SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KONSEP DAN PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT

                                      Oleh

                          Shamsiah Bt. Mohd. Amin
                          Shahrulbanun Bt. A.Ghani
                             Azaiah Bt . Ab. Latib
                              Fakulti Pendidikan
                         Universiti Teknologi Malaysia


Abstrak:     Kertas kerja ini menjelaskan tentang konsep serta perlaksanaan
sekolah selamat di peringkat sekolah. Program Sekolah Selamat merupakan
salah satu kaedah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan
tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan
dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan,
aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi. Di harapkan
aspek keselamatan diambil berat dan mampu dipertingkatkan serta merasai
sebagai tanggungjawab oleh semua pihak, pentadbir sekolah, guru, kakitangan
sekolah, murid-murid, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan masyarakat sekitar.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mewujudkan sekolah yang
lebih selamat. Langkah-langkah itu akan didedahkan kepada semua pihak
sehingga tahap memahami, menghayati, mengamalkannya seterusnya menjadi
budaya kehidupan murid, guru, ibu bapa, masyarakat dan badan pertubuhan
setempat. Usaha ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa
berada ditahap selamat yang tinggi dan menyakinkan kepada semua pihak.




Abstract:      This paperwork explains the concept safety in establishing safety
among schools in different levels. The school safety programme is introduced
by the Ministry of Education to explain the method and proper procedures
including exposure among students, parents, teachers and individual. Those
who are involved in school environment, play important roles to make it
sucessful for the school safety in the aspect at physical, development, students
activities, disaster, social and the location of the school. The aspects of safety
are important and drastic improvement should be taken as everybody has their
responsibilities. This effect school administrations, teacher, students, parents,
NGO and society. The are varieties of way to implement school safety. The first
step to expose the level of understanding, providing correct implementation and
produce according to daily life it is a norm of culture among students, teachers,




                                                                            Muka surat 1/13
parents, society and others organizations. Full initiations provide the same level of
             society in school best level will motivate convincing others in them.




Pengenalan

          Sejak kebelakangan ini media massa sering membuat liputan tentang keadaan keselamatan di
sekolah malahan Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004 memaklumkan untuk menutup lebih
60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat kerana pelbagai masalah seperti dinding
dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran di bahagian bumbung dan siling serta masalah anai-
anai. Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak seharus terbatas
kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata,
tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-
sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994
serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan.

        Menurut beliau walaupun keutamaan akta tersebut untuk melindungi pekerja, tetapi ia termasuk
juga peruntukan mencukupi bagi melindungi ``perkara-perkara lain'' yang terjejas. Lee berkata selaras
dengan akta itu, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran yang mewakili majikan, mempunyai
tanggungjawab am bagi memastikan keselamatan dan kebajikan guru dan kakitangan sokongan serta
melindungi pelajar dan pelawat.

         Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi, dan
model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kecemerlangan murid serta guru. Pihak
sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti setempat seharusnya bertanggungjawab untuk sama-sama
mewujudkan dan melaksanakan “Polisi Sekolah Selamat”.

         Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, dan membakar sekolah oleh pelajar yang semakin menjadi-
jadi isu yang hangat diperkatakan.     Setiap hari terdapat sahaja laporan akhbar menceritakan tentang
keselamatan pelajar. Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenai seorang pelajar tingkatan 5
MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk dan lebam di badan selepas di pikul oleh
lima rakan di asrama. Pada bulan Julai pula seorang pelajar sekolah agama di Kuantan (Muhammad
Afiq Qusyairi Baharuddin) telah dibelasah pelajar senior di asrama dan mengalami kecederaan serius
iaitu hampir lumpur akibat kecederaan di tulang belakang. Diikuti pula berita lebih 100 orang pelajar
ting 4 dan 5 S.M. Teknik Seberang Perai dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana disyaki
mengalami keracunan makanan.Pada awal bulan Ogos 2005, seorang pelajar perempuan sekolah
menengah di daerah Johor Bahru yang dalam perjalanan ke sekolah telah dilarikan dan dirogol beramai-
ramai oleh sekumpulan lelaki. Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Cina telah meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah yang lantainya telah
dimakan anai-anai.

         Sebanyak 40 peratus daripada jumlah sekolah di Malaysia 459 daripada 1560 buah sekolah di
seluruh negara menghadapi risiko yang tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan pelajarnya
seperti mencuri, mencabul, mengugut, merogol, dan membunuh (Dewan Masyarakat, Jun 2000).
Sebelum ini, pelbagai laporan kes buruk sudah dilaporkan membabitkan pelajar dan sekolah seperti guru
diserang pelajar dan ibu bapa, pelajar dipukul di depan pagar sekolah, perbuatan samseng serta lain-lain
perbuatan yang dianggap mengancam keselamatan institusi sekolah. Kes-kes keruntuhan moral dan
akhlak dan insiden-insiden kemalangan yang meragut nyawa pelajar sentiasa diberi liputan yang meluas.
Kes-kes yang turut mendapat perhatian ialah kes-kes berhubung kejadian kebakaran dan dakwaan-
dakwaan jenayah atau sivil yang dikenakan ke atas pentadbir dan guru-guru di sekolah.

        Pelbagai perdebatan timbul dan masing-masing menunding jari kepada pihak lain mengenai
keadaan disiplin dan keselamatan sekolah membabitkan ibu bapa, Kementerian Pelajaran, polis, dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pelbagai cadangan dan tindakan dibuat untuk mengatasi masalah


                                                                                     Muka surat 2/13
berkenaan tetapi sehingga kini masalah keselamatan sekolah dan disiplin, terutama pelajar-pelajar
     sekolah masih tiada penghujungnya.

         Oleh itu, kertas kerja ini akan menghuraikan tentang apa yang dikatakan sebagai konsep sekolah
selamat dan bagaimana pihak pentadbir atau pengetua memainkan peranan untuk mewujudkan keadaan
sekolah yang lebih selamat pada masa kini dan akan datang.

Definisi Dan Konsep Sekolah Selamat

         Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan
persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa
hadapan.

         Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan
guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga
merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan
perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang
mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan
yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

          Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang
selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang
sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard
yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat
membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga
adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi
fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang
serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius,
serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang
berbahaya.

         Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan
dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar
berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke
sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.


