SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
1
Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu
(Mahfuzah, 2016). Fahmi (2011) pula mentakrifkan kognitif sebagai aktiviti-aktiviti mental seperti
berfikir, menaakul, membentuk konsep, menganalisis, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kognitif merujuk kepada kognisi, iaitu proses mental untuk
mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. Maka, kognitif dapat dirumuskan sebagai tahap
intelek dan pemikiran seseorang individu. Perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak
memang tidak dapat dipisahkan kerana saling berkait dalam mempengaruhi perkembangan diri
kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak dalam lingkungan skop murid berada pada tahap
perkembangan yang pesat dan memerlukan hubungan interaksi yang positif. Sehubungan dengan
itu, pengaruh interaksi memainkan peranan dominan terhadap perkembangan kognitif dan bahasa
murid.
Pengaruh yang pertama merupakan pengaruh interaksi antara murid dan guru. Interaksi
antara murid dan guru mampu mempertingkatkan tahap kognitif dan bahasa murid melalui cara
penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru (Santrock, 2001). Contoh aktiviti yang
boleh dilakukan oleh guru ialah aktiviti mencari daun di sekitar kawasan taman sekolah dalam mata
pelajaran Sains. Hasil daripada kutipan yang telah dikumpulkan, murid akan mendapati bahawa
terdapat pelbagai bentuk, saiz dan warna daun yang ditemui. Guru perlu memberi penerangan
kepada murid mengenai sebab daun-daun yang dikumpulkan adalah berbeza. Hal ini kerana
skema murid terhadap daun adalah berwarna hijau dan berbentuk bujur.
Berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget (1970), skema merujuk kepada struktur
kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh individu untuk mentafsir
persekitaran. Apabila guru mendedahkan pelbagai jenis daun kepada murid, skema murid akan
berubah di mana setiap daun tidak semestinya berwarna hijau dan berbentuk bujur, tetapi daun
juga boleh berwarna kuning, merah dan ungu serta mempunyai bentuk yang berbeza seperti bulat,
panjang dan bercabang. Pengetahuan baru ini membawa murid ke peringkat asimilasi di mana
murid akan menyesuaikan objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada (McLeod,
2018). Skema dan asimilasi murid terhadap daun akan menyebabkan proses pengubahsuaian
2
berlaku apabila skema sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan pengetahuan baru dan
proses ini dipanggil akomodasi. Contohnya, murid dapat membezakan antara daun pokok puding
yang berwarna kuning kemerahan, lembut dan lebar dengan daun pokok lidah jin yang berwarna
hijau dan kuning, keras dan panjang. Menurut Piaget yang dipetik daripada Cherry (2019),
keseimbangan akan tercapai di peringkat adaptasi di mana murid dapat menyeimbangkan
penyerapan dan pengubahsuaian yang berlaku. Keadaan ini berlaku apabila murid berjaya
menguasai pemahaman antara skema dengan pengetahuan baru. Natijahnya, guru perlu memberi
bimbingan kepada murid dalam meningkatkan kefahaman mereka sekali gus meningkatkan
perkembangan kognitif dan bahasa murid.
Seterusnya, pengaruh rakan-rakan juga mampu mempengaruhi perkembangan kognitif
dan bahasa murid. Dalam teori perkembangan kognitif dan bahasa Vygotsky, Vygotsky
menekankan konsep konstruktivisme di mana murid membina sendiri pengetahuan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada (Verenikina, 2003). Murid dapat meningkatkan tahap
kognitif menggunakan teori Zon Perkembangan Proksimal (ZPP) dan perancah (scaffolding). ZPP
mengandungi dua bahagian iaitu had atas dan had bawah. Had atas merupakan kemahiran yang
dicapai oleh murid dengan bantuan rakan atau orang dewasa yang lebih mahir. Had bawah pula
ialah kemahiran yang dicapai oleh diri sendiri tanpa bantuan luar. Guru perlu melakukan
pembelajaran koperatif melalui kerja berkumpulan mahu pun berpasangan. Misalnya, murid yang
tidak fasih berbahasa Inggeris hendaklah dipasangkan bersama murid yang fasih agar murid
tersebut dapat membantu murid yang lemah. Hal ini perlu dilakukan kerana murid yang lemah
hanya mencapai had bawah dalam ZPP tetapi boleh ke tahap had atas dengan bantuan rakan
yang mahir. Kesannya, murid akan mencapai kemahiran yang maksimum yang dicungkil melalui
bantuan orang lain dan mampu menguasai percakapan bahasa Inggeris (Steinberg, 1982).
3
Selain itu, rakan-rakan juga boleh menjadi penyokong murid yang lemah melalui konsep
scaffolding yang diperkenalkan oleh Vygotsky. Scaffolding bermaksud pengubahsuaian tahap
sokongan yang diberi melalui bimbingan orang yang lebih mahir. Dalam contoh yang sama, rakan
yang mahir perlu mengajar rakannya untuk menguasai tatabahasa dan sebutan bahasa Inggeris
dengan betul sehingga dikuasainya (Santrock, 2019). Rakan tersebut perlu memberikan bantuan
apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah murid lemah menunjukkan kelancaran dalam
berbahasa Inggeris. Justeru, scaffolding membenarkan murid menyelesaikan tugasan secara
bersendirian apabila guru yakin muridnya sudah mahir. Vygotsky juga menyatakan bahawa
komunikasi dengan diri sendiri (monolog) iaitu internalization juga mampu mendorong
