Muzani Anh
30 Jun 2013
BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJING
Disusun oleh : Muzani Anh
Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif
Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga
dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua
haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori
najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air
mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing
tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
Anjing merupakan najis ‘ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu.
Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu
disamak,seperti Sabda nabi Saw :
Dari Abu Hurairah radliyallahu „anhu berkata : Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam
bersabda: “Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh
kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim)
tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia
sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu,
sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh
Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka
sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-
Muslim, m/s 61)
Air liur anjing
2 keadaan keturunan anjing:
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dan khinzir dikira sebagai anjing atau khinzir
juga.
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dengan haiwan suci lain seperti kambing dan
lembu dikira najis kerana mengikut hukum anjing. Begitu juga dengan khinzir.
Muzani Anh
30 Jun 2013
Berkaitan dengan kenajisan anjing,terdapat perbezaan pendapat para ulama, antaranya
Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa anjing ialah najis. Imam Syaukani juga mengatakan
demikian serta ini adalah pendapat jumhur(majoriti) ulama,. Ada juga yang mengatakan
anjing bukan najis seperti dalam Mazhab Maliki. Meskipun demikian, berkaitan dengan tahi
anjing, semua ulama bersepakat bahawa ia adalah najis. (Rujuk Fiqh Berinteraksi dengan
Non-Muslim).
Dalam matan fiqh iaitu Fath al-Qarib :
“ Dan kulit bangkai menjadi suci dengan proses samak melainkan kulit anjing dan khinzir
dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.”
oleh itu, kita dapat fahami bahawa kenajisan anjing itu ialah pada zat dan „ainnya dan
kulitnya tidak dapat disucikan walaupun telah disamak.
BILANGAN BASUHAN AIR KETIKA SAMAK
Najis anjing dan babi perlu merupakan najis mughallazah (berat) dan tidak memadai
membasuhnya sebanyak satu kali basuhan seperti najis-najis lain. Babi diqiyaskan kepada
anjing(dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing. (Rujuk Fiqh
Manhaji m/s 47 Jilid 1).
1. Bilangan basuhan air ketika samak berdasarkan hadith Abu Hurairah :
- 7 kali
basuhan pertama dicampur dengan tanah.
(Rujuk Nailul Authar, m/s 75)
2. Bilangan basuhan air ketika samak ialah :
- 7 kali
basuhan pertama atau terakhir dicampur dengan tanah.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)
Basuhan pertama lebih utama menggunakan air yang dicampur dengan tanah
kerana air basuhan seterusnya dapat membersihkannya.
Dalam Mazhab Syafie, pendapat yang azhar (kuat) ialah tanah sebagai satu-
satunya bahan yang mesti digunakan dan tidak memadai mengunakan sabun.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)
Muzani Anh
30 Jun 2013
Maksud air yang dicampurkan dengan tanah
Dalam Furu‟ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud al-Fathoni berkata:
“ Air yang bercampur dengan tanah bermaksud air itu digaul dengan tanah. Bukannya
hanya dengan melalukan air pada tanah.”
Hikmah membersihkan najis mughallazah dengan air bercampur tanah
ini adalah satu simbolik kepada asal kejadian Nabi Adam sehingga akhirnya anak cucu
Adam dilahirkan dan hidup membesar di atas perut bumi yang dilingkungi tanah hingga
akhirnya meninggal dunia dimasukkan ke dalam tanah.( rujuk Furu Masail Wa Usul Wasail ,
m/s 165)
Kajian saintifik terhadap tanah menunjukkan bahawa terdapat bacteria yang diperoleh
daripada tanah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh
cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran
maklumat dalam system saraf cacing. ( Rujuk Al-Quran Saintifik,Bab 88 dan 89)
BERKAITAN TAHI ANJING BANYAK DI JALANAN
Di maafkan tanah jalan yg diyakini najisnya walaupun dgn najis mugallazah, kerana susah
mengelakkannya, selagi tidak kekal ain najisnya terasing daripada tanah dan tidak hancur
dalam tanah. Sekiranya ain najis terasing dpd tanah maka tidak dimaafkan, walaupun ia
menyeluruh pada jalan, atas pendapat yg aujah (pendapat ashab yg terkuat).
