SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
1
Lampiran 1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
SEMESTER 2 SESI 2012/2013 MANUSIA
KPF 3026
NAMA NO. MATRIK
MALIA BTE HJ.LATIP D20121061619
PUSAT PEMBELAJARAN EL-S01(A122PJJ)
NAMA TUTOR E – LEARNING:
Dr. Zahari Bin Hashim
Fakulti Pengurusan & Ekonomi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
TARIKH SERAH : 05.05.2013
PEMARKAHAN
PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
2
KANDUNGAN
Tajuk Muka surat
Rancangan Pengajaran Harian 3 – 9
Refleksi 10 - 14
Kajian Tindakan 15 - 28
3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3
Tarikh : 23.4.2013
Masa : 3.25 – 4.25
Tahun : 3 Bestari
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3
Tema : TEMA 3 – KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Tajuk : Aktiviti di Padang Sekolah
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan.
2. Murid mengambil imlak frasa dan ayat yang dibacakan oleh guru dalam buku tulis.
Standard kandungan :
2.2. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.
3.4. Menulis imlak dengan tepat.
Standard pelajaran :
2.2.1. Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran
dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
3.4.2. Menulis imlak frasa dan ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan dengan tanda
baca dan ejaan yang tepat.
Sistem bahasa : Imbuhan.
Penerapan ilmu : Kbt :- KB – Mengenal pasti
Kontekstual - Menghubungkaitkan
Nilai : Kesihatan
BBM : Power point, LCD, Lembaran kerja.
4
Masa /
Langkah
Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan
Set
Induksi
(5 minit)
Power point, LCd 1.Guru menayangkan slaid
1 murid 1 sukan dan
gambar murid sedang
bersenam di padang.
2 . Murid bercerita
mengenai slaid dan
gambar yang ditanyangkan
oleh guru.
BBM
Power point dan LCD.
Kbt :- KB – Mengenal
pasti
Kontekstual -
Menghubungkaitkan
Nilai : Kesihatan
Langkah
1
(10
minit)
Power point. LCD
1. Guru mengaitkan set
induksi dengan tajuk pada
hari ini.
1. Murid diperlihatkan
gambar-gambar kegiatan
aktiviti di padang sekolah.
2. Murid bercerita
mengenai gambar yang
mereka lihat.
Kemahiran Lisan
Kbt: Menjana idea
Langkah
2
(10
minit)
Power point, LCD,
teks.
1.Murid membaca teks
yang ditayangkan.
2. Murid mengenal pasti
perkataan berimbuhan
awalan dan akhiran yang
terdapat dalam petikan.
Kemahiran menaakul
BBM : LCD dan power
point
Nilai: Kesihatan
5
Langkah
3
(15
minit)
Imbuhan
Ayat tunggal dan ayat
majmuk.
1 Guru menerangkan dan
memberikan contoh-contoh
imbuhan.
2.Murid menyebut
perkataan berimbuhan
dalam petikan seterusnya
menyatakan imbuhan dan
kata akarnya.
3.Murid melengkapkan
teks dengan perkataan
berimbuhan awalan dan
akhiran.
4. Murid membaca petikan
yang telah dilengkapkan.
5. Murid diminta membina
ayat dengan menggunakan
perkataan berimbuhan
kemudian membacanya.
BBM : LCD dan power
point
Kbt :- KB – Mengenal
pasti
Sistem bahasa:
Imbuhan
Kemahiran mendengar.
Menjana idea
( 5 minit) Frasa dan ayat 1. Murid mengambil imlak
frasa dan ayat yang
dibacakan oleh guru dalam
buku tulis.
2. Murid membaca frasa
dan ayat yang telah
diimlakkan.
Kemahiran mendengar
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi 1.Guru merumuskan P&P
dengan sesi
soal jawab bersama murid
tentang aktiviti yang telah
dipelajari.
BBM: LCD dan power
point.
Nilai : Kesihatan
6
7
8
9
10
REFLEKSI
Syukur Alhamdulillah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3
berjalan lancar seperti yang telah pun dirancang. Murid-murid menunjukkan minat yang
mendalam terhadap tajuk pembelajaran iaitu ‘Aktiviti di Padang Sekolah’. Setiap rangsangan
minda yang saya curahkan kepada murid dibalas dengan baik dan aktif. Murid sepanjang
rancangan pengajaran ini berlangsung dapat menguasai objektif pembelajaran dengan baik
dan cemerlang. Kawalan disiplin murid pada awalnya sedikit longgar di mana murid didapati
lambat masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selesai sahaja waktu rehat sekolah. Ini
menyebabkan sesi pembelajaran lewat 2 minit daripada yang sepatutnya seperti yang
dirancang. Keadaan ini diperbaiki dengan memberi nasihat tegas tetapi berhemah kepada
murid akan peri pentingnya menepati waktu. Kemudian, murid juga didapati masuk ke
dalam kelas dengan tidak beratur. Situasi ini diatasi dengan memberi arahan agar murid
beratur semasa masuk dan keluar dari kelas pada mula dan akhir sesi persekolahan. Berbicara
tentang keadaan kelas semasa pembelajaran berlangsung, murid didapati menyediakan
persekitaran kelas yang bersih dan kemas. Suasana pembelajaran yang kondusif ini sedikit
sebanyak membantu saya dan murid-murid untuk belajar dengan lebih selesa. Sedikit
gangguan apabila tidak semua kipas berfungsi lantas menyebabkan murid di bahagian
hadapan kelas kurang selesa. Kekurangan ini tidak dapat dielakkan memandangkan
masalah ini bersifat teknikal. Namun, keadaan ini menyebabkan murid beralih ke kawasan
yang lebih sejuk, menyebabkan taburan tempat duduk di dalam kelas tertumpu ke kawasan
yang lebih sejuk.
Set induksi saya mulakan dengan paparan multimedia PowerPoint berkenaan slaid murid
sedang bersenam di padang dan melaksanakan program kebangsaan iaitu ‘1M1S’. Saya
menjana idea murid dengan bersoal jawab tentang gambar yang dipaparkan. Murid didapati
memberi respons yang tepat (pengetahuan sedia ada) dan jawapan yang diberikan adalah
bernas dan ringkas. Kontak mata dilaksanakan dengan baik, media pandang dengar juga
didapati banyak membantu pemahaman murid. Murid dapat menyatakan bahawa amalan
kesihatan adalah penting dalam kehidupan. Rangsangan berbentuk ingin tahu ini
menunjukkan murid menguasai Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) topik ini iaitu
‘menghubungkaitkan’. Tahniah!
11
Aktiviti 1 adalah kesinambungan daripada set induksi yang berlangsung sebelumnya.
Masa yang diperuntukkan adalah 10 minit. Terkandung di dalam aktiviti ini adalah menjana
idea dan menaakul. Teknik pengajaran adalah berasaskan lisan. Dalam aktiviti ini, murid
disajikan dengan tayangan slaid PowerPoint berkenaan gambar-gambar aktiviti yang
diadakan di padang sekolah. Saya mengaplikasikan gerak geri semula jadi guru dan bentuk
penglibatan lisan murid untuk membincangkan gambar yang ditunjukkan. Didapati murid
boleh menerangkan aktiviti yang dipaparkan dengan baik. Murid dapat bercerita dengan
ringkas akan gambar yang dipaparkan terutama berkenaan program 1M1S.
Aktiviti 2 merupakan fokus utama pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menaakul.
Aktiviti ini sepatutnya mengambil masa 10 minit di mana murid membaca teks yang
dipaparkan pada pemancar skrin (perancangan asal). Semasa aktiviti ini dilaksanakan,
didapati murid membaca dengan pantas, kurang daripada 8 minit sahaja aktiviti ini selesai
dilaksanakan. Murid menunjukkan gaya bacaan baik berserta sebutan yang jelas dan intonasi
yang sesuai. Dengan itu, aktiviti ini singkat berbanding yang dirancang. Murid kemudiannya
mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan yang
telah dibaca. Teknik menyoal ‘membantu dengan memberi petunjuk’ saya guna pakai.
Teknik ‘hentian’ juga saya guna pakai dengan menghentikan imbuhan awalan dengan
imbuhan akhiran.
Pada Aktiviti 3 pula, saya menjalankan tugas sebagai fasilitator (pemudah cara) yang baik.
Sesi pertama ini yang sepatutnya mengambil masa 10 minit namun hanya berlangsung selama
8 minit. Saya berjaya menerangkan imbuhan berserta contoh dengan menggunakan kaedah
menerang. Arah permulaan yang menarik dan mengajak perhatian murid turut saya gunakan
pada aktiviti 3 ini. Berbantukan paparan PowerPoint sebagai alat bantu mengajar, saya
mengarahkan murid untuk melengkapkan teks dengan perkataan yang berimbuhan awalan
dan akhiran secara berperingkat-peringkat, secara inklusif iaitu dari yang mudah kepada
yang lebih susah. Selepas itu murid juga telah berjaya membina ayat dengan menggunakan
perkataan berimbuhan kemudian membacanya untuk diperdengarkan kepada rakan lain.
Berdasarkan pemerhatian kasar, didapati murid menguasai kemahiran bernilai tambah yang
saya rancang iaitu Kemahiran Berfikir – mengenal pasti.
Turut dilakukan pada Aktiviti 3 adalah sesi kedua iaitu bahagian frasa dan ayat. Sesi
12
‘Frasa dan Ayat’ ini memakan masa selama 5 minit sahaja. Masa yang terhad ini saya
luangkan sepenuhnya bersama murid dengan mengguna pakai Kemahiran Ilustrasi iaitu
‘media pandang-dengar yang merangsang pembelajaran murid’. Murid menggunakan
paparan slaid PowerPoint untuk mempelajari hukum imbuhan. Dalam sesi kedua ini, saya
dapati mampu membaca petikan yang telah dilengkapkan (berserta imbuhan) dengan sebutan
yang jelas dan intonasi yang sesuai. Fokus pembelajaran murid pada sesi ini dapat
disimpulkan secara purata sebagai tertumpu pada lisan positif.
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung, didapati murid melibatkan diri
secara kolektif dan aktif. Murid berjaya mengambil imlak frasa dan ayat yang saya bacakan
