Anzeige
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Anzeige
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Anzeige
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Nächste SlideShare
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Wird geladen in ... 3
1 von 14
Anzeige

Más contenido relacionado

Anzeige
Anzeige

Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

  1. 1.0 PENGENALAN Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikut oleh guru-guru pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam perancangan semester kukurikulum institut. Guru-guru pelatih di setiap institut perguruan wajib mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini bermula pada semester 1 hingga semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada setiap semester, aktiviti yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih adalah berbeza mengikut kandungan kurikulum pada setiap semester. Pada semester tiga ini, guru-guru pelatih diwajibkan untuk menjalani program khidmat masyarakat. Setiap kelas akan memilih destinasi untuk menjalankan program khidmat masyarakat bagi kelas masing-masing. Kelas kami iaitu kelas G3.1 telah memilih Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru sebagai tempat untuk menjalankan aktivti khidmat masyarakat gotong-royong . Melalui Program Bina Insan Guru ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Ini kerana, kerjaya seorang guru memerlukan guru pelatih untuk berhadapan dengan masyarakat sepanjang masa. Selain itu, nilai dan semangat keguruan seperti berketrampilan, berkeyakinan, berkepimpinan dan berani turut dapat dicungkil dan dipupuk melalui program Bina Insan Guru ini. Oleh hal yang demikian, program ini diwajibkan oleh Bahgian Pendidikan Guru (BPK) di dalam rancangan pembelajaran semester iaitu bermula setelah memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1.
  2. 2.0 RASIONAL BINA INSAN GURU (BIG) Rasional Bina Insan Guru (BIG) ini adalah untuk : 2.1 Melahirkan insan guru yang berketrampilan dan unggul yang mampu menghadapi segala cabaran mendatang. 2.2 Menghasilkan guru yang berkualiti, bersahsiah tinggi, berilmu, berdispilin serta mempunyai daya tahan yang tinggi. 2.3 Melahirkan modal insan guru seperti yang dikehendaki oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). 2.4 Mengukuhkan dan membina semangat keguruan dan kepimpinan dalam diri setiap individu. 2.5 Melahirkan guru yang bijak berhujah dan berkomunikasi dengan masyarakat. 2.6 Melahirkan guru yang pandai bersosial dengan ahli masyarakat.
  3. 3.0 LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) 3.1 LAPORAN SEBELUM Pada setiap hari Khamis sudah menjadi kebiasaan di Institut Perguruan Ilmu Khas untuk mengadakan tutorial iaitu sesi perjumpaan di antara mentor dan dan anakanaknya. Oleh itu, kami sekelas telah mengambil iniasiatif untuk membincangkan mengenai Program Bina Insan Guru bagi semester 3 bersama dengan kedua-dua mentor kami iaitu Puan Aminah binti Haji Samsuddin dan Puan Liza Isyqi Bt. Ramli pada hari Khamis; 5 Januari 2012 bertempat di blok kelas kami iaitu Blok Harmoni di atas Jabatan Bahasa Meayu. Justeru, pemilihan ahli jawatan kuasa tertinggi telah dibuat dengan menggunakan kaedah undian. Berdasarkan undian yang tertinggi, Muhammad Sollihin B. Ahmad Jamali telah dilantik sebagai pengerusi Program BIG bagi semester 3 tahun 2012 ini. Seterusnya,Muhammad Fahmi B. Hassim telah dilantik sebagai setiausaha dan diiikuti oleh Nur Azwin Bt. Roslan sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa lain juga turut dibentuk iaitu yang terdiri daripada ajk peralatan, ajk pengangkutan dan ajk makanan. Seterusnya, agenda diteruskan dengan pemilihan tempat dan aktiviti khidmat masyarakat yang ingin dijalankan bagi memenuhi kehendak BIG semester 3 ini. Cadangan pemilihan tempat diberikan oleh semua ahli kelas bagi memastikan setiap orang berpuas hati dengan pemilihan tempat yang dibuat. Antara cadangan tempat yang telah diberikan ialah Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, jabatan-jabatan di Institut Perguruan Ilmu Khas, air terjun, tanah perkuburan dan prasekolah. Akhirnya berdasarkan undian yang telah dibuat kami telah sebulat suara untuk memilih tanah perkuburan sebagai tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat pada kali ini. Selepas perbincangan selesai, mentor telah mengambil alih perbincangan dengan memberikan penerangan mengenai format penulisan laporan BIG bagi memastikan kami dapat menghasilkan laporan yang bermutu dan berkualiti seiring dengan kehendak garis panduan tugasan yang telah diberikan.
