Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

CONTOH PBS EKONOMI STPM 944/4 2016

48.526 Aufrufe

Veröffentlicht am

PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA DARI TAHUN 2010 HINGGA 2014 by Nur Amirah Syafiqah

- Bekas Pelajar PUSAT TINGKATAN 6 SMK SESKYEN 24 SHAH ALAM [2015/2016]
-PU 3 2016
-EKONOMI STPM 2016
-PN CHEE CHUEN YEE ( GURU EKONOMI ) TERIMA KASIH CIKGU DIATAS TUNJUK AJAR :P best teacher haha

Further Information Kindly email to -> amiraminki@gmail.com

Veröffentlicht in: Wirtschaft & Finanzen
  • Loggen Sie sich ein, um Kommentare anzuzeigen.

CONTOH PBS EKONOMI STPM 944/4 2016

  1. 1. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 1 PENGHARGAAN Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajjah Ruslina Binti Salleh selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan Puan Chee Chuen Yee selaku guru pemimbing saya. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amat saya hargai dan sanjungi. Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan berkongsi idea serta memberi komitmen yang baik kepada saya. Semoga segala usaha dan cita-cita kita dapat dicapai bersama. Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang mereka berikan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Semoga kedua ibu bapa saya memperoleh rahmat dan perlindungan daripada Allah s.w.t. Sekian, terima kasih.
  2. 2. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 2 PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DARI TAHUN 2010 HINGGA 2014 SUMBANGAN PKS TERHADAP SEKTOK EKONOMI DI NEGERI SELANGOR DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2014. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014 dan mengenalpasti sumbangan PKS dalam sektor kedua terhadap ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Penyelidik telah menggunakan kaedah primer dan kaedah sekunder bagi mendapatkan data. Antaranya ialah data primer iaitu kaedah temu bual. Penyelidik telah menemu bual seorang seorang pegawai perangkaan ekonomi di SME Corp iaitu Puan Nor Syuhada Binti Nor’din untuk mengenalpasti pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Negeri Selangor secara tepat. Data sekunder pula didapati dengan melayari internet, keperpustaakan dan mendapatkan bahan rujukan. Hasil keseluruhan kajian ini, mendapati aliran pertumbuhan PKS terhadap semua sektor ekonomi di negeri Selangor diunjur mencatatkan pertumbuhan yang positif dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Malah, penyelidik mendapati sektor kedua dan ketiga merupakan penyumbang tertinggi dalam pertumbuhan PKS di Negeri Selangor. Selain itu, penyelidik juga mendapati sektor kedua mencatatkan nilai sumbangan PKS yang kukuh dan meningkat secara positif iaitu sebanyak RM 359,694 ribu dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah pun menambah ilmu pengetahuan penyelidik dan diharap juga kajian ini diteruskan oleh penyelidik lain pada masa akan datang.
