SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
CTH ASGMENT TAMADUN

Soalan:
2.Tamadun Islam ialah tamadun kerohanian dan kebendaan yang berdasarkan ajaran Islam dan
berkonsepkan Tauhid, serta sifatnya yang menyeluruh. Ramai orang yang tidak mengetahuai hal ini.
Kebanyakan orang mengatakan dunia yang bertamadun ini adalah hasil dari tamadun barat.
Bincangkan…

1.0 Pendahuluan

Tamadun bermaksud peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian), kebudayaan, keilmuan,
pergaulan, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun. Dalam bahasa Inggeris tamadun
diterjemahkan dengan culture, renaissance, enlightenment dan civilization.
Daalam bahasa Arab kalimah-kalimah seperti ath-thaqafah, al-hadharah, al-umran, al-bunyan,
almadanoah dan at-tamadun digunakan. Manakala dalam bahasa Melayu yang biasa dipakai ialah
kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.

Dalam Islam, kemajuan dan pembangunan tidak terhad kepada kebendaan dan fizikal sahaja, malah
ia merangkumi kerohanian, akhlak dan akal. Justeru, masyarakat atau negara maju atau bertamadun
bukan sahaja mempunyai kemajuan dalam bidang kebendaan, bangunan, sains dan teknologi, malah
terangkum di dalamnya masyarakat yang berperibadi mulia, pergaulan yang baik dan berkerjasama,
harmoni antara pelbagai kaum, agama dan bangsa, dan tidak ada kezaliman.

Justeru itu, Tamadun Islam didefinasikan sebagai “pembangunan, kebudayaan, peradaban,
pendidikan dan sebagainya yang berlandaskan ajaran Islam yang berpaksikan tauhid, iaitu
kepercayaan kepada tuhan yang satu”( OUM LANH1203, 2005, m/s 4)

Tamadun Islam membangunkan ummah supaya maju dalam bidang kebendaan, kebudayaan,
pendidikan keilmuan, politik, ekonomi, social, kesihatan, keagamaan, kerohanian dan sebagainya. Ia
membentuk manusia menjadi baik, dan manusia yang baik ini pula akan membentuk tamadun baru
yang baik dan bersifat Rabbani(ketuhanan).
Manusia ini pula akan benar-benar dapat menjalankan tugasnya sebagai “Khalifah Allah” untuk
memakmurkan bumi ini. Bumi dijadikan tempat kediaman manusia dan segala apa yang ada di atas
muka bumi atau di dalam perut bumi adalah untuk keperluan dan kegunaan manusia. Firman Allah
dalam surah al-Baqarah:




Bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada dibumi. Surah al-Baqarah
29.

Dengan demikian, manusia menggunakan semua kemudahan yang ada di alam ini, khasnya di atas
muka bumi dan di dalam perut bumi. Walaupun manusia dapat mengolah isi bumi dengan akal
anugerah Allah tetapi manusia tetap memerlukan Tuhan sebagai tempat mengadu dan memohon
sebarang hajat. Dalam Islam, Tuhan itu ialah Allah iaitu Tuhan yang wujud dan Hidup selama-
lamanya. Dia tidak mati dan tidak rosak dan Dia kekal selama-lamanya.

2.0 Sifat-sifat Tamadun Islam

Tamadun Islam adalah berbeza jika dibandingkan dengan tamadun lain. Tamadun Islam berpaksikan
Tauhid dan berfungsi untuk membangunkan manusia, antara sifat-sifatnya:




2.1 Sejagat
Tamadun Islam bukan terhad kepada mana-mana bangsa tertentu dan untuk tempat-tempat
tertentu sahaja. Tamadun Islam tidak berdasarkan kepada adat dan budaya sesuatu bangsa, tetapi ia
berlandaskan ajaran Islam. Justeru, ia bukan milik sesuatu suku kaum dan bangsa, sebaliknya ia milik
seluruh manusia yang berpegang kepada agama Islam dan yang bukan Islam.

2.2 Terbuka
Tamadun Islam tidak terbatas kepada had-had tertentu, sama ada masa atau tempat. Ia terbuka
kepada semua tamadun selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Tamadun selain
Islam boleh diteruskan selagi ia tidak bertentangan dengan dasar shariah.

2.3 Sepanjang zaman
Tamadun Islam ialah tamdun yang terus hidup sepanjang zaman. Bermula dari tarikh turunnya
wahyu hinggalah kehari ini dan selanjutnya, ia terus berkembang dan tidak ada had waktu dan masa.
Tidak ada siapa yang berhak mengatakan bahawa tamadun Islam tidak boleh lagi berfungsi kerana
dunia sudah maju, sebab Islam itu maju bersama-sama dengan kemajuan dunia.

Selagi orang Islam terus mengamalkan ajaran Islam, maka selama itulah orang Islam terus
menghidupkan tamadun Isalam kerana maksud tamadun Islam itu ialah menghayati ajaran Islam
dalam semua aspek kehidupan. Ini termasuklah pembangunnan material seperti perbandaran,
perumahan, pendidikan, teknologi, politik, ekonomi dan sebagainya.

