Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.
32
Tajuk 3 Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran
Sinopsis
Bab ini merangkumi subtopik-subtopik Jenis Pendekat...
33
3.1 Pendekatan Pengajaran
Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi...
34
guru akan memulakan aktiviti pelajar diberikan satu kelompok bahan (klip kertas, pemadam,
butang plastik, paku, duit, p...
35
Prinsip-prinsip pengajaran secara deduktif:
 Pada peringkat permulaan, sesuatu masalah atau hipotesis diperkenalkan da...
36
diikuti dengan contoh dan diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi. Hal ini
lebih mirip kepada pendekat...
37
Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada kandungan dan kemahiran
berfikir. Langkah pengajaran dan pembel...
38
Selain daripada berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata
pelajaran, unit-unit tematik merenta...
39
Perhatikan bahawa jaringan di atas tidak menerangkan tentang bidang-bidang mata
pelajaran tradisional seperti matematik...
40
fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan, aturan tatabahasa dan
konsep,perbendaharaan kata, pengiraan m...
41
Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di
mana bilik darjah didominasikan gur...
42
Mari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah
yang menggunakan pengajaran b...
43
juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran
diadakan.
Dalam pembelajaran berpusa...
44
Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar akan
melibatkan diri dalam aktiviti se...
45
 Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian
muka dan tangannya
 Bercakap dengan kuat dan jelas b...
46
Elemen-elemen penting dalam teknik perbincangan:
 Matlamat dan objektif.
Perbincangan secara kumpulan kecil untuk meng...
47
 Peranan dan tanggungjawab
Guru berperanansebagai fasilitator, di mana akan membimbing pelajar dengan kemahiran,
membe...
48
Jenis-jenis perbincangan
(a) Sumbangsaran
Sumbangsaran merupakan satu bentuk perbincangan yang mewujudkan sesuatu kumpu...
49
memulakan forum dengan memberikan sedikit penerangan tentang tajuk dalam suasana
yang tenang. Setiap ahli panel mungkin...
50
Langkah-langkah pelaksanaan seminar adalah seperti berikut:
(d) Sesi Buzz
Kumpulan buzz merupakan kumpulan yang kecil i...
51
Biasanya dua kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap
kumpulan kecil akan mengambil bahagian dal...
52
Demonstrasi membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia
berfungsi. Terdapat jenis tunjuk cara ...
53
Justeru itu, strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang
berdasarkan penyiasatan yang saint...
54
3.3.5 Bermain
Apakah main bermain? Main merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi
sebenarnya sukar untuk didefi...
55
juga kanak-kanak akan mendapat pengalaman langsung yang pastinya akan memberikan
kesan pembelajaran yang bermakna.
Laya...
56
 Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada pelajar-pelajar.
 Menyediakan peluang untuk melibatkan pel...
57
 Beritahu pelajar-pelajar tentang latar belakang tempat yang akan dilawati.
 Guru hendaklah berbincang dengan pelajar...
58
 Lawatan menyediakan peluang bagi pelajar mengaitkan perkara yang dipelajari
di bilik darjah dengan keadaan yang seben...
59
objektif tersebut. Penyediaanobjektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata
pelajaran yang terkandung dalamsuk...
60
pengajaran untuk murid-murid sekolah rendah kerana berunsur pembelajaran yang
menyeronokkan.
(e) Jumlahdansusunanpelaja...
61
Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2nd
ed.).
Buckingham: Open University Pr...
Nächste SlideShare
Wird geladen in …5
×

von

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 1 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 2 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 3 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 4 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 5 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 6 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 7 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 8 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 9 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 10 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 11 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 12 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 13 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 14 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 15 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 16 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 17 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 18 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 19 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 20 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 21 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 22 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 23 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 24 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 25 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 26 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 27 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 28 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 29 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Slide 30
Nächste SlideShare
Pengenalan PEERS
Weiter
Herunterladen, um offline zu lesen und im Vollbildmodus anzuzeigen.

