2. Cerpen ini mengisahkan tentang remaja kurang upaya bernama
Hafizi yang tempang sejak dilahirkan. Sungguhpun cacat,dia cemerlang
dalam pelajaran,berdikari dan tidak pernah menganggap kecacatannya
sebagai suatu kekurangan. Dia dilahirkan dalam kalangan keluarga
berada kerana dia dihantar dan dijemput dari sekolah oleh pemandu
keluarganya.
Raja ialah kawan baik Hafizi. Dia selalu menemani Hafizi dan menjadi
pelindung Hafizi tatkala rakannya itu dibuli oleh Kamil kerana Kamil
cemburu akan kepintaran Hafizi dalam pelajaran. Kamil dan rakan-
rakannya sering mempermainkan Hafizi,namun Hafizi tidak pernah
melawan. Meskipun pernah didenda oleh guru disiplin,namun Kamil
tidak pernah serik.
Suatu hari,kelas Tingkatan 4 Sains 1 mengadakan aktiviti perkelahan.
Tiba-tiba,Kamil hampir lemas di dalam kolam. Hafizi bertindak pantas
dengan terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Kamil
berasa malu kepada Hafizi. Dia meminta maaf atas segala
HOME
keterlanjurannya selama ini terhadap Hafizi.
3. TEMA
Tema cerpen ini ialah kecacatan
bukanlah penghalang untuk hidup
seperti biasa dan beroleh kejayaan
seperti orang lain. Hafizi yang
dilahirkan tempang tidak pernah
menganggap kecacatan tersebut
sebagai penghalang untuk hidup
seperti insan lain yang sempurna.
Malah,kekurangan itu menjadi
pembakar semangat kepadanya
untuk berdikari dan cemerlang
dalam pelajaran.
HOME
4. PERSOALAN
(a) Orang kurang upaya sering diperkecil dan dipandang hina oleh segelintir
masyarakat.
-Kamil dan rakan-rakannya sering menghina dan membuli Hafizi yang
tempang. Dia tidak serik-serik melakukan perbuatan yang serupa meskipun
pernah menerima hukuman.
(b) Sifat cemburu segelintir manusia yang tidak senang melihat kelebihan
orang lain.
-Kamil tidak berasa kasihan terhadap Hafizi malah menyimpan rasa cemburu
atas kelebihan Hafizi. Sungguhpun Hafizi cacat,namun dia cemerlang dalam
pelajaran dan dilahirkan dalam golongan berada.
(c) Ketabahan menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
-Hafizi tabah melalui kehidupan meskipun dia tempang. Sungguhpun
pergerakannya lambat dan dia tidak dapat melakukan aktiviti lasak seperti
orang lain,namun dia tidak merendah diri.
(d) Bersyukur atas anugerah Tuhan.
-Hafizi tidak menyalahkan takdir atas kecacatannya malah bersyukur atas
anugerah tersebut kerana percaya bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada
hikmahnya. HOME
6. Raja
Dia kawan baik hafizi,pelajar tingkatan empat dan satu kelas dengan
Hafizi.
Raja amat mengambil berat akan Hafizi dan sentiasa bersedia untuk
membantu Hafizi.
Dia sanggup bertumbuk dengan Kamil semata-mata untuk
mempertahankan Hafizi.
KAMIL
Dia sangat membenci Hafizi kerana mencemburui kepintaran Hafizi.
Dia rakan sekelas Hafizi dan Raja.
Kamil sering memperkecil dan menghina Hafizi meskipun Hafizi tidak
pernah mempedulikan sikap buruknya itu.
Dia busuk hati ,suka bergaduh ,dan suka membuat kecoh hingga
bergelar samseng sekolah. Dia sering juga melanggar disiplin sekolah.
Dia tidak tahu serik walaupun pernah didenda oleh pihak sekolah
sebelumnya.
Akhirnya Kamil insaf setelah dia diselamatkan oleh Hafizi semasa dia
hampir lemas di dalam kolam. HOME
7. o Dia rakan sekelas Hafizi.
o Mei Ling bersimpati dengan Hafizi.
o Dia berani. Dia tidak takut untuk melaporkan kelakuan
buruk Kamil kepada Cikgu Ridzuan yang merupakan guru
disiplin.
CIKGU LEE
o Beliau guru mata pelajaran Sains.
o Beliau sangat mengambil berat akan kebajikan murid-
muridnya.
o Beliau suka memberikan motivasi dan kata-kata nasihat
kepada murid-muridnya
HOME
8. LATAR
LATAR
MASA
Latar masa cerpen ini
berlangsung selama
dua hari,iaitu pada
waktu persekolahan
dan diluar waktu
persekolahan,iaitu di
tempat perkelahan.
HOME