Sebaliknya jika seseorang Islam yang terlibat dalam sector ekonomi, politik, teknologi, pendidikan,
pembangunan dan sebgainya, tetapi ia tidak menjga prinsip-prinsip Islam, seperti menindas, menipu,
menzalimi dan sebagainya, bermakna dialah orang yang meruntuhkan tamadun Islam, walaupun ia
seorang Islam.

2.4 Toleransi
Tamadun Islam bukanlah satu yang terlalu rigid sehingga tidak mahu menerima tamadun lain. Ia
bersifat toleransi terhadap agama dan budaya lain mengikut had-had yang ditentukan. Misalnya,
mengunjungi rumah orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran atau tahun baru, tidak dilarang
selagi tidak ada niat hendak membesarkan agamanya, sebaliknya hanya meraikan kawan sahaja.
Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tidak dilarang mengamalkan
agama dan budaya mereka, malah menganjurkan dan terus mengekalkan hubungan baik dengan
penganut-penganut agama lain.
2.5 Berpaksikan Tauhid
Tamadun Islam, sama ada kemajuan dalam bidang-bidang kebendaan, ciptaan dan penemuan baru
dalam teknologi, social, politik, ekonomi dan pendidikan, semuanya merujuk kepada kebenaran
Tuhan Pencipta seluruh alam. Tidak ada satu pun yang bersifat keduniaan semata-mata.

Sistem ekonomi sebagai contoh, adalah untuk kepentingan diri dan keluarga, di samping menolong
mastarakat dan membantu kemajuan negara. Kita tidak boleh menindas, menipu, menzalimi atau
monopoli kerana kegiatan ekonomi kita berpaksikan Tauhid, yakni mengikut perintah Allah.
Demikianlah dalam aspek lain, selagi tidak ada pertentangan dengan kehendak Islam, maka kita
membangun tamadun yang berpaksikan Tauhid.

3.0 Sejarah Perkembangan dan Keagungan Tamadun Islam

Sebagaimana yang kita ketahui tamadun Islam berkembang serentak dengan perkembangan agama
Islam, iaitu dengan perutusan Muhammad sebagai rasul pada tahun 610M.. Apabila turunnya wahyu
pertama melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan tahun 610M yang membacakan lima ayat
daripada surah al-Alaq di Gua Hira’.

Selepas beberapa hari turun pula ayat daripada surah al-Muddathir ayat 1-7, yang mana
memerintah Baginda s.a.w menyeru orang lain supaya tinggalkan berhala. Firman Allah yang
bermaksud:
Wahai orang yang berselimut. Berilah peringatan dan amaran(kepada umat manusia). Dan
Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesarannya. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan.
Dan segala kejahatan hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi sesuatu(dengan
tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu
hendaklah engkau bersabar(terhadap tentangan musuh). Surah al-Muddathir 1-7.

Dengan turunnya ayat ini, Baginda mula menyeru orang lain supaya meninggalkan sembah berhala
dan perkara-perkara lain yang dianggap buruk. Di sini bermulalah budaya hidup baru, iaitu tidak
menyembah berhala dan tidak melakukan perkara yang merosakkan dan menjatuhkan martabat
manusia. Inilah tamadun baru, iaitu Tamadun Islam.

Lebih kurang 13 tahun lamanya Nabi Muhammad s.a.w menyeru umat Arab di Makkah supaya
beriman kepada Allah yang Esa dan meninggalkan berhala serta perangai buruk yang lain seperti
membunuh anak perempuan, berperang sesama sendiri, berzina dan sebagainya.

Pada tahun 622M Baginda mendapat perintah supaya berhijrah ke Yathrib, yang kemudiannya
dikenali sebagai Madinah. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah dipilih menjadi ketua bagi semua
masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Di sinilah tertubuhnya sebuah
kerajaan baru, iaitu negara kecil Islam Madinah. Pemerintahan dan pentadbiran negara ini
berdasarkan ajaran Islam sepenuhnya.

Ajaran Islam yang membentuk keperibadian dan perwatakan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dalam
mencorakkan tamadun awal Islam menunjukkan bahawa Islam mendorong umatnya mencapai
kemajuan menurut acuan yang ditentukan oleh al-Qur’an serta al-Sunnah. Maka dengan itu lahirlah
Madinah al-Munawwarah, sebuah negara yang sentiasa menjadi model sehingga hari ini.
Kecemerlangan Madinah sebagai pusat kerajaan Islam menarik perhatian bangsa lain di dunia ketika
itu kerana kehebatan personaliti Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpinnya dan juga warga Madinah
yang majmuk sifatnya tetapi berupaya membentuk suasana kehidupan yang aman harmoni.

Kestabilan politik Madinah dan keharmonian kehidupan penduduknya sebenarnya berasaskan
sebuah piagam yang tertua di dunia dan yang terawal ditulis, iaitu Piagam Madinah yang
mengandungi 47 fasal atau perkara. Dalam piagam ini dinyatakan tentang kepemimpinan negara
(Perkara 1 & 23), perpaduan (Perkara 2), pengiktirafan kaum (Perkara 3 hingga 11), keselamatan
(Perkara 3 hingga 10, 13 & 24), jaminan social (Perkara 2, 10, 11 hingga 16) dan kebebasan
mengamalkan ajaran agama (Perkara 25).

Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda dalam segenap
aspek; sosial, politik, ekonomi, pertahanan serta ketenteraan dan sebagainya. Namun, ada kalanya
pula Baginda diuji dengan pelbagai cabaran seperti yang berlaku dalam beberapa peristiwa seperti
Perang Uhud yang mencatat kekalahan bagi tentera Islam. Pada awalnya, tentera Islam berjaya
membuatkan tentera musuh berundur, namun disebabkan cuai dan leka, mereka akhirnya
terkepung lalu ditewaskan dan banyak pejuang agung Islam, antaranya Hamzah ibn `Abdil Muttalib
terkorban syahid. Kekalahan ini seterusnya dijadikan sumber kekuatan untuk bangkit mencipta lebih
banyak kemenangan. Rahsia kejayaan umat Islam pada zaman keagungan Islam ini berdasarkan
keimanan mereka yang amat tinggi terhadap Allah s.w.t., ketaatan mereka terhadap perintah serta
larangan-Nya di samping keperibadian serta akhlak mereka yang sungguh luhur. Mereka telah
dididik oleh Rasulullah s.a.w. dengan sifat serta amalan hidup yang suci murni. Misalnya kita dapat
melihat bagaimana mereka amat bertaqwa kepada Allah s.w.t. dalam segenap keadaan dan dalam
semua perkara, mengamalkan nilai-nilai mulia seperti ithar (mengutamakan orang lain berbanding
dengan kepentingan diri), berkasih sayang, sentiasa berkorban apa sahaja demi agama Allah dan
sebagainya. Sifat-sifat mulia ini dijelaskan dalam ayat al-Qur’an (Surah al-Fath (48), ayat 29 dan
Surah al-Hasyr (59), ayat 8-10).

Kehidupan bermasyarakat mereka begitu harmoni dan stabil disebabkan sifat-sifat mulia ini,
terutamanya sifat berkasih sayang sesama mereka kerana Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, sudah
tentulah galakan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi asas bagi “hubungan hati” sesama
mereka yang begitu intim lagi tulus sifatnya. Misalnya ialah sebuah Hadith daripada Mu`az ibn Jabal
r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah berfirman, `Kasih sayang-Ku wajib bagi
mereka yang berkasih sayang pada (jalan)-Ku, bagi mereka yang duduk bersama-sama pada (jalan)-
Ku, bagi mereka yang ziarah-menziarahi pada (jalan)-Ku dan bagi mereka yang saling beri-memberi
pada (jalan)-Ku.” (Al-Tabarani)

Zaman Rasulullah s.a.w. merupakan zaman kegemilangan sistem sosial, politik dan ekonomi. Umat
Islam pada ketika itu telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) yang bersatu padu di
bawah pemerintahan kerajaan Islam yang kukuh. Walaupun kemajuan sains dan teknologi pada
waktu itu tidaklah secanggih zaman moden tetapi asas tamadun telah dibina dengan kukuhnya. Asas
yang kukuh inilah yang kemudiannya menjadi inspirasi yang begitu kuat mendorong generasi
sesudah sahabat mencapai kegemilangan dalam hampir semua bidang.
Tamadun Islam terus berkembang ke zaman sahabat, iaitu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ia
bermula pada tahun 632M. Sahabat-sahabat ini digelar khulafa ar-Rashidin. Mereka ialah:

(i) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. – (632M)
(ii) Khalifah Umar al-Khatab r.a. – (634M)
(iii) Khalifah Uthman bin Affan r.a. – (644M)
(iv) Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. – (655M)
Mereka ini berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,
dan dikuti oleh pengganti mereka.

Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di
dunia.

Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan
panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun
gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia.

Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah
(Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani
Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak
terbanding.

Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik
berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama
seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah
Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera).

Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya
membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama.

Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. Bangsa
Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini.

Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan
saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada.

Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus.

Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu
pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan
puteranya, al-Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini
mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.

Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisan
buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di
Eropah, India dan China secara meluas.

Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang
ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah.
Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar.

Para pemikir besar Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khindi, Al-Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Imam
Shafie, Ibnu Hazm, dan banyak lagi telah memberi sinar yang begemerlapan kepada tamadun dunia
pada masa itu. “Ini pernah disinggung oleh Franz Rosenthal dalam buku beliau “keagungan
Ilmu”(1993). “Renaissance” yang muncul di Eropah yang pada masa itu masih dalam zaman
kegelapan mereka sebenarnya adalah hasil daripada pengambilan dan cedukan idea-idea para
pemikir Islam dan pengaruh besar ilmu pengetahuan daripada Tamadun Islam. (. Wan Liz Ozman
2000. m/s 299 )

4.0 Kemerosotan Tamadun Islam



Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya
Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utama
tamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerap
menjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun.

Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apa
yang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinan
umat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha keras
generasi sebelumnya.

Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahan
al-Mu’tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000
tentera kejam Mongol menyerang Baghdad.

Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam
Sungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan.

Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangan
tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnya
khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yang
pekat.

Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga
mahupun orang biasa.

Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yang
disimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilang
kecantikan yang menghiasi dirinya. Demikianlah keagongan Tamadun Islam mula lenyap dan
Tamadun Barat mula mengambil alih tempatnya.

5.0 Penutup

Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam,
khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar berupaya
membina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad.

