3. DEFINASI 1
1 ( تعريف شيخ الإسلام ابن تيمية - رحمه الله - :
)الدعوة إلى الله، هي الدعوة إلى الإيمان به، وبما جاءت به رسله، بتصديقهم
فيما أخبروا به وطاعتهم فيما أمروا(. انظر: مجموع الفتاوى لابن تيمية ج 15 / 157
IBNU TAIMIYYAH
Seruan kepada Allah ialah beriman denganNya, dan apa yang didatangkan oleh rasul dengan membenar dan mentaati semua yang dinyatakan dan diperintah oleh rasul. (Majmuk Fatawa: J 15 MS 157)
4. DEFINASI 2 : 2 ) د فيرعت . ليكولا دمحم ديسلا :
الدعوة إلى الله هي جمع الناس إلى الخير،ودلالتهم على الرشد، بأمرهم بالمعروف
ونهيهم عن المنكر، قال تعالى: ))والتكن منكم أمة يدعون إلى الخير(( ]آل عمران 103 .]
انظر: أسس الدعوة وآداب الدعاء للدكتور السيد محمد الوكيل، ص 9
DR SYED MOHD. AL-WAKIL
Menghimpun manusia di atas tujuan kebaikan, menunjuk ajar mereka kepada sesuatu yang rasional dan betul (wise) serta menyuruh mereka melakukan kebaikan dan melarang mereka dari perkara kemungkaran sebagaimana firman Allah: Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan.(Ali Imran 103)
Asas-asas Dakwah dan Adab-adab pendakwah.MS 9
5. DEFINASI 3 :
(3 تعريف الشيخ الصواف:
الدعوة هي رسالة السماء إلى الأرض، وهي هدية الخالق إلى المخلوق، وهي دين
الله القويم، وطريقه المستقيم، وقد اختارها الله وجعلها الطريق الموصل إليه سبحانه،
))إن الدين عند الله الإسلام(( ]آل عمران 19 [، ثم اختارها لعباده، وفرضها عليهم، ولم
يرض بغيرها بديلا عنها ))ومن يتبع غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من
الخاسرين(( ]آل عمران 185 [.انظر: الدعوة والدعاء للصواف، ص 22
SYEKH MUHAMMAD AS SOWWAF:
Dakwah ialah Seruan langit kepada penduduk bumi, ianya adalah petunjuk al kholiuq kepada makhluq, Agama Allah yang mantap, jalan Allah yang lurus yang telah dipilih oleh Allah bagi menghubungkan manusia dengan Allah.
(Dakwah dan Pendakwah: M.S 22)
6. DEFINASI 4:
SHEIKH MUHAMMAD ALGHAZALI
Satu program (barnamij) yang lengkap, di mana pada setiap peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
7. DEFINASI 5:
SHEIKH DR. YUSOF AL QARADAWI
Usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya.
8. DEFINASI 6:
SHEIKH ADAM ABDULLAH AL ALURI
Dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan.
9. DEFINASI 7:
DR. ABU AL MAJD AS SAYYID NAUFAL
Dakwah ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.
10. DEFINASI 8:
DR MUHAMMAD AL-BUHII AL KHULI
Sebarang aktiviti yang dilakukan samada perkataan, perbuatan, contoh prilaku, sifat-sifat muli dsb (spt: ceramah, khutbah, forum, diskusi, cerpen, tulisan, sms, email, face book, sukan, ekonomi, siyasah) dalam rangka merubah keadaan manusia dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik, dari satu peringkat ke peringkat yang lebih baik . (Tazkiratud du’ah)
11. Dakwah adalah sebarang inisiatif atau usaha penambahbaikan dan pengislahan (dalam setiap sudut bidang kehidupan) yang terbit dari keimanan bahawa manusia hendaklah terus dipandu, dibimbing, diingatkan dan diberi teguran supaya akhirnya menjadi insan yang beriman sebagaimana yang digariskan oleh Allah dan rasulnya.