perkembangan murid melalui pengawalan tingkah laku sendiri. Monolog dapat membantu murid
untuk berfikir dan bercakap dengan diri sendiri sebelum bertindak. Buktinya, murid pasti berfikir
sejenak apabila rakan menanyakan pendapatnya terhadap bajunya misalannya sebelum bersuara.
Hal ini secara tidak langsung menggalakkan murid untuk menyusun perkataan-perkataan yang
ingin dituturkan terlebih dahulu. Justeru, murid dapat meningkatkan tahap penguasaan bahasa
mereka dengan lebih baik.
Di samping itu, perkembangan kognitif dan bahasa murid turut dipengaruhi oleh
persekitaran sekeliling (Mahfuzah, 2016). Merujuk kepada teori perkembangan bahasa Chomsky,
Chomsky (1993) menyatakan bahawa setiap individu telah diprogramkan untuk belajar bahasa
secara genetik dan kanak-kanak dilahirkan bersama alat penguasaan bahasa atau pun Language
Acquisition Device (LAD). LAD membolehkan kanak-kanak untuk mengesan ciri dan peraturan
dalam penggunaan bahasa. Di sekolah, persekitaran pembelajaran seperti kelas, perpustakaan
dan makmal komputer hendaklah bersifat positif dan ceria supaya dapat menggalakkan
perkembangan bahasa murid. Maklumat-maklumat yang ditampal pada papan kenyataan kelas
yang menarik contohnya akan menarik minat murid untuk membacanya.
4
Apabila murid membacanya, mereka pasti akan menerima input baru seperti peribahasa,
pantun dan sajak sekali gus meningkatkan jumlah perkataan yang baru dipelajari (Chomsky,1986).
Ini mewujudkan desakan semula jadi kanak-kanak (innate) untuk mengenal pasti dan merumus
maksud di sebalik bahasa tersebut untuk mendapat pemahaman yang betul dan perkara ini
ditegaskan dalam teori Nativis (Innatism) oleh Chomsky. Teori ini menjelaskan manusia
mempunyai kapasiti kognitif yang spesifik dalam berbahasa secara semulajadi dan perkembangan
bahasa adalah berdasarkan sistem biologikal dan kronologikal manusia. Oleh itu, sekiranya murid
tidak mengetahui sesuatu perkataan, guru perlu membantu dan membimbing mereka untuk
memahami perkataan tersebut. Ini menggalakkan murid untuk mengaplikasikan lebih banyak
perkataan baru dalam pembelajaran (Harley, 1998). Hal ini membolehkan murid untuk mengolah
dan menterjemah idea dalam bentuk tulisan di samping membantu mereka untuk membuat dan
menyemak karangan.
Selanjutnya, pengaruh bahan yang digunakan dalam PdP juga dapat meningkatkan
perkembangan kognitif dan bahasa murid. Bahan yang boleh dijadikan contoh di sini ialah tanah
liat mainan atau pun modelling clay dalam pembelajaran asas matematik. Guru akan membuat
pelbagai jenis bentuk seperti bola, silinder dan kubus dengan menggunakan satu modelling clay.
Kemudian, guru akan membentuknya ke bentuk asal semula dan murid akan menyatakan bahawa
kuantiti modelling clay yang digunakan adalah sama dan tidak berubah. Di sini, murid dilihat sudah
menguasai konsep pengekalan, iaitu melalui prinsip identiti, ganti rugi (compensation) dan
keterbalikan dalam tahap operasi konkrit teori perkembangan kognitif Piaget. Menurut Piaget
(1977), tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 11 tahun dan mereka mula
berfikir secara logik tetapi hanya dalam keadaan konkrit.
Berdasarkan kepada contoh modelling clay, murid dapat menguasai prinsip identiti kerana
tahu kuantiti modelling clay yang digunakan oleh guru adalah samakerana tiada penambahan atau
pengurangan kuantiti walau pun berubah bentuk. Dalam prinsip keterbalikan pula kanak-kanak
dapat mengulang proses yang berlaku kepada keadaan asal semula (Ojose,2008). Buktinya, jika
guru membentuk satu modelling clay tersebut secara memanjang dan satu lagi secara memendek,
5
murid pasti dapat mengetahui bahawa kuantiti kedua-dua modelling clay masihsama.Mereka juga
mampu menguasai prinsip ganti rugi di mana sesuatu perubahan pada satu segi akan ditukar atau
diganti oleh perubahan dalam satuaspek yang lain (Piaget, 1977). Hal ini dapat ditunjukkan apabila
guru mengalih keluar sebahagian isi modelling clay berwarna kuning dan menambahnya ke
modelling clay berwarna biru. Murid akan menyatakan bahawa kuantiti modelling clay berwarna
kuning berkurangan manakala kuantiti modelling clay berwarna biru mengalami pertambahan.
Tuntasnya, murid mampumenguasai konsep pengekalan melalui interaksi antara murid dan bahan
PdP.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai pengaruh interaksi yang boleh mempengaruhi
perkembangan kognitif dan bahasa murid. Pengaruh-pengaruh interaksi seperti guru, rakan-rakan,
persekitaran dan bahan PdP dapat dijelaskan menggunakan beberapa teori perkembangan
kognitif dan bahasa yang diasaskan oleh Piaget, Vygotsky dan Chomsky. Sesungguhnya, jasa
mereka amatlah banyak dan teori-teori yang telah dikemukakan membantu guru untuk mengkaji
kesan pengaruh terhadap perkembangan murid-murid. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat
hendaklah bekerjasama dalam memainkan peranan membentuk murid yang cemerlang. Murid-
murid perlu didedahkan kepada pelbagai pengetahuan baharu dalam usaha menambah
pengalaman untuk meningkatkan tahap kognitif dan bahasa mereka (Roth, 1992). Maka, murid
yang seimbang sudah pasti dapat dilahirkan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
(1332 patah perkataan)