  3. 3. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 3 SENARAI KANDUNGAN Butiran Muka Surat Penghargaan i Abstrak ii Senarai Kandungan iii 1.0 Latar Belakang Kajian 1 2.0 Penyataan Masalah 2 3.0 Objektif Kajian 3 4.0 Kaedah Kajian 4 - 6 4.1 Sumber Primer 4 4.1.1 Temu Bual 4.2 Sumber Sekunder 4 4.2.1 Buku Rujukan 4.2.2 Perpustakaan 4.2.3 Laman Web 4.3 Kaedah Analisis Data 5 - 6 5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan 5.1 Pertumbuhan PKS Mengikut Sektor Di Negeri Selangor 7 - 11 Dari Tahun 2010 Hingga Tahun 2014. 5.2 Sumbangan Sektor Kedua PKS Terhadap Ekonomi Di Negeri 12 - 14 Selangor Dari Tahun 2010 Hingga 2014
  4. 4. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 4 6.0 Cadangan 15 7.0 Rumusan Kajian 16 7.1 Pertumbuhan PKS Mengikut Sektor Di Negeri Selangor Dari Tahun 2010 Hingga Tahun 2014. 7.2 Sumbangan Sektor Kedua PKS Terhadap Ekonomi Di Negeri Selangor Dari Tahun 2010 Hingga 2014 7.3 Kesimpulan 17 Senarai Rujukan 18 Lampiran
  5. 5. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 5 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini membentangkan data berkaitan sumbangan PKS terhadap sektor ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia terlibat dalam pelbagai industri. Ia juga mewakili sebahagian besar daripada jumlah perniagaan dalam pelbagai sektor – sektor ekonomi. Terdapat beberapa sektor yang termasuk dalam kategori sektor ekonomi yang melibatkan PKS iaitu pertanian asas, perkilangan atau pembuatan (termasuk asas tani), perkhidmatan berkaitan perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan pengkuarian serta pembinaan (Bank Negara Malaysia, 2005). Peranan PKS sering diperkatakan sebagai salah satu agen pembangunan ekonomi negara. PKS mampu meningkatkan pengeluaran negara, mewujudkan peluang pekerjaan, integrasi antara firma, menjana eksport serta mampu membantu dalam proses pengeluaran beberapa industri berskala sederhana mahupun besar (Nantahkumar et al.2004). Oleh itu, PKS ialah Perusahaan perkilangan atau syarikat yang mempunyai jualan tahuanan tidak melebih RM25 juta dan kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Maka, kajian ini mengkaji sumbangan PKS terhadap sektor ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Sumbangan PKS sektor ekonomi di Selangor meliputi tiga sektor ekonomi iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga. Sektor pertama termasuk pertanian, kuari & lombangan. Sektor kedua pula termasuk pembinaan, pembuatan manakala sektor ketiga ialah perkhidmatan. Malah, usahawan PKS di Negeri Selangor juga menjalankan aktiviti seperti pembuatan, perkhidmatan, borong dan runcit serta industri asas tani. Oleh itu, saiz firma yang dikaji dalam kajian ini ialah melibatkan bilangan pekerja yang kurang 12 daripada 150 orang. Keempat-empat jenis perniagaan ini merupakan aktiviti ekonomi PKS yang utama mengikut perangkaan tenaga buruh Malaysia (2008).
  6. 6. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 6 2.0 PENYATAAN MASALAH Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah memberi pelbagai sumbangan kepada negara kita. PKS mewakili 97.3% daripada jumlah keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia (Banci ekonomi, 2011). PKS dapat mengurangkan import barang pengguna dan meningkatkan eksport negara. Dengan ini, pendapatan negara dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat mengukuhkan struktur asas industri negara. Perniagaan kecil dan sederhana menghadapi persaingan yang sangat besar. Sebagai sebuah PKS semestinya berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antaranya, masalah mendapatkan modal, masalah bekalan bahan mentah, masalah pemasaran dan sebagainya. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan PKS dalam sektor kedua terhadap ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Kajian ini adalah penting kerana PKS memainkan peranan besar dalam membantu mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Kajian ini dapat mengenal pasti pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Selangor dan seterusnya dapat mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah mereka. Hasil kajian diharap dapat membantu pihak kerajaan dalam membuat dasar untuk membantu PKS di Malaysia agar dapat terus menyumbang ke dalam KDNK negara.
  7. 7. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 7 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji sumbangan PKS terhadap sektor ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Secara lebih khusus, kajian ini bertujuan untuk: 1. Mengenalpasti pertumbuhan PKS mengikut sektor di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. 2. Mengenalpasti sumbangan sektor kedua PKS terhadap ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga 2014.