12. 1) Menjadi agen penyebab kepada Hidayah Allah.
a. Hidayah penting dalam kehidupan. Manusia yang hidup tanpa hidayah ibarat orang buta yang berjalan dalam kegelapan malam di hutan belantara yang penuh dengan onak dan serta binatang buas.
b. Para Rasul dan Nabi hanyalah bertindak sebagai penyampai perintah - agar manusia mendapat hidayah
c. Dalil-dalil :
▪wa ma ‘alaina illal balaagh
▪Innaka La tahdi man ahbabta wala kinnallaha yahdii mann yasyaa’ (Kisah Nabi dan Abu Talib di saat kematian) – Lasta a’laihim bimusaitir -
13. 2)Melakukan Islah dan Perubahan dalam seluruh bidang kehidupan.
a. Hadith:
▪Man roaa mingkum munkaran fal yughaiyir 1)biyadihii 2) Bilisaanihii 3) Biqolbihii
b. Allah telah mengutuskan 114,000 utusan, 313 nabi dan 25 Rasul sepanjang tempoh kehidupan manusia zaman berzaman yang BERTUJUAN untuk menyampaikan Seruan dakwah dan membawa perubahan.
c. Apabila timbulnya penyelewengan kehidupan maka akan ada Rasul atau nabi yang diutus dan dibangkitkan.
d. Setelah peringatan dan dakwah disampaikan maka akan ada manusia-manusia yang beriman dan berlakulah perubahan dari satu keadaan kepada yang lebih baik
15. 3)Memastikan Taklif dan kebertanggungjawaban di sisi Allah pada hari hisab dan perhitungan. Maksudnya manusia akan hanya boleh dipertanggungjawabkan disudut agama setelah mereka diberi peringatan dan seruan.
a)Firman Allah: Wamaa kunna mu’azzibiina hatta nab ‘atha rasulaa. (Kami tidak akan mengazabkan sesuatu kaum itu kecuali setelah Kami utuskan kepada mereka seorang rasul (yang berdakwah member peringatan).
b)Firman Allah setelah sebaran dakwah dilakukan: Qod tabaiyyanar rushdu minal ghoyyi, faman yakfur bittooghuuti wa yukmin billaahi faqodistamsaka bil ‘urwatil wusqo..
16. 4) Merealisasikan tercapainya matlamat penciptaan manusia di atas muka bumi:-
a) Kenal Allah: Sebelum manusia diutuskan ruh mereka dipanggil: Alastu birobbikum..
b) Ibadah: Firman Allah: Wama kholaqtul jinna wal insa illa liyakbuduun.
c) Qudwah: Firman Allah: Wakazaalika ja’alnaakum ummatan wasatan litakuunu syuhadaa a’lannaas wayakuunur rasuulu alaiku shahiida
17. Menurut Abul A’laa al Mauwdudi dalam buku: Shahadatul Haq: Shuda’ Qowliyyah dan A’maliyyah
d) Dakwah : Firman Allah : Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnaas takmuruuna bil makruufi wa tanhawna ‘anil mungkar….
e) Ujian & Ibtila’ : Firman Allah: Allazii kholaqol mawta wal hayaata liyabluwakum ayyukum ahsanu a’mala.
f) Khalifah: Firman Allah: Waiz qoola robbuka lil malaaikati inni jaa’ilun fil ardhi kholiifah
19. 1) Tugas para Rasul :
Firman Allah: Walaqod baathna fi kulli ummatin Rasuulan anik budlloha wajtanibut toghuut
2) Sebaik2 perkataan adalah dakwah dan Seruan:
Firman Allah: Wa man ahsanu qowlam mimman da’aa ilaloohi wa’mila soolihan waqoola innanii minal muslimiin.
3) Ganjaran besar penyebab Hidayah :
Sabda Rasulullah: Li an yahdiyallahu bika rajulan wahidan khirul laka minad dunyaa wamaa fihaaa. – Khairul laka min humurin ni’am :
4) Selamat dari ancaman nabi:
Sabda Rasululloh: Lata’murunna bil makruufi walatan hawunna a’nil mungkari aw
20. 5) Bonus berterusan:
Sabda Rasulullah: Man sanna sunnatan hasanatan falahuuu ajruhuu wa ajru man a’mila bihaa.
Kaedah Fekah: As sababu kal faa’il: Amru al As penyebab terbukanya Mesir: Abul Ayyub dan Sultan Muhammad al Faateh penyebab terserbarnya Islam di Turki.
5) Selamat dari laknat Allah dan tenggelam:
Firman Allah: Innallaziina yaktumuuna maa anzalna minal baiyyinaati walhudaa mim bakdi maa bayyannahu linnaas…..