More Related Content

What's hot

Macam macam pendekatan
Macam macam pendekatanMacam macam pendekatan
Macam macam pendekatan
dgielz31
 
Teori Belajar Kognitivisme 2
Teori Belajar Kognitivisme 2Teori Belajar Kognitivisme 2
Teori Belajar Kognitivisme 2
Charis Muhammad
 
1.10 bab2 (1)
1.10 bab2 (1)1.10 bab2 (1)
1.10 bab2 (1)
AIC
 
Tes Slide Share
Tes Slide ShareTes Slide Share
Tes Slide Share
putra177
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Bun Faris
 

What's hot (20)

Tipe kegiatan belajar
Tipe kegiatan belajarTipe kegiatan belajar
Tipe kegiatan belajar
 
teori beljara dan pembelajaran
teori beljara dan pembelajaranteori beljara dan pembelajaran
teori beljara dan pembelajaran
 
Presentasi tesis
Presentasi tesisPresentasi tesis
Presentasi tesis
 
JAWABAN MODUL 1.docx
JAWABAN MODUL 1.docxJAWABAN MODUL 1.docx
JAWABAN MODUL 1.docx
 
Macam macam pendekatan
Macam macam pendekatanMacam macam pendekatan
Macam macam pendekatan
 
Teori Belajar Kognitivisme 2
Teori Belajar Kognitivisme 2Teori Belajar Kognitivisme 2
Teori Belajar Kognitivisme 2
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
 
teori belajar vygotsky
teori belajar vygotskyteori belajar vygotsky
teori belajar vygotsky
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Kognitif
KognitifKognitif
Kognitif
 
Banding beza pemikiran vygotsky dan piaget mengenai cara kanak kanak berfikir
Banding beza pemikiran vygotsky dan piaget mengenai cara kanak kanak berfikirBanding beza pemikiran vygotsky dan piaget mengenai cara kanak kanak berfikir
Banding beza pemikiran vygotsky dan piaget mengenai cara kanak kanak berfikir
 