  8. 8. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 8 4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini membincangkan kaedah kajian yang digunakan dan kaedah analisis data. 4.1 SUMBER PRIMER 4.1.1 Temu Bual Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan secara lebih mendalam tentang sesuatu isu dalam kajian ini. Pengkaji telah bertemu bual dengan salah seorang pegawai di SME Corp. iaitu Encik Zahin untuk mengumpul maklumat tentang masalah yang dihadapi dan pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Selangor. Kaedah ini juga membolehkan pengkaji menerangkan dengan lebih jelas maksud soalan kepada responden agar mengelakkan salah tafsir dan salah anggap. 4.2 SUMBER SEKUNDER 4.2.1 Buku Rujukan Kaedah ini diperoleh dari bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku rujukan. Kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan data tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam kajian ini. 4.2.2 Perpustakaan Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku-buku ilmiah. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini pengkaji mendapat gambaran jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Perpustakaan yang dilawati ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 4.2.3 Laman Web Penyelidik telah melayari laman web rasmi SME Corp. untuk mengetahui lebih lanjut tentang perusahaan kecil dan sederhana dan jenis-jenis sektor ekonomi di Selangor. http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/
  9. 9. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 9 4.3 Kaedah Analisis Data Kaedah deskriptif dalam bentuk jadual, peratusan dan graf telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Data diperoleh daripada sumber-sumber daripada laman web, keperpustakaan dan orang sumber. Data yang diperoleh dihitung dan ditukarkan kepada analisis bentuk peratusan bagi mencapai analisis yang tepat. Hasil ini dikehendaki akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. 4.3.1 Rumus dan Pengiraan Contoh Rumus : Contoh Pengiraan : Pertumbuhan PKS dalam sektor pertama pada tahun 2011 ialah RM 4,244 ribu manakala pada tahun 2010 adalah RM 4,163 ribu. Hal ini telah menunjukkan kadar pertumbuhan PKS dalam sektor pertama sebanyak 1.95%. Kadar Pertumbuhan Sektor Pertama = b – a a Kadar Pertumbuhan Sektor Pertama 2011 = = RM 4,244 ribu – RM 4,163 ribu RM 4,163 ribu = 1.95% X 100 X 100
  10. 10. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 10 Seterusnya, data diperoleh ditafsirkan melalui jadual dan graf. Contoh jadual dan graf adalah seperti berikut: TAHUN Pertumbuhan PKS Mengikut Sektor Pertama 2012 RM 290 ribu 2013 RM 107 ribu 2014 RM 132 ribu 0 50 100 150 200 250 300 350 2012 2013 2014 Pertumbuhan PKS Sektor Pertama (RM Ribu) Tahun Pertumbuhan PKS Mengikut Sektor Pertama (RM Ribu) Sektor Pertama
  11. 11. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 11 5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.1 Pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Jadual 1: Pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi, Selangor 2010 – 2014 (Dalam RM Ribu). TAHUN SEKTOR PERTAMA SEKTOR KEDUA SEKTOR KETIGA RM Ribu Pertumbuhan (RM Ribu) % Pertumbun RM Ribu Pertumbuhan (RM Ribu) % Pertumbuhan RM Ribu Pertumbuhan (RM Ribu) % Pertumbuhan 2010 4,163 - - 63,237 - - 106,425 - - 2011 4,244 81 1.95 67,019 3,782 5.98 112,679 6,254 5.88 2012 4,534 290 6.83 71,432 4,413 6.58 120,451 7,772 6.90 2013 4,427 - 107 2.36 75,431 3,999 5.60 128,722 8,271 6.87 2014* 4,559 132 2.98 81,575 6,144 8.15 137,831 9,109 7.08 JUMLAH 21,927 610 14.12 358,694 18,338 26.31 606,108 31,406 26.73 Sumber: Anggaran* Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor
  12. 12. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 12 Rajah 1: Pertumbuhan PKS Mengikut Sektor Ekonomi Di Selangor, 2010 – 2014. Sumber: Anggaran* Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (rujukan kepada jadual 1). 1.95 6.83 2.36 2.98 5.98 6.58 5.6 8.15 5.88 6.9 6.87 7.08 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 2011 2012 2013 2014* Pertumbuhan PKS mengikut sektor (%) Tahun Pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Sektor Pertama Sektor Kedua Sektor Ketiga
  13. 13. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 13 Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 diatas, menunjukkan pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Pertumbuhan PKS dalam sektor pertama telah menunjukkan aliran peningkatan yang mendadak iaitu dari tahun 2010 hingga tahun 2012. Berdasarkan jadual 1 diatas, pada tahun 2010 pertumbuhan PKS dalam sektor pertama telah bertambah sebanyak RM 81 ribu kepada RM 4,244 ribu pada tahun 2011. Manakala nilai pertumbuhan PKS pada tahun 2012 telah meningkat sebanyak RM 290 ribu atau 6.83% kepada RM 4,534 ribu. Hal ini kerana penekanan akan diberikan untuk meningkatkan produktiviti melalui pemodenan sektor ini yang akan disokong oleh pengukuhan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan. Subsektor agromakanan akan diberikan tumpuan bagi memastikan sasaran tahap sara diri komoditi makanan dapat dicapai pada tahun 2020. Sebagai contoh, sasaran tahap sara diri beras ditetapkan pada 100%, sayur-sayuran pada 95.1% dan daging lembu pada 50%. Subsektor kelapa sawit dijangka berkembang sebanyak 2.8% dengan peningkatan jumlah ladang yang matang terutamanya di Sabah dan Sarawak. Subsektor getah pula dianggarkan meningkat sebanyak 7.6% berikutan jangkaan pemulihan harga komoditi getah (Laporan Ekonomi Negeri Selangor 2011/2012). Namun, pertumbuhan PKS dalam sektor pertama ini telah menurun sebanyak RM 107 ribu atau 2.36% menjadi RM 4,427 ribu pada tahun 2013. Penurunan dalam sektor pertama adalah disebabkan faktor cuaca iaitu kemarau yang disebabkan oleh El Nino pada enam bulan pertama 2013 dan enam bulan kedua iaitu musim lembap dan hujan La Nina. Penghasilan sehektar juga menampilkan penurunan sebanyak 0.8% daripada 19.1 tan metrik/hektar kepada 19.05 tan metrik/hektar dalam jangka masa yang sama. (Impak Cuaca Panas; Kosmo Online, 2013) Pengeluaran getah juga telah menurun sebanyak 10.3 antara tahun 2012 dan 2013, Kemerosotasn ini disebabkan oleh penurunan kawasan getah, kekurangan tenaga buruh dan harga yang tidak yang tidak lumayan walaupun hasil sehektar bagi perladangan dan pekebun kecil bertambah baik dengan peningkatan tanaman dengan klon yang berkualiti tiinggi. Selain harga getah yang telah merosot, penurunan nilai RM telah meningkatkan kos input terutama baja sebanyak 30%. Kenaikan harga input telah menurunkan daya saing industri ni kerana butiran baja merangkumi sebanyak 20% kos tanaman getah muda dan 34% tanaman getah matang.
