak dan menjemput saudara mara datang ke rumah dan menjamu selera. Setelah adat selapan,masyarakat Jawa di Kampung ini telah melakukan adat lenggang perut.Adat melenggang perut juga dijalankan apabila kandungan ibu telah genap tujuh bulan.Menurut kenyataan orang sumber,adat lenggang perut dijalankan dengan tujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.Tujuan upacara lenggang perut ialah bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.Dalam upacara melenggang perut,seorang bidan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi.Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini.Antara kelengkapan atau alatan yang biasa digunakan oleh bidan dalam upacara melenggang perut ialah tujuh helai kain yang berlainan warna,satu gantang beras,dan sebiji kelapa di dalam tepak sireh itu.Acara melenggang perut hanya boleh dimulakan apabila semua barang yang diminta oleh bidan berkenaan dapat disediakan.Permulaan upacara ialah tok bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok
  • 7. 7 bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang- lenggangkan badan ibu itu.Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu.Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.Bagi masyarakat Jawa Kampung Bukit Cherakah,pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.9 2.4 Adat Menanam Uri Ibu yang mengandung kebiasaannya akan bersalin di rumah sahaja berbanding di hospital ataupun klinik.Setelah bayi selamat dilahirkan,didapati rata-rata masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah menanam uri bayi berkenaan.Setelah proses pembersihan,uri terbabit akan dibalutkan dengan kain putih dan diletakkan kedalam periuk tanah yang telah ditebuk lubang di bahagian bawah periuk. Kemudian, masukkan sebarang benda yang ingin ditanam bersama uri tadi dan selimutkan kain putih tadi diatasnya.Mereka kebiasaannnya akan menanam uri bayi berkenaan dengan sesuatu barangan misalnya celak,pensel dan jarum.Ia dilakukan jika bayi berkenaan ialah perempuan.Ia bertujuan untuk memastikan si bayi membesar dan menjadi
  • 8. 8 seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran, dan pandai menjahit. Manakala uri bayi lelaki akan ditanam bersama pensel, paku dan jarum dengan harapan bayi tersebut membesar dan menjadi seorang yang pandai dan gagah.Sekitar tahun 1970-an dan sehingglah 2000,didapati rumah- rumah masyarakat Jawa di kampung ini mempunya suatu bonggolan tanah yang mempunya paip di atasnya sama ada di belakang rumah mereka atau pun di depan rumah.Mereka akan menanam uri bayi perempuan di hadapan rumah mereka manakala uri bayi lelaki ditanam di belakang rumah..Biasanya, uri bayi lelaki ini ditanam oleh si bapa.Bapa bayi perlu mandi dan memakai wangian supaya anak menjadi seperti bapanya.Setelah uri ditanam ,pelita akan dinyalakan disekelilinginya.Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang, mereka juga berharap agar bayi tu tidak diganggu oleh kuasa jahat.Tanah yang berada di sekeliling bekas tanaman uri tu akan diambil dan dbungkus dalam kain putih.Kemudian,bungkusan berisi tanah aka diletakkan di bawah bantal bayi.Mereka mempercayai bahawa setiap bayi lahir dengan seorang kawan atau dikenali sebagai bathor.10 2.5 Adat Berpantang .Setelah melahirkan anak,ibu hendaklah berpantang selama 40 hari. Sepanjang tempoh berpantang, si ibu mestilah berbengkung, berurut, dan macam-macam lagi. Mengikut masyarakat jawa ibu hendaklah memakan tempe sepanjang empat puluh hari. Tempe yang dimakan adalah tempe bakar. Ibu hendaklah mengelakkan makanan yang berminyak.Sayur sayuran yang diambil mestilah sayur yang tidak mendatangkan angin dalam badan.Sayur kobis tidak digalakkan untuk makan. Sayur bayam elok dimakan kerana dapat memudahkan proses pencernaan. Secara kesimpulannya,terdapat sesetengah adat yang masih tidak lagi diamalkan secara meluas pada awal 2000 terutamanya.Hal ini demikian kerana,terdapat beberapa adat yang
