SlideShare a Scribd company logo
1 of 105
“Cendawan yang berkualiti tidak terletak pada warna dan
bentuknya, tetapi pada rasanya……Manusia yang baik tidak
terletak pada pangkatnya, cantik atau buruknya
seseorang…….tetapi terletak pada sekeping daging yang
tertanam di dalam dada, iaitu hati…..”
Pengeluaran
 Cendawan
Pengenalan Kepada Indusri Cendawan
• Cendawan
  – sejenis organisma hidup yang telah divariasikan dalam
    industri asas tani sebagai bahan makanan dan perubatan
    seperti produk kesihatan, produk penjagaan diri dan
    makanan ringan.
• Cendawan
  – boleh dikaitkan dalam industri bioteknologi kerana
    teknologi yang berkaitan dengan cendawan telah
    diusahakan untuk mendapatkan produk yang lebih
    bernilai, berkualiti atau mendatangkan kebaikan kepada
    pengguna.
Pengenalan Kepada Indusri Cendawan
• Cendawan
  – diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia.
  – Kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia
    sebagai makanan serta untuk perubatan.
  – Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan
    kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam
    darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa
    penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen
    mempertahankan badan dari serangan kanser.
• Cendawan
  – boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai
    sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan
    cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk
    kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana
    cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.
Pengenalan Kepada Indusri Cendawan
• Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang
  boleh dimakan.
   – mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian
     seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk
     kesihatan badan.
   – mempunyai rasa yang sedap.
   – Selain tumbuh semulajadi ,ada beberapa jenis cendawan
     yang boleh ditanam dan dibiakan.
   – hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa
     tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan
     menyerap zat-zat makanan daripadanya.
   – Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia
     mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang
     berbentuk seperti payung
Penanaman Cendawan Mempunyai
Potensi Yang Baik Kerana:
• Cendawan segar masih tidak mencukupi untuk
  menampung keperluan tempatan
• Pengeluaran cendawan perlu dipertingkatkan untuk
  mengurangkan pengimportan makanan negara
• Peranan cendawan sebagai tanaman jangka pendek
  bukan sahaja dapat mengurangkan kadar import
  negara tetapi juga dapat memberikan pendapatan
  yang lumayan kepada petani / syarikat / usahawan
  terlibat.
Pengeluaran Cendawan
Pengenalan
• Cendawan adalah sejenis kulat yang boleh
  dibahagikan kepada jenis beracun (tidak boleh
  dimakan) dan jenis yang tidak beracun (boleh
  dimakan).
• Cendawan segar boleh dijadikan bahan makanan
  yang sedap rasanya dan berkhasiat.
• Cendawan mengandungi kalium, kalsium dan
  fosforus yang tinggi.
• Cendawan segar boleh tumbuh secara liar dan juga
  boleh ditanam menggunakan medium penanaman
  seperti habuk kayu, dedak dan kapas.
Pengeluaran Cendawan (samb…)
• Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan yang
  dijalankan oleh para petani di Malaysia.
• Beberapa faktor utama telah mendorong ramai pengusaha
  menceburi bidang tersebut ialah :-
  a) Keuntungan yang tinggi dalam jangkamasa yang    pendek.
  b) Kos pengeluaran rendah - menggunakan bahan
  sampingan pertanian.
  c) Potensi pemasaran yang baik.
  d) Kandungan nutrien pemakanan yang tinggi.
Khasiat pemakanan cendawan tiram kelabu
          adalah seperti berikut:
  Pecahan zat makanan      Kandungan
         Tenaga              37 Kcal
           Air                89.2 g
         Protin               3.6 g
         Lemak                0.7 g
       Karbohidrat            4.1 g
          Serat               1.8g
        Kalsium               2mg
        Fosforus              88 g
        Zat besi              1 mg
        Natrium               6 mg
         Kalium              195 mg
       Vitamin B1            0.03 mg
       Vitamin B2            0.45 mg
         Niasin              1.9 mg
        Vitamin C            9.4 mg
Jenis-jenis Cendawan
• Terdapat kira-kira 2,000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi
  hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan.
• Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam iaitu :-
  a) Cendawan Tiram Kelabu           - Pleurotus sajor-caju
  b) Cendawan Tiram Putih            - Pleurotus florida
  c) Cendawan Abalon                 - Pleurotus cystidiosus
  d) Cendawan Shitake                - Lentinus edodes
  e) Cendawan Telinga Kera           - Auricularia polytricha
  f) Cendawan Jerami Padi
  g) Cendawan Butang
Jenis-jenis Cendawan
a)   Cendawan Tiram Kelabu   - Pleurotus sajor-caju
Jenis-jenis Cendawan
b)   Cendawan Tiram Putih   - Pleurotus florida
Jenis-jenis Cendawan
c)   Cendawan Abalon     - Pleurotus cystidiosus
Jenis-jenis Cendawan
d)   Cendawan Shitake    - Lentinus edodes
Jenis-jenis Cendawan
e)   Cendawan Telinga Kera   - Auricularia polytricha
Jenis-jenis Cendawan

f)   Cendawan Jerami Padi
Jenis-jenis Cendawan
g) Cendawan Butang - Agarcius brasillensis
Jenis-jenis Cendawan yang lain:




  Schizophyllum commune (Cendawan kukur)
Jenis-jenis Cendawan yang lain:




     Flammulina velutipes (Jarum emas)
Jenis-jenis Cendawan yang lain:




       Ganoderma sp. (Ling zhi)
Jenis-jenis Cendawan yang lain:




 Hericum erinaceum (Cendawan bunga kubis)
Penanaman Cendawan
• Boleh ditanam pada sisa pertanian yang
  mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin.
• Di antara bahan-bahan yang boleh digunakan
  untuk menanam cendawan ialah habuk kayu
  getah, sisa kapas, kayu berangan, kayu oak
  dan akasia.
Rumah Cendawan
• Rumah cendawan memerlukan tiga ruang.
  a. Ruang Penyediaan.
   – Tempat untuk menggaul medium, mengisi beg cendawan dan mengukus.
  b. Bilik Suntik
   – Tempat untuk menyuntik benih cendawan ke dalam beg. Bilik ini mestilah
     sentiasa bersih.
  c. Ruang Rak Beg Cendawan
   – Ruang ini untuk meletakkan rak-rak beg cendawan yang diperam dan juga
     cendawan yang mengeluarkan hasil.
   – Ruang yang seluas 4.5 m x 4.5 m boleh memuatkan 2,000 beg.
   – Saiz rak cendawan adalah lebih kurang 20 cm hingga 30 cm lebar dan
     panjangnya mengikut keluasan rumah cendawan.
   – Tingginya 1.8 m dan jarak antara tingkat rak sebaik-baiknya 50 cm.
   – Jarak antara rak ialah 1.0 m hingga 1.5 m supaya mudah menjalankan
     kerja-kerja penj'agaan dan memungut hasil.
Benih Cendawan
• Benih cendawan boleh didapati dari Jabatan
  Pertanian atau pihak swasta yang
  menjalankan pengusahaan penanaman
  cendawan.
• Benih cendawan yang baik berwarna putih
  bersih seperti kapas dan pertumbuhannya
  penuh sehingga bawah botol benih.
• Jangan gunakan benih cendawan yang
  berwarna perang, kehijauan, kekuningan,
  kehitaman dan berbau masam.
Wajah Benih Dari Thailand
Wajah Benih Dari Thailand
Proses Penanaman Cendawan
Penyediaan beg cendawan
    Bahan/Peralatan:
    a.    Habuk Kayu Getah
    b.    Dedak Halus
    c.    Kapur Pertanian
    d.    Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
    e.    Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
    f.    Surat Khabar Lama + Getah Pengikat
Proses Penanaman Cendawan
Cara Penyediaan Beg Cendawan :
 a. Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur
 pertanian pada kadar 100:10:1
 b. Campurkan air sehingga campuran habuk kayu
 lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
 c. Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg
 plastik dan hentak sehingga padat.
 d. Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat
 kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan
 diikat dengan getah.
Peralatan penyediaan beg cendawan