Prinsip kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam membina sebuah negara yang gemilang sifatnya terletak
pada kegigihan Baginda membentuk masyarakat yang teguh iman serta peribadinya. Jika kejayaan
yang sama mahu dicapai oleh kita pada zaman yang serba mencabar ini, maka prinsip yang sama
haruslah dijadikan pegangan. Maka dengan demikian, pengukuhan aqidah dan akhlak setiap individu
perlu menjadi agenda utama perjuangan. Tumpuan dan perhatian sudah pastilah tertumpah pada
anak-anak kecil dan yang muda remaja yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Golongan
muda remaja khususnya perlulah ditanamkan semangat juang yang tinggi untuk berusaha mencapai
kejayaan serta kegemilangan demi agama, bangsa dan negara.

Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kita
berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan tetapi benar-benar
suatu kenyataan.

Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengan
tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ke
tanah semula.

Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagi
memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang.

“Khusus bagi golongan remaja dan belia Islam, kita amat berharap agar mereka berpegang dengan
matmalat dan wawasan hidup yang suci dan sebelum tangggungjawab kepemimpinan pada masa
hadapan diserahkan kepada mereka, maka segala persediaan yang secukupnya perlulah diberikan.
Dengan kata-kata lain, segala masalah yang berkaitan dengan golongan remaja dan belia ini seperti
krisis keruntuhan akhlak haruslah diselesaikan secara tuntas. Untuk tujuan ini, mereka perlu
diberikan pendidikan Islam secara komprehensif, akal mereka dibekalkan dengan semua cabang
ilmu, tubuh mereka dilatih dengan segala kekuatan fizikal, roh mereka diasuh dengan kekuatan
ibadah khusus serta umum dan akhlak mereka dipupuk dengan nilai murni lagi mulia.”
(Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradawi, 1996, Wajah Baru Belia, Siri Sarjana Celdes).

Jika semuanya ini dapat dicapai, maka mudahlah bagi negara melaksanakan perancangan membina
peradaban menurut acuan serta bentuk yang ditentukan. Peradaban ini pula diharapkan menjadi
contoh sehingga diturut jejak dan langkahnya sepanjang zaman.



RUJUKAN
MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21. Cabaran dan Persiapan Dalam Era
Globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre

Wan Roslili Abd Majid (2005) Tamadun Gemilang Mesti Selari Kehendak Sejagat. Kuala Lumpur: IKIM

Yusuf Abdullah AlQaradawi. (1996). Wajah Baru Belia: Siri Sarjana Celdes.

More Related Content

What's hot (19)

Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
 
Prinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhariPrinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhari
 
ISLAM HADHARI
ISLAM HADHARIISLAM HADHARI
ISLAM HADHARI
 
Pai
PaiPai
Pai
 
Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS
 
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman AwalBab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal
 
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun IslamBab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
 
Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Konsep islam hadhari
Konsep islam hadhariKonsep islam hadhari
Konsep islam hadhari
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
 
Bab 6 (2)
Bab 6 (2)Bab 6 (2)
Bab 6 (2)
 
Konsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan IslamKonsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan Islam
 
Bab 2 Nilai-nilai universal tamadun islam
Bab 2   Nilai-nilai universal tamadun islamBab 2   Nilai-nilai universal tamadun islam
Bab 2 Nilai-nilai universal tamadun islam
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
 
titas
titastitas
titas
 
Remaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negaraRemaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negara
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Makalah pai kel 2
Makalah pai kel 2Makalah pai kel 2
Makalah pai kel 2
 

Viewers also liked

Terminologia
TerminologiaTerminologia
TerminologiaCarlaTS
 
Arvuti komplekteerimine
Arvuti komplekteerimineArvuti komplekteerimine
Arvuti komplekteerimineRait Ernits
 
HTML: Just cut to the chase
HTML: Just cut to the chaseHTML: Just cut to the chase
HTML: Just cut to the chaseSam Napolitano
 
21 Mars 2015 - World Aesthetic Day - 1ère Journée Mondiale de la Médecine Est...
21 Mars 2015 - World Aesthetic Day - 1ère Journée Mondiale de la Médecine Est...21 Mars 2015 - World Aesthetic Day - 1ère Journée Mondiale de la Médecine Est...
21 Mars 2015 - World Aesthetic Day - 1ère Journée Mondiale de la Médecine Est...pbcom1998
 
Presentacióncole13
Presentacióncole13Presentacióncole13
Presentacióncole13venturita12
 
브라보 형광 인생
브라보 형광 인생브라보 형광 인생
브라보 형광 인생하늘빛
 
Griffin weigel intro.
Griffin weigel intro.Griffin weigel intro.
Griffin weigel intro.GriffinWeigel
 
Terminologia
TerminologiaTerminologia
TerminologiaCarlaTS
 
Territori defffinitiu
Territori defffinitiuTerritori defffinitiu
Territori defffinitiuCarlaTS
 

Viewers also liked (12)

Terminologia
TerminologiaTerminologia
Terminologia
 
Lista
ListaLista
Lista
 
Arvuti komplekteerimine
Arvuti komplekteerimineArvuti komplekteerimine
Arvuti komplekteerimine
 
HTML: Just cut to the chase
HTML: Just cut to the chaseHTML: Just cut to the chase
HTML: Just cut to the chase
 
21 Mars 2015 - World Aesthetic Day - 1ère Journée Mondiale de la Médecine Est...
21 Mars 2015 - World Aesthetic Day - 1ère Journée Mondiale de la Médecine Est...21 Mars 2015 - World Aesthetic Day - 1ère Journée Mondiale de la Médecine Est...
21 Mars 2015 - World Aesthetic Day - 1ère Journée Mondiale de la Médecine Est...
 
