SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
SUBJEK:
GGGD 6223
Pendidikan dan Perubahan Sosial
SEMESTER 2
SESI 2017/2018
TAJUK:
Perubahan Sosial dalam Pendidikan:
Penggunaan ICT dalam Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
PENSYARAH:
Anuar Ahmad
PELAJAR:
Nor Effa Zulaikha Binti Zahir
(P93802)
Sarjana Pendidikan Sosiologi
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Kajian ini adalah perbincangan mengenai isu dalam sektor pendidikan di negara
Malaysia dalam konteks perubahan sosial dalam pendidikan iaitu sistem pengajaran
dan pembelajaran (P&P) sekolah di Malaysia yang telah mengadaptasikan ICT
dalam menyampaikan maklumat kepada penuntut di sekolah. Teknologi maklumat
atau lebih dikenali ICT telah berleluasa dan menguasai global dan menyerlahkan
kepentingan dunia digital ini di abad masa kini. Tambahan pula, menurut A.Razak
Ahmad (2011) mengatakan bahawa hampir setiap saat orang menggunakan teknologi
ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal
hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Sistem pendidikan di Malaysia telah
berubah mengikut peredaran semasa dunia. Ini disebabkan proses perubahan sosial
yang tak dapat dihentikan dimana masyarakat akan sentiasa berubah mengikut aliran
masa secara lambat atau cepat.Faktor yang mendorong proses perubahan sosial
adalah berlakunya penemuan baru (Discovery, Invention dan Innovation). Impak
positif dari sudut perubahan sosial dalam pendidikan adalah penggunaan media
sosial, penyiaran telekomunikasi melancarkan perhubungan antara guru dan murid
serta pengurusan pihak sekolah.Selain itu, teknik pengajaran juga perlu diubah
kerana menurut Jamiah et.al, (2015) Generasi Z yang dilahirkan diantara tahun
1995-2010 dikategorikan sebagai generasi yang celik mata sahaja sudah dikelilingi
dengan gadjet. Perubahan teknik pembelajaran dimana mengalakkan perubahan
fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar
(Munohsamy,2015). Tambahan pula, pelan PPPM (2013-2025) dalam Gelombang
Kedua meliputi fasa untuk melengkapkan sekolah untuk menyokong kurikulum dan
penyampaian pedagogi serta inovasi dalam ICT. Perspektif dari sudut Islam
mengatakan bahawa Islam mengalakkan umatnya supaya sentiasa menuntut ilmu dan
adalah sangat penting demi kesejahteraan agama. Konklusinya, sistem pembelajaran
dan pengetahuan (P&P) menerapkan pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan ICT mampu menghasilkan pelajar yang kreatif dan pemikiran secara
kritis. Bukan itu sahaja, kajian ini sebagai rumusan dalam mengatakan bahawa
proses perubahan sosial didalam pendidikan perlu berlaku demi mendapatkan
kesejahteraan individu, masyarakat serta negara.
Kata Kunci: Perubahan Sosial, ICT dalam Pendidikan, Pengajaran dan Pembelajaran
Senarai Kandungan
1.0 Pengenalan………………………………………………………….1
2.0 Pernyataan Masalah…………………………………………………1-2
3.0 Objektif Kajian……………………………………………………..2
4.0 Persoalan Kajian……………………………………………………2
5.0 Kerangka Konsep…………………………………………………..3
6.0 Skop Kajian………………………………………………………….4
7.0 Batasan Kajian………………………………………………………4
8.0 Kepentingan Kajian…………………………………………………4
9.0 Definisi dan Istilah
9.1 ICT………………………………………………………...4
9.2 Perubahan Sosial dalam Pendidikan………………………5
9.3 Sistem Pengajaran dan Pembelajaran……………………..5
9.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme……………………..5
10.0 ICT dalam Pendidikan……………………………………………..5-6
10.1 Sistem Pengajaran dan Pembelajaran…………………….7
10.2 Teori Pembelajaran………………………………………..8-9
10.3 Perkembangan dan Pengaplikasian ICT di Sekolah………10
10.3.1 Sistem pendaftaran mata pelajaran……………………….10
10.3.2 Sistem Penjadualan Mata Pelajaran………………………10
10.3.3 Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)……………………...11
11.0 Akta dan Dasar Perlaksaanaan Pihak Kerajaan…………………….11
12.0 Faktor Perubahan Sosial dalam Pendidikan………………………..12
12.1 Sosiolasi dalam Penggunaan ICT…………………………13
12.2 Pandangan dari Perspektif Agama Islam………………….13-14
13.0 Dapatan Kajian……………………………………………………..16-18
14.0 Solusi………………………………………………………………..19
15.0 Penutup……………………………………………………………...20
16.0 Rujukan……………………………………………………………..21-22
1.0 Pengenalan
Teknologi maklumat atau lebih dikenali ICT telah berleluasa dan menguasai global
dan menyerlahkan kepentingan dunia digital ini di abad masa kini. Ini adalah
kenyataan yang nyata dipersetujui oleh A.Razak Ahmad (2011) mengatakan bahawa
hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah
menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung
jari sahaja. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini telah mendatangkan
manfaat dalam pembangunan negara dan tidak ketinggalan bidang pendidikan yang
wujud di Malaysia. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan
pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur (A.Razak
Ahmad, 2011). Kenyataan ini membuktikan bahawa teknologi maklumat
mendatangkan manfaat kepada individu, masyarakat dan negara terutamanya dalam
bidang pendidikan.
2.0 Pernyataan Masalah
Sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah mengadaptasikan ICT dalam
menyampaikan maklumat kepada penuntut di sekolah. Penggunaan media sosial,
penyiaran telekomunikasi melancarkan perhubungan antara guru dan murid serta
pengurusan pihak sekolah.Shamsul A.B. et al (2004) mengatakan bahawa kerajaan
telah berusaha untuk memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan ICT dalam
sektor pendidikan sebagai usaha jangka panjang.Kerajaan telah memperuntukkan
modal yang besar serta menggubah dasar pendidikan bagi memastikan pelajar
mendapatkan informasi yang terkini serta mengikuti arus globalisasi. Dengan itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggabungkan teknologi maklumat dan
komunikasi ataupun dikenali sebagai Information Communication Technology
melalui pengaplikasikan penggunaan komputer secara lebih menyeluruh dengan
merancana Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 bagi mencapai matlamat Dasar
ICT iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan
meneroka bidang-bidang baru bagi menjana kekayaan negara.
Beberapa fasa telah dibahagikan untuk memperlengkapkan infrastruktur dan
pentadbiran sekolah agar perjalanan pentadbiran dan pengurusan pelajar dapat
berjalan dengan lancar. Maka, perbincangan ini akan merungkai tentang adakah
penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran akan membantu
penghasilan pelajar yang berkualiti, apakah teori pembelajaran yang bertepatan
dengan konsep pendidikan yang sesuai dengan penggunaan ICT, serta akta dan dasar
Kerajaan yang menyokong atau tidak penggunaan ICT dalam pendidikan dan akhir
sekali pandangan dari sudut Islam tentang penggunaan ICT dalam pembelajaran.
Adakah dibenarkan atau tidak? Oleh itu, makalah ini bertujuan mengolah dengan
lebih mendalam isu pendidikan tersebut berdasarkan kajian-kajian terdahulu dan
perolehan maklumat dari sesi temubual pelajar.
3.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan bagi menerangkan faktor perubahan sosial dari sudut sosiologi
dalam pendidikan di Malaysia serta kepentingan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan. Disamping itu,
mengaitkan teori pembelajaran yang bertepatan dengan konsep ICT dan pendidikan.
Bukan itu sahaja, mengenalpasti dasar-dasar dan akta Kerajaan yang
menguatkuasakan kepenggunaan ICT di sekolah termasuk pandangan dan perspektif
dari sudut agama Islam.
4.0 Persoalan Kajian
Persoalan dalam kajian/ perbincangan dirumuskan seperti berikut:
i. Mengenalpasti faktor perubahan sosial dalam pendidikan di Malaysia
ii. Mengenalpasti kepentingan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan.
iii. Mengenalpasti teori pembelajaran yang bertepatan dengan konsep ICT dan
pendidikan
iv. Mengenalpasti dasar dan akta Kerajaan menyokong kepenggunaan ICT dalam
pendidikan di Malaysia
v. Mengenalpasti pandangan dan perspektif dari sudut agama Islam dalam
kepenggunaan ICT dalam pendidikan
5.0 Kerangka Konsep
Kerangka konsep merumuskan tujuan dan hasil kajian yang akan diproleh.
Elemen-elemen yang dikaji akan memberikan penjelasan yang menyeluruh mengenai
isu penggunaan ICT di sekolah serta faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan
sosial dalam pendidikan.
6.0 Skop Kajian
Kajian dijalankan berdasarkan kajian-kajian pengkaji terdahulu serta isu-isu
pendidikan yang terkini di portal rasmi dan berita “online” dan merujuk kepada teori
sosiologi dan teori pembelajaran yang tertentu.
7.0 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan mengambil beberapa faktor batasan tertentu khususnya dari
segi tujuan kajian, instrumen kajian dan dapatan kajian. Kajian ini terhad kepada
beberapa elemen seperti aplikasi teknologi terpilih, akses dan fasiliti yang ada di
sekolah-sekolah kebangsaan serta responden tertentu.
8.0 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan, pihak sekolah dan
pihak kerajaan dalam isu ICT dan pendidikan di Malaysia ini dari segi perbincangan
yang mendalam tentang kebaikan dan keburukan ICT terhadap proses pembelajaran,
para guru serta pelajar. Malah dapat mengenalpasti faktor perubahan sosial yang
berlaku dikala globalisasi kian pantas. Pandangan dan perspektif dari sudut agama
Islam dan pandangan ilmuwan Barat diselitkan bersama bagi menyokong fakta yang
kukuh. Penambahbaikan dari segi pelaksaanaan dapat dilakukan secara makro dan
mikro.
9.0 Definisi dan Istilah
9.1 ICT
Penggunaan teknologi digital, alat komunikasi dan rangkaian sebagai alat
penyelidikan, mengurus, menilai, menyampaikan dan menggunakan maklumat untuk
menimba ilmu pengetahuan di institut pendidikan terutamanya di sekolah. Gadjet ICT
yang digunakan sebagai alat mengajar dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di sekolah seperti komputer, Internet, E-book, Web VLE-Frog.
9.2 Perubahan Sosial dalam Pendidikan
Sistem pendidikan yang melahirkan generasi yang tinggi penguasaan dan kemahiran
teknologi, mewujudkan pendidikan yang komprehensif, kebolehan mengatasi arus
globalisasi dunia dan mewujudkan masyarakaf yang sentiasa berkembang dan
berkualti.
9.3 Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Penggunaan ICT dalam pendidikan fokus kepada proses pengaplikasian peralatan
dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
9.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme berasaskan pengalaman sebenar dalam kehidupan
seharian, malah pengajaran yang mementingkan pemahaman, berpusatkan pelajar dan
guru hanya sebagai pemandu arah dalam proses pembelajaran tersebut (National
Association of Secondary Schools Principal,1996).
10.0 ICT dalam Pendidikan
Pendidikan merupakan antara aspek utama dalam merancang pembangunan
sesebuah negara. Tanpa wujudnya dasar dan akta yang komprehensif dan menyeluruh,
rakyat di negara tersebut akan berada di takuk yang sama malah tidak akan berlaku
perubahan terhadap komuniti tersebut dari segi mobiliti sosial, ekonomi negara, serta
inovasi ke arah negara yang mencapai modenisasi yang unggul. Menurut Tajul Ariffin
(2010), fokus akhir kepada sebuah pendidikan yang murni adalah untuk meneroka,
membina dan melindungi kebenaran yang bersifat universal ataupun sejagat.
Keberkesanan dalam menjadikan pendidikan sebagai teras utama dalam melahirkan
rakyat yang dapat hidup dalam kesejahteraan dan mampu untuk berdaya saing dalam
mengharungi arus kemodenan yang semakin mencabar. Sistem pendidikan telah
bermula sewaktu Tanah Melayu telah dijajah demi memenuhi keperluan penjajahan
dalam mengekalkan tumpuan rakyat taat setia rakyat pendatang dan juga
pembangunan rakyat tempatan. Namun setelah Tanah Melayu sudah merdeka dan