  4. Perjumpaan seterusnya telah dibuat pada 12 Januari 2012 bersama dengan mentor. Tujuan perjumpaan dibuat adalah untuk bertanya semula mengenai program BIG yang telah dirancang. Mentor mahu memastikan tanah perkuburan manakah yang telah dipilih bagi menjalankan aktiviti gotong-royong dan masa untuk menjalankan gotong-royong tersebut. Keluasan kawasan gotong-royong juga diambil kira bagi memastikan sesuai dengan bilangan ahli kelas. Selain itu, perbincangan mengenai peralatan yang ingin digunakan semasa gotong-royong juga telah dibuat. Pada 16 Januari 2012, perjumpaan ketiga telah dibuat oleh pengerusi program bagi memberitahu ahli kelas mengenai perjalanan program. Berdasarkan perjumpaan tersebut, beberapa maklumat telah diberitahu. Antaranya ialah tarikh dan tempat bagi menjalankan program iaitu pada 11 Februari 2012 ( Sabtu ) bertempat di Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru bermula pada pukul 8.00 sehingga 12.00 tengahari. Ahli jawatankuasa program juga telah memberi maklum balas mengenai tugas masingmasing kepada semua. Ahli jawatankuasa peralatan telah bersama-sama dengan ahli kelas untuk menyenaraikan peralatan yang diperlukan semasa gotong-royong seperti penyapu, plastik sampah, sarung tangan, mesin rumput, penyodok sampah/ pongkes, sabit, parang, tikar dan surah Yassin. Manakala, ahli jawatankuasa makanan pula telah membuat perbentangan mengenai menu makanan pagi dan tengahari. Menu sarapan pagi adalah Bihun Goreng dan air Teh. Menu untuk tengahari pula adalah nasi (ayam dan sayur). Setiap ahli kelas diminta untuk membayar RM 15.00 seorang untuk kegunaan makanan dan peralatan semasa BIG. Perjumpaan terakhir telah dibuat pada 9 Februari 2012 di kelas di Blok Pendidikan Khas. Agenda yang ingin dibincangkan adalah untuk memberi maklum balas kepada mentor mengenai program yang dirancang. Setiap ahli jawatankuasa telah membuat perbentangan mengenai bidang tugas masing-masing. Perbincangan mengenai makanan juga telah dibuat dan menu juga telah bertukar. Pemilihan ketua untuk membuat bacaan tahlil juga telah dibuat. Mentor turut memberikan beberapa nasihat supaya menjaga adab sopan di tanah perkuburan dan akhir sekali mentor berharap program dapat berjalan dengan lancar.