Hadis cerita orang naik kapal: Membiarkan mayarakat tanpa dakwah akan menjadikan masyarakat tenggelam dan semua yang ada dalam bahtera masyarakat samada golongan baik atau pun jahat semuanya akan tenggelam
21. 1) Pemerintah & Penguasa :
Wajib berdakwah dengan kuasa
2) Golongan berilmu pengetahuan (Ulamak):
Wajib berdakwah dengan lisan
3) Orang awam
Perlakuan dan tingkah laku.
WAJIB:
22. S9: SIAPAKAH MODEL TELADAN UTAMA DALAM KERJA DAKWAH?
NABI DAN RASUL (ULUL AZMI).
1. Nuh a.s.
2. Ibrahim Khalilullah a.s.
3. Musa Kaliimullaah a.s.
4. Isa al Masih a.s.
5. Muhammad s.a.w.
23. Nabi Nuh adalah merupakan rasul yang pertama menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah
Nabi pertama melarang manusia dari mensyirikkan Allah.
Nabi Nuh diutuskan oleh Allah dalam suasana kaumnya menyembah berhala.
Patung-patung ini, pada peringkat awalnya dibina bagi mengenangkan orang-orang yang soleh di kalangan nenek moyang mereka, tapi lama kelamaan patung-patung ini dianggap sebagai tuhan.
24. Seruan dan dakwah yang dibawa oleh Nabi Nuh mendapat tentangan yang hebat :
i. Kedegilan yang ditunjukkan kaumnya.
ii. Menerima ejekan, penghinaan dan kekerasan.
25. Dakwah Nabi Nuh tidak dapat membuka hati nurani mereka malah lebih menjauhkan diri dari kebenaran sehinggalah menyebabkan Nabi Nuh mengadu kepada Allah. Firman Allah :
قال تعالى : قال رب إنى دعوت قومى ليلا ونهارا. فلم يزدهم دعآءى إلا فرارا. وإنى كلما دعوتهم لتغفرلهم
جعلوا أصابعهم فى ءاذانهم واستغشوا ثيابهم وأصروا واستكبروا استكبارا ( سورة نوح أية 5-7)
Maksudnya: Nuh berkata “Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang. Seruanku itu hanyalah menambahkan mereka lari dari kebenaran. Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka supaya beriman agar engkau mengampuni mereka, mereka masukkan anak jari mereka ke dalam telinga dan menutup bajunya (ke muka)mereka tetap mengingkari dan sangat menyombongkan diri”.
26. Kerana itulah kita lihat golongan yang menerima seruan Nabi Nuh adalah sebilangan kecil sahaja dari kaumnya walaupun tempoh seruan Nabi Nuh hampir seribu tahun. Firman Allah:
قال تعالى :"ولقد أرسلنا نوحا إلى قومه فلبث فيهم ألف سنة إلا
خمسين عاما " ( سورة العنكبوت أية 14)
27. Cabaran yang diterima oleh Nabi Ibrahim juga tidak kurang hebatnya, kerana masyarakatnya, termasuk keluarga ayah dan ibu Nabi Ibrahim sendiri berada di bawah payung kesesatan. Nabi Ibrahim berkeseorangan, berjuang dan berdakwah menyeru Namrud serta pengikutnya agar beriman dengan Allah.
Kesesatan yang dianuti oleh kaum Nabi Ibrahim boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
Menyembah berhala yang diwarisi dari kaum Nuh,‘Add dan Thamud.
Menyembah cakerawala seperti matahari,bulan dan bintang,penyembahan berasal dari kepercayaan mereka kepada khurafat.
Menyembah raja yang dianggap sebagai tuhan.
28. Nabi Ibrahim yang tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran telah menegaskan pendiriannya di hadapan kaum Namrud. Firman Allah:
قال تعالى:"قال أفرءيتم ما كنتم تعبدون. أنتم وآبائكم الأقدمون.فإنهم عدولى إلا رب العالمين " ( سورة الشعراء أية 75 - 77)
Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata “Maka apakah kamu telah memperhatikan apa yang selalu kamu sembah.Kamu dan nenek moyang kamu dahulu.Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku kecuali tuhan semesta alam”. Ketegasan beliau dalam menegakkan agama Allah telah sampai di kemuncaknya apabila beliau berani memecahkan berhala besar yang menjadi tunggak kebanggan kaum Namrud.Tindakan ini telah meletakkan nyawanya sebagai taruhan,beliau telah dihumbankan ke dalam api yang sedang marak menyala. Firman Allah : قال تعالى :"قالوا حرقوه وانصروا ءالهتكم إن كنتم فاعلين. قلنا ينا ركونى بردا وسلما على إبراهيم ". ( سورة الأنبياء أية 68-69)
29. Kisah Nabi Musa a.s. merupakan yang terbanyak di sebut dalam Al Qur’an iaitu antara Musa dan Fir’aun. Sejak kecil lagi, baginda sudah berhadapan dengan bahaya. Kerelaan dan nekad ibunya menghanyutkan bayi Musa ke sungai Nil, adalah sebuah pengorbanan yang tak terhingga. Nabi Musa berjuang untuk:
Membela pada Bani Israil yang tertindas,
Membuatnya keluar dari istana Fir’aun - menuju ke Madyan,
Menjadi penggembala kambing Nabi Syu’aib selama sepuluh tahun.