  • 9. 9 bertentangan dengan agama Islam.Pengaruh agama Islam yang kuat berjaya menghindarkan masyarakat Jawa daripada mengamalkan perbuatan khurafat.Apabila berlaku peredaran zaman,terdapat beberapa upacara yang tidak lagi diamalkan dan jika dilakukan ia berdasarkan panduan dalam Islam. 3.0 Pantang-larang Secara ringkasnya,pantang-larang ialah perlakuan atau perbuatan yang ditegah dalam kehidupan masyarakat.Pantang-larang terus kekal dalam masyarakat apabila ia diamalkan secara turun-temurun.Tahun 1970-an hingga lewat 1990-an,pantang-larang dalam masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah terus diamalkan dalam kehidupan seharian.Namun,pantang-larang ini semakin kian dilupakan apabila memasuki tahun 2000.Ia terjadi apabila masyarakat Jawa di Kampung ini mulai beransur mengubah corak kehidupan mereka kepada corak kehidupan moden. 3.1 Pantang larang semasa dan selepas ibu mengandung Semasa seorang ibu sedang mengandung,si suami dilarang atau ditegah daripada membunuh binatang.Mereka percaya bahawa janin dalam kandungan si ibu akan menjadi seperti binatang yang dibunuh berkenaan.11 Sebelum bersalin,ibu mengandung yang menggunakan kain basahan untuk mandi mestilah disidai sebelum boleh digunakan lagi untuk mandi.Menurut seorang bidan di Kampung Bukit Cherakah,merendam kain kemban yang telah digunakan akan meyukarkan proses kelahiran anak. Selain itu,wanita mengandung ditegah sama sekali untuk duduk di depan pintu .Hal ini demikian kerana,masyarakat Jawa mempercayai bahawa ibu mengandung yang duduk di tepi pintu akan mengalami kesukaran untuk bersalin.Sebagai contoh,semasa proses kelahiran,bayi di
  • 10. 10 dalam kandungan akan menjadi keliru iaitu sama ada mahu keluar dari kandungan atau tidak.Hal ini akan mengundang kesukaran untuk bersalin bagi ibu mengandung. Jika di dalam sebuah rumah itu mempunyai ibu yang sedang mengandung,ahli rumah yang lain akan bertindak untuk membuka semua bekas bertutup seperti tin biskut dan kotak makanan.Bagi masyarakat Jawa,tindakan berkenaan adalah untuk memudahkan proses bersalin.Bagi mereka,tindakan ini bererti untuk membuka jalan kelahiran.Hal yang sama turut berlaku apabila ibu mengandung mengikat rambut secara tocang.Semasa ibu sedang mengandung,mereka dikehendaki untuk melepaskan ikatan rambut mereka.Makna kepada tindakan ini adalah lebih kurang sama dengan kegiatan membuka penutup bekas yang tertutup. Dalam masyarakat Jawa,semasa ibu dalam proses kehamilan,mereka dilarang sama sekali untuk memakan ikan yang mengandungi sengat.Antara ikan bersengat itu ialah ikan keli misalannya.Dalam pantang larang masyarakat Jawa,mereka beranggapan ibu mengandung sensitif dengan ikan keli.Hal ini demikan kerana,tabiat ikan keli yang suka berenang menongkah arus.Mereka percaya bahawa anak dalam kandungan ibu akan menghadapi kesukaran untuk keluar dari rahim ibu. Setelah proses melahirkan,ibu berkenaan akan berpantang.Semasa proses berpantang,ibu berkenaan dikehendaki untuk bersandar di sendenan.Mereka mempercayai bahawa dengan melakukan sedemikan,ia dapat mengelakkan darah putih daripada naik.Selain itu,bagi masyarakat Jawa,ibu yang dalam pantang mestilah diurut selama lima hari berturut-turut. 12 3.2 Pantang Larang Kepada Kaum Lelaki Selain daripada kaum wanita khususnya ketika mengandung,kaum lelaki juga tidak terlepas daripada pantang larang.Melalui pemerhatian,kaum lelaki mempunyai kegemaran
  • 11. 11 bersiul.Perbuatan ini dilarang dalam masyarakat Jawa.Menurut kepercayaan,perbuatan bersiul akan mengundang kedatangan ular ke rumah jika mereka bersiul dalam rumah.Selain itu,memang tidak dapat dinafikan,busut turut menjadi tempat kepada kaum lelaki untuk membuang air kecil.Menurut pantang larang masyarakat Jawa,perbuatan ini akan menyebabkan kemaluan lelaki berkenaan ditumbuhi bisul.Seterusnya,tabiat buruk kaum lelaki yang suka mengintai orang mandi terutamanya perempuan telah menyebabkan terciptanya pantang larang ini.Mereka percaya bahawa perbuatan mengintai orang lain mandi akan menyebabkan mata mereka ditumbuhi ketumbit.Pantang larang yang seterusnya bagi kaum lelaki ialah mereka ditegah daripada tidur pada waktu tengahari.Hal ini dikhuatiri ibu mereka mati. 3.3 Pantang Larang Ketika Menjaga Bayi Pada pemerhatian pengkaji,ibu yang baru melahirkan anak pasti akan menegah orang lain daripada memicit mulut anaknya.Hal ini demikian kerana mereka mempercayai bahawa bayi berkenaan akan kehilangan selera untuk makan.Mereka juga percaya