  14. 14. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 14 Selain itu, pertumbuhan PKS dalam sektor kedua (sekunder) telah menunjukkan aliran turun naik antara tahun 2010 hingga tahun 2014. Pada tahun 2010, pertumbuhan PKS dalam sektor ini meningkat dari RM 63,237 ribu kepada RM 67,019 ribu pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM 3,782 ribu atau 5.98%. Pertumbuhan PKS dalam sektor kedua ini telah meningkat dari RM 3,782 ribu kepada RM 4,413 ribu menjadi RM 71,432 ribu pada tahun 2012. Peningkatan ini ini berpunca daripada kerja-kerja kejuruteraan awam yang berterusan serta subsector kediaman yang terus berkembang bagi memenuhi permintaan rumah, terutamanya daripada kumpulan berpendapatan menengah (Laporan Ekonomi Negeri Selangor 2011/2012). Namun, pertumbuhan PKS dalam sektor ini terus meningkat dari tahun 2013 hingga tahun 2014. Pada tahun 2013, nilai pertumbuhan PKS ialah sebanyak RM 3,999 ribu dan telah meningkat kepada anggaran RM 6,144 ribu kepada RM 81,575 ribu pada tahun 2014. Peningkatan ini adalah disebabkan sumbangan PKS terhadap KDNK dan eksport negara. Sebagai contoh, sektor pembuatan menjadi jentera pertumbuhan kedua ekonomi Malaysia. Manakala pada tahun 2010, PKS menyumbang sebanyak 32.4% kepada KDNK negara serta menjadi penyumbang utama 85.2% kepada pendapatan eksport negara. Selain itu juga, permintaan dalam negeri yang tinggi menyebabkan peningkatan pelaburan swasta dan perkembangan kukuh dalam subsektor berkaitan pembinaan. Pertumbuhan sektor ini juga disokong oleh pemulihan eksport, terutamanya produk elektrikal dan elektronik (E&E) (Rancangan Malaysia KeSebelas 2016-2020). Seterusnya, nilai pertumbuhan PKS dalam sektor ketiga (tertier) dari tahun 2010 hingga tahun 2014 telah menunjukkan aliran peningkatan yang mendadak. Pada tahun 2010, pertumbuhan PKS dalam sektor ini telah bertambah sebanyak RM 6,254 ribu atau 5.88% iaitu dari RM 106,425 ribu kepada RM 112,679 ribu pada tahun 2011. Manakala, nilai pertumbuhan PKS pada tahun 2012 dalam sektor ini telah bertambah sebanyak RM 7,772 ribu kepada RM 120,451 ribu. Begitu juga dengan tahun 2013 dan tahun 2014, nilai pertumbuhan PKS meningkat dari RM 8,271 kepada RM 9,109 ribu iaitu menjadi RM 128,722 ribu dan RM 137,831 ribu masing-masing.
  15. 15. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 15 Peningkatan yang berlaku dalam pertumbuhan PKS ini adalah dipacu oleh subsektor perdagangan borong dan runcit yang disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh. Subsektor komunikasi juga memacu pertumbuhan berikutan peningkatan berterusan dalam bilangan pelanggan telefon selular di samping peningkatan penggunaan perkhidmatan data mudah alih. Subsektor penginapan dan restoran juga terus berkembang hasil peningkatan jumlah ketibaan dan perbelanjaan pelancong asing. Selain itu, peningkatan dalam aktiviti berkaitan perdagangan borong dan runcit menggalakkan subsektor pengangkutan dan penyimpanan (Rancangan Malaysia KeSebelas 2016-2020).
  16. 16. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 16 5.2 Sumbangan PKS dalam Sektor Kedua terhadap ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Jadual 2: Sumbangan PKS dalam sektor kedua terhadap ekonomi di Selangor, 2010-2014. TAHUN PEMBUATAN PEMBINAAN JUMLAH (RM Ribu)RM Ribu Peratusan (%) RM Ribu Peratusan (%) 2010 53,708 17.97 9,529 15.91 63,237 2011 56,661 18.96 10,358 17.29 67,019 2012 59,922 20.05 11,510 19.22 71,432 2013 62,166 20.81 13,265 22.15 75,431 2014 66,340 22.20 15,235 25.44 81,575 Sumber: Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Perangkaan Malaysia. Rajah 2: Perbandingan sumbangan sektor kedua terhadap ekonomi di Selangor, 2010-2014 18% 19% 20% 21% 22% Sektor Kedua (Pembuatan) 2010 2011 2012 2013 2014 16% 17% 19% 22% 26% Sektor Kedua (Pembinaan) 2010 2011 2012 2013 2014 Sumber: Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Perangkaan Malaysia (rujukan kepada jadual 2).