       Bahan asas yang digunakan untuk menanam cendawan
ialah habuk kayu, dedak padi, kapur pertanian serta benih cendawan.
Media Campuran
Teknik Penanaman Cendawan Tiram

Penyediaan Bahan:
  – Bahan-bahan campuran untuk menanam 200 bag
    cendawan tiram adalah seperti berikut :-
     • Habuk Kayu Getah          -     100kg
     • DedakPadj                 -      10kg
     • Kapur Pertanian (GML, CaCO3)     -    1kg
     • Urea                          -     100 g
     • Air                     -    75% kelembapan
****
       Nota Ingatan
• Jangan gunakan habuk kayu getah yang baru dipotong, cari
  yang warnanya dah kelabu.
• Pastikan juga, jangan gunakan habuk kayu yang dirawat
  kerana dikhuatiri terdapat kandungan bahan kimia
  didalamnya.
• Kelembapan campuran ialah antara 60-65%.
• Plastik beg PP bersaiz 0.6'.
• Kukus selama 7 jam.
• Tempoh sejukkan media adalah selama 2 hari 1 malam.
  Jangan ada suam pun di media tersebut.
• Selepas disuntik, peram ia selama 2 - 3 bulan.
• Setelah misilium memenuhi beg, hasil akan keluar selepas tiga
  atau empat hari kemudian.
Teknik Penanaman Cendawan Tiram
             (Habuk Kayu Getah)
Penyediaan Bahan (Samb…)
   – Nisbah campuran yang digunakan ialah :-
       • Habuk Kayu Getah        =     100
       • Dedak Padi                     =       10
       • Kapur Pertanian                =     0.1-1
       • Urea                           =    0.01-0.1
• Bahan-bahan tersebut dicampur secara kering kecuali Urea
  dibancuh dengan air.
• Selepas campuran sebati, campurkan Urea.
• Pastikan kelembapan campuran adalah 75%.
Mengaulkan Campuran Media
Mencampurkan Air
Masukkan ke dalam beg
Kapur antara campuran untuk
 menghasilkan beg medium
Penyediaan beg medium
Teknik Penanaman Cendawan Tiram

Pembungkusan
  – Bahan-bahan tersebut diisi ke dalam beg plastik
    polypropylene ('pp').
  – Saiz beg yang biasa digunakan ialah 30sm x 10 x 10
    sm.
  – Isi beg dipadatkan.
  – Selepas dipadatkan penapis pengudaraan dipasang
    dengan menggunakan gelang PVC dan kapas.
Memasang penutup
Pengukusan Beg Cendawan
Bahan/Peralatan:
   – Drum,Set Dapur Gas
Cara:
   – Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai
     jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
   – Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit
     daripada pelapik tadi.
   – Susun menegak beg-beg cendawan yang telah
     siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
Pengukusan Beg Cendawan (Samb...)
• Pengukusan terhadap beg-beg ‘pp' yang mempunyai
  bahan-bahan campuran dijalankan selama 4 - 6 jam
  (pada suhu 95°C - 6 jam atau 100°C - 4 jam).
• Selepas pengukusan dijalankan dengan sempurna,
  proses penyejukan dijalankan.
Peralatan Mengukus
Memasukkan pelapik ke dalam tong
Isikan Air
Menyusun Beg
Kukus 5 – 6 jam
Sejukkan
Penyuntikan Benih Cendawan
a)   Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan
  di dalam bilik suntik yang      sentiasa
  berkeadaan bersih. Bilik suntik hendaklah
  selalu di mop dengan detol      atau 10%
  klorok.
b) Pilih benih cendawan yang baik iaitu
  benih yang berwarna putih bersih.
c) Hancurkan benih cendawan dengan
  pencungkil yang telah dilayurkan      dengan
  api dari pelita spirit.
Penyuntikan Benih Cendawan
• Beg 'pp' yang telah sejuk boleh disuntik dengan benih atau
   beg ‘pp’ `direhatkan' selama dua hari sebelum menjalankan
   kerja penyuntikan benih.
• Sebelum suntikan dijalankan beberapa langkah awal mesti
   dilakukan untuk menjamin kejayaan.
a) Langkah-langkah awal yang perlu dijalankan ialah :-
        i)     Kebersihan diri dan pakaian.
        ii)    Kebersihan bilik suntikan.
                - pastikan tiada habuk atau kotoran
                - sembur bilik dengan larutan basmikuman.
           Contoh : Dettol, Lysol, Jeypine dan
   sebagainya.
Menyuntik Benih (Samb….)

Sediakan peralatan suntikan :
  i) Spirit
  ii) Lampu/pelita spirit
  iii) Spatula/dawai penyuntik
  iv) Pemetik api
  v) Pelindung pernafasan (Dust-mask)
Menyuntik Benih (Samb….)
Menyuntik Benih ("Spawn")
  i) Cuci tangan dengan larutan basmikuman atau           sapukan
  spirit pada tapak tangan hingga ke     pergelangan tangan.
  Pakai “dust-mask”.
  ii) Bakar dawai penyuntik.
      - Celupkan dawai penyuntik ke dalam larutan spirit.