ke dalam buku tulis. Sedikit arahan penegasan saya segarkan kepada murid memandangkan
kawalan kelas semakin longgar pada kala murid menulis ayat yang saya bacakan kepada
mereka. Murid yang lemah pula saya dampingi dan ajari dengan lisan positif, penuh
kelembutan dan kasih sayang. Alhamdulillah saya berjaya membimbing murid lemah untuk
mengikuti pembelajaran ini.
Pada sesi Penutup, saya menjalankan perbincangan rumusan bersama murid dengan
menggunakan teknik soal jawab. Saya menanyakan soalan berkaitan susunan topik yang
dipelajari hari ini kepada murid-murid. Secara keseluruhan, saya dapati murid mengikuti
setiap aktiviti yang saya anjurkan dengan baik. Teknik-teknik pengajaran yang pelbagai
menunjukkan kesan yang positif kepada mereka. Nampaknya murid memberi respons yang
baik dengan menyatakan isi-isi penting . Dapat saya simpulkan bahawa objektif pengajaran
dan pembelajaran saya pada hari ini tercapai dengan jayanya. Selesai sesi pengajaran dan
pembelajaran hari ini. Alhamdulillah!
Penilaian Kendiri
Kelebihan (Strengths)
Suara yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid memahami apa yang disampaikan.
Nada yang lembut tetapi tegas ketika mengajar dapat membantu murid fokus terhadap
pelajaran dan keprihatinan guru pada situasi sekelilingnya dapat memastikan murid-murid
tidak alpa dan bermain di dalam kelas. Guru juga dilihat sentiasa berinteraksi dengan
13
murid dan sentiasa mendapat maklum balas yang cepat daripada murid. Selain itu, murid-
murid kelihatan seronok dan melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti pembelajaran
berlangsung. Murid-murid di kelas ini dapat menerima penerangan dengan baik sekali dan
dapat memberi respons yang baik dan saya berpuas hati dengan kerjasama yang murid
berikan kepada saya.
Alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan amat jelas, mudah dilihat dan dibaca serta
tidak melupakan aspek penonjolan bagi mencapai maksud dan tujuan. Penyediaan slaid
PowerPoint yang saya siapkan lebih awal telah memberi kesan kepada penjimatan masa yang
kritikal dan memudahkan murid menggunakan kemahiran visual bagi niat memahami isi
pembelajaran yang dipaparkan. Jenis tulisan dan warna amat saya titik beratkan dalam setiap
slaid yang dibina agar bersifat lebih menarik dan efektif.
Duduk secara berkumpulan membolehkan murid membentuk sikap bekerjasama,
bertolak ansur dan boleh menerima pendapat orang lain. Melalui cara ini dapat dilihat
dengan jelas bahawa mereka mempunyai sikap bekerjasama, tolong menolong dan rela
menerima pendapat kawan-kawannya dalam menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa
yang singkat. Persaingan untuk menjadi yang pertama telah menguatkan lagi semangat
mereka.
Kelemahan (Weaknesses)
Antara kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
ini adalah guru tidak menulis hari, tajuk dan tarikh. Justeru itu tidak hairanlah jika di
penghujung sesi pengajaran dan pembelajaran ada murid yang agak keliru apabila ditanya
tentang apa yang mereka pelajari pada hari tersebut. Tiada penglibatan secara individu dalam
bacaan dilakukan. Murid hanya diminta membaca secara beramai-ramai. Kadangkala guru
lupa menyebut nama murid ketika meminta murid menjawab soalan. Soal jawab antara guru
dengan murid secara individu juga dilihat kurang dilakukan. Murid dilihat suka menjawab
secara beramai-ramai.
Peluang (Opportunities)
Setiap kelemahan-kelemahan yang dikesan perlu diambil serius dan diatasi dengan
14
melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Saya
seharusnya ingat untuk menulis hari, tajuk dan tarikh di papan tulis sebagai langkah awal
untuk murid mengetahui apa yang bakal dipelajarinya nanti. Saya juga harus memberi
peluang kepada beberapa orang murid untuk membaca secara individu. Dengan cara ini saya
boleh mengesan kebolehan membaca seseorang murid dengan lebih tepat. Saya juga harus
lebih prihatin ketika sesi soal jawab yang berlaku antara guru dengan murid terutamanya
penyoalan secara individu. Saya seharusnya ingat nama semua murid.
Walaupun kaedah yang saya gunakan membolehkan objektif pengajaran saya tercapai,
saya bercadang untuk mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan
pembelajaran yang lebih menarik agar murid-murid dapat memahami sesuatu topik dengan
lebih jelas dan terperinci lagi. Diharapkan kaedah dan teknik yang pelbagai akan
menjadikan pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan
pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa rasa jemu dan bosan di samping
boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
15
KAJIAN TINDAKAN MENGENAI PENGUNAAN KOMPUTER SEMASA PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SK PENGALAT BESAR
Oleh:
MALIA HJ LATIP
D20121061619
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication
Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di kalangan guru Sekolah
Rendah di SK Pengalat Besar. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu
kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Sains, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P
Sains dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam P&P
Matematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih yang menjalani latihan
mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu
temubual dan cerapan terhadap guru pelatih. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru kurang meggunakan ICT dalam P&P
Matematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang
tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah
dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru dan pihak sekolah bagi
memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Sains
1. Pengenalan
Teknologi yang berkembang dengan semakin pesat dan pantas telah mewujudkan
persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksible dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan
pembelajaran. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa
perubahan dan membina banyak Makmal Komputer di sekolah-sekolah. Harapan
Kementerian Pelajaran bila adanya Makmal Komputer ini ialah, guru dapat menggunakan
Komputer bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Makmal komputer ini akan
dibekalkan capaian internet yang meluas dan kemudahan yang lebih banyak berbanding
sebelum ini.
16
Di negara maju, penggunaan pengajaran berbantukan komputer telah diterima oleh
guru, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan. Di Malaysia pula, penggunaan
pengajaran berkomputer ini telah digunakan secara meluas terutamanya di kalangan guru
Sains dan Matematik. Pengajaran berbantukan komputer ini dapat mengatasi masalah
miskonsepsi pelajar. Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajar
untuk mempelajari sains dan membantu mereka mempelajari Sains melalui pengalaman yang
menyeronokkan.
2. Latarbelakang Masalah
Bagi kebanyakan pelajar, Sains merupakan mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari
serta kurang diminati. Oleh yang demikian kaedah pembelajaran yang berkesan adalah perlu
bagi meningkatkan pengetahun dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap sesuatu
konsep dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.
Pengenalan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan menyebabkan kurikulum
pendidikan berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk
membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan
guru. Pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan
teknologi. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar.
Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua subjek yang
sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. Pada
dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran
sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada
guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya.
Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah diutamakan untuk
merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan media penting yang
digunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam memantapkan
ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar.
17
3. Pernyataan Masalah
Perubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan
pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Maklumat bertukar dalam mod
digital dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan menggabungkan elemen
multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik untuk pelajar dan guru. Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadi
satu trend yang global serta mendapat sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia. Seperti
kenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu
persidangan e-pembelajaran pada Mei 2000 di Kuala Lumpur, “Teknologi telah dan akan
menjadi satu komponen penting pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan
negara kita. Pendekatan dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahan
pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Guru sepatutnya dapat
mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran”. Dari kenyataan
tersebut, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Berdasarkan hal itu, kajian
dilakukan untuk mengenalpasti penggunaan komputer dalam P&P mata pelajaran sains di
kalangan guru sains di Sebuah Sekolah Rendah di Papar, Sabah.
4. Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk:
a) Mengenalpasti penggunaan komputer di kalangan guru semasa proses pengajaran
dilaksanakan.
b) Mengenalpasti halangan-halangan yang mungkin timbul terhadap penggunaan
komputer untuk pelaksanaan proses pengajaran.
5. Hipotesis Kajian
Secara khususnya, skop kajian adalah menjurus hipotesis seperti berikut:
a) Apakah perisian komputer yang digunakan oleh guru sains dalam melaksanakan
proses pengajaran?
b) Bagaimanakah guru sains mengatasi halangan penggunaan komputer yang mungkin
timbul semasa melaksanakan proses pengajaran?
18
6. Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada Guru Besar sekolah
rendah yang dikaji khususnya dan Pejabat Pelajaran Daerah Papar amnya untuk
mengenalpasti sejauh mana kemahiran komputer membantu guru sains semasa proses
pengajaran. Kajian ini juga mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi halangan-
halangan yang mungkin timbul semasa penggunaan komputer di kalangan guru di sekolah.
Ianya boleh dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam
menggunakan komputer sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk
mengatasinya.
7. Kekangan Kajian
Kajian ini terbatas kepada 2 orang guru sains di salah sebuah sekolah rendah di Papar sahaja.
Kajian ini dikaji melalui 3 kali temubual dengan guru berkenaan. Temubual dilaksanakan
untuk mengetahui jenis perisian komputer yang digunakan semasa proses pengajaran sains
serta halangan yang dihadapi oleh guru berkenaan dalam menggunakan komputer semasa
proses pengajaran.
Guru sains yang terlibat dalam kajian juga hanyalah guru sains tahap 1 sahaja. Justeru
itu, kajian ini tidak boleh disamakan dengan kemahiran penggunaan komputer guru sains di
tahap lain atau di sekolah yang terletak di kawasan bandar.
8. Definisi Istilah
Istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini bolehlah ditakrifkan seperti berikut:
a) Penggunaan
Perihal (perbuatan, kegiatan) menggunakan sesuatu.
b) Pengajaran
Perkataan “pengajaran” itu asalnya daripada perkataan “ajar” yang bermaksud
menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Ia
juga bermaksud mendidik, memberi petunjuk dan melatih.
19
9. Metodologi Kajian
Kajian ini adalah berbentuk kajian kes dan ianya adalah berbentuk jenis temubual yang
separuh berstruktur . Soalan yang dibangunkan adalah bertujuan untuk mendapat respons
yang terbuka daripada guru – guru yang ditemubual.
Dalam kajian yang dilakukan ini, pengkaji telah memilih populasi guru – guru Sains
di sekolah – sekolah rendah di daerah Papar dan sampel adalah terdiri daripada kalangan
guru-guru Sains di sebuah sekolah rendah di daerah Papar. Dalam pemilihan sampel kajian,
terdapat pelbagai pendapat mengenai jumlah persampelan yang sepatutnya digunakan oleh
para pengkaji. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelah bertujuan dan pensampelan
berkriteria. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual secara individu dan
terperinci, jadi hanya dua orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Responden yang
dipilih adalah guru-guru dari sebuah sekolah di daerah Papar yang mengajar Sains.
Instrumen kajian adalah soalan temubual. Pengkaji memilih kaedah temubual kerana
ianya sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci.
Temubual adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai
kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.
Temubual adalah kaedah di mana responden dan pengkaji hadir bersama dalam proses
memperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorang
responden. Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan mendalam,
terutamanya apabila membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu. Soalan
temubual merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya
digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu pengkaji menyokong
hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas responden. Ianya juga digunakan untuk
memperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaran yang telah dipilih oleh
responden. Terdapat tiga jenis temubual, iaitu temubual berstruktur. Temubual tidak
berstruktur dan temubual separuh berstruktur. Namun dalam kajian ini pengkaji hanya
menggunakan temubual separuh berstruktur yang merupakan temubual yang melibatkan
soalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi kebebasan kepada responden untuk
mengutarakan respon mereka. Jangkaan jawapan tidak disediakan dan segala kemungkinan
jawapan daripada responden diterima.
20
Pengkaji memilih kaedah ini kerana temubual bersifat fleksibel. (Azizi, 2007 ).
Penemubual berkesempatan memerhatikan responden dan situasi mereka memberikan
jawapan. Melalui kaedah ini juga penemubual dapat memperolehi informasi yang lebih
daripada responden apabila jawapan yang diperolehi tidak sempurna ataupun tidak relevan.
Ini akan memudahkan pengkaji untuk menjawab persoalan kajian iaitu mengenai kelebihan
dan kelemahan penggunaan komputer serta masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam
menggunakan komputer dalam pengajaran Sains.
Kajian rintis merupakan kaedah yang dilakukan untuk menilai kebolehpercayaan dan
kesahan soalan yang dibina. Ia bertujuan untuk memeriksa sejauh mana responden
memahami soalan yang dikemukakan. Ia juga untuk mengelak timbulnya masalah dari
segibahasa, struktur ayat dan maksud ayat tersebut.
Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 2 orang guru yang dipilih di salah sebuah
sekolah rendah kebangsaan di sekitar Daerah Papar, Sabah. Item-item yang dianggap tidak
sesuai digunakan dalam soalan temu bual akan diperbetulkan oleh penyelidik sebelum kajian
sebenar dijalankan.
Kajian ini akan dijalankan dengan berpandukan kepada kerangka kajian kualitatif
jenis kajian kes (Gerring, et al 2007). Teknik yang digunakan bagi mengumpulkan data-data
kajian merangkumi temu bual separuh berstruktur.
Penggunaan teknik temubual separuh berstruktur bagi proses pengumpulan data
dalam kajian ini adalah bertujuan untuk membolehkan sebarang perubahan terhadap bentuk
soalan, urutan soalan dan cara soalan diajukan kepada peserta kajian dilakukan setelah
mendapat maklum balas dan reaksi daripada peserta kajian (Merriam, 2009).
10. Analisis Data
Semua data daripada rakaman temubual ditranskripsikan untuk di analisis. Transkrip data
digunakan untuk mencirikan cara-cara responden menggunakan komputer. Seterusnya
pengkaji menganalisis satu persatu hasil rakaman temubual tersebut.
21
Menurut responden A contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan
harian boleh ditunjukan dengan menggunakan komputer, LCD dan CD courseware. Jadi,
pelajar boleh mengaitkan perkara yang dipelajari dengan kehidupan harian. Dengan
menggunakan pengajaran berbantukan komputer, responden dapat melaksanakan proses
pengajaran Sains dengan lebih berkesan. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan perkara
yang dipelajari dan ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna. Responden
A juga mengatakan bahawa terdapat banyak kebaikan penggunan pembelajaran berbantukan
komputer ini.
Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yang
bermakna. Melalui pembelajaran yang bermakna, pelajar akan lebih mudah memahami isi
pengajaran dan akan merasakan keseronokan mempelajari Sains. Tetapi terdapat juga
kekangan yang dinyatakan oleh Responden A iaitu masalah ketiadaan elektrik semasa proses
pengajaran dan pembelajan berlaku, yang mana masalah ini akan menyebabkan responden
mengajar secara tradisional atau konvensional semula.
Untuk memberi respon terhadap petikan di atas (Ittigson et al, 2004), mengatakan
komputer adalah peralatan yang ideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikan
pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang berbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenis
pembelajaran Matematik yang bermakna. Penggunaan teknologi dalam kelas Sains
membantu pengajaran guru untuk memahamkan pelajar.
Responden B mengatakan bahawa kemahiran komputer perlu ada pada masa sekarang
kerana guru – guru perlu mengubah cara pembelajaran tradisional yang lebih kreatif.
Contohnya penggunaan cd perisian pelajar dan menggunakan perisian power point.
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sangat membantu
terutamanya dalam tajuk pembentukan fotosintesis. Ini kerana penggunaan komputer akan
memudahkan untuk menunjukkan proses pergerakan sesuatu objek. Ini akan memudahkan