didapati sistem pendidikan di zaman penjajah tidak lagi sesuai maka timbul kesedaran
dari pemimpin dan rakyat tentang pentingnya penggubalan dasar pendidikan yang
membawa kepada kewujudan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui
Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.
Dasar ini telah di kaji semula sehingga pada tahun 1979 Laporan Jawatankuasa
telah diterbitkan bagi melahirkan masyarakat yang bersatupadu dan berdedikasi serta
memenuhi keperluan perlaksanaan rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai Dasar Pendidikan dan
salah satunya ialah meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu, mempelbagai
dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam
bidang sastera gunaan dan sains gunaan. Bagaimanapun, wujud keperluan untuk kita
memperincikan keperluan dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku pada masa kini
adalah masyarakat perlu didedahkan mengikuti arus perubahan globalisasi.Dalam
proses pendidikan, wujud interaksi iaitu perhubungan dan komunikasi antara manusia
dimana secara formal atau informal,terancang atau tidak yang akhirnya membawa
kepada perkembangan interaksi keseluruhan manusia dan kumpulan- kumpulan sosial
tertentu Robiah (1998).Oleh itu, pembangunan pendidikan perlu dimantapkan lagi
dengan komponen teknologi maklumat perlu diberi perhatian dan sebagai sokongan
terhadap kelangsungan tujuan itu. Menurut Rohana (2010), pada masa kini, fokus dan
matlamat pendidikan adalah berasaskan kepercayaan, nilai, ilmu yang diterima oleh
masyarakat. Keadaan ini menunjukkan pendidikan juga perlu menyediakan pelajar
untuk menghadapi perubahan yang berlaku dalam masyarakat.
Oleh itu, pendidikan di era teknologi maklumat dan moden perlu diselaraskan
dengan keperluan dan kehendak semasa (Rohani et. Al., 2015). Kerajaan Malaysia
telah mempertingkatkan keperluan ICT di universiti dan membuat pelaburan yang
ketara dalam ICT untuk membangunkan pelajar yang berkeupayaan dan berkualiti
tinggi dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan matlamat Negara.
10.1 Sistem Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT di sekolah mengalakkan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dan mendorong ke arah perubahan positif dari segi pencapaian akademik
pelajar, pengurusan sekolah, peningkatan hubungan antara guru dan pelajar,
pemusatan pelajaran pelajar serta peningkatan skil pemikiran dan sikap.Transformasi
sistem pendidikan perlu dilakukan dimana sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P)
tidak hanya terhad di dalam bilik darjah ianya perlu menjangkau keluar daripada
persekitaran bilik darjah. Selain itu, tugasan dan aktiviti yang dijalankan antara guru
dan pelajar harus dalam kaedah yang sistematik dan teliti dan pelaksanaan telah
ditetapkan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai serta membimbing pelajar
untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran. Bentuk pendidikan untuk
generasi Z perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuka dengan visi
yang lebih meluas melalui keupayaan berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan
mempunyai keterampilan yang diperlukan bagi membolehkan mereka dapat
menandingi arus globalisasi dunia (Wan Mohd Zahid Nordin, 1995).
Sistem pendidikan dan sistem (P&P) amat diperlukan dalam memimpin
pembangunan ekonomi sesebuah negara. Penggunaan ICT dalam sistem (P&P)
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Ramziah Husin dan Ramlee Mustapha (2001), terdapat hubungan diantara
sistem (P&P) dan ICT dimana pembelajaran berbantu komputer bukan hanya untuk
diserapkan di sekolah bestari bahkan di semua sekolah harian kerana semua pelajar
akan terlibat dalam arus globalisasi yang memerlukan kemahiran dalam bidang IT.
Pengetahuan dan kemahiran guru mengajar dalam literasi ICT memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan proses yang
memakan masa yang lama dan perbelanjaan tinggi kerana ia melibatkan infrastruktur,
tenaga mahir, perisian, dan bahan pengajaran (Shamsul A.B. et al, 2004). Guru harus
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer dan Internet. Malah,
para guru boleh melaksanakan sebuah kumpulan pelajar yang celik IT diberikan
latihan asas untuk membantu pelajar lain.
Bukan itu sahaja, bahan pelajaran juga perlu berubah daripada kaedah tradisional
iaitu hanya buku teks biasa kepada buku teks E-book yang mempunyai rekaan grafik,
suara yang mampu menarik minat pelajar mempelajarinya. Bahan pelajaran digital
dan juga fasiliti komputer haruslah mengcukupi dan pihak kerajaan membuat pelbagai
ujian khas bagi memastikan keberkesanan terjamin.Secara dasarnya ICT adalah
peralatan yang berasaskan teknologi yang digunakan untuk mendapatkan, memproses
maklumat yang diperlukan oleh seseorang individual mahupun institut pendidikan.
ICT dilihat sebagai alat pembantuan dari segi tugasan memproses maklumat,
membuat keputusan, perkongsian maklumat melalui sistem perkomputeran dan
inovasi. Guru harus bersedia fizikal dan mental untuk mengaharungi cara baru untuk
mendidik generasi kini. Sikap tidak endah atau malas untuk menggunakan alat
pengajaran ICT kerana alasan leceh atau membuang masa harus dibuang demi
kebaikan masa hadapan.
10.2 Teori Pembelajaran
Generasi Z di Malaysia merujuk kepada individu yang lahir di antara tahun
1995-2010 (Jamiah et.al, 2015). Mereka dikategorikan sebagai generasi yang celik
mata sahaja sudah dikelilingi dengan gadjet. Maka itu, generasi Z ini melalui
perubahan dari segi cara berinteraksi, bekerja dan berkongsi maklumat berbanding
generasi terdahulu.Oleh itu, sistem pendidikan di sekolah perlu diubah mengikuti cara
senasa.Perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah telah
berlaku dan mengalakkan perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru
kepada pengajaran berpusatkan pelajar (Munohsamy,2015).Tambahan pula, Rusmini
Ku Ahmad (2012) mengatakan bahawa telah terbukti sistem pengajaran dan
pembelajaran ini telah berubah ke arah teori konstruktivisme dimana pelajar
menumpukan perhatian kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada
proses penerokaan dan penemuan.
John Dewey merupakan tokoh pendidikan yang masyhur yang memberikan
sumbangan yang besar kepada pendidikan moden. Dewey (1938) mengatakan bahawa
pendidikan progresif menyokong pengalaman manusia sebagai asas untuk
memperolehi ilmu pengetahuan. Penerapan ilmu bukan hanya di sekolah tetapi
mendidik pelajar untuk berfikir secara sistematik menggunakan ICT dimana
perolehan ilmu pengetahuan tiada batasan. Maka, kebolehan guru juga menjadi
elemen penting dalam menjayakan pelan integrasi ICT dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran. Guru harus bertindak sebagai fasilitator, bersikap terbuka, imaginatif,
kreatif dan inovatif (Noor Azizah, 2006). Sistem pendidikan guru juga perlu
perubahan yang drastik yang sesuai dengan keperluan semasa. Pendidik yang
berkesan dan masa kini perlu menguasai sekurang-kurangnya lima kemahiran generik
iaitu kemahiran pemudahcaraan, kemudahan berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif,
kemahiran belajar, kemahiran mentafsirkan dan menilai ICT (Said H., 2000).
Oleh itu, penggunaan ICT menerusi aplikasi teori konstrukvitisme menekankan
pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar (Moursund,2003). Selain itu, konsep
pembelajaran konstruktivisme merupakan konsep yang diguna pakai sebagai panduan
kepada penggunaan ICT di kalangan belia di sekolah. Institusi pendidikan mempunyai
peranan yang penting untuk memastikan generasi muda sentiasa pakar dan mahir
dengan ICT. Kepakaran dalam penggunaan ICT menjadikan individu itu berpotensi
kebolehpasaran lebih tinggi berbanding yang lain.
10.3 Perkembangan dan Pengaplikasian ICT di Sekolah
Integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran meliputi beberapa
proses bermula dari bahagian pentadbiran sekolah sehingga bahagian guru dan murid.
Antara contoh pengaplikasian ICT dalam pengurusan yang membantu proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah:
10.3.1 Sistem pendaftaran mata pelajaran
Sistem pendaftaran mata pelajaran dan kehadiran perlu dilakukan oleh para guru
adalah secara atas talian. Melalui saluran Internet, para guru mudah melakukan proses
ini di mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat. Selain itu, kebaikan penggunaan
sistem pendaftaran subjek secara talian dapat membantu pengurangan penggunaan
kertas. Data pelajar dapat disimpan secara elektronik dan memudahkan capaian data
oleh pihak pentadbiran serta para guru. Oleh yang demikian, pengaplikasian ICT
dalam bidang pendidikan membawa perubahan daripada sistem konvensional yang
menggunakan kertas, dan sistem fail yang disusun di dalam kabinet dan bilik
maklumat kepada capaian mudah terhadap data-data penting serta penjimatan ruang
penyimpanan yang besar di sekolah.
10.3.2 Sistem Penjadualan Mata Pelajaran
Proses penjadualan mata pelajaran perlu dilakukan oleh pihak atasan sekolah
serta para guru bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini
memerlukan masa yang lama, dan penelitian yang tinggi. Bukan itu sahaja, ianya
proses yang rumit yang melibatkan analisa penggunaan masa, ruang, guru dan pelajar.
Dengan penggunaan ICT, proses ini mampu dipermudahkan. Analisa masa, ruang,
guru dan pelajar dapat dilakukan dengan cepat tanpa ralat. Sistem boleh dicapai
secara atas talian dan sebarang perubahan mengenai masa dan tempat dapat diubah
dengan pantas serta mengoptimumkan ruang pembelajaran di sekolah.
10.3.3 Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
Perkembangan teknologi dan maklumat secara tidak langsung memberi kesan kepada
sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang pendidikan. Ini kerana pelajar
kini juga lebih mahir menggunakan teknologi bahkan keupayaan mereka lebih
daripada orang dewasa. Perubahan dari sudut penguasaan subjek, kemahiran dalam
pedagogi dalam mengaplikasikan menggunakan teknologi terkini perlu ada. Dengan
itu, amatlah penting setiap guru mempunyai sifat ingin tahu dan semangat belajar
benda baru kerana zaman ini tidak statik lagi. Sekolah dan guru diberikan pendedahan
dengan menggunakan peranti pintar seperti tablet, telefon pintar,komputer dan
penggunaan LCD projektor untuk pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh
membuat nota dan kerja sekolah lalu memuat turun ke dalam laman web
pembelajaran, penayangan video serta penggunaan laman Frog Play yang
memerlukan pelajar untuk mendaftar masuk dan menjawab kuiz. Selain itu, akan
memudahkan pengajaran melalui penggunaan laman web Telegram, Facebook,
Youtube Channel serta penggunaan E-book antara yang telah diterbitkan ialah
Aplikasi PdPc, PA21 dan Terokai Dunia Baru PA21.
11.0 Dasar dan Akta Perlaksanaan Pihak Kerajaan
Menerusi Dasar Kurikulum (2011) Cabaran ke-Enam, mentafsirkan bahawa
matlamat untuk menjadikan masyarakat di Malaysia lebih saintifik dan progresif,
mempunyai pandangan ke hadapan, yang menyumbang kepada negara pada masa
hadapan. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dibawah
Perancangan Transformasi Kerajaan, (2016-2020) merupakan fasa Gelombang ke-dua.
Dibawah pentadbiran tersebut Infrastruktur Sekolah meliputi fasa untuk
melengkapkan sekolah untuk menyokong kurikulum dan penyampaian pedagogi.
Manakala dalam pelan ICT dalam pendidikan, rancangan untuk memperkenalkan
inovasi dalam ICT. Contohnya, penggunaan drone, 3D dan E-book untuk Sistem
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Tambahan pula, empat mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik serta Sains telah digalakkan untuk penggunaan ICT dalam membantu