30. Diperintahkan Allah kembali menemui Fir’aun mengajaknya beriman kepada Allah. Al Qashash/28:2-40,
Musa mula berhadapan dengan penentangan besar, ditentang dan dimusuhi Fir’aun.
Musa berhasil membawa sebahagian Bani Israil setelah mengalahkan tukang-tukang sihir Fir’aun.
Musa di uji kesabarannya membawa Bani Israil, keluar dari Mesir menuju ke Baitul Maqdis dan penderhakaan Bani Israil pada Musa, (QS.5:20-25).
31. Nabi Isa a.s.
Kelahiran tanpa ayah (19:16-22),
tuduhan keluarga Maryam atas diri Maryam, (19:27- 28).
Mukjizat Nabi Isa :
Boleh berbicara sewaktu di buaian,
menyembuhkan orang sakit,
Menghidupkan orang mati, atas izin Allah (3:49) tidak membuatnya keluar dari statusnya sebagai hamba Allah (4:172).
Penentangan dari kaum Yahudi, yang berusaha membunuhnya (4:157-158).
32. Pendewaan yang dilakukan oleh kaum Nasrani, kerana Isa dianggap memiliki sifat-sifat ketuhanan :
seperti menyembuhkan orang sakit,
menghidupkan orang mati,
dan membuat burung dari tanah (3:49, 4:1710, 5:72-73, 116-120)
Baginda berdoa “ Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesngguhnya Engkau yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
33. Suasana bangsa arab ketika diutuskan Rasulullah saw berada dalam khurafat dan jahiliah. Sa’id Ramadhan Al-Buti berkata :
“Pembentukan sejarah arab bermula dari agama ‘Hanifiah’ yang di bawa oleh Nabi Ibrahim. Disitulah titik permulaan tertanamnya aqidah tauhid dan cahaya keimanan kepada bangsa arab, tetapi kemudiannya sedikit demi sedikit mereka mula meninggalkan agama ini atas faktor - masa yang lama. Kehidupan mereka sebelum ini di bawah petunjuk ilahi telah digantikan dengan syirik dan kekufuran. Walaupun masih terdapat segelintir manusia yang masih berpegang dengan agama’Hanifiah’ ini, tetapi ia semakin lemah ditelan zaman dan pengikutnya semakin kurang dari tahun ke tahun.
34. Dakwah Rasulullah terpaksa berhadapan dengan pembesar-pembesar Quraish yang mempunyai kekuatan dan pengaruh, beliau juga terpaksa menghadapi dengan golongan ahli kitab yang juga mempunyai pengaruh dalam masyarakat arab.
Baginda dihina, difitnah dan dilemparkan dengan berbagai tohmahan seperti tuduhan ahli sihir, gila, penyair, ahli nujum dan sebagainya. Firman Allah :
قال تعالى :"قال الكافرون إن هذا لسحر مبين" – )سورة يونس أية 2 ( قال تعالى :"كذلك ما أتى الذين من قبلهم من رسول إلا قالوا ساحر أو مجنون" – )سورة الذاريات
أية 25
قال تعالى :" بل قالوا أضغاث أحلام بل افتراه بل هو شاعر" – )سورة الأنبياء أية 5 ( قال تعالى :"فذكر فما أنت بنعمت ربك بكاهن ولا مجنون" –)سورة الطور أية 29)
35. Islam sejak awal lagi telah melancarkan serangan ideologi terhadap jahiliah dan dibina semula dengan asas Islam.
Matlamat ini merupakan matlamat utama dakwah yang di bawa oleh Rasulullah,
Kaum jahiliah akan mencurahkan sepenuh tenaga untuk mempertahankan prinsip jahiliah yang telah mereka anuti sejak turun temurun.
