SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
TUGASAN 
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM 
(PENGGUNAAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP DALAM 
KONTEKS PENDIDIKAN DAN DAKWAH) 
DISEDIAKAN OLEH: 
MUHAMMAD LUKMAN ALHAKIM BIN SHAMSUL BAHRI (IEB110027) 
MUHAMMAD SYAKIRIN BIN YUSLAN (IEB110032) 
PENSYARAH: 
PN SALINA BUSRAWI
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 
Definisi ICT 
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication 
Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh 
ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan 
memapar maklumat. 
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan 
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi 
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan 
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah 
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, 
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. 
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, 
penyebaran,pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. 
Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan 
televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam 
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Definisi Maklumat 
Menurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined 
both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can 
be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person 
cognitive organisation'. 
Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara 
seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan 
dimanipulasikan. 
Definisi komunikasi 
Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again 
may be viewed in terms of the structure of that structure of that 
interchange or its function in affecting people's iunderstanding and 
knowledge. Information and communication are, therefor, inextricably 
linked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh 
dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information). 
Manakala teknologi komunikasi (ICT) pula terdiri daripada perkakasan 
telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses 
maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik,satelit, telegraf, modem 
dan sebagainya. 
Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele'
yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh 
tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. 
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi 
maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang 
digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat 
berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, 
grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu 
seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. 
Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data 
dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan 
dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi 
maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam 
perlu dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif 
dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran nilai dan etika 
bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.
KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI DAN PENGARUHNYA 
Zaman beralih dan musim berubah. fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari 
zaman falsafah ke zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini 
sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap 
zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan sepatutnya manusia 
memperoleh pelbagai inputbaharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang 
ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT 
telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu 
pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini 
meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif. 
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. 
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. 
Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi 
ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. 
Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah 
dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan 
kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di 
surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat 
menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan 
gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa 
perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan 
efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara 
perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh 
selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka 
beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu 
perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan 
sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelusok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia 
juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar 
yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. 
Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek 
perniagaan. 
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti 
keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu 
meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta 
dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat 
dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi 
maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai 
ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada 
pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di 
dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor 
(MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga 
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai 
negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah
bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan 
duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. 
Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan 
antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang 
berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli 
keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari 
mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar 
rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui 
mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh 
lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya 
pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat 
persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan 
berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? 
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada 
implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang 
boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak 
yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas 
dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab 
menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, 
terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 
di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar 
angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini 
boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi
pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh 
negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa. 
Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya 
dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada 
ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama 
peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam 
belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan 
perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. 
Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah 
tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. 
Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe 
siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat 
perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. 
Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan 
meningkatkan kebajetan akhlak remaja kita. 
Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada 
masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. 
Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi 
maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah 
sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi 
berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang 
keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai 
bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.
PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP 
Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan 
dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan 
pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian 
ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai 
pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap 
sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini 
disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya. 
Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas 
juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu 
seperti CrossOver. 
Ciri – ciri 
Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar untuk cetakan 
berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat digunakan untuk menghasilkan gambar 
bagi Jaringan Sejagat. Beberapa versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan, 
Adobe ImageReady, untuk keperluan tersebut. 
Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting media, animasi, dan authoring 
buatan-Adobe lainnya. File format asli Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari Adobe 
ImageReady. Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, After Effects dan Adobe Encore DVD 
untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak linear dan layanan 
kesan khas seperti latar belakang, tekstur, dan lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan 
laman web. Sebagai contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang 
DVD.
Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna: 
1) Model warna RGB 
2) Model warna Lab color model 
3) Model warna CMYK 
4) Grayscale 
5) Bitmap 
6) Duotone 
Versi terbarunya, yang dilancarkan pada April 2007, adalah versi 10. Program ini 
dipasarkan dengan nama "Photoshop CS3." "CS" melambangkan kesepaduan barangan 
Photoshop dengan aplikasi "Creative Suite buatan Adobe dan disebut "3" kerana program ini 
adalah versi ke-3 sejak Adobe menyepadukan kedua-dua produknya. Ada beberapa pada 
tambahan pada Photoshop CS3 seperti penuras dan alatan baru. 
Untuk para penggemar fotografi, Adobe menyediakan turas "reduce grain" (mengurangkan 
bijian) yang dapat membantu mengoptimumkan foto yang diambil dalam keadaan kekurangan 
cahaya. Untuk "memperjelas" perbezaan produk CS dengan produk-produk Photoshop 
sebelumnya, Adobe menghilangkan lambang mata Photoshop, yang digunakan dalam bentuk 
yang berbeza-beza sejak versi 3 hingga versi 7. Photoshop CS dan CS2 kini menggunakan bulu 
sebagai ikon dan bentuk pengenalannya.
Versi beta Photoshop CS3 telah dilancarkan untuk pengguna CS2 pada 15 Disember 2006. 
Berbeza dengan Photoshop CS dan CS2 yang menggunakan bulu sebagai logonya, logo untuk 
edisi ketiga ini berbentuk tipografi, dengan huruf 'Ps' berwarna putih dan berlatar belakang biru-berkecerunan. 
Versi terakhirnya dilengkapi dengan Adobe Camera RAW, sebuah plugin yang 
dikembangkan oleh Thomas Knoll yang dapat membaca beberapa format file RAW dari kamera 
digital dan mengimportnya terus ke Photoshop. Versi awal RAW plugin ini juga tersedia untuk 
Photoshop 7.0.1 dengan tambahan AS$99.
KEMUDAHAN PHOTOSHOP 
Toolbox 
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat 
pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, 
menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes 
iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej 
secara digital. 
Rajah 1: Alat Toolbox 
Palettes
Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu: 
Layers 
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa 
berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan 
garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer 
atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar 
belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan 
effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.
Rajah 2: Layers 
History 
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. 
Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, 
hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda 
boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa 
proses suntingan dilakukan.
Rajah 3: History 
FUNGSI & KELEBIHAN ADOPE PHOTOSHOP 
1. Membuat tulisan dengan efek tertentu,kelebihannya photoshop adalah mampu membuat tulisan 
dengan bermacam-macam karakteristik,dan dapat mengubah bentuk tulisan menjadi lebih 
kreatif dan inovatif dengan tool effect yang ada di dalamnya. 
2. Membuat tekstur dan material yang beraneka dengan langkah-langkah tertentu. 
Misalnya,seorang designer boleh membuat gambar. Contoh: daun, logam, air, dan yang lainnya. 
3. Untuk memmbuat logo, banner, poster.
4. Aplikasi seni digital, aplikasi seni digital ini boleh menggunakan adobe ilustasion,kerana 
menghasilkan karya ilustrasi grafik yang bersih, tetapi tetap saja menyarankan photoshop. 
Kerana menekankan detail yang sangat cermat, dan manipulasi foto. 
5. Mengedit foto dan gambar yang sudah ada 
6. Memproses materi Web. 
Photoshop juga digunakan untuk keperluan web, misalnya: kompresi file gambar agar ukurannya 
lebih kecil, memotong gambar kecil-kecil (slice), dan membuat web photo gallery. Dengan 
Adobe Image Ready, gambar yang sudah ada boleh dibuat untuk keperluan web, misalnya 
menjadi rollover dan animasi GIF. 
Photoshop Photoshop memiliki kemampuan untuk membaca dan menulis gambar berformat 
raster dan vektor seperti .png, .gif, .jpeg, dan lain-lain. 
Kekurangan Adobe Photoshop 
1. Hanya mampu mengolah dan mengubahsuai ‘image’ yang sudah sedia ada sebagaimana 
yang diambil daripada internet mahupun gambar ‘JPEG’ daripada kamera digital. 
Photoshop tidak mempunyai kemampuan untuk mencipta ‘image’ yang baru. 
2. Tidak semua fungsi ‘tools’ yang ada di dalam photoshop dikuasai oleh pengguna kerana 
kebanyakkan pengguna hanya mahir menggunakan ‘tools’ yang menjadi rutin bagi 
mereka dalam melakukan kerja-kerja pengubahsuaian gambar atau dalam menghasilkan 
poster dan sebagainya.
3. Amat rumit untuk difahami akan semua fungsi yang ada di dalam Photoshop dan ianya 
mengambil masa yang lama untuk dipelajari. 
4. Perisian Photoshop memerlukan spesifikasi komputer atau laptop yang tinggi kerana 
ianya sangat memerlukan ruang RAM yang besar. Cth RAM 4gb paling minimum untuk 
menghasilkan kerja yang optimum. 
Penggunaan Photoshop dalam konteks Pendidikan. 
Secara umumnya bukan semua guru pandai menggunakan perisian ini namun jika ianya berjaya 
dieksploitasi penggunaannya dalam pendidikan khususnya dalam menghasilkan sendiri bahan 
bantu mengajar dengan kreativiti guru itu sendiri nescaya ini akan memberikan banyak manfaat 
dan sangat efektif dari segi pengurusan kos kerana bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah 
berkualiti tinggi dan ‘custom made’ berdasarkan kesesuaian yang difikirkan patut bagi guru dan 
sesuai bagi pelajar.
Dengan perisian ini guru mampu mencipta sendiri buku peta minda sendiri, flash card, poster 
hiasan kelas yang menarik, dan macam-macam lagi bahan yang boleh diterokai potensinya. 
Namun sebagaimana disebut pada awal, tidak semua guru mempunya kemahiran untuk 
menggunakan perisian ini secara optimum untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. 
Selain itu, Photoshop juga merupakan salah satu perisian yang menjadi teras dalam pendidikan 
seni visual dan grafik di sekolah menengah. Ini sememangnya sesuatu yang bagus sekiranya 
perisian taraf standard professional sebegini dimasukkan di dalam kurikulum sekolah terutama 
dalam bidang vokasional menengah kerana kemahiran dalam menggunakan perisian ini 
membuka banyak cabang dan bidang yang meluas dari sudut pekerjaan yang bakal diceburi 
selepas sekolah. Sebagai contoh, Jurureka grafik sememangnya amat diperlukan pada zaman 
teknologi sekarang. Segalanya grafik bermula daripada gambar, papan iklan, kain rentang, 
poster dan web grafik. 
Penggunaan Photoshop dalam konteks dakwah. 
Dalam konteks dakwah perisian ini digunakan dengan sangat meluas dalam pelbagai medium. 
Bermula daripada penghasilan poster kata-kata hikmah, wallpaper hadis, karikatur dakwah dan 
berbagai lagi. Di bawah pihak kami membawakan beberapa contoh grafik yang dihasilkan 
menggunakan photoshop dalam menyebarkan dakwah islam.
Rumusan 
Secara rumusannya perisian ini mempunyai potensi yang amat luas dalam pelbagai bidang 
bermula daripada bidang periklanan, fotografi malah termasuk juga dalam bidang pendidikan 
dan dakwah. Jika diperhatikan pada zaman ini sememangnya kos untuk mempelajari kemahiran 
dalam menggunakan perisian ini amatlah mahal namun sangat berbaloi untuk dipelajari. Bagi 
pandangan kami mahir dalam perisian ini amat memberikan nilai tambah yang banyak kepada 
guru terutamanya dan potensinya ternyata amatlah meluas berbanding hanya menggunakan 
powerpoint dan paint dalam menghasilkan bahan bantu mengajar.