kefahaman pelajar.Sekolah antarabangsa dan sekolah bestari telah dinaiktarafkan
berbanding sekolah kebangsaan biasa.Kini, segala aktiviti dapat dijalankan secara
“online”. Sebagai contoh pendaftaran pelajar pada hari pertama persekolahan serta
kehadiran pelajar perlu direkodkan secara digital agar maklumat itu dapat dikongsi
kepada pihak kementerian dengan lebih mudah. Sekolah bestari atau pun dikenali
sebagai Smart School Project merupakan ilham yang didorong berdasarkan ICT.
Pelajar yang cemerlang pelbagai kaum dikumpulkan di satu sekolah. Kemudahan ICT
di sekolah bestari adalah menyeluruh dan memudahkan pelajar berinteraksi dengan
pelajar dalam dan luar negara Kewujudan ICT telah mewujudkan kepentingan
penggunaan ICT dalam sistem pendidikan di negara kita sekaligus mewujudkan
sekolah bestari. Pendidikan di sekolah mahupun institut pendidikan tinggi
mengutamakan pendidikan jarak jauh dimana menjimatkan kos dan peluang
pendidikan yang lebih luas.
12.0 Faktor Perubahan Sosial dalam Pendidikan
ICT telah menjadi keperluan dalam menjalani kehidupan dalam dunia kini. Malah
menerusi sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah mengikut peredaran
semasa dunia. Ini disebabkan proses perubahan sosial yang tak dapat dihentikan
dimana masyarakat akan sentiasa berubah mengikut aliran masa secara lambat atau
cepat. Selain itu, perubahan itu berlaku secara menyeluruh dan bukan hanya kepada
segelintir masyarakat. Faktor yang mendorong proses perubahan sosial adalah
berlakunya penemuan baru (Discovery, Invention dan Innovation). Melalui
penggunaan ICT iaitu Internet memberi pendedahan terhadap masyarakat Malaysia
tentang budaya, adat dan norma masyarakat lain diketahui melalui saluran ICT yang
memperluaskan lagi sumber ilmu.Sebagai contoh, negara Asia yang maju seperti
Jepun, China dan Korea Selatan mempunyai pendekatan pendidikan yang
berbeza-beza namun berjaya melahirkan modul insan yang berpengetahuan dan
kemahiran yang aras tinggi dalam bidang ICT yang menyumbang dalam
mengukuhkan ekonomi negara mereka.
Ini menunjukkan masyarakat kini lebih bersifat terbuka malah sentiasa mahukan
perubahan yang drastik dalam membawa perubahan kepada ekonomi Negara. Namun,
dalam setiap impak positif akan wujudnya impak negatif pendedahan ICT kepada
para pelajar.Satu persoalan penting yang mempersoalkan tentang perbezaan kelas atau
struktur sosial dalam mempengaruhi ICT dalam sistem pendidikan. “The Digital
Divide” dirumuskan sebagai jurang antara individu, isi rumah, perniagaan dan
kawasan geografi dimana perbezaan tahap sosio-ekonomi dan akses terhadap ICT dan
penggunaan Internet menjadi ruang perbezaan antara sekolah.
12.1 Sosiolasi dalam Penggunaan ICT
Globalisasi dan perubahan berteraskan ICT dapat dilihat dengan mata kasar dan
kawasan sekeliling. Akses Wifi yang ada di tempat tumpuan manusia iaitu di institut
pendidikan, pusat membeli-belah serta restoran telah berleluasa dan menjadi ciri-ciri
tarikan manusia. Ianya memudahkan proses komunikasi menerusi telefon bimbit,
laptop serta pelbagai gadjet melayari laman web dan media sosial seperti Facebook,
Instagram dan lain-lain. Menurut Perkins (1992), arus globalisasi yang melanda kini
akan mengubah keseluruhan cara hidup baik dala bidang politik, ekonomi, sosial
mahupun budaya sehingga dunia yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah
perkampungan kecil yang dipanggil “global village” dan telah menjadikan kita
sebagai satu masyarakat besar dunia. Masyarakat kini lebih terbuka untuk berkongsi
maklumat diri serta berbeza persepsi daripada generasi terdahulu.Dari segi pendidikan,
ternyata bahawa sekolah yang mempunyai akses Wifi yang meluas memberikan
kelebihan kepada pelajarnya dalam menuntut ilmu. Sebagai contoh Sekolah Bestari
seperti Sekolah Sri Chempaka, Gardens International School di Kuala Lumpur
mempunyai akses Wifi yang meluas menjadikan pelajarnya tiada sekatan dalam
melayari Internet.
Proses globalisasi dan modenisasi tidak dapat dilengahkan dan diberhentikan.
Perubahan ini perlu untuk memastikan negara tidak mundur dan mampu menyaingi
negara maju. Kerana itu, perubahan persepsi, tradisi serta norma masyarakat akan
berubah daripada permulaanya. generasi Z melalui kehidupan yang dikelilingi dengan
gadjet teknologi yang canggih berbanding generasi terdahulu. Situasi ini meluaskan
batasan yang terhad kepada peluang yang lebih meluas. Begitu juga dengan cara
untuk mendapatkan ilmu, Lee Ong Kim (1997) mengatakan bahawa bukan hanya di
sekolah atau di perpustakaan tetapi pembelajaran secara tidak fomal melalui
pembelajaran yang bersifat ‘langit terbuka’ melalui perisian multimedia seperti
E-book, VLE Frog, Internet, e-mel, audio-vele tele conferencing dan sebagainya
Menurut Kushendrawat, masyarakat telah melalui beberapa perubahan cara hidup
iaitu setiap keluarga minimun pasti akan memiliki satu televisyen di rumah
masing-masing. Bahkan, sesetengah orang bersaing untuk membeli gadjet yang serba
canggih dan terkini berdasarkan kemampuan masing-masing.
Tambahan lagi, fenomena ini boleh dirumuskan bahawa masyarakat kini telah
berubah, ICT mampu mewujudkan individu-individu yang berbeza. Menerusi teori
Mechanical dan Organic dibawah Form of Social Change oleh Karl Marx mengatakan
bahawa masyarakat akan berubah daripada kompleks kepada organik. Dimana
daripada kumpulan yang besar untuk melakukan sesuatu sehingga ke waktu dimana
masyarakat mampu untuk melakukan sebarang aktiviti secara sendiri atau dikenali
sebagai “individualistic”. Manusia tersebut lebih selesa untuk melakukan aktiviti
secara perseorangan kerana kini akses maklumat dan fasiliti lebih mudah. Oleh yang
demikian, Kewujudan ICT juga boleh diperkatakan sebagai punca berlakunya
individualisme dalam masyarakat. Tidak dapat disangkal lagi media dan informasi
teknologi berada di sekeliling pelajar melalui televisyen, telefon bimbit, komputer dan
lain-lain. Pengiklanan pelbagai rancangan yang melibatkan gaya hidup, kehidupan
masyarakat lain-lain serta hiburan serba sedikit memberi impak kepada generasi muda.
Pelajar kini lebih peka dengan maklumat-maklumat yang tular serta sikap mereka
juga telah berubah dengan memiliki gadjet tersendiri.
Boleh dikatakan bahawa pelajar kini lebih berdikari, berkebolehan serta aktif
dalam mencari perubahan. Namun kewujudan sifat individualisme berlaku kerana
pergerakan dalam kumpulan secara kecil atau secara solo lebih mudah dan cepat.
Kenyataan ini bergerak seiring dengan kata-kata Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh
Mahathir Mohamad (1992) bawah kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi
maklumat ini mengubah cara manusia berkomunikasi, berurusniaga dan cara kita
melihat dunia ini.
12.2 Pandangan dari Perspektif Agama Islam
Islam juga mengalakkan umatnya supaya sentiasa menuntut ilmu. Bukan itu
sahaja, galakan untuk menimba ilmu adalah penting demi kesejahteraan agama.
Teknologi ternyata membantu manusia untuk berkomunikasi serta antara petunjuk
kurniaan Allah iaitu dengan kecerdasan akal manusia yang diberikan memudahkan
kehidupan seharian. Termasuklah teknologi sebagai hasil ciptaan akal manusia yang
membantu manusia sejagat. Antara ayat-ayat Al-Quran yang memperkatakan berita
dan berkaitan tentang teknologi penghantaran maklumat adalah surat Al-A’raaf ayat
57 iaitu:
Terjemahanya:
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu
membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang
kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami
keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu
beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
Manusia dan pendidikan perlu sentiasa berevolusi dan bergerak seiring dengan
kepesatan dunia. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek utama dalam
dunia pendidikan dimana penggunaan ICT membawa satu arus perkembangan yang
berlaku di semua peringkat, Walaubagaimanapun, isu dan cabaran berlaku dan perlu
dikawal mengikut prosedur dan undang-undang kerana manfaat memberi kebaikan
namun keburukan mampu merosak serta meruntuh nilai murni yang diproleh daripada
kebaikan tersebut. Kini, manusia memiliki kemampuan yang besar untuk menguasai
dan mengeksploratasi alam sekitar dan juga angkasa. Berlakunya loncatan ilmu dan
transformasi dalam kehidupan manusia kerana penguasaan bidang ilmu yang luas.
Bidang sains dan teknologi merupakan bidang yang telas membawa ke satu aras lain.
Dimana manusia mencipatkan alat teknologi digital demi membawa kemudahan.
Dalam Islam, umatnya digalakkan untuk sentiasa menuntut ilmu kerana menjadikan
umatnya itu bijaksana,Maka, dengan kebijaksanaan merupakan cara yang cerdik
untuk manusia (Haidar P.,2014).
Pendidikan itu sendiri menurut Abdul Rahman Shaleh Abdullah merumuskan
bahawa pendidikan meliputi tiga tujuan iaitu Physical Aims (Ahdaf jismiyyah),
Spiritual Aims (ahdaf ruhiyyah), dan mental aims ( ahdaf aqliyyah). Malah pemikir
muslim kontemporari Syed M. Naquib Al-Attas mendefinisikan bahawa pendidikan
mengikuti panduan Islam adalah sistematik, dan menegaskan bahawa pendidikan
menurut Islam bukanlah menghasilkan warga yang baik sahaja tetapi menciptakan
manusia yang baik. Kegunaan teknologi oleh manusia untuk taat dan menjadi lebih
bertakwa kepada kepada Allah s.w.t. Iktibar boleh dilihat dari kisah Nabi Nuh A.S.
menggunakan bahtera untuk belayar ke tempat yang selamat manakala Nabi Daud as
menggunakan teknologi besi. Ini antara kisah yang menyatakan bahawa umat Islam
perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t kerana kini manusia
menggunaakan bahtera moden iaitu teknologi melalui saluran Internet untuk lebih
dekat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya (Mohamad Fauzan, 2016)
13.0 Dapatan Kajian
Saya telah menjalankan sesi temubual secara talian kepada tiga orang pelajar
Tingkatan Tiga dan Empat bagi mendapatkan pandangan dan perkembangan
penggunaan peralatan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
masing-masing. Tiada klasifikasi dari jenis sekolah, pelajar tersebut terdiri daripada
pelajar di sekolah harian biasa di Pahang. Soalan-soalan yang ditanyakan ialah:
1. Adakah kamu belajar menggunakan komputer di sekolah?
2. Mata pelajaran apakah pembelajaran menerusi komputer?
3. Adakah kamu faham dan suka pembelajaran menggunakan komputer?
4. Adakah kamu faham cara pengajaran guru apabila menggunakan komputer?
5. Adakah lebih mudah menggunakan komputer daripada kebiasaannya?
6. Apakah harapan kamu untuk sesi pembelajaran akan datang? Mahu kan
penggunaan ICT secara menyeluruh atau tidak?
7. Ada dapat galakan dari ahli keluarga apabila kamu menggunakan gadjet untuk
pembelajaran?
Maklum balas daripada pelajar bernama Muhammad Azim Bin Azmi, pelajar
Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu , Kuantan
mengatakan,
Ya. Di sekolah saya ada belajar menggunakan komputer di sekolah melalui mata
pelajaran ICT. Dan ada kalanya, atas arahan guru mempelajari mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan Geografi menggunakan komputer di makmal sekolah. Namun
kami tidak kerap menggunakan komputer hanya sekali sebulan. Guru tersebut mahir
menggunakan komputer dan jelas cara pengajarannya. Semestinya saya inginkan
penggunaan ICT secara menyeluruh di sekolah kerana lebih mudah dan menarik. dan
tidak “old school”. Ibubapa tidak mengalakkan menggunakan gadjet semasa belajar
kerana mereka gusar jika saya menggunakannya untuk tujuan hiburan seperti
melayari Twitter, Facebook dll.
Maklum balas daripada pelajar bernama Nurul Najwa binti Ramli, pelajar Tingkatan
Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar , Kuantan mengatakan,
Ya, saya ada menggunakan komputer sewaktu mata pelajaran ICT dan
kadang-kadang mata pelajaran Sejarah menjawab kuiz melalui VLE Frog di makmal
komputer sekolah. Gunakan komputer adalah 1-2 kali sebulan. Guru mahir
menggunakan komputer secara asasnya. Saya inginkan penggunaan ICT di sekolah
secara menyeluruh kerana lebih mudah, saya tidak perlu membawa buku yang berat
dan saya rasa lebih senang, menarik dan terhibur jika diselitkan dengan hiburan bagi
menghilangkan bosan di sekolah. Ibubapa saya tidak menggalakkan penggunaan
gadjet semasa belajar kerana tahu saya lebih kepada hiburan melihat Youtube dan
sebagainya.
Maklum balas daripada pelajar bernama Muhammad Firdaus Bin Zaid, pelajar
Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Perang, Kuantan
mengatakan
Ya, dekat sekolah cikgu ada ajar guna komputer di lab tapi tidak selalu. Yang VLE
Frog itu cikgu suruh log in dan jawab soalan tetapi kadang-kadang web itu tidak
boleh dibuka. Jarang guna komputer disekolah paling pun 1 kali sebulan.Cikgu
pandai gunakan komputer dan ajar kami. Saya suka kalau di sekolah gunakan
komputer untuk belajar, seronok boleh main game, dengar lagu. Dirumah memang
saya gunakan telefon bimbit untuk melayari Youtube. Ibu bapa saya marah juga bila
guna telefon bimbit sebab saya selalu malas belajar, tengok hiburan.
Kesimpulannya ialah pelajar semestinya gemar penggunaan ICT di sekolah
kerana lebih terkini dan menarik. Namun pelajar perlu bersikap matang dan
profesional apabila diberikan peluang untuk menggunakan komputer di sekolah.
Amalan yang baik adalah menggunakan aplikasi online seperti Youtube, Google dan
lain-lain demi menimba ilmu bukan menghabiskan masa untuk hiburan semata-mata.
Ini kerana pelajar sememangnya lebih cenderung untuk melihat video, cerita-cerita
lawak daripada melihat video yang berilmu. Gejala negatif seperti “addiction”
terhadap gadjet berlaku kini dan boleh melahirkan pelajar yang obses dan tidak mahu
lagi bersosial bersama masyarakat tetapi lebih gemar menghabiskan masa sendirian
dengan gajet peribadi. Selain itu, mungkin berlakunya penderaan atau pemberontakan
dari segi mental kerana perasaan ingin tahu, perasaan iri hati terhadap orang lain yang
menunjukkan aset bernilai atau pergi bercuti tempat yang menarik, atau paling
membimbangkan ialah berlakunya “cyber bully”, berlaku pembulian di media sosial
yang boleh menyebabkan pelajar mengambil keputusan yang terburu-buru seperti
bunuh diri, murung, memberontak.Maka,pendidikan secara moral dan realistik
terhadap pelajar serta ibu-bapa bagi menyokong perubahan dalam sistem pendidikan
harus dilakukan. Guru pula perlu sentiasa ke hadapan dalam mengawal pelajarnya
dari melebihi had yang dibenarkan. Pengaruh negatif harus dibendung secara luar dan
dalaman.
14.0 Solusi
Pelajar kini perlu diberikan pendidikan yang menyeluruh malah turut juga
dibendung kesan negatif daripada penggunaan ICT yang berlebihan dan sebagainya.
Antaranya ialah, latihan dan bimbingan yang berterusan daripada ibu bapa, sekolah,
institusi sosial dalam membentuk belia kini bijak dalam penggunaan ICT untuk
perkara yang bermanfaat dan berilmu. Selain itu, didikan dalam pengurusan masa
juga penting bagi memastikan belia ini berdisiplin. Dari perspektif Islam, mendidik
remaja untuk menjaga pandangan dan memilih kandungan yang baik. Selain itu,
terapkan nilai profesionalisme, adab dan etika dalam penggunaan ICT sama ada di
sekolah ataupun di rumah, Semua pihak perlu bekerjasama demi melahirkan generasi
yang mengikuti era semasa dan dalam masa yang sama mempunyai akhlak yang baik
serta tidak menyalahi undang-undang dan peraturan agama.
Misi dan objektif Malaysia dalam melahirkan graduan yang berkeboleh pasaran
yang tinggi bermula di akar umbi. Pihak swasta dan persatuan alumni institut
pendidikan turut perlu berganding bahu bagi membantu pihak kerajaan dalam
memberikan akses fasiliti ICT kepada sekolah-sekolah di Malaysia. .Semestinya
membawa perubahan yang baik kepada sistem pendidikan di negara kita dengan
kerjasama yang kukuh dari segi kewangan, serta program- program yang mampu
meningkatkan akademik dan “ soft-skill” pelajar.
15.0 Penutup
ICT membawa perubahan dari sudut menghasilkan inovasi pada pengajaran agar
proses pengajaran dan pembelajaran menarik minta para pelajar. Tambahan pula,
kefahaman sesuatu konsep serta gambaran visual yang lebih jelas serta mampu
meransang pelajar untuk belajar dengan berkesan dengan bimbingan yang minimun.
Suasana pembelajaran juga berubah menjadi seronok, mencabar dan berbentuk
penerokaan. Generasi akan datang mampu meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan
kebolehpasaran apabila menceburi dunia global yang semakin mendesak. Dari sudut
para pengajar pula, penambahan kursus dan program kemahiran kepada guru perlu
dijalankan bagi memastikan kebolehan berkebolehan tinggi dalam mengaplikasikan
gadjet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru diharapkan dapat mengubah
kaedah pengajaran, ,menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai, dan mendalami
isi kandungan mata pelajaran di sekolah. Guru yang inovatif dan kreatif mampu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta mampu
melahirkan pelajar yang serba tahu dan lincah dalam mencari ilmu pengetahuan.
Pelajar digalakkan untuk mencari maklumat melalui Internet dan media sosial
untuk melakukan tugasan sekolah. Sebagai contoh, web Google merupakan laman
web yang paling terkenal digunakan oleh semua individu bagi mendapatkan sebarang
maklumat. Malahan resipi masakan serta tips-tips kecantikan dapat ditemui dengan
mudah. Maklumat kini lebih mudah dan bebas dikongsi serata dunia ianya terbukti
memudahkan proses penerimaan ilmu. Selain itu, komunikasi menjadi lebih mudah
kini dengan kewujudan pelbagai aplikasi di dalam telefon bimbit atau komputer
seperti Whatsapp, Telegran, Skype dan lain-lain untuk digunakan oleh pelajar.
Sebagai contoh, kumpulan yang besar mempunyai set pemikiran individu yang
berbeza pandangan dan pendapat. Ianya sememangnya keperluan apabila dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengadakan perbincangan secara
berkumpulan. Kini, tidak perlu lagi melakukan perbincangan secara fizikal setelah
wujudnya ICT. Aplikasi di dalam telefon bimbit memudahkan hubungan komunikasi
dengan kewujudan grafik seperti panggilan video, voice note yang lebih menjimatkan
masa dan wang.
Dengan kemahiran teknologi yang serba canggih, pelajar diharapkan dapat
berkomunikasi dengan berkesan, mengamalkan sikap yang positif, sentiasa mengikuti
perkembangan dan hala tuju teknologi serta memupuk semangat ingin tahu, ingin
mencuba, berdaya saing, serta menyedari keagungan Illahi. Konklusinya, pengetahuan
dan kemahiran ICT serta penggunaan ICT dalam pendidikan mampu menghasilkan
pelajar yang kreatif dan pemikiran secara kritis. Ternyatalah pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang teknologi menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat.
Bukan itu sahaja, kajian ini sebagai mengatakan bahawa proses perubahan sosial
didalam pendidikan perlu berlaku demi mendapatkan kesejahteraan individu,
masyarakat serta negara. Perubahan perlu demi memastikan kelangsungan hidup
berlaku jika tidak generasi muda akan seperti “katak di bawah tempurung” kerana
enggan berubah dan tidak mengikuti keperluan semasa. Bidang pendidikan boleh
dikatakan sebagai tapak untuk mengubah sesebuah negara. Tanpa pendidikan yang
kondusif, negara Malaysia tidak akan berubah dan tidak mampu bersaing dengan
negara-negara maju. Dasar dan akta pendidikan yang ada kini masih relevan dan
diterima. Maka, perancangan dan perlaksanaan pelan pendidikan Negara haruslah
sentiasa dikaji dengan teliti dan persediaan yang lebih mantap untuk menghadapi
Revolusi Industri ke-Empat yang sememangnya mencabar jika Malaysia ketinggalan.
16.0 Rujukan
Abdul Rahman Shaleh Abdullah.n.d.. Educational Theory A Qur’anic Out Look.
Makkah al-Mukarramah : Ummu al-Qur’an University, t.t
A.Razak Ahmad.2011. Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi . (Daripada) http://www.flashkitech.com/?p=50101 01 Mei 2018
Dewey, J.1938. How we think. Revised and expand edition. Houghton: Mifflin.
Haidar Putra Daulay H., P. D. 2014. Pendidikan Islam dalam Perspektif Filsafat.
Cetakan Ke.1 Kencana Prenadamedia Group Indonesia.
Jamiah Manap, Mohammad Rezal Hamzah, Nurul Nabila Mohd Izani, & Nor Jana
Saim. (2015). The definition of Z Generation: A systematic review. (Dalam
Simposium Kebudayaan dan Kerjasama Indonesia-Malaysia). Hotel Everly,
Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
Kushendrawat, S. M., Filsafat, D., Ilmu, F., Budaya, P. & Indonesia, U. (n.d.).
Pengaruh Media Massa Terhadap Munculnya Individualisme Baru: Sebuah
Fenomena Masyarakat Konsumen di Era Globalisasi 1: 741–749.
Lee Ong Kim.1997.Guru Besar Pemangkin Sekolah Bestari: Ceramah Konvensyen
Pendidikan Kebangsaan Ke 3 dan Persidangan Perwakilan Tahunan Majlis Guru
Besar Malaysia Ke 15.
Mahathir Mohamad.1992. Malaysia Melangkah, Kuala Lumpur: 45
Mohamad Fauzan Noordin. 2016. ICT dan Islam, PTS Akademia & IIUM Press.
Moursund, D. G.2003. Project-based learning using information technology. Eugene,
OR: ISTE. Nardi, B. (1996). Context and consciousness. MA: MIT Press.
Oppenheimer, T. (1997) The computer delusion. The Atlantic Monthly, July,
1997.
Munohsamy, T., Teknologi, U. & Munohsamy, T. 2015. Integrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan (January 2014).
National Association of Secondary School Principals. 1996. Breaking ranks:
Changing an American institution. Reston, VA: NASSP
Noor Azizah Binti Ahmad. 2006. Pengaplikasian Teori Konstruktivisme dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Reka Cipta. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Perkins, D.1992 . Smart Schools: Better Thinking and Learning For Every Child. New
York: The Free Press.
Ramziah Husin & Ramlee Mustapha.2001. Impak Globalisasi dan K-ekonomi
terhadap Perancangan Pendidikan di Malaysia. Technology and
Vocational-Technical Education: Globalization and Future Trends,hlm. 241-248.
Robiah Sidin.1998. Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Rohana Hamzah (2010). What is Education. Nota Kuliah Minggu 1. Skudai: UTM.
Tidak diterbitkan.
Rohani M.M Yusoff, Ahmad Shaharil Jamaludin & Abda Hamida D.Abdul Hameed.
2015. Tahap Kesediaan Pelajar dalam Penggunaan Teknologi, Pedagogi, dan
Kandungan (TPACK) dalam Pembelajaran Kurikulum di IPT. Proceeding of the
3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science
(AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN
978-967-0792-06-4) Rosenberg,
Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. (Daripada)
http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/Papers/524734/Integrasi_Tekno
logi_M aklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan Pembelajaran 01 Mei
2018
Said, H., Pendidikan, F., Talib, N., Sumber, P. & Negeri, P. 2000. CABARAN ERA
GLOBALISASI KE ATAS WARGA Impak Era Infotek Ke Atas Sistem
Pendidikan 35–46.
Shamsul, A. B., Mohamed, R., & Hamzah, H.2004. The role of ICT in a globalised
knowledge production. Sari, 22, 109-127.
Tajul Ariffin Noordin.2010. Pendidik Bina Kebenaran Universal. Pendidik, 69, 55 –
57.
Trend Pendidikan Abad-21.2017. (Daripada)
http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/12/9-trend-pa21-di-tahun-2017-dan-6.h
tml 04 Jun 2018
Wan Mohd Zahid Nordin.1995. Kurikulum Untuk Tahun 2000 dan Selepasnya: Ucap
Utama dalam Seminar Kebangsaan Kurikulum. Port Dickson.