pemahaman pelajar untuk memahami sesuatu konsep. Penggunaan komputer mampu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains.
Ini kerana menurut responden A dan B, penggunaan alat multimedia seperti CD Rom
dan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk
22
belajar. Dengan menggunakan alat multimedia pelajar-pelajar sangat-sangat memberi
perhatian kerana pelajar tertarik dengan apa yang dipaparkan.
Responden B menyatakan terdapat juga masalah yang wujud iaitu kekurangkan peralatan
multimedia seperti LCD. Responden turut berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dapat membekalkan lebih banyak kemudahan kepada sekolah beliau.
ANALISIS DATA
Responden (R) Soalan/Jawapan Temubual TEMA
Soalan Apakah yang anda faham tentang komputer
dan multimedia?
Responden A Komputer dan multimedia adalah saling
berkait rapat komputer adalah alat atau
mesin untuk memainkan multimedia.
Contoh multimedia adalah seperti
penggunaan perisian Courseware yang
mana ianya merupakan contoh multimedia
yang baik kerana ia adalah penghasilan
bunyi dan animasi.
Responden B Komputer adalah alat yang menerima input
dan kemudiannya memprosesnya sebagai
output dengan menggunakan printer.
Multimedia pula adalah penggunaan
komputer untuk menyajikan dan
menggabungkan teks, suara, gambar,
animasi dan video dengan alat bantu
sehingga pengguna dapat bernavigasi,
berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi.
23
Analisis Kedua-dua responden faham maksud
komputer dan multimedia.
KEFAHAMAN
Soalan Apakah anda pernah menghadiri kursus
atau latihan kemahiran komputer sebelum
ini?
Responden A Ya. Saya pernah menghadiri kursus
komputer iaitu dalam 3 kali setahun dan kos
adalah tanggungan sendiri kerana saya
memang minat menggunakan komputer
sejak di bangku sekolah lagi
Responden B Tidak pernah. Selalunya kursus komputer
ini akan dihadiri oleh guru penyelaras ICT
sekolah dan selalunya guru-guru lain akan
berkursus berbayar. Saya memang minat
mengikuti kursus komputer ini tapi ada
sahaja halangan untuk saya menghadirinya.
Analisis Kedua-dua responden berminat dengan
menggunakan komputer dan telah
mengetahui kemahiran komputer .
MINAT
Soalan Berapa kali anda pernah menggunakan
komputer semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sains?
Responden A Lebih dari lima kali seminggu . Subjek
Sains merupakan subjek major saya dan
saya memang akan menggunakan komputer
dan lcd semasa mengajar kecuali semasa
kelas yang ada satu masa sahaja.
Responden B Dalam seminggu ada lebih daripada 5 kali.
Ini kerana saya mengajar empat buah kelas
sains dan semuanya memerlukan
penerangan untuk menerangkan proses dan
24
tindak balas . Contoh proses pembentukan
hujan, para pelajar selalunya tidak dapat
membayangkan sekiranya tiada paparan
yang jelas ditunjukkan oleh guru.
Analisis Berdasarkan respon kedua – dua orang
responden didapati penggunaan komputer
adalah sangat kerap kerana menurut
responden mereka sukar mengajar jika tidak
menggunakan pengajaran berbantukan
komputer untuk menerangkan sesuatu
proses atau fenomena.
KEKERAPAN PENGGUNAAN
KOMPUTER
Soalan Apa pandangan anda dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan komputer?
Responden A Saya sangat setuju kerana Penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat
membuat persiapan dan bersedia dengan
lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara
ini guru dapat mencari maklumat-maklumat
berkenaan dengan pengajaran dengan lebih
baik seterusnya dapat menyampaikan
kepada pelajar secara berkesan
Responden B Saya amat bersetuju terutamanya subjek
Sains kerana subjek seperti ini kita tidak
boleh diajar secara chalk and talk sahaja.
Sekurang – kurangnya pelajar dapat
menerima input yang diberikan oleh guru
walaupun sedikit. Kebiasaannya pelajar
akan merasa cepat bosan dan akan membuat
hal sendiri jika pembelajaran itu tidak
menarik mereka. Dengan adanya
penggunaan pembelajaran berbantukan
komputer ini pembelajaran akan lebih
menarik dan berkesan di hati pelajar.
25
ANALISIS Kedua – dua orang responden sangat
bersetuju untuk menggunakan pembelajaran
berbantukan komputer semasa proses
pengajaran Sains dan mereka bersetuju
bahawa penggunaan komputer lebih
berkesan semasa pengajaran.
SETUJU TERHADAP
PENGAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER
Soalan Adakah anda merasakan pelaksanaan
pembelajaran menggunakan ICT dan
komputer ini berjaya dalam meningkatkan
kualiti pelajar?
Responden A Ya. Kita boleh lihat sendiri dan bandingkan
apabila saya mengajar secara tradisional
tiada seorang pun pelajar yang berani
bertanya tapi apabila saya menggunakan
alat bantu mengajar seperti ini mereka dapat
melaksanakan tugasan dengan baik dan
rajin bertanya guru.
Responden B Saya rasa sangat berjaya. Ini kerana pelajar
selalunya lebih tertarik untuk mendengar
pengajaran guru jika guru menggunakan
alat bantu mengajar seperti ini. Kita dapat
lihat mereka menunjukkan semangat belajar
yang tinggi kerana pelajar sekolah rendah
sangat sukar dikawal tetapi oleh kerana
guru menayangkan animasi-animasi yang
menarik dan hanya digunaka semasa subjek
Sains, maka mereka akan sentiasa tertunggu
– tunggu supaya mereka mendapat input
yang berguna.
Analisis Kedua – dua orang responden bersetuju
pembelajaran dengan berbantukan
komputer lebih berjaya berbanding
pembelajaran secara tradisional.
PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER
VS TRADISIONAL
Soalan Apakah contoh – contoh perisian yang anda
gunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran?
Responden A Perisian yang selalu saya gunakan ialah I-
teach , power point, dan CD coursware
Responden B Selalunya saya akan menayang Cd
Courseware dan menunjukkan video yang
menerangkan satu proses atau fenomena.
26
Analisis Kedua – dua orang responden
menggunakan perisian yang sama untuk
memerangkan satu proses atau fenomena
PERISIAN
Soalan Apakah masalah-masalah yang sering
timbul dalam melaksanakan pembelajaran
berbantukan komputer?
Responden A Selalunya masalah yang timbul adalah
apabila berlaku ketiadaa elektrik. Guru
terpaksa mengajar secaraa tradisional dan
tidak dapat memberi gambaran jelas
mengenai konsep yang diajar.
Responden B Masalah yang berlaku adalah kekurangan
LCD , guru terpaksa berebut-rebut dengan
guru lain kerana LCD yang berfungsi hanya
3 sahaja.
Analisis Masalah yang dihadapi semasa mengajar
menggunakan komputer adalah diluar
kawalan guru
KEKANGAN
Soalan Bagaimanakah anda mengatasi masalah
tersebut?
Responden A Kami meminta supa JPN menyediakan
generator setiap sekolah dan ini tidak akan
membimbangkan guru kerana elektrik ada
pada setiap masa
Responden B Diharap supaya KPM membekalkan LCD
yang baru kerana LCD yang lama
kebanyakkannya rosak
Analisis Kedua – dua orang responden berharap
masalah – masalah yang berlaku dapat
diatasi oleh KPM dan JPN.
HARAPAN
27
11. Kesimpulan
Penggunaan komputer dalam penyampaian bahan pembelajaran semasa proses
pengajaran lebih menarik minat para pelajar serta menyenangkan guru. Oleh itu sepatutnya
guru-guru telah bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi komputer untuk
melaksanakan pengajaran. Komputer dapat memudahkan proses pengajaran guru dan
membantu pembelajaran pelajar. Pengetahuan teknologi komputer adalah amat penting untuk
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berjalan lancar. Melalui
penganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa
penggunaan IC Tdi kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan yang
disediakan disekolah. Guru-guru didapati kurang menggemari kaedah pengajaran
menggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan
masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk
memulakan P&P serta kekurangan bahan- bahan ICT menyebabkan guru-guru kurang
bermotivasi untuk menggunnakan ICT dalam pengajaran
.
28
Bilbiografi
Azizi Yahaya et. al (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd
Gerring, John. (2007). Case Study Research: Principles and Practices. Cambridge University
Press
Hannafin, R., & Foshay, W. R. (2008). Computer-based instruction's (CBI) rediscovered role
in K-12: An evaluation case study of one high school's use of CBI to improve pass
rates on high-stakes tests. Educational Technology Research & Development, 56(2),
147-160
Jensen, E. (2006) “The Social Context of Learning” In: The Praeger Handbook of Learning
and the Brain, Sheryl Feinstein, ed. pgs. 452-456. Praeger, Westport, CN.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP, 2003
Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation.
Jossey-Bass Higher & Adult Education Series
Patton, M.Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand Oaks, CA:
Sage.
Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe (2004). Challenges of Teaching with Technology
across the Curriculum .GI Publishing Hershey, PA, USA ©2003
Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di
Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia

More Related Content

What's hot

PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranamalinajohari94
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaranafiq ikhwan
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 

What's hot (20)

PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 

Similar to RANCANGAN

Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranKoh Ing
 
Rph aktiviti di padang sekolah
Rph   aktiviti di padang sekolahRph   aktiviti di padang sekolah
Rph aktiviti di padang sekolahMaliaLatip
 
Rph aktiviti di padang sekolah
Rph   aktiviti di padang sekolahRph   aktiviti di padang sekolah
Rph aktiviti di padang sekolahMaliaLatip
 
Assignment teknologi pendidikan
Assignment teknologi pendidikanAssignment teknologi pendidikan
Assignment teknologi pendidikanRozita Yaacob
 
Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halajoe zulkefli
 
Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1joe zulkefli
 
Refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
Refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507Khairiah Abdul Kadir
 
Tugasan kpd 3026 sem 2 fazida
Tugasan kpd 3026 sem 2   fazidaTugasan kpd 3026 sem 2   fazida
Tugasan kpd 3026 sem 2 fazidafazida34
 
RPL bidang belajar
RPL bidang belajarRPL bidang belajar
RPL bidang belajarIrull15
 
Jurnal refleksi pengajaran mikro
Jurnal refleksi pengajaran mikroJurnal refleksi pengajaran mikro
Jurnal refleksi pengajaran mikro92 degrees
 
TUGAS PRIS 2.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 2.2 RPP ALAT UKUR TEKNIK ...
TUGAS PRIS 2.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 2.2 RPP ALAT UKUR TEKNIK ...TUGAS PRIS 2.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 2.2 RPP ALAT UKUR TEKNIK ...
TUGAS PRIS 2.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 2.2 RPP ALAT UKUR TEKNIK ...prissetyoharyono09
 
Laporan Best Practice novi.docx
Laporan Best Practice novi.docxLaporan Best Practice novi.docx
Laporan Best Practice novi.docxNoviawidiAstuti3
 
596343-1674497560.pdf
596343-1674497560.pdf596343-1674497560.pdf
596343-1674497560.pdfsugiyarnispd
 
RPP_AKSI_2_TIK_PPG.pdf
RPP_AKSI_2_TIK_PPG.pdfRPP_AKSI_2_TIK_PPG.pdf
RPP_AKSI_2_TIK_PPG.pdfiahpujianti9
 

Similar to RANCANGAN (20)

Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
 
Rph aktiviti di padang sekolah
Rph   aktiviti di padang sekolahRph   aktiviti di padang sekolah
Rph aktiviti di padang sekolah
 
Rph aktiviti di padang sekolah
Rph   aktiviti di padang sekolahRph   aktiviti di padang sekolah
Rph aktiviti di padang sekolah
 
Assignment teknologi pendidikan
Assignment teknologi pendidikanAssignment teknologi pendidikan
Assignment teknologi pendidikan
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua hala
 
Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1
 
Refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
Refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
 
05 ptkku pdf
05 ptkku pdf 05 ptkku pdf
05 ptkku pdf
 
Tugasan kpd 3026 sem 2 fazida
Tugasan kpd 3026 sem 2   fazidaTugasan kpd 3026 sem 2   fazida
Tugasan kpd 3026 sem 2 fazida
 
RPL bidang belajar
RPL bidang belajarRPL bidang belajar
RPL bidang belajar
 
Rph
RphRph
Rph
 
Jurnal refleksi pengajaran mikro
Jurnal refleksi pengajaran mikroJurnal refleksi pengajaran mikro
Jurnal refleksi pengajaran mikro
 
TUGAS PRIS 2.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 2.2 RPP ALAT UKUR TEKNIK ...
TUGAS PRIS 2.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 2.2 RPP ALAT UKUR TEKNIK ...TUGAS PRIS 2.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 2.2 RPP ALAT UKUR TEKNIK ...
TUGAS PRIS 2.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 2.2 RPP ALAT UKUR TEKNIK ...
 
Laporan Best Practice novi.docx
Laporan Best Practice novi.docxLaporan Best Practice novi.docx
Laporan Best Practice novi.docx
 
100771167 karya-ilmiah 2
100771167 karya-ilmiah 2100771167 karya-ilmiah 2
100771167 karya-ilmiah 2
 
100771167 karya-ilmiah 2
100771167 karya-ilmiah 2100771167 karya-ilmiah 2
100771167 karya-ilmiah 2
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelas
 
596343-1674497560.pdf
596343-1674497560.pdf596343-1674497560.pdf
596343-1674497560.pdf
 
