SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Analisis Jurnal


TAJUK: KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA

        NEEDHAM DALAM            PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU.


Zurainu Mat Jazin dan Abdull Sukor Shaari ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 79-92


1.0 Pengenalan


Selaras dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, didapati corak pembelajaran

perlu memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mendapatkan sendiri ilmu sementara

guru menjadi pendamping atau fasilitator sahaja. Oleh itu salah satu pendekatan yang boleh

digunakan oleh guru sebagai kaedah semasa pembelajaran dan pengajaran (P&P) ialah

pembelajaran konstruktivisme. Oleh itu satu kajian telah dibuat disalah sebuah sekolah

Kluster kecemerlangan di Alor Setar Kedah dalam mata pelajara Bahasa Melayu dalam

bidang Komsas.


1.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme


Pendekatan konstruktivis dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya

pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa kini. Konstruktivisme menekankan kepada

peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Pendekatan konstruktivisme

merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun

dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan

tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan

hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada

pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di

mana guru hanya menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan

                                            1
menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka (Azizi Yahaya dan Jaafar

Sidek Latif, 2005).


        Jean Piaget (1976) dalam bukunya ‘To Understand is to Invent: The Future of

Education’ menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan

pengetahuan individu selepas pemahaman individu tersebut. Kajian yang dilakukan oleh

Peter, Abiadun dan Jonathan (2010) menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme

memberi kesan yang positif kepada akademik murid. Teori konstruktivisme menurut Abdul

Jalil dan Bahtiar (2005) menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia

dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami

sebelumnya.       Mereka    menjelaskan    bahawa   melalui   prinsip   konstruktivisme,   ilmu

pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang

dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008) mendapati

guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam

penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran.




1.2 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham


Dalam kajian ini guru menggunakan kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa

Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut:

1.   Orientasi:   Guru     menyediakan    suasana   pembelajaran   untuk    merangsang     dan

      menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk

      mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video,

      keratan akhbar, teka-teki, lakonan dan simulasi.



                                               2
2. Pencetusan idea: Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan

     kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan

     menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan

     mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman

     yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan

     peranan   sebagai   fasilitator   dengan       membekalkan    bahan    pembelajaran   dan

     membimbing     murid   untuk      membuat      pembelajaran   inkuri   atau   pembelajaran

     berasaskan masalah yang diberi.

3. Penstrukturan semula idea: Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur

     untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina

     struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini,

     kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau

     penyusunan semula idea mengikut turutan dan setiap satu idea mempunyai

     kesinambungan idea yang kelihatan tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah

     mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya.

4. Aplikasi idea: Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan

     masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang

     baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid.

5. Refleksi: Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan

     merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea

     mereka. Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal

     mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri,

     perbincangan kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau memantau

     tahap pemahaman murid-muridnya.

                                                3
Orientasi                Pencetusan              Penstrukturan            Aplikasi Idea      Refleksi
                            Idea                 Semula Idea




            Rajah 1: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

                 Kesan penggunaan model diatas ialah

                    1. Berlaku peningkatan markah selepas menggunakan prototaip (Noor Azliza

                         dan Lilia, 2002).

                    2.   Murid lebih memahami tajuk dan berminat untuk belajar (Subadrah Nair dan

                         Malar Muthiah, 2005).

                    3. Pelajar mendapat pengalaman baru dan lebih seronok belajar dan aktif

                         melibatkan diri.




            1.3 Kelebihan P&P Secara Konstruktivisme


                 1. Menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.



                 2. Menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan

                    membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan

                    cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian

                    hipotesis.




                 3. Membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di

                    mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan
                                                       4
mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru. Membina ingatan jangka

          panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam

          mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

          membina pengetahuan yang baru.

      4. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan

          membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam

          situasi baru.




      5. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama

          dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Diperoleh

          apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru      dalam membina

          pengetahuan mereka.




      6. Pelajar dapat membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar

          akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk

          terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan

          kemungkinan.




1.4 Penyataan Masalah


Dalam jurnal ini menyatakan bahawa walaupun murid sekolah yang dipilih adalah dari

sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu sekolah Menengan Jenis Kebangsaan Keat Hwa, Alor

Setar Kedah, tetapi pencapaian pelajar untuk mendapat gred A+,A dan A- daripada 433

orang calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2009, berdasarkan statistik


                                           5
keputusan peperiksaan awam Bahasa Melayu hanya lah 54.6% iaitu seramai 236 pelajar.