More Related Content

What's hot

perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Melaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumMelaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumadah awie
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanembun Pagi
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayatfiro HAR
 

What's hot (20)

perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Melaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumMelaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulum
 
Guru sebagai agen perubahan(murid)
Guru sebagai agen perubahan(murid)Guru sebagai agen perubahan(murid)
Guru sebagai agen perubahan(murid)
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operan
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Topik 1 apa itu sosiologi
Topik 1 apa itu sosiologiTopik 1 apa itu sosiologi
Topik 1 apa itu sosiologi
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 

Similar to Perubahan sosial ict dalam pendidikan

Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Octaryo Susilo
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploadedizwan_ismail
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Rahmah Soid
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranJerry Makawimbang
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Ety Sue
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullazryna81
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Digitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan IndonesiaDigitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan IndonesiaLSP3I
 

Similar to Perubahan sosial ict dalam pendidikan (20)

Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
 
Latihan1.docx
Latihan1.docxLatihan1.docx
Latihan1.docx
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
M6 kb6
M6 kb6M6 kb6
M6 kb6
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
Asimen hbef233
Asimen hbef233Asimen hbef233
Asimen hbef233
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
ICT
ICTICT
ICT
 
tttt
tttttttt
tttt
 
Digitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan IndonesiaDigitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan Indonesia
 

Recently uploaded

SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKArifinAmin1
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptxHalomoanHutajulu3
 
Mata Kuliah Etika dalam pembelajaran Kristen.pptx
Mata Kuliah Etika dalam pembelajaran Kristen.pptxMata Kuliah Etika dalam pembelajaran Kristen.pptx
Mata Kuliah Etika dalam pembelajaran Kristen.pptxoperatorsttmamasa
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaruSilvanaAyu
 
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPPOWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPAnaNoorAfdilla
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfAgungNugroho932694
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf
 
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsHakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsBismaAdinata
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 

Recently uploaded (20)

SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
 
Mata Kuliah Etika dalam pembelajaran Kristen.pptx
Mata Kuliah Etika dalam pembelajaran Kristen.pptxMata Kuliah Etika dalam pembelajaran Kristen.pptx
Mata Kuliah Etika dalam pembelajaran Kristen.pptx
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
 
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPPOWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
 
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsHakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 