Presentacióncole13
Presentacióncole13Presentacióncole13
Presentacióncole13
 
브라보 형광 인생
브라보 형광 인생브라보 형광 인생
브라보 형광 인생
 
Griffin weigel intro.
Griffin weigel intro.Griffin weigel intro.
Griffin weigel intro.
 
Terminologia
TerminologiaTerminologia
Terminologia
 
Mass and Gravity
Mass and GravityMass and Gravity
Mass and Gravity
 
Territori defffinitiu
Territori defffinitiuTerritori defffinitiu
Territori defffinitiu
 
Luettelo 1
Luettelo 1Luettelo 1
Luettelo 1
 

Similar to Cth asgment tamadun

Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamAzman Ariffin
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Kertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamKertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamMiji Mina
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Reefear Ajang
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamIzzat Najmi
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratsakura rena
 
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxBAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxHellenLam1
 
Bab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamBab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamninawariz
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islamwan arizwnb
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamAmirah Basir
 
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannyaLee San
 
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah   buku mentoring islam saja kalam upiMukadimah   buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upiRizky Faisal
 
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPIMukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPIRizky Faisal
 
Ltm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamLtm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamtemansaya
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Yanese Ayne
 
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdfMINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdfssuser271471
 

Similar to Cth asgment tamadun (20)

Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Kertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamKertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islam
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
 
BAB 2.ppt
BAB 2.pptBAB 2.ppt
BAB 2.ppt
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
 
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxBAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
 
Bab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamBab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islam
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islam
 
Membangun Peradaban Islam
Membangun Peradaban IslamMembangun Peradaban Islam
Membangun Peradaban Islam
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun Islam
 
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
 
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah   buku mentoring islam saja kalam upiMukadimah   buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
 
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPIMukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
 
Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
Ltm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamLtm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islam
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
 
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdfMINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
 

More from East Smile

Tatacara pelupusan buku perpustakaan 2010
Tatacara pelupusan buku perpustakaan 2010Tatacara pelupusan buku perpustakaan 2010
Tatacara pelupusan buku perpustakaan 2010East Smile
 
Contoh cop perolehan
Contoh cop perolehanContoh cop perolehan
Contoh cop perolehanEast Smile
 
Pelan skt mael
Pelan skt maelPelan skt mael
Pelan skt maelEast Smile
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiaEast Smile
 
Larian merentas desa kertas kerja
Larian merentas desa kertas kerjaLarian merentas desa kertas kerja
Larian merentas desa kertas kerjaEast Smile
 

More from East Smile (7)

Tatacara pelupusan buku perpustakaan 2010
Tatacara pelupusan buku perpustakaan 2010Tatacara pelupusan buku perpustakaan 2010
Tatacara pelupusan buku perpustakaan 2010
 
Contoh cop perolehan
Contoh cop perolehanContoh cop perolehan
Contoh cop perolehan
 
Pelan skt mael
Pelan skt maelPelan skt mael
Pelan skt mael
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 
Larian merentas desa kertas kerja
Larian merentas desa kertas kerjaLarian merentas desa kertas kerja
Larian merentas desa kertas kerja
 