        Nyalakan.
   iii) Panaskan mulut botol benih.
   iv) Gaulkan benih dalam botol dengan dawai penyuntik.
    v) Suntikan 5 – 8gm benih cendawan bagi setiap beg
        ‘pp’.
   vi) Susun bag-bag 'pp' ke Bilik Pemeraman untuk proses
   “Spawn Running”.
Peralatan Penyuntikan Benih
Membasmi Kuman
Menghancurkan Benih
Penyuntikan benih dilakukan di bilik yang
         terhindar dari kuman.
Memasukkan Benih Dalam Botol
Membuat Catatan
Biarkan 30 - 40 hari
Pemeraman – “Spawn Running”
• Proses ini dijalankan dalam sebuah bilik pemeraman.
• ‘Miselium’ dibiarkan tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan
  medium di dalam beg 'pp'.
• Kebiasaanya ia mengambil masa di antara 40 - 50 hari.
• Apabila miselium telah memenuhi keseluruhan medium,
  pindahkan beg-beg 'pp' yang telah rosak dan dicemari oleh bahan
  asing.
• Sebaik-baiknya tanam medium yang telah rosak.
• Beg cendawan yang sudah diisi benih akan disusun di atas rak
  yang disediakan di rumah cendawan dan rumah itu mestilah
  berbumbungkan atap nipah atau rumbia serta di bahagian
  dindingnya pula dipasang jaring hitam.
• Beg cendawan itu akan diperam kira-kira tiga bulan dan dalam
  tempoh itu, seseorang pengusaha perlu menyiram air tiga kali
  sehari pada lantai serta pada badan blok cendawan.
Pemeraman – “Spawn Running”
• Cendawan memerlukan cahaya yang lemah dan
  sekata, pertumbuhannya akan terbantut jika terkena
  sinaran matahari berlebihan dan bagi cendawan
  yang terkena penyakit perlu diasingkan supaya tidak
  merebak ke beg – beg cendawan lain.
• Selepas kira-kira tiga bulan miselium akan terbentuk
  di dalam beg-beg cendawan dan mengembang
  memenuhi beg-beg itu.
• Penutup beg akan dibuka dan cendawan akan mulai
  tumbuh kira-kira lima hari selepas penutup dibuka.
Maisilium Kelihatan Tumbuh
Menyusun Beg
Beg –beg ‘pp’ yang telah disusun di
          rak pemeraman
Tarikh pemeraman dicatat.
Pemeraman dilakukan di dalam keadaan
yang agak gelap dengan peredaran udara
           yang sempurna.
Penghasilan
•   Setelah maisilium memenuhi ke seluruh beg cendawan,
    susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
•   Putik cendawan akan kelihatan selepas 5 - 7 hari penapis
    pengudaraan dibuka.
•   Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi
    dan petang untuk meninggikan kelembapan dan
    merendahkan suhu.
•   Selepas pembesaran selama 4 - 5 hari cendawan boleh
    dipetik.
•   Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi
    kelilingnya menjadi berombak-ombak.
Cendawan yang mula tumbuh
Cendawan yang sesuai dipetik.
Penghasilan (Samb…)
• Selepas cendawan dipetik miselium direhatkan selama 7 - 10
  hari dengan menutup semula permukaan medium.
• 4 – 5 hari selepas dibuka hasil untuk pusingan kedua boleh
  dipetik.
• Cara yang sama dilakukan untuk penghasilan ketiga dan
  keempat.
Penghasilan (Samb…)
• Pengurusan yang penting di bilik penghasilan ialah
  memastikan suhu dan kelembapan berada pada tahap
  optimum.
• Suhu optimum ialah 25°C dan kelembapan optimum pada
  tahap 80 - 95%.
• Untuk mendapat keadaan yang optimum ini penyiraman air
  dilakukan pada sebelah pagi dan tengahari.
• Cahaya yang optimum boleh dikesan dengan membaca
  akhbar dalam bilik ini.
• Tulisan akhbar antara boleh dibaca dan tidak adalah tahap
  yang sesuai.
Memungut Hasil
Penjagaan Beg Cendawan Sediatuai
1. Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
2. Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika
   keadaan cuaca kering dan panas.
3. Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2
   - 3 hari untuk pengeluaran hasil yang pertama.
4. Jangan siram atau sembur air pada cendawan -cendawan
   kecil yang baru tumbuh.
5. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang
   (sebelum tepi cendawan berombak).
6. Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua
   rumpun cendawan.
Penjagaan Beg Cendawan Sediatuai
1.  Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur
    sedikit air. Tutup semula mulut beg.
6. Rehatkan beg tersebut selama 7 - 10 hari sebelum
    dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikutnya.
    Jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
7. Hasil boleh dikutip sebanyak 5 hingga 6 kali dari    satu
    beg.
8. Sembur air di dinding, lantai dan badan beg cendawan pada
    waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan
    dan merendahkan suhu.
Penjagaan Beg Cendawan Sediatuai
9.  Periksa dan buang beg-beg yang rosak. Beg-beg cendawan
    yang berwarna kehijauan, kekuningan atau kehitaman
    adalah disebabkan oleh kulat-kulat lain yang mengganggu
    pertumbuhan misilium cendawan tiram. Beg -beg seperti
    ini hendaklah diasingkan dan dimusnahkan.
10. Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga
    dipecah-pecahkan dan ditabur sekeliling pokok sebagai baja
    organan.
Memungut Hasil
• Setiap cendawan perlu dikutip sebelum
  bahagian tepinya kelihatan berombak dan
  selepas dikutip beg cendawan perlu ditutup
  semula dan direhatkan selama 10 hari
  sebelum dibuka kembali untuk memudahkan
  proses pembentukan semula miselium di
  dalam beg-beg itu.
Memungut Hasil
• Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan
  satu beg cendawan boleh dituai hasilnya sehingga
  enam kali dalam tempoh empat bulan.
• Selepas itu, hasilnya akan berkurangan dan perlu
  membuat beg baru.
• Beg-beg cendawan yang tidak dapat mengeluarkan
  hasil lagi boleh dihancurkan untuk dijadikan baja
  kompos dan makanan kambing dengan
  mencampurkan beberapa jenis bahan lain.
• Cendawan yang dituai boleh disimpan kira-kira tiga
  hari dalam peti sejuk
Carta Aliran Proses Penanaman Cendawan

          Penyediaan Bahan Tanaman

          Mencampur Bahan (Kering)

               Campur Air (75%)

           Masukkan Dalam Beg 'pp'

                   Padatkan

       Kukus (4 - 6 jam pada 95°C - 100°C)
Carta Aliran Proses Penanaman Cendawan (Samb…)
                   Penyejukan

                  Suntikan Benih

                   Pemeraman

                   Penghasilan

                  Penghasilan I

                  Penghasilan II

                  Penghasilan III

                  Penghasilan IV
Peringkat Pertumbuhan Cendawan
•   Peringkat Pertama (Pertumbuhan Miselium)
    * Hifa akan tumbuh dan terjalin antara satu sama
    lain membentuk miselium.
    * Tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan
    permukaan medium.
•   Peringkat Kedua (Pembentukan Kepala Paku)
    * Kepala paku seperti batang yang kecil mula terbentuk.
    * Keadaan yang lembab dan cahaya diperlukan.
•   Peringkat Ketiga (Peringkat Matang)
    * Strukturnya terbahagi kepada dua iaitu topi dan batang.
    * Topi berbentuk seperti payung berwarna kelabu.
    * Lamela berwarna putih di bahagian bawah.
Anggaran Kos Bahan
          Perkara                Harga / unit
1. Habuk Kayu Getah     RM0.10/kg
2. Benih                RM1.20/kg
3. Dedak padi           RM 0.30/kg
4. Urea                 RM0.90/kg
5. Kapur Pertanian      RM0.10/kg
6. Gas                  RM 14.50/tong
7. Upah Isi             RM0.10 – 0.15/bag
8. Upah Suntik          RM0.05 – 0.10/bag
9. Plastik              RM6.50/kg
10.PVC                  RM0.03/unit (1” x ¾”)
11.Kapas                RM0.30/kg
Cendawan Yang Telah Matang
Cendawan yang telah sedia untuk
  dibungkus untuk dipasarkan.
Penyakit Dan Masalah Utama Cendawan
• Terdapat banyak faktor penyebab yang boleh
  menyumbang kepada penyakit dan masalah kepada
  cendawan yang diusahakan dan ia boleh dibahagikan
  kepada elemen yang boleh dikawal dan juga tidak
  boleh dikawal.
• Elemen yang boleh dikawal di sini maksudnya
  pengusaha boleh mengambil langkah perlu untuk
  mengelakkannya.
• Elemen yang tidak boleh dikawal biasanya daripada
  faktor alam sekitar.
Musuh Dan Penyakit
• Perosak yang biasa menyerang tanaman cendawan ialah
  tikus, lalat (Drosophila), lipas, hama dan nematod.
• Kulat-kulat yang biasa menyerang medium ialah Penicillium,
  Aspergillus dan Trichoderma.
• Untuk mengawal musuh dan penyakit, rumah cendawan dan
  rak-rak hendaklah dibersihkan dan dirawat menggunakan
  bahan kimia seperti Dettol, Leysol dan sebagainya.
• Pembersihan hendaklah dibuat selepas setiap musim
  penanaman.
Antara penyakit yang sering melanda
penanaman cendawan ialah:
1. Serangan Kulat Jingga / Oren
    – Biasanya ia berasal daripada habuk
      kayu getah yang digunakan dalam
      campuran media cendawan.
    – Untuk meminimumkan kesan serta
      serangannya, pastikan tempoh
      pengukusan yang cukup bagi
      membunuh kulat ini dari awal.
Antara penyakit yang sering melanda
penanaman cendawan ialah:
2. Serangan Kulat Hijau
• Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang
   berterbangan dari luar.
• Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media
   adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana
   serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi
   oleh pengusaha cendawan.
Beg yang diserang penyakit hijau harus diasingkan segera.

    Seeloknya ia dimusnahkan di tempat berasingan
Antara penyakit yang sering melanda
penanaman cendawan ialah:
3. Serangan kulat hitam
    – Serangan hama ke atas beg cendawan
    – Ulat yang banyak membiak di dalam beg
      cendawan
    – Pertumbuhan misilium yang terbantut / rosak
Menangani Penyakit Cendawan
Penyakit Cendawan berpunca daripada:
  1. Beg media terlalu basah.
  -    Kandungan air semasa membancuh terlebih. Bila
  media terlalu basah biasanya pembiakan kulat hijau    cepat
  terjadi.
       Terutamanya selepas tuaian pertama dan kedua. Bila
  kita buka penutup rehat beg media lebih terdedah kepada
  persekitaran, maka kulat ini mudah       menyerang.
  -    Kurangkan air semasa membancuh media.
  -    Bagi beg media saiz standard pastikan berat beg
  media antara 800g ke 1kg sahaja.
  -    Jika lebih dari 1kg bermakna kandungan air sudah
  terlebih.
Menangani Penyakit Cendawan
2. Benih yang digunakan.
    -      Disebabkan benih yang digunakan tidak berkualiti.
    -      Benih boleh ditransfer sehingga 8 kali (8 generasi).
    -      Generasi ke 4 dan ke atas biasanya kurang daya tahan         kepada
    penyakit.
    -      Benih yang baik adalah adalah benih yang melalui proses tisu kultur iaitu
    generasi pertama dan benih hasil transfer dari benih        yang pertama hingga
    yang ke 3      sahaja.
    -      Gunakan benih dari pengusaha yang sudah establish sahaja.
    -      Cara yang paling mudah ialah dengan membuat sedikit eksperimen
    iaitu gunakan benih daripada pengeluar yang berlainan dan lihatlah
    hasilnya. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai benih tersebut
    dan kemudian barulah putuskan mana satu pembekal            benih yang akan
    dipilih.
Menangani Penyakit Cendawan
3. Beg media belum cukup matang.
   -   Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak
   bermakna ianya sudah matang. Memanglah       maisilium
   akan menguasai luas permukaan beg     media dalam 2
   bulan. Tetapi tempoh tersebut maisilium tidak cukup
   matang.
  -    Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman,
  biarkan beg medium selama 3 bulan, barulah buka
  penutup eram untuk tuaian pertama.
  -    Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan
  ianya betul-betul menguasai keseluruhan beg media dan
  menghalang kulat lain bersaing dengannya.
Menangani Penyakit Cendawan
4. Serangga kumbang atau bari-bari.
   -    Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah
   dijangkiti kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki
   mulut beg medium lain, kulat hijau ini     akan berjangkit ke
   beg medium yang lain pula.
   -    Jika anda mengalami masalah kumbang yang
   serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu.
   -    Tutup semua beg medium dengan penutup rehat.
   Kemudian spray rumah cendawan dan beg medium
   dengan racun serangga agar kumbang dan bari2 tersebut
   mati.
   -    Sebelum buka semula penutup rehat basuh rumah
   cendawan dan semburkan air ke beg medium agar            rasa
   dan bau racun serangga tersebut hilang kerana dibimbangi
   cendawan yang keluar ada bau racun serangga.
Menangani Penyakit Cendawan
•   Bahan dedak yang digunakan.
    - Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi
    berbanding dedak gandum.
    - Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau   adalah lebih
    baik asingkan beg tersebut dan buatkan        banyak
    lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan ini akan
       membantu tingkatkan kg        cendawan.
    - Walaupun umur beg tak panjang, sekurang- kurangnya
    kos belian beg dapat semula.
    - Jika kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada
       rawatan. Cuma guna saja kaedah di atas supaya     dapat
    balik kos belian tu.
Menangani Penyakit Cendawan
6. Penjagaan kebersihan.
   - Cara yang paling efektif untuk mengelakkan
   jangkitan atau sekurang-kurangnya
   meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah
   dengan mensterilkan alat yang digunakan
   semasa mengorek keluar sisa akar cendawan.
   - Gunakan larutan dettol, clorox atau EM
   sebagai bahan steril dan setiap kali beg dikorek,
   pastikan ia dicelup terlebih dahulu di   dalam
   larutan tersebut.
   - Kebersihan amat penting dan perlu dititik
   beratkan.
Khasiat Cendawan ...
•   membantu merawat gangguan kardiovaskular dengan:
•   mencairkan darah beku
•   mengawal atur tekanan darah
•   merendahkan tahap kolesterol dan lipid
•   agen antioksida, melindungi DNA dan
•   membantu mengurangkan berat badan.




                             Auricularia sp
                             (Telinga kera /Jeli hitam)
Khasiat Cendawan ...
• Mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat
  antitumor dan kanser.
• Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh
• anti-radangan,
• anti bakteria,
• anti parasit dan
• melindungi hati.


Schizophyllum commune
       (Cendawan kukur)
Beg medium yang diserang penyakit hijau. Kawalan harus
dilakukan dengan sempurna untuk mengelakkan penyakit hijau
 ini menjangkiti beg medium yang lain. Perlu diingat, penyakit
hijau ini mudah berjangkit melalui sporanya yang berterbangan.
Khasiat Cendawan ...
•   Mengandungi lentinan iaitu bahan yang terdapat dalam ubat anti kanser.
    Ia juga digunakan sebagai terapi imuniti bagi kanser paru-paru, usus,
    serviks dan payu dara.
•   Dikatakan mampu membantu merencat pertumbuhan semula kanser.
•   Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh dengan merangsang
    limfosit dan makrofaj agen melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin




        Lentinus edodes
               (Shiitake)
Khasiat Cendawan ...
• Merupakan agen toksik kepada sel tumor.
• Meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang
  jangkitan kulat dan virus.
• Agen anti radangan.
• Aktiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA.




                            Flammulina velutipes
                            (Jarum emas)
Khasiat Cendawan ...
• Membantu merencatkan pertumbuhan tumor.
• Membantu mengawal atur tekanan darah.
• Membantu Merawat gastrik.........




                              Agarcius braslllensis
                              (Cendawan butang)
Khasiat Cendawan ...
•   Membantu menghalang dan merawat kanser.
•   Meningkatkan meningkatkan sistem imuniti dari segi;
•   anti alahan,
•   anti radangan,
•   anti viral,
•   anti bakteria dan
•   anti oksida.
•   Melegakan serta merawat paru-paru yang berpunca dari serangan lelah
    (asma) dan masalah pernafasan.
•   Melindungi hati dengan meningkatkan proses detosifikasi.




                          Ganoderma sp.
                               (Ling zhi)
Khasiat Cendawan ...
•   Membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk
    membantu merawat penyakit saraf seperti dementia , trauma saraf akibat
    strok dan juga penyakit Alzheimer.
•   Membantu menguatkan otot, gerakbalas motor dan fungsi kognitif.
•   Lektin - mampu membantu merencat pengumpulan darah merah.
•   Membantu merawat ulser perut.
•   Membantu meningkatkan sistem imuniti.




              Hericum erinaceum
          (Cendawan bunga kubis)
Khasiat Cendawan ...
 •   Mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah,
     mengurangkan kandungan glukosa dan lipid.
 •   Meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria.
 •   Menghalang pertumbuhan tumor.
 •   Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.
 •   Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram
     kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram
     kelabu)




Pleurotus cystidiosus (abalone)              Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu)
Pengeluaran Cendawan

More Related Content

What's hot

Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan FaunaMESHALINEE
 
Isu permasalahan padi
Isu permasalahan padiIsu permasalahan padi
Isu permasalahan padiAhmad Fauzi
 
Keburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimiaKeburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimiaAry Zamiratul
 
Topik 4 Kos (costing)
Topik 4   Kos (costing)Topik 4   Kos (costing)
Topik 4 Kos (costing)Ayubkhan Kks
 
Menilai persekitaran perniagaan
Menilai persekitaran perniagaanMenilai persekitaran perniagaan
Menilai persekitaran perniagaanSyahremie Teja
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomihusnuzan84
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanCkg Nizam
 
Kebarangkalian mudah
Kebarangkalian mudahKebarangkalian mudah
Kebarangkalian mudahzabidah awang
 
Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01
Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01
Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01Zaidi Rahman
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiMohd Nazri Awang
 
Peta melaka dalam peta malaysia
Peta melaka dalam peta malaysiaPeta melaka dalam peta malaysia
Peta melaka dalam peta malaysiaMuhd Tajuddin
 
7 kelas makanan
7 kelas makanan7 kelas makanan
7 kelas makananaqey
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianHilmi Qimie
 
pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"Amirul Hafeez
 

What's hot (20)

Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan Fauna
 
Isu permasalahan padi
Isu permasalahan padiIsu permasalahan padi
Isu permasalahan padi
 
Keburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimiaKeburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimia
 
Topik 4 Kos (costing)
Topik 4   Kos (costing)Topik 4   Kos (costing)
Topik 4 Kos (costing)
 
Menilai persekitaran perniagaan
Menilai persekitaran perniagaanMenilai persekitaran perniagaan
Menilai persekitaran perniagaan
 
Bab 2 persamaan kuadratik
Bab 2 persamaan kuadratikBab 2 persamaan kuadratik
Bab 2 persamaan kuadratik
 
Perkongsian
PerkongsianPerkongsian
Perkongsian
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
 
Kebarangkalian mudah
Kebarangkalian mudahKebarangkalian mudah
Kebarangkalian mudah
 
Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01
Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01
Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - Promosi
 
Peta melaka dalam peta malaysia
Peta melaka dalam peta malaysiaPeta melaka dalam peta malaysia
Peta melaka dalam peta malaysia
 
7 kelas makanan
7 kelas makanan7 kelas makanan
7 kelas makanan
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsian
 
Rawatan air
Rawatan airRawatan air
Rawatan air
 
pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"
 

Similar to Pengeluaran Cendawan

Panduan Penanaman Cendawan
Panduan Penanaman CendawanPanduan Penanaman Cendawan
Panduan Penanaman CendawanSame Seedar
 
Teknologi & Pemprosesan makanan
Teknologi & Pemprosesan makananTeknologi & Pemprosesan makanan
Teknologi & Pemprosesan makananMOHD AZLEE
 
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdfNOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdfSHAMETAAPASHOKKUMARM
 
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)MNapi
 
Cili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamCili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamJuradi Durjari
 
Bunga semusim
Bunga semusimBunga semusim
Bunga semusimokbeb
 
Kertas Penerangan Modul 2 BIOTEKNOLOGI Semester 4 Sains Untuk Non Teknologi 2DVM
Kertas Penerangan Modul 2 BIOTEKNOLOGI Semester 4 Sains Untuk Non Teknologi 2DVMKertas Penerangan Modul 2 BIOTEKNOLOGI Semester 4 Sains Untuk Non Teknologi 2DVM
Kertas Penerangan Modul 2 BIOTEKNOLOGI Semester 4 Sains Untuk Non Teknologi 2DVMHarzana Harun
 
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Juradi Durjari
 
Sayangi alam sekitar, tanggungjawab bersama
Sayangi alam sekitar, tanggungjawab bersamaSayangi alam sekitar, tanggungjawab bersama
Sayangi alam sekitar, tanggungjawab bersamaMun Chong
 

Similar to Pengeluaran Cendawan (20)

Panduan Penanaman Cendawan
Panduan Penanaman CendawanPanduan Penanaman Cendawan
Panduan Penanaman Cendawan
 
Haiwan Kesayangan
Haiwan KesayanganHaiwan Kesayangan
Haiwan Kesayangan
 
Kuliah 2 Pembiakan Seks
Kuliah 2 Pembiakan SeksKuliah 2 Pembiakan Seks
Kuliah 2 Pembiakan Seks
 
Teknologi & Pemprosesan makanan
Teknologi & Pemprosesan makananTeknologi & Pemprosesan makanan
Teknologi & Pemprosesan makanan
 
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdfNOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
 
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
 
Tanaman hiasan
Tanaman hiasan Tanaman hiasan
Tanaman hiasan
 
Ayam
AyamAyam
Ayam
 
BIOTEKNOLOGI.pptx
BIOTEKNOLOGI.pptxBIOTEKNOLOGI.pptx
BIOTEKNOLOGI.pptx
 
BAB 1 BIODIVERSITI.pptx
BAB 1 BIODIVERSITI.pptxBAB 1 BIODIVERSITI.pptx
BAB 1 BIODIVERSITI.pptx
 
Asinmen 3101 tumbuhan
Asinmen 3101 tumbuhanAsinmen 3101 tumbuhan
Asinmen 3101 tumbuhan
 
Info cili
Info ciliInfo cili
Info cili
 
Cili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamCili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan Menanam
 
Bunga semusim
Bunga semusimBunga semusim
Bunga semusim
 
Kertas Penerangan Modul 2 BIOTEKNOLOGI Semester 4 Sains Untuk Non Teknologi 2DVM
Kertas Penerangan Modul 2 BIOTEKNOLOGI Semester 4 Sains Untuk Non Teknologi 2DVMKertas Penerangan Modul 2 BIOTEKNOLOGI Semester 4 Sains Untuk Non Teknologi 2DVM
Kertas Penerangan Modul 2 BIOTEKNOLOGI Semester 4 Sains Untuk Non Teknologi 2DVM
 
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
 
Genetik
GenetikGenetik
Genetik
 
Wawan
WawanWawan
Wawan
 
Sayangi alam sekitar, tanggungjawab bersama
Sayangi alam sekitar, tanggungjawab bersamaSayangi alam sekitar, tanggungjawab bersama
Sayangi alam sekitar, tanggungjawab bersama
 
Pengeluaran Taugeh
Pengeluaran TaugehPengeluaran Taugeh
Pengeluaran Taugeh
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 

Recently uploaded (12)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 

Pengeluaran Cendawan

  • 1. “Cendawan yang berkualiti tidak terletak pada warna dan bentuknya, tetapi pada rasanya……Manusia yang baik tidak terletak pada pangkatnya, cantik atau buruknya seseorang…….tetapi terletak pada sekeping daging yang tertanam di dalam dada, iaitu hati…..”
  • 3. Pengenalan Kepada Indusri Cendawan • Cendawan – sejenis organisma hidup yang telah divariasikan dalam industri asas tani sebagai bahan makanan dan perubatan seperti produk kesihatan, produk penjagaan diri dan makanan ringan. • Cendawan – boleh dikaitkan dalam industri bioteknologi kerana teknologi yang berkaitan dengan cendawan telah diusahakan untuk mendapatkan produk yang lebih bernilai, berkualiti atau mendatangkan kebaikan kepada pengguna.
  • 4. Pengenalan Kepada Indusri Cendawan • Cendawan – diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. – Kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. – Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser. • Cendawan – boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.
  • 5. Pengenalan Kepada Indusri Cendawan • Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. – mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. – mempunyai rasa yang sedap. – Selain tumbuh semulajadi ,ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan. – hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. – Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung
  • 6. Penanaman Cendawan Mempunyai Potensi Yang Baik Kerana: • Cendawan segar masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan • Pengeluaran cendawan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan pengimportan makanan negara • Peranan cendawan sebagai tanaman jangka pendek bukan sahaja dapat mengurangkan kadar import negara tetapi juga dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada petani / syarikat / usahawan terlibat.
  • 7. Pengeluaran Cendawan Pengenalan • Cendawan adalah sejenis kulat yang boleh dibahagikan kepada jenis beracun (tidak boleh dimakan) dan jenis yang tidak beracun (boleh dimakan). • Cendawan segar boleh dijadikan bahan makanan yang sedap rasanya dan berkhasiat. • Cendawan mengandungi kalium, kalsium dan fosforus yang tinggi. • Cendawan segar boleh tumbuh secara liar dan juga boleh ditanam menggunakan medium penanaman seperti habuk kayu, dedak dan kapas.
  • 8. Pengeluaran Cendawan (samb…) • Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan yang dijalankan oleh para petani di Malaysia. • Beberapa faktor utama telah mendorong ramai pengusaha menceburi bidang tersebut ialah :- a) Keuntungan yang tinggi dalam jangkamasa yang pendek. b) Kos pengeluaran rendah - menggunakan bahan sampingan pertanian. c) Potensi pemasaran yang baik. d) Kandungan nutrien pemakanan yang tinggi.
  • 9. Khasiat pemakanan cendawan tiram kelabu adalah seperti berikut: Pecahan zat makanan Kandungan Tenaga 37 Kcal Air 89.2 g Protin 3.6 g Lemak 0.7 g Karbohidrat 4.1 g Serat 1.8g Kalsium 2mg Fosforus 88 g Zat besi 1 mg Natrium 6 mg Kalium 195 mg Vitamin B1 0.03 mg Vitamin B2 0.45 mg Niasin 1.9 mg Vitamin C 9.4 mg
  • 10. Jenis-jenis Cendawan • Terdapat kira-kira 2,000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. • Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam iaitu :- a) Cendawan Tiram Kelabu - Pleurotus sajor-caju b) Cendawan Tiram Putih - Pleurotus florida c) Cendawan Abalon - Pleurotus cystidiosus d) Cendawan Shitake - Lentinus edodes e) Cendawan Telinga Kera - Auricularia polytricha f) Cendawan Jerami Padi g) Cendawan Butang
  • 11. Jenis-jenis Cendawan a) Cendawan Tiram Kelabu - Pleurotus sajor-caju
  • 12. Jenis-jenis Cendawan b) Cendawan Tiram Putih - Pleurotus florida
  • 13. Jenis-jenis Cendawan c) Cendawan Abalon - Pleurotus cystidiosus
  • 14. Jenis-jenis Cendawan d) Cendawan Shitake - Lentinus edodes
  • 15. Jenis-jenis Cendawan e) Cendawan Telinga Kera - Auricularia polytricha
  • 16. Jenis-jenis Cendawan f) Cendawan Jerami Padi
  • 17. Jenis-jenis Cendawan g) Cendawan Butang - Agarcius brasillensis
  • 18. Jenis-jenis Cendawan yang lain: Schizophyllum commune (Cendawan kukur)
  • 19. Jenis-jenis Cendawan yang lain: Flammulina velutipes (Jarum emas)
  • 20. Jenis-jenis Cendawan yang lain: Ganoderma sp. (Ling zhi)
  • 21. Jenis-jenis Cendawan yang lain: Hericum erinaceum (Cendawan bunga kubis)
  • 22. Penanaman Cendawan • Boleh ditanam pada sisa pertanian yang mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin. • Di antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisa kapas, kayu berangan, kayu oak dan akasia.
  • 23. Rumah Cendawan • Rumah cendawan memerlukan tiga ruang. a. Ruang Penyediaan. – Tempat untuk menggaul medium, mengisi beg cendawan dan mengukus. b. Bilik Suntik – Tempat untuk menyuntik benih cendawan ke dalam beg. Bilik ini mestilah sentiasa bersih. c. Ruang Rak Beg Cendawan – Ruang ini untuk meletakkan rak-rak beg cendawan yang diperam dan juga cendawan yang mengeluarkan hasil. – Ruang yang seluas 4.5 m x 4.5 m boleh memuatkan 2,000 beg. – Saiz rak cendawan adalah lebih kurang 20 cm hingga 30 cm lebar dan panjangnya mengikut keluasan rumah cendawan. – Tingginya 1.8 m dan jarak antara tingkat rak sebaik-baiknya 50 cm. – Jarak antara rak ialah 1.0 m hingga 1.5 m supaya mudah menjalankan kerja-kerja penj'agaan dan memungut hasil.
  • 24. Benih Cendawan • Benih cendawan boleh didapati dari Jabatan Pertanian atau pihak swasta yang menjalankan pengusahaan penanaman cendawan. • Benih cendawan yang baik berwarna putih bersih seperti kapas dan pertumbuhannya penuh sehingga bawah botol benih. • Jangan gunakan benih cendawan yang berwarna perang, kehijauan, kekuningan, kehitaman dan berbau masam.
  • 25. Wajah Benih Dari Thailand
  • 26. Wajah Benih Dari Thailand
  • 27. Proses Penanaman Cendawan Penyediaan beg cendawan Bahan/Peralatan: a. Habuk Kayu Getah b. Dedak Halus c. Kapur Pertanian d. Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm) e. Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm) f. Surat Khabar Lama + Getah Pengikat
  • 28. Proses Penanaman Cendawan Cara Penyediaan Beg Cendawan : a. Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 b. Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai. c. Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat. d. Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.
  • 29. Peralatan penyediaan beg cendawan Bahan asas yang digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu, dedak padi, kapur pertanian serta benih cendawan.
  • 31. Teknik Penanaman Cendawan Tiram Penyediaan Bahan: – Bahan-bahan campuran untuk menanam 200 bag cendawan tiram adalah seperti berikut :- • Habuk Kayu Getah - 100kg • DedakPadj - 10kg • Kapur Pertanian (GML, CaCO3) - 1kg • Urea - 100 g • Air - 75% kelembapan
  • 32. **** Nota Ingatan • Jangan gunakan habuk kayu getah yang baru dipotong, cari yang warnanya dah kelabu. • Pastikan juga, jangan gunakan habuk kayu yang dirawat kerana dikhuatiri terdapat kandungan bahan kimia didalamnya. • Kelembapan campuran ialah antara 60-65%. • Plastik beg PP bersaiz 0.6'. • Kukus selama 7 jam. • Tempoh sejukkan media adalah selama 2 hari 1 malam. Jangan ada suam pun di media tersebut. • Selepas disuntik, peram ia selama 2 - 3 bulan. • Setelah misilium memenuhi beg, hasil akan keluar selepas tiga atau empat hari kemudian.
  • 33. Teknik Penanaman Cendawan Tiram (Habuk Kayu Getah) Penyediaan Bahan (Samb…) – Nisbah campuran yang digunakan ialah :- • Habuk Kayu Getah = 100 • Dedak Padi = 10 • Kapur Pertanian = 0.1-1 • Urea = 0.01-0.1 • Bahan-bahan tersebut dicampur secara kering kecuali Urea dibancuh dengan air. • Selepas campuran sebati, campurkan Urea. • Pastikan kelembapan campuran adalah 75%.
  • 37. Kapur antara campuran untuk menghasilkan beg medium
  • 39. Teknik Penanaman Cendawan Tiram Pembungkusan – Bahan-bahan tersebut diisi ke dalam beg plastik polypropylene ('pp'). – Saiz beg yang biasa digunakan ialah 30sm x 10 x 10 sm. – Isi beg dipadatkan. – Selepas dipadatkan penapis pengudaraan dipasang dengan menggunakan gelang PVC dan kapas.
  • 41. Pengukusan Beg Cendawan Bahan/Peralatan: – Drum,Set Dapur Gas Cara: – Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm. – Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi. – Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
  • 42. Pengukusan Beg Cendawan (Samb...) • Pengukusan terhadap beg-beg ‘pp' yang mempunyai bahan-bahan campuran dijalankan selama 4 - 6 jam (pada suhu 95°C - 6 jam atau 100°C - 4 jam). • Selepas pengukusan dijalankan dengan sempurna, proses penyejukan dijalankan.
  • 44. Memasukkan pelapik ke dalam tong
  • 47. Kukus 5 – 6 jam
  • 49. Penyuntikan Benih Cendawan a) Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam bilik suntik yang sentiasa berkeadaan bersih. Bilik suntik hendaklah selalu di mop dengan detol atau 10% klorok. b) Pilih benih cendawan yang baik iaitu benih yang berwarna putih bersih. c) Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil yang telah dilayurkan dengan api dari pelita spirit.
  • 50. Penyuntikan Benih Cendawan • Beg 'pp' yang telah sejuk boleh disuntik dengan benih atau beg ‘pp’ `direhatkan' selama dua hari sebelum menjalankan kerja penyuntikan benih. • Sebelum suntikan dijalankan beberapa langkah awal mesti dilakukan untuk menjamin kejayaan. a) Langkah-langkah awal yang perlu dijalankan ialah :- i) Kebersihan diri dan pakaian. ii) Kebersihan bilik suntikan. - pastikan tiada habuk atau kotoran - sembur bilik dengan larutan basmikuman. Contoh : Dettol, Lysol, Jeypine dan sebagainya.
  • 51. Menyuntik Benih (Samb….) Sediakan peralatan suntikan : i) Spirit ii) Lampu/pelita spirit iii) Spatula/dawai penyuntik iv) Pemetik api v) Pelindung pernafasan (Dust-mask)
  • 52. Menyuntik Benih (Samb….) Menyuntik Benih ("Spawn") i) Cuci tangan dengan larutan basmikuman atau sapukan spirit pada tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Pakai “dust-mask”. ii) Bakar dawai penyuntik. - Celupkan dawai penyuntik ke dalam larutan spirit. Nyalakan. iii) Panaskan mulut botol benih. iv) Gaulkan benih dalam botol dengan dawai penyuntik. v) Suntikan 5 – 8gm benih cendawan bagi setiap beg ‘pp’. vi) Susun bag-bag 'pp' ke Bilik Pemeraman untuk proses “Spawn Running”.
  • 56. Penyuntikan benih dilakukan di bilik yang terhindar dari kuman.
  • 59. Biarkan 30 - 40 hari
  • 60. Pemeraman – “Spawn Running” • Proses ini dijalankan dalam sebuah bilik pemeraman. • ‘Miselium’ dibiarkan tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan medium di dalam beg 'pp'. • Kebiasaanya ia mengambil masa di antara 40 - 50 hari. • Apabila miselium telah memenuhi keseluruhan medium, pindahkan beg-beg 'pp' yang telah rosak dan dicemari oleh bahan asing. • Sebaik-baiknya tanam medium yang telah rosak. • Beg cendawan yang sudah diisi benih akan disusun di atas rak yang disediakan di rumah cendawan dan rumah itu mestilah berbumbungkan atap nipah atau rumbia serta di bahagian dindingnya pula dipasang jaring hitam. • Beg cendawan itu akan diperam kira-kira tiga bulan dan dalam tempoh itu, seseorang pengusaha perlu menyiram air tiga kali sehari pada lantai serta pada badan blok cendawan.
  • 61. Pemeraman – “Spawn Running” • Cendawan memerlukan cahaya yang lemah dan sekata, pertumbuhannya akan terbantut jika terkena sinaran matahari berlebihan dan bagi cendawan yang terkena penyakit perlu diasingkan supaya tidak merebak ke beg – beg cendawan lain. • Selepas kira-kira tiga bulan miselium akan terbentuk di dalam beg-beg cendawan dan mengembang memenuhi beg-beg itu. • Penutup beg akan dibuka dan cendawan akan mulai tumbuh kira-kira lima hari selepas penutup dibuka.
  • 64. Beg –beg ‘pp’ yang telah disusun di rak pemeraman
  • 66. Pemeraman dilakukan di dalam keadaan yang agak gelap dengan peredaran udara yang sempurna.
  • 67. Penghasilan • Setelah maisilium memenuhi ke seluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya. • Putik cendawan akan kelihatan selepas 5 - 7 hari penapis pengudaraan dibuka. • Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu. • Selepas pembesaran selama 4 - 5 hari cendawan boleh dipetik. • Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
  • 70. Penghasilan (Samb…) • Selepas cendawan dipetik miselium direhatkan selama 7 - 10 hari dengan menutup semula permukaan medium. • 4 – 5 hari selepas dibuka hasil untuk pusingan kedua boleh dipetik. • Cara yang sama dilakukan untuk penghasilan ketiga dan keempat.
  • 71. Penghasilan (Samb…) • Pengurusan yang penting di bilik penghasilan ialah memastikan suhu dan kelembapan berada pada tahap optimum. • Suhu optimum ialah 25°C dan kelembapan optimum pada tahap 80 - 95%. • Untuk mendapat keadaan yang optimum ini penyiraman air dilakukan pada sebelah pagi dan tengahari. • Cahaya yang optimum boleh dikesan dengan membaca akhbar dalam bilik ini. • Tulisan akhbar antara boleh dibaca dan tidak adalah tahap yang sesuai.
  • 73. Penjagaan Beg Cendawan Sediatuai 1. Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh. 2. Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering dan panas. 3. Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2 - 3 hari untuk pengeluaran hasil yang pertama. 4. Jangan siram atau sembur air pada cendawan -cendawan kecil yang baru tumbuh. 5. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak). 6. Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
  • 74. Penjagaan Beg Cendawan Sediatuai 1. Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg. 6. Rehatkan beg tersebut selama 7 - 10 hari sebelum dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikutnya. Jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya. 7. Hasil boleh dikutip sebanyak 5 hingga 6 kali dari satu beg. 8. Sembur air di dinding, lantai dan badan beg cendawan pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
  • 75. Penjagaan Beg Cendawan Sediatuai 9. Periksa dan buang beg-beg yang rosak. Beg-beg cendawan yang berwarna kehijauan, kekuningan atau kehitaman adalah disebabkan oleh kulat-kulat lain yang mengganggu pertumbuhan misilium cendawan tiram. Beg -beg seperti ini hendaklah diasingkan dan dimusnahkan. 10. Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur sekeliling pokok sebagai baja organan.
  • 76. Memungut Hasil • Setiap cendawan perlu dikutip sebelum bahagian tepinya kelihatan berombak dan selepas dikutip beg cendawan perlu ditutup semula dan direhatkan selama 10 hari sebelum dibuka kembali untuk memudahkan proses pembentukan semula miselium di dalam beg-beg itu.
  • 77. Memungut Hasil • Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu beg cendawan boleh dituai hasilnya sehingga enam kali dalam tempoh empat bulan. • Selepas itu, hasilnya akan berkurangan dan perlu membuat beg baru. • Beg-beg cendawan yang tidak dapat mengeluarkan hasil lagi boleh dihancurkan untuk dijadikan baja kompos dan makanan kambing dengan mencampurkan beberapa jenis bahan lain. • Cendawan yang dituai boleh disimpan kira-kira tiga hari dalam peti sejuk
  • 78. Carta Aliran Proses Penanaman Cendawan Penyediaan Bahan Tanaman Mencampur Bahan (Kering) Campur Air (75%) Masukkan Dalam Beg 'pp' Padatkan Kukus (4 - 6 jam pada 95°C - 100°C)
  • 79. Carta Aliran Proses Penanaman Cendawan (Samb…) Penyejukan Suntikan Benih Pemeraman Penghasilan Penghasilan I Penghasilan II Penghasilan III Penghasilan IV
  • 80. Peringkat Pertumbuhan Cendawan • Peringkat Pertama (Pertumbuhan Miselium) * Hifa akan tumbuh dan terjalin antara satu sama lain membentuk miselium. * Tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan permukaan medium. • Peringkat Kedua (Pembentukan Kepala Paku) * Kepala paku seperti batang yang kecil mula terbentuk. * Keadaan yang lembab dan cahaya diperlukan. • Peringkat Ketiga (Peringkat Matang) * Strukturnya terbahagi kepada dua iaitu topi dan batang. * Topi berbentuk seperti payung berwarna kelabu. * Lamela berwarna putih di bahagian bawah.
  • 81. Anggaran Kos Bahan Perkara Harga / unit 1. Habuk Kayu Getah RM0.10/kg 2. Benih RM1.20/kg 3. Dedak padi RM 0.30/kg 4. Urea RM0.90/kg 5. Kapur Pertanian RM0.10/kg 6. Gas RM 14.50/tong 7. Upah Isi RM0.10 – 0.15/bag 8. Upah Suntik RM0.05 – 0.10/bag 9. Plastik RM6.50/kg 10.PVC RM0.03/unit (1” x ¾”) 11.Kapas RM0.30/kg
  • 83. Cendawan yang telah sedia untuk dibungkus untuk dipasarkan.