07. teori belajar kognitif
07. teori belajar kognitif07. teori belajar kognitif
07. teori belajar kognitif
 
1.10 bab2 (1)
1.10 bab2 (1)1.10 bab2 (1)
1.10 bab2 (1)
 
Tes Slide Share
Tes Slide ShareTes Slide Share
Tes Slide Share
 
Teori Vygotsky
Teori VygotskyTeori Vygotsky
Teori Vygotsky
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Gagne
GagneGagne
Gagne
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
 
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajarTeori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
 
Teori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis KognitifTeori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
 

Similar to PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID

53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
Nurilza Salleh
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaran
ahmadfwzzy
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Ari Sanjaya
 
Teori pemerolehan bahasa 2
Teori pemerolehan bahasa 2Teori pemerolehan bahasa 2
Teori pemerolehan bahasa 2
Madzlina Muhamad
 

Similar to PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID (20)

Bab ii tps
Bab ii tpsBab ii tps
Bab ii tps
 
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3
 
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
 
Teori bahasa
Teori bahasaTeori bahasa
Teori bahasa
 
Assignment (1)
Assignment (1)Assignment (1)
Assignment (1)
 
Strategi kognitif kel3 pak rohmat
Strategi kognitif kel3 pak rohmatStrategi kognitif kel3 pak rohmat
Strategi kognitif kel3 pak rohmat
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
uas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfuas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdf
 
5 fasa needham
5 fasa needham5 fasa needham
5 fasa needham
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaran
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
uas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxuas the strategi1.docx
uas the strategi1.docx
 
uas the strategi.docx
uas the strategi.docxuas the strategi.docx
uas the strategi.docx
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
Laporan sujarwo
Laporan sujarwoLaporan sujarwo
Laporan sujarwo
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual
 
Teori pemerolehan bahasa 2
Teori pemerolehan bahasa 2Teori pemerolehan bahasa 2
Teori pemerolehan bahasa 2
 
Karil waode rosmia
Karil waode rosmiaKaril waode rosmia
Karil waode rosmia
 

More from Muhammad Fateh (7)

KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
 
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
 
DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 

PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID

  • 1. 1 Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu (Mahfuzah, 2016). Fahmi (2011) pula mentakrifkan kognitif sebagai aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, membentuk konsep, menganalisis, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kognitif merujuk kepada kognisi, iaitu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. Maka, kognitif dapat dirumuskan sebagai tahap intelek dan pemikiran seseorang individu. Perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan kerana saling berkait dalam mempengaruhi perkembangan diri kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak dalam lingkungan skop murid berada pada tahap perkembangan yang pesat dan memerlukan hubungan interaksi yang positif. Sehubungan dengan itu, pengaruh interaksi memainkan peranan dominan terhadap perkembangan kognitif dan bahasa murid. Pengaruh yang pertama merupakan pengaruh interaksi antara murid dan guru. Interaksi antara murid dan guru mampu mempertingkatkan tahap kognitif dan bahasa murid melalui cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru (Santrock, 2001). Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru ialah aktiviti mencari daun di sekitar kawasan taman sekolah dalam mata pelajaran Sains. Hasil daripada kutipan yang telah dikumpulkan, murid akan mendapati bahawa terdapat pelbagai bentuk, saiz dan warna daun yang ditemui. Guru perlu memberi penerangan kepada murid mengenai sebab daun-daun yang dikumpulkan adalah berbeza. Hal ini kerana skema murid terhadap daun adalah berwarna hijau dan berbentuk bujur. Berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget (1970), skema merujuk kepada struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh individu untuk mentafsir persekitaran. Apabila guru mendedahkan pelbagai jenis daun kepada murid, skema murid akan berubah di mana setiap daun tidak semestinya berwarna hijau dan berbentuk bujur, tetapi daun juga boleh berwarna kuning, merah dan ungu serta mempunyai bentuk yang berbeza seperti bulat, panjang dan bercabang. Pengetahuan baru ini membawa murid ke peringkat asimilasi di mana murid akan menyesuaikan objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada (McLeod, 2018). Skema dan asimilasi murid terhadap daun akan menyebabkan proses pengubahsuaian
  • 2. 2 berlaku apabila skema sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan pengetahuan baru dan proses ini dipanggil akomodasi. Contohnya, murid dapat membezakan antara daun pokok puding yang berwarna kuning kemerahan, lembut dan lebar dengan daun pokok lidah jin yang berwarna hijau dan kuning, keras dan panjang. Menurut Piaget yang dipetik daripada Cherry (2019), keseimbangan akan tercapai di peringkat adaptasi di mana murid dapat menyeimbangkan penyerapan dan pengubahsuaian yang berlaku. Keadaan ini berlaku apabila murid berjaya menguasai pemahaman antara skema dengan pengetahuan baru. Natijahnya, guru perlu memberi bimbingan kepada murid dalam meningkatkan kefahaman mereka sekali gus meningkatkan perkembangan kognitif dan bahasa murid. Seterusnya, pengaruh rakan-rakan juga mampu mempengaruhi perkembangan kognitif dan bahasa murid. Dalam teori perkembangan kognitif dan bahasa Vygotsky, Vygotsky menekankan konsep konstruktivisme di mana murid membina sendiri pengetahuan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada (Verenikina, 2003). Murid dapat meningkatkan tahap kognitif menggunakan teori Zon Perkembangan Proksimal (ZPP) dan perancah (scaffolding). ZPP mengandungi dua bahagian iaitu had atas dan had bawah. Had atas merupakan kemahiran yang dicapai oleh murid dengan bantuan rakan atau orang dewasa yang lebih mahir. Had bawah pula ialah kemahiran yang dicapai oleh diri sendiri tanpa bantuan luar. Guru perlu melakukan pembelajaran koperatif melalui kerja berkumpulan mahu pun berpasangan. Misalnya, murid yang tidak fasih berbahasa Inggeris hendaklah dipasangkan bersama murid yang fasih agar murid tersebut dapat membantu murid yang lemah. Hal ini perlu dilakukan kerana murid yang lemah hanya mencapai had bawah dalam ZPP tetapi boleh ke tahap had atas dengan bantuan rakan yang mahir. Kesannya, murid akan mencapai kemahiran yang maksimum yang dicungkil melalui bantuan orang lain dan mampu menguasai percakapan bahasa Inggeris (Steinberg, 1982).