  17. 17. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 17 Berdasarkan jadual 2 dan rajah 2 diatas, menunjukkan sumbangan PKS dalam sektor kedua terhadap sektor ekonomi di Negeri Selangor antara tahun 2010 hingga 2014. Secara keseluruhan, jumlah sumbangan PKS dalam sektor kedua terhadap sektor ekonomi meningkat pada setiap tahun. Jumlah nilai sumbangan PKS terhadap sektor pembuatan ialah RM 298,797 ribu. Nilai sumbangan PKS terhadap sektor ini pada tahun 2010 ialah RM 53,708 ribu atau 17.97% telah meningkat sebanyak 0.99% iaitu kepada RM 56,661 atau 18.96% pada tahun 2011. Hal ini kerana prestasi sektor pembuatan akan dipertingkatkan melalui peralihan kepada pengeluaran produk yang lebih kompleks dan pelbagai serta pengukuhan produktiviti dengan penggunaan automasi yang lebih meluas dan peningkatan kemahiran. Dalam tempoh RMKe-11, sektor pembuatan dijangka berkembang sebanyak 5.1%, dipacu oleh subsektor berorientasi dalam negeri. Subsektor ini dijangka berkembang sebanyak 4.4% setahun, seiring dengan keyakinan perniagaan dan sentimen pengguna yang lebih baik. Industri utama yang akan menyokong pertumbuhan ini termasuk makanan, minuman dan tembakau; produk logam yang direka; serta jentera dan peralatan. Berdasarkan permintaan luar negeri yang bertambah baik, subsektor berorientasikan eksport juga dijangka berkembang pada kadar 5.5%. Subsektor ini termasuk industri E&E, petroleum dan kimia, barangan plastik dan produk mineral bukan logam. Malah, nilai sumbangan PKS terhadap sektor pembuatan ini telah terus meningkat dari tahun 2012 hingga tahun 2014. Pada tahun 2012, nilai sumbangan PKS ialah RM 59,922 ribu atau 20.05% dan meningkat menjadi RM 66,340 ribu atau 22.20% pada tahun 2014. Peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan kilang-kilang pembuatan. Peningkatan jumlah kilang-kilang akan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak untuk penduduk tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran negara dan taraf hidup rakyat turut terjamin. Kesannya, arah aliran perubahan guna tenaga akan meningkat. Dengan itu, secara keseluruhannya peningkatan sumbangan PKS dalam sektor pembuatan antara tempoh tahun 2010 hingga 2014 telah menunjukkan perkembangan yang positif (Laporan Ekonomi 2014/2015: Sektor Pembuatan dijangka catat prestasi baik, Utusan Online).
  18. 18. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 18 Jumlah nilai sumbangan PKS terhadap sektor pembinaan pula ialah RM 59,897 ribu. Hal ini menunjukkan nilai sektor pembinaan ini meningkat pada setiap tahun. Berdasarkan jadual 2 dan rajah 2 di atas, pada tahun 2010 nilai sumbangan PKS mencatatkan nilai sebanyak RM 9,529 ribu atau 15.91% dan meningkat sebanyak RM 829 ribu menjadi RM 10,358 ribu atau 17.29% pada tahun 2011. Peningkatan ini ini berpunca daripada kerja-kerja kejuruteraan awam yang berterusan serta subsektor kediaman yang terus berkembang bagi memenuhi permintaan rumah, terutamanya daripada kumpulan berpendapatan menengah. Selain itu, nilai sumbangan PKS terhadap sektor ini juga meningkat dari tahun 2011 iaitu RM 10,358 ribu kepada RM 11,510 ribu pada tahun 2012. Perbezaan peningkatkan antara tahun 2011 dan 2012 ialah sebanyak RM 1,152 ribu. Hal ini didorong oleh perlaksanaan projek infrastruktur berskala besar dan aktiviti pembinaan perumahan. Kegiatan sektor ini dijangka aktif oleh pelaksanaan projek pembangunan ekonomi jangka panjang. Contohnya kerja-kerja pembinaan aliran MRT Sungai Buloh-Kajang, terminal pengangkutan bersepadu (ITT) di Gombak untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalulintas di Lembah Klang (Laporan Tahunan Negara 2010/2011). Manakala pada 2013, nilai sumbangan PKS terhadap sektor ini ialah RM 13,265 ribu atau 22.15% dan meningkat kepada RM 15,235 ribu atau 25.44% pada tahun 2014. Peningkatan ini menunjukkan perbezaan sebanyak RM 1,970 ribu. Hal ini kerana sektor pembinaan ini dianggarkan memperoleh manfaat daripada pelaksanaan berterusan aktivti pembinaan projek-projek utama. Malah, pembinaan bangunan-bangunan bukan kediaman dianggar meningkat dengan diterajui oleh permintaan yang lebih tinggi bagi hartanah dan bangunan komersial. Oleh itu, peningkatan nilai sumbangan PKS terhadap sektor pembinaan ini amat memberikan sumbangan yang besar kepada KDNK negeri sebanyak 4.5% (PKS dijangka penyumbang utama dalam KDNK menjelang 2020, Utusan Online).