  5. 3.2 LAPORAN SEMASA Pada 11 Februari 2012 bersamaan dengan hari Sabtu seperti yang dirancangkan kami berkumpul seawal 7.30 pagi untuk bersama-sama menjayakan program Bina Insan Guru khidmat masyarakat iaitu gotong-royong di tanah perkuburan. Namun demikian, terdapat segelintir guru pelatih yang datang lewat pagi.Kami seramai 20 orang iaitu pada pukul 7.45 termasuklah seorang bekas staf jurubahasa iaitu Cik Marziah berkumpul di perkarangan bas Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas sebelum bertolak ke destinasi. Oleh hal yang demikian, kira-kira pukul 8.05 minit pagi barulah kami dapat bertolak ke Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru dengan menaiki bas institut selepas bilangan ahli kelas mencukupi. Seramai dua orang guru pelatih menaiki kereta untuk pergi ke tanah perkuburan tersebut iaitu Muhammad Shafiq bin Shamsi dan Muhammad Khairul Amzar bin Ghazali. Ini kerana mereka memerlukan kereta untuk mengambil makanan tengahari semasa pulang dari program nanti.Perjalanan ke tanah perkuburan tersebut mengambil masa salama 20 minit perjalanan .Tepat pada pukul 8.30 pagi kami telah sampai di tanah perkuburan tersebut. Setibanya di destinasi, kami mengumpulkan kesemua peralatan yang akan digunakan semasa gotong-royong di suatu kawasan lapang. Setelah itu, kami berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas daripada ketua projek iaitu Muhammad Sollihin bin Ahmad Jamali. Ketua projek memberitahu berkenaan dengan perjalanan program kepada kami. Sebelum memulakan aktiviti gotong royong kami bersama -sama membuat bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh Muhammad Fahmi bin Hashim. Selepas itu, pada pukul 8.45 pagi kami bersama-sama menikmati sarapan pagi iaitu Nasi Lemak Ayam. Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang. setiap kumpulan membersihkan satu kubur. Setelah selesai, mereka diminta untuk bergerak ke kubur yang seterusnya. Skop tugasan yang perlu dibuat adalah membersihkan kawasan kubur yang telah ditetapkan dengan mencabut dan mencangkul rumput yang ada sama
  6. ada di luar kawasan kubur mahupun di atas kubur. Seterusnya, mengutip sampah sarap yang ada di kawasan tanah perkuburan tersebut. Sampah tersebut terdiri daripada plastic-plastik sampah, botol minuman dan rumput-rumput yang telah dikumpulkan di beberapa kawasan. Rumput-rumput yang telah dicabut pula akan dikumpulkan di beberapa tempat dengan menggunakan pencakar dan penyapu. Pokokpokok yang terlalu besar di atas kubur juga dirapikan dengan menggunakan parang. Bahagian batang pokok yang besar akan dipotong supaya pokok tersebut dapat bertunas dengan lebih cantik. Setelah selesai membersihkan kawasan perkuburan tersebut. Kami bersamasama mengangkat segala sampah yang ada untuk dikumpulkan di luar kawasan perkuburan tersebut. Pada mulanya sampah-sampah tersebut ingin kami bakar. Namun demikian , kami tidak dapat meneruskan niat kami untuk membakarnya kerana rumputrumput tersebut basah dan lembab. Oleh itu, kami mengeumpulkannya dengan sebaik mungkin di satu kawasan yang tidak menghalang laluan orang ramai. Akhirnya, tepat pada pukul 11.00 tengahari kami selesai membersihkan kawasan perkuburan tersebut. Kami berasa sangat senang hati dan puas hati kerana dapat membersihkan kawasan tanah perkuburan terebut dengan sebaiknya. Kami berkumpul di bawah sepohon pokok untuk berehat seketika sebelum pulang ke institut. Pada masa yang sama kami mengumpulkan segala peralatan yang dibawa untuk gotong-royong di satu tempat bagi memastikan bilangan alatan tersebut mencukupi. Pada pukul 11.30 tengahari kami bertolak balik ke institut perguruan dan telah sampai pada pukul 12.00 tengahari. Kami mengemas segala peralatan semasa gotongroyong untuk membuat pemulangan alatan yang dipinjam. Sebelum pulang ke tempat tinggal masing-masing, kami mengambil makanan tengahari yang telah disediakan iaitu nasi dengan lauk Gulai Lemak Ayam berserta Sayur Taugeh goreng.
  7. 3.3 LAPORAN SELEPAS Selepas selesai program khidmat masyarakat ini, kami diminta untuk menyediakan satu laporan khusus mengenai program khidmat masyarakat gotong -royong yang telah kami laksanakan. Oleh itu, saya sudah mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat program. Saya telah mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan di dalam buku catatan untuk rujukan peribadi. Selain itu, saya turut menangkap gambar untuk dimuatkan di dalam laporan.