Berbagai strategi yang telah disusun dan dilancarkan oleh jahiliah untuk memadamkan Rasulullah :
ianya meliputi serangan fizikal
dan mental, namun segala yang dilakukan itu tidak sedikit pun menjejaskan perkembangan Islam.
36. 1. Ancaman terhadap harta dan jiwa. Dakwah yang dijalankan pada masa lalu tidak sunyi dari menghadapi ancaman ini. Rasulullah saw dan para sahabat menerima ancaman fizikal dari berbagai bentuk di antaranya:
a - Jalan yang dilalui oleh Rasulullah diletakkan dengan duri.
b - Percubaan membuang kotoran ke atas badan Rasulullah.
C - Pakatan untuk membunuhnya sehingga memaksa baginda berhijrah ke Madinah.
37. d - Penyiksaan terhadap Bilal Bin Rabah, beliau dibiarkan di tengah padang pasir yang sedang membahang panasnya dan diletakkan batu besar diatas dadanya.
e - Pembunuhan ke atas keluarga Yassir,badan mereka diguris dengan besi panas,Yassir dengan keadaan usianya yang sudah lanjut telah syahid disitu, manakala Sumaiyyah pula ditikam kerana keberaniannya menjawab kata-kata Abu Jahal.
38. Tidak cukup penyiksaan yang dikenakan terhadap orang- orang Islam ditambah pula dengan sekatan ekonomi. Harga barang dinaikkan dengan berlipat ganda kepada orang Islam, mereka menganggap dengan cara ini akan dapat melumpuhkan pergerakan dakwah yang di bawa oleh Rasulullah saw.
Abu Lahab yang memainkan peranan penting dalam siri penentangan ini. Kata Abu Lahab kepada peniaga :
“Tinggikan harga barang kepada pengikut Muhammad saw sehingga mereka tidak dapat memiliki sesuatu apa pun, tentang barang- barang kamu itu aku penjaminnya, kamu tidak akan menanggung kerugian”.
39. 2. Usaha untuk memburuk-burukan peribadi pendakwah. Usaha seperti ini boleh mengancam perjalanan dakwah kerana kehilangan kepercayaan kepada pendakwah akan menyebabkan kerja dakwah yang disampaikan akan tergendala.
Fitnah seperti ini bukanlah perkara baru dalam medan dakwah,malah ianya sudah pun termaktub dalam Al-Quran , Firman Allah :
قال تعالى :"وقالوا يا أيها الذى نزّل عليه الذكر إنك لمجنون " سورة الحجر أية 6
40. Inilah sebahagian dari tuduhan yang dilemparkan kepada (junjungan besar Nabi Muhammad saw), tujuannya untuk menghapuskan kepercayaan masyarakat arab terhadap kerasulannya, walaupun sebelum diangkat menjadi rasul, baginda terkenal dengan sifat-sifat yang terpuji sehingga digelar sebagai ‘Al-Amin’.
Walid bin Mughirah ketika menghadiri satu ijtima’ bersama pembesar Quraish telah menyebut bahawa musim haji sudah pun hampir, perwakilan dari luar akan membanjiri kota Mekah, Walid mencadangkan supaya memilih satu gelaran untuk dikenakan kepada Rasulullah.
41. Berbagai cadangan telah dikemukakan di mana akhirnya Walid sendiri berpendapat gelaran yang paling hampir ialah ahli sihir dengan tuduhan Muhammad pemecah belah masyarakat, memisahkan diantara ayah dan anak, memisahkan diantara suami dan isteri dan sebagainya.
Gelaran ini kemudiannya di sebarkan kepada para perwakilan dengan harapan mereka memandang buruk kepada Rasulullah.
3. Permusuhan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Pertembungan Islam dengan ahli kitab bermula setelah Islam mula bertapak di Madinah, permusuhan mereka terhadap Islam tidak kurang juga hebatnya jika hendak dibandingkan dengan pembesar-pembesar Quraish.