52 Gefällt mir

Teilen

Herunterladen, um offline zu lesen

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

Herunterladen, um offline zu lesen

Tajuk 3

Ähnliche Bücher

Kostenlos mit einer 30-tägigen Testversion von Scribd

Alle anzeigen

Ähnliche Hörbücher

Kostenlos mit einer 30-tägigen Testversion von Scribd

Alle anzeigen

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

  1. 1. 32 Tajuk 3 Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran Sinopsis Bab ini merangkumi subtopik-subtopik Jenis Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran. Di samping mengemukakan definisi dan prinsip am setiap pendekatan dan strategi, ciri-ciri utama dan langkah-langkah pelaksanaan setiap kaedah dan teknik akan ditekankan. Penganalisisan dan rumusan terhadap kekuatan dan kekurangan setiap pendekatan dan strategi pengajaran juga dibincangkan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. Membezakan model, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran 2. Menghuraikan prinsip-prinsip am pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. 3. Menghuraikan ciri-ciri utama dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. 4. Menganalisis dan merumuskan kekuatan dan kekurangan setiap pendekatan dan strategi pengajaran Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik pengajaran Pendekatan Pengajaran Strategi Pengajaran Kaedah dan Teknik Pengajaran Pemusatan Guru Pemusatan Murid Pemusatan Bahan Pemusatan tugasan/ aktiviti Induktif Tematik Deduktif Integratif Eklektik Bermain Bercerita Lawatan Demonstrasi Perbincangan Penyelesaian Masalah
  2. 2. 33 3.1 Pendekatan Pengajaran Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran, maka pendekatan adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran yang diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang akan dibincangkan iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik. 3.1.1 Pendekatan induktif Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan Gibson, 1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh. Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif:  Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum.  Bahan bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar membuat kesimpulan.  Contoh khusus yang releven dan sesuai harus dipelbagaikan untuk menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.  Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.  Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan induktif menekankan pengajaran secara urutan yang tepat, iaitu contoh-contoh spesifik kepada umum Rajah 3.1 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah induktif Secara amnya, pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan. Jika guru inginkan pelajar memahami proses bagaimana sesuatu konsep atau generalisasi diperoleh, contohnya dalam pengajaran sains mengenai topik magnet, seorang Contoh-contoh khusus Memerhati dan mengkaji Mentafsir dan membuat generalisasi
  3. 3. 34 guru akan memulakan aktiviti pelajar diberikan satu kelompok bahan (klip kertas, pemadam, butang plastik, paku, duit, pensel, paku tekan, pemberis plastik dan pembaris logam). Kemudian pelajar diberikan sebatang magnet untuk melihat bahan manakah yang akan melekat pada magnet. Akhirnya, pelajar dikehendaki untuk merumuskan dalam satu ayat tentang eksperimen mereka. Pelajar dengan bimbingan guru akan membuat rumusan bahawa “magnet akan menarik bahan-bahan yang diperbuat daripada logam”. Guru boleh mengakhiri pelajaran dengan menggambarkan generalisasi dalam bentuk pengurusan grafik atau gambar visual. Sekiranya pelajar masih belum menguasai apa yang diajar, guru seharusnya meminta pelajar menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan yang mereka dapati sepanjang tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya menguasainya. (Rujukan: http://lrs.ed.uiuc.edu/students/m-weeks/deduct.html) Cuba buat Renungan Buat refleksi bagaimana anda mengikut prinsip pendekatan induktif dengan memberikan contoh pengajaran guru mengenai pemahaman sesuatu konsep yang lain 3.1.2 Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif adalah jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian Seaton, 1982). Rajah 3.2 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan deduktif Rumus, prinsip atau peraturan yang telah diketahui Kaedah deduktif Aplikasi rumus, prinsip, teorem atau peraturan peraturan Mendapatkan rumus, prinsip, teorem atau hukum yang baru
  4. 4. 35 Prinsip-prinsip pengajaran secara deduktif:  Pada peringkat permulaan, sesuatu masalah atau hipotesis diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit.  Penggunaan pendekatan deduktif harus mengikut langkah demi langkah.  Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau menghafal contoh dan membentuk contoh lain.  Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar menguasai kemahiran turut diberikan.  Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami konsep serta contoh yang diberikan.  Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya dalam situasi-situasi baru yang mempunyai masalah hampir serupa. Secara ringkas, pendekatan deduktif digunakan jika keutamaan pelajaran tertumpu kepada pemahaman konsep sahaja, bukannya proses memperoleh konsep. Dengan menggunakan contoh “magnet” seperti dalam pendekatan induktif, terlebih dahulu guru akan memberitahu bahawa “ Magnet akan menarik objek-objek tertentu, iaitu logam”. Guru akan menerangkan konsep “ penarikan” dan mengemukakan soalan “Adakah magnet akan menarik pensel?”. Perbincangan dilaksanakan dengan melakukan eksperimen di mana guru memberi pelajar sebatang magnet dan meminta mereka menggunakan magnet tersebut untuk menguji sama ada objek di dalam bilik darjah melekat padanya atau tidak. Pada akhir perbincangan, guru bersama pelajar merumuskan bahawa magnet menarik objek logam sahaja berdasarkan eksperimen dan contoh-contoh lain di dalam bilik darjah. 3.1.3 Pendekatan Eklektik Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan kedah induktif dan deduktif. Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, diikuti dengan generalisasai, ataupun guru akan mengakhirinya dengan memberikan contoh untuk mengukuhkan peraturan atau generalisasi. Hal ini lebih mirip kepada pendekatan induktif. Selain itu, guru boleh memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi
  5. 5. 36 diikuti dengan contoh dan diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi. Hal ini lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Perhatikan contoh pengajaran pada Rajah 3.3. Rajah 3.1(c) : Contoh pengajaran konsep sains dengan menggunakan pendekatan eklektik 3.1.4 Pendekatan Integratif Pendekatan yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik agar murid lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan. Guru sentiasa berusaha mengintegrasikan idea-idea baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid lebih berkesan dan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian Prinsip pendekatan integratif adalah: • Tumpuan diberikan kpd strategi pemusatan murid • Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintergrasikan untuk memberikan pelajar-pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang g dipelajari secara teori kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih menekankan perkembangan kemahiran berbanding dengan penyampaian maklumat semata- mata. • Peranan guru sebagai fasilitator. • Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas • Peluang untuk kerja berpasukan • Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan pelajar Pendekatan Induktif Pendekatan deduktif Ikan Katak Kucing Haiwan bertulang belakang Vertebrata Itik Ayam Kambing Burung Cicak