Di sebut dalam Nihayah Al-Muhtaj Syarah Al-Minhaj oleh Syaikh Ramli berkata ,
“ tetapi jika najis menyeluruh pada jalan, maka Zarkasyi mempunyai ihtimal (barangkali)
dimaafkan dan cenderung kalamnya kepada berpegang kpd maaf.”
Syaikh Ibnu Hajar telah berfatwa sekiranya jalan tidak mempunyai tanah, dan di dalamnya
terdapat najis manusia dan anjing, dan telah ditimpa hujan, bahwa ia dimaafkan, ketika
susah megelakkannya.
(Fathul Muin, 1/105 bersama I‟anah Tolibin)
Muzani Anh
30 Jun 2013
PERSOALAN DAN JAWAPAN
Soalan
salam ustaz. saya sangat musykil mengenai hukum menyentuh anjing dan najisnya.
terdapat pendapat bahawa hukum menyentuh anjing yang kering bulunya tidak perlu
disamak. begitu juga dengan hukum menyentuh najisnya yang kering walaupun. namun
terdapat juga pendapat bahawa menyentuh anjing dan najisnya yang kering walaupun
tangan kering perlu disamak. apa pendapat ustaz mengenai kedua pendapat yang saya
nyatakan?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut pandangan ulamak fekah dan para sarjana dalam bidang berkaitan hukum
menyentuh anjing dan babi adalah seperti berikut:
1.Sekiranya anggota badan anda kering dan benda (ain binatang) itu pun kering,anda tidak
perlu menyamaknya.
2.Jika anggota anda kering dan benda itu (ain binantang) basah atau sebaliknya tangan
anda basah dan benda tersebut kering,anda wajib samak.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan jika kedua-duanya berada dalam kering iaitu
tangan dan binatang tersebut kering mengikut hukum fekah berdasarkan perbincangan yang
panjang lebar oleh para sarjana dalam bidang berkaitan memutuskan bahawa anda tidak
wajib menyamaknya.Wallahu a'lam.
(rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/53571 )
Muzani Anh
30 Jun 2013
Persoalan 1: Apakah yang harus dilakukan jika kulit badan Muslim atau pakaiannya
bersentuhan dengan anjing?
Jawapan Perbahasan:
Menurut hukum kenajisan anjing, mazhab Syafi'i mewajibkan basuhan tujuh kali kepada
jilatan anjing. Imam Nawawi berkata:
"Dan ketahuilah bahawa tiada beza di sisi kami antara jilatan anjing dan lainnya daripada
komponen-komponennya. Maka apabila mengena oleh kencingnya, najisnya, darahnya,
peluhnya, bulunya, air liurnya dan satu anggota daripada anggotanya akan sesuatu yang
suci pada keadaan kelembapan/ basah salah satunya, wajiblah basuhannya tujuh kali, salah
satunya dengan tanah....".
(Rujuk Syarah Sahih Muslim, jilid 1, kitab At-Taharah, bab jilatan anjing, hal. 521)
Manakala Mazhab Maliki tidak mewajibkan demikian. Sebaliknya kalau dijilat (air liur) oleh
anjing, barulah wajib dibasuh.
Oleh itu kalau sekadar bergesel, tersentuh dan seumpamanya tanpa melibatkan jilatan dan
mulut anjing, masayarakat Muslim ada dua pilihan:
1) Mazhab Syafi'i iaitu WAJIB disamak
2) Mazhab Maliki iaitu TIDAK WAJIIB disamak
Walau bagaimanapun, jika badan anjing tersebut basah maka hendaklah dibasuh. Ini
kerana kebasahan kulit/ bulu anjing berkemungkinan besar berpunca daripada jilatan anjing
kerana anjing memang menjilat tubuhnya.