Pt matematik
Pt matematikPt matematik
Pt matematik
 
Kpi mt
Kpi mtKpi mt
Kpi mt
 

Cth asgment tamadun

  • 1. CTH ASGMENT TAMADUN Soalan: 2.Tamadun Islam ialah tamadun kerohanian dan kebendaan yang berdasarkan ajaran Islam dan berkonsepkan Tauhid, serta sifatnya yang menyeluruh. Ramai orang yang tidak mengetahuai hal ini. Kebanyakan orang mengatakan dunia yang bertamadun ini adalah hasil dari tamadun barat. Bincangkan… 1.0 Pendahuluan Tamadun bermaksud peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian), kebudayaan, keilmuan, pergaulan, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun. Dalam bahasa Inggeris tamadun diterjemahkan dengan culture, renaissance, enlightenment dan civilization. Daalam bahasa Arab kalimah-kalimah seperti ath-thaqafah, al-hadharah, al-umran, al-bunyan, almadanoah dan at-tamadun digunakan. Manakala dalam bahasa Melayu yang biasa dipakai ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani. Dalam Islam, kemajuan dan pembangunan tidak terhad kepada kebendaan dan fizikal sahaja, malah ia merangkumi kerohanian, akhlak dan akal. Justeru, masyarakat atau negara maju atau bertamadun bukan sahaja mempunyai kemajuan dalam bidang kebendaan, bangunan, sains dan teknologi, malah terangkum di dalamnya masyarakat yang berperibadi mulia, pergaulan yang baik dan berkerjasama, harmoni antara pelbagai kaum, agama dan bangsa, dan tidak ada kezaliman. Justeru itu, Tamadun Islam didefinasikan sebagai “pembangunan, kebudayaan, peradaban, pendidikan dan sebagainya yang berlandaskan ajaran Islam yang berpaksikan tauhid, iaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu”( OUM LANH1203, 2005, m/s 4) Tamadun Islam membangunkan ummah supaya maju dalam bidang kebendaan, kebudayaan, pendidikan keilmuan, politik, ekonomi, social, kesihatan, keagamaan, kerohanian dan sebagainya. Ia membentuk manusia menjadi baik, dan manusia yang baik ini pula akan membentuk tamadun baru yang baik dan bersifat Rabbani(ketuhanan). Manusia ini pula akan benar-benar dapat menjalankan tugasnya sebagai “Khalifah Allah” untuk memakmurkan bumi ini. Bumi dijadikan tempat kediaman manusia dan segala apa yang ada di atas muka bumi atau di dalam perut bumi adalah untuk keperluan dan kegunaan manusia. Firman Allah dalam surah al-Baqarah: Bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada dibumi. Surah al-Baqarah 29. Dengan demikian, manusia menggunakan semua kemudahan yang ada di alam ini, khasnya di atas muka bumi dan di dalam perut bumi. Walaupun manusia dapat mengolah isi bumi dengan akal anugerah Allah tetapi manusia tetap memerlukan Tuhan sebagai tempat mengadu dan memohon sebarang hajat. Dalam Islam, Tuhan itu ialah Allah iaitu Tuhan yang wujud dan Hidup selama-
  • 2. lamanya. Dia tidak mati dan tidak rosak dan Dia kekal selama-lamanya. 2.0 Sifat-sifat Tamadun Islam Tamadun Islam adalah berbeza jika dibandingkan dengan tamadun lain. Tamadun Islam berpaksikan Tauhid dan berfungsi untuk membangunkan manusia, antara sifat-sifatnya: 2.1 Sejagat Tamadun Islam bukan terhad kepada mana-mana bangsa tertentu dan untuk tempat-tempat tertentu sahaja. Tamadun Islam tidak berdasarkan kepada adat dan budaya sesuatu bangsa, tetapi ia berlandaskan ajaran Islam. Justeru, ia bukan milik sesuatu suku kaum dan bangsa, sebaliknya ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada agama Islam dan yang bukan Islam. 2.2 Terbuka Tamadun Islam tidak terbatas kepada had-had tertentu, sama ada masa atau tempat. Ia terbuka kepada semua tamadun selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Tamadun selain Islam boleh diteruskan selagi ia tidak bertentangan dengan dasar shariah. 2.3 Sepanjang zaman Tamadun Islam ialah tamdun yang terus hidup sepanjang zaman. Bermula dari tarikh turunnya wahyu hinggalah kehari ini dan selanjutnya, ia terus berkembang dan tidak ada had waktu dan masa. Tidak ada siapa yang berhak mengatakan bahawa tamadun Islam tidak boleh lagi berfungsi kerana dunia sudah maju, sebab Islam itu maju bersama-sama dengan kemajuan dunia. Selagi orang Islam terus mengamalkan ajaran Islam, maka selama itulah orang Islam terus menghidupkan tamadun Isalam kerana maksud tamadun Islam itu ialah menghayati ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan. Ini termasuklah pembangunnan material seperti perbandaran, perumahan, pendidikan, teknologi, politik, ekonomi dan sebagainya. Sebaliknya jika seseorang Islam yang terlibat dalam sector ekonomi, politik, teknologi, pendidikan, pembangunan dan sebgainya, tetapi ia tidak menjga prinsip-prinsip Islam, seperti menindas, menipu, menzalimi dan sebagainya, bermakna dialah orang yang meruntuhkan tamadun Islam, walaupun ia seorang Islam. 2.4 Toleransi Tamadun Islam bukanlah satu yang terlalu rigid sehingga tidak mahu menerima tamadun lain. Ia bersifat toleransi terhadap agama dan budaya lain mengikut had-had yang ditentukan. Misalnya, mengunjungi rumah orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran atau tahun baru, tidak dilarang selagi tidak ada niat hendak membesarkan agamanya, sebaliknya hanya meraikan kawan sahaja. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan budaya mereka, malah menganjurkan dan terus mengekalkan hubungan baik dengan penganut-penganut agama lain.
