Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

Sifat Mahmudah: 'IFFAH

3.767 Aufrufe

Veröffentlicht am

Veröffentlicht in: Bildung
  • Als Erste(r) kommentieren

Sifat Mahmudah: 'IFFAH

  1. 1. PENGAJIAN ISLAM AKHLAK Pensyarah: Ustaz Zakaria bin Nasirudin Disediakan oleh: Nur Saffawati binti Abdul Kadir Nurmaziah binti Mohd. Alias .::ISI KANDUNGAN::.BIL. PERKARA HALAMAN 1. Pendahuluan 2 2. Konsep Iffah 2 3. Dalil Al-Quran/Al-Hadith 3 4. Cara Memupuk Sifat Iffah 4 5. Sifat Yang Perlu Ada Pada Seseorang Yang Bersifat Iffah 6 6. Kisah Teladan 7 7. Bibliografi 1
  2. 2. PENGAJIAN ISLAM AKHLAK .::SIFAT MAHMUDAH : ‘IFFAH::..::PENDAHULUAN::. Persaingan hidup yg semakin tinggi dan pesat banyak memunculkan perilaku umat yg melanggar batasan syariat. Apabila perbuatan suka meminta-minta bolehmenyebabkan kemuliaan seseorang jatuh maka yang lebih berat daripada sekadar meminta-minta seperti rasuah, mencuri, merampok dan sebagainya menjadikan pelakunyalebih hina. Namun, perbuatan tersebut semakin banyak dilakukan. Termasuklah perilaku kaum wanita yang sanggup melakukan perbuatan yang menghilangkan kemuliaanmereka semata-mata untuk mengejar keseronokan hidup. Padahal agama ini telah memerintahkan agar mereka sentiasa menjaga kemuliaan diri mereka..::KONSEP (TA’RIF/MAKSUD)::.‘Iffah sebuah kata yg pernah atau biasa kita dengar. Si Fulan ‘afif atau si Fulanah ‘afifah merupakan sebutan bagi lelaki dan wanita yg memiliki ‘iffah. Lalu apa sebenar ygdimaksud dgn ‘iffah itu? Secara bahasa ‘iffah adl menahan. Adapun secara istilah adalah menahan diri sepenuh dari perkara-perkara yg Allah haramkan. Dengan demikian seorang yg‘afif adl orang yg bersabar dari perkara-perkara yg diharamkan walaupun jiwa cenderung kepada perkara tersebut dan menginginkannya. Selain itu, ‘Iffah juga dikatakansebagai satu usaha memelihara dan menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak halal, makruh dan tercela. Menurut Dr. Ahmad Muhammad al-Hufy, ‘iffah merupakan sifat utama yang memelihara manusia daripada menjalankan hal-hal yang tidak boleh dilakukanbaik dengan tangannya, dengan lisannya mahupun dengan syahwatnya, bahkan kadang-kadang mencegahnya daripada hal-hal yang halal kerana enggan danbertentangan dengan kehormatan diri. 2
  3. 3. PENGAJIAN ISLAM AKHLAK.::DALIL AL-QURAN/HADITH::.“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan budak-budakyang kamu miliki yang menginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka[1036], jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, danberikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu[1037]. Dan janganlah kamu paksa budak-budak wanitamu untuk melakukanpelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, makasesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu[1038].” Surah an-Nuur:33Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu duduk di tepi jalan, bila kamu terpaksa maka tahanlah pandangan kamu, dan jawablah salam dan tundukkanlah bagiorang yang sesat dan tolonglah orang yang lemah.” 3
  4. 4. PENGAJIAN ISLAM AKHLAK.::CARA MEMUPUK SIFAT ‘IFFAH::.Hal-hal yang dapat memupuk ‘iffah ialah:Pertama: Iman dan TaqwaInilah asas yang paling utama dalam memelihara diri daripada segala hal yang tercela. Jiwa yang terpateri oleh iman dan taqwa merupakan modal yang paling utamauntuk membentengi diri daripada hal-hal yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya. Allah memberikan jaminan kepada orang-orang yang amal solehnya didasari olehiman dengan kehidupan yang baik, "Barang siapa mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan, sedangkan dia orang beriman, maka sesungguhnyakami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telahmereka kerjakan" (An Nahl: 97)Lalu terhadap mu’min yang bertaqwa Allah mmberikan Al-Furqan, iaitu petunjuk yang dapat membezakan antara Al Haq dengan Al Bathil. Allah SWT berfirman, "Haiorang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu Al Furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu danmengampuni (dosa-dosa)mu." (Al Anfal: 29)Manakala iman dan taqwa dalam jiwa seorang muslim telah rapuh, maka itulah petanda mudahnya dirinya terjebak dalam kesesatan dan perbuatan tercela. Makamemelihara dan memupuk iman ini merupakan kewajipan yang harus mendapat tempat utama.Kedua: Nikah Inilah salah satu jalan yang jelas menuju kesucian diri. Bahkan nikah adalah saranan yang paling baik dan paling afdhol untuk menumbuhkan sifat ‘iffahdalam diri seseorang Muslim. Nikah adalah sesuatu yang fitrah pada diri seorang Muslim, di mana padanya Allah menjadikan rasa cinta serta kasih sayang dankedamaian. "Dan di antara kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Ar Rum: 21).Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud: "Hai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang telah mampu untuk menikah, maka hendaklah ia menikah, karena hal itu lebih (dapat) menundukkanpandangan dan lebih memelihara kemaluan, dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana itu dapat mengubatinya." (Muttafaqun ‘Alaih) 4
  5. 5. PENGAJIAN ISLAM AKHLAKDalam hadith lain Baginda SAW bersabda yang membawa maksud:"Apabila seorang hamba telah menikah, maka ia telah menyempurnakan setengah agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah pada yang setengah lagi." (HR. Al Baihaqy, shohih)Ayat dan hadith-hadith tadi merupakan nash-nash yang jelas mendorong untuk nikah, di mana ketenteraman hati, cinta dan kasih sayang dapat diraih oleh seorangMuslim. Dan yang lebih utama lagi adalah bahwa nikah merupakan saranan yang dapat memelihara pandangan dan kehormatan diri seetiap muslim.Ketiga: Rasa Malu Malu adalah akhlak indah dan terpuji. Malu adalah sifat yang sempurna dan perhiasan yang anggun. Terlebih indah jika malu ini menghiasi seorangMuslimah. Sifat malu selalu tumbuh dalam sikap yang baik dan memadamkan keinginan untuk berbuat tercela. Allah telah mentakdirkan sifat malu ini hanya adapada manusia untuk membezakannya dengan haiwan. Malu adalah potret peribadi yang agung dan terpuji. Tentang keutamaan malu ini Rasulullah SAW bersabdayang membawa maksud: "Malu dan iman adalah bersaudara, maka jika salah satu dari keduanya itu dicabut, tercabut pulalah yang lainnya." (HR. Al Hakim, sahih) "Sesungguhnya setiap agama itu mempunyai akhlak, dan akhlak Islam adalah rasa malu." (HR. Malik, Ibnu Majah, Al Hakim, sahih) 5
  6. 6. PENGAJIAN ISLAM AKHLAK .::SIFAT YANG PERLU ADA PADA SESEORANG YANG BERSIFAT IFFAH::.• Malu• Sopan• Baik hati• Sabar• Murah hati• Wasatiyah• Kebersihan• Dedikasi• Kebebasan• Qanaah• Berdisiplin• Daya usaha• Sejahtera• Wara’• Menghargai masa 6
  7. 7. PENGAJIAN ISLAM AKHLAK .::KISAH TELADAN::.Nabi Yusuf dan godaan Zulaikha DAN wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu seraya berkata:"Marilah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itudengan Yusuf dan Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andai dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar kami memalingkan daripadanyakemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih. (Yusuf: 23-24) Zulaikha merupakan isteri kepada pembesar Mesir yang membeli Nabi Yusuf daripada rombongan kalifah yang menjualkan. Zulaikha tertarik dengan ketampananyang dimiliki oleh Nabi Yusuf. Ketampanan Nabi Yusuf ini juga telah membuatkan Zulaikha jatuh cinta terhadapnya. Pada suatu hari, Zulaikha berniat untuk menggoda Nabi Yusuf. Ketika itu, suaminya tidak ada di rumah. Zulaikha telah menutup kesemua pintu rumahnya lalumendekati Nabi Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, kemarilah engkau ke sini," ajak Zulaikha. "Aku berlindung kepada Allah dan memohon keampunan daripada-Nya. Sesungguhnya suamimu telah memperlakukan aku dengan baik," jawab Nabi Yusuf. Zulaikha tidak mengendahkan kata-kata Nabi Yusuf itu. Zulaikha menghulurkan tangannya untuk memeluk Nabi Yusuf tetapi Nabi Yusuf berjaya mengelakkandirinya. Nabi Yusuf terus berlalu ke muka pintu. Zulaikha mengejarnya dan sempat menarik baju Nabi Yusuf sehingga terkoyak. Pintu bilik terus dibuka. Zulaikha amat terkejut apabila melihat suaminya berdiri di muka pintu. Pembesar tersebut memandang mereka dengan wajah yang penuhcuriga. Untuk membela dirinya, Zulaikha telah menuduh Nabi Yusuf cuba menggodanya. "Wahai suamiku, balasan apakah yang patut diberikan kepada orang yang cuba menggoda isterimu?" kata Zulaikha, berpura-pura tidak bersalah. "Dia yang menggodaku. Aku menolak ajakan isterimu, lantas dia menarik bajuku lalu terkoyak," jelas Nabi Yusuf sebagai membela dirinya. Pembesar tersebut mendengar penjelasan daripada Zulaikha dan juga Nabi Yusuf. Untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan, pembesar itu telah mengambilseorang saksi daripada ahli keluarga untuk mengadili perkara tersebut. "Jika pakaian Yusuf ini koyak di hadapan, maka kata-kata Zulaikha itu benar dan Yusuf telah berdusta. Tetapi, jika baju itu koyak di belakang, maka Zulaikhalah yangberdusta dan Yusuf bercakap benar," kata wanita itu. 7
  8. 8. PENGAJIAN ISLAM AKHLAK Apabila melihat kepada pakaian Nabi Yusuf itu, maka terbuktilah bahawa Zulaikha yang berdusta dalam perkara itu. Pembesar tersebut meminta maaf dan Nabi Yusuf akhirnya terlepas daripada fitnah yang dilemparkan oleh Zulaikha.BibliografiAl-Quran al-Karim.(n.d.). Retrieved from http://homiket.wordpress.com/2007/05/31/iffah-lambang-kemulian-wanita/(n.d.). Retrieved from http://blog.re.or.id/iffah-sebuah-kehormatan-diri.htm(n.d.). Retrieved from http://azzariyat.com/blog/2009/07/18/iffah-mendidik-nafsu/(n.d.). Retrieved from http://www.kajianislam.net/modules/smartsection/item.php?itemid 8

×