bahawa bayi tidak boleh dicium pada bahagian ubun-ubun kepala mahupun pusatnya.Dalam kehidupan masyarakat Jawa,perbuatan tersebut akan dapat memendekkan hayat bayi berkenaan.Selain itu,sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala bayi berkenaan akan tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Dalam pantang larang masyarakat Jawa,orang lain ditegah daripada mengejutkan bayi berkenaan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.Menurut pantang larang dalam masyarakat Jawa lagi,bayi tak boleh ditegur jika badan bayi berkenaan mempunyai ciri fizikal yang besar,gemuk.Mereka percaya bahawa semangat bayi akan hilang lalu bayi berkenaan menjadi kurus. 3.4 Pantang Larang Ketika Makan
  • 12. 12 Terdapat pantang larang yang tertentu dalam adat ketika makan masyarakat Jawa.Sebagai contoh,seseorang ditegah daripada memakan pedal iaitu bahagian organ dalaman ayam.Hal ini demikian kerana,mereka percaya bahawa dengan memakan pedal berkenaan,individu berkenaan akan mengantuk semasa bersanding.Selain itu,waktu makan juga dititikberatkan dalam masyarakat Jawa.Waktu makan pada malam hari dipercayai individu itu makan bersama dengan hantu.Dalam masyarakat Jawa,mereka terutamanya generasi tua amat menegah sesorang itu apabila makan meletakkan pinggan di atas riba.Ia menjadi pantang larang dalam kalangan masyarakat Jawa kerana mereka percaya jika perbuatan ini diamalkan,berkemugkinan pasangan mereka akan diambil orang.Selain tu,menjadi pantang kepada masyarakat Jawa untuk tidur selepas makan.Mereka mempercayai bahawa aktiviti tidur selepas makan akan menyebabkan perut mereka buncit.Selain itu,mereka amat pantang apabila seseorang itu makan sambil berjalan.Bagi mereka,perbuatan ini akan mengundang penyakit perut. 3.5 Pantang Larang Sewaktu TIdur Dalam masyarakat Jawa,pada waktu tidur juga mempunyai pantang larangnya yang tersendiri.Mereka beranggapan individu tidak boleh tidur sebarangan di suatu tempat.Sebagai contoh,individu dalam masyarakat Jawa dilarang untuk tidur di muka pintu.Ini menjadi pantang bagi mereka kerana individu berkenaan dianggap akan dilangkah oleh hantu.Mereka juga mempunyai tanggapan yang kolot terhadap amalan tertidur di atas sejadah.Mereka mempercayai dan melarang sama sekali individu untuk tidur di atas sejadah kerana mengkhuatiri individu berkenaan akan dijangkiti kurap.Jika sebelum ini dikatakan masyarakat Jawa mempunyai kepercayaan bahawa makan selepas tidur mengundang penyakit,mereka juga turut percaya
  • 13. 13 bahawa individu yang tidur selepas makan akan dihempap oleh hantu.Oleh itu,mereka sangat melarang seseorang untuk tidur selepas makan.13 3.6 Pantang Larang Ketika Duduk Perbuatan dalam pantang larang ini banyak dilakukan oleh masyarakat Jawa.Misalnya,perbuatan duduk di atas bantal.Generasi tua masyarakat Jawa amat melarang perbuatan kerana bagi mereka perbuatan ini akan menyebabkan punggung si pelaku akan ditumbuhi dengan bisul.Selain itu,mereka turut mempercayai bahawa perbuatan menggoyangkan kaki adalah tidak baik.Mereka sangat melarang perbuatan menggoyangkan kaki kerana perbuatan ini dikatakan dapat menyebabkan individu menanggung hutang yang banyak.Hal ini menjadi pantang kepada masyarakat Jawa untuk menanggung hutang.14 4.0 Kesimpulan Masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah mengamalkan pelbagai adat budaya dan pantang-larang dalam kehidupan mereka.Pada tahun 1970-an hingga awal tahun 1990- an,didapati masyarakat Jawa masih lagi jelas mengamalkan adat budaya dan pantanr-larang mereka.Namun,memasuki tahun pertengahan 1990-an,didapati ia semakin tidak diamalkan oleh masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah.Tahun 2000 pula,memperlihatkan budaya dari Barat dibawa masuk ke Malaysia dan hal ini meyebabkan masyarakat Jawa makin jauh daripada kebudayaan asal mereka.Justeru,generasi muda masyarakat Jawa di Kampung Bukit Cherakah misalnya,seharusnya tidak melupakan adat budaya dan pantang-larang masyarakat Jawa yang tidak bertentangan dengan agama Islam.Sesungguhnya,adat budaya masyarakat Jawa mengajar
  • 14. 14 masyarakatnya untuk berpelakuan mulia dalam menjalani kehidupan manakala pantang- larangnya boleh mendisiplinkan seseorang.