Sekirannya dilihat daripada rekod kemasukan murid ke sekolah ini hanya murid-murid bijak

dan terpilih sahaja memasuki sekolah ini kerana sebanya 80% keperluan keputusan

minimum Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) ialah 7A dan Ujian Peperiksaan Sekolah

Rendah 5A (UPSR).


Masalah yang dapat dilihat ialah pelajar merasakan bosan dan sukar dikuasai untuk

mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang Komsas. Oleh itu

satu pendekatan, kaedah atau teknik dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dicari agar

murud-murid sekolah menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik.


Berdasarkan beberapa kajian lepas seperti kajian Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005)

dalam mata pelajaran Sejarah dan kajian Noor Azliza dan Lilia (2002) didapati kajian yang

menggunakan model konstruktivisme dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya

dalam pembelajaran Komsas masih kurang. Maka dalam kajian ini, Model Konstruktivisme

Lima Fasa Neeedham (1987) digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran

Komsas dalam kalangan murid bukan Melayu.


1.5 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Model Konstruktivisme Lima

Fasa Needham (Needham, 1987) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada minat terhadap mata pelajaran

Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina meningkat secara signifikan atau tidak selepas

pengajaran dan pembelajaran menggunakan model yang sama


1.6 Metodologi Kajian


                                           6
Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental. Pemilihan kaedah eksperimental ini

dibuat penyelidikan sangat unik kerana boleh menghasilkan hubungan sebab dan akibat.

Menurut Noraini (2010), daripada semua jenis penyelidikan, penyelidikan eksperimen paling

berstruktur kerana kawalan dan prosedur yang dikawal. Penyelidikan ini dijalankan dalam

satu persekitaran yang terkawal. Semua data akan diperoleh melalui kaedah ujian pra dan

ujian pos serta soalan soal selidik. Reka bentuk yang digunakan pula ialah reka bentuk

Nonequivalent control group of pretest/post-test design .


1.7 Populasi Kajian


Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan dengan menggunakan sebanyak 80 murid Cina di

sebuah sekolah menengah di negeri Kedah. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan,

iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan model konstruktivisme, manakala kumpulan

kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional. Kedua-dua kelas yang dipilih

adalah setara dari segi pencapaian Komsas Bahasa Melayu mengikut ujian pencapaian

pertengahan tahun. Pengajaran konstruktivisme berdasarkan Model Lima Fasa Needham

(1987) dijalankan mengikut langkah berikut: (1) orientasi, (2) Pencetusan idea, (3)

Penstrukturan semula idea, (4) Aplikasi idea dan (5) Refleksi.


1.8 Instrumen Kajian


Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Komsas pra dan pasca kepada

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian pra akan dijalankan kepada kumpulan

kawalan   dan kumpulan sasaran kajian sebelum               pengajaran   dimulakan.   Selepas

mengadakan ujian pra, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan

kawalan akan didedahkan kepada pengajaran selama enam minggu. Kumpulan eksperimen

diajar menggunakan model konstruktivisme manakala kumpulan kawalan pula diajar
                                              7
menggunakan model konvensional. Seterusnya, kedua-dua kumpulan berikan ujian pasca.

Ujian kedua bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran secara

konstruktivisme mahupun secara konvensional. Ujian ini mengandungi satu soalan

penulisan yang sama seperti praujian. Soalan ujian yang digunakan ialah soalan standard

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebenar.


1.9 Dapatan Kajian


Dapatan kajian dibuat melalui dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan analisis

yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang singnifikan

antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Hasil kajian

menunujukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor ujina

komsas. Manakala dari segi ujian pasca pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat

perbezaan signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Oleh

itu, hipotesis null iaitu Ho1 (tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra) diterima. Manakala hipotesis null Ho2

ditolak (tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan dalam ujian pos.


1.10 Cadangan


Pendekatan Konstruktivisme perlu dilaksanakan oleh guru dalam P&P terutamanya pada

mata pelajaran yang difikirkan oleh pelajar sebagai mata pelajaran yang membosankan

seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan sebagainya. Banyak kelebihan pendekatan

konstruktivisme yang telah dinyatakan diatas apabila ia dilaksanakan didalam bilik darjah.