RPP_AKSI_2_TIK_PPG.pdf
RPP_AKSI_2_TIK_PPG.pdfRPP_AKSI_2_TIK_PPG.pdf
RPP_AKSI_2_TIK_PPG.pdf
 

RANCANGAN

  • 1. 1 Lampiran 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013 MANUSIA KPF 3026 NAMA NO. MATRIK MALIA BTE HJ.LATIP D20121061619 PUSAT PEMBELAJARAN EL-S01(A122PJJ) NAMA TUTOR E – LEARNING: Dr. Zahari Bin Hashim Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan TARIKH SERAH : 05.05.2013 PEMARKAHAN PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
  • 2. 2 KANDUNGAN Tajuk Muka surat Rancangan Pengajaran Harian 3 – 9 Refleksi 10 - 14 Kajian Tindakan 15 - 28
  • 3. 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 Tarikh : 23.4.2013 Masa : 3.25 – 4.25 Tahun : 3 Bestari Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3 Tema : TEMA 3 – KESIHATAN DAN KEBERSIHAN Tajuk : Aktiviti di Padang Sekolah Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan. 2. Murid mengambil imlak frasa dan ayat yang dibacakan oleh guru dalam buku tulis. Standard kandungan : 2.2. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. 3.4. Menulis imlak dengan tepat. Standard pelajaran : 2.2.1. Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. 3.4.2. Menulis imlak frasa dan ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan dengan tanda baca dan ejaan yang tepat. Sistem bahasa : Imbuhan. Penerapan ilmu : Kbt :- KB – Mengenal pasti Kontekstual - Menghubungkaitkan Nilai : Kesihatan BBM : Power point, LCD, Lembaran kerja.
  • 4. 4 Masa / Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan Set Induksi (5 minit) Power point, LCd 1.Guru menayangkan slaid 1 murid 1 sukan dan gambar murid sedang bersenam di padang. 2 . Murid bercerita mengenai slaid dan gambar yang ditanyangkan oleh guru. BBM Power point dan LCD. Kbt :- KB – Mengenal pasti Kontekstual - Menghubungkaitkan Nilai : Kesihatan Langkah 1 (10 minit) Power point. LCD 1. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pada hari ini. 1. Murid diperlihatkan gambar-gambar kegiatan aktiviti di padang sekolah. 2. Murid bercerita mengenai gambar yang mereka lihat. Kemahiran Lisan Kbt: Menjana idea Langkah 2 (10 minit) Power point, LCD, teks. 1.Murid membaca teks yang ditayangkan. 2. Murid mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan. Kemahiran menaakul BBM : LCD dan power point Nilai: Kesihatan
  • 5. 5 Langkah 3 (15 minit) Imbuhan Ayat tunggal dan ayat majmuk. 1 Guru menerangkan dan memberikan contoh-contoh imbuhan. 2.Murid menyebut perkataan berimbuhan dalam petikan seterusnya menyatakan imbuhan dan kata akarnya. 3.Murid melengkapkan teks dengan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. 4. Murid membaca petikan yang telah dilengkapkan. 5. Murid diminta membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan kemudian membacanya. BBM : LCD dan power point Kbt :- KB – Mengenal pasti Sistem bahasa: Imbuhan Kemahiran mendengar. Menjana idea ( 5 minit) Frasa dan ayat 1. Murid mengambil imlak frasa dan ayat yang dibacakan oleh guru dalam buku tulis. 2. Murid membaca frasa dan ayat yang telah diimlakkan. Kemahiran mendengar Penutup (5 minit) Rumusan isi 1.Guru merumuskan P&P dengan sesi soal jawab bersama murid tentang aktiviti yang telah dipelajari. BBM: LCD dan power point. Nilai : Kesihatan
  • 6. 6
  • 7. 7
  • 8. 8
  • 9. 9
  • 10. 10 REFLEKSI Syukur Alhamdulillah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 berjalan lancar seperti yang telah pun dirancang. Murid-murid menunjukkan minat yang mendalam terhadap tajuk pembelajaran iaitu ‘Aktiviti di Padang Sekolah’. Setiap rangsangan minda yang saya curahkan kepada murid dibalas dengan baik dan aktif. Murid sepanjang rancangan pengajaran ini berlangsung dapat menguasai objektif pembelajaran dengan baik dan cemerlang. Kawalan disiplin murid pada awalnya sedikit longgar di mana murid didapati lambat masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selesai sahaja waktu rehat sekolah. Ini menyebabkan sesi pembelajaran lewat 2 minit daripada yang sepatutnya seperti yang dirancang. Keadaan ini diperbaiki dengan memberi nasihat tegas tetapi berhemah kepada murid akan peri pentingnya menepati waktu. Kemudian, murid juga didapati masuk ke dalam kelas dengan tidak beratur. Situasi ini diatasi dengan memberi arahan agar murid beratur semasa masuk dan keluar dari kelas pada mula dan akhir sesi persekolahan. Berbicara tentang keadaan kelas semasa pembelajaran berlangsung, murid didapati menyediakan persekitaran kelas yang bersih dan kemas. Suasana pembelajaran yang kondusif ini sedikit sebanyak membantu saya dan murid-murid untuk belajar dengan lebih selesa. Sedikit gangguan apabila tidak semua kipas berfungsi lantas menyebabkan murid di bahagian hadapan kelas kurang selesa. Kekurangan ini tidak dapat dielakkan memandangkan masalah ini bersifat teknikal. Namun, keadaan ini menyebabkan murid beralih ke kawasan yang lebih sejuk, menyebabkan taburan tempat duduk di dalam kelas tertumpu ke kawasan yang lebih sejuk. Set induksi saya mulakan dengan paparan multimedia PowerPoint berkenaan slaid murid sedang bersenam di padang dan melaksanakan program kebangsaan iaitu ‘1M1S’. Saya menjana idea murid dengan bersoal jawab tentang gambar yang dipaparkan. Murid didapati memberi respons yang tepat (pengetahuan sedia ada) dan jawapan yang diberikan adalah bernas dan ringkas. Kontak mata dilaksanakan dengan baik, media pandang dengar juga didapati banyak membantu pemahaman murid. Murid dapat menyatakan bahawa amalan kesihatan adalah penting dalam kehidupan. Rangsangan berbentuk ingin tahu ini menunjukkan murid menguasai Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) topik ini iaitu ‘menghubungkaitkan’. Tahniah!
  • 11. 11 Aktiviti 1 adalah kesinambungan daripada set induksi yang berlangsung sebelumnya. Masa yang diperuntukkan adalah 10 minit. Terkandung di dalam aktiviti ini adalah menjana idea dan menaakul. Teknik pengajaran adalah berasaskan lisan. Dalam aktiviti ini, murid disajikan dengan tayangan slaid PowerPoint berkenaan gambar-gambar aktiviti yang diadakan di padang sekolah. Saya mengaplikasikan gerak geri semula jadi guru dan bentuk penglibatan lisan murid untuk membincangkan gambar yang ditunjukkan. Didapati murid boleh menerangkan aktiviti yang dipaparkan dengan baik. Murid dapat bercerita dengan ringkas akan gambar yang dipaparkan terutama berkenaan program 1M1S. Aktiviti 2 merupakan fokus utama pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menaakul. Aktiviti ini sepatutnya mengambil masa 10 minit di mana murid membaca teks yang dipaparkan pada pemancar skrin (perancangan asal). Semasa aktiviti ini dilaksanakan, didapati murid membaca dengan pantas, kurang daripada 8 minit sahaja aktiviti ini selesai dilaksanakan. Murid menunjukkan gaya bacaan baik berserta sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai. Dengan itu, aktiviti ini singkat berbanding yang dirancang. Murid kemudiannya mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan yang telah dibaca. Teknik menyoal ‘membantu dengan memberi petunjuk’ saya guna pakai. Teknik ‘hentian’ juga saya guna pakai dengan menghentikan imbuhan awalan dengan imbuhan akhiran. Pada Aktiviti 3 pula, saya menjalankan tugas sebagai fasilitator (pemudah cara) yang baik. Sesi pertama ini yang sepatutnya mengambil masa 10 minit namun hanya berlangsung selama 8 minit. Saya berjaya menerangkan imbuhan berserta contoh dengan menggunakan kaedah menerang. Arah permulaan yang menarik dan mengajak perhatian murid turut saya gunakan pada aktiviti 3 ini. Berbantukan paparan PowerPoint sebagai alat bantu mengajar, saya mengarahkan murid untuk melengkapkan teks dengan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran secara berperingkat-peringkat, secara inklusif iaitu dari yang mudah kepada yang lebih susah. Selepas itu murid juga telah berjaya membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan kemudian membacanya untuk diperdengarkan kepada rakan lain. Berdasarkan pemerhatian kasar, didapati murid menguasai kemahiran bernilai tambah yang saya rancang iaitu Kemahiran Berfikir – mengenal pasti. Turut dilakukan pada Aktiviti 3 adalah sesi kedua iaitu bahagian frasa dan ayat. Sesi
  • 12. 12 ‘Frasa dan Ayat’ ini memakan masa selama 5 minit sahaja. Masa yang terhad ini saya luangkan sepenuhnya bersama murid dengan mengguna pakai Kemahiran Ilustrasi iaitu ‘media pandang-dengar yang merangsang pembelajaran murid’. Murid menggunakan paparan slaid PowerPoint untuk mempelajari hukum imbuhan. Dalam sesi kedua ini, saya dapati mampu membaca petikan yang telah dilengkapkan (berserta imbuhan) dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai. Fokus pembelajaran murid pada sesi ini dapat disimpulkan secara purata sebagai tertumpu pada lisan positif. Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung, didapati murid melibatkan diri secara kolektif dan aktif. Murid berjaya mengambil imlak frasa dan ayat yang saya bacakan ke dalam buku tulis. Sedikit arahan penegasan saya segarkan kepada murid memandangkan kawalan kelas semakin longgar pada kala murid menulis ayat yang saya bacakan kepada mereka. Murid yang lemah pula saya dampingi dan ajari dengan lisan positif, penuh kelembutan dan kasih sayang. Alhamdulillah saya berjaya membimbing murid lemah untuk mengikuti pembelajaran ini. Pada sesi Penutup, saya menjalankan perbincangan rumusan bersama murid dengan menggunakan teknik soal jawab. Saya menanyakan soalan berkaitan susunan topik yang dipelajari hari ini kepada murid-murid. Secara keseluruhan, saya dapati murid mengikuti setiap aktiviti yang saya anjurkan dengan baik. Teknik-teknik pengajaran yang pelbagai menunjukkan kesan yang positif kepada mereka. Nampaknya murid memberi respons yang baik dengan menyatakan isi-isi penting . Dapat saya simpulkan bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini tercapai dengan jayanya. Selesai sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini. Alhamdulillah! Penilaian Kendiri Kelebihan (Strengths) Suara yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid memahami apa yang disampaikan. Nada yang lembut tetapi tegas ketika mengajar dapat membantu murid fokus terhadap pelajaran dan keprihatinan guru pada situasi sekelilingnya dapat memastikan murid-murid tidak alpa dan bermain di dalam kelas. Guru juga dilihat sentiasa berinteraksi dengan