Perubahan sosial ict dalam pendidikan

  • 1. SUBJEK: GGGD 6223 Pendidikan dan Perubahan Sosial SEMESTER 2 SESI 2017/2018 TAJUK: Perubahan Sosial dalam Pendidikan: Penggunaan ICT dalam Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) PENSYARAH: Anuar Ahmad PELAJAR: Nor Effa Zulaikha Binti Zahir (P93802) Sarjana Pendidikan Sosiologi Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2. Abstrak Kajian ini adalah perbincangan mengenai isu dalam sektor pendidikan di negara Malaysia dalam konteks perubahan sosial dalam pendidikan iaitu sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah di Malaysia yang telah mengadaptasikan ICT dalam menyampaikan maklumat kepada penuntut di sekolah. Teknologi maklumat atau lebih dikenali ICT telah berleluasa dan menguasai global dan menyerlahkan kepentingan dunia digital ini di abad masa kini. Tambahan pula, menurut A.Razak Ahmad (2011) mengatakan bahawa hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Sistem pendidikan di Malaysia telah berubah mengikut peredaran semasa dunia. Ini disebabkan proses perubahan sosial yang tak dapat dihentikan dimana masyarakat akan sentiasa berubah mengikut aliran masa secara lambat atau cepat.Faktor yang mendorong proses perubahan sosial adalah berlakunya penemuan baru (Discovery, Invention dan Innovation). Impak positif dari sudut perubahan sosial dalam pendidikan adalah penggunaan media sosial, penyiaran telekomunikasi melancarkan perhubungan antara guru dan murid serta pengurusan pihak sekolah.Selain itu, teknik pengajaran juga perlu diubah kerana menurut Jamiah et.al, (2015) Generasi Z yang dilahirkan diantara tahun 1995-2010 dikategorikan sebagai generasi yang celik mata sahaja sudah dikelilingi dengan gadjet. Perubahan teknik pembelajaran dimana mengalakkan perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar (Munohsamy,2015). Tambahan pula, pelan PPPM (2013-2025) dalam Gelombang Kedua meliputi fasa untuk melengkapkan sekolah untuk menyokong kurikulum dan penyampaian pedagogi serta inovasi dalam ICT. Perspektif dari sudut Islam mengatakan bahawa Islam mengalakkan umatnya supaya sentiasa menuntut ilmu dan adalah sangat penting demi kesejahteraan agama. Konklusinya, sistem pembelajaran dan pengetahuan (P&P) menerapkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan ICT mampu menghasilkan pelajar yang kreatif dan pemikiran secara kritis. Bukan itu sahaja, kajian ini sebagai rumusan dalam mengatakan bahawa proses perubahan sosial didalam pendidikan perlu berlaku demi mendapatkan kesejahteraan individu, masyarakat serta negara. Kata Kunci: Perubahan Sosial, ICT dalam Pendidikan, Pengajaran dan Pembelajaran
  • 3. Senarai Kandungan 1.0 Pengenalan………………………………………………………….1 2.0 Pernyataan Masalah…………………………………………………1-2 3.0 Objektif Kajian……………………………………………………..2 4.0 Persoalan Kajian……………………………………………………2 5.0 Kerangka Konsep…………………………………………………..3 6.0 Skop Kajian………………………………………………………….4 7.0 Batasan Kajian………………………………………………………4 8.0 Kepentingan Kajian…………………………………………………4 9.0 Definisi dan Istilah 9.1 ICT………………………………………………………...4 9.2 Perubahan Sosial dalam Pendidikan………………………5 9.3 Sistem Pengajaran dan Pembelajaran……………………..5 9.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme……………………..5 10.0 ICT dalam Pendidikan……………………………………………..5-6 10.1 Sistem Pengajaran dan Pembelajaran…………………….7 10.2 Teori Pembelajaran………………………………………..8-9 10.3 Perkembangan dan Pengaplikasian ICT di Sekolah………10 10.3.1 Sistem pendaftaran mata pelajaran……………………….10 10.3.2 Sistem Penjadualan Mata Pelajaran………………………10 10.3.3 Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)……………………...11 11.0 Akta dan Dasar Perlaksaanaan Pihak Kerajaan…………………….11 12.0 Faktor Perubahan Sosial dalam Pendidikan………………………..12 12.1 Sosiolasi dalam Penggunaan ICT…………………………13 12.2 Pandangan dari Perspektif Agama Islam………………….13-14 13.0 Dapatan Kajian……………………………………………………..16-18 14.0 Solusi………………………………………………………………..19 15.0 Penutup……………………………………………………………...20 16.0 Rujukan……………………………………………………………..21-22
  • 4. 1.0 Pengenalan Teknologi maklumat atau lebih dikenali ICT telah berleluasa dan menguasai global dan menyerlahkan kepentingan dunia digital ini di abad masa kini. Ini adalah kenyataan yang nyata dipersetujui oleh A.Razak Ahmad (2011) mengatakan bahawa hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini telah mendatangkan manfaat dalam pembangunan negara dan tidak ketinggalan bidang pendidikan yang wujud di Malaysia. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur (A.Razak Ahmad, 2011). Kenyataan ini membuktikan bahawa teknologi maklumat mendatangkan manfaat kepada individu, masyarakat dan negara terutamanya dalam bidang pendidikan. 2.0 Pernyataan Masalah Sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah mengadaptasikan ICT dalam menyampaikan maklumat kepada penuntut di sekolah. Penggunaan media sosial, penyiaran telekomunikasi melancarkan perhubungan antara guru dan murid serta pengurusan pihak sekolah.Shamsul A.B. et al (2004) mengatakan bahawa kerajaan telah berusaha untuk memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan ICT dalam sektor pendidikan sebagai usaha jangka panjang.Kerajaan telah memperuntukkan modal yang besar serta menggubah dasar pendidikan bagi memastikan pelajar mendapatkan informasi yang terkini serta mengikuti arus globalisasi. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi ataupun dikenali sebagai Information Communication Technology melalui pengaplikasikan penggunaan komputer secara lebih menyeluruh dengan merancana Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 bagi mencapai matlamat Dasar ICT iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi menjana kekayaan negara.
  • 5. Beberapa fasa telah dibahagikan untuk memperlengkapkan infrastruktur dan pentadbiran sekolah agar perjalanan pentadbiran dan pengurusan pelajar dapat berjalan dengan lancar. Maka, perbincangan ini akan merungkai tentang adakah penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran akan membantu penghasilan pelajar yang berkualiti, apakah teori pembelajaran yang bertepatan dengan konsep pendidikan yang sesuai dengan penggunaan ICT, serta akta dan dasar Kerajaan yang menyokong atau tidak penggunaan ICT dalam pendidikan dan akhir sekali pandangan dari sudut Islam tentang penggunaan ICT dalam pembelajaran. Adakah dibenarkan atau tidak? Oleh itu, makalah ini bertujuan mengolah dengan lebih mendalam isu pendidikan tersebut berdasarkan kajian-kajian terdahulu dan perolehan maklumat dari sesi temubual pelajar. 3.0 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan bagi menerangkan faktor perubahan sosial dari sudut sosiologi dalam pendidikan di Malaysia serta kepentingan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan. Disamping itu, mengaitkan teori pembelajaran yang bertepatan dengan konsep ICT dan pendidikan. Bukan itu sahaja, mengenalpasti dasar-dasar dan akta Kerajaan yang menguatkuasakan kepenggunaan ICT di sekolah termasuk pandangan dan perspektif dari sudut agama Islam. 4.0 Persoalan Kajian Persoalan dalam kajian/ perbincangan dirumuskan seperti berikut: i. Mengenalpasti faktor perubahan sosial dalam pendidikan di Malaysia ii. Mengenalpasti kepentingan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan. iii. Mengenalpasti teori pembelajaran yang bertepatan dengan konsep ICT dan pendidikan iv. Mengenalpasti dasar dan akta Kerajaan menyokong kepenggunaan ICT dalam pendidikan di Malaysia v. Mengenalpasti pandangan dan perspektif dari sudut agama Islam dalam kepenggunaan ICT dalam pendidikan
  • 6. 5.0 Kerangka Konsep Kerangka konsep merumuskan tujuan dan hasil kajian yang akan diproleh. Elemen-elemen yang dikaji akan memberikan penjelasan yang menyeluruh mengenai isu penggunaan ICT di sekolah serta faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan sosial dalam pendidikan.
  • 7. 6.0 Skop Kajian Kajian dijalankan berdasarkan kajian-kajian pengkaji terdahulu serta isu-isu pendidikan yang terkini di portal rasmi dan berita “online” dan merujuk kepada teori sosiologi dan teori pembelajaran yang tertentu. 7.0 Batasan Kajian Kajian yang dijalankan mengambil beberapa faktor batasan tertentu khususnya dari segi tujuan kajian, instrumen kajian dan dapatan kajian. Kajian ini terhad kepada beberapa elemen seperti aplikasi teknologi terpilih, akses dan fasiliti yang ada di sekolah-sekolah kebangsaan serta responden tertentu. 8.0 Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan, pihak sekolah dan pihak kerajaan dalam isu ICT dan pendidikan di Malaysia ini dari segi perbincangan yang mendalam tentang kebaikan dan keburukan ICT terhadap proses pembelajaran, para guru serta pelajar. Malah dapat mengenalpasti faktor perubahan sosial yang berlaku dikala globalisasi kian pantas. Pandangan dan perspektif dari sudut agama Islam dan pandangan ilmuwan Barat diselitkan bersama bagi menyokong fakta yang kukuh. Penambahbaikan dari segi pelaksaanaan dapat dilakukan secara makro dan mikro. 9.0 Definisi dan Istilah 9.1 ICT Penggunaan teknologi digital, alat komunikasi dan rangkaian sebagai alat penyelidikan, mengurus, menilai, menyampaikan dan menggunakan maklumat untuk menimba ilmu pengetahuan di institut pendidikan terutamanya di sekolah. Gadjet ICT yang digunakan sebagai alat mengajar dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah seperti komputer, Internet, E-book, Web VLE-Frog.
  • 8. 9.2 Perubahan Sosial dalam Pendidikan Sistem pendidikan yang melahirkan generasi yang tinggi penguasaan dan kemahiran teknologi, mewujudkan pendidikan yang komprehensif, kebolehan mengatasi arus globalisasi dunia dan mewujudkan masyarakaf yang sentiasa berkembang dan berkualti. 9.3 Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Penggunaan ICT dalam pendidikan fokus kepada proses pengaplikasian peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang meningkatkan kecekapan dan keberkesanan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. 9.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme berasaskan pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian, malah pengajaran yang mementingkan pemahaman, berpusatkan pelajar dan guru hanya sebagai pemandu arah dalam proses pembelajaran tersebut (National Association of Secondary Schools Principal,1996). 10.0 ICT dalam Pendidikan Pendidikan merupakan antara aspek utama dalam merancang pembangunan sesebuah negara. Tanpa wujudnya dasar dan akta yang komprehensif dan menyeluruh, rakyat di negara tersebut akan berada di takuk yang sama malah tidak akan berlaku perubahan terhadap komuniti tersebut dari segi mobiliti sosial, ekonomi negara, serta inovasi ke arah negara yang mencapai modenisasi yang unggul. Menurut Tajul Ariffin (2010), fokus akhir kepada sebuah pendidikan yang murni adalah untuk meneroka, membina dan melindungi kebenaran yang bersifat universal ataupun sejagat. Keberkesanan dalam menjadikan pendidikan sebagai teras utama dalam melahirkan rakyat yang dapat hidup dalam kesejahteraan dan mampu untuk berdaya saing dalam mengharungi arus kemodenan yang semakin mencabar. Sistem pendidikan telah bermula sewaktu Tanah Melayu telah dijajah demi memenuhi keperluan penjajahan dalam mengekalkan tumpuan rakyat taat setia rakyat pendatang dan juga pembangunan rakyat tempatan. Namun setelah Tanah Melayu sudah merdeka dan
  • 9. didapati sistem pendidikan di zaman penjajah tidak lagi sesuai maka timbul kesedaran dari pemimpin dan rakyat tentang pentingnya penggubalan dasar pendidikan yang membawa kepada kewujudan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar ini telah di kaji semula sehingga pada tahun 1979 Laporan Jawatankuasa telah diterbitkan bagi melahirkan masyarakat yang bersatupadu dan berdedikasi serta memenuhi keperluan perlaksanaan rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai Dasar Pendidikan dan salah satunya ialah meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu, mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. Bagaimanapun, wujud keperluan untuk kita memperincikan keperluan dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku pada masa kini adalah masyarakat perlu didedahkan mengikuti arus perubahan globalisasi.Dalam proses pendidikan, wujud interaksi iaitu perhubungan dan komunikasi antara manusia dimana secara formal atau informal,terancang atau tidak yang akhirnya membawa kepada perkembangan interaksi keseluruhan manusia dan kumpulan- kumpulan sosial tertentu Robiah (1998).Oleh itu, pembangunan pendidikan perlu dimantapkan lagi dengan komponen teknologi maklumat perlu diberi perhatian dan sebagai sokongan terhadap kelangsungan tujuan itu. Menurut Rohana (2010), pada masa kini, fokus dan matlamat pendidikan adalah berasaskan kepercayaan, nilai, ilmu yang diterima oleh masyarakat. Keadaan ini menunjukkan pendidikan juga perlu menyediakan pelajar untuk menghadapi perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, pendidikan di era teknologi maklumat dan moden perlu diselaraskan dengan keperluan dan kehendak semasa (Rohani et. Al., 2015). Kerajaan Malaysia telah mempertingkatkan keperluan ICT di universiti dan membuat pelaburan yang ketara dalam ICT untuk membangunkan pelajar yang berkeupayaan dan berkualiti tinggi dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan matlamat Negara.
  • 10. 10.1 Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan ICT di sekolah mengalakkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan mendorong ke arah perubahan positif dari segi pencapaian akademik pelajar, pengurusan sekolah, peningkatan hubungan antara guru dan pelajar, pemusatan pelajaran pelajar serta peningkatan skil pemikiran dan sikap.Transformasi sistem pendidikan perlu dilakukan dimana sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak hanya terhad di dalam bilik darjah ianya perlu menjangkau keluar daripada persekitaran bilik darjah. Selain itu, tugasan dan aktiviti yang dijalankan antara guru dan pelajar harus dalam kaedah yang sistematik dan teliti dan pelaksanaan telah ditetapkan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai serta membimbing pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran. Bentuk pendidikan untuk generasi Z perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuka dengan visi yang lebih meluas melalui keupayaan berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan mempunyai keterampilan yang diperlukan bagi membolehkan mereka dapat menandingi arus globalisasi dunia (Wan Mohd Zahid Nordin, 1995). Sistem pendidikan dan sistem (P&P) amat diperlukan dalam memimpin pembangunan ekonomi sesebuah negara. Penggunaan ICT dalam sistem (P&P) meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ramziah Husin dan Ramlee Mustapha (2001), terdapat hubungan diantara sistem (P&P) dan ICT dimana pembelajaran berbantu komputer bukan hanya untuk diserapkan di sekolah bestari bahkan di semua sekolah harian kerana semua pelajar akan terlibat dalam arus globalisasi yang memerlukan kemahiran dalam bidang IT. Pengetahuan dan kemahiran guru mengajar dalam literasi ICT memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan proses yang memakan masa yang lama dan perbelanjaan tinggi kerana ia melibatkan infrastruktur, tenaga mahir, perisian, dan bahan pengajaran (Shamsul A.B. et al, 2004). Guru harus mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer dan Internet. Malah, para guru boleh melaksanakan sebuah kumpulan pelajar yang celik IT diberikan latihan asas untuk membantu pelajar lain. Bukan itu sahaja, bahan pelajaran juga perlu berubah daripada kaedah tradisional iaitu hanya buku teks biasa kepada buku teks E-book yang mempunyai rekaan grafik, suara yang mampu menarik minat pelajar mempelajarinya. Bahan pelajaran digital