Dalam suasana hari ini, kebanyakan ulama kontemporari berpendapat bahawa pendapat
Mazhab Maliki lebih praktikal. Ini kerana suasana hari ini mneyaksikan hubungan
masyarakat Muslim dan non-Muslim makin luas. Masyarakat non-Muslim memelihara anjing.
Jika berdasarkan fiqah mazhab Syafi'i sahaja, masyarakat akan menjadi tidak selesa untuk
bergaul dengan non-Muslim kerana takut dan khuatir dijilat atau bersentuhan dengan anjing.
Muzani Anh
30 Jun 2013
Persoalan 2: Jika Muslim berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru menggosokkan
anjing, adakah wajib disamak tangannya?
Jawapan perbahasan:
Konsepnya masih sama seperti di atas. Jika menurut Mazhab Syafi'i, menyentuh tubuh
anjing yang basah atau bendalir daripada badannya mewajibkan samak. Namun Mazhab
Maliki tidak mewajibkannya. Namun, ia bukanlah perkara yang wajib(ikut pendapat
Mazhab Maliki). Jika nyata cairan itu air liur maka wajib disamak ketika itu.
Maka jika menyentuh tempat seperti berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru
menyentuh anjing, eloklah dibasuh.
Persoalan 3: Sebuah rumah dibeli atau disewa oleh seorang Muslim. Pemilik sebelumnya
ialah seorang non-Muslim yang memelihara anjing di rumah tersebut. Persoalannya, adakah
wajib disamak satu rumah?
Jawapan perbahasan:
Persoalan hendaklah difahami berdasarkan kepada beberapa konsep"
1) Keyakinan
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak atau keraguan. Adakah kita yakin bahawa
seluruh rumah tersebut telah dijilat oleh anjing?
2) Tidak nampak
Benda yang berada di luar ilmu dan pengetahuan kita adalah dimaafkan. Kita tidak tahu di
mana anjing tersebut berada dan di mana pula tempat yang telah dijilat oleh anjing.
3) Perbezaan pendapat ulama
Wujud perbezaan ulama tentang kenajisan anjing. Maka pilihlah pendapat yang mudah dan
sesuai untuk diamalkan.
Berdasarkan konsep ini, tidak salah untuk kita bersihkan rumah. Lagipun memang rumah
yang baru nak diduduki perlu dibersihkan bukan? Maka ambillah kesempatan itu untuk
membersihkan rumah. Kalau perlu dibasuh tempat-tempat yang mungkin menjadi jilatan
anjing, sila kenal pasti berdasarkan ilmu dan juga logik.
Muzani Anh
30 Jun 2013
Kesimpulan:
Kesepakatan ulama ialah jika tersentuh atau terkena jilatan anjing (mengandungi air liur)
maka perlu dibasuh tujuh kali, salah satunya air tanah.
Tetapi jika bergesel dengan bulu anjing (atau apa-apa situasi selain terkena jilatan), boleh
ikut Mazhab Syafi'i ataupun Maliki.
PENUTUP
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua insyaAllah. Jika ada silap dan salah pada
perkongsian ini, sila maklumkan kepada saya. Syukran.
RUJUKAN
- Fiqh Islam Wa Adillatuh, Dr Wahbah Zuhaili
- Fiqh Manhaji, Dr Mustofa Bugho, Dr Mustofa Khin, Ali Syarbiji
- Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud Al-Fathoni
- Nailul Author , Imam Syaukani
- Nihayah al-Muhtaj, Sheikh Ramli (Ulama Mazhab Syafie)
- Fiqh Berinteraksi dengan Non Muslim, Ust Mohd Nizam Abdul Kadir
- Soal Jawab Remeh Temeh berkenaan Toharah.
http://www.ustazshauqi.com/2011/04/hukum-memelihara-anjing.html
http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/10/fiqah-berkaitan-anjing.html
http://majelisfiqih.wordpress.com/2011/11/10/fawaid-hadits-faedah-hadits-jilatan-anjing-bangkai-dan-darah/