  6. 6. 37 Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada kandungan dan kemahiran berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif adalah berdasarkan langkah Hilda Taba (1962) seperti berikut: Fasa 1: Menghuraikan Pelajar digalakkan untuk menghuraikan tentang ciri sesuatu aspek yang dikaji. Contohnya, guru meminta pelajar menghuraikan warna katak, jenis makanan dan habitatnya. Kemudian, pelajar diminta untuk menghuraikan ciri-ciri kodok pula. Fasa 2: Membandingkan Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, pelajar diminta untuk membuat perbandingan antara kedua-dua haiwan tersebut. Pelajar akan mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dan kodok menggunakan pengurusan grafik “banding beza” Fasa 3: Menerangkan Setelah pelajar mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodok, mereka diminta untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri katak dan kodok. Penerangan melalui pemerhatian merupakan bahagian penting dalam fasa ini. Fasa 4: Hipotesis Pelajar diminta untuk membentuk hipotesis serta memikirkan secara abstrak dari segi penaaakulan sesuatu. Fasa 5: Membuat generalisasi Pelajar diminta untuk membuat rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan membentuk satu atau lebih generalisasi, bergantung kepada keluasan skop satu-satu pelajaran. 3.1.5 Pendekatan Tematik Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar. Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan. Secara keseluruhannya, pendekatan ini akan memberikan peluang kepada pelajar mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan.
  7. 7. 38 Selain daripada berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin, iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran terbit daripada tema (Guillanme, 2000). Konsep daripada pelbagai bahagian dalam mata pelajaranwujuddan dikaitkan dengan penggunaan tema. Unit-unit tematik selalu mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar. Dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memilih beberapa perbincangan individu dan kumpulan kecil akan mewujudkan rasa kepunyaan dan kemasyarakatan apabila pelajar dapat belajar bersama-sama dan berkongsi dapatan mereka. Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi merancang unit-unit tematik : (1) Pilih satu tema: Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada banyak bidang sesuatu mata pelajaran tetapi ia hendaklah tidak terlalu luas sehinggakan perkaitan yang bermakna hilang. Anda perlu fikirkan tentang matlamat yang lebih besar dan minat pelajar. (2) Membina jaringan perancangan: Membuat sumbangsaran untuk membina carta atau peta semantik yang meneroka pelbagai contoh bagaimana timbulnya tema tersebut. Rajah 3.4 : Contoh Perancangan Web (Ubahsuai daripada Guillaume, 2000: 30) Masyarakat Manusia tinggal bersama Sepanjang sejarah Bagaimana mereka berubah Masyarakat Biologikal Masa silam Mengkaji contoh-contoh dari hasilan sejarah yang diminati Haiwan yang tinggal bersama Sistem sokongan adalahberbeza Teknologi maklumat membawa kesan kpdmasyara kat. Masa kini: Masyarakat Keluarga berbeza
  8. 8. 39 Perhatikan bahawa jaringan di atas tidak menerangkan tentang bidang-bidang mata pelajaran tradisional seperti matematik atau kajian sosial dan ia seharusnya tidak terkongkong dengan pemikiran tertumpu secara tradisional. Membuat jaringan bersama rakan akan menghasilkan pemikiran yang divergen. (3) Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak. Ini termasuk bahan-bahan untuk seni,sastera, sumber-sumber yang lain, bahan-bahan teknologi dan bahan-bahan untuk masyarakat. (4) Rancang aktiviti: Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema, gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar-pelajar ke arah pencapaian matlamat pembelajaran. Jangan lupa untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memilih pembelajaran mereka. 3.2 Strategi Pengajaran Strategi pengajaranadalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-strategi pengajaran yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti. 3.2.1 Strategi Berpusatkan Guru Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi yang berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan. Ia juga bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar. Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, apakah ciri-ciri yang anda dapat kenalpasti sebagai pengajaran langsung. Bolehkah anda nyata beberapa ciri? Sekarang, mari kita melihat secara dekat ciri-ciri pendekatan ini. Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat juga hentian sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar. Pendekatan ini berguna untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh, pengajaran
  9. 9. 40 fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan, aturan tatabahasa dan konsep,perbendaharaan kata, pengiraan matematik dan membezakan fakta daripada pendapat adalah beberapa contoh di mana pendekatan pengajaran eksplisit adalah berguna. Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil yang menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah mengemukakan bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua pelajar latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap. Seorang guru yang masuk bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru akan memperlihatkan ciri-ciri berikut:  guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran;  pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas;  buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas;  setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru;  meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur;  pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah Bolehkah anda hubungkaitkan strategi berpusatkan guru ke dalam pengajaran harian anda? Adakah anda menggunakan pendekatan ini? Sekarang, berhenti sejenak dan fikir. Berhenti dan Berfikir Apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pendekatan berpusatkan guru? 3.2.2 Strategi berpusatkan murid/pelajar Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al, 1994).
  10. 10. 41 Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang berstruktur. Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan pelajar membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan oleh guru. Akan tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya. Berdasarkan pengalaman anda, apakah kelebihan strategi ini? Kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang positif,mewujudkan motivasi,memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi. Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan beberapa bentuk perbincangan. Contoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit termasuklah menganalisis trenda dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar karangan dan menulis tesis. Bolehkah anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai ? Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini? Guru-guru mestilah mahir dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti konsep- konsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.
  11. 11. 42 Mari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar :  Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.  Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara individu atau dalam kumpulan-kumpulan kecil.  Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan guru.  Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja secara individu atau di dalam kumpulan  Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan  Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. (http://www.arts.nie.edu.sg/ell/PeterT/Personal/Teachercentred%20learning.html) 3.2.3 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar. Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang utama. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam pembelajaran berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran, panduan pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. Bahan yang lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer, CD-Rom, multimedia, kumpulan perbincangan komputer, video interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks. Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia
  12. 12. 43 juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran diadakan. Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah :  membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat;  membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan;  mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan;  memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan  membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan. 3.2.4 Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa- apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka menyempurnakan aktiviti dengan jayanya). Kriteria-kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah:  Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar di mana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut iaitu pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.  Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti. Contohnya, aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan; aktiviti tersebut releven dan berguna untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran. Walau bagaimanapun, semasa memilih aktiviti yang tidak memenuhi kriteria utama, guru boleh menambil kira kriteria sekunder.  Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi, bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu .  Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya. Ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.
  13. 13. 44 Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau bantuan tentng cara menyempurnakan kehendak tugasan. Apabila pelajar mula melaksanakan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan Guru akan membuat semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat keseluruhan. 3.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran Kaedah pengajaranmerupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif pengajaran. Teknik pengajaranadalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepatkan penanggapan pelajar. 3.3.1 Bercerita Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau, peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca. Bagaimanakah kita melaksanakan sesi bercerita dengan berkesan? Mari kita lihat langkah- langkahnya: (1) Persediaan sebelum sesi bercerita: i. Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam satu bulatan bersama orang yang bercerita. ii. Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:  Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar
  14. 14. 45  Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian muka dan tangannya  Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai  Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk bertanya atau membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita  Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita. iii. Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu  diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita  diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik dalam situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman awal untuk pengalaman bercerita yang lengkap. (2) Semasa sesi bercerita: i. Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan kemudiannya. ii. Pastikan pelajar menumpukan perhatian iii. Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata dengan pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan mereka (3) Selepas sesi bercerita: i. Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita ii. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari. 3.3.2 Perbincangan Perbincangan merupakan prosesaktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran (Gauthier, 2001). Situasi wujud di mana guru membentuk suatu pandangan dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam kalangan pelajar. Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran. Orlich et al. (2007) berpandangan bahawa perbincangan merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar serta dapat merangsang pemikiran analitik. Perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran, iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran (Arends, 2001).
  15. 15. 46 Elemen-elemen penting dalam teknik perbincangan:  Matlamat dan objektif. Perbincangan secara kumpulan kecil untuk menghasilkan pembelajaran berbentuk proses dan bukan pencapaian hasil akhir. Maka pelajar perlu melibatkan diri secara aktif.  Saiz kumpulan yang ideal Saiz kumpulan yang sesuai dan praktikal adalah antara 6-8 orang.  Susun atur bilik Pastikan pelajar menghadap satu sama lain dan tidak diganggu dengan aktiviti lain dalam bilik darjah. Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan atau berbentuk “U” amat sesuai kerana memberikan kuasa/autoriti kepada guru atau ketua yang akan mempunyai kebebasan bergerak. Guru mempunyai laluan untuk ke papan tulis serta boleh bergerak ke dalam bentuk “U” agar dapat mendekati pelajar. Selain dari itu susunan berbentuk rantai atau “Y”.  Pemilihan topik Topik boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di dalam bilik darjah, seperti tentang mana-mana topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan umur pelajar. Yang penting topik yang dipilih releven dan dapat merangsang minat pelajar. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan dilema moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan. Pelaksanaan Sesi Perbincangan Empat perkara harus diteliti, iaitu proses dan interaksi, peranan dan tanggungjawab, kepimpinan dan kejeleketan (Orlich et al.,2007). Inti pati proses dalam perbincangan kumpulan merupakan interaksi verbal.  Proses dan interaksi Proses komunikasi amat penting untuk menjayakan perbincangan. Pelajar perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran mendengar apabila rakan berbincang serta dapat memberikan respons yang sesuai.
  16. 16. 47  Peranan dan tanggungjawab Guru berperanansebagai fasilitator, di mana akan membimbing pelajar dengan kemahiran, memberikan bahan dan peluang kepada pelajar untuk menentukan pengalaman pembelajaran. Selain itu , guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap pelajar untuk melibatkan diri. Dalam setiap kumpulan terdapat seoarang ketua kumpulan dan seorang pencatat, di mana peranan ketua dan encatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan.  Kepimpinan Kepimpinan amat penting dalam perbincangan kumpulan.Peranan sebagai ketua kumpulan merupakan seorang yang mempunyai autoriti dan mewakili kumpulan sebagai jurucakap.Sebelum memilih ketua, guru perlu menjadi model kepada pelajar. Guru juga perlu berkemahiran memulakan perbincangan, meminta pandangan daripada pelajar, memperjelas pernyataan dan meminta pandangan setiap pelajar. Maka, dengan memodelkan tingkah laku yang berwibawa, guru akan menjadi teladan (Bandura,1961 dalam Woolfolk, 2004) kepada pelajar yang dipilih sebagai ketua nanti. Apabila melaksanakan perbincangan kumpulan, guru boleh memilih ketua berdasarkan atribut dan kualiti kepemimpinan yang diperhatikan dalam kalangan pelajar. Antara atribut seorang ketua merangkumi populariti, tahap pencapaian akademik, kemahiran sosial serta kebolehan berfikir dan bertutur. Justeru, guru boleh melatih pelajar untuk menguasai kemahiran untuk mengemukakan soalan, melapor rumusan, melibatkan pelajar yang pasif dan tahu bagaimana mengawal pelajar yang dominan. Secara ringkasnya, seorang ketua perlu tahu memulakan perbincangan,mengawal kadar perbincangan,memberi maklum balas maklumat baharu, memberikan sokongan kepada idea-idea yang dikemukakan,selain membuat penilaian terhadap pencapaian matlamat perbincangan kumpulan.  Kejeleketan Elemen keempat, iaitu kejeleketan atau seperti Orlich et. al.(2007) menggunakan frasa “The ‘We’ attitude”. Dalam satu-satu perbincangan kumpulan, perlu ada kencederungan untuk ahli kumpulan bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan mempunyai rasa bangga terhadap kumpulannya.