1.11 Kesimpulan


                                              8
Kajian ini telah memperoleh dapatan bahawa penggunaan Model Konstruktivisme Lima

Fasa Needham (Needham 1987) memberi kesan yang sangat positif dan signifikan bagi

meningkatkan prestasi murid bukan Melayu dalam Komsas Bahasa Melayu. Dapatan kajian

ini turut membuktikan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

konstruktivisme lebih efektif berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.

Oleh itu, para pendidik harus melakukan inovasi dalam gaya pengajaran masing-masing

bagi mencapai anjakan paradigma pedagogi dunia pendidikan.




Bibiografi


Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara konstruktivisme

       dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4: 6-8.


Noor Azliza Che Mat & Lilia Halim. (2002). Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran

       berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM. Jurnal

       Teknologi, 36, 1-38.


Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional

       approach on teaching practical skills to mechanical related trade students in western

       nigeria technical colleges, International NGO Journals, 5 (3): 59-64.


Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa

       Needham dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20: 21-41.


Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar. (2008). The shift in the role of teachers

       in the learning process. European Journal of Social Sciences, 7 (2).



                                              9
Yahya Bin Buntat & Amirudin Bin Yusof. (2010). Pendekatan Pembelajaran Secara

      Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal.

      Universiti Teknologi Malaysia.




                                         10

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasiAiraHumaira
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarsyazwanie suhaimi
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANNadirah Husna
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiArachnis Flosaeris
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 

Was ist angesagt? (20)

36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Teori Motivasi
Teori Motivasi Teori Motivasi
Teori Motivasi
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Kaedah bercerita
Kaedah berceritaKaedah bercerita
Kaedah bercerita
 

Andere mochten auch

Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Julia Tan
 
Prinsip – prinsip konstruktivisme
Prinsip – prinsip konstruktivismePrinsip – prinsip konstruktivisme
Prinsip – prinsip konstruktivismeNavanitha Sinnasamy
 
Needham 5 phase constructivism model-ira
Needham 5 phase constructivism model-iraNeedham 5 phase constructivism model-ira
Needham 5 phase constructivism model-iraAfiqah Nadhirah
 
Irwin's blog model konstruktivisme lima fasa needham
Irwin's blog  model konstruktivisme lima fasa needhamIrwin's blog  model konstruktivisme lima fasa needham
Irwin's blog model konstruktivisme lima fasa needhamDarshini Ganesan
 
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendahshare with me
 
Contoh rancangan pengajaran harian bm
Contoh rancangan pengajaran harian bmContoh rancangan pengajaran harian bm
Contoh rancangan pengajaran harian bmYamku Suziza
 
PEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUPEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUEow Yee Leng
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 

Andere mochten auch (20)

414320 konstruktivisme
414320 konstruktivisme414320 konstruktivisme
414320 konstruktivisme
 
Aplikasi 5E dalam PNP
Aplikasi 5E dalam PNP Aplikasi 5E dalam PNP
Aplikasi 5E dalam PNP
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
 
Prinsip – prinsip konstruktivisme
Prinsip – prinsip konstruktivismePrinsip – prinsip konstruktivisme
Prinsip – prinsip konstruktivisme
 
5 fasa needham
5 fasa needham5 fasa needham
5 fasa needham
 
Needham 5 phase constructivism model-ira
Needham 5 phase constructivism model-iraNeedham 5 phase constructivism model-ira
Needham 5 phase constructivism model-ira
 
Discrepant event
Discrepant eventDiscrepant event
Discrepant event
 
Irwin's blog model konstruktivisme lima fasa needham
Irwin's blog  model konstruktivisme lima fasa needhamIrwin's blog  model konstruktivisme lima fasa needham
Irwin's blog model konstruktivisme lima fasa needham
 
5 e model lesson
5 e model lesson5 e model lesson
5 e model lesson
 
Rph 1 thn 1
Rph 1 thn 1Rph 1 thn 1
Rph 1 thn 1
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
 
Rph matematik tahun 1
Rph matematik tahun 1Rph matematik tahun 1
Rph matematik tahun 1
 
Rph b.m thn 1
Rph b.m thn 1Rph b.m thn 1
Rph b.m thn 1
 
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
 
Contoh rancangan pengajaran harian bm
Contoh rancangan pengajaran harian bmContoh rancangan pengajaran harian bm
Contoh rancangan pengajaran harian bm
 
RPH BM Tahun 1
RPH BM Tahun 1RPH BM Tahun 1
RPH BM Tahun 1
 
PEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUPEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARU
 
Kertas kerja lawatan melaka
Kertas kerja lawatan melakaKertas kerja lawatan melaka
Kertas kerja lawatan melaka
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 