42. Diantara cabaran yang datang dari Ahli Kitab ialah: a) Perang Saraf.
Mereka pura-pura menyertai Islam,disebelah pagi mereka beriman dan disebelah petangnya pula mereka kufur,begitulah saban hari dilakukan perkara yang sama,tujuannya untuk menimbulkan kekeliruan kepada orang mukmin,dengan harapan perbuatan itu nanti lama- kelamaan akan menjadi ikutan. Firman Allah:
قال تعالى :"وقالت طآئفة من أهل الكتابءامنوا بالذى أنزل على الذين ءامنوا وجه النار واكفروا ءاخره
لعلهم يرجعون . سورة ال عمران أية 72)
43. b) Mempersendakan kemenangan yang dicapai oleh Islam. Selepas Islam mencapai kemenangan dalam peperangan Badar,Rasulullah menyeru kepada orang Yahudi supaya beriman sebelum mereka ditimpa musibah sepertimana yang telah di terima oleh kaum Quraish, Jawab seorang Yahudi :
“Wahai Muhammad!Janganlah kamu menyiksa diri sebenarnya kamu telah mengalahkan sekumpulan Quraish yang tak tahu ilmu peperangan,kalau kita berperang- perangan akan terbuktilah siapa kami dan kamu tidak akan mampu menghadapi kekuatan kami”.
44. c) Memecah belahkan perpaduan muslimin.
Sejak kedatangan Islam,Aus dan Khazraj yang sebelum ini bermusuhan dapat disatukan.
Suasana persaudaraan ini menimbulkan kebencian di kalangan Yahudi, dengan itu percubaan untuk memutuskan persaudaraan ini telah dijalankan dengan begitu halus. Usaha jahat itu hampir- hampir berjaya.
45. 4. Golongan Munafiq.
Apabila terbentuknya daulah Islamiah di Madinah, umat Islam ketika itu sudah mempunyai kekuatan, penentang- penentang dakwah Islam (di Madinah) sudah tidak berani lagi untuk mengadakan penentangan secara terbuka. Bermula dari sinilah timbulnya golongan munafiq. Golongan ini amat merbahaya kerana mereka hidup di tengah masyarakat Islam dan penentangan diatur dengan begitu halus dan rapi yang berselindung di bawah lambang Islam.
Contohnya : Mereka membina masjid yang baru selepas terbinanya masjid yang diasaskan oleh Rasulullah. Kalau dilihat dari segi luarannya adalah kerana untuk membangunkan tempat ibadah, tetapi tujuan sebenarnya yang tersemat dalam hati mereka ialah untuk memecah belahkan masyarakat Islam di Madinah.
46. Niat buruk ini telah didedahkan oleh Allah kepada orang Islam. Firman Allah :
قال تعالى :"والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل
وليحافن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون لا تقم فيه أبدا ……". ( سورة التوبة أية 107 - 108)
Manakala dalam Surat Al-Ahzab.
“Dan Ingatlah ketika kami mengambil perjanjian dari nabi- nabi dan dari kamu sendiri, dari Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa Putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh.” ayat 7
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Al-Ahzab [33]: 21).
47. TAHAP 1:
▪DAKWAH RAHSIA ,ORGANISASI RAHSIA
TAHAP 2:
▪DAKWAH TERBUKA ORGANISASI RAHSIA
TAHAP 3:
▪DAKWAH TERBUKA ORGANISASI RAHSIA DAN MULA MENCARI BANTUAN LUAR
TAHAP 4:
▪DAKWAH TERBUKA, ORGANISASI TERBUKA TAPI TANPA MENGGUNAKAN SENJATA
48. TAHAP 5:
▪DAKWAH TERBUKA, ORGANISASI TERBUKA DIBENARKAN MENGGUNAKAN SENJATA
TAHAP 6:
▪DAKWAH TERBUKA, ORGANISASI TERBUKA DIBENARKAN MENGGUNAKAN SENJATA DAN MULA MELAKUKAN PERJANJIAN.
TAHAP 7:
▪DAKWAH TERBUKA, ORGANISASI TERBUKA DIBENARKAN MENGGUNAKAN SENJATA DAN MULA MENGUTUS SURAT KEPADA PIMPINAN DUNIA.
50. Syumul
Rabbaniy
Alamiy
Berterusan-
Mengutamakan yang usul sebelum yang furu’
wajib sebelum unat
mutafaq sebelum mukhtalaf
kesatuan bukan perpecahan.
51. a. al Iimaanul ‘amiqq
b. al Tanziimud Daqiq
c. al A’mal al Mutawaasil
a.Perkataan b.Tulisan c.Aktiviti dan amalan
52. A. Islamiah sebelum Jamaaiyyah
B. Usuliyyah sebelum Furu’iyyah
C. Tajmi’ sebelum tafriq
D. Maslahah ‘ammah sebelum maslahah khossoh