Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Die SlideShare-Präsentation wird heruntergeladen. ×
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Nächste SlideShare
Tarekat.pptx
Tarekat.pptx
Wird geladen in …3
×

Hier ansehen

1 von 6 Anzeige

Weitere Verwandte Inhalte

Ähnlich wie Tarekat.pdf (20)

Aktuellste (20)

Anzeige

Tarekat.pdf

  1. 1. PRINSIP-PRINSIP ASAS TAREQAT MENURUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 1. Mujahadah Mujahadah bermaksud memerangi hawa nafsu yang menyeru ke arah keburukan kepada mentaati syarak dengan memaksa (hawa nafsu) dengan susah-payah melaksanakan tuntutannya (syarak)” Prinsip mujahadah adalah menentang hawa nafsu dengan menghindarkan diri dari kesenangan dan kenikmatan duniawi dan memaksanya untuk menentang kehendak nafsu pada setiap waktu serta mengekang gejola syahwat dengan tali ketakwaan kepada Allah. 2. Tawakal Tawakkal bermaksud menyerahkan urusan kepada pihak lain atau menggantungkan kepadanya. Hal ini disebabkan kerana kepercayaan penuh kepada yang diserahkan atau ketidakmampuan untuk menangani sendiri. (Ibn Athir :Nihayah fi Gharib al-Hadith (5/221)). Al Junaid al- Baghdadi mengatakan bahawa tawakkal adala menerima Tuhan secara keseluruhan dan berpaling selain darinya.
  2. 2. Tawakkal memiliki tiga tingkatan iaitu : i) Tawakkal : merupakan sifat orang mukmin. ii) Taslim : Adalah sifat para wali kekasih Allah. iii) Tafwidh : Adalah sifat orang-orang yang mengesakan Allah (muwahhidin). 3. Akhlak Imam al-Ghazali mentakrifkan akhlak adalah suatu sifat yang tertanam di dalam jiwa yang daripadanya timbullah perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan kepada pertimbangan terlebih dahulu. Menurut al-Hasan al-Basri pada ayat : ‫ر‬ِ‫ه‬َ‫ط‬َ‫ف‬ َ‫ك‬َ‫ب‬‫َا‬‫ي‬ِ‫ث‬َ‫و‬ Bersihkanlah pakaianmu, (QS Al-Mudatsir :4). Imam al-Hasan menafsirkan ayat di atas dengan “ perbaikilah akhlakmu”.
  3. 3. 4. Syukur Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaatiNya. Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya. Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan dengan memujinya, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhainya. Syukur dapat dibahagi kepada tiga iaitu : i) Syukur dengan lisan – ii) Syukur dengan anggota iii) Syukur dengan hati 5. Sabar Sabar bereti menahan diri apabila menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar dalam mengerjakan taat kepada Allah swt, menjauhi segala maksiat yang dilarangNya dan sabar atas segala takdirnya. Tetapi di antara sifat sabat itu, terdapat sifat sabar kerana mengerjakan ketaatan dan meninggalkan kemaksiat itu merupak sabar yang lebih utama . Sabar ada tiga jenis, 1) Sabar karena Allah - sabar dalam menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan- Nya. 2) Sabar bersama Allah, - sabar menerima qadha dan senario Allah pada dirimu 3) Sabar atas Allah - bersabar menanti apa yang dijanjikan Allah berupa rezeki, bebas dari masalah, kecukupan, pertolongan, dan ganjaran di akhirat.
  4. 4. 6. Redha Pengertian redha adalah menerima dengan rasa senang akan apa yang diberikan oleh Allah swt sama ada peraturan (hukum) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah swt. Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda, “(Manis) rasa keimanan hanya bisa dicicipi oleh orang yang ridha menerima Allah sebagai Tuhan.” 7. Jujur / Siddiq (Benar) Jujur adalah perilaku positif dengan berkata sebenarnya, tidak curang, serta perbuatan dan perkataan yang tidak berlawanan. Perilaku jujur menyebabkan muslim memperoleh kepercayaan lingkungan sekitar. Siddiq adalah perkataan yang terbentuk dari siyagh mubalaghah pada wazan ‫يل‬ِ‫ع‬َ‫ف‬, yang membawa makna orang yang terus-menerus melakukan kejujuran/kebenaran, sehingga menjadi kebiasaan dan karakternya. Sahl ibn Abdullah rhm mengatakan bahawa aroma siddiq tidak akan pernah bias dicium oleh orang yang suka menipu diri atau orang lain
  5. 5. MATLAMAT DAN PERANAN TAREQAT 1) Perincian matlamat tarekat adalah seperti berikut i) Dari sudut amalan. Matlamat tarekat adalah mengadakan latihan (riyadhah) dan memerangi hawa nafsu (mujahadah), membersihkan pendirian dari sifat-sifat tercela ii) Dari sudut tadzakkur. Matlamat tarekat adalah untuk mewujudkan perasaan mengingati Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuasa atas segala sesuatu dengan mengamalkan wirid dan zikir yang disertai dengan renungan yang berterusan. Timbulnya rasa takut kepada Allah swt yang mengakibatkan timbulnya dalam diri seseorang usaha untuk menghindari segala macam pengaruh duniawi yang boleh menyebabkan lupa kepada Allah. iii) Matlamat tarekat yang terakhir adalah untuk mencapai tahap ma'rifat, ini adalah jika semua amalannya berdasarkan keikhlasan dan ketaatan kepada Allah,
  6. 6. 2) Peranan Tarekat i) Memelihara diri dengan sifat insaniyyah supaya dapat mencapai setinggi-tinggi rasa kehambaan (ubudiyyah) kepada Allah ii) Menyucikan hati daripada segala sifat mazamumah seperti takabur, Riya’ dan sebagainya serta menghiasai diri dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, sabar, takut dan muraqabah iii) Melatih diri untuk sentiasa ingat kepada Allah melalui tarbiyyah guru, mujahadah dan riadah amalan syariat yang benar berpaksi tauhid dan bersendikan syariat dan sunnah nabi SAW dan pengamalan zikir, wirid , hizib, muraqabah dan tafakkur secara istiqamah. iv) Dapat menyelamai secara zauq rahsia-rahsia pengamalan syariat dan mendalami keimanan, penghayatan kehalusan makna tauhid dan ma’rifah sebenar kepada Allah SWT yang bersih daripada sebarang unsur syirik samaada yang tersembunyi (khafi) atau nyata (jali). v) Membangunkan dunia dengan amalan syariat melalui hati yang bersih dan saling tolong menolong dalam menyempurnakan perintah agama.

×