  17. 17. 48 Jenis-jenis perbincangan (a) Sumbangsaran Sumbangsaran merupakan satu bentuk perbincangan yang mewujudkan sesuatu kumpulan berfikiran secara secara berkelompok. Setiap peserta digalakkan member idea dan setiap idea itu diterima untuk dikaji dengan lebih teliti. Pada akhirnya, idea yang paling sesuai sahaja yang dipilih sebagai rumusan. Rumusan tersebut menjadi hasil daripada sesi sumbangsaran. Osborn (1963) menyatakan terdapat dua tujuan sumbangsaran. Pertama, merupakan tujuan jangka panjang, iaitu untuk menyelesaikan suatu masalah penting. Kedua, merupakan tujuan jangka pendek, iaitu untuk mendapatkan seberapa banyak idea penyelesaian yang mungkin tentang suatu masalah. Langkah-langkah Pengajaran Melalui Sumbangsaran (b) Forum Forum digunakan sekiranya kumpulan adalah besar dan bilangan ahli juga ramai. Suatu panel yang terdiri daripada empat hingga lapan orang pakar akan menyampaikan idea-idea mereka. Panel ini terdiri daripada seorang pengerusi, dan ahli-ahli panel yang akan menyampaikan hujah-hujah akan duduk di hadapan peserta-peserta. Pengerusi panel akan Permulaan  Topik perbincangan dikemukakan.  Tujuan dibincangkan.  Murid-murid dibaagikan kepada kumpulan-kumpulan.  Ketua kumpulan dan pelapor dilantik. Perbincangan  Ketua kumpulan menggalakkan setiap ahli member idea.  Ahli-ahli tidak dibenarkan mengkritik.  Pelapor mencatat pendapat ahli-ahli  Ahli-ahli menapis idea. Penutup  Pelapor setiap kumpulan mengemukakan idea-idea kumpulan.  Idea-idea ditapis.  Rumusan dibuat setelah persetujuan dicapai.
  18. 18. 49 memulakan forum dengan memberikan sedikit penerangan tentang tajuk dalam suasana yang tenang. Setiap ahli panel mungkin diberi masa 4-5 minit untuk mengemukakan pendapat mereka. Kira-kira setengah jam diperuntukkan untuk menggulung perbincangan serta melayani soalan-soalan dari para hadirin. Ahli –ahli panel perlu membuat persediaan yang rapi supaya pengulangan hujah-hujah tidak berlaku. Adalah lebih baik sekiranya diadakan perbincangan di kalangan ahli-ahli panel tentang bidang masing-masing. Peranan pengerusi pula adalah untuk membuka dan menggerakkan perbincangan serta menggulung perbincangan pada masa yang ditentukan . Dia juga perlu menjaga keselesaan suasana perbincangan. Sekiranya berlaku ketegangan, pengerusi sepatutnya menyelesaikan dengan memasukkan unsur-unsur lucu yang releven. Di antara faedah-faedah perbincngan melalui forum adalah seperti berikut: 1. Berfikir secara analitis,kritis dan jelas. 2 . Berlatih untuk bertutur dengan terang serta lantang. 3. Membina keyakinan untuk mengemukakan pendapat. 4. Belajar bertukar-tukar pendapat dan dengan itu menggalakkan perkembangan intelek. (c) Seminar Seminar merupakan suatu pertemuan pembentang dengan sekumpulan pelajar/peserta untuk mendengar serta berbincang tentang satu topik. Penyampaian perlu disediakan dengan baik. Pelajar-pelajar yang lain seharusnya telah pun membuat persediaan yang lengkap untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Seminar lebih sesuai bagi pelajar/peserta yang dewasa serta mempunyai kematangan intelek. Kaedah ini memberi latihan kepada pelajar/peserta untuk merancang,mengelola serta mengumpul data-data untuk membuat satu-satu rumusan.
  19. 19. 50 Langkah-langkah pelaksanaan seminar adalah seperti berikut: (d) Sesi Buzz Kumpulan buzz merupakan kumpulan yang kecil iaitu terdiri daripada 4-6 orang ahli. Seorang ketua dan seorang pelapor atau setiausaha akan dipilih. Selepas guru membuat sesuatu penyampaian, kumpulan-kumpulan buzzakan memulakan perbincangan. Ketua akan mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya, manakala pelapor akan mencatatkan idea-idea dan seterusnya membuat suatu rumusan tentang perbincangan kumpulan kecilnya. Pada peringkat akhir, kumpulan-kumpulan kecil itu akan berkumpul semula untuk perbincangan am, Selepas itu, idea-idea yang dipersetujui akan disampaikan kepada guru yang akan merumuskan isi-isi penting dan dipaparkan dihadapan kelas. (e) Perbahasan Perbahasan adalah perbincangan yang formal dan ahli–ahli perbahasan telah membuat persediaan untuk menentang atau menyebelahi sesuatu isu. Ahli–ahli akan bercakap secara bergilir–gilir di antara pasukan dan masa yang diberikan bagi pembahas, kedua dan ketiga mungkin berbeza. Langkah 1 Perancangan  Kertas kerja disediakan . Langkah 2 Pembentangan  Kertas kerja dibentangkan. Langkah 3 Perbincangan  Para hadirin mengemukan soalan.  Pembentangan menjawab soalan Langkah 4 Rumusan  Ulasan diberi oleh pembentang  Rumusan dibuat .
  20. 20. 51 Biasanya dua kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap kumpulan lazimnya terdiri daripada empat orang ahli. Kumpulan yang dikenali sebagai pencadang akan menyokong topik perbahasan manakala kumpulan lagi satu dikenali sebagai manakala satu kumpulan lagi dikenali sebagai pembangkang akan menentang topik perbahasan. Seorang pengerusi dipilih untuk mengelolakan aktiviti perbahasan, manakala seorang penjaga masa akan membunyikan loceng apabila masa bagi setiap ahli dalam kumpulan telah tamat. Penghakiman akan dijalankan oleh tiga orang yang biasa terdiri daripada guru- guru sekolah. Perkara –perkara berikut perlu diingatkan semasa mengadakan perbahasan. i. Perbahasan sepatutnya difokuskan kepada tajuk dan bukan kepada pasukan pembangkang. ii. Isi- isi yang dikemukakan untuk menentang hujah-hujah pembangkang sepatutnya mempunyai bukti yang baik, relevan serta menunjukkan hujah-hujah pembangkang itu kurang bernas. iii. Hujah-hujah yang diberikan perlu membantu pendirian pembahas- pembahas lain di dalam kumpulannya. Buat rujukan dan bincang dengan pensyarah anda tentang langkah-langkah 3.3.3 Demonstrasi Cuba fikirkan sejenak tentang teknik ini bagaimanakah teknik demonstrasi atau tunjukcara berbeza dari syarahan? Perbezaan yang ketara ialah syarahan memerlukan pelajar– pelajar mendengar manakala demonstrasi pula memerlukan pelajar–pelajar memerhati. Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses demonstrasi, terdapat komunikasi lisan yang langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat atau idea. Biasanya ia adalah interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif.
  21. 21. 52 Demonstrasi membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia berfungsi. Terdapat jenis tunjuk cara semata-matanya, demonstrasi dengan komentar atau demonstrasi yang melibatkan pelajar. Dalam kebanyakan kes, guru menunjuk cara sesuatu perlakuan atau aktiviti sebelum meminta pelajar melakukan aktiviti tersebut secara individu.Bagi aktiviti yang melibatkan ramai pelajar, demonstrasi menyediakan model atau contoh-contoh perlakuan dan membina jangkaan-jangkaan dilakukan. Misalnya untuk pengajaran tarian, lukisan, gimnastik dan menjalankan uji kaji. Demonstrasi boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk kemahiran mengajar, dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan demonstrasi dengan berkesan, guru seharusnya merancang demonstrasi tersebut dengan teliti, termasuk membuat percubaan atau latihan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan demonstrasi. Semasa menunjuk cara, guru memastikan semua pelajar dapat menumpukan perhatian dan mengajukan soalan-soalan kepada pelajar. Selain, pelajar diberikan peluang untuk mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Selepas sesi praktis, sesi perbincangan tentang perkara-perkara demonstrasi yang penting dilakukan. Kemudian guru membantu pelajar membuat rumusan tentang demonstrasi yang dijalankan. Guru menyediakan aktiviti susulan untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar. Cuba fikirkan Kelebihan dan kelemahan kaedah demonstrasi dan implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran 3.3.4 Penyelesaian Masalah Dalam keidupan sehari-hari, anda menghadapi pelbagai masalah. Misalnya, ketika anda datang ke IPG, motosikal anda boleh rosak dalam perjalanan. Anda sekarang berhadapan dengan satu masalah. Seterusnya, anda berusaha mencari punca penyebab kerosakan enjin motosikal itu, Kemudian, anda membuat hipotesis yang plag motosikal anda kotor dan perlu dibersihkan. Anda pun bertindak untuk menguji hipotesis itu, iaitu dengan membersihkan plag. Selepas itu, enjin motosikal anda pun bergerak semula. Dengan itu, anda boleh membuat rumusan bahawa plag yang kotor boleh menjejaskan kelicinan pergerakan enjin.