  • 13. 13 murid dan sentiasa mendapat maklum balas yang cepat daripada murid. Selain itu, murid- murid kelihatan seronok dan melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti pembelajaran berlangsung. Murid-murid di kelas ini dapat menerima penerangan dengan baik sekali dan dapat memberi respons yang baik dan saya berpuas hati dengan kerjasama yang murid berikan kepada saya. Alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan amat jelas, mudah dilihat dan dibaca serta tidak melupakan aspek penonjolan bagi mencapai maksud dan tujuan. Penyediaan slaid PowerPoint yang saya siapkan lebih awal telah memberi kesan kepada penjimatan masa yang kritikal dan memudahkan murid menggunakan kemahiran visual bagi niat memahami isi pembelajaran yang dipaparkan. Jenis tulisan dan warna amat saya titik beratkan dalam setiap slaid yang dibina agar bersifat lebih menarik dan efektif. Duduk secara berkumpulan membolehkan murid membentuk sikap bekerjasama, bertolak ansur dan boleh menerima pendapat orang lain. Melalui cara ini dapat dilihat dengan jelas bahawa mereka mempunyai sikap bekerjasama, tolong menolong dan rela menerima pendapat kawan-kawannya dalam menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang singkat. Persaingan untuk menjadi yang pertama telah menguatkan lagi semangat mereka. Kelemahan (Weaknesses) Antara kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru tidak menulis hari, tajuk dan tarikh. Justeru itu tidak hairanlah jika di penghujung sesi pengajaran dan pembelajaran ada murid yang agak keliru apabila ditanya tentang apa yang mereka pelajari pada hari tersebut. Tiada penglibatan secara individu dalam bacaan dilakukan. Murid hanya diminta membaca secara beramai-ramai. Kadangkala guru lupa menyebut nama murid ketika meminta murid menjawab soalan. Soal jawab antara guru dengan murid secara individu juga dilihat kurang dilakukan. Murid dilihat suka menjawab secara beramai-ramai. Peluang (Opportunities) Setiap kelemahan-kelemahan yang dikesan perlu diambil serius dan diatasi dengan
  • 14. 14 melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Saya seharusnya ingat untuk menulis hari, tajuk dan tarikh di papan tulis sebagai langkah awal untuk murid mengetahui apa yang bakal dipelajarinya nanti. Saya juga harus memberi peluang kepada beberapa orang murid untuk membaca secara individu. Dengan cara ini saya boleh mengesan kebolehan membaca seseorang murid dengan lebih tepat. Saya juga harus lebih prihatin ketika sesi soal jawab yang berlaku antara guru dengan murid terutamanya penyoalan secara individu. Saya seharusnya ingat nama semua murid. Walaupun kaedah yang saya gunakan membolehkan objektif pengajaran saya tercapai, saya bercadang untuk mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan pembelajaran yang lebih menarik agar murid-murid dapat memahami sesuatu topik dengan lebih jelas dan terperinci lagi. Diharapkan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa rasa jemu dan bosan di samping boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
  • 15. 15 KAJIAN TINDAKAN MENGENAI PENGUNAAN KOMPUTER SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SK PENGALAT BESAR Oleh: MALIA HJ LATIP D20121061619 Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di kalangan guru Sekolah Rendah di SK Pengalat Besar. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Sains, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Sains dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap guru pelatih. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Sains 1. Pengenalan Teknologi yang berkembang dengan semakin pesat dan pantas telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksible dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perubahan dan membina banyak Makmal Komputer di sekolah-sekolah. Harapan Kementerian Pelajaran bila adanya Makmal Komputer ini ialah, guru dapat menggunakan Komputer bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Makmal komputer ini akan dibekalkan capaian internet yang meluas dan kemudahan yang lebih banyak berbanding sebelum ini.
  • 16. 16 Di negara maju, penggunaan pengajaran berbantukan komputer telah diterima oleh guru, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan. Di Malaysia pula, penggunaan pengajaran berkomputer ini telah digunakan secara meluas terutamanya di kalangan guru Sains dan Matematik. Pengajaran berbantukan komputer ini dapat mengatasi masalah miskonsepsi pelajar. Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sains dan membantu mereka mempelajari Sains melalui pengalaman yang menyeronokkan. 2. Latarbelakang Masalah Bagi kebanyakan pelajar, Sains merupakan mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari serta kurang diminati. Oleh yang demikian kaedah pembelajaran yang berkesan adalah perlu bagi meningkatkan pengetahun dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains. Pengenalan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan menyebabkan kurikulum pendidikan berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru. Pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya. Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah diutamakan untuk merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan media penting yang digunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam memantapkan ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar.
  • 17. 17 3. Pernyataan Masalah Perubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Maklumat bertukar dalam mod digital dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru. Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadi satu trend yang global serta mendapat sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia. Seperti kenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu persidangan e-pembelajaran pada Mei 2000 di Kuala Lumpur, “Teknologi telah dan akan menjadi satu komponen penting pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Pendekatan dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Guru sepatutnya dapat mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran”. Dari kenyataan tersebut, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Berdasarkan hal itu, kajian dilakukan untuk mengenalpasti penggunaan komputer dalam P&P mata pelajaran sains di kalangan guru sains di Sebuah Sekolah Rendah di Papar, Sabah. 4. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk: a) Mengenalpasti penggunaan komputer di kalangan guru semasa proses pengajaran dilaksanakan. b) Mengenalpasti halangan-halangan yang mungkin timbul terhadap penggunaan komputer untuk pelaksanaan proses pengajaran. 5. Hipotesis Kajian Secara khususnya, skop kajian adalah menjurus hipotesis seperti berikut: a) Apakah perisian komputer yang digunakan oleh guru sains dalam melaksanakan proses pengajaran? b) Bagaimanakah guru sains mengatasi halangan penggunaan komputer yang mungkin timbul semasa melaksanakan proses pengajaran?
  • 18. 18 6. Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada Guru Besar sekolah rendah yang dikaji khususnya dan Pejabat Pelajaran Daerah Papar amnya untuk mengenalpasti sejauh mana kemahiran komputer membantu guru sains semasa proses pengajaran. Kajian ini juga mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi halangan- halangan yang mungkin timbul semasa penggunaan komputer di kalangan guru di sekolah. Ianya boleh dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam menggunakan komputer sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasinya. 7. Kekangan Kajian Kajian ini terbatas kepada 2 orang guru sains di salah sebuah sekolah rendah di Papar sahaja. Kajian ini dikaji melalui 3 kali temubual dengan guru berkenaan. Temubual dilaksanakan untuk mengetahui jenis perisian komputer yang digunakan semasa proses pengajaran sains serta halangan yang dihadapi oleh guru berkenaan dalam menggunakan komputer semasa proses pengajaran. Guru sains yang terlibat dalam kajian juga hanyalah guru sains tahap 1 sahaja. Justeru itu, kajian ini tidak boleh disamakan dengan kemahiran penggunaan komputer guru sains di tahap lain atau di sekolah yang terletak di kawasan bandar. 8. Definisi Istilah Istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini bolehlah ditakrifkan seperti berikut: a) Penggunaan Perihal (perbuatan, kegiatan) menggunakan sesuatu. b) Pengajaran Perkataan “pengajaran” itu asalnya daripada perkataan “ajar” yang bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Ia juga bermaksud mendidik, memberi petunjuk dan melatih.
  • 19. 19 9. Metodologi Kajian Kajian ini adalah berbentuk kajian kes dan ianya adalah berbentuk jenis temubual yang separuh berstruktur . Soalan yang dibangunkan adalah bertujuan untuk mendapat respons yang terbuka daripada guru – guru yang ditemubual. Dalam kajian yang dilakukan ini, pengkaji telah memilih populasi guru – guru Sains di sekolah – sekolah rendah di daerah Papar dan sampel adalah terdiri daripada kalangan guru-guru Sains di sebuah sekolah rendah di daerah Papar. Dalam pemilihan sampel kajian, terdapat pelbagai pendapat mengenai jumlah persampelan yang sepatutnya digunakan oleh para pengkaji. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelah bertujuan dan pensampelan berkriteria. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual secara individu dan terperinci, jadi hanya dua orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Responden yang dipilih adalah guru-guru dari sebuah sekolah di daerah Papar yang mengajar Sains. Instrumen kajian adalah soalan temubual. Pengkaji memilih kaedah temubual kerana ianya sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci. Temubual adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Temubual adalah kaedah di mana responden dan pengkaji hadir bersama dalam proses memperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorang responden. Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan mendalam, terutamanya apabila membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu pengkaji menyokong hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas responden. Ianya juga digunakan untuk memperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaran yang telah dipilih oleh responden. Terdapat tiga jenis temubual, iaitu temubual berstruktur. Temubual tidak berstruktur dan temubual separuh berstruktur. Namun dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan temubual separuh berstruktur yang merupakan temubual yang melibatkan soalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi kebebasan kepada responden untuk mengutarakan respon mereka. Jangkaan jawapan tidak disediakan dan segala kemungkinan jawapan daripada responden diterima.
  • 20. 20 Pengkaji memilih kaedah ini kerana temubual bersifat fleksibel. (Azizi, 2007 ). Penemubual berkesempatan memerhatikan responden dan situasi mereka memberikan jawapan. Melalui kaedah ini juga penemubual dapat memperolehi informasi yang lebih daripada responden apabila jawapan yang diperolehi tidak sempurna ataupun tidak relevan. Ini akan memudahkan pengkaji untuk menjawab persoalan kajian iaitu mengenai kelebihan dan kelemahan penggunaan komputer serta masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Sains. Kajian rintis merupakan kaedah yang dilakukan untuk menilai kebolehpercayaan dan kesahan soalan yang dibina. Ia bertujuan untuk memeriksa sejauh mana responden memahami soalan yang dikemukakan. Ia juga untuk mengelak timbulnya masalah dari segibahasa, struktur ayat dan maksud ayat tersebut. Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 2 orang guru yang dipilih di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di sekitar Daerah Papar, Sabah. Item-item yang dianggap tidak sesuai digunakan dalam soalan temu bual akan diperbetulkan oleh penyelidik sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian ini akan dijalankan dengan berpandukan kepada kerangka kajian kualitatif jenis kajian kes (Gerring, et al 2007). Teknik yang digunakan bagi mengumpulkan data-data kajian merangkumi temu bual separuh berstruktur. Penggunaan teknik temubual separuh berstruktur bagi proses pengumpulan data dalam kajian ini adalah bertujuan untuk membolehkan sebarang perubahan terhadap bentuk soalan, urutan soalan dan cara soalan diajukan kepada peserta kajian dilakukan setelah mendapat maklum balas dan reaksi daripada peserta kajian (Merriam, 2009). 10. Analisis Data Semua data daripada rakaman temubual ditranskripsikan untuk di analisis. Transkrip data digunakan untuk mencirikan cara-cara responden menggunakan komputer. Seterusnya pengkaji menganalisis satu persatu hasil rakaman temubual tersebut.