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-44 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Pedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdfPedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdf
 
WARNA MEMPENGARUHI MURID
WARNA MEMPENGARUHI MURIDWARNA MEMPENGARUHI MURID
WARNA MEMPENGARUHI MURID
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - Promosi
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Aktiviti bercerita
Aktiviti berceritaAktiviti bercerita
Aktiviti bercerita
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Contoh borang soal selidik
Contoh borang soal selidik Contoh borang soal selidik
Contoh borang soal selidik
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Apakah teori itu
Apakah teori ituApakah teori itu
Apakah teori itu
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
RPH BM THN 2 (2019)
RPH BM THN 2  (2019)RPH BM THN 2  (2019)
RPH BM THN 2 (2019)
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 

Viewers also liked

Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimediaasasmultimedia
 
Kertas kerja program guru muda
Kertas kerja program guru mudaKertas kerja program guru muda
Kertas kerja program guru mudasoulmoon
 
Laporan Latihan Industri Bab 1, 2 , 3
Laporan Latihan Industri Bab 1,  2 , 3Laporan Latihan Industri Bab 1,  2 , 3
Laporan Latihan Industri Bab 1, 2 , 3CikBeyla Nabiella
 
Let's talk about Web Design
Let's talk about Web DesignLet's talk about Web Design
Let's talk about Web DesignAbby Chiu
 