  22. 22. 53 Justeru itu, strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang berdasarkan penyiasatan yang saintifik. Berikut adalah langkah-langkah strategi penyelesaian masalah Raja 3.5: Penyelesaian masalah Theory of Constraint (TOC) adalah satu daripada strategi penyelesaian masalah yang boleh digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk membentuk sistem penyelesaian masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai. Tujuan generik ialah untuk menterjemahkan gerak hati kepada format yang boleh dibincangkan secara rasional, menyoal dengan bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut. Ia digunakan untuk penyelesaian masalah, di samping memudahkan komunikasi, kerjasama dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah tersebut. TOC mesti menyokong salah satu daripada tiga objektif generik proses penyelesaian masalah yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan:  Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang kenyataan semasa, dan diagnosis – menentukan teras masalah atau konflik dan andaian-andaian yang mengekalkannya.  Apa yang hendak diubah: Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian strategi untuk mendapatkan apa yang diingini – preskripsi, membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian.  Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik yang boleh menjelaskan apa yang perlu berlaku dan menyelaraskan usaha kumpulan untuk melaksanakan strategi – merancang, pembinaan pasukan. Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai TOC. Mengenal pasti masalah Mencari maklumat Membuat hipotesis Menguji hipotesis Menilai dan Membuat rumusan
  23. 23. 54 3.3.5 Bermain Apakah main bermain? Main merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi sebenarnya sukar untuk didefinisikan. Menurut Fromberg (1987), secara umumnya main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik. Bermain dapat dikategorikan mengikut fungsinya, iaitu bermain sebagai satu kemajuan, bermain sebagai kuasa, bermain sebagai fantasi dan bermain sebagai main (Brian Sutton- Smith dalam Pellegrini, 1995).  Bermain sebagai kemajuan Bermain sebagai satu proses belajar, iaitu proses untuk menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial  Bermain sebagai kuasa Merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan lawan, menang dan kalah.  Bermain sebagai fantasi Berkait secara langsung dengan bermain sebagai kemajuan. Kedua-duanya melibatkan kanak-kanak, di mana bermain sebagai fantasi juga melibatkan peranan main dalam mencungkil dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan imaginatif.  Bermain sebagai main Mengutamakan kualiti pengalaman main itu sendiri, bukannya hasil daripada bermain. Kualiti main melibatkan pengalaman dalam diri pemain. Bagi kanak-kanak, main merupakan satu laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya dan manipulasi alatan. Bermain juga satu proses semula jadi yang menghubungkaitkan alam fizikalkanak-kanakdengan alam spiritual, pemikiran, kreativiti, perlambangan, idea, peranan serta pengalaman masa depan kanak-kanak. Bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan selamat, selain melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan kemahiran. Melalui bermain, perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan psikomotor dan perkembangan sosioemosi dapat dipupuk. Justeru melalui proses bermain
  24. 24. 55 juga kanak-kanak akan mendapat pengalaman langsung yang pastinya akan memberikan kesan pembelajaran yang bermakna. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat berikut: (1) Kategori bermain iaitu permainan sosial dan permainan kognitif (2) Ciri-ciri jenis permainan kognitif. Main berfungsi, main simbolik dan Main berperaturan serta implikasinya terhadap pembelajaran yang bermakna. 3.3.6 Lawatan Lawatan merupakan satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah dan pelajar- pelajar akan pergi ke tempat bahan-bahan pengajaran yang dapat diperhatikan serta dikaji secara langsung. Lawatan biasanya dibuat ke tempat-tempat seperti kilang-kilang, muzium, perpustakaan atau pertubuhan-pertubuhan lain yang ada kaitan dengan topik pelajaran. Ia termasuk tempat-tempat seperti anak sungai, kolam dan hutan bagi mengumpul bahan- bahan untuk kajian. Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan kerja-kerja susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada pelajar- pelajar. Di samping itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-aspek penting tempat lawatan boleh diberikan kepada murid-murid. Dengan cara ini, pelajar-pelajar dibantu memberikan perhatian kepada bahagian-bahagian penting yang harusdiperhatikan dangan lebih teliti semasa membuat lawatan itu. Dengan adanya objektif-objektif yang jelas serta perancangan yang teliti, pelajar-pelajar pasti akan memperolehi pengetahuan baru serta memperkayakan pengalaman mereka. Oleh tu, lawatan seperti ini dikenali sebagai lawatan sambil belajar. Tujuan-tujuan lawatan  Menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman sebenar tentang keadaan di kilang,ladang atau pelabuhan dan sebagainya.  Membolehkan pelajar-pelajar untuk memerhati,menyelidik dan merekod.  Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan merekod.  Meningkatkan daya ingatan pelajar-peajar tentang apa yang didengar,dibaca dan dilihat akan diingati dengan lebih lama lagi.
  25. 25. 56  Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada pelajar-pelajar.  Menyediakan peluang untuk melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam pembelajaran dan pengajaran.  Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.  Meningkatkan lagi perhubungan di antara pihak sekolah dengan masyarakat di luar.  Mendedahkan kepada pelajar tentang kedudukan alam sekitar.  Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan pegawai- pegawai di luar sekolah dan dengan itu memperoleh ilmu pengetahuan daripada mereka. Prinsip-prinsip lawatan  Tempat lawatan hendaklah memberi falsafah kepada pelajar-pelajar. Tujuannya ialah meningkatkan lagi kefahaman satu-satu konsep.  Tempat lawatan adalah selaras dengan topik pelajaran.  Kebenaran daripada pengetua, polis, ibu bapa dan pengurus tempat lawatan hendaklah diperoleh terlebih dahulu.  Rancangan yang teliti hendaklah dibuat.  Beritahu pelajar-pelajar tentang perkara-perkara penting yang harus diperhatikan  Satu soal selidik yang mudah boleh disediakan untuk aspek penting yang perlu diberi tumpuan.  Pebincangan dan aktiviti susulan hendaklah diadakan selepas lawatan dibuat. Langkah-langkah Pelaksanaan Lawatan Sebelum Lawatan  Pilih tempat yang selaras dengan topik pelajaran.  Sediakan panduan tentang perkara-perkara yang seharusnya diberi perhatian.  Beritahu perkara-perkara yang perlu dibuat catatan.  Dapatkan kebenaran ibu bapa peajar-pelajar yang menyertai rombongan.  Dapatkan kebenaran daripada pengurus kilang atau tempat yang hendak dilawati.  Kebenaran polis dan pengetua sekolah perlu juga diperolehi.  Dapatkan kenderaan yang diperlukan.  Sediakan soal selidik atau senarai semak yang perlu digunakan.
  26. 26. 57  Beritahu pelajar-pelajar tentang latar belakang tempat yang akan dilawati.  Guru hendaklah berbincang dengan pelajar-pelajar dan terangkan bagaimana lawatan itu akan membawa faedah kepada mereka.  Guru memberitahu tarikh, tempat lawatan serta bayaran yang dikenakan.  Guru mengaturkan langkah-langkah keselamatan seperti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika di tempat lawatan. Semasa Lawatan  Beri penerangan kepada pelajar-pelajar jika perlu.  Bahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil jika perlu.  Pastikan setiap orang pelajar melibatkan diri secara aktif.  Perhatian yang teliti hendaklah dilakukan agar penerangan pegawai di tempat lawatan.  Kawalan ke atas pelajar-pelajar hendaklah dilakukan agar kemalangan dapat dielakkan.  Guru menggalakkan pelajar agar mengemukakan soalan-soalan yang releven.  Guru membantu pelajar mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara jika perlu. Selepas Lawatan  Guru mengadakan perbincangan bersama pelajar-pelajar berhubung perkara- perkara yang dicatatkan.  Guru menjawab segala soalan pelajar atau apa sahaja kesulitan yang mereka hadapi semasa lawatan.  Guru membantu pelajar membuat laporan tentang lawatan itu.  Guru membimbing pelajar menyediakan rumusan tentang lawatan.  Pelajar mempamerkan bahan yang dikumpulkan ketika membuat lawatan.  Guru memberikan aktiviti susulan kepada pelajar-pelajar. Kebaikan-kebaikan Lawatan  Lawatan memberikan pelajar-pelajar tentang alam sekitar akan bertambah.  Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria.  Kaedah lawatan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran.  Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.  Lawatan memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pekara atau topik yang diajar oleh guru.
  27. 27. 58  Lawatan menyediakan peluang bagi pelajar mengaitkan perkara yang dipelajari di bilik darjah dengan keadaan yang sebenar di luar bilik darjah.  Lawatan meningkatkan kemahiran pelajar memerhati,menganalisis dan membuat laporan.  Lawatan dapat menimbulkan minat serta perasaan ingin tahun pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan-kelemahan Lawatan  Tanggungjawab membawa pelajar-peljar ke tempat lawatan amat berat.  Masalah disiplin mudah timbul.  Prosedur-prosedur pentadbiran adalah kompleks.  Sekiranya persediaan kurang baik,lawatan tidak mungkin mencapai objektif- objektif pelajaran.Dengan itu,masa serta tenaga terbuang.  Kalaulah tempat lawatan yang dipilih kurang sesuai, maka lawatan itu tidak membawa faedah sepenuhnya.Lawatan seperti ini hanya dapat menghiburkan pelajar-pelajar sahaja.  Kebenarandaripada kilang atau tempat lawatan yang berkenaan tidak mudah diperoleh kerana ianya boleh menjejaskan aktiviti pengeluaran. 3.4 Faktor – Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah dan Teknik Pengajaran Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru semasa merancang pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai agar penyampaian input kepada pelajar akan menarik dan bermakna. Beberapa faktor yang perlu diberi pertimbangan sebelum guru dapat melaksanakan kaedah dan teknik dengan jayanya. Mengikut Pierce dan Lorber(1977), faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik mengajar termasuklah: (a) Objektif Pengajaran (b) Jangka masa Pengajaran (c) Bahan Pengajaran (d) Latar belakang Pelajar, dan (e) Jumlah dan Susunan Pelajar (a) Objektif Pengajaran Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang pengajar untuk memikirkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.Setelah menentukan objektif, baharulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai
  28. 28. 59 objektif tersebut. Penyediaanobjektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalamsukatan pelajaran mata pelajaran tersebut.Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya. (b) Jangkamasa Pengajaran Dengan jangka masa yang telah ditetapkan, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tertentu.Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minitatau 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajaran tersebut mengambil dua masa yang berturutan. Dengan tempoh masa yang ditetapkan, guru boleh memilih kaedah dan teknik yang sesuai untuk masa tersebut. Sebagai contoh, jika dua waktu mengajar, teknik perbincangan sesuai kerana memberi peluang pelajar untuk mengemukakan idea dan berpeluang untuk membentang serta berkongsi pandangan dengan seluruh kelas. (c) Bahan pengajaran dan pembelajaran Pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajaran itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kadah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahirann-kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. (d) Latar belakang pelajar Tahap keupayaan otak dan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu digunakan.Antara perkarayang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar.Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah atau Theory of Constraints(TOC) yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah adalah tidak sesuai bagi murid-murid di tahap 1 sekolah rendah. Teknik bercerita dan bermain amat sesuai dipilih sebagai teknik
  29. 29. 60 pengajaran untuk murid-murid sekolah rendah kerana berunsur pembelajaran yang menyeronokkan. (e) Jumlahdansusunanpelajar Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang hendak dipilih dalam pengajaran. Bilik darjah yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai akan menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Guru perlu mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Contohnya, jika guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan aktiviti permainan masing- masing. Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran. Selain dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai seperti di dalam dewan, persekitaran sekolah atau padang sekolah jika kaedah yang dipilih itu memerlukan ruang yang lebih luas. Rumusan Tajuk ini membincangkan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Pelbagai cara bagaimana mengajar sesuatu pelajaran, dan jenis jenis strategi pengajaran dikemukakan dan guru perlu memilih pendekatan dan strategi yang sesuai. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran juga dibincangkan. Rujukan Arends,R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co. Block, J.H. &Anderson,L.W.(1975). Mastery learning in classroom instruction. New York: Macmillan. Bloom,B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGraw-Hill Co. Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach. New York: Holt, Rinehart and Winston. Bruner,J.S.(1966). Towards a theory of instruction.Cambridge,MA:Harvard University Press. Good, T.L. & Brophy,J.E.(1994). Looking into classrooms.(6th ed.).New York:HarperCollins.
  30. 30. 61 Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2nd ed.). Buckingham: Open University Press Kagan, S.(1994). Cooperative learning.San Clemente,CA:Kagan. Orlich,D.C,Harder,R.J.,Callahan,R.C.,Trevisan,M.S. & Brown,A.H.(2007). Teaching strategies: A guide to effective instruction.Boston: Houghton Miflin Co. Ormrod, J.E. (2008). Educational psychology: Developing learners.(6th ed.) New Jersey: Pearson Education. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Pembelajaran masteri. KL: Kementerian Pelajaran Malaysia. Slavin,R.E.(1995). Cooperative learning:Theory,research and practice.(2nd ed.) Boston: Allyn & Bacon. Slavin, R. E. (2005). Educational psychology. Theory and practice. Boston: Allyn and Bacon. Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (7th Ed).New Jersey: Prentice Hall.
  • RachelGoodwin12

    Dec. 3, 2021
  • NurSyuhailaAbdulLati

    Nov. 23, 2021
  • NurSyazanaIsmail1

    Nov. 23, 2021
  • NurNabihahMohamadNiz

    Nov. 6, 2021
  • SitiSalehahAmirsah

    Oct. 5, 2021
  • aderi720407

    Oct. 2, 2021
  • Bronkoman

    Sep. 20, 2021
  • KhrunNiqmah

    Sep. 7, 2021
  • nadzirahnorman1

    Aug. 20, 2021
  • pritah

    Aug. 2, 2021
  • NurNasyitah

    May. 28, 2021
  • ShimahRusli

    Apr. 21, 2021
  • tineezain

    Mar. 10, 2021
  • MUHAMMADNAIMABDULHAM

    Mar. 2, 2021
  • AltofunNisaa1

    Jan. 10, 2021
  • izmerkhasbullah

    Dec. 30, 2020
  • LuccindaSteven

    Dec. 1, 2020
  • SakinahAbdullah2

    Nov. 24, 2020
  • ChrisUlan1

    Nov. 1, 2020
  • FatinAlwaniMansor

    Oct. 31, 2020

Tajuk 3

Aufrufe

Aufrufe insgesamt

205.500

Auf Slideshare

0

Aus Einbettungen

0

Anzahl der Einbettungen

2.562

Befehle

Downloads

1.893

Geteilt

0

Kommentare

0

Likes

52

×