  19. 19. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 19 6.0 CADANGAN Terdapat beberapa cadangan bagi meningkatan pertumbuhan PKS terhadap sektor- sektor ekonomi di Selangor suapaya matlamat Malaysia Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Cadangan yang pertama ialah pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan usahawan PKS seperti Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) perlu mengadakan kursus-kursus yang relevan bagi membimbing usahawan PKS dalam pengurusan perniagaan mereka. Jenis kursus atau latihan yang hendak diberikan perlulah sesuai dengan jenis perniagaan. Misalnya, bagi peserta kajian ini, mereka lebih memerlukan kursus-kursus pemasaran, pengurusan kewangan dan kursus asas perakaunan. Selain itu, cadangan untuk meningkatkan pertumbuhan PKS terhadap sektor-sektor ekonomi ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dicadang untuk melebarkan saiz pasaran sedia ada dan meningkatkan daya saing PKS dalam pasaran terbuka. Hal ini boleh dilakukan dengan membuat pelbagai promosi seperti ekspo, pameran, lawatan perniagaan, menerbitkan majalah, risalah dan laman web. Melalui program yang dijalankan, usahawan PKS dapat meluaskan pasaran mereka dan tidak terikat dalam pasaran tempatan sahaja. Kerajaan juga boleh membantu PKS dengan meningkatkan keupayaan teknologi PKS. Peningkatan teknologi dapat meningkatkan produktiviti PKS. Malah, usahawan PKS digalakkan menggunakan teknologi moden dalam mengurus perniagaan mereka. Contohnya, menggunakan sistem komputer untuk menggantikan kad stok dan menguruskan akaun kewangan perniagaan. Hal ini dapat memudahkan pengusaha untuk membuat tempahan stok dan mengetahui penduduk kewangannya. Langkah peningkatan teknologi dapat melicinkan perniagaan PKS dan mengelakkan berlakunya sebarang penyelewengan.PKS perlu dimajukan dengan kerjasama pelbagai pihak kerana sektor PKS dapat menyumbang pendapatan yang lumayan kepada negara kita. Cadangan-cadangan yang dikemukakan diharap dapat membantu kerajaan dalam membuat dasar untuk memajukan PKS.
  20. 20. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 20 7.0 RUMUSAN KAJIAN 7.1 Pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, jumlah aliran pertumbuhan PKS terhadap semua sektor ekonomi di negeri Selangor diunjur mencatatkan pertumbuhan yang positif dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Keadaan ini dipacu oleh permintaan domestik serta disokong oleh jangkaan permintaan luar yang sederhana. Oleh itu, pertumbuhan PKS mengikut sektor ekonomi di Selangor secara menyeluruh dapat meningkatkan KDNK per kapita. Malah, sektor ketiga menjadi penyumbang utama dalam sektor ekonomi di Selangor sebanyak RM 606,108 ribu dari tahun 2010 hingga tahun 2014. 7.2 Sumbangan PKS dalam sektor kedua terhadap ekonomi di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, secara keseluruhan nilai sumbangan PKS dalam sektor kedua terhadap ekonomi di Selangor dari tahun 2010 hingga tahun 2014 mencatatkan pertumbuhan yang kukuh disokong oleh permintaan dalam negeri yang kekal mampan dan pengukuhan sektor luar. Jumlah nilai sumbangan PKS dalam sektor kedua terhadap ekonomi mencatatkan peningkatan yang positif iaitu sebanyak RM 358,694 ribu. Malah, sektor pembuatan mengalami pertumbuhan yang pesat disumbang terutamanya oleh nilai ditambah yang lebih tinggi dalam subsektor E&E iaitu sebanyak RM 298,797 ribu.