  • 15. 15 Nota Hujung 1 Harith Faruqi Sidek,”Sejarah Pembukaan Penempatan Orang Jawa Selangor”,dari http://harithsidek.blogspot.my/2012/08/sejarah-pembukaan-penempatan-orang-jawa_1.html diakses pada 8 Februari 2016 2 Junaidah binti Johar,Lipatan Memori,2007,Selangor,Sek.Keb.Dato’ Maharaja Lela,m.s 7 3 Harith Faruqi Sidek,”Sejarah Pembukaan Penempatan Orang Jawa Selangor”,dari http://harithsidek.blogspot.my/2012/08/sejarah-pembukaan-penempatan-orang-jawa_1.html diakses pada 8 Februari 2016 4 Encik Khaironi bin Samuri,66 tahun,Ketua Kampung Bukit Cherakah diwawancara pada 2 Februari 2016 5 ,” Budaya, Pengertian Dan Definisi”,dari https://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/ diakses pada 22 Februari 2016 6 ,”Makanan Tradisi Orang Jawa”,dari http://asamjawe.blogspot.my/2014/01/makanan-tradisi-orang-jawa.html?m=1 diakses pada 22 Februari 2016 7Puan Rafeah binti Jamal,46 tahun,penduduk kampung diwawancara pada 24 Januari 2016 8 Puan Rafeah binti Jamal,46 tahun,penduduk kampung diwawancara pada 24 Januari 2016 9 ,”Kajian Adat Menyambut Kelahiran Bagi Etnik Jawa”,dari http://kakakshita.blogspot.my/2014/05/kajian-adat-menyambut-kelahiran-bagi.html diakses 10 ,”Kajian Adat Menyambut Kelahiran Bagi Etnik Jawa”,dari http://kakakshita.blogspot.my/2014/05/kajian-adat-menyambut-kelahiran-bagi.html 11 ,”Pantang Larang Masyarakat Jawa Di Selangor:Mencari Kerasian”dari http://drshafie.blogspot.my/2014/12/bbb-07-safar-1436-30-november-2014-ahad.html diakses pada 20 Februari 2016 12 ,”Hidup Penuh Pantang Larang Sejak Dalam Kandungan”,dari http://ibojot.blogspot.my/2010/12/hidup-penuh-pantang-larang-sejak-dalam.html diakses pada 22 Februari 2016 13 ,”Asal Usul Orang Melayu”,dari https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/15/pantang-orang-melayu/diakses pada 14 Mac 2016 14 Puan Jasimah Binti Rumdan,46 Tahun,Guru Sejarah,diwawancara pada 26 Januari 2016
  • 16. 16 BIBLIOGRAFI. Buku; - Junaidah binti Johar,Lipatan Memori,2007,Selangor,Sek.Keb.Dato’ Maharaja Lela Orang Sumber ; - Encik Khaironi bin Samuri,66 tahun,Ketua Kampung Kampung Bukit Cherakah diwawancara pada 2 Februari 2016 - Puan Rafeah binti Jamal,46 tahun,Penduduk kampung diwawancara pada 24 Februari 2016 - Puan Jasimah binti Rumdan,46 tahun,Guru Sejarah diwawancara pada 26 Januari 2016 Laman Web http://harithsidek.blogspot.my/2012/08/sejarah-pembukaan-penempatan-orang-jawa_1.html https://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/ http://asamjawe.blogspot.my/2014/01/makanan-tradisi-orang-jawa.html?m=1 http://kakakshita.blogspot.my/2014/05/kajian-adat-menyambut-kelahiran-bagi.html http://drshafie.blogspot.my/2014/12/bbb-07-safar-1436-30-november-2014-ahad.html http://ibojot.blogspot.my/2010/12/hidup-penuh-pantang-larang-sejak-dalam.html https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/15/pantang-orang-melayu/