2. Teori Pembelajaran Behavioris
Pendekatan Behavioris memfokuskan kepada tingkah laku
yang boleh diperhatikan (sama ada secara nyata atau tidak
nyata) dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut.
Ransangan Organisma
Gerak
balas
Kesan ransangan kepada organisma dan gerak balas yang diperhatikan
3. Pandangan ahli-ahli behavioris
1. Tingkah laku manusia dipengaruhi oleh ransangan dari persekitaran.
2. Pembelajaran ialah hasil daripada kejadian yang boleh diperhatikan.
3. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku.
4. Pembelajaran berlaku apabila ransangan dan tindak balas berlaku dalam
masa terdekat.
5. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris.
6. Prinsip pembelajaran adalah sama bagi semua spesies.
Contoh:
Cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru.
4. Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Konsep
Ransangan
Neutral
Semula jadi
Terlazim
Gerak Balas
Semula jadi
Terlazim
5. Teori Pavlov
Minda seperti ‘kotak hitam’ yang tidak boleh dibuka, hanya
boleh diperhatikan iaitu ransangan yang masuk dan gerak
balas atau respons yang keluar sebagai reaksi kepada
ransangan.
Pelaziman klasik - pembelajaran dimana organisma dapat
membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan
neutral dengan rangsangan semula jadi.
6. Tingkah laku yang berkaitan dengan Teori
Pelaziman Klasik
Pembentukan tingkah laku pembelajaran di dalam kelas boleh berlaku
melalui kombinasi ransangan.
Contoh: bunyi loceng yang berulang-ulang di sekolah menandakan
pertukaran waktu.
3 tingkah laku Teori Pelaziman Klasik:
1. Penghapusan
2. Generalisasi
3. Diskriminasi
7. Tingkah Laku Pelaziman Klasik
Penghapusan
• Penghapusan berlaku
apabila ransangan terlazim
diberikan berulangkali
• Penghapusan melibatkan
proses melemahkan gerak
balas terlazim dengan
tiada ransangan semula
jadi
Generalisasi
• Generalisasi berlaku
apabila organisma
mengaitkan ransangan
terlazim dengan bunyi-
bunyi lain yang seakan-
akan serupa.
Diskriminasi
• Diskriminasi berlaku
apabila organisma hanya
memberi respons atau
gerak balas tertentu
sahaja.
8. Teori Pelaziman Klasik Watson
Teori ini dijelaskan melalui satu eksperimen yang dilakukan oleh Watson bersama
seorang bayi bernama “Little Albert”.
Melalui eksperimen ini, Watson menunjukkan perkaitan antara pelaziman klasik
dengan fobia.
Menurut Watson lagi, kanak-kanak mempunyai tiga reaksi emosi yang asas iaitu rasa
takut, marah dan sayang.
Teori ini menggesa guru yang mengajar di bilik darjah untuk mencetuskan emosi
positif dalam kalangan murid. Suasana yang kondusif dapat membantu untuk
pembentukan psikososial yang positif, seterusnya membentuk emosi yang positif.
9. Teori Pelaziman Operan Thorndike
Thorndike mengkaji hubungkait antara ransangan dan gerak balas yang
menjadi kukuh apabila tingkah laku tersebut menyeronokkan dan
memuaskan (kesan positif).
Contoh: Apabila terdapat ganjaran di penghujung sesuatu perlumbaan, si
pelumba akan menuju ke arah garisan penamat dengan lebih laju.
10. HUKUM PEMBELAJARAN TEORI
THORNDIKE
Hukum
Kesan
• Gerak balas
yang diikuti
oleh kesan yang
menyeronokkan
akan
menyebabkan
gerak balas
(tindakan)
tersebut
diulang.
Hukum
Latihan
• Ransangan dan
gerak balas
yang diulang-
ulang akan
menjadi kukuh
melalui latihan
• R – G yang tidak
diulang akan
dilupakan atau
lemah sekiranya
tidak diulangi
Hukum
Kesediaan
• Pembelajaran
bergantung
kepada
kesediaan
murid
• Hukum ini
memberi fokus
kepada
kesediaan
organisma dari
segi kognitif,
afektif dan
psikomotor.