Ähnlich wie KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU

Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Zulfadhli Zulpress
 
konstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarankonstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarancik noorlyda
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learningliaw5
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Mohd Ridzuan
 

Ähnlich wie KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU (20)

Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
konstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarankonstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajaran
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
Saturday
SaturdaySaturday
Saturday
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNALULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 

Mehr von Hamidah Budi

DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLYDISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLYHamidah Budi
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)Hamidah Budi
 
Catch me if u can Q&A
Catch me if u can Q&ACatch me if u can Q&A
Catch me if u can Q&AHamidah Budi
 
Sinopsis Movie "Eagle Eye"
Sinopsis Movie "Eagle Eye"Sinopsis Movie "Eagle Eye"
Sinopsis Movie "Eagle Eye"Hamidah Budi
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahHamidah Budi
 
Taktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifTaktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifHamidah Budi
 

Mehr von Hamidah Budi (6)

DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLYDISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 
Catch me if u can Q&A
Catch me if u can Q&ACatch me if u can Q&A
Catch me if u can Q&A
 
Sinopsis Movie "Eagle Eye"
Sinopsis Movie "Eagle Eye"Sinopsis Movie "Eagle Eye"
Sinopsis Movie "Eagle Eye"
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
 
Taktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifTaktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang Efektif
 

KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU

  • 1. Analisis Jurnal TAJUK: KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU. Zurainu Mat Jazin dan Abdull Sukor Shaari ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 79-92 1.0 Pengenalan Selaras dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, didapati corak pembelajaran perlu memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mendapatkan sendiri ilmu sementara guru menjadi pendamping atau fasilitator sahaja. Oleh itu salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh guru sebagai kaedah semasa pembelajaran dan pengajaran (P&P) ialah pembelajaran konstruktivisme. Oleh itu satu kajian telah dibuat disalah sebuah sekolah Kluster kecemerlangan di Alor Setar Kedah dalam mata pelajara Bahasa Melayu dalam bidang Komsas. 1.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pendekatan konstruktivis dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa kini. Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di mana guru hanya menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan 1
  • 2. menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka (Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif, 2005). Jean Piaget (1976) dalam bukunya ‘To Understand is to Invent: The Future of Education’ menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan pengetahuan individu selepas pemahaman individu tersebut. Kajian yang dilakukan oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010) menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik murid. Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008) mendapati guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.2 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam kajian ini guru menggunakan kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut: 1. Orientasi: Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, teka-teki, lakonan dan simulasi. 2
  • 3. 2. Pencetusan idea: Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuri atau pembelajaran berasaskan masalah yang diberi. 3. Penstrukturan semula idea: Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut turutan dan setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea yang kelihatan tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya. 4. Aplikasi idea: Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid. 5. Refleksi: Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau memantau tahap pemahaman murid-muridnya. 3
  • 4. Orientasi Pencetusan Penstrukturan Aplikasi Idea Refleksi Idea Semula Idea Rajah 1: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Kesan penggunaan model diatas ialah 1. Berlaku peningkatan markah selepas menggunakan prototaip (Noor Azliza dan Lilia, 2002). 2. Murid lebih memahami tajuk dan berminat untuk belajar (Subadrah Nair dan Malar Muthiah, 2005). 3. Pelajar mendapat pengalaman baru dan lebih seronok belajar dan aktif melibatkan diri. 1.3 Kelebihan P&P Secara Konstruktivisme 1. Menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 2. Menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis. 3. Membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan 4
  • 5. mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru. Membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. 4. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. 5. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. 6. Pelajar dapat membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan. 1.4 Penyataan Masalah Dalam jurnal ini menyatakan bahawa walaupun murid sekolah yang dipilih adalah dari sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu sekolah Menengan Jenis Kebangsaan Keat Hwa, Alor Setar Kedah, tetapi pencapaian pelajar untuk mendapat gred A+,A dan A- daripada 433 orang calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2009, berdasarkan statistik 5
  • 6. keputusan peperiksaan awam Bahasa Melayu hanya lah 54.6% iaitu seramai 236 pelajar. Sekirannya dilihat daripada rekod kemasukan murid ke sekolah ini hanya murid-murid bijak dan terpilih sahaja memasuki sekolah ini kerana sebanya 80% keperluan keputusan minimum Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) ialah 7A dan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah 5A (UPSR). Masalah yang dapat dilihat ialah pelajar merasakan bosan dan sukar dikuasai untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang Komsas. Oleh itu satu pendekatan, kaedah atau teknik dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dicari agar murud-murid sekolah menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik. Berdasarkan beberapa kajian lepas seperti kajian Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005) dalam mata pelajaran Sejarah dan kajian Noor Azliza dan Lilia (2002) didapati kajian yang menggunakan model konstruktivisme dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam pembelajaran Komsas masih kurang. Maka dalam kajian ini, Model Konstruktivisme Lima Fasa Neeedham (1987) digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran Komsas dalam kalangan murid bukan Melayu. 1.5 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada minat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina meningkat secara signifikan atau tidak selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan model yang sama 1.6 Metodologi Kajian 6
  • 7. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental. Pemilihan kaedah eksperimental ini dibuat penyelidikan sangat unik kerana boleh menghasilkan hubungan sebab dan akibat. Menurut Noraini (2010), daripada semua jenis penyelidikan, penyelidikan eksperimen paling berstruktur kerana kawalan dan prosedur yang dikawal. Penyelidikan ini dijalankan dalam satu persekitaran yang terkawal. Semua data akan diperoleh melalui kaedah ujian pra dan ujian pos serta soalan soal selidik. Reka bentuk yang digunakan pula ialah reka bentuk Nonequivalent control group of pretest/post-test design . 1.7 Populasi Kajian Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan dengan menggunakan sebanyak 80 murid Cina di sebuah sekolah menengah di negeri Kedah. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan model konstruktivisme, manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional. Kedua-dua kelas yang dipilih adalah setara dari segi pencapaian Komsas Bahasa Melayu mengikut ujian pencapaian pertengahan tahun. Pengajaran konstruktivisme berdasarkan Model Lima Fasa Needham (1987) dijalankan mengikut langkah berikut: (1) orientasi, (2) Pencetusan idea, (3) Penstrukturan semula idea, (4) Aplikasi idea dan (5) Refleksi. 1.8 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Komsas pra dan pasca kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian pra akan dijalankan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan sasaran kajian sebelum pengajaran dimulakan. Selepas mengadakan ujian pra, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan akan didedahkan kepada pengajaran selama enam minggu. Kumpulan eksperimen diajar menggunakan model konstruktivisme manakala kumpulan kawalan pula diajar 7
  • 8. menggunakan model konvensional. Seterusnya, kedua-dua kumpulan berikan ujian pasca. Ujian kedua bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran secara konstruktivisme mahupun secara konvensional. Ujian ini mengandungi satu soalan penulisan yang sama seperti praujian. Soalan ujian yang digunakan ialah soalan standard Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebenar. 1.9 Dapatan Kajian Dapatan kajian dibuat melalui dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang singnifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Hasil kajian menunujukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor ujina komsas. Manakala dari segi ujian pasca pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Oleh itu, hipotesis null iaitu Ho1 (tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra) diterima. Manakala hipotesis null Ho2 ditolak (tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pos. 1.10 Cadangan Pendekatan Konstruktivisme perlu dilaksanakan oleh guru dalam P&P terutamanya pada mata pelajaran yang difikirkan oleh pelajar sebagai mata pelajaran yang membosankan seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan sebagainya. Banyak kelebihan pendekatan konstruktivisme yang telah dinyatakan diatas apabila ia dilaksanakan didalam bilik darjah. 1.11 Kesimpulan 8
  • 9. Kajian ini telah memperoleh dapatan bahawa penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham 1987) memberi kesan yang sangat positif dan signifikan bagi meningkatkan prestasi murid bukan Melayu dalam Komsas Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini turut membuktikan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme lebih efektif berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Oleh itu, para pendidik harus melakukan inovasi dalam gaya pengajaran masing-masing bagi mencapai anjakan paradigma pedagogi dunia pendidikan. Bibiografi Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4: 6-8. Noor Azliza Che Mat & Lilia Halim. (2002). Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM. Jurnal Teknologi, 36, 1-38. Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional approach on teaching practical skills to mechanical related trade students in western nigeria technical colleges, International NGO Journals, 5 (3): 59-64. Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa Needham dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20: 21-41. Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar. (2008). The shift in the role of teachers in the learning process. European Journal of Social Sciences, 7 (2). 9
  • 10. Yahya Bin Buntat & Amirudin Bin Yusof. (2010). Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal. Universiti Teknologi Malaysia. 10