  • 3. 3 Selain itu, rakan-rakan juga boleh menjadi penyokong murid yang lemah melalui konsep scaffolding yang diperkenalkan oleh Vygotsky. Scaffolding bermaksud pengubahsuaian tahap sokongan yang diberi melalui bimbingan orang yang lebih mahir. Dalam contoh yang sama, rakan yang mahir perlu mengajar rakannya untuk menguasai tatabahasa dan sebutan bahasa Inggeris dengan betul sehingga dikuasainya (Santrock, 2019). Rakan tersebut perlu memberikan bantuan apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah murid lemah menunjukkan kelancaran dalam berbahasa Inggeris. Justeru, scaffolding membenarkan murid menyelesaikan tugasan secara bersendirian apabila guru yakin muridnya sudah mahir. Vygotsky juga menyatakan bahawa komunikasi dengan diri sendiri (monolog) iaitu internalization juga mampu mendorong perkembangan murid melalui pengawalan tingkah laku sendiri. Monolog dapat membantu murid untuk berfikir dan bercakap dengan diri sendiri sebelum bertindak. Buktinya, murid pasti berfikir sejenak apabila rakan menanyakan pendapatnya terhadap bajunya misalannya sebelum bersuara. Hal ini secara tidak langsung menggalakkan murid untuk menyusun perkataan-perkataan yang ingin dituturkan terlebih dahulu. Justeru, murid dapat meningkatkan tahap penguasaan bahasa mereka dengan lebih baik. Di samping itu, perkembangan kognitif dan bahasa murid turut dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling (Mahfuzah, 2016). Merujuk kepada teori perkembangan bahasa Chomsky, Chomsky (1993) menyatakan bahawa setiap individu telah diprogramkan untuk belajar bahasa secara genetik dan kanak-kanak dilahirkan bersama alat penguasaan bahasa atau pun Language Acquisition Device (LAD). LAD membolehkan kanak-kanak untuk mengesan ciri dan peraturan dalam penggunaan bahasa. Di sekolah, persekitaran pembelajaran seperti kelas, perpustakaan dan makmal komputer hendaklah bersifat positif dan ceria supaya dapat menggalakkan perkembangan bahasa murid. Maklumat-maklumat yang ditampal pada papan kenyataan kelas yang menarik contohnya akan menarik minat murid untuk membacanya.
  • 4. 4 Apabila murid membacanya, mereka pasti akan menerima input baru seperti peribahasa, pantun dan sajak sekali gus meningkatkan jumlah perkataan yang baru dipelajari (Chomsky,1986). Ini mewujudkan desakan semula jadi kanak-kanak (innate) untuk mengenal pasti dan merumus maksud di sebalik bahasa tersebut untuk mendapat pemahaman yang betul dan perkara ini ditegaskan dalam teori Nativis (Innatism) oleh Chomsky. Teori ini menjelaskan manusia mempunyai kapasiti kognitif yang spesifik dalam berbahasa secara semulajadi dan perkembangan bahasa adalah berdasarkan sistem biologikal dan kronologikal manusia. Oleh itu, sekiranya murid tidak mengetahui sesuatu perkataan, guru perlu membantu dan membimbing mereka untuk memahami perkataan tersebut. Ini menggalakkan murid untuk mengaplikasikan lebih banyak perkataan baru dalam pembelajaran (Harley, 1998). Hal ini membolehkan murid untuk mengolah dan menterjemah idea dalam bentuk tulisan di samping membantu mereka untuk membuat dan menyemak karangan. Selanjutnya, pengaruh bahan yang digunakan dalam PdP juga dapat meningkatkan perkembangan kognitif dan bahasa murid. Bahan yang boleh dijadikan contoh di sini ialah tanah liat mainan atau pun modelling clay dalam pembelajaran asas matematik. Guru akan membuat pelbagai jenis bentuk seperti bola, silinder dan kubus dengan menggunakan satu modelling clay. Kemudian, guru akan membentuknya ke bentuk asal semula dan murid akan menyatakan bahawa kuantiti modelling clay yang digunakan adalah sama dan tidak berubah. Di sini, murid dilihat sudah menguasai konsep pengekalan, iaitu melalui prinsip identiti, ganti rugi (compensation) dan keterbalikan dalam tahap operasi konkrit teori perkembangan kognitif Piaget. Menurut Piaget (1977), tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 11 tahun dan mereka mula berfikir secara logik tetapi hanya dalam keadaan konkrit. Berdasarkan kepada contoh modelling clay, murid dapat menguasai prinsip identiti kerana tahu kuantiti modelling clay yang digunakan oleh guru adalah samakerana tiada penambahan atau pengurangan kuantiti walau pun berubah bentuk. Dalam prinsip keterbalikan pula kanak-kanak dapat mengulang proses yang berlaku kepada keadaan asal semula (Ojose,2008). Buktinya, jika guru membentuk satu modelling clay tersebut secara memanjang dan satu lagi secara memendek,
  • 5. 5 murid pasti dapat mengetahui bahawa kuantiti kedua-dua modelling clay masihsama.Mereka juga mampu menguasai prinsip ganti rugi di mana sesuatu perubahan pada satu segi akan ditukar atau diganti oleh perubahan dalam satuaspek yang lain (Piaget, 1977). Hal ini dapat ditunjukkan apabila guru mengalih keluar sebahagian isi modelling clay berwarna kuning dan menambahnya ke modelling clay berwarna biru. Murid akan menyatakan bahawa kuantiti modelling clay berwarna kuning berkurangan manakala kuantiti modelling clay berwarna biru mengalami pertambahan. Tuntasnya, murid mampumenguasai konsep pengekalan melalui interaksi antara murid dan bahan PdP. Kesimpulannya, terdapat pelbagai pengaruh interaksi yang boleh mempengaruhi perkembangan kognitif dan bahasa murid. Pengaruh-pengaruh interaksi seperti guru, rakan-rakan, persekitaran dan bahan PdP dapat dijelaskan menggunakan beberapa teori perkembangan kognitif dan bahasa yang diasaskan oleh Piaget, Vygotsky dan Chomsky. Sesungguhnya, jasa mereka amatlah banyak dan teori-teori yang telah dikemukakan membantu guru untuk mengkaji kesan pengaruh terhadap perkembangan murid-murid. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat hendaklah bekerjasama dalam memainkan peranan membentuk murid yang cemerlang. Murid- murid perlu didedahkan kepada pelbagai pengetahuan baharu dalam usaha menambah pengalaman untuk meningkatkan tahap kognitif dan bahasa mereka (Roth, 1992). Maka, murid yang seimbang sudah pasti dapat dilahirkan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (1332 patah perkataan)