  • 21. 21 Menurut responden A contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan harian boleh ditunjukan dengan menggunakan komputer, LCD dan CD courseware. Jadi, pelajar boleh mengaitkan perkara yang dipelajari dengan kehidupan harian. Dengan menggunakan pengajaran berbantukan komputer, responden dapat melaksanakan proses pengajaran Sains dengan lebih berkesan. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan perkara yang dipelajari dan ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna. Responden A juga mengatakan bahawa terdapat banyak kebaikan penggunan pembelajaran berbantukan komputer ini. Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yang bermakna. Melalui pembelajaran yang bermakna, pelajar akan lebih mudah memahami isi pengajaran dan akan merasakan keseronokan mempelajari Sains. Tetapi terdapat juga kekangan yang dinyatakan oleh Responden A iaitu masalah ketiadaan elektrik semasa proses pengajaran dan pembelajan berlaku, yang mana masalah ini akan menyebabkan responden mengajar secara tradisional atau konvensional semula. Untuk memberi respon terhadap petikan di atas (Ittigson et al, 2004), mengatakan komputer adalah peralatan yang ideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikan pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang berbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenis pembelajaran Matematik yang bermakna. Penggunaan teknologi dalam kelas Sains membantu pengajaran guru untuk memahamkan pelajar. Responden B mengatakan bahawa kemahiran komputer perlu ada pada masa sekarang kerana guru – guru perlu mengubah cara pembelajaran tradisional yang lebih kreatif. Contohnya penggunaan cd perisian pelajar dan menggunakan perisian power point. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sangat membantu terutamanya dalam tajuk pembentukan fotosintesis. Ini kerana penggunaan komputer akan memudahkan untuk menunjukkan proses pergerakan sesuatu objek. Ini akan memudahkan pemahaman pelajar untuk memahami sesuatu konsep. Penggunaan komputer mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains. Ini kerana menurut responden A dan B, penggunaan alat multimedia seperti CD Rom dan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk
  • 22. 22 belajar. Dengan menggunakan alat multimedia pelajar-pelajar sangat-sangat memberi perhatian kerana pelajar tertarik dengan apa yang dipaparkan. Responden B menyatakan terdapat juga masalah yang wujud iaitu kekurangkan peralatan multimedia seperti LCD. Responden turut berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat membekalkan lebih banyak kemudahan kepada sekolah beliau. ANALISIS DATA Responden (R) Soalan/Jawapan Temubual TEMA Soalan Apakah yang anda faham tentang komputer dan multimedia? Responden A Komputer dan multimedia adalah saling berkait rapat komputer adalah alat atau mesin untuk memainkan multimedia. Contoh multimedia adalah seperti penggunaan perisian Courseware yang mana ianya merupakan contoh multimedia yang baik kerana ia adalah penghasilan bunyi dan animasi. Responden B Komputer adalah alat yang menerima input dan kemudiannya memprosesnya sebagai output dengan menggunakan printer. Multimedia pula adalah penggunaan komputer untuk menyajikan dan menggabungkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu sehingga pengguna dapat bernavigasi, berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi.
  • 23. 23 Analisis Kedua-dua responden faham maksud komputer dan multimedia. KEFAHAMAN Soalan Apakah anda pernah menghadiri kursus atau latihan kemahiran komputer sebelum ini? Responden A Ya. Saya pernah menghadiri kursus komputer iaitu dalam 3 kali setahun dan kos adalah tanggungan sendiri kerana saya memang minat menggunakan komputer sejak di bangku sekolah lagi Responden B Tidak pernah. Selalunya kursus komputer ini akan dihadiri oleh guru penyelaras ICT sekolah dan selalunya guru-guru lain akan berkursus berbayar. Saya memang minat mengikuti kursus komputer ini tapi ada sahaja halangan untuk saya menghadirinya. Analisis Kedua-dua responden berminat dengan menggunakan komputer dan telah mengetahui kemahiran komputer . MINAT Soalan Berapa kali anda pernah menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains? Responden A Lebih dari lima kali seminggu . Subjek Sains merupakan subjek major saya dan saya memang akan menggunakan komputer dan lcd semasa mengajar kecuali semasa kelas yang ada satu masa sahaja. Responden B Dalam seminggu ada lebih daripada 5 kali. Ini kerana saya mengajar empat buah kelas sains dan semuanya memerlukan penerangan untuk menerangkan proses dan
  • 24. 24 tindak balas . Contoh proses pembentukan hujan, para pelajar selalunya tidak dapat membayangkan sekiranya tiada paparan yang jelas ditunjukkan oleh guru. Analisis Berdasarkan respon kedua – dua orang responden didapati penggunaan komputer adalah sangat kerap kerana menurut responden mereka sukar mengajar jika tidak menggunakan pengajaran berbantukan komputer untuk menerangkan sesuatu proses atau fenomena. KEKERAPAN PENGGUNAAN KOMPUTER Soalan Apa pandangan anda dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer? Responden A Saya sangat setuju kerana Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan Responden B Saya amat bersetuju terutamanya subjek Sains kerana subjek seperti ini kita tidak boleh diajar secara chalk and talk sahaja. Sekurang – kurangnya pelajar dapat menerima input yang diberikan oleh guru walaupun sedikit. Kebiasaannya pelajar akan merasa cepat bosan dan akan membuat hal sendiri jika pembelajaran itu tidak menarik mereka. Dengan adanya penggunaan pembelajaran berbantukan komputer ini pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan di hati pelajar.
  • 25. 25 ANALISIS Kedua – dua orang responden sangat bersetuju untuk menggunakan pembelajaran berbantukan komputer semasa proses pengajaran Sains dan mereka bersetuju bahawa penggunaan komputer lebih berkesan semasa pengajaran. SETUJU TERHADAP PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER Soalan Adakah anda merasakan pelaksanaan pembelajaran menggunakan ICT dan komputer ini berjaya dalam meningkatkan kualiti pelajar? Responden A Ya. Kita boleh lihat sendiri dan bandingkan apabila saya mengajar secara tradisional tiada seorang pun pelajar yang berani bertanya tapi apabila saya menggunakan alat bantu mengajar seperti ini mereka dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan rajin bertanya guru. Responden B Saya rasa sangat berjaya. Ini kerana pelajar selalunya lebih tertarik untuk mendengar pengajaran guru jika guru menggunakan alat bantu mengajar seperti ini. Kita dapat lihat mereka menunjukkan semangat belajar yang tinggi kerana pelajar sekolah rendah sangat sukar dikawal tetapi oleh kerana guru menayangkan animasi-animasi yang menarik dan hanya digunaka semasa subjek Sains, maka mereka akan sentiasa tertunggu – tunggu supaya mereka mendapat input yang berguna. Analisis Kedua – dua orang responden bersetuju pembelajaran dengan berbantukan komputer lebih berjaya berbanding pembelajaran secara tradisional. PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER VS TRADISIONAL Soalan Apakah contoh – contoh perisian yang anda gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran? Responden A Perisian yang selalu saya gunakan ialah I- teach , power point, dan CD coursware Responden B Selalunya saya akan menayang Cd Courseware dan menunjukkan video yang menerangkan satu proses atau fenomena.
  • 26. 26 Analisis Kedua – dua orang responden menggunakan perisian yang sama untuk memerangkan satu proses atau fenomena PERISIAN Soalan Apakah masalah-masalah yang sering timbul dalam melaksanakan pembelajaran berbantukan komputer? Responden A Selalunya masalah yang timbul adalah apabila berlaku ketiadaa elektrik. Guru terpaksa mengajar secaraa tradisional dan tidak dapat memberi gambaran jelas mengenai konsep yang diajar. Responden B Masalah yang berlaku adalah kekurangan LCD , guru terpaksa berebut-rebut dengan guru lain kerana LCD yang berfungsi hanya 3 sahaja. Analisis Masalah yang dihadapi semasa mengajar menggunakan komputer adalah diluar kawalan guru KEKANGAN Soalan Bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut? Responden A Kami meminta supa JPN menyediakan generator setiap sekolah dan ini tidak akan membimbangkan guru kerana elektrik ada pada setiap masa Responden B Diharap supaya KPM membekalkan LCD yang baru kerana LCD yang lama kebanyakkannya rosak Analisis Kedua – dua orang responden berharap masalah – masalah yang berlaku dapat diatasi oleh KPM dan JPN. HARAPAN
  • 27. 27 11. Kesimpulan Penggunaan komputer dalam penyampaian bahan pembelajaran semasa proses pengajaran lebih menarik minat para pelajar serta menyenangkan guru. Oleh itu sepatutnya guru-guru telah bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi komputer untuk melaksanakan pengajaran. Komputer dapat memudahkan proses pengajaran guru dan membantu pembelajaran pelajar. Pengetahuan teknologi komputer adalah amat penting untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berjalan lancar. Melalui penganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa penggunaan IC Tdi kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains semasa menjalani latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan yang disediakan disekolah. Guru-guru didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P serta kekurangan bahan- bahan ICT menyebabkan guru-guru kurang bermotivasi untuk menggunnakan ICT dalam pengajaran .
  • 28. 28 Bilbiografi Azizi Yahaya et. al (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd Gerring, John. (2007). Case Study Research: Principles and Practices. Cambridge University Press Hannafin, R., & Foshay, W. R. (2008). Computer-based instruction's (CBI) rediscovered role in K-12: An evaluation case study of one high school's use of CBI to improve pass rates on high-stakes tests. Educational Technology Research & Development, 56(2), 147-160 Jensen, E. (2006) “The Social Context of Learning” In: The Praeger Handbook of Learning and the Brain, Sheryl Feinstein, ed. pgs. 452-456. Praeger, Westport, CN. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP, 2003 Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. Jossey-Bass Higher & Adult Education Series Patton, M.Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand Oaks, CA: Sage. Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe (2004). Challenges of Teaching with Technology across the Curriculum .GI Publishing Hershey, PA, USA ©2003 Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia