1. LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
PROJEK AKHIR
NAMA DAN NO. MATRIK
NUR SYAQIRAH BINTI ABDUL RASHID
A159665
NAMA PENSYARAH :
PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K
RAHMAT
3. BAIK HATI
Sikap seorang guru yang
baik hati dan bertimbang
rasa terhadap muridnya
akan dihargai dan disukai
oleh pelajarnya.
Pelajar-pelajar akan berasa
senang hati jika seseorang
guru tersebut dapat
memahami mereka.
JENAKA
Sifat jenaka seseorang guru
akan membawa keriangan
dalam kelas dan akan lebih
suka didekati oleh pelajarnya.
Seseorang guru yang
mempunyai sifat ini akan selalu
membawa unsur kelucuan dan
akan membuatkan sesuatu
pembelajaran menjadi lebih
menarik dan tidak bosan.
Pengajaran secara efektif akan
berlaku secara tidak langsung.
SABAR
Seseorang guru yang
mempunyai sifat sabar adalah
guru yang boleh mengawal
emosi diri.
Guru ini tidak mudah marah
ataupun geram dalam apa jua
keadaan pun.
Seseorang guru yang
mempunyai kesabaran diri
yang tinggi dapat
mengelakkan perkara yang
tidak diingini daripada
berlaku.
4. BERTANGGUNGJAWA
B
Sifat bertanggungjawab
dalam diri seorang guru akan
mendorong guru untuk
menjalankan tugas yang
diamanahkan dilaksanakan
dengan sempurna.
YAKIN
Guru yang mempunyai
keyakinan diri yang tinggi
dapat membantu seorang guru
untuk mengambil tindakan
yang sewajarnya.
Kebanyakan masalah disiplin
yang timbul di dalam bilik
darjah adalah disebabkan sifat
kurang yakin guru sendiri.
Guru yang mempunyai sifat
yakin tidak akan berasa takut
apabila perlu membuat
sesuatu keputusan.
KEPIMPINAN
Guru merupakan pemimpin
kepada pelajar.
Oleh itu, seseorang guru
haruslah mempunyai sifat
kepimpinan supaya para
pelajar mematuhi segala
tunjuk ajar dan arahan guru.
Dengan sifat kepimpinan ini,
segala pembelajaran akan
berjalan dengan berkesan dan
efektif.
5. MENEPATI MASA
Jika seseorang guru sentiasa menepati masa untuk memasuki ke kelas, pelajar akan berasa senang
hati kerana guru tersebut merupakan seorang guru yang tidak membazirkan masa. Pelajar akan
mencontohi teladan guru tersebut dan dapat memupuk nilai yang baik dalam diri pelajar.
BERPAKAIAN KEMAS
Segala perlakuan seseorang guru akan diperhatikan oleh pelajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa
berpakaian kemas. Dengan kata erti lain, seorang guru haruslah berpakaian seperti seorang guru,
bertutur seperti seorang guru dan berjalan seperti seorang guru.
BERSOPAN SANTUN
Seseorang guru yang bersopan santun dapat mengeratkan hubungannya dengan pelajar. Ini kerana
pelajar akan suka mendampingi guru. Tiada jurang antara murid dengan guru akan menyebabkan
proses pengajaran dijalankan dengan berkesan.
SIKAP POSITIF
Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup
berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak
ilmu kepada pelajar.
6. Sikap ingin tahu akan mendorong guru supaya sentiasa berusaha menambahkan
pengetahuannya. Guru ini akan selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena
pendidikan yang sering berubah, demi kepentingan pekerjaannya sebagai seorang guru yang
bersifat profesional.
Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap, guru
harus sentiasa memperoleh ilmu dengan mendalam lagi. Objektif ini hanya boleh tercapai
apabila guru sentiasa membaca buku
Keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada kemahiran bertutur. Guru yang
menguasai pelbagai bahasa dapat menyampaikan pelajaran dengan menggunakan bahasa
yang difahami oleh pelajar. Dengan menggunakan sebutan dan tatabahasa yang betul,
pelajar tidak akan tersilap.
Guru yang mempunyai kualiti daya usaha tidak akan terperangkap dengan rutin yang
membosankan pelajar untuk belajar. Guru yang mempunyai kualiti profesional ini akan sentiasa
memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya
sentiasa menjadi menarik dan berkesan.
SIKAP INGIN TAHU
SUKA MEMBACA
KEMAHRAN BERTUTUR
DAYA USAHA