  • 3. 2.5 Berpaksikan Tauhid Tamadun Islam, sama ada kemajuan dalam bidang-bidang kebendaan, ciptaan dan penemuan baru dalam teknologi, social, politik, ekonomi dan pendidikan, semuanya merujuk kepada kebenaran Tuhan Pencipta seluruh alam. Tidak ada satu pun yang bersifat keduniaan semata-mata. Sistem ekonomi sebagai contoh, adalah untuk kepentingan diri dan keluarga, di samping menolong mastarakat dan membantu kemajuan negara. Kita tidak boleh menindas, menipu, menzalimi atau monopoli kerana kegiatan ekonomi kita berpaksikan Tauhid, yakni mengikut perintah Allah. Demikianlah dalam aspek lain, selagi tidak ada pertentangan dengan kehendak Islam, maka kita membangun tamadun yang berpaksikan Tauhid. 3.0 Sejarah Perkembangan dan Keagungan Tamadun Islam Sebagaimana yang kita ketahui tamadun Islam berkembang serentak dengan perkembangan agama Islam, iaitu dengan perutusan Muhammad sebagai rasul pada tahun 610M.. Apabila turunnya wahyu pertama melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan tahun 610M yang membacakan lima ayat daripada surah al-Alaq di Gua Hira’. Selepas beberapa hari turun pula ayat daripada surah al-Muddathir ayat 1-7, yang mana memerintah Baginda s.a.w menyeru orang lain supaya tinggalkan berhala. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut. Berilah peringatan dan amaran(kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesarannya. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan. Dan segala kejahatan hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi sesuatu(dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu hendaklah engkau bersabar(terhadap tentangan musuh). Surah al-Muddathir 1-7. Dengan turunnya ayat ini, Baginda mula menyeru orang lain supaya meninggalkan sembah berhala dan perkara-perkara lain yang dianggap buruk. Di sini bermulalah budaya hidup baru, iaitu tidak menyembah berhala dan tidak melakukan perkara yang merosakkan dan menjatuhkan martabat manusia. Inilah tamadun baru, iaitu Tamadun Islam. Lebih kurang 13 tahun lamanya Nabi Muhammad s.a.w menyeru umat Arab di Makkah supaya beriman kepada Allah yang Esa dan meninggalkan berhala serta perangai buruk yang lain seperti membunuh anak perempuan, berperang sesama sendiri, berzina dan sebagainya. Pada tahun 622M Baginda mendapat perintah supaya berhijrah ke Yathrib, yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah dipilih menjadi ketua bagi semua masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Di sinilah tertubuhnya sebuah kerajaan baru, iaitu negara kecil Islam Madinah. Pemerintahan dan pentadbiran negara ini berdasarkan ajaran Islam sepenuhnya. Ajaran Islam yang membentuk keperibadian dan perwatakan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dalam mencorakkan tamadun awal Islam menunjukkan bahawa Islam mendorong umatnya mencapai kemajuan menurut acuan yang ditentukan oleh al-Qur’an serta al-Sunnah. Maka dengan itu lahirlah
  • 4. Madinah al-Munawwarah, sebuah negara yang sentiasa menjadi model sehingga hari ini. Kecemerlangan Madinah sebagai pusat kerajaan Islam menarik perhatian bangsa lain di dunia ketika itu kerana kehebatan personaliti Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpinnya dan juga warga Madinah yang majmuk sifatnya tetapi berupaya membentuk suasana kehidupan yang aman harmoni. Kestabilan politik Madinah dan keharmonian kehidupan penduduknya sebenarnya berasaskan sebuah piagam yang tertua di dunia dan yang terawal ditulis, iaitu Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal atau perkara. Dalam piagam ini dinyatakan tentang kepemimpinan negara (Perkara 1 & 23), perpaduan (Perkara 2), pengiktirafan kaum (Perkara 3 hingga 11), keselamatan (Perkara 3 hingga 10, 13 & 24), jaminan social (Perkara 2, 10, 11 hingga 16) dan kebebasan mengamalkan ajaran agama (Perkara 25). Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda dalam segenap aspek; sosial, politik, ekonomi, pertahanan serta ketenteraan dan sebagainya. Namun, ada kalanya pula Baginda diuji dengan pelbagai cabaran seperti yang berlaku dalam beberapa peristiwa seperti Perang Uhud yang mencatat kekalahan bagi tentera Islam. Pada awalnya, tentera Islam berjaya membuatkan tentera musuh berundur, namun disebabkan cuai dan leka, mereka akhirnya terkepung lalu ditewaskan dan banyak pejuang agung Islam, antaranya Hamzah ibn `Abdil Muttalib terkorban syahid. Kekalahan ini seterusnya dijadikan sumber kekuatan untuk bangkit mencipta lebih banyak kemenangan. Rahsia kejayaan umat Islam pada zaman keagungan Islam ini berdasarkan keimanan mereka yang amat tinggi terhadap Allah s.w.t., ketaatan mereka terhadap perintah serta larangan-Nya di samping keperibadian serta akhlak mereka yang sungguh luhur. Mereka telah dididik oleh Rasulullah s.a.w. dengan sifat serta amalan hidup yang suci murni. Misalnya kita dapat melihat bagaimana mereka amat bertaqwa kepada Allah s.w.t. dalam segenap keadaan dan dalam semua perkara, mengamalkan nilai-nilai mulia seperti ithar (mengutamakan orang lain berbanding dengan kepentingan diri), berkasih sayang, sentiasa berkorban apa sahaja demi agama Allah dan sebagainya. Sifat-sifat mulia ini dijelaskan dalam ayat al-Qur’an (Surah al-Fath (48), ayat 29 dan Surah al-Hasyr (59), ayat 8-10). Kehidupan bermasyarakat mereka begitu harmoni dan stabil disebabkan sifat-sifat mulia ini, terutamanya sifat berkasih sayang sesama mereka kerana Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, sudah tentulah galakan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi asas bagi “hubungan hati” sesama mereka yang begitu intim lagi tulus sifatnya. Misalnya ialah sebuah Hadith daripada Mu`az ibn Jabal r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah berfirman, `Kasih sayang-Ku wajib bagi mereka yang berkasih sayang pada (jalan)-Ku, bagi mereka yang duduk bersama-sama pada (jalan)- Ku, bagi mereka yang ziarah-menziarahi pada (jalan)-Ku dan bagi mereka yang saling beri-memberi pada (jalan)-Ku.” (Al-Tabarani) Zaman Rasulullah s.a.w. merupakan zaman kegemilangan sistem sosial, politik dan ekonomi. Umat Islam pada ketika itu telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) yang bersatu padu di bawah pemerintahan kerajaan Islam yang kukuh. Walaupun kemajuan sains dan teknologi pada waktu itu tidaklah secanggih zaman moden tetapi asas tamadun telah dibina dengan kukuhnya. Asas yang kukuh inilah yang kemudiannya menjadi inspirasi yang begitu kuat mendorong generasi sesudah sahabat mencapai kegemilangan dalam hampir semua bidang.