  8. 4.0 LAPORAN REFLEKTIF Program Bina Insan Guru (BIG) khidmat masyarakat gotong-royong ini benarbenar memberikan pengalaman baru yang sangat bernilai kepada saya dan rakanrakan guru pelatih. Ini kerana program khidmat masyarakat pada semester ini sangat berlainan dengan semester-semester lepas berikutan tempat untuk menjalankan khidmat masyarakat ini sangatlah berbeza tidak seperti tempat-tempat yang biasa dipilih oleh kumpulan yang lain bagi menjalankan program khidmat masyarakat. Tanah perkuburan telah menjadi tempat pilihan saya dan rakan-rakan guru pelatih sebagai tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Pemilihan tanah perkuburan sebagai tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat ini benar-benar mendapat sokongan kedua-dua mentor kami iaitu Puan Aminah Bt. Samsuddin dan Puan Liza Isyqi Bt. Ramli. Kedua-dua mereka sangat berbangga dengan usaha murni kami untuk menjalankan program khidmat masyarakat gotong-goyong di tanah perkuburan. Tambahan pula, program ini berjalan pada bulan mulia iaitu bulan Rabiulawal bersamaan dengan bulan kelahiran nabi Muhammad S.A.W. Usaha murni kami untuk menjalankan gotong-royong dan bacaan tahlil di tanah perkuburan benar-benar memberikan impak yang besar kepada semua rakan guru pelatih. Ini kerana, program ini bukan sahaja memberikan faedah kepada saya dan rakan-rakan guru pelatih tetapi turut memberikan faedah kepada masyarakat setempat yang tinggal berdekatan dengan kawasan perkuburan tersebut. Program ini turut mendatangkan kebaikan dan dapat membantu keluarga si mati untuk membersihkan kubur ahli keluarga mereka. Selain itu, program ini turut mendatangkan kebaikan kepada penghuni tanah perkuburan terebut dengan adanya pembacaan tahlil khusus buat mereka. Program ini turut melatih saya dan rakan-rakan guru pelatih untuk mengendalikan sesuatu majlis bacaan tahlil. Ilmu mengendalikan bacaan tahlil ini bukan sahaja terbatas dalam kawasan sekolah sahaja tetapi turut dapat dipraktikkan di dalam kehidupan setiap guru pelatih islam yang ada. Tambahan pula, melalui pembacaan
  9. tahlil ini guru pelatih juga dapat menguatkan spiritual masing-masing dengan amalan membaca surah-surah dari ayat Al-Quran yang terpilih. Oleh hal yang demikian, maka guru pelatih dapat mendepani pelbagai cabaran yang mendatang dengan hati yang cekal dan kuat dengan adanya benteng di dalam diri masing-masing. Kekuatan lain yang dapat diperhatikan adalah saya dan rakan-rakan guru pelatih dapat menghayati dan mempelajari adab-adab di tanah perkuburan sekaligus dapat mengaplikasikannya semasa menjalankan gotong-royong di sana. Pada masa yang sama, saya dan rakan-rakan guru pelatih yang beragama Islam dapat berkongsi mengenai agama Islam dengan salah seorang daripada guru pelatih yang beragama Buddha iaitu Soo Toh Wan Lin. Wan Lin dapat mengetahui mengenai tatacara pengebumiaan orang Islam dan juga dapat mengetahui adab-adab di tanah perkuburan yang perlu dipatuhinya walaupun berlainan agama. Selain itu, aktivti gotong royong ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru pelatih. Ini jelas dapat diperhatikan semasa guru pelatih bersamasama membersihkan kawasan tanah perkuburan yang penuh dengan rumput-rumput yang panjangnya hingga ke lutut dengan begitu bersemangat di dalam kumpulan masing-masing sehingga bersih. Aspek kerjasama juga dapat dilihat semasa semua guru pelatih memberi pertolongan untuk mengangkat peralatan gotong-royong. Guru pelatih tidak membiarkan ahli jawatankuasa peralatan semata-mata untuk mengangkat peralatan yang ada. Ini dapat menggambarkan bahawa guru pelatih berkerjasama dalam menjayakan gotong-royong bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Aktiviti gotong-royong ini turut melatih setiap guru pelatih untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan tugas masing-masing. Tambahan pula, setiap guru pelatih sememangnya dibekalkan dengan tugas yang perlu dilaksanakan. Melalui pembahagian tugas inilah aspek tanggungjawab dapat dipupuk dan dilatih dalam diri setiap guru pelatih.