Practical training report
Practical training reportPractical training report
Practical training reportNicolai Sidek
 
Adobe photoshop 1
Adobe photoshop 1Adobe photoshop 1
Adobe photoshop 1ilaazmil2
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 

Viewers also liked (12)

Photoshop dan pendidikan
Photoshop dan pendidikanPhotoshop dan pendidikan
Photoshop dan pendidikan
 
10 Keunggulan Photoshop CS6
10 Keunggulan Photoshop CS610 Keunggulan Photoshop CS6
10 Keunggulan Photoshop CS6
 
Asas fotografi abdul murad abd hamid
Asas fotografi abdul murad abd hamidAsas fotografi abdul murad abd hamid
Asas fotografi abdul murad abd hamid
 
Berpikir kritis dan berpikir kreatif
Berpikir kritis dan berpikir kreatifBerpikir kritis dan berpikir kreatif
Berpikir kritis dan berpikir kreatif
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
 
Kertas kerja program guru muda
Kertas kerja program guru mudaKertas kerja program guru muda
Kertas kerja program guru muda
 
Laporan Latihan Industri Bab 1, 2 , 3
Laporan Latihan Industri Bab 1,  2 , 3Laporan Latihan Industri Bab 1,  2 , 3
Laporan Latihan Industri Bab 1, 2 , 3
 
Let's talk about Web Design
Let's talk about Web DesignLet's talk about Web Design
Let's talk about Web Design
 
Practical training report
Practical training reportPractical training report
Practical training report
 
Adobe photoshop 1
Adobe photoshop 1Adobe photoshop 1
Adobe photoshop 1
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
Makalah Tari Remo
Makalah Tari RemoMakalah Tari Remo
Makalah Tari Remo
 

Similar to Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan

Perkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesiaPerkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesianandaeka
 
13,sm ,lusianasari ,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, digital era, universita...
13,sm ,lusianasari ,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, digital era, universita...13,sm ,lusianasari ,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, digital era, universita...
13,sm ,lusianasari ,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, digital era, universita...ana_sari
 
Xiii, sm, nurrul tiara dinni, hapzi ali, digital era, umb, 2019
Xiii, sm, nurrul tiara dinni, hapzi ali, digital era, umb, 2019Xiii, sm, nurrul tiara dinni, hapzi ali, digital era, umb, 2019
Xiii, sm, nurrul tiara dinni, hapzi ali, digital era, umb, 2019Nurrul Tiara Dinni
 
Tik jawaban uts wilhelmina tormyar
Tik jawaban uts wilhelmina tormyarTik jawaban uts wilhelmina tormyar
Tik jawaban uts wilhelmina tormyarWilhelminatormyar
 
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASITEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASIMerrahdelima
 
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASITEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASIMerrahdelima
 
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASITEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASIMerrahdelima
 
Tekhnologi informasi dan komunikasi ppt
Tekhnologi informasi dan komunikasi pptTekhnologi informasi dan komunikasi ppt
Tekhnologi informasi dan komunikasi pptHaidarDifaHakami
 
Strategic management13
Strategic management13Strategic management13
Strategic management13Nurul ihsani
 
Sm, ari prayogo, hapzi ali, digital era, bcg matrix, universitas mercubuana
Sm, ari prayogo, hapzi ali, digital era, bcg matrix, universitas mercubuanaSm, ari prayogo, hapzi ali, digital era, bcg matrix, universitas mercubuana
Sm, ari prayogo, hapzi ali, digital era, bcg matrix, universitas mercubuanaAri Prayogo
 
Karangankepentingan ict
Karangankepentingan ictKarangankepentingan ict
Karangankepentingan ictHidayati Razak
 
Teknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasiTeknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasisilviahamzari
 
Ppt salma cantik 1
Ppt salma cantik 1Ppt salma cantik 1
Ppt salma cantik 1kinantisalma
 

Similar to Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan (20)

Word ICT
Word ICTWord ICT
Word ICT
 
Tik fadhil 2 a
Tik fadhil 2 aTik fadhil 2 a
Tik fadhil 2 a
 
Audiasls
AudiaslsAudiasls
Audiasls
 
Perkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesiaPerkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesia
 
13,sm ,lusianasari ,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, digital era, universita...
13,sm ,lusianasari ,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, digital era, universita...13,sm ,lusianasari ,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, digital era, universita...
13,sm ,lusianasari ,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, digital era, universita...
 
