Anzeige
Anzeige

Más contenido relacionado

Anzeige

sajak(aku).pdf

  1. Kumpulan 6 Ketua kumpulan : Siew Yu Tian Ahli kumpulan : Law Hui Lin Yeann Tan Yng Tan Hui Ting Sajak : Aku
  2. aku
  3. panduan 1 panduan 2 panduan 3 Tidak ada manusia lain di pantai ini kecuali diriku. Kususur pasir panjang sambil kubayangkan aku ini Adam. Hari inilah aku tercipta dan pertama kali melihat laut,langit,dan pohon. Maksud Penyajak mengatakan bahawa hanya dirinya yang berada di pantai ini. Maksud Penyajak menyusuri pantai yang panjang dan berpasir sambil membayangkan dirinya sebagai Adam. Maksud Penyajak membayangkan dia dicipta pada hari tersebut. Buat pertama kalinya juga,dia dapat melihat laut,langit,dan pohon. Maksud sajak
  4. panduan 4 panduan 6 Kelmarin aku belum ada tidak terdengar olehku bunyi ombak itu. Bahkan aku tidak tahu kulit kerang dan ru pernah wujud di sini. Maksud Penyajak mengatakan bahawa kelmarin dia belum wujud dan dia tidak mendengar bunyi ombak. Maksud Penyajak mengatakan bahawa dia tidak tahu akan kewujudan kulit kerang dan ru di pantai ini. panduan 5 Tidak terasa olehku sentuhan angin ini bertiup di mana-mana. Maksud Penyajak tidak dapat merasai sentuhan angin yang bertiup di serata alam. panduan 7 Tuhan aku percaya Kau Pencipta kerana aku baru ada. Maksud Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.
  5. Kecintaan kepada Pencipta.Contohnya,penyajak membayangkan dirinya baru dicipta pada hari ini.Dia juga dapat melihat laut, langit,dan pohon buat pertama kalinya.Dengan membayangkan dirinya belum dicipta pada hari kelmarin,penyajak baru sedar bahawa dia tidak dapat mendengar bungi ombak,tidak dapat merasai tiupan angin,serta tidak tahu bahawa kulit kerang dan ru ada di pantai itu.Kini,dia yakin bahawa Tuhan ialah Pencipta kerana dirinya baru wujud. tema
  6. Bentuk (a)Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap. (b)Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.Contohnya, ~rangkap 1:tiga barisan ~rangkap 2:tiga barisan ~rangkap 3:tiga barisan ~rangkap 4 :tiga barisan ~rangkap 5:tiga barisan ~rangkap 6:tiga barisan ~rangkap 7:tiga barisan (c)Panjang pendek barisnya tidak sama,iaitu antara satu hingga empat patah kata.Contohnya, Tuhan (1 patah kata) Tidak ada manusia lain (4 patah kata) (d)Jumlah suku kata dalam sajak ini antara dua hingga sepuluh suku kata.Contohnya, Tuhan (2 suku kata) Hari inilah aku tercipta (10 suku kata) (e)Sajak ini berbentuk bebas.
  7. Tindakan merenung kewujudan diri akan mendekatkan diri kepada Pencipta. Kesyukuran kerana kita dihidupkan lalu melihat dunia dan isi alam. Keinsafan bahawa apabila kita sudah tiada nanti, kita tidak dapat mendengar bungi ombak dan merasai sentuhan angin. Keyakinan bahawa Tuhanlah yang mencipta kita. persoalan (a) (b) (d) (c)
  8. (a)Asonansi.Contohnya, (c)rima akhirnya bebas.contohnya, Kususuri pasir panjang (perulangan konsonan p) laut, langit, dan pohon (perulangan konsonan l) tidak terdengar olehku (perulangan konsonan t) kulit kerang dan ru (perulangan konsonan k) rangkap1:abc rangkap2:abc rangkap3:abc rangkap4:abb (b)Aliterasi.contohnya, dan pertama kali melihat (perulangan vokal a) Hari inilah aku tercipta (perulangan vokal i) kususuri pasir panjang (perulangan vokal u) Unsur bunyi rangkap5:abc rangkap6:aab rangkap7:abb
  9. unsur bahasa bunyi ombak Kususur pasir panjang sentuhan angin ini (a)Bahasa yang puitis aku ini Adam Hari inilah aku tercipta (b)Hiperbola. Contohnya, (c)Imej alam. Contohnya, pantai; pasir; ombak; kulit kerang Tidak ada manusia lain Kelmarin aku belum ada (d)Inversi. Contohnya,
  10. nada Nilai Sajak ini bernada romantis. (a)Keinsafan.Contohnya,insaf akan keesaan Tuhan apabila dijadikan insan. (b)Kesyukuran.Contohnya,bersyukur kerana dapat melihat laut,langit,dan pohon. (c)Kesedaran.Contohnya,sedar bahawa setelah kita meninggal dunia,semua kurniaan Tuhan seperti mendengar bunyi ombak dan merasai tiupan angin tidak dapat dinikmati lagi. (d)Keimanan.Contohnya,keyakinan yang tinggi terhadap Tuhan. (e)Kasih sayang.Contohnya,kasih dan sayang akan keindahan alam sekeliling.
  11. Pengajaran (a) Kita harus insaf akan kejadian diri supaya menghargai nyawa.Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita dihidupkan,kita dapat menikmati kehidupan di dunia. (b) Kita hendaklah bersyukur kerana dapat melihat laut,langit,dan pohon. (c) Kita harus sedar bahawa setelah kita meninggal dunia,kita tidak dapat mendengar bunyi ombak dan merasai tiupan angin. (d) Kita tidak seharusnya sombong akan nikmat yang kita peroleh ketika hidup (e) Kita sepatutnya beriman kepada Tuhan kerana kita hanyalah insan yang kerdil di sisi-Nya. (f) Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya alam sekitar tidak dicemari atau diganggu dengan sesuka hati.
  12. TAMAT
Anzeige