  • 84. Penyakit Dan Masalah Utama Cendawan • Terdapat banyak faktor penyebab yang boleh menyumbang kepada penyakit dan masalah kepada cendawan yang diusahakan dan ia boleh dibahagikan kepada elemen yang boleh dikawal dan juga tidak boleh dikawal. • Elemen yang boleh dikawal di sini maksudnya pengusaha boleh mengambil langkah perlu untuk mengelakkannya. • Elemen yang tidak boleh dikawal biasanya daripada faktor alam sekitar.
  • 85. Musuh Dan Penyakit • Perosak yang biasa menyerang tanaman cendawan ialah tikus, lalat (Drosophila), lipas, hama dan nematod. • Kulat-kulat yang biasa menyerang medium ialah Penicillium, Aspergillus dan Trichoderma. • Untuk mengawal musuh dan penyakit, rumah cendawan dan rak-rak hendaklah dibersihkan dan dirawat menggunakan bahan kimia seperti Dettol, Leysol dan sebagainya. • Pembersihan hendaklah dibuat selepas setiap musim penanaman.
  • 86. Antara penyakit yang sering melanda penanaman cendawan ialah: 1. Serangan Kulat Jingga / Oren – Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan. – Untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengukusan yang cukup bagi membunuh kulat ini dari awal.
  • 87. Antara penyakit yang sering melanda penanaman cendawan ialah: 2. Serangan Kulat Hijau • Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar. • Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.
  • 88. Beg yang diserang penyakit hijau harus diasingkan segera. Seeloknya ia dimusnahkan di tempat berasingan
  • 89. Antara penyakit yang sering melanda penanaman cendawan ialah: 3. Serangan kulat hitam – Serangan hama ke atas beg cendawan – Ulat yang banyak membiak di dalam beg cendawan – Pertumbuhan misilium yang terbantut / rosak
  • 90. Menangani Penyakit Cendawan Penyakit Cendawan berpunca daripada: 1. Beg media terlalu basah. - Kandungan air semasa membancuh terlebih. Bila media terlalu basah biasanya pembiakan kulat hijau cepat terjadi. Terutamanya selepas tuaian pertama dan kedua. Bila kita buka penutup rehat beg media lebih terdedah kepada persekitaran, maka kulat ini mudah menyerang. - Kurangkan air semasa membancuh media. - Bagi beg media saiz standard pastikan berat beg media antara 800g ke 1kg sahaja. - Jika lebih dari 1kg bermakna kandungan air sudah terlebih.
  • 91. Menangani Penyakit Cendawan 2. Benih yang digunakan. - Disebabkan benih yang digunakan tidak berkualiti. - Benih boleh ditransfer sehingga 8 kali (8 generasi). - Generasi ke 4 dan ke atas biasanya kurang daya tahan kepada penyakit. - Benih yang baik adalah adalah benih yang melalui proses tisu kultur iaitu generasi pertama dan benih hasil transfer dari benih yang pertama hingga yang ke 3 sahaja. - Gunakan benih dari pengusaha yang sudah establish sahaja. - Cara yang paling mudah ialah dengan membuat sedikit eksperimen iaitu gunakan benih daripada pengeluar yang berlainan dan lihatlah hasilnya. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai benih tersebut dan kemudian barulah putuskan mana satu pembekal benih yang akan dipilih.
  • 92. Menangani Penyakit Cendawan 3. Beg media belum cukup matang. - Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak bermakna ianya sudah matang. Memanglah maisilium akan menguasai luas permukaan beg media dalam 2 bulan. Tetapi tempoh tersebut maisilium tidak cukup matang. - Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg medium selama 3 bulan, barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. - Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan ianya betul-betul menguasai keseluruhan beg media dan menghalang kulat lain bersaing dengannya.
  • 93. Menangani Penyakit Cendawan 4. Serangga kumbang atau bari-bari. - Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkiti kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg medium lain, kulat hijau ini akan berjangkit ke beg medium yang lain pula. - Jika anda mengalami masalah kumbang yang serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu. - Tutup semua beg medium dengan penutup rehat. Kemudian spray rumah cendawan dan beg medium dengan racun serangga agar kumbang dan bari2 tersebut mati. - Sebelum buka semula penutup rehat basuh rumah cendawan dan semburkan air ke beg medium agar rasa dan bau racun serangga tersebut hilang kerana dibimbangi cendawan yang keluar ada bau racun serangga.
  • 94. Menangani Penyakit Cendawan • Bahan dedak yang digunakan. - Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak gandum. - Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau adalah lebih baik asingkan beg tersebut dan buatkan banyak lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan ini akan membantu tingkatkan kg cendawan. - Walaupun umur beg tak panjang, sekurang- kurangnya kos belian beg dapat semula. - Jika kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada rawatan. Cuma guna saja kaedah di atas supaya dapat balik kos belian tu.
  • 95. Menangani Penyakit Cendawan 6. Penjagaan kebersihan. - Cara yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan atau sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah dengan mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa akar cendawan. - Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai bahan steril dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup terlebih dahulu di dalam larutan tersebut. - Kebersihan amat penting dan perlu dititik beratkan.
  • 96. Khasiat Cendawan ... • membantu merawat gangguan kardiovaskular dengan: • mencairkan darah beku • mengawal atur tekanan darah • merendahkan tahap kolesterol dan lipid • agen antioksida, melindungi DNA dan • membantu mengurangkan berat badan. Auricularia sp (Telinga kera /Jeli hitam)
  • 97. Khasiat Cendawan ... • Mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser. • Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh • anti-radangan, • anti bakteria, • anti parasit dan • melindungi hati. Schizophyllum commune (Cendawan kukur)
  • 98. Beg medium yang diserang penyakit hijau. Kawalan harus dilakukan dengan sempurna untuk mengelakkan penyakit hijau ini menjangkiti beg medium yang lain. Perlu diingat, penyakit hijau ini mudah berjangkit melalui sporanya yang berterbangan.
  • 99. Khasiat Cendawan ... • Mengandungi lentinan iaitu bahan yang terdapat dalam ubat anti kanser. Ia juga digunakan sebagai terapi imuniti bagi kanser paru-paru, usus, serviks dan payu dara. • Dikatakan mampu membantu merencat pertumbuhan semula kanser. • Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh dengan merangsang limfosit dan makrofaj agen melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin Lentinus edodes (Shiitake)
  • 100. Khasiat Cendawan ... • Merupakan agen toksik kepada sel tumor. • Meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. • Agen anti radangan. • Aktiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA. Flammulina velutipes (Jarum emas)
  • 101. Khasiat Cendawan ... • Membantu merencatkan pertumbuhan tumor. • Membantu mengawal atur tekanan darah. • Membantu Merawat gastrik......... Agarcius braslllensis (Cendawan butang)
  • 102. Khasiat Cendawan ... • Membantu menghalang dan merawat kanser. • Meningkatkan meningkatkan sistem imuniti dari segi; • anti alahan, • anti radangan, • anti viral, • anti bakteria dan • anti oksida. • Melegakan serta merawat paru-paru yang berpunca dari serangan lelah (asma) dan masalah pernafasan. • Melindungi hati dengan meningkatkan proses detosifikasi. Ganoderma sp. (Ling zhi)
  • 103. Khasiat Cendawan ... • Membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti dementia , trauma saraf akibat strok dan juga penyakit Alzheimer. • Membantu menguatkan otot, gerakbalas motor dan fungsi kognitif. • Lektin - mampu membantu merencat pengumpulan darah merah. • Membantu merawat ulser perut. • Membantu meningkatkan sistem imuniti. Hericum erinaceum (Cendawan bunga kubis)
  • 104. Khasiat Cendawan ... • Mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid. • Meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria. • Menghalang pertumbuhan tumor. • Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik. • Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu) Pleurotus cystidiosus (abalone) Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu)