SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
Awal tahun 2007
Setelah keputusan Penilaian Menengah Rendah diumumkan lewat tahun 2005, ketika itu aku
masih lagi belajar di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru dan menetap di Asrama Semai Bakti
FELDA Johor Bahru. Pada pagi pengumuman keputusan PMR itu, hatiku mula rasa gelisah.
Pada pagi itu juga, awal pagi, tapi aku tak ingat bila tarikhnya, aku, Saddam dan Faizzy yang
merupakan anak jati Felda Redong 1, Segamat bertolak ke Johor Bahru. Ketika itu dengan
berbekalkan wang RM 50 pemberian Mak, aku bertolak ke sana dengan harapan dapat
menyambung belajar di sekolah itu lagi. Ketika sampai di Terminal Larkin, kami berjumpa
dengan rakan - rakanku yang belajar sama sekolah denganku. Namun, kata seorang rakanku,
Fariz (nama panggilannya Apau) keputusan PMR pelajar asrama tidak beberapa memuaskan.
"Habislah aku, aku rasa aku yang kena buang asrama ni..", kata Fariz dengan nada yang cemas.
Mengikut peraturan asrama, sesiapa yang mendapat 5 A termasuklah dalam subjek Sains dan
Matematik sahaja dibenarkan menyambung persekolahan di asrama itu. Asrama itu umpama
syurga bagiku. Bertemu rakan - rakan yang "sebulu" denganku, yang sama - sama pergi sekolah
denganku, yang mengajarku erti kehidupan di bandar ketika umur masih lagi setahun jagung.
Mereka umpama adik beradikku. Terutamanya 7 orang yang paling rapat denganku. Kami nakal.
Lompat pagar, ponteng sekolah, bergaduh bersama - sama. Kami mempunyai ikatan
persaudaraan yang sangat kuat. Namun, peraturan asrama lebih besar daripada perhubungan
kami ini. Sepanjang 3 tahun belajar bersama - sama, tidak pernah kami bergaduh, kecuali pada
awal - awal perkenalan kami
"Okay, nama - nama yang saya sebutkan ini, saya harap anda bersabar, dan anda tidak dapat
meneruskan lagi penempatan awak di asrama ini", kata Encik Karim, warden yang amat kami
"musuhi". Encik Karim merupakan warden yang amat pilih kasih, bagi kami. Kami akan selalu
dituduh walaupun kami tidak melakukannya..
"Saddam, Haikal Sohar, Haikal Muslim, Ahmad Fariz dan akhir sekali... Arsyad Arifin. Kamu
semua tidak lepas kelayakan PMR dan kamu diarahkan untuk tidak menyambung pengajian di
asrama ini." kata Encik Karim dengan nada yang amat keras.
"Aduhhh, matilah aku, apa aku nak jawab kat mak aku", kataku, Pada ketika itu, wajah Mak,
Abah dan adik - beradik semua bermain - main dalam kepalaku.
"Kat mana aku nak sekolah lepas ni, dengan siapa aku nak berkawan, siapa yang nak berkawan
dengan aku". Macam - macam pertanyaan berada di dalam kepalaku. Pada masa itu, hanya
"kawan" yang berada di dalam kepalaku. Kawan adalah segala - galanya pada ku. Kawan itu adik
beradik sewaktu berada di asrama. Kawan itulah menolongku sewaktu aku susah, ketika sakit,
ketika ku mahukan pertolongan, kawan itu lah segala - galanya.
"Assalamualaikum Mak, Ipin ni, Ipin tak lepas keputusan PMR tu. Maafkan Ipin, Mak", kataku
menerusi telefon bimbit kepada Ibu ku. "Takpelah Pin, tak ada rezeki kau lah tu, baliklah
Segamat dulu", jawab Emak ku. Ketika itu, perasaan serba salah itu amat memukulku. Mana
taknya, aku merupakan anak bongsu ibu bapaku. Dan mereka amat menyayangiku.
Urusan perpindahan sekolah pun bermula. Daripada bersekolah di Johor Bahru, aku berpindah ke
sekolah di sekolah berdekatan kampungku.
"Woi Pin, kau dah sekolah kat sini ke? Apsal balik kampung. Hahahaha" pertanyaan kawan ku di
kampung itu tidak sempat ku balas tetapi diakhiri dengan gelakan ketawa. Pada ketika itu, begitu
malu sekali aku bukan kepalang. Namun ku gagahkan juga. Hidup mesti diteruskan, tiada alasan
lain. Ketika dulu berada di Johor Bahru, aku dikatakan budak kampung kerana pakaian yang
tidak seperti masyarakat bandar. Tetapi itu tidak penting, kawan ku ramai. Mereka sama 0 sama
hampir serupa denganku. Tiada masalah!
"Awak pilih kelas apa yang awak minat, sama ada Sains Tulen, Sains Pertanian, Akaun atau
Akuakultur. Tapi kelas terakhir tu, saya nasihatkan awak jangan masuk, Mereka kebanyakannya
degil". Kata guru tersebut. Aku hanya mengangguk, Aku juga degil, malah lebih degil daripada
mereka yang berada di dalam kelas terakhir itu. Cuma mereka degil sehinggakan guru - guru
nampak. Mereka tidak pandai bermain dengan keadaan!
"Hmm, okaylah cikgu, saya minta kelas Sains Tulen, boleh? Guru itu terus mengangguk. Dia
amat bersetuju. Makin ramai pelajar Melayu lelaki di dalam kelas itu, lagi elok, pada
pendapatnya. Aku tak tahu sama ada perkiraanku ini betul atau tidak, cuma aku mahu bermula
dari bawah semula. Hidup mesti diteruskan!
Aku meneruskan persekolahan di sekolah baru ku, SMK Tenang Stesyen, Segamat. Saddam,
rakanku bersekolah di kawasan Bandar Segamat, namun aku lebih selesa di kawasan ini.
Kawasan kampung ini walaupun tidak secanggih bandar, walaupun banyak pokok kelapa sawit
dan getah berbanding bangunan tinggi - tinggi namun aku lebih selesa. Aku sedar aku anak
kampung, anak kampung yang gagal dan harus bangkit cepat. Aku mesti melalui semua ini.
"Woi Ipin... kau dah sekolah kat sini eh? Bukan ko sekolah kat JB ke dulu?, tanya seorang
rakanku, Faezzul Fadhli. Nama ringkasnya, Faiz. Aku hanya mengeluh.
"Aku kena singkir dengan asrama" jawabku ringkas, malas hendak bercerita lebih panjang
mengapa aku di sekolah ini. " Rileks la, aku ada. Aku tahu kau ada kawan kat sini tapi tak sama
pemikiran dengan kau, tapi aku boleh jadi kawan kau" kata Faiz, selamba. Aku hanya tersenyum,
menjabat tangan dengannya. "Terima kasih, Iz" jawabku. Faiz merupakan seorang yang baik,
walaupun di daripada kelas hujung, setiap kata - katanya tidak menyakitkan hatiku. Senang kata,
dia merupakan seorang rakan yang nakal juga, tetapi tidak menyakitkan hati sesiapa. Aku selesa
berkawan dengannya. Walaupun ramai kawan yang sekampung lain, tetapi aku lebih suka
berkawan dengannya. Jiwanya hampir sama denganku.
Pertengahan tahun 2008, sebelum Kejohanan Bola Sepak Eropah bermula.
"Pin, jom pegi mancing, boringlah hari ni" ajak Faiz pada ku. Pada hari itu, Sabtu, memang
membosankan dan lebih bosan jika aku hanya duduk di rumah sahaja. "Okay jom. Tapi aku
takde joran" jawabku sambil tersenyum. "Takpe, aku ada, aku bawak tiga nanti. Tapi aku nak
pakai dua". Aku hanya tersenyum, dan segera mengambil pakaian dan cangkul untuk mencari
cangkul. Pada ketika itu, pada fikiranku hanya satu, umpan ikan adalah cacing. "Tak payah
banyak sangat cacing tu, aku ada bawak lipas dengan dedak", Faiz memberitahuku.
Perjalanan ku ke kawasan memancing itu jauh juga. Kira - kira 5 kilometer daripada kawasan
perkampungan Felda aku. Melihat ke langit, awan sudah berkepul - kepul hitam. "Patutlah panas
semacam, nak hujan rupanya" aku memberitahu Faiz. Faiz hanya mengangguk, tanda bersetuju
dengan pendapat ku. "Kalau hujan, kita balik lah. Masa hujan ni, ikan takde". Aku pula
mengangguk. Pada pendapatku, sama ada ikan dapat atau tidak, sama ada hujan atau tidak, itu
tak penting, yang penting, kebosanan aku pada hari itu terubat. Aku terus mengikutnya ke tempat
memancing di dalam kawasan kebun kelapa sawit.
"Kau tahu tak, di sini lah kawasan memancing kegemaran aku. Walaupun tak banyak ikan, tapi
tempat ni tenang. Lagipun aku kelas akuakultur, jadi aku memang minat dengan ikan - ikan ni
semua" kata Faiz, sejurus sampai di kawasan memancing itu. Aku hanya mengangguk, tanda
bersetuju. Memang Faiz mempunyai ilmu yang luas di dalam memancing ini. Walaupun aku
pernah juga mengikut abang - abang ku memancing, namun aku hanya berharap kepada mereka
untuk membuat semua persediaan untuk memancing. "Nah, ni joran untuk kau, jangan sampai
rosak, bising Atuk aku nanti" bagitahu Faiz kepadaku. "Atuk? Ayah dan Mak kau mana?" tiba -
tiba soalan itu terpacul dari mulutku. "Hmm... diorang ada di Kelantan, bekerja di sana. Kat sini
Atuk aku yang jaga aku". "Ohhh..." sambut ku.
Aku masih ingat lagi, pada waktu itu, jam 4 petang, sudah hampir 3 jam kami di tempat
memancing itu namun hanya beberapa ekor sahaja ikan yang kami dapat. "Jomlah balik Pin. Hari
pun memang nak hujan sangat ni". Aku hanya mengangguk, bersetuju. Memang apabila aku
pandang ke langit, awan sangat gelap, tanda hujan hendak turun sebentar lagi. "Kalau main hujan
best jugak" kata ku, berseloroh. "Lusa kita nak ke sekolah, demam nanti, susah, enjoy - enjoy
jugak, kesihatan kena jaga jugak" jawab Faiz, sambil menasihati. Aku hanya tergelak. Tidak
menjawab.
Kami bersiap - siap untuk pulang. Disebabkan hujan telah turun rintik - rintik, Faiz melajukan
lagi perjalanannya itu. Mungkin dia mahu cepat pulang. Aku hanya berfikir di dalam hati.
Sampai di suatu selekoh, motosikal yang kami tunggangi itu hilang kawalan, aku hanya menjerit
dan kami terjatuh di situ. "Pin, kau okay tak? Ada luka?" Faiz bertanya kepadaku. Aku melihat
tanganku, berdarah tetapi tidak seserius mana. "Tangan kau tu luka". Faiz berlari ke arah
motosikal dan mengambil kain perca dan mengoyakannya lalu melilitkannya di tanganku.
"Kejap, kejap, aku nak basuh dulu luka ni", aku memberitahunya. Faiz hanya mengangguk.
Selesai membasuh tangan, Faiz terus mendapatkanku. Tanganku yang luka itu dibalutnya.
Nampak daripada riak mukanya itu semacam menyesal. "Salah aku, aku tak pandu moto ni betul
- betul", Faiz meminta maaf daripadaku. "Takpe Iz, aku okay. Sikit aje ni". Padaku luka itu tidak
seserius mana. Kejadian itupun bukan disengajakan oleh Faiz. "Maafkan aku", pinta Faiz.
Mukanya menyesal. "Sikit aje luka ni. Aku okay aje. Lagipun kau bukan sengaja". Dia terus
meamapah ku dan membawa ku pulang ke rumah.
Pada malam kejadian itu, dia datang sekali lagi ke rumahku. Ibu bapa ku ada bertanya mengapa
tangan berbalut, namun aku menjawab aku terjatuh semasa memancing. "Tersadung", jawabku
ringkas. Menjawab kalimah suci itu dan aku terus ke beranda. Melihat muka bersalah Faiz, aku
tahu dia masih lagi rasa bersalah tentang perkara tadi. Sepatutnya, malam ini kami merancang
untuk ke Bandar Segamat, ingin mengambil angin malam Segamat, niat ku. Namun, malang
tidak berbau, apabila ditimpa kejadian begini, aku tiada lagi keinginan untuk pergi ke bandar itu,
malahan aku rasa ingin berehat sahaja di rumah. "Kau tengah buat apa?", tanya Faiz. "Makan...
Kau dah makan?", soalku semula. Faiz mengangguk. Aku tahu kedatangannya itu bermaksud.
Seperti malam - malam kebiasaan, sama ada Faiz atau aku datang ke rumah masing - masing
untuk pergi ke warung di Felda kami, untuk berbual - bual sama ada ingin menonton perlawanan
bola sepak ataupun merancang ke mana - mana pada esok hari.
"Jom, arep mamper warung", ajak Faiz di dalam Bahasa Jawa. Bahasa Jawa merupakan antara
bahasa perantaraan kami di felda ini. Kebanyakan daripada penduduk di sini merupakan
masyarakat etnik Jawa. Aku anggarkan jumlah mereka sekitar 60% daripada penduduk di sini
adalah daripada masyarakat etnik Jawa. Namun, generasi mereka seperti aku sudahpun jarang -
jarang menggunakan Bahasa Jawa sebagai bahasa perantaraan, kalau adapun, sekali - sekala.
Percampuran antara orang Melayu, Banjar, Bugis dan masyarakat bukan Melayu menyebabkan
kami lebih selesa berbahasa dalam Bahasa Melayu. "Jom", jawabku, tanda bersetuju dengan
ajakannya itu. Sebenarnya aku pula rasa gundah dengan perangai Faiz pada hari ini, sedangkan
dia banyak kali juga "mengenakan" aku, tetapi pada hari ini, nampak dia begitu serius untuk
meminta maaf, dari petang tadi dan sehingga ke malam ini, dia masih tidak berputus asa.
"Aku nak minta..." Faiz memulakan bicara di warung itu. Pantas aku memintas kata - katanya itu
"Kau nak minta maaf lagi ke? Kan aku dah cakap aku takde apa - apa. Jangan risau. Takkan
dengan sebab ni aku nak marah dengan kau". "Aku tengok luka kau serius, aku rasa bersalah"
kata Faiz. "Takde papelah, Iz" jawab aku. "Malam ni, biar aku belanja", Faiz melawak. Aku
tersenyum dan tergelak. "Macam tu lah... Baru kawan", aku membalas dan terus ketawa. Kami
terus berborak sehingga lewat jam 12.00 tengah malam. "Balik jom", aku mengajaknya.
"Minggu depan dah start bola EURO, aku rasa aku nak tengok semua match. Sebab rasanya
lepas ni macam malas lagi nak tengok bola" Faiz mencadangkan kepadaku ketika kami sampai di
kawasan rumah ku. "Okay aje, aku pun suka tengok bola Eropah ni. Aku rasa aku nak sokong
Sepanyol kali ni, tengok macam okay je permainan diorang", aku mengiyakan cadangannya dan
menghulurkan jari kelingkingku, tanda berjanji. "Okay, aku nak sokong Rusia. Hahaha..", dia
turut menunjukkan jari kelingkingnya dan tergelak. Mungkin kerana keputusannya menyokong
Rusia pada perlawanan bola kali ini agak pelik dari kaca mata ku. "Takde kumpulan lain ke kau
nak sokong?", aku bertanya, sinis. "Suka hati akulah. Aku suka mencipta kelainan", jawab Faiz.
Aku terus bersalam dengannya untuk pulang ke rumah. Sememangnya itulah yang ibu dan
bapaku ajar kepada ku. Sama ada tua atau muda seseorang itu, kita harus tetap bersalaman
dengan mereka, sebagai tanda hormat.
Perlawanan bola sepak antara Belanda dan Rusia
"Goll!!!" jerit Faiz. Pada ketika itu Rusia menyamakan kedudukan gol dengan Belanda. Aku
menepuk dahi. "Aishhh... Aku ingat dah bungkus si Rusia ini. Defend Belanda ni buat apa?"
soalku. "Tengoklah team siapa"., jawab Faiz, sambil tergelak - gelak. Perlawanan memasuki
minit terakhir dan masing -masing saling mengasak. "Gol lagi!!!" jerit Faiz, puas. Mukanya
kemerah - merahan, tanda puas hati. Faiz mempunyai darah keturunan Cina, dan kulitnya lebih
putih daripada aku. "Hahaha, puas hari ni, puas. Tak sia - sia", kata Faiz, bersemangat. Kami
pergi ke beranda rumahku dan ketika itulah Faiz mengajakku untuk berjalan - jalan di sekitar
kawasan Felda, walaupun jam sudah menunjukkan 5.30 pagi. Namun atas semangat setiakawan,
aku mempersetujui tanpa banyak soal.
"Aku rasa lepas ni aku tak tengok bola lagi, tu yang aku lepaskan semua tadi. Hehehe.." Faiz
cuba berjenaka. Namun aku tidak merasai apa - apa perubahan mengenai perangainya.
Perangainya memang begitu, tetapi akhir -akhir ini kerap kali dia mengatakan tentang perkara
"tak dapat". Namun aku tidak dapat mengesan perubahan tingkah lakunya. "Jom, pergi kat mesin
ATM kejap, aku nak keluarkan duit. Siang nanti aku nak pergi Segamat kejap, nak belikan
hadiah untuk seseorang", ajak Faiz. "Untuk awek kau ke? Untunglah..", balasku. "Hahaha. Dah
lama aku tak belikan dia hadiah". Aku terus mengikutnya ke mesin ATM yang terletak di
kawasan Pejabat Koperasi Feldaku itu.
"Petang nanti aku nak pergi Segamat, dengan Wan (rakanku yang lain). Kau nak ikut tak?" Faiz
bertanyakan kepadaku. "Tak kot. Aku banyak lagi homework belum siap. Kau pergilah okay?"
Aku menjawab. Sememangnya aku memang mempunyai banyak homework yang belum aku
siapkan. Ketika kami pulang dari sekolah, Faiz sekali lagi bertanyakan soalan kepadaku. "Kau
tak nak ikut aku ke?. "Aku ada homework". jawabku ringkas. "Okay", balasnya
Sewaktu ke kedai pada petang itu, salah seorang rakanku menegur. "Pin, kau kenal Faezzul
tak?", tanya Solihin, salah seorang rakanku. "Kenal, kenapa dengan dia?", balasku. "Aku dengar
dia terlibat dalam suatu kemalangan tadi. Dekat kawasan Jambatan Timbang Tenang Stesyen".
kata rakanku, dengan nada sedih. "Ya Allah. Selamatkanlah dia. Selamatkanlah dia", aku
beristighfar berulang - ulang kali. Hatiku mula rasa sedih. Faiz merupakan kawan pertamaku di
Felda ini yang aku rapat. Banyak kenanganku bersamanya. Kami memancing, melepak, pergi ke
bandar bersama. Pada petang itu juga aku pergi ke rumah datuknya. Rumah datuknya tidaklah
jauh sangat daripada rumahku. "Alang - alang dah pergi ke kedai ni, baik juga aku pergi ke
rumah atuk Faiz ni", aku berkata di dalam hati. "Assalamualaikum", perlahan tapi kuat suaraku
apabila sampai di rumah Datuk Faiz. Tidak bersahut salam apabila masuk kali ketiga aku
memberi salam ke kawasan rumahnya. "Hmmm... Takde orang. Mungkin semua dah dapat berita
buruk ni. Dan semua dah pergi ke Hospital Segamat", getus hatiku.
Pada malam itu, ketika sebelum waktu Isya', telefon bimbitku berdering. Aku cuba menghubungi
Faiz pada petang selepas aku balik dari rumah datuknya. Tapi gagal. "Assalamualaikum, Arsyad
Arifin ada?". "Waalaikumsalam, ye saya Arsyad. Ni siapa?", aku bertanya semula. Nombor yang
dipaparkan itu tiada dalam kenalanku. "Saya Faseha, rakan sekelas Faiz", jawab suara itu,
memperkenalkan diri. "Oh, Seha, kenapa?" aku bertanya semula kepadanya. "Aku harap kau
sabar. Faiz dah takde. Dia dah meninggal dunia lepas Maghrib masuk tadi. Jam 7.15 petang. Aku
harap kau sabar. Aku tahu kau kawan baik dia", Faseha memberitahuku. Aku terduduk, tapi
tanganku masih tak melepaskan lagi telefon bimbit. "Innalillah. Kepada Allah kita datang,
kepada Allah kita kembali", jawabku, sedih teramat sangat.
Aku segera menunaikan solat Isya' dan selepas selesai menunaikannya, aku menghidupkan enjin
motor. "Kau nak pergi mana?" soal ibuku. Pelik. Mana taknya, dengan mata yang merah dan
memegang naskhah Yaasin aku meluru ke kawasan parking rumahku. "Kawan Ipin meninggal
dunia, Mak. Faiz dah meninggal dunia", jawabku. "Innalillahiwainnailahirojiun", kalimah itu
keluar daripada mulut Ibuku lalu menggeleng. "Dia budak baik, walaupun dalam pelajaran tak
berapa baik", tambah Ibuku. Ibuku sedikit sebanyak mengenali Faiz. Kadang - kala ketika aku
lambat, Ibulah yang selalu berbual dengannya. Ternyata Ibu tidak menghalang kami daripada
berkawan, walaupun dia berada di dalam kelas hujung di sekolah. Ibuku selesa dengan
perangainya. "Kirim salam Mak kat keluarga Faiz", Ibuku bersuara lagi. "InsyaAllah", jawabku
ringkas.
Ketika sampai di rumah arwah, aku terus meletakkan motorku di kawasan tepi jalan rumahnya.
Tiba - tiba aku terserempak dengan Tam, salah seorang rakanku juga. Tam. "Tam, kau tahu
macam mana arwah meninggal? Dia kemalangan dengan apa?" tanyaku. "Wan bawa motor, tapi
dia tak perasan kereta depan dia berhenti. Arwah duduk di belakang, membonceng, tercampak ke
tepi dan badannya terkena pokok tepi jalan tu. Wan pun teruk juga, dia baru tahu arwah
meninggal sebab lepas kemalangan tu, dia tak sedarkan dia. Mungkin terkejut", jawab Tam,
ringkas, tapi memberi maklumat yang aku agak tepat. "Oh... aku nak lihat mukanya buat kali
terakhir, dia rakan aku yang baik", jawabku di dalam hati.
Van mayat pun sampai ke rumah arwah kira - kira jam 11 malam dan mengangkat keranda ke
dalam rumahnya. Aku juga yang mengangkat jenazahnya keluar daripada keranda itu. Aku buka
bahagian matanya. "Ya Allah, sesungguhnya insan inilah yang aku kenal dan aku kasihi
semenjak aku berpindah ke sekolah ini, dialah yang menjadi tempatku mengadu", aku berdoa ke
hadrat Illahi untuk roh Faiz. Aku menangis teresak - esak, lemah dan hampir longlai.
Kebanyakan rakan - rakan sekolah kami juga begitu, termasuklah Seha, teman wanita Faiz. Aku
mencium dahi arwah, sejuk. "Aku tak akan lupakan kau sampai bila - bila, Iz", kataku di dalam
hati. "Baik, kita akan kebumikan arwah lepas solat Subuh esok, kata Imam Amin, salah seorang
Imam tersohor di Feldaku itu.
Pada malam itu, aku hanya duduk di tepi arwah dan hanya membacakan Surah Yaasin
kepadanya. "Ini sahaja yang aku mampu untuk kau, Iz", aku berbisik kepadanya. Walaupun aku
tahu dia telah meninggalkanku buat selama - lamanya. Aku tahu dia mendengarnya. Aku tahu.
"Aku datang esok pagi, Iz. Lepas Subuh aku datang semula", tambahku. Jam telah menunjukkan
jam 3.00 pagi. Aku perlu pulang ke rumah untuk mandi dan ganti pakaian.
"Kepada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali...", itu ayat talkin daripada Imam
Amin. Alhamdulillah, selesai upacara pengebumian arwah, aku terus balik ke rumah. Semoga
Allah merahmati roh arwah di sana. InsyaAllah!
Tahun 2013
Walaupun aku kerap mengalami mimpi tentang arwah, namun hampir tiga tahun aku tidak lagi
bermimpi tentang dia. Aku brharap dia tenang di sana. Kini, aku sudahpun belajar jauh daripada
kawasan Feldaku. Rakan - rakan baruku ramai di sini. Mereka baik kepadaku. Namun aku masih
mengingati arwah. Cuma tak sekuat dulu. Apabila terluang, aku datang ke pusaranya. Menziarahi
arwah. Saddam, rakanku ketika di asrama juga telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan
raya pada 7 Januari 2013, cuma lokasinya berbeza. Kini ketika di Felda, rakanku yang seasrama
denganku hanyalah tinggal Faizzy. Dia masih merupakan rakan baikku. Walaupun dia belajar di
tempat lain. Tetapi hubungan kami tetap sama seperti dulu.
Al - Fatihah kepada mereka berdua, Faezzul Fadhli bin Abdullah dan Saddam bin Rohani.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11zahorien
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaAn Hawa
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hiburDeen Jack
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakMohammad Yaqin
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerjashirleyku
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
Sajak guru oh guru
Sajak guru oh guruSajak guru oh guru
Sajak guru oh guruain2101
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat MajmukMat Yuih
 

Was ist angesagt? (20)

Penulisan syarahan
Penulisan syarahanPenulisan syarahan
Penulisan syarahan
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kura
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hibur
 
Assgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sasteraAssgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sastera
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerja
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Sajak guru oh guru
Sajak guru oh guruSajak guru oh guru
Sajak guru oh guru
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Cerita teladan
Cerita teladanCerita teladan
Cerita teladan
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (20)

Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Cerita pendek
Cerita pendekCerita pendek
Cerita pendek
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
 
Cerpen singkat – piala ini untuk ibu
Cerpen singkat – piala ini untuk ibuCerpen singkat – piala ini untuk ibu
Cerpen singkat – piala ini untuk ibu
 
Naskah drama perpecahan 3 sahabat
Naskah drama perpecahan 3 sahabatNaskah drama perpecahan 3 sahabat
Naskah drama perpecahan 3 sahabat
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
 
10001 kisah teladan
10001 kisah teladan10001 kisah teladan
10001 kisah teladan
 
Contoh cerpen
Contoh cerpenContoh cerpen
Contoh cerpen
 
Arnab yang pemalas
Arnab yang pemalasArnab yang pemalas
Arnab yang pemalas
 
Matlamat pelajar
Matlamat pelajarMatlamat pelajar
Matlamat pelajar
 
Petikan cerita
Petikan ceritaPetikan cerita
Petikan cerita
 
Drama 3 orang persahabatan
Drama 3 orang persahabatanDrama 3 orang persahabatan
Drama 3 orang persahabatan
 
Skrip cerita
Skrip ceritaSkrip cerita
Skrip cerita
 
Sebuah permusuhan berakhir dengan sebuah persahabatan
Sebuah permusuhan berakhir dengan sebuah persahabatanSebuah permusuhan berakhir dengan sebuah persahabatan
Sebuah permusuhan berakhir dengan sebuah persahabatan
 
Apresiasi 4 drama
Apresiasi 4 dramaApresiasi 4 drama
Apresiasi 4 drama
 
Naskah drama 2 orang
Naskah drama 2 orangNaskah drama 2 orang
Naskah drama 2 orang
 
Drama 7 orang
Drama 7 orangDrama 7 orang
Drama 7 orang
 
Naskah drama 4 orang persahabatan
Naskah drama 4 orang persahabatanNaskah drama 4 orang persahabatan
Naskah drama 4 orang persahabatan
 
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)
 
Bacaan nilam
Bacaan nilamBacaan nilam
Bacaan nilam
 

Ähnlich wie Kawan Sejati

Ähnlich wie Kawan Sejati (20)

Mungkinkah itu mungkin
Mungkinkah itu mungkinMungkinkah itu mungkin
Mungkinkah itu mungkin
 
Aku hanya guru lesmu
Aku hanya guru lesmuAku hanya guru lesmu
Aku hanya guru lesmu
 
Post 1
Post 1Post 1
Post 1
 
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatiku
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatikuKelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatiku
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatiku
 
My last love
My last love My last love
My last love
 
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
 
Kehidupanku di sekolah
Kehidupanku di sekolahKehidupanku di sekolah
Kehidupanku di sekolah
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupku
 
Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..
 
Cinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuCinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktu
 
Dwi ariyanto
Dwi ariyantoDwi ariyanto
Dwi ariyanto
 
Mayasari punya story
Mayasari punya storyMayasari punya story
Mayasari punya story
 
Berhijab dalam hati
Berhijab dalam hatiBerhijab dalam hati
Berhijab dalam hati
 
Ceritaku
CeritakuCeritaku
Ceritaku
 
Cuti sekolah telah bermula
Cuti sekolah telah bermulaCuti sekolah telah bermula
Cuti sekolah telah bermula
 
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYEKetika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYE
 
Cerpen -our tale
Cerpen -our taleCerpen -our tale
Cerpen -our tale
 
Cerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir CintakuCerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir Cintaku
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Dhukun
DhukunDhukun
Dhukun
 

Kawan Sejati

  • 1. Awal tahun 2007 Setelah keputusan Penilaian Menengah Rendah diumumkan lewat tahun 2005, ketika itu aku masih lagi belajar di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru dan menetap di Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru. Pada pagi pengumuman keputusan PMR itu, hatiku mula rasa gelisah. Pada pagi itu juga, awal pagi, tapi aku tak ingat bila tarikhnya, aku, Saddam dan Faizzy yang merupakan anak jati Felda Redong 1, Segamat bertolak ke Johor Bahru. Ketika itu dengan berbekalkan wang RM 50 pemberian Mak, aku bertolak ke sana dengan harapan dapat menyambung belajar di sekolah itu lagi. Ketika sampai di Terminal Larkin, kami berjumpa dengan rakan - rakanku yang belajar sama sekolah denganku. Namun, kata seorang rakanku, Fariz (nama panggilannya Apau) keputusan PMR pelajar asrama tidak beberapa memuaskan. "Habislah aku, aku rasa aku yang kena buang asrama ni..", kata Fariz dengan nada yang cemas. Mengikut peraturan asrama, sesiapa yang mendapat 5 A termasuklah dalam subjek Sains dan Matematik sahaja dibenarkan menyambung persekolahan di asrama itu. Asrama itu umpama syurga bagiku. Bertemu rakan - rakan yang "sebulu" denganku, yang sama - sama pergi sekolah denganku, yang mengajarku erti kehidupan di bandar ketika umur masih lagi setahun jagung. Mereka umpama adik beradikku. Terutamanya 7 orang yang paling rapat denganku. Kami nakal. Lompat pagar, ponteng sekolah, bergaduh bersama - sama. Kami mempunyai ikatan persaudaraan yang sangat kuat. Namun, peraturan asrama lebih besar daripada perhubungan kami ini. Sepanjang 3 tahun belajar bersama - sama, tidak pernah kami bergaduh, kecuali pada awal - awal perkenalan kami "Okay, nama - nama yang saya sebutkan ini, saya harap anda bersabar, dan anda tidak dapat meneruskan lagi penempatan awak di asrama ini", kata Encik Karim, warden yang amat kami
  • 2. "musuhi". Encik Karim merupakan warden yang amat pilih kasih, bagi kami. Kami akan selalu dituduh walaupun kami tidak melakukannya.. "Saddam, Haikal Sohar, Haikal Muslim, Ahmad Fariz dan akhir sekali... Arsyad Arifin. Kamu semua tidak lepas kelayakan PMR dan kamu diarahkan untuk tidak menyambung pengajian di asrama ini." kata Encik Karim dengan nada yang amat keras. "Aduhhh, matilah aku, apa aku nak jawab kat mak aku", kataku, Pada ketika itu, wajah Mak, Abah dan adik - beradik semua bermain - main dalam kepalaku. "Kat mana aku nak sekolah lepas ni, dengan siapa aku nak berkawan, siapa yang nak berkawan dengan aku". Macam - macam pertanyaan berada di dalam kepalaku. Pada masa itu, hanya "kawan" yang berada di dalam kepalaku. Kawan adalah segala - galanya pada ku. Kawan itu adik beradik sewaktu berada di asrama. Kawan itulah menolongku sewaktu aku susah, ketika sakit, ketika ku mahukan pertolongan, kawan itu lah segala - galanya. "Assalamualaikum Mak, Ipin ni, Ipin tak lepas keputusan PMR tu. Maafkan Ipin, Mak", kataku menerusi telefon bimbit kepada Ibu ku. "Takpelah Pin, tak ada rezeki kau lah tu, baliklah Segamat dulu", jawab Emak ku. Ketika itu, perasaan serba salah itu amat memukulku. Mana taknya, aku merupakan anak bongsu ibu bapaku. Dan mereka amat menyayangiku. Urusan perpindahan sekolah pun bermula. Daripada bersekolah di Johor Bahru, aku berpindah ke sekolah di sekolah berdekatan kampungku. "Woi Pin, kau dah sekolah kat sini ke? Apsal balik kampung. Hahahaha" pertanyaan kawan ku di kampung itu tidak sempat ku balas tetapi diakhiri dengan gelakan ketawa. Pada ketika itu, begitu malu sekali aku bukan kepalang. Namun ku gagahkan juga. Hidup mesti diteruskan, tiada alasan
  • 3. lain. Ketika dulu berada di Johor Bahru, aku dikatakan budak kampung kerana pakaian yang tidak seperti masyarakat bandar. Tetapi itu tidak penting, kawan ku ramai. Mereka sama 0 sama hampir serupa denganku. Tiada masalah! "Awak pilih kelas apa yang awak minat, sama ada Sains Tulen, Sains Pertanian, Akaun atau Akuakultur. Tapi kelas terakhir tu, saya nasihatkan awak jangan masuk, Mereka kebanyakannya degil". Kata guru tersebut. Aku hanya mengangguk, Aku juga degil, malah lebih degil daripada mereka yang berada di dalam kelas terakhir itu. Cuma mereka degil sehinggakan guru - guru nampak. Mereka tidak pandai bermain dengan keadaan! "Hmm, okaylah cikgu, saya minta kelas Sains Tulen, boleh? Guru itu terus mengangguk. Dia amat bersetuju. Makin ramai pelajar Melayu lelaki di dalam kelas itu, lagi elok, pada pendapatnya. Aku tak tahu sama ada perkiraanku ini betul atau tidak, cuma aku mahu bermula dari bawah semula. Hidup mesti diteruskan! Aku meneruskan persekolahan di sekolah baru ku, SMK Tenang Stesyen, Segamat. Saddam, rakanku bersekolah di kawasan Bandar Segamat, namun aku lebih selesa di kawasan ini. Kawasan kampung ini walaupun tidak secanggih bandar, walaupun banyak pokok kelapa sawit dan getah berbanding bangunan tinggi - tinggi namun aku lebih selesa. Aku sedar aku anak kampung, anak kampung yang gagal dan harus bangkit cepat. Aku mesti melalui semua ini. "Woi Ipin... kau dah sekolah kat sini eh? Bukan ko sekolah kat JB ke dulu?, tanya seorang rakanku, Faezzul Fadhli. Nama ringkasnya, Faiz. Aku hanya mengeluh. "Aku kena singkir dengan asrama" jawabku ringkas, malas hendak bercerita lebih panjang mengapa aku di sekolah ini. " Rileks la, aku ada. Aku tahu kau ada kawan kat sini tapi tak sama pemikiran dengan kau, tapi aku boleh jadi kawan kau" kata Faiz, selamba. Aku hanya tersenyum,
  • 4. menjabat tangan dengannya. "Terima kasih, Iz" jawabku. Faiz merupakan seorang yang baik, walaupun di daripada kelas hujung, setiap kata - katanya tidak menyakitkan hatiku. Senang kata, dia merupakan seorang rakan yang nakal juga, tetapi tidak menyakitkan hati sesiapa. Aku selesa berkawan dengannya. Walaupun ramai kawan yang sekampung lain, tetapi aku lebih suka berkawan dengannya. Jiwanya hampir sama denganku. Pertengahan tahun 2008, sebelum Kejohanan Bola Sepak Eropah bermula. "Pin, jom pegi mancing, boringlah hari ni" ajak Faiz pada ku. Pada hari itu, Sabtu, memang membosankan dan lebih bosan jika aku hanya duduk di rumah sahaja. "Okay jom. Tapi aku takde joran" jawabku sambil tersenyum. "Takpe, aku ada, aku bawak tiga nanti. Tapi aku nak pakai dua". Aku hanya tersenyum, dan segera mengambil pakaian dan cangkul untuk mencari cangkul. Pada ketika itu, pada fikiranku hanya satu, umpan ikan adalah cacing. "Tak payah banyak sangat cacing tu, aku ada bawak lipas dengan dedak", Faiz memberitahuku. Perjalanan ku ke kawasan memancing itu jauh juga. Kira - kira 5 kilometer daripada kawasan perkampungan Felda aku. Melihat ke langit, awan sudah berkepul - kepul hitam. "Patutlah panas semacam, nak hujan rupanya" aku memberitahu Faiz. Faiz hanya mengangguk, tanda bersetuju dengan pendapat ku. "Kalau hujan, kita balik lah. Masa hujan ni, ikan takde". Aku pula mengangguk. Pada pendapatku, sama ada ikan dapat atau tidak, sama ada hujan atau tidak, itu tak penting, yang penting, kebosanan aku pada hari itu terubat. Aku terus mengikutnya ke tempat memancing di dalam kawasan kebun kelapa sawit. "Kau tahu tak, di sini lah kawasan memancing kegemaran aku. Walaupun tak banyak ikan, tapi tempat ni tenang. Lagipun aku kelas akuakultur, jadi aku memang minat dengan ikan - ikan ni semua" kata Faiz, sejurus sampai di kawasan memancing itu. Aku hanya mengangguk, tanda
  • 5. bersetuju. Memang Faiz mempunyai ilmu yang luas di dalam memancing ini. Walaupun aku pernah juga mengikut abang - abang ku memancing, namun aku hanya berharap kepada mereka untuk membuat semua persediaan untuk memancing. "Nah, ni joran untuk kau, jangan sampai rosak, bising Atuk aku nanti" bagitahu Faiz kepadaku. "Atuk? Ayah dan Mak kau mana?" tiba - tiba soalan itu terpacul dari mulutku. "Hmm... diorang ada di Kelantan, bekerja di sana. Kat sini Atuk aku yang jaga aku". "Ohhh..." sambut ku. Aku masih ingat lagi, pada waktu itu, jam 4 petang, sudah hampir 3 jam kami di tempat memancing itu namun hanya beberapa ekor sahaja ikan yang kami dapat. "Jomlah balik Pin. Hari pun memang nak hujan sangat ni". Aku hanya mengangguk, bersetuju. Memang apabila aku pandang ke langit, awan sangat gelap, tanda hujan hendak turun sebentar lagi. "Kalau main hujan best jugak" kata ku, berseloroh. "Lusa kita nak ke sekolah, demam nanti, susah, enjoy - enjoy jugak, kesihatan kena jaga jugak" jawab Faiz, sambil menasihati. Aku hanya tergelak. Tidak menjawab. Kami bersiap - siap untuk pulang. Disebabkan hujan telah turun rintik - rintik, Faiz melajukan lagi perjalanannya itu. Mungkin dia mahu cepat pulang. Aku hanya berfikir di dalam hati. Sampai di suatu selekoh, motosikal yang kami tunggangi itu hilang kawalan, aku hanya menjerit dan kami terjatuh di situ. "Pin, kau okay tak? Ada luka?" Faiz bertanya kepadaku. Aku melihat tanganku, berdarah tetapi tidak seserius mana. "Tangan kau tu luka". Faiz berlari ke arah motosikal dan mengambil kain perca dan mengoyakannya lalu melilitkannya di tanganku. "Kejap, kejap, aku nak basuh dulu luka ni", aku memberitahunya. Faiz hanya mengangguk. Selesai membasuh tangan, Faiz terus mendapatkanku. Tanganku yang luka itu dibalutnya. Nampak daripada riak mukanya itu semacam menyesal. "Salah aku, aku tak pandu moto ni betul - betul", Faiz meminta maaf daripadaku. "Takpe Iz, aku okay. Sikit aje ni". Padaku luka itu tidak
  • 6. seserius mana. Kejadian itupun bukan disengajakan oleh Faiz. "Maafkan aku", pinta Faiz. Mukanya menyesal. "Sikit aje luka ni. Aku okay aje. Lagipun kau bukan sengaja". Dia terus meamapah ku dan membawa ku pulang ke rumah. Pada malam kejadian itu, dia datang sekali lagi ke rumahku. Ibu bapa ku ada bertanya mengapa tangan berbalut, namun aku menjawab aku terjatuh semasa memancing. "Tersadung", jawabku ringkas. Menjawab kalimah suci itu dan aku terus ke beranda. Melihat muka bersalah Faiz, aku tahu dia masih lagi rasa bersalah tentang perkara tadi. Sepatutnya, malam ini kami merancang untuk ke Bandar Segamat, ingin mengambil angin malam Segamat, niat ku. Namun, malang tidak berbau, apabila ditimpa kejadian begini, aku tiada lagi keinginan untuk pergi ke bandar itu, malahan aku rasa ingin berehat sahaja di rumah. "Kau tengah buat apa?", tanya Faiz. "Makan... Kau dah makan?", soalku semula. Faiz mengangguk. Aku tahu kedatangannya itu bermaksud. Seperti malam - malam kebiasaan, sama ada Faiz atau aku datang ke rumah masing - masing untuk pergi ke warung di Felda kami, untuk berbual - bual sama ada ingin menonton perlawanan bola sepak ataupun merancang ke mana - mana pada esok hari. "Jom, arep mamper warung", ajak Faiz di dalam Bahasa Jawa. Bahasa Jawa merupakan antara bahasa perantaraan kami di felda ini. Kebanyakan daripada penduduk di sini merupakan masyarakat etnik Jawa. Aku anggarkan jumlah mereka sekitar 60% daripada penduduk di sini adalah daripada masyarakat etnik Jawa. Namun, generasi mereka seperti aku sudahpun jarang - jarang menggunakan Bahasa Jawa sebagai bahasa perantaraan, kalau adapun, sekali - sekala. Percampuran antara orang Melayu, Banjar, Bugis dan masyarakat bukan Melayu menyebabkan kami lebih selesa berbahasa dalam Bahasa Melayu. "Jom", jawabku, tanda bersetuju dengan ajakannya itu. Sebenarnya aku pula rasa gundah dengan perangai Faiz pada hari ini, sedangkan
  • 7. dia banyak kali juga "mengenakan" aku, tetapi pada hari ini, nampak dia begitu serius untuk meminta maaf, dari petang tadi dan sehingga ke malam ini, dia masih tidak berputus asa. "Aku nak minta..." Faiz memulakan bicara di warung itu. Pantas aku memintas kata - katanya itu "Kau nak minta maaf lagi ke? Kan aku dah cakap aku takde apa - apa. Jangan risau. Takkan dengan sebab ni aku nak marah dengan kau". "Aku tengok luka kau serius, aku rasa bersalah" kata Faiz. "Takde papelah, Iz" jawab aku. "Malam ni, biar aku belanja", Faiz melawak. Aku tersenyum dan tergelak. "Macam tu lah... Baru kawan", aku membalas dan terus ketawa. Kami terus berborak sehingga lewat jam 12.00 tengah malam. "Balik jom", aku mengajaknya. "Minggu depan dah start bola EURO, aku rasa aku nak tengok semua match. Sebab rasanya lepas ni macam malas lagi nak tengok bola" Faiz mencadangkan kepadaku ketika kami sampai di kawasan rumah ku. "Okay aje, aku pun suka tengok bola Eropah ni. Aku rasa aku nak sokong Sepanyol kali ni, tengok macam okay je permainan diorang", aku mengiyakan cadangannya dan menghulurkan jari kelingkingku, tanda berjanji. "Okay, aku nak sokong Rusia. Hahaha..", dia turut menunjukkan jari kelingkingnya dan tergelak. Mungkin kerana keputusannya menyokong Rusia pada perlawanan bola kali ini agak pelik dari kaca mata ku. "Takde kumpulan lain ke kau nak sokong?", aku bertanya, sinis. "Suka hati akulah. Aku suka mencipta kelainan", jawab Faiz. Aku terus bersalam dengannya untuk pulang ke rumah. Sememangnya itulah yang ibu dan bapaku ajar kepada ku. Sama ada tua atau muda seseorang itu, kita harus tetap bersalaman dengan mereka, sebagai tanda hormat.
  • 8. Perlawanan bola sepak antara Belanda dan Rusia "Goll!!!" jerit Faiz. Pada ketika itu Rusia menyamakan kedudukan gol dengan Belanda. Aku menepuk dahi. "Aishhh... Aku ingat dah bungkus si Rusia ini. Defend Belanda ni buat apa?" soalku. "Tengoklah team siapa"., jawab Faiz, sambil tergelak - gelak. Perlawanan memasuki minit terakhir dan masing -masing saling mengasak. "Gol lagi!!!" jerit Faiz, puas. Mukanya kemerah - merahan, tanda puas hati. Faiz mempunyai darah keturunan Cina, dan kulitnya lebih putih daripada aku. "Hahaha, puas hari ni, puas. Tak sia - sia", kata Faiz, bersemangat. Kami pergi ke beranda rumahku dan ketika itulah Faiz mengajakku untuk berjalan - jalan di sekitar kawasan Felda, walaupun jam sudah menunjukkan 5.30 pagi. Namun atas semangat setiakawan, aku mempersetujui tanpa banyak soal. "Aku rasa lepas ni aku tak tengok bola lagi, tu yang aku lepaskan semua tadi. Hehehe.." Faiz cuba berjenaka. Namun aku tidak merasai apa - apa perubahan mengenai perangainya. Perangainya memang begitu, tetapi akhir -akhir ini kerap kali dia mengatakan tentang perkara "tak dapat". Namun aku tidak dapat mengesan perubahan tingkah lakunya. "Jom, pergi kat mesin ATM kejap, aku nak keluarkan duit. Siang nanti aku nak pergi Segamat kejap, nak belikan hadiah untuk seseorang", ajak Faiz. "Untuk awek kau ke? Untunglah..", balasku. "Hahaha. Dah lama aku tak belikan dia hadiah". Aku terus mengikutnya ke mesin ATM yang terletak di kawasan Pejabat Koperasi Feldaku itu. "Petang nanti aku nak pergi Segamat, dengan Wan (rakanku yang lain). Kau nak ikut tak?" Faiz bertanyakan kepadaku. "Tak kot. Aku banyak lagi homework belum siap. Kau pergilah okay?" Aku menjawab. Sememangnya aku memang mempunyai banyak homework yang belum aku
  • 9. siapkan. Ketika kami pulang dari sekolah, Faiz sekali lagi bertanyakan soalan kepadaku. "Kau tak nak ikut aku ke?. "Aku ada homework". jawabku ringkas. "Okay", balasnya Sewaktu ke kedai pada petang itu, salah seorang rakanku menegur. "Pin, kau kenal Faezzul tak?", tanya Solihin, salah seorang rakanku. "Kenal, kenapa dengan dia?", balasku. "Aku dengar dia terlibat dalam suatu kemalangan tadi. Dekat kawasan Jambatan Timbang Tenang Stesyen". kata rakanku, dengan nada sedih. "Ya Allah. Selamatkanlah dia. Selamatkanlah dia", aku beristighfar berulang - ulang kali. Hatiku mula rasa sedih. Faiz merupakan kawan pertamaku di Felda ini yang aku rapat. Banyak kenanganku bersamanya. Kami memancing, melepak, pergi ke bandar bersama. Pada petang itu juga aku pergi ke rumah datuknya. Rumah datuknya tidaklah jauh sangat daripada rumahku. "Alang - alang dah pergi ke kedai ni, baik juga aku pergi ke rumah atuk Faiz ni", aku berkata di dalam hati. "Assalamualaikum", perlahan tapi kuat suaraku apabila sampai di rumah Datuk Faiz. Tidak bersahut salam apabila masuk kali ketiga aku memberi salam ke kawasan rumahnya. "Hmmm... Takde orang. Mungkin semua dah dapat berita buruk ni. Dan semua dah pergi ke Hospital Segamat", getus hatiku. Pada malam itu, ketika sebelum waktu Isya', telefon bimbitku berdering. Aku cuba menghubungi Faiz pada petang selepas aku balik dari rumah datuknya. Tapi gagal. "Assalamualaikum, Arsyad Arifin ada?". "Waalaikumsalam, ye saya Arsyad. Ni siapa?", aku bertanya semula. Nombor yang dipaparkan itu tiada dalam kenalanku. "Saya Faseha, rakan sekelas Faiz", jawab suara itu, memperkenalkan diri. "Oh, Seha, kenapa?" aku bertanya semula kepadanya. "Aku harap kau sabar. Faiz dah takde. Dia dah meninggal dunia lepas Maghrib masuk tadi. Jam 7.15 petang. Aku harap kau sabar. Aku tahu kau kawan baik dia", Faseha memberitahuku. Aku terduduk, tapi tanganku masih tak melepaskan lagi telefon bimbit. "Innalillah. Kepada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali", jawabku, sedih teramat sangat.
  • 10. Aku segera menunaikan solat Isya' dan selepas selesai menunaikannya, aku menghidupkan enjin motor. "Kau nak pergi mana?" soal ibuku. Pelik. Mana taknya, dengan mata yang merah dan memegang naskhah Yaasin aku meluru ke kawasan parking rumahku. "Kawan Ipin meninggal dunia, Mak. Faiz dah meninggal dunia", jawabku. "Innalillahiwainnailahirojiun", kalimah itu keluar daripada mulut Ibuku lalu menggeleng. "Dia budak baik, walaupun dalam pelajaran tak berapa baik", tambah Ibuku. Ibuku sedikit sebanyak mengenali Faiz. Kadang - kala ketika aku lambat, Ibulah yang selalu berbual dengannya. Ternyata Ibu tidak menghalang kami daripada berkawan, walaupun dia berada di dalam kelas hujung di sekolah. Ibuku selesa dengan perangainya. "Kirim salam Mak kat keluarga Faiz", Ibuku bersuara lagi. "InsyaAllah", jawabku ringkas. Ketika sampai di rumah arwah, aku terus meletakkan motorku di kawasan tepi jalan rumahnya. Tiba - tiba aku terserempak dengan Tam, salah seorang rakanku juga. Tam. "Tam, kau tahu macam mana arwah meninggal? Dia kemalangan dengan apa?" tanyaku. "Wan bawa motor, tapi dia tak perasan kereta depan dia berhenti. Arwah duduk di belakang, membonceng, tercampak ke tepi dan badannya terkena pokok tepi jalan tu. Wan pun teruk juga, dia baru tahu arwah meninggal sebab lepas kemalangan tu, dia tak sedarkan dia. Mungkin terkejut", jawab Tam, ringkas, tapi memberi maklumat yang aku agak tepat. "Oh... aku nak lihat mukanya buat kali terakhir, dia rakan aku yang baik", jawabku di dalam hati. Van mayat pun sampai ke rumah arwah kira - kira jam 11 malam dan mengangkat keranda ke dalam rumahnya. Aku juga yang mengangkat jenazahnya keluar daripada keranda itu. Aku buka bahagian matanya. "Ya Allah, sesungguhnya insan inilah yang aku kenal dan aku kasihi semenjak aku berpindah ke sekolah ini, dialah yang menjadi tempatku mengadu", aku berdoa ke hadrat Illahi untuk roh Faiz. Aku menangis teresak - esak, lemah dan hampir longlai.
  • 11. Kebanyakan rakan - rakan sekolah kami juga begitu, termasuklah Seha, teman wanita Faiz. Aku mencium dahi arwah, sejuk. "Aku tak akan lupakan kau sampai bila - bila, Iz", kataku di dalam hati. "Baik, kita akan kebumikan arwah lepas solat Subuh esok, kata Imam Amin, salah seorang Imam tersohor di Feldaku itu. Pada malam itu, aku hanya duduk di tepi arwah dan hanya membacakan Surah Yaasin kepadanya. "Ini sahaja yang aku mampu untuk kau, Iz", aku berbisik kepadanya. Walaupun aku tahu dia telah meninggalkanku buat selama - lamanya. Aku tahu dia mendengarnya. Aku tahu. "Aku datang esok pagi, Iz. Lepas Subuh aku datang semula", tambahku. Jam telah menunjukkan jam 3.00 pagi. Aku perlu pulang ke rumah untuk mandi dan ganti pakaian. "Kepada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali...", itu ayat talkin daripada Imam Amin. Alhamdulillah, selesai upacara pengebumian arwah, aku terus balik ke rumah. Semoga Allah merahmati roh arwah di sana. InsyaAllah! Tahun 2013 Walaupun aku kerap mengalami mimpi tentang arwah, namun hampir tiga tahun aku tidak lagi bermimpi tentang dia. Aku brharap dia tenang di sana. Kini, aku sudahpun belajar jauh daripada kawasan Feldaku. Rakan - rakan baruku ramai di sini. Mereka baik kepadaku. Namun aku masih mengingati arwah. Cuma tak sekuat dulu. Apabila terluang, aku datang ke pusaranya. Menziarahi arwah. Saddam, rakanku ketika di asrama juga telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya pada 7 Januari 2013, cuma lokasinya berbeza. Kini ketika di Felda, rakanku yang seasrama denganku hanyalah tinggal Faizzy. Dia masih merupakan rakan baikku. Walaupun dia belajar di tempat lain. Tetapi hubungan kami tetap sama seperti dulu. Al - Fatihah kepada mereka berdua, Faezzul Fadhli bin Abdullah dan Saddam bin Rohani.