Dokumen ini memberikan ringkasan mengenai pelajaran matematik Tahun 1 tentang operasi tolak dalam lingkungan 18. Pelajaran ini bertujuan membolehkan murid-murid menolak bilangan dalam lingkungan 18 dengan menggunakan contoh-contoh seperti mengambil dan mengeluarkan keping sida. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk menggunakan garis nombor dan kad petak 100.
1. TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18
Tarikh : 21 Jun 2011
Masa : 0730 - 0830
Kelas : TAHUN 1
Bilangan pelajar : 31 orang
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang : Nombor Bulat
Tajuk : Tolak Dalam Lingkungan 18
Standard Kandungan : Murid-murid dibimbing untuk
Standard Pembelajaran : Murid-murid berupaya untuk mencari beza antara dua
nombor
Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
murid-murid dapat :
a) menolak dalam lingkungan 18
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid boleh membilang nombor ‘0’ hingga ‘10’
Nilai : Bertanggungjawab
Bahan Bantu Mengajar : Sida, Papan tulis individu, Pen marker
2. Langkah-langkah pengajaran :
1. Edarkan sida kepada setiap murid. Pilih seorang murid untuk membantu dalam
tunjuk cara. Arahkan murid lain menggunakan sida yang diberi untuk aktiviti
beriku:
Kamu ada dua belas keeping sida … satu, dua, tiga ….. dua belas.
Sekarang keluarkan tujuh keping sida … satu, dua, tiga … tujuh.
Berapa banyakkah sida yang tinggal?
Bagaimanakah kamu mendapat baki tersebut?
Tunjukkan.
(Untuk mendapatkan baki sida, bilang sida yang masih tinggal)
2. Ulangi langkah 1 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Gunakan
perkataan berikut untuk menunjukkan operasi tolak:
●pangkah/busuk/makan (mengikut situasi)
●asingkan/keluarkan
●cari perbezaan
Pangkah/busuk/makan (mengikut situasi)
3.
4. 3. Bimbing murid untuk melukis situasi tersebut. Contohnya:
4. Edarkan lembaran kerja
Aktiviti Pengukuhan
1. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas
dengan garis nombor tersebut. Soal jawab:
Gunakan garis nombor.
Mula-mula, lompat dua belas langkah ke kanan.
Kemudian tolak tujuh. Kita lompat tujuh langkah ke kiri.
Apakah nombor yang kamu lihat sekarang?
(Bulatkan ‘5’ pada garis nombor.)
2. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas
dengan kad petak 100 tersebut. Soal jawab:
Gunakan kad Petak 100
Mula-mula, cari nombor dua belas.
Kemudian tolak tujuh. Kita lompat tujuh langkah ke kiri.
Apakah nombor yang kamu lihat sekarang?
(Bulatkan ‘5’ pada kad Petak 100)