  • 11. dan juga fasiliti komputer haruslah mengcukupi dan pihak kerajaan membuat pelbagai ujian khas bagi memastikan keberkesanan terjamin.Secara dasarnya ICT adalah peralatan yang berasaskan teknologi yang digunakan untuk mendapatkan, memproses maklumat yang diperlukan oleh seseorang individual mahupun institut pendidikan. ICT dilihat sebagai alat pembantuan dari segi tugasan memproses maklumat, membuat keputusan, perkongsian maklumat melalui sistem perkomputeran dan inovasi. Guru harus bersedia fizikal dan mental untuk mengaharungi cara baru untuk mendidik generasi kini. Sikap tidak endah atau malas untuk menggunakan alat pengajaran ICT kerana alasan leceh atau membuang masa harus dibuang demi kebaikan masa hadapan. 10.2 Teori Pembelajaran Generasi Z di Malaysia merujuk kepada individu yang lahir di antara tahun 1995-2010 (Jamiah et.al, 2015). Mereka dikategorikan sebagai generasi yang celik mata sahaja sudah dikelilingi dengan gadjet. Maka itu, generasi Z ini melalui perubahan dari segi cara berinteraksi, bekerja dan berkongsi maklumat berbanding generasi terdahulu.Oleh itu, sistem pendidikan di sekolah perlu diubah mengikuti cara senasa.Perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah telah berlaku dan mengalakkan perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar (Munohsamy,2015).Tambahan pula, Rusmini Ku Ahmad (2012) mengatakan bahawa telah terbukti sistem pengajaran dan pembelajaran ini telah berubah ke arah teori konstruktivisme dimana pelajar menumpukan perhatian kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan.
  • 12. John Dewey merupakan tokoh pendidikan yang masyhur yang memberikan sumbangan yang besar kepada pendidikan moden. Dewey (1938) mengatakan bahawa pendidikan progresif menyokong pengalaman manusia sebagai asas untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Penerapan ilmu bukan hanya di sekolah tetapi mendidik pelajar untuk berfikir secara sistematik menggunakan ICT dimana perolehan ilmu pengetahuan tiada batasan. Maka, kebolehan guru juga menjadi elemen penting dalam menjayakan pelan integrasi ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Guru harus bertindak sebagai fasilitator, bersikap terbuka, imaginatif, kreatif dan inovatif (Noor Azizah, 2006). Sistem pendidikan guru juga perlu perubahan yang drastik yang sesuai dengan keperluan semasa. Pendidik yang berkesan dan masa kini perlu menguasai sekurang-kurangnya lima kemahiran generik iaitu kemahiran pemudahcaraan, kemudahan berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif, kemahiran belajar, kemahiran mentafsirkan dan menilai ICT (Said H., 2000). Oleh itu, penggunaan ICT menerusi aplikasi teori konstrukvitisme menekankan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar (Moursund,2003). Selain itu, konsep pembelajaran konstruktivisme merupakan konsep yang diguna pakai sebagai panduan kepada penggunaan ICT di kalangan belia di sekolah. Institusi pendidikan mempunyai peranan yang penting untuk memastikan generasi muda sentiasa pakar dan mahir dengan ICT. Kepakaran dalam penggunaan ICT menjadikan individu itu berpotensi kebolehpasaran lebih tinggi berbanding yang lain.
  • 13. 10.3 Perkembangan dan Pengaplikasian ICT di Sekolah Integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran meliputi beberapa proses bermula dari bahagian pentadbiran sekolah sehingga bahagian guru dan murid. Antara contoh pengaplikasian ICT dalam pengurusan yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah: 10.3.1 Sistem pendaftaran mata pelajaran Sistem pendaftaran mata pelajaran dan kehadiran perlu dilakukan oleh para guru adalah secara atas talian. Melalui saluran Internet, para guru mudah melakukan proses ini di mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat. Selain itu, kebaikan penggunaan sistem pendaftaran subjek secara talian dapat membantu pengurangan penggunaan kertas. Data pelajar dapat disimpan secara elektronik dan memudahkan capaian data oleh pihak pentadbiran serta para guru. Oleh yang demikian, pengaplikasian ICT dalam bidang pendidikan membawa perubahan daripada sistem konvensional yang menggunakan kertas, dan sistem fail yang disusun di dalam kabinet dan bilik maklumat kepada capaian mudah terhadap data-data penting serta penjimatan ruang penyimpanan yang besar di sekolah. 10.3.2 Sistem Penjadualan Mata Pelajaran Proses penjadualan mata pelajaran perlu dilakukan oleh pihak atasan sekolah serta para guru bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini memerlukan masa yang lama, dan penelitian yang tinggi. Bukan itu sahaja, ianya proses yang rumit yang melibatkan analisa penggunaan masa, ruang, guru dan pelajar. Dengan penggunaan ICT, proses ini mampu dipermudahkan. Analisa masa, ruang, guru dan pelajar dapat dilakukan dengan cepat tanpa ralat. Sistem boleh dicapai secara atas talian dan sebarang perubahan mengenai masa dan tempat dapat diubah dengan pantas serta mengoptimumkan ruang pembelajaran di sekolah.
  • 14. 10.3.3 Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Perkembangan teknologi dan maklumat secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang pendidikan. Ini kerana pelajar kini juga lebih mahir menggunakan teknologi bahkan keupayaan mereka lebih daripada orang dewasa. Perubahan dari sudut penguasaan subjek, kemahiran dalam pedagogi dalam mengaplikasikan menggunakan teknologi terkini perlu ada. Dengan itu, amatlah penting setiap guru mempunyai sifat ingin tahu dan semangat belajar benda baru kerana zaman ini tidak statik lagi. Sekolah dan guru diberikan pendedahan dengan menggunakan peranti pintar seperti tablet, telefon pintar,komputer dan penggunaan LCD projektor untuk pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh membuat nota dan kerja sekolah lalu memuat turun ke dalam laman web pembelajaran, penayangan video serta penggunaan laman Frog Play yang memerlukan pelajar untuk mendaftar masuk dan menjawab kuiz. Selain itu, akan memudahkan pengajaran melalui penggunaan laman web Telegram, Facebook, Youtube Channel serta penggunaan E-book antara yang telah diterbitkan ialah Aplikasi PdPc, PA21 dan Terokai Dunia Baru PA21. 11.0 Dasar dan Akta Perlaksanaan Pihak Kerajaan Menerusi Dasar Kurikulum (2011) Cabaran ke-Enam, mentafsirkan bahawa matlamat untuk menjadikan masyarakat di Malaysia lebih saintifik dan progresif, mempunyai pandangan ke hadapan, yang menyumbang kepada negara pada masa hadapan. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dibawah Perancangan Transformasi Kerajaan, (2016-2020) merupakan fasa Gelombang ke-dua. Dibawah pentadbiran tersebut Infrastruktur Sekolah meliputi fasa untuk melengkapkan sekolah untuk menyokong kurikulum dan penyampaian pedagogi. Manakala dalam pelan ICT dalam pendidikan, rancangan untuk memperkenalkan inovasi dalam ICT. Contohnya, penggunaan drone, 3D dan E-book untuk Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Tambahan pula, empat mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Sains telah digalakkan untuk penggunaan ICT dalam membantu kefahaman pelajar.Sekolah antarabangsa dan sekolah bestari telah dinaiktarafkan
  • 15. berbanding sekolah kebangsaan biasa.Kini, segala aktiviti dapat dijalankan secara “online”. Sebagai contoh pendaftaran pelajar pada hari pertama persekolahan serta kehadiran pelajar perlu direkodkan secara digital agar maklumat itu dapat dikongsi kepada pihak kementerian dengan lebih mudah. Sekolah bestari atau pun dikenali sebagai Smart School Project merupakan ilham yang didorong berdasarkan ICT. Pelajar yang cemerlang pelbagai kaum dikumpulkan di satu sekolah. Kemudahan ICT di sekolah bestari adalah menyeluruh dan memudahkan pelajar berinteraksi dengan pelajar dalam dan luar negara Kewujudan ICT telah mewujudkan kepentingan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan di negara kita sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Pendidikan di sekolah mahupun institut pendidikan tinggi mengutamakan pendidikan jarak jauh dimana menjimatkan kos dan peluang pendidikan yang lebih luas. 12.0 Faktor Perubahan Sosial dalam Pendidikan ICT telah menjadi keperluan dalam menjalani kehidupan dalam dunia kini. Malah menerusi sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah mengikut peredaran semasa dunia. Ini disebabkan proses perubahan sosial yang tak dapat dihentikan dimana masyarakat akan sentiasa berubah mengikut aliran masa secara lambat atau cepat. Selain itu, perubahan itu berlaku secara menyeluruh dan bukan hanya kepada segelintir masyarakat. Faktor yang mendorong proses perubahan sosial adalah berlakunya penemuan baru (Discovery, Invention dan Innovation). Melalui penggunaan ICT iaitu Internet memberi pendedahan terhadap masyarakat Malaysia tentang budaya, adat dan norma masyarakat lain diketahui melalui saluran ICT yang memperluaskan lagi sumber ilmu.Sebagai contoh, negara Asia yang maju seperti Jepun, China dan Korea Selatan mempunyai pendekatan pendidikan yang berbeza-beza namun berjaya melahirkan modul insan yang berpengetahuan dan kemahiran yang aras tinggi dalam bidang ICT yang menyumbang dalam mengukuhkan ekonomi negara mereka. Ini menunjukkan masyarakat kini lebih bersifat terbuka malah sentiasa mahukan perubahan yang drastik dalam membawa perubahan kepada ekonomi Negara. Namun, dalam setiap impak positif akan wujudnya impak negatif pendedahan ICT kepada para pelajar.Satu persoalan penting yang mempersoalkan tentang perbezaan kelas atau struktur sosial dalam mempengaruhi ICT dalam sistem pendidikan. “The Digital
  • 16. Divide” dirumuskan sebagai jurang antara individu, isi rumah, perniagaan dan kawasan geografi dimana perbezaan tahap sosio-ekonomi dan akses terhadap ICT dan penggunaan Internet menjadi ruang perbezaan antara sekolah. 12.1 Sosiolasi dalam Penggunaan ICT Globalisasi dan perubahan berteraskan ICT dapat dilihat dengan mata kasar dan kawasan sekeliling. Akses Wifi yang ada di tempat tumpuan manusia iaitu di institut pendidikan, pusat membeli-belah serta restoran telah berleluasa dan menjadi ciri-ciri tarikan manusia. Ianya memudahkan proses komunikasi menerusi telefon bimbit, laptop serta pelbagai gadjet melayari laman web dan media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Menurut Perkins (1992), arus globalisasi yang melanda kini akan mengubah keseluruhan cara hidup baik dala bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga dunia yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil yang dipanggil “global village” dan telah menjadikan kita sebagai satu masyarakat besar dunia. Masyarakat kini lebih terbuka untuk berkongsi maklumat diri serta berbeza persepsi daripada generasi terdahulu.Dari segi pendidikan, ternyata bahawa sekolah yang mempunyai akses Wifi yang meluas memberikan kelebihan kepada pelajarnya dalam menuntut ilmu. Sebagai contoh Sekolah Bestari seperti Sekolah Sri Chempaka, Gardens International School di Kuala Lumpur mempunyai akses Wifi yang meluas menjadikan pelajarnya tiada sekatan dalam melayari Internet. Proses globalisasi dan modenisasi tidak dapat dilengahkan dan diberhentikan. Perubahan ini perlu untuk memastikan negara tidak mundur dan mampu menyaingi negara maju. Kerana itu, perubahan persepsi, tradisi serta norma masyarakat akan berubah daripada permulaanya. generasi Z melalui kehidupan yang dikelilingi dengan gadjet teknologi yang canggih berbanding generasi terdahulu. Situasi ini meluaskan batasan yang terhad kepada peluang yang lebih meluas. Begitu juga dengan cara untuk mendapatkan ilmu, Lee Ong Kim (1997) mengatakan bahawa bukan hanya di sekolah atau di perpustakaan tetapi pembelajaran secara tidak fomal melalui pembelajaran yang bersifat ‘langit terbuka’ melalui perisian multimedia seperti E-book, VLE Frog, Internet, e-mel, audio-vele tele conferencing dan sebagainya Menurut Kushendrawat, masyarakat telah melalui beberapa perubahan cara hidup
  • 17. iaitu setiap keluarga minimun pasti akan memiliki satu televisyen di rumah masing-masing. Bahkan, sesetengah orang bersaing untuk membeli gadjet yang serba canggih dan terkini berdasarkan kemampuan masing-masing. Tambahan lagi, fenomena ini boleh dirumuskan bahawa masyarakat kini telah berubah, ICT mampu mewujudkan individu-individu yang berbeza. Menerusi teori Mechanical dan Organic dibawah Form of Social Change oleh Karl Marx mengatakan bahawa masyarakat akan berubah daripada kompleks kepada organik. Dimana daripada kumpulan yang besar untuk melakukan sesuatu sehingga ke waktu dimana masyarakat mampu untuk melakukan sebarang aktiviti secara sendiri atau dikenali sebagai “individualistic”. Manusia tersebut lebih selesa untuk melakukan aktiviti secara perseorangan kerana kini akses maklumat dan fasiliti lebih mudah. Oleh yang demikian, Kewujudan ICT juga boleh diperkatakan sebagai punca berlakunya individualisme dalam masyarakat. Tidak dapat disangkal lagi media dan informasi teknologi berada di sekeliling pelajar melalui televisyen, telefon bimbit, komputer dan lain-lain. Pengiklanan pelbagai rancangan yang melibatkan gaya hidup, kehidupan masyarakat lain-lain serta hiburan serba sedikit memberi impak kepada generasi muda. Pelajar kini lebih peka dengan maklumat-maklumat yang tular serta sikap mereka juga telah berubah dengan memiliki gadjet tersendiri. Boleh dikatakan bahawa pelajar kini lebih berdikari, berkebolehan serta aktif dalam mencari perubahan. Namun kewujudan sifat individualisme berlaku kerana pergerakan dalam kumpulan secara kecil atau secara solo lebih mudah dan cepat. Kenyataan ini bergerak seiring dengan kata-kata Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh Mahathir Mohamad (1992) bawah kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat ini mengubah cara manusia berkomunikasi, berurusniaga dan cara kita melihat dunia ini. 12.2 Pandangan dari Perspektif Agama Islam Islam juga mengalakkan umatnya supaya sentiasa menuntut ilmu. Bukan itu sahaja, galakan untuk menimba ilmu adalah penting demi kesejahteraan agama. Teknologi ternyata membantu manusia untuk berkomunikasi serta antara petunjuk kurniaan Allah iaitu dengan kecerdasan akal manusia yang diberikan memudahkan kehidupan seharian. Termasuklah teknologi sebagai hasil ciptaan akal manusia yang membantu manusia sejagat. Antara ayat-ayat Al-Quran yang memperkatakan berita
