2. BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di Malaysia terdapat dua jenis tadika iaitu tadika Kerajaan dan Persendirian atau Swasta.
Kedua-dua jenis tadika ini telah dibekalkan dengan pelbagai alat bantuan pembelajaran
berteraskan teknologi. Menurut Siti Fatimah & Ab. Halim (2010), perkembangan pesat
dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu
meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional ke arah memartabatkan
sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar. Teknologi pada
zaman awal persekolahan telah dianggap tradisional. Pada masa kini teknologi semakin
berkembang dengan kesat terutama teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang telah
menghasilkan pelbagai alat dan gajet terbaru seperti laptops dan tablets, android, apps,
ipads/ipods, smart phone, Wi-Fi, google-apps, dan sebagainya. Sejajar dengan
perkembangan ICT, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melihat ICT sebagai
suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum,
memperkembangkan teknologi, menstrukturkan organisasi di tadika dengan lebih
berkesan.
Dengan ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan berkemahiran
dalam teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai
bahan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
seorang guru adalah penting dalam menentukan corak sesuatu pengajaran yang teratur
dan tersusun untuk memastikan pengajaran tercapai (Tabatha, 2011). Jika pengajaran
guru tidak memberi semangat kepada pelajar sudah tentu pelajar juga tidak berminat
dengan mata pelajaran yang diajar.
Kanak-kanak hari ini membesar dan melalui pengalaman yang secara kualitinya
berbeza dengan kanak-kanak generasi dahulu. Perubahan yang amat ketara dapat dilihat
dari aspek bagaimana mereka menggunakan masa, mempunyai peluang yang lebih besar
dalam meneroka dunia, dan pembentukan semula landskap persekitaran domestik yang
3. secara langsungnya adalah berhubung dengan pengenalan, perkembangan, dan capaian
teknologi media baru yang pesat dan meluas. Perspektif ekologi amat berguna dalam
konteks peranan media dalam kehidupan kanak-kanak kerana model ini membolehkan
fokus dilakukan secara serentak terhadap ciri-ciri individu kanak-kanak, persekitaran
kritikal keluarga, dan persekitaran budaya. Justeru, perbincangan seterusnya berputar
kepada contoh-contoh kajian masa lampau yang memaparkan hubungan antara pengaruh
media dengan kanak-kanak, juga gambaran yang lebih luas tentang bagaimana media
membentuk konteks perkembangan kanak-kanak.
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sekiranya murid tadika akan lebih berminat belajar
jika menggunakan cerita dan permainan computer sebagai bahan bantu mengajar. Selain
itu, kajian ini bertujuan menyelidik sekiranya penggunaan cerita dan permainan dapat
meningkatkan lamanya masa tumpuan kanak-kanak terhadap pembelajaran. Bahan yang
digunakan adalah berteraskan multimedia sebagai alat bantuan pembelajaran bagi
memudahkan kanak-kanak memahami dan menanam minat mereka terhadap
pembelajaran.
2.2 Tinjauan Literasi Berkaitan Dengan Isu Kajian