                                                   Sekolah
          Keluarga                                                                    Masyarakat
                                                    yang
        yang selamat                                                                yang selamat
                                                   selamat



                                  Rajah: Model Sekolah Selamat
   Sumber: National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United States. Hlm.3


         Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan
sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak
diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan
melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya
aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa
sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan
keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.

          Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya
terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang
boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi
struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.



                                                                                      Muka surat 3/13
Prinsip-Prinsip Sekolah Selamat
Menurut Quin Mary Magee et al. (1998) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang mempunyai
persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

          a.      Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah
                  Para pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru,
                  langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan
                  pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah
                  laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan.

          b.      Sekolah selamat adalah sebuah keluarga
                  Para pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan sokongan
                  terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua kakitangan dan
                  pelajar.

          c.      Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan
                  menghormati semua pelajar
                  Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan
                  mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar.

          d.      Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi
                  Pelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkah
                  laku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalam
                  pembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dan
                  sekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut.

          e.      Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi
                  Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga sentiasa
                  bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang terlatih
                  memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan menghasilkan
                  persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dan
                  membina.

          f.      Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik
                  Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-keperluan,
                  menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan menyelaraskan
                  perkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar.

          g.      Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan
                  Pihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada semua
                  pelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai
                  risiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap pelajar yang
                  mengalami masalah tingkah laku yang serius.

    h.    Sekolah selamat mempersepsikan sekolah sebagai sebahagian daripada komuniti

                  Sekolah melibatkan ibu bapa, pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahli
                  perniagaan, para remaja, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak untuk
                  mewujudkan sekolah dan komuniti yang selamat.

          Beyer (1997) pula mencadangkan bahawa prinsip-prinsip pelaksanaan sekolah yang selamat
adalah:
          a.      Pasukan perancang sekolah perlu sentiasa berbincang
                  Pasukan perancangan sekolah yang selamat sering berkumpul dan berbincang.
                  Tujuannya bagi mengenalpasti masalah dan mewujudkan       pasukan kerja yang
                  padu.
          b.      Mengelola penilaian sekolah



                                                                                    Muka surat 4/13
Mengelola segala penilaian sekolah yang selamat agar segala kekurangan          atau halangan yang
     mungkin timbul dapat diatasi segera. Perubahan yang          sesuai perlu diterapkan untuk
                penambahbaikan dan dasar pencegahan lebih            berkesan.

        c.       Menyusun strategi dan implementasi mencegah ancaman
                 Tingkatkan strategi dan implementasikan pencegahan bagi mengelakkan
                 ancaman atau keganasan. Program-program pencegahan perlu disebar luaskan kepada
        seluruh warga sekolah atau komuniti agar mereka sentiasa      peka dengan keselamatan dan
        mengekalkan keharmonian sekolah.             Misalnya, tentang peraturan keluar dan masuk dari
        sekolah, penggunaan kenderaan ke sekolah dan sebagainya. Begitu juga amalan atau tindak laku
                 yang terpuji dan kurang baik perlu diberitahu kepada warga sekolah.

        d.      Melibatkan komuniti setempat dengan pihak sekolah
                Kenalkan dan sebar luaskan Pasukan Sokongan Komuniti. Aktiviti-aktiviti         atau
        sumbangan yang dilaksanakan oleh pihak komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru
        (PIBG) perlu dimaklumkan kepada masyarakat          sekeliling dan warga sekolah. Ini bertujuan
        supaya sumbangan mereka            dihargai dan diperlukan oleh pihak sekolah. Cara ini juga
        akan menjadikan pelajar-pelajar rasa dihargai dan dilindungi oleh ibu bapa mereka walaupun
        ketika mereka sedang berada di sekolah.

        e.        Pelan tindak balas krisis
                  Tingkatkan pelan tindak balas krisis. Sekiranya perancangan bagi      menangani
        masalah kurang bersesuaian dengan masalah yang timbul, pelan            tindakan krisis perlu
        diubah suai dan penambahbaikan. Tindakan ini bagi menjimatkan masa dan tenaga yang
        terlibat serta dapat mengawal iklim keselamatan sekolah agar sentiasa terjamin.

        f.       Pemantauan berterusan
                 Pemantauan yang berterusan oleh penyelia. Pihak pengurusan dan    kepimpinan
        sekolah semestinya sentiasa mempastikan kumpulan keselamatan sekolah sentiasa peka dengan
        keselamatan sekolah mengikut      prosedur yang telah dipiawaikan.

Objektif Sekolah Selamat

a)      Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
b)      Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
c)      Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d)      Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
e)      Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
f)      Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.
g)      Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.
h)      Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan
        perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
i)      Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan,
        kecemasan, kemalangan dan mala petaka.



Cara-Cara Mewujudkan Sekolah Yang Lebih Selamat
         Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita
mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang
selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan
sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. Howard (1981)
menggariskan 6 faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin,
keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum.

         Mankala menurut Comer (1998), perancangan sekolah yang selamat adalah rangka kerja
tindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang. Ia menjurus
kepada aspek-aspek pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah daripada elemen-elemen negatif
seperti bebas dari dadah, keganasan, ketakutan dan keadaan yang tidak memungkinkan pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.


                                                                                     Muka surat 5/13
Usaha mewujudkan perancangan sekolah yang selamat ini juga adalah satu proses yang
      panjang, sistematik dan komprehensif. Justeru, untuk mencapai kejayaan yang optimum
memerlukan penglibatan semua pihak secara sistematik. Terdapat beberapa pendekatan pencegahan dan
kesedaran harus difikirkan oleh pihak pentadbir atau pengetua supaya sekolah itu terhindar daripada
gejala-gejala berkenaan.

a.       Kepemimpinan yang berkesan
         Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi,
menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan
kakitangah, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan
dan pelajar menyelesaikan masalah dan menghapuskan konflik (Hussein Mahmood, 1993). Kepimpinan
efektif yang diamalkan oleh pengetua dan pengurus sekolah akan mewujudkan budaya sekolah yang
harmonis.

b.       Tumpuan kepada pencapaian akademik
         Kita mesti mempercayai bahawa semua pelajar mampu dan boleh mencapai tahap akademik
yang baik dan bertingkah laku yang baik. Kebanyakan kes yang melibatkan keganasan dilakukan oleh
pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dan tidak mempunyai minat belajar menyebabkan
mereka cenderung bertingkahlaku negatif. Justeru, pengetua sebagai pengurus, prioriti harus ditumpukan
kepada usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik kepada seluruh pelajar. Pendekatan pengajaran
atau kurikulum yang memberi peluang pelajar merasai kejayaan dalam kerjanya akan membibitkan rasa
minat mereka terhadap belajar dan sekali gus mengurangkan kekecewaan yang mendorong kepada
kekecewaan dan masalah disiplin di kalangan pelajar (Howard, 1981).

c.       Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat
         Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau
komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan
kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin
bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak
sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan
di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu
memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.

d.       Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf
         Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan
untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar
dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu
daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995).

e.       Membincangkan isu keselamatan secara terbuka
         Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran,
peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti
ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan mengenai
keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah.
Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh
guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran
bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri
masing-masing.

f.       Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada pelajar
         Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada konflik di sekolah adalah kerana layanan yang
tidak adil kepada pelajar berdasarkan jantina, ras, kebolehan, kelas sosial, agama, orientasi seks,
penampilan fizikal dan lain-lain faktor oleh guru dan rakan sebaya. Oleh itu, pelajar yang menerima
layanan yang sedemikian akan menjauhkan diri dan cenderung menjadi sasaran kepada keganasan. Oleh
itu, komunikasi berkesan haruslah dipentingkan dan menganggap semua pelajar dan guru dihormati.

        Antara usaha-usaha yang boleh dijalankan ialah mengimplimentasikan dan menerapkan elemen-
elemen pemberian ganjaran, pemupukan dan penyuburan nilai-nilai murni, hak untuk membela diri dalam
kes-kes disiplin, rasionaliti dalam mengambil tindakan, konsep penyayang, menganggap semua pelajar
berpotensi untuk berjaya, dan menganggap sekolah sebagai syurga kehidupan pelajar dalam semua aspek



                                                                                     Muka surat 6/13
pelaksanaan aktiviti persekolahan. Budaya “caring” perlu dijadikan sebagai satu amalan yang
     berterusan di kalangan warga sekolah.


g.       Kawalan keluar masuk sekolah
         Sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini mengenai
pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk yang diberikan kepada
ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam persekolahan. Pengawal keselamatan
yang bertugas 24 jam dan pondok keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini.
Prosedur yang spesifik ke atas pelawat juga boleh diwujudkan untuk mengesan pelawat atau penceroboh.
Tindakan ini dirasakan dapat mengawal pergerakan orang yang tidak dikenali dalam kawasan sekolah
dan akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah atau polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika
sesuatu berlaku.

h.       Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
         Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi
sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang
selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan
semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan
selamat.Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran
sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di
antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar
angin dalam kawasan sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah pula melibatkan penyediaan
pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah dan memastikan risiko berlakunya
kemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau pondok bacaan runtuh dan
sebagainya.

i.        Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah
          Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada
Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja-
pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara
tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan
di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan pelajar.
          Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual
di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak
komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar.
Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan
bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Bagi
meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah
dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan penyelamat dan hospital berhampiran perlu
diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan.

        Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Surat Pekeliling Ikhtisas mengenainya
perlu dipatuhi. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan
kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996) mencadangkan supaya pengurusan
sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

j.       Pernyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan keselamatan
          Misi sekolah juga seharusnya memasukkan elemen keselamatan sekolah, pelajar dan guru
(National Educational Association, 1996). Ini penting supaya amalan pengurusan sekolah baik dalam
pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain mengambilkira keselamatan sebagai indikator
piawai keberkesanannya. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu menjaga
keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, tidak akan timbul
insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang pelajar sekolah menengah di Raub
Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita Minggu, 1999).

        Pengetua perlulah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan, undang-undang,
akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran, Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat



                                                                                      Muka surat 7/13
siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku
     Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan, didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami
dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di sekolah.

k.       Mewujud dan memanfaatkan jawatankuasa sokongan sekolah
         Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti (Necholson,1985). Oleh itu, sekolah
perlu menubuh dan menafaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah,
Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam merancangn langkah-langkah keselamatan pelajar.
Contohnya, Briged Komuniti yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah di Johor sejak tahun 1991 yang
dianggotai oleh wakil-wakil komuniti seperti PIBG, RELA, Polis, Pejabat Kesihatan, Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampuang (JKKK), Pemadam, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang berfungsi antaranya untuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin
dan mempertingkatkan aspek keselamatan sekolah wajar diteruskan dan diperluaskan peranannya.
Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah dan pihak polis
dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar
sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).

l.        Mewujudkan sistem pelaporan dan aduan
          Pengetua sekolah juga perlu mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan
tentang insiden atau orang-orang yang berniat jahat. Oleh itu, sistem aduan dalaman boleh diwujudkan
untuk memberi peluang kepada warga sekolah seperti guru, staf sokongan dan pelajar selain masyarakat
luar sekolah untuk membuat aduan, komen, dan pandangan-pandangan mengenai sekolah kita.
Maklumat-maklumat yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan sekolah.

m.       Mempertingkatkan mutu disiplin
         Disiplin dalam darjah penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh
itu disiplin dalam bilik darjah yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa
bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlakunya. Keadaan ini akan lebih berkesan apabila para pelajar
telah menerima struktur peraturan / disiplin sekolah sebagai suatu undang-undang dan bukannya semata-
mata mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir sekolah. Ketidakhadiran pelajar
khususnya yang melibatkan kes ponteng yang serius juga perlu ditangani dengan sewajarnya kerana ia
boleh memberi impak langsung dalam pencapaian pelajar dan merendahkan self-esteemnya. Bermula
dengan kegagalan akademik, rasa rendah diri, kecewa dan hilang minat terhadap belajar akan mendorong
pelajar bersikap agresif dan merosakkan harga awam (Glasser, 1969).

n.       Administrative Guide sebagai panduan dalam pengurusan sekolah
         Dalam konteks ini pengetua boleh mewujud dan mengamalkan “administrative guide” yang
menekankan keselamatan sekolah dalam mengurus sekolah. “Administrative guide” ini boleh
diwujudkan berdasarkan peraturan-peraturan yang ada di sekolah, dokumen-dokumen rasmi dari
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Pekeliling Perkhidmatan,
Pekeliling Perkhidmatan, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, Arahan Perbendaharaan, surat-surat siaran
dan panduan-panduan yang dikeluarkan berkaitan disiplin dan sebagainya. Dengan cara ini pihak
pentadbir mampu mengurus sekolah dengan lebih sistematik dan berkesan.

         “Administrative guide” ini bukan sahaja perlu difahami dan dihayati oleh pengetua selaku ketua
jabatan di sekolah tetapi juga oleh semua guru yang terlibat dalam tugas mengikut bidang masing-
masing. Contohnya, guru penyelaras keselamatan dan kebakaran sekolah mempunyai administrative
guide mengenai langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran di sekolah. Melalui cara ini,
guru akan melaksanakan tugas berpandukan kepada “administrative guide” yang ada untuk mengelakkan
wujudnya masalah-masalah yang berkaitan dengan tugasnya.




                                                                                     Muka surat 8/13
PENGERUSI
                         PENGETUA / GURU BESAR



                           SETIAUSAHA
               GURU KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH /
                 GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH



                         AHLI JAWATANKUASA
                                PIBG
                                POLIS
                       BOMBA DAN PENYELAMAT
                      PEJABAT BELIA DAN SUKAN
                   PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT
                    PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN
                          PEJABAT KESIHATAN
                        JAWATANKUASA MASJID
                            WAKIL PELAJAR
                       JAWATANKUASA OPERASI


                    Jawatankuasa Sekolah Selamat




                                            1)    JKO KESELAMATAN
                                                  AKTIVITI MURID

                                            2)    JKO KESELAMTAN
                                                  BENCANA ALAM
        JAWATANKUASA
        OPERASI ( JKO )                     3)    JKO KESELAMATAN
         PROGRAM SEKOLAH                          FIZIKAL & BANGUNAN
             SELAMAT                              SEKOLAH

                                            4)    JKO KESELAMATAN
                                                  SOSIAL

                                            5)    JKO KESELAMATAN
                                                  PERSEKITARAN DAN
                                                  LOKASI SEKOLAH




 JKO KESELAMATAN                                 JKO KESELAMTAN
  AKTIVITI MURID                                  BENCANA ALAM



    Diri Murid semasa                               Kebakaran
perjalanan pergi dan balik
         sekolah

                                                  Perubahan Cuaca
Menjalankan aktiviti Koko
                                                   Wabak penyakit
     Kegiatan Luar


Tatacara Tindakan apabila
   berlaku kemalangan




                                                                   Muka surat 9/13
3)     JKO KESELAMATAN FIZIKAL
                        & BANGUNAN SEKOLAH




                Tandas                     Bengkel


              Peralatan                 Makmal Sains

            Pusat Sumber              Stor / Kebun Sains


       Kerosakan Perabot Kelas        Penghuni Asrama

        Padang dan Gelanggang       Kawasan Sunyi & Gelap
             Permainan

       Keselamatan Pendawaian       Semua Bangunan dalam
        & Peralatan Elektrik           Kawasan Sekolah




  JKO KESELAMATAN                         JKO KESELAMATAN
       SOSIAL                             PERSEKITARAN DAN
                                           LOKASI SEKOLAH



        Peras ugut                    Kawasan berair bergerak/statik


                                            Sekolah berhampiran
    Sumbang Mahram                            J/Raya/Keretapi



      Ganguan Seksual
                                        Kawasan perumahan/Bandar
                                                  Besar
    Membuli/Pelacoan

                                           Kawasan Pendalamam

   Keharmonian kaum di
         sekolah
                                      Kawasan Rancangan /FELDA

Keselamatan gangguan emosi
       dan Rohani




                                                           Muka surat 10/13
Implikasi Sekolah Selamat

Carolyn (1998) menggariskan beberapa implikasi yang dapat dilihat sekiranya sekolah yang selamat
dapat diwujudkan. Antaranya ialah:

        i.      Misi, visi dan matlamat sekolah jelas kepada seluruh warga sekolah.
        ii.     Iklim pembelajaran wujud dan penumpuan utama sekolah ialah kepada peningkatan
                potensi pelanggan yang sentiasa berurusan.
        iii.    Hubungan interpersonal antara guru, pelajar, ibu bapa, pengetua dan staff berjalan secara
                telus dan saling mempercayai.
        iv.     Komuniti akan merasai kepunyaan terhadap sekolah.
        v.      Kualiti dan standard pelajar sentiasa pada tahap yang tinggi.
        vi.     Masalah sekolah akan diselesaikan secara kolaboratif.
        vii.    “Team Work” akan terbina dengan harmoni dan bekerja secara proaktif.
        viii.   Kepakaran staf sentiasa berkembang secara berterusan.
        ix.     Perkhidmatan berteraskan kualiti dan penuh mesra.
        x.      Peraturan dan interaksi dijadikan landasan melaksanakan tanggungjawab.
        xi.     Kecuaian dapat dielakkan dan komitmen bekerja sentiasa tinggi.

Polisi Sekolah Selamat perlu dianggap sebagai ‘part and parcel’ di dalam membantu dan melengkapkan
usaha mendidik pelajar-pelajar. Polisi Sekolah Selamat akan memberi satu ransangan untuk menunaikan
tanggungjawab dalam keadaan yang tenang dan menyeronokkan


Kesimpulan

Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu
dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah
termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti
termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu
dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan
berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.




                                                                                     Muka surat 11/13
Rujukan

Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. “Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di
Sekolah.” http://www.utusan online .com.my

Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 7 Jun 2004. “19 Pelajar Cedera, Paip Gas Makmal Meletup.”
http://www.utusan online .com.

Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. “Lebih 100 Pelajar sisyaki Keracunan Makanan. ”
http://www.utusan online .com.my

Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. “Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang.”

Azrina Ahzan (1999). “Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah”. Berita Minggu 11 Jun
1999.Halaman 4.


Beyer, D. (1997). “School Safety and The Legal Rights of Students”.No.121.

Carolyn, R.Pool (1998). “A Safe And Caring Place”. Jurnal Association for Supervision and Curriculum
Developmental.Vol.21, 1998.


Comer, J.P. (1998). “Model of The School Development Program Success”. New Haven,
CT: Comer School Development Programme, Yale Child Study Center.


Glasser, W. (1969). “School Without Failure”.New York: Harper & Row Publishers.

    Haslina Hassan (2000). “Gejala Gangsterisme di Kalangan Pelajar: Fenomena yang Meresahkan”.
    Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 14-16.


    Hussein Mahmood (1993). “Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”. Kuala Lumpur: Dewan
    Bahasa Dan Pustaka.


Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999. Penubuhan Kelab Pencegahan
Jenayah di Sekolah Menengah.


    Mohd.Ismail Othman (2004). “Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar”. Pahang: PTS
    Publications & Distributions Sdn.Bhd.


National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States.

Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). “ Safe Schools: You Can’t Do It Alone”.Phi Delta
Kappan, Volume 66, Number 7, pg 491-496.


Quin, Mary Magee.et al. (1998). “Safe, Drug-Free and Effective Schools for All Students: What Works”!


Ronald, D. Stephens. (1996). “The Art of Safe School Planning: 40 ways to Manage and Control Student
Discruiton”. AASA.Number 2, Volume 53.
http://www.aasa.orang/SA/feb9601.htm.


                                                                                    Muka surat 12/13
Salleh Buang (1996). “Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material”. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.




                                                                              Muka surat 13/13

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kertas kerja guru penyayang ( SSDM )
Kertas kerja guru penyayang ( SSDM )Kertas kerja guru penyayang ( SSDM )
Kertas kerja guru penyayang ( SSDM )Noraini Sahirin
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)En Asyraf
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHIskandar9844
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...Mohd Suhaimin Isnen
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Jamaludin Mohamad Nawi
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
Kelas Pemulihan
Kelas PemulihanKelas Pemulihan
Kelas PemulihanVince Here
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovwan nurul uliana
 
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Teacher Nasrah
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeNor Saroni
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 

Was ist angesagt? (20)

Kertas kerja guru penyayang ( SSDM )
Kertas kerja guru penyayang ( SSDM )Kertas kerja guru penyayang ( SSDM )
Kertas kerja guru penyayang ( SSDM )
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Laporan(bdk)
Laporan(bdk)Laporan(bdk)
Laporan(bdk)
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Pengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBSPengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBS
 
Tajuk : Kod etika keguruan
Tajuk : Kod etika keguruanTajuk : Kod etika keguruan
Tajuk : Kod etika keguruan
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Kelas Pemulihan
Kelas PemulihanKelas Pemulihan
Kelas Pemulihan
 
Andragogi vs pedagogi
Andragogi vs pedagogiAndragogi vs pedagogi
Andragogi vs pedagogi
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 

Ähnlich wie Sekolah selamat

Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatrajnand
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatPutry Lily
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamatismailzaini
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)FernyelizaStephen
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranfatimah Baharin
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanTanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanEdmond Manogaran
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahFADHILATUNJAMIE
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Article Text-.pdf
Article Text-.pdfArticle Text-.pdf
Article Text-.pdfGinny Teow
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 

Ähnlich wie Sekolah selamat (20)

Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Kertas
KertasKertas
Kertas
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamat
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
 
Mantap disiplin
Mantap disiplinMantap disiplin
Mantap disiplin
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
sekolah selamat
sekolah selamat sekolah selamat
sekolah selamat
 
Sekolah Selamat 1
Sekolah Selamat 1Sekolah Selamat 1
Sekolah Selamat 1
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Bahan asgmn kebersiha2
Bahan asgmn kebersiha2Bahan asgmn kebersiha2
Bahan asgmn kebersiha2
 
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanTanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
 
Present
PresentPresent
Present
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Teks ucapan kpn
Teks ucapan kpnTeks ucapan kpn
Teks ucapan kpn
 
Article Text-.pdf
Article Text-.pdfArticle Text-.pdf
Article Text-.pdf
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 

Sekolah selamat

  • 1. KONSEP DAN PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT Oleh Shamsiah Bt. Mohd. Amin Shahrulbanun Bt. A.Ghani Azaiah Bt . Ab. Latib Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kertas kerja ini menjelaskan tentang konsep serta perlaksanaan sekolah selamat di peringkat sekolah. Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi. Di harapkan aspek keselamatan diambil berat dan mampu dipertingkatkan serta merasai sebagai tanggungjawab oleh semua pihak, pentadbir sekolah, guru, kakitangan sekolah, murid-murid, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan masyarakat sekitar. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mewujudkan sekolah yang lebih selamat. Langkah-langkah itu akan didedahkan kepada semua pihak sehingga tahap memahami, menghayati, mengamalkannya seterusnya menjadi budaya kehidupan murid, guru, ibu bapa, masyarakat dan badan pertubuhan setempat. Usaha ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada ditahap selamat yang tinggi dan menyakinkan kepada semua pihak. Abstract: This paperwork explains the concept safety in establishing safety among schools in different levels. The school safety programme is introduced by the Ministry of Education to explain the method and proper procedures including exposure among students, parents, teachers and individual. Those who are involved in school environment, play important roles to make it sucessful for the school safety in the aspect at physical, development, students activities, disaster, social and the location of the school. The aspects of safety are important and drastic improvement should be taken as everybody has their responsibilities. This effect school administrations, teacher, students, parents, NGO and society. The are varieties of way to implement school safety. The first step to expose the level of understanding, providing correct implementation and produce according to daily life it is a norm of culture among students, teachers, Muka surat 1/13
  • 2. parents, society and others organizations. Full initiations provide the same level of society in school best level will motivate convincing others in them. Pengenalan Sejak kebelakangan ini media massa sering membuat liputan tentang keadaan keselamatan di sekolah malahan Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004 memaklumkan untuk menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat kerana pelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran di bahagian bumbung dan siling serta masalah anai- anai. Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah- sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan. Menurut beliau walaupun keutamaan akta tersebut untuk melindungi pekerja, tetapi ia termasuk juga peruntukan mencukupi bagi melindungi ``perkara-perkara lain'' yang terjejas. Lee berkata selaras dengan akta itu, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran yang mewakili majikan, mempunyai tanggungjawab am bagi memastikan keselamatan dan kebajikan guru dan kakitangan sokongan serta melindungi pelajar dan pelawat. Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi, dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kecemerlangan murid serta guru. Pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti setempat seharusnya bertanggungjawab untuk sama-sama mewujudkan dan melaksanakan “Polisi Sekolah Selamat”. Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, dan membakar sekolah oleh pelajar yang semakin menjadi- jadi isu yang hangat diperkatakan. Setiap hari terdapat sahaja laporan akhbar menceritakan tentang keselamatan pelajar. Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenai seorang pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk dan lebam di badan selepas di pikul oleh lima rakan di asrama. Pada bulan Julai pula seorang pelajar sekolah agama di Kuantan (Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin) telah dibelasah pelajar senior di asrama dan mengalami kecederaan serius iaitu hampir lumpur akibat kecederaan di tulang belakang. Diikuti pula berita lebih 100 orang pelajar ting 4 dan 5 S.M. Teknik Seberang Perai dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana disyaki mengalami keracunan makanan.Pada awal bulan Ogos 2005, seorang pelajar perempuan sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang dalam perjalanan ke sekolah telah dilarikan dan dirogol beramai- ramai oleh sekumpulan lelaki. Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina telah meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah yang lantainya telah dimakan anai-anai. Sebanyak 40 peratus daripada jumlah sekolah di Malaysia 459 daripada 1560 buah sekolah di seluruh negara menghadapi risiko yang tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan pelajarnya seperti mencuri, mencabul, mengugut, merogol, dan membunuh (Dewan Masyarakat, Jun 2000). Sebelum ini, pelbagai laporan kes buruk sudah dilaporkan membabitkan pelajar dan sekolah seperti guru diserang pelajar dan ibu bapa, pelajar dipukul di depan pagar sekolah, perbuatan samseng serta lain-lain perbuatan yang dianggap mengancam keselamatan institusi sekolah. Kes-kes keruntuhan moral dan akhlak dan insiden-insiden kemalangan yang meragut nyawa pelajar sentiasa diberi liputan yang meluas. Kes-kes yang turut mendapat perhatian ialah kes-kes berhubung kejadian kebakaran dan dakwaan- dakwaan jenayah atau sivil yang dikenakan ke atas pentadbir dan guru-guru di sekolah. Pelbagai perdebatan timbul dan masing-masing menunding jari kepada pihak lain mengenai keadaan disiplin dan keselamatan sekolah membabitkan ibu bapa, Kementerian Pelajaran, polis, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pelbagai cadangan dan tindakan dibuat untuk mengatasi masalah Muka surat 2/13
  • 3. berkenaan tetapi sehingga kini masalah keselamatan sekolah dan disiplin, terutama pelajar-pelajar sekolah masih tiada penghujungnya. Oleh itu, kertas kerja ini akan menghuraikan tentang apa yang dikatakan sebagai konsep sekolah selamat dan bagaimana pihak pentadbir atau pengetua memainkan peranan untuk mewujudkan keadaan sekolah yang lebih selamat pada masa kini dan akan datang. Definisi Dan Konsep Sekolah Selamat Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya. Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri. Sekolah Keluarga Masyarakat yang yang selamat yang selamat selamat Rajah: Model Sekolah Selamat Sumber: National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United States. Hlm.3 Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Muka surat 3/13
  • 4. Prinsip-Prinsip Sekolah Selamat Menurut Quin Mary Magee et al. (1998) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang mempunyai persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip tersebut ialah: a. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah Para pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru, langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan. b. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga Para pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan sokongan terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua kakitangan dan pelajar. c. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan menghormati semua pelajar Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar. d. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi Pelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkah laku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalam pembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dan sekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. e. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga sentiasa bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang terlatih memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan menghasilkan persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dan membina. f. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-keperluan, menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan menyelaraskan perkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar. g. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan Pihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada semua pelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai risiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap pelajar yang mengalami masalah tingkah laku yang serius. h. Sekolah selamat mempersepsikan sekolah sebagai sebahagian daripada komuniti Sekolah melibatkan ibu bapa, pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahli perniagaan, para remaja, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak untuk mewujudkan sekolah dan komuniti yang selamat. Beyer (1997) pula mencadangkan bahawa prinsip-prinsip pelaksanaan sekolah yang selamat adalah: a. Pasukan perancang sekolah perlu sentiasa berbincang Pasukan perancangan sekolah yang selamat sering berkumpul dan berbincang. Tujuannya bagi mengenalpasti masalah dan mewujudkan pasukan kerja yang padu. b. Mengelola penilaian sekolah Muka surat 4/13
  • 5. Mengelola segala penilaian sekolah yang selamat agar segala kekurangan atau halangan yang mungkin timbul dapat diatasi segera. Perubahan yang sesuai perlu diterapkan untuk penambahbaikan dan dasar pencegahan lebih berkesan. c. Menyusun strategi dan implementasi mencegah ancaman Tingkatkan strategi dan implementasikan pencegahan bagi mengelakkan ancaman atau keganasan. Program-program pencegahan perlu disebar luaskan kepada seluruh warga sekolah atau komuniti agar mereka sentiasa peka dengan keselamatan dan mengekalkan keharmonian sekolah. Misalnya, tentang peraturan keluar dan masuk dari sekolah, penggunaan kenderaan ke sekolah dan sebagainya. Begitu juga amalan atau tindak laku yang terpuji dan kurang baik perlu diberitahu kepada warga sekolah. d. Melibatkan komuniti setempat dengan pihak sekolah Kenalkan dan sebar luaskan Pasukan Sokongan Komuniti. Aktiviti-aktiviti atau sumbangan yang dilaksanakan oleh pihak komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dimaklumkan kepada masyarakat sekeliling dan warga sekolah. Ini bertujuan supaya sumbangan mereka dihargai dan diperlukan oleh pihak sekolah. Cara ini juga akan menjadikan pelajar-pelajar rasa dihargai dan dilindungi oleh ibu bapa mereka walaupun ketika mereka sedang berada di sekolah. e. Pelan tindak balas krisis Tingkatkan pelan tindak balas krisis. Sekiranya perancangan bagi menangani masalah kurang bersesuaian dengan masalah yang timbul, pelan tindakan krisis perlu diubah suai dan penambahbaikan. Tindakan ini bagi menjimatkan masa dan tenaga yang terlibat serta dapat mengawal iklim keselamatan sekolah agar sentiasa terjamin. f. Pemantauan berterusan Pemantauan yang berterusan oleh penyelia. Pihak pengurusan dan kepimpinan sekolah semestinya sentiasa mempastikan kumpulan keselamatan sekolah sentiasa peka dengan keselamatan sekolah mengikut prosedur yang telah dipiawaikan. Objektif Sekolah Selamat a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan mala petaka. Cara-Cara Mewujudkan Sekolah Yang Lebih Selamat Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. Howard (1981) menggariskan 6 faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Mankala menurut Comer (1998), perancangan sekolah yang selamat adalah rangka kerja tindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang. Ia menjurus kepada aspek-aspek pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah daripada elemen-elemen negatif seperti bebas dari dadah, keganasan, ketakutan dan keadaan yang tidak memungkinkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Muka surat 5/13
  • 6. Usaha mewujudkan perancangan sekolah yang selamat ini juga adalah satu proses yang panjang, sistematik dan komprehensif. Justeru, untuk mencapai kejayaan yang optimum memerlukan penglibatan semua pihak secara sistematik. Terdapat beberapa pendekatan pencegahan dan kesedaran harus difikirkan oleh pihak pentadbir atau pengetua supaya sekolah itu terhindar daripada gejala-gejala berkenaan. a. Kepemimpinan yang berkesan Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi, menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan kakitangah, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan menghapuskan konflik (Hussein Mahmood, 1993). Kepimpinan efektif yang diamalkan oleh pengetua dan pengurus sekolah akan mewujudkan budaya sekolah yang harmonis. b. Tumpuan kepada pencapaian akademik Kita mesti mempercayai bahawa semua pelajar mampu dan boleh mencapai tahap akademik yang baik dan bertingkah laku yang baik. Kebanyakan kes yang melibatkan keganasan dilakukan oleh pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dan tidak mempunyai minat belajar menyebabkan mereka cenderung bertingkahlaku negatif. Justeru, pengetua sebagai pengurus, prioriti harus ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik kepada seluruh pelajar. Pendekatan pengajaran atau kurikulum yang memberi peluang pelajar merasai kejayaan dalam kerjanya akan membibitkan rasa minat mereka terhadap belajar dan sekali gus mengurangkan kekecewaan yang mendorong kepada kekecewaan dan masalah disiplin di kalangan pelajar (Howard, 1981). c. Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan. d. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995). e. Membincangkan isu keselamatan secara terbuka Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing. f. Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada pelajar Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada konflik di sekolah adalah kerana layanan yang tidak adil kepada pelajar berdasarkan jantina, ras, kebolehan, kelas sosial, agama, orientasi seks, penampilan fizikal dan lain-lain faktor oleh guru dan rakan sebaya. Oleh itu, pelajar yang menerima layanan yang sedemikian akan menjauhkan diri dan cenderung menjadi sasaran kepada keganasan. Oleh itu, komunikasi berkesan haruslah dipentingkan dan menganggap semua pelajar dan guru dihormati. Antara usaha-usaha yang boleh dijalankan ialah mengimplimentasikan dan menerapkan elemen- elemen pemberian ganjaran, pemupukan dan penyuburan nilai-nilai murni, hak untuk membela diri dalam kes-kes disiplin, rasionaliti dalam mengambil tindakan, konsep penyayang, menganggap semua pelajar berpotensi untuk berjaya, dan menganggap sekolah sebagai syurga kehidupan pelajar dalam semua aspek Muka surat 6/13
  • 7. pelaksanaan aktiviti persekolahan. Budaya “caring” perlu dijadikan sebagai satu amalan yang berterusan di kalangan warga sekolah. g. Kawalan keluar masuk sekolah Sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini mengenai pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan pondok keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini. Prosedur yang spesifik ke atas pelawat juga boleh diwujudkan untuk mengesan pelawat atau penceroboh. Tindakan ini dirasakan dapat mengawal pergerakan orang yang tidak dikenali dalam kawasan sekolah dan akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah atau polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika sesuatu berlaku. h. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat.Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah pula melibatkan penyediaan pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah dan memastikan risiko berlakunya kemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau pondok bacaan runtuh dan sebagainya. i. Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja- pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktiviti- aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan penyelamat dan hospital berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Surat Pekeliling Ikhtisas mengenainya perlu dipatuhi. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996) mencadangkan supaya pengurusan sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun. j. Pernyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan keselamatan Misi sekolah juga seharusnya memasukkan elemen keselamatan sekolah, pelajar dan guru (National Educational Association, 1996). Ini penting supaya amalan pengurusan sekolah baik dalam pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain mengambilkira keselamatan sebagai indikator piawai keberkesanannya. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, tidak akan timbul insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang pelajar sekolah menengah di Raub Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita Minggu, 1999). Pengetua perlulah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan, undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran, Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat Muka surat 7/13
  • 8. siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan, didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di sekolah. k. Mewujud dan memanfaatkan jawatankuasa sokongan sekolah Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti (Necholson,1985). Oleh itu, sekolah perlu menubuh dan menafaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam merancangn langkah-langkah keselamatan pelajar. Contohnya, Briged Komuniti yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah di Johor sejak tahun 1991 yang dianggotai oleh wakil-wakil komuniti seperti PIBG, RELA, Polis, Pejabat Kesihatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampuang (JKKK), Pemadam, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi antaranya untuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin dan mempertingkatkan aspek keselamatan sekolah wajar diteruskan dan diperluaskan peranannya. Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999). l. Mewujudkan sistem pelaporan dan aduan Pengetua sekolah juga perlu mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden atau orang-orang yang berniat jahat. Oleh itu, sistem aduan dalaman boleh diwujudkan untuk memberi peluang kepada warga sekolah seperti guru, staf sokongan dan pelajar selain masyarakat luar sekolah untuk membuat aduan, komen, dan pandangan-pandangan mengenai sekolah kita. Maklumat-maklumat yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan sekolah. m. Mempertingkatkan mutu disiplin Disiplin dalam darjah penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu disiplin dalam bilik darjah yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlakunya. Keadaan ini akan lebih berkesan apabila para pelajar telah menerima struktur peraturan / disiplin sekolah sebagai suatu undang-undang dan bukannya semata- mata mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir sekolah. Ketidakhadiran pelajar khususnya yang melibatkan kes ponteng yang serius juga perlu ditangani dengan sewajarnya kerana ia boleh memberi impak langsung dalam pencapaian pelajar dan merendahkan self-esteemnya. Bermula dengan kegagalan akademik, rasa rendah diri, kecewa dan hilang minat terhadap belajar akan mendorong pelajar bersikap agresif dan merosakkan harga awam (Glasser, 1969). n. Administrative Guide sebagai panduan dalam pengurusan sekolah Dalam konteks ini pengetua boleh mewujud dan mengamalkan “administrative guide” yang menekankan keselamatan sekolah dalam mengurus sekolah. “Administrative guide” ini boleh diwujudkan berdasarkan peraturan-peraturan yang ada di sekolah, dokumen-dokumen rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Perkhidmatan, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, Arahan Perbendaharaan, surat-surat siaran dan panduan-panduan yang dikeluarkan berkaitan disiplin dan sebagainya. Dengan cara ini pihak pentadbir mampu mengurus sekolah dengan lebih sistematik dan berkesan. “Administrative guide” ini bukan sahaja perlu difahami dan dihayati oleh pengetua selaku ketua jabatan di sekolah tetapi juga oleh semua guru yang terlibat dalam tugas mengikut bidang masing- masing. Contohnya, guru penyelaras keselamatan dan kebakaran sekolah mempunyai administrative guide mengenai langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran di sekolah. Melalui cara ini, guru akan melaksanakan tugas berpandukan kepada “administrative guide” yang ada untuk mengelakkan wujudnya masalah-masalah yang berkaitan dengan tugasnya. Muka surat 8/13
  • 9. PENGERUSI PENGETUA / GURU BESAR SETIAUSAHA GURU KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH / GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH AHLI JAWATANKUASA PIBG POLIS BOMBA DAN PENYELAMAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN PEJABAT KESIHATAN JAWATANKUASA MASJID WAKIL PELAJAR JAWATANKUASA OPERASI Jawatankuasa Sekolah Selamat 1) JKO KESELAMATAN AKTIVITI MURID 2) JKO KESELAMTAN BENCANA ALAM JAWATANKUASA OPERASI ( JKO ) 3) JKO KESELAMATAN PROGRAM SEKOLAH FIZIKAL & BANGUNAN SELAMAT SEKOLAH 4) JKO KESELAMATAN SOSIAL 5) JKO KESELAMATAN PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH JKO KESELAMATAN JKO KESELAMTAN AKTIVITI MURID BENCANA ALAM Diri Murid semasa Kebakaran perjalanan pergi dan balik sekolah Perubahan Cuaca Menjalankan aktiviti Koko Wabak penyakit Kegiatan Luar Tatacara Tindakan apabila berlaku kemalangan Muka surat 9/13
  • 10. 3) JKO KESELAMATAN FIZIKAL & BANGUNAN SEKOLAH Tandas Bengkel Peralatan Makmal Sains Pusat Sumber Stor / Kebun Sains Kerosakan Perabot Kelas Penghuni Asrama Padang dan Gelanggang Kawasan Sunyi & Gelap Permainan Keselamatan Pendawaian Semua Bangunan dalam & Peralatan Elektrik Kawasan Sekolah JKO KESELAMATAN JKO KESELAMATAN SOSIAL PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH Peras ugut Kawasan berair bergerak/statik Sekolah berhampiran Sumbang Mahram J/Raya/Keretapi Ganguan Seksual Kawasan perumahan/Bandar Besar Membuli/Pelacoan Kawasan Pendalamam Keharmonian kaum di sekolah Kawasan Rancangan /FELDA Keselamatan gangguan emosi dan Rohani Muka surat 10/13
  • 11. Implikasi Sekolah Selamat Carolyn (1998) menggariskan beberapa implikasi yang dapat dilihat sekiranya sekolah yang selamat dapat diwujudkan. Antaranya ialah: i. Misi, visi dan matlamat sekolah jelas kepada seluruh warga sekolah. ii. Iklim pembelajaran wujud dan penumpuan utama sekolah ialah kepada peningkatan potensi pelanggan yang sentiasa berurusan. iii. Hubungan interpersonal antara guru, pelajar, ibu bapa, pengetua dan staff berjalan secara telus dan saling mempercayai. iv. Komuniti akan merasai kepunyaan terhadap sekolah. v. Kualiti dan standard pelajar sentiasa pada tahap yang tinggi. vi. Masalah sekolah akan diselesaikan secara kolaboratif. vii. “Team Work” akan terbina dengan harmoni dan bekerja secara proaktif. viii. Kepakaran staf sentiasa berkembang secara berterusan. ix. Perkhidmatan berteraskan kualiti dan penuh mesra. x. Peraturan dan interaksi dijadikan landasan melaksanakan tanggungjawab. xi. Kecuaian dapat dielakkan dan komitmen bekerja sentiasa tinggi. Polisi Sekolah Selamat perlu dianggap sebagai ‘part and parcel’ di dalam membantu dan melengkapkan usaha mendidik pelajar-pelajar. Polisi Sekolah Selamat akan memberi satu ransangan untuk menunaikan tanggungjawab dalam keadaan yang tenang dan menyeronokkan Kesimpulan Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita. Muka surat 11/13
  • 12. Rujukan Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. “Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di Sekolah.” http://www.utusan online .com.my Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 7 Jun 2004. “19 Pelajar Cedera, Paip Gas Makmal Meletup.” http://www.utusan online .com. Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. “Lebih 100 Pelajar sisyaki Keracunan Makanan. ” http://www.utusan online .com.my Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. “Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang.” Azrina Ahzan (1999). “Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah”. Berita Minggu 11 Jun 1999.Halaman 4. Beyer, D. (1997). “School Safety and The Legal Rights of Students”.No.121. Carolyn, R.Pool (1998). “A Safe And Caring Place”. Jurnal Association for Supervision and Curriculum Developmental.Vol.21, 1998. Comer, J.P. (1998). “Model of The School Development Program Success”. New Haven, CT: Comer School Development Programme, Yale Child Study Center. Glasser, W. (1969). “School Without Failure”.New York: Harper & Row Publishers. Haslina Hassan (2000). “Gejala Gangsterisme di Kalangan Pelajar: Fenomena yang Meresahkan”. Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 14-16. Hussein Mahmood (1993). “Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah. Mohd.Ismail Othman (2004). “Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar”. Pahang: PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd. National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States. Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). “ Safe Schools: You Can’t Do It Alone”.Phi Delta Kappan, Volume 66, Number 7, pg 491-496. Quin, Mary Magee.et al. (1998). “Safe, Drug-Free and Effective Schools for All Students: What Works”! Ronald, D. Stephens. (1996). “The Art of Safe School Planning: 40 ways to Manage and Control Student Discruiton”. AASA.Number 2, Volume 53. http://www.aasa.orang/SA/feb9601.htm. Muka surat 12/13
  • 13. Salleh Buang (1996). “Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Muka surat 13/13