  • 18. dan berkaitan tentang teknologi penghantaran maklumat adalah surat Al-A’raaf ayat 57 iaitu: Terjemahanya: Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya). Manusia dan pendidikan perlu sentiasa berevolusi dan bergerak seiring dengan kepesatan dunia. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek utama dalam dunia pendidikan dimana penggunaan ICT membawa satu arus perkembangan yang berlaku di semua peringkat, Walaubagaimanapun, isu dan cabaran berlaku dan perlu dikawal mengikut prosedur dan undang-undang kerana manfaat memberi kebaikan namun keburukan mampu merosak serta meruntuh nilai murni yang diproleh daripada kebaikan tersebut. Kini, manusia memiliki kemampuan yang besar untuk menguasai dan mengeksploratasi alam sekitar dan juga angkasa. Berlakunya loncatan ilmu dan transformasi dalam kehidupan manusia kerana penguasaan bidang ilmu yang luas. Bidang sains dan teknologi merupakan bidang yang telas membawa ke satu aras lain. Dimana manusia mencipatkan alat teknologi digital demi membawa kemudahan. Dalam Islam, umatnya digalakkan untuk sentiasa menuntut ilmu kerana menjadikan umatnya itu bijaksana,Maka, dengan kebijaksanaan merupakan cara yang cerdik untuk manusia (Haidar P.,2014). Pendidikan itu sendiri menurut Abdul Rahman Shaleh Abdullah merumuskan bahawa pendidikan meliputi tiga tujuan iaitu Physical Aims (Ahdaf jismiyyah), Spiritual Aims (ahdaf ruhiyyah), dan mental aims ( ahdaf aqliyyah). Malah pemikir
  • 19. muslim kontemporari Syed M. Naquib Al-Attas mendefinisikan bahawa pendidikan mengikuti panduan Islam adalah sistematik, dan menegaskan bahawa pendidikan menurut Islam bukanlah menghasilkan warga yang baik sahaja tetapi menciptakan manusia yang baik. Kegunaan teknologi oleh manusia untuk taat dan menjadi lebih bertakwa kepada kepada Allah s.w.t. Iktibar boleh dilihat dari kisah Nabi Nuh A.S. menggunakan bahtera untuk belayar ke tempat yang selamat manakala Nabi Daud as menggunakan teknologi besi. Ini antara kisah yang menyatakan bahawa umat Islam perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t kerana kini manusia menggunaakan bahtera moden iaitu teknologi melalui saluran Internet untuk lebih dekat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya (Mohamad Fauzan, 2016) 13.0 Dapatan Kajian Saya telah menjalankan sesi temubual secara talian kepada tiga orang pelajar Tingkatan Tiga dan Empat bagi mendapatkan pandangan dan perkembangan penggunaan peralatan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing. Tiada klasifikasi dari jenis sekolah, pelajar tersebut terdiri daripada pelajar di sekolah harian biasa di Pahang. Soalan-soalan yang ditanyakan ialah: 1. Adakah kamu belajar menggunakan komputer di sekolah? 2. Mata pelajaran apakah pembelajaran menerusi komputer? 3. Adakah kamu faham dan suka pembelajaran menggunakan komputer? 4. Adakah kamu faham cara pengajaran guru apabila menggunakan komputer? 5. Adakah lebih mudah menggunakan komputer daripada kebiasaannya? 6. Apakah harapan kamu untuk sesi pembelajaran akan datang? Mahu kan penggunaan ICT secara menyeluruh atau tidak? 7. Ada dapat galakan dari ahli keluarga apabila kamu menggunakan gadjet untuk pembelajaran? Maklum balas daripada pelajar bernama Muhammad Azim Bin Azmi, pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu , Kuantan mengatakan, Ya. Di sekolah saya ada belajar menggunakan komputer di sekolah melalui mata pelajaran ICT. Dan ada kalanya, atas arahan guru mempelajari mata pelajaran
  • 20. Bahasa Inggeris dan Geografi menggunakan komputer di makmal sekolah. Namun kami tidak kerap menggunakan komputer hanya sekali sebulan. Guru tersebut mahir menggunakan komputer dan jelas cara pengajarannya. Semestinya saya inginkan penggunaan ICT secara menyeluruh di sekolah kerana lebih mudah dan menarik. dan tidak “old school”. Ibubapa tidak mengalakkan menggunakan gadjet semasa belajar kerana mereka gusar jika saya menggunakannya untuk tujuan hiburan seperti melayari Twitter, Facebook dll. Maklum balas daripada pelajar bernama Nurul Najwa binti Ramli, pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar , Kuantan mengatakan, Ya, saya ada menggunakan komputer sewaktu mata pelajaran ICT dan kadang-kadang mata pelajaran Sejarah menjawab kuiz melalui VLE Frog di makmal komputer sekolah. Gunakan komputer adalah 1-2 kali sebulan. Guru mahir menggunakan komputer secara asasnya. Saya inginkan penggunaan ICT di sekolah secara menyeluruh kerana lebih mudah, saya tidak perlu membawa buku yang berat dan saya rasa lebih senang, menarik dan terhibur jika diselitkan dengan hiburan bagi menghilangkan bosan di sekolah. Ibubapa saya tidak menggalakkan penggunaan gadjet semasa belajar kerana tahu saya lebih kepada hiburan melihat Youtube dan sebagainya. Maklum balas daripada pelajar bernama Muhammad Firdaus Bin Zaid, pelajar Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Perang, Kuantan mengatakan Ya, dekat sekolah cikgu ada ajar guna komputer di lab tapi tidak selalu. Yang VLE Frog itu cikgu suruh log in dan jawab soalan tetapi kadang-kadang web itu tidak boleh dibuka. Jarang guna komputer disekolah paling pun 1 kali sebulan.Cikgu pandai gunakan komputer dan ajar kami. Saya suka kalau di sekolah gunakan komputer untuk belajar, seronok boleh main game, dengar lagu. Dirumah memang saya gunakan telefon bimbit untuk melayari Youtube. Ibu bapa saya marah juga bila guna telefon bimbit sebab saya selalu malas belajar, tengok hiburan.
  • 21. Kesimpulannya ialah pelajar semestinya gemar penggunaan ICT di sekolah kerana lebih terkini dan menarik. Namun pelajar perlu bersikap matang dan profesional apabila diberikan peluang untuk menggunakan komputer di sekolah. Amalan yang baik adalah menggunakan aplikasi online seperti Youtube, Google dan lain-lain demi menimba ilmu bukan menghabiskan masa untuk hiburan semata-mata. Ini kerana pelajar sememangnya lebih cenderung untuk melihat video, cerita-cerita lawak daripada melihat video yang berilmu. Gejala negatif seperti “addiction” terhadap gadjet berlaku kini dan boleh melahirkan pelajar yang obses dan tidak mahu lagi bersosial bersama masyarakat tetapi lebih gemar menghabiskan masa sendirian dengan gajet peribadi. Selain itu, mungkin berlakunya penderaan atau pemberontakan dari segi mental kerana perasaan ingin tahu, perasaan iri hati terhadap orang lain yang menunjukkan aset bernilai atau pergi bercuti tempat yang menarik, atau paling membimbangkan ialah berlakunya “cyber bully”, berlaku pembulian di media sosial yang boleh menyebabkan pelajar mengambil keputusan yang terburu-buru seperti bunuh diri, murung, memberontak.Maka,pendidikan secara moral dan realistik terhadap pelajar serta ibu-bapa bagi menyokong perubahan dalam sistem pendidikan harus dilakukan. Guru pula perlu sentiasa ke hadapan dalam mengawal pelajarnya dari melebihi had yang dibenarkan. Pengaruh negatif harus dibendung secara luar dan dalaman. 14.0 Solusi Pelajar kini perlu diberikan pendidikan yang menyeluruh malah turut juga dibendung kesan negatif daripada penggunaan ICT yang berlebihan dan sebagainya. Antaranya ialah, latihan dan bimbingan yang berterusan daripada ibu bapa, sekolah, institusi sosial dalam membentuk belia kini bijak dalam penggunaan ICT untuk perkara yang bermanfaat dan berilmu. Selain itu, didikan dalam pengurusan masa juga penting bagi memastikan belia ini berdisiplin. Dari perspektif Islam, mendidik remaja untuk menjaga pandangan dan memilih kandungan yang baik. Selain itu, terapkan nilai profesionalisme, adab dan etika dalam penggunaan ICT sama ada di sekolah ataupun di rumah, Semua pihak perlu bekerjasama demi melahirkan generasi yang mengikuti era semasa dan dalam masa yang sama mempunyai akhlak yang baik serta tidak menyalahi undang-undang dan peraturan agama.
  • 22. Misi dan objektif Malaysia dalam melahirkan graduan yang berkeboleh pasaran yang tinggi bermula di akar umbi. Pihak swasta dan persatuan alumni institut pendidikan turut perlu berganding bahu bagi membantu pihak kerajaan dalam memberikan akses fasiliti ICT kepada sekolah-sekolah di Malaysia. .Semestinya membawa perubahan yang baik kepada sistem pendidikan di negara kita dengan kerjasama yang kukuh dari segi kewangan, serta program- program yang mampu meningkatkan akademik dan “ soft-skill” pelajar. 15.0 Penutup ICT membawa perubahan dari sudut menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menarik minta para pelajar. Tambahan pula, kefahaman sesuatu konsep serta gambaran visual yang lebih jelas serta mampu meransang pelajar untuk belajar dengan berkesan dengan bimbingan yang minimun. Suasana pembelajaran juga berubah menjadi seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan. Generasi akan datang mampu meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan kebolehpasaran apabila menceburi dunia global yang semakin mendesak. Dari sudut para pengajar pula, penambahan kursus dan program kemahiran kepada guru perlu dijalankan bagi memastikan kebolehan berkebolehan tinggi dalam mengaplikasikan gadjet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru diharapkan dapat mengubah kaedah pengajaran, ,menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai, dan mendalami isi kandungan mata pelajaran di sekolah. Guru yang inovatif dan kreatif mampu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta mampu melahirkan pelajar yang serba tahu dan lincah dalam mencari ilmu pengetahuan. Pelajar digalakkan untuk mencari maklumat melalui Internet dan media sosial untuk melakukan tugasan sekolah. Sebagai contoh, web Google merupakan laman web yang paling terkenal digunakan oleh semua individu bagi mendapatkan sebarang maklumat. Malahan resipi masakan serta tips-tips kecantikan dapat ditemui dengan mudah. Maklumat kini lebih mudah dan bebas dikongsi serata dunia ianya terbukti memudahkan proses penerimaan ilmu. Selain itu, komunikasi menjadi lebih mudah kini dengan kewujudan pelbagai aplikasi di dalam telefon bimbit atau komputer seperti Whatsapp, Telegran, Skype dan lain-lain untuk digunakan oleh pelajar.
  • 23. Sebagai contoh, kumpulan yang besar mempunyai set pemikiran individu yang berbeza pandangan dan pendapat. Ianya sememangnya keperluan apabila dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Kini, tidak perlu lagi melakukan perbincangan secara fizikal setelah wujudnya ICT. Aplikasi di dalam telefon bimbit memudahkan hubungan komunikasi dengan kewujudan grafik seperti panggilan video, voice note yang lebih menjimatkan masa dan wang. Dengan kemahiran teknologi yang serba canggih, pelajar diharapkan dapat berkomunikasi dengan berkesan, mengamalkan sikap yang positif, sentiasa mengikuti perkembangan dan hala tuju teknologi serta memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, berdaya saing, serta menyedari keagungan Illahi. Konklusinya, pengetahuan dan kemahiran ICT serta penggunaan ICT dalam pendidikan mampu menghasilkan pelajar yang kreatif dan pemikiran secara kritis. Ternyatalah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat. Bukan itu sahaja, kajian ini sebagai mengatakan bahawa proses perubahan sosial didalam pendidikan perlu berlaku demi mendapatkan kesejahteraan individu, masyarakat serta negara. Perubahan perlu demi memastikan kelangsungan hidup berlaku jika tidak generasi muda akan seperti “katak di bawah tempurung” kerana enggan berubah dan tidak mengikuti keperluan semasa. Bidang pendidikan boleh dikatakan sebagai tapak untuk mengubah sesebuah negara. Tanpa pendidikan yang kondusif, negara Malaysia tidak akan berubah dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju. Dasar dan akta pendidikan yang ada kini masih relevan dan diterima. Maka, perancangan dan perlaksanaan pelan pendidikan Negara haruslah sentiasa dikaji dengan teliti dan persediaan yang lebih mantap untuk menghadapi Revolusi Industri ke-Empat yang sememangnya mencabar jika Malaysia ketinggalan.
  • 24. 16.0 Rujukan Abdul Rahman Shaleh Abdullah.n.d.. Educational Theory A Qur’anic Out Look. Makkah al-Mukarramah : Ummu al-Qur’an University, t.t A.Razak Ahmad.2011. Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi . (Daripada) http://www.flashkitech.com/?p=50101 01 Mei 2018 Dewey, J.1938. How we think. Revised and expand edition. Houghton: Mifflin. Haidar Putra Daulay H., P. D. 2014. Pendidikan Islam dalam Perspektif Filsafat. Cetakan Ke.1 Kencana Prenadamedia Group Indonesia. Jamiah Manap, Mohammad Rezal Hamzah, Nurul Nabila Mohd Izani, & Nor Jana Saim. (2015). The definition of Z Generation: A systematic review. (Dalam Simposium Kebudayaan dan Kerjasama Indonesia-Malaysia). Hotel Everly, Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) Kushendrawat, S. M., Filsafat, D., Ilmu, F., Budaya, P. & Indonesia, U. (n.d.). Pengaruh Media Massa Terhadap Munculnya Individualisme Baru: Sebuah Fenomena Masyarakat Konsumen di Era Globalisasi 1: 741–749. Lee Ong Kim.1997.Guru Besar Pemangkin Sekolah Bestari: Ceramah Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ke 3 dan Persidangan Perwakilan Tahunan Majlis Guru Besar Malaysia Ke 15. Mahathir Mohamad.1992. Malaysia Melangkah, Kuala Lumpur: 45 Mohamad Fauzan Noordin. 2016. ICT dan Islam, PTS Akademia & IIUM Press. Moursund, D. G.2003. Project-based learning using information technology. Eugene, OR: ISTE. Nardi, B. (1996). Context and consciousness. MA: MIT Press. Oppenheimer, T. (1997) The computer delusion. The Atlantic Monthly, July, 1997. Munohsamy, T., Teknologi, U. & Munohsamy, T. 2015. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan (January 2014). National Association of Secondary School Principals. 1996. Breaking ranks: Changing an American institution. Reston, VA: NASSP
  • 25. Noor Azizah Binti Ahmad. 2006. Pengaplikasian Teori Konstruktivisme dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Reka Cipta. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Perkins, D.1992 . Smart Schools: Better Thinking and Learning For Every Child. New York: The Free Press. Ramziah Husin & Ramlee Mustapha.2001. Impak Globalisasi dan K-ekonomi terhadap Perancangan Pendidikan di Malaysia. Technology and Vocational-Technical Education: Globalization and Future Trends,hlm. 241-248. Robiah Sidin.1998. Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rohana Hamzah (2010). What is Education. Nota Kuliah Minggu 1. Skudai: UTM. Tidak diterbitkan. Rohani M.M Yusoff, Ahmad Shaharil Jamaludin & Abda Hamida D.Abdul Hameed. 2015. Tahap Kesediaan Pelajar dalam Penggunaan Teknologi, Pedagogi, dan Kandungan (TPACK) dalam Pembelajaran Kurikulum di IPT. Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4) Rosenberg, Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (Daripada) http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/Papers/524734/Integrasi_Tekno logi_M aklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan Pembelajaran 01 Mei 2018 Said, H., Pendidikan, F., Talib, N., Sumber, P. & Negeri, P. 2000. CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA Impak Era Infotek Ke Atas Sistem Pendidikan 35–46. Shamsul, A. B., Mohamed, R., & Hamzah, H.2004. The role of ICT in a globalised knowledge production. Sari, 22, 109-127. Tajul Ariffin Noordin.2010. Pendidik Bina Kebenaran Universal. Pendidik, 69, 55 – 57. Trend Pendidikan Abad-21.2017. (Daripada) http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/12/9-trend-pa21-di-tahun-2017-dan-6.h tml 04 Jun 2018 Wan Mohd Zahid Nordin.1995. Kurikulum Untuk Tahun 2000 dan Selepasnya: Ucap Utama dalam Seminar Kebangsaan Kurikulum. Port Dickson.