  10. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang perlu kami perbaiki. Aspek pertama yang dapt dilihat ialah dari aspek pengurusan masa. Walaupun sudah diberi peringatan berkali-kali untuk guru pelatih menepati masa namun masih ada segelintir guru pelatih yang datang lewat ke tempat berkumpul iaitu pada pukul 7.30 pagi seperti yang telah dijanjikan. Rata-ratanya adalah guru pelatih perempuan yang tinggal di luar. Oleh hal yang demikian, perjalanan majlis menjadi sedikit terganggu dan telah menyebabkan pemandu bas menunggu selama lebih kurang setengah jam. Seharusnya kami perlulah menggunakan peluang yang ada semasa menjalankan aktivti ini dalam melatih diri untuk menepati masa supaya akan menjadi satu kebiasaan dan dapat melatih diri untuk bangun awal untuk ke sekolah bila menjadi guru kelak. Dalam pada masa yang sama, guru pelatih yang lewat perlulah mengambil inisiatif untuk meminta maaf kepada pemandu bas dan rakan-rakan kerana disebabkan mereka semua yang ada terpaksa menunggu lama. Kelemahan yang seterusnya ialah dari aspek pakaian semasa menjalankan program BIG tersebut. Terdapat segelintir guru pelatih yang tidak memakai baju seragam seperti rakan-rakan yang lain. Perkara ini mungkin terjadi berikutan salah tafsir maklumat ataupun tidak mempunyai baju seperti rakan-rakan yang lain. Namun, perkara ini tidak menjadi satu isu yang besar. Ini kerana, pakaian yang dipakai masih mencerminkan imej seorang bakal guru. Oleh itu, guru pelatih dapat mengambil ikhtibar untuk memberikan fokus dan peka dengan arahan dan maklumat yang disampaikan sama ada secara lisan ataupun tulisan di laman sosial supaya dapat berpakaian seragam serupa dengan rakan-rakan yang lain. Kelemahan lain ialah guru pelatih lupa untuk membuat regangan sebelum menjalankan aktivti gotong- royong. Akibatnya guru pelatih berhadapan dengan sakitsakit dan sengal-sengal badan seolah-olah baru seesai menjalani latihan rumah sukan. Oleh itu, perkara ini akan menjadi pengajaran kepada setiap guru pelatih supaya sentiasa melakukan regangan sebelum menjalankan aktiviti yang memerlukan dan menggunakan tenaga yang besar. Melalui aktivti gotong-royong yang dijalankan ini terdapat beberapa perkara yang mungkin mejadi ancaman kepada guru pelatih. Perkara pertama yang dapat saya
  11. perhatikan iaitu terdapat seekor anjing liar di kawasan tanah perkuburan tersebut. Namun demikian, nasib kami semua baik kerana anjing tersebut tidak datang ke kawasan yang kami bersihkan. Ancaman kedua iaitu terdapat beberapa laluan di tanah perkuburan tersebut yang tidak boleh kami lalui. Perkara tersebut telah diberitahu oleh penduduk setempat yang kebetulannya ada di kawasan perkuburan ketika kami sedang bersiap-sedia untuk menjalankan gotong-goyong. Menurut Muhammad Fahmi B. Hassim, penduduk setempat tersebut memberitahunya bahawa terdapat sebuah kubur yang dikatakan mempunyai penjaga iaitu ular. Penduduk setempat itu khuatir sekiranya kami dipatuk oleh ular tersebut sekiranya melalui kawasan tanah perkuburan tersebut. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan guru pelatih selamat aripada sebarang ancaman bahaya dengan mematuhi segala yang diberitahu kepada kami. Berdasarkan perkara tersebut kami perlu menambah satu persoalan sekiranya ingin menjalankan aktiviti gotong-royong di tanah perkuburan. Langkah yang perlu kami ambil bukan sahaja terhad kepada meminta izin daripada pihak berwajib tetapi kami juga perlulah menemu bual pihak-pihak tertentu bagi mnegetahu serba sedikit mengenai kawasan yang bakal kami jalankan sesuatu program.
  12. 5.0 PENILAIAN KENDIRI Program Bina Insan Guru khidmat masyarakat yang diadakan di tanah perkuburan ini benar-benar mendatangkan keinsafan kepada diri saya sebagai seorang Islam. Ini kerana, melalui program ini saya lebih menginsafi diri bahawa kehidupan ini dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang abadi.Saya menjadi lebih bermuhasabah diri dan bermotivasi melalui program ini . Saya merasakan bahawa saya perlu menjadi seorang insan pendidik yang benar-benar berilmu dan bermanfaat kepada seluruh lapisan masyrakat. Ini kerana, saya sedar bahawa ilmu yang bermanfaat merupakan satu aset guru yang tidak ternilai harganya. Selain itu, saya turut dapat membuka mata saya bahawa program khidmat masyarakat bukan sahaja terhad untuk dilakukan di tempat-tempat seperti rumah anak yatim, zoo negara, pusat anak-anak berkeperluan khas dan pusat rekreasi seperti sungai dan pantai. Ini kerana, program khidmat masyarakat juga boleh dilaksanakan di kawasan tanah perkuburan yang mana sering kali orang mengabaikannya. Sesungguhnya, selepas melaksanakannya di tanah perkuburan saya sedar bahawa kebaikan dan kelebihannya adalah lebih besar berbanding dengan membersihkan kawasan seperti pusat-pusat rekreasi. Ini kerana, pelbagai pihak mendapat manfaat melalui gotong-royong pembersihan tanah perkuburan ini termasuklah penghuni kawasan tanah perkuburan itu sendiri. Tambahan pula, saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu saudaramara si mati yang tidak berkesempatan untuk membersihkan kawasan tanah perkuburan ahli keluarga mereka. Saya juga merasa sangat bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang yang terpilih oleh Allah untuk mengimarahkan sunah nabi Muhammad S.A.W iaitu menziarah kubur. Saya juga berasa sangat berpuas hati kerana mampu membersihkan kawasan tanah perkuburan yang telah ditetapkan dengan baik walaupun berasa sedikit penat kerana terpaksa berdiri di bawah terik mentari. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara untuk mengendalikan majlis bacaan tahlil ringkas daripada rakan saya iaitu Muhammad
  13. Fahmi B. Hassim. Ilmu tersebut dapat saya gunakan dalam kehidupan saya sebagai seorang yang beragama Islam dan juga dapat saya ajarkan kepada anak-anak didik kelak. Melalui program ini juga saya dapat melatih diri untuk menjadi insan pendidik yang bertanggungjawab dan komitmen terhadap tugas yang diberikan oleh orang atasan iaitu pengerusi projek. Saya dapat membersihkan beberapa buah kubur walaupun setiap kumpulan yang terdiri daripada dua orang diberi tugas untuk membersihkan sebuah kubur sahaja. Selain itu, saya juga dapat melatih diri untuk mengadaptasi diri dengan keadaan baru iaitu mencabut rumput-rumput yang panjang dan besar dengan menggunakan tangan semata-mata kerana peralatan yang disediakan tidak mencukupi untuk setiap orang guru pelatih. Oleh itu, saya dapat melatih dan mendidik diri secara langsung untuk menjadi seorang yang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang berlainan dengan keadaan yang biasa saya lalui. Saya turut belajar adab-adab di tanah perkuburan secara langsung semasa menjalankan program BIG ini. Saya dapat memperkayakan ilmu yang sedia ada. Ini kerana, saya telah membuat pembacaan langsung di internet dan bertanya kepada orang yang lebih mahir agama mengenai adab-adab semasa di tanah perkuburan supaya saya lebih bersedia untuk menjalankan program BIG di tanah perkuburan. Akhir sekali, program BIG di tanah perkuburan ini sememangnya memberikan manfaat yang tiada tolok bandingnya kepada saya sebagai bakal pendidik dan lebihlebih lagi sebagai orang Islam. Saya berharap program seperti ini akan dapat saya teruskan pada masa akan datang.
Anzeige