  • 5. Tamadun Islam terus berkembang ke zaman sahabat, iaitu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ia bermula pada tahun 632M. Sahabat-sahabat ini digelar khulafa ar-Rashidin. Mereka ialah: (i) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. – (632M) (ii) Khalifah Umar al-Khatab r.a. – (634M) (iii) Khalifah Uthman bin Affan r.a. – (644M) (iv) Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. – (655M) Mereka ini berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, dan dikuti oleh pengganti mereka. Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di dunia. Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia. Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding. Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera). Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama. Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini. Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada. Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus. Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah. Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisan buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di
  • 6. Eropah, India dan China secara meluas. Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar. Para pemikir besar Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khindi, Al-Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Imam Shafie, Ibnu Hazm, dan banyak lagi telah memberi sinar yang begemerlapan kepada tamadun dunia pada masa itu. “Ini pernah disinggung oleh Franz Rosenthal dalam buku beliau “keagungan Ilmu”(1993). “Renaissance” yang muncul di Eropah yang pada masa itu masih dalam zaman kegelapan mereka sebenarnya adalah hasil daripada pengambilan dan cedukan idea-idea para pemikir Islam dan pengaruh besar ilmu pengetahuan daripada Tamadun Islam. (. Wan Liz Ozman 2000. m/s 299 ) 4.0 Kemerosotan Tamadun Islam Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utama tamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerap menjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun. Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apa yang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinan umat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha keras generasi sebelumnya. Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahan al-Mu’tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000 tentera kejam Mongol menyerang Baghdad. Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan. Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangan tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnya khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yang pekat. Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga mahupun orang biasa. Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yang disimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilang kecantikan yang menghiasi dirinya. Demikianlah keagongan Tamadun Islam mula lenyap dan
  • 7. Tamadun Barat mula mengambil alih tempatnya. 5.0 Penutup Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam, khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar berupaya membina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad. Prinsip kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam membina sebuah negara yang gemilang sifatnya terletak pada kegigihan Baginda membentuk masyarakat yang teguh iman serta peribadinya. Jika kejayaan yang sama mahu dicapai oleh kita pada zaman yang serba mencabar ini, maka prinsip yang sama haruslah dijadikan pegangan. Maka dengan demikian, pengukuhan aqidah dan akhlak setiap individu perlu menjadi agenda utama perjuangan. Tumpuan dan perhatian sudah pastilah tertumpah pada anak-anak kecil dan yang muda remaja yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Golongan muda remaja khususnya perlulah ditanamkan semangat juang yang tinggi untuk berusaha mencapai kejayaan serta kegemilangan demi agama, bangsa dan negara. Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kita berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan tetapi benar-benar suatu kenyataan. Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengan tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ke tanah semula. Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagi memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang. “Khusus bagi golongan remaja dan belia Islam, kita amat berharap agar mereka berpegang dengan matmalat dan wawasan hidup yang suci dan sebelum tangggungjawab kepemimpinan pada masa hadapan diserahkan kepada mereka, maka segala persediaan yang secukupnya perlulah diberikan. Dengan kata-kata lain, segala masalah yang berkaitan dengan golongan remaja dan belia ini seperti krisis keruntuhan akhlak haruslah diselesaikan secara tuntas. Untuk tujuan ini, mereka perlu diberikan pendidikan Islam secara komprehensif, akal mereka dibekalkan dengan semua cabang ilmu, tubuh mereka dilatih dengan segala kekuatan fizikal, roh mereka diasuh dengan kekuatan ibadah khusus serta umum dan akhlak mereka dipupuk dengan nilai murni lagi mulia.” (Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradawi, 1996, Wajah Baru Belia, Siri Sarjana Celdes). Jika semuanya ini dapat dicapai, maka mudahlah bagi negara melaksanakan perancangan membina peradaban menurut acuan serta bentuk yang ditentukan. Peradaban ini pula diharapkan menjadi contoh sehingga diturut jejak dan langkahnya sepanjang zaman. RUJUKAN
  • 8. MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21. Cabaran dan Persiapan Dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Wan Roslili Abd Majid (2005) Tamadun Gemilang Mesti Selari Kehendak Sejagat. Kuala Lumpur: IKIM Yusuf Abdullah AlQaradawi. (1996). Wajah Baru Belia: Siri Sarjana Celdes.