  21. 21. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 21 7.3 Kesimpulan Secara keseluruhannya, semua sektor ekonomi mengekalkan pertumbuhan positif walaupun berhadapan dengan persekitaran luaran yang mencabar. Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan domestik yang tinggi dan asas ekonomi yang kukuh. Selain itu, untuk meningkatkan daya saing negara, peralihan dasar telah dilaksanakan dengan meliberalisasi sektor perkhidmatan, memudahkan urusan perniagaan, meningkatkan ekosistem inovasi dan memantapkan PKS. Oleh itu, RMKe-11(Rancangan Malaysia KeSebelas) telah memberikan penekanan kepada merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan berterusan terhadap sektor berintensif pengetahuan dan aktiviti bernilai tambah tinggi akan meningkatkan peluang pertumbuhan dan menarik pelaburan yang berkualiti. Pertumbuhan ekonomi akan didorong oleh peningkatan pelaburan dan produktiviti, rangka kerja kawal selia yang berkualiti dan ketersediaan pekerja berkemahiran tinggi. Pembangunan PKS dan inovasi akan merancakkan pembangunan dan meningkatkan inklusiviti setiap lapisan masyarakat. Selain itu, bandar berdaya saing dan koridor ekonomi wilayah akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan, mewujudkan hab pelaburan yang aktif serta membangunkan bakat dan pengetahuan. Kejayaan pelaksanaan strategi yang digariskan akan memastikan Malaysia berada sebaris dengan negara maju yang lain.
  22. 22. PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PU3 2016 EKONOMISTPM 2016 22 SENARAI RUJUKAN Kosmo Online (2013), Impak Cuaca Panas. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Rencana_ Utama&pg=ru_01.htm Laman Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 13 Julai 2016 dari https://www.statistics.gov.my/ Laman Portal Rasmi SME Corp Malaysia Dicapai pada 13 Julai 2016 dari http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/ Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2010. Bajet 2010. Putrajaya : Kementerian Kewangan Malaysia. Malaysia. Unit Perancangan Ekonomi, 2015. Rancangan Malaysia Ke-Sebelas 2016 – 2020, Putrajaya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Nur Farahin Binti Che Mohamad Ilias dan Fazhani Binti Che Mat Zain, 2016. “Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah Antara Tahun 2005-2013”. Kertas Data. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rancangan Malaysia Kesepuluh (2010), Ringkasan Eksekutif, Unit Perancang Ekonomi. Dicapai pada 14 Julai 2016,http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_M.pdf Utusan Melayu (2013), Sumbangan PKS dijangka meningkat 33 peratus. Dicapai pada 20 Julai 2016 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130425/ek_04/Sumbangan-PKS- dijangka-meningkat-33-peratus#ixzz3D5HCQp3H Utusan Online (2011), PKS dijangka sumbang 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020. Dicapai pada 20 Julai 2016,http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pks-dijangka-sumbang- 41-peratus-kepada-kdnk-menjelang-2020-1.207561 Utusan Online (2014), Laporan Ekonomi 2014/2015; Sektor Pembuatan Dijangka Catat Prestasi Lebih Baik. Dicapai pada 20 Julai 2016 http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/laporan- ekonomi-sektor-pembuatan-dijangka-catat-prestasi-lebih-baik-1.12325 Wawancara secara bebas antara penyelidik dengan Nor Syuhada Binti Nor’din selaku seorang pegawai di SME Corp, pada jam 3.20 petang, 20 Julai 2016).

×