Makalah siskom 1
Makalah siskom 1Makalah siskom 1
Makalah siskom 1
 
Xiii, sm, nurrul tiara dinni, hapzi ali, digital era, umb, 2019
Xiii, sm, nurrul tiara dinni, hapzi ali, digital era, umb, 2019Xiii, sm, nurrul tiara dinni, hapzi ali, digital era, umb, 2019
Xiii, sm, nurrul tiara dinni, hapzi ali, digital era, umb, 2019
 
Tik jawaban uts wilhelmina tormyar
Tik jawaban uts wilhelmina tormyarTik jawaban uts wilhelmina tormyar
Tik jawaban uts wilhelmina tormyar
 
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASITEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
 
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASITEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
 
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASITEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI
 
Tekhnologi informasi dan komunikasi ppt
Tekhnologi informasi dan komunikasi pptTekhnologi informasi dan komunikasi ppt
Tekhnologi informasi dan komunikasi ppt
 
PPT HAIDAR
PPT HAIDARPPT HAIDAR
PPT HAIDAR
 
Strategic management13
Strategic management13Strategic management13
Strategic management13
 
Sm, ari prayogo, hapzi ali, digital era, bcg matrix, universitas mercubuana
Sm, ari prayogo, hapzi ali, digital era, bcg matrix, universitas mercubuanaSm, ari prayogo, hapzi ali, digital era, bcg matrix, universitas mercubuana
Sm, ari prayogo, hapzi ali, digital era, bcg matrix, universitas mercubuana
 
Karangankepentingan ict
Karangankepentingan ictKarangankepentingan ict
Karangankepentingan ict
 
Teknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasiTeknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasi
 
Ppt salma cantik 1
Ppt salma cantik 1Ppt salma cantik 1
Ppt salma cantik 1
 
Word ICT
Word ICTWord ICT
Word ICT
 
ICT
ICTICT
ICT
 

Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan

  • 1. TUGASAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM (PENGGUNAAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DAN DAKWAH) DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD LUKMAN ALHAKIM BIN SHAMSUL BAHRI (IEB110027) MUHAMMAD SYAKIRIN BIN YUSLAN (IEB110032) PENSYARAH: PN SALINA BUSRAWI
  • 2. PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT Definisi ICT ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
  • 3. Definisi Maklumat Menurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person cognitive organisation'. Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Definisi komunikasi Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people's iunderstanding and knowledge. Information and communication are, therefor, inextricably linked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information). Manakala teknologi komunikasi (ICT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik,satelit, telegraf, modem dan sebagainya. Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele'
  • 4. yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam perlu dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.
  • 5. KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI DAN PENGARUHNYA Zaman beralih dan musim berubah. fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan sepatutnya manusia memperoleh pelbagai inputbaharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.
  • 6. Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelusok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan. Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah
  • 7. bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi
  • 8. pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa. Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebajetan akhlak remaja kita. Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.
  • 9. PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya. Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver. Ciri – ciri Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar untuk cetakan berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat digunakan untuk menghasilkan gambar bagi Jaringan Sejagat. Beberapa versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan, Adobe ImageReady, untuk keperluan tersebut. Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting media, animasi, dan authoring buatan-Adobe lainnya. File format asli Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari Adobe ImageReady. Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, After Effects dan Adobe Encore DVD untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak linear dan layanan kesan khas seperti latar belakang, tekstur, dan lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan laman web. Sebagai contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang DVD.
  • 10. Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna: 1) Model warna RGB 2) Model warna Lab color model 3) Model warna CMYK 4) Grayscale 5) Bitmap 6) Duotone Versi terbarunya, yang dilancarkan pada April 2007, adalah versi 10. Program ini dipasarkan dengan nama "Photoshop CS3." "CS" melambangkan kesepaduan barangan Photoshop dengan aplikasi "Creative Suite buatan Adobe dan disebut "3" kerana program ini adalah versi ke-3 sejak Adobe menyepadukan kedua-dua produknya. Ada beberapa pada tambahan pada Photoshop CS3 seperti penuras dan alatan baru. Untuk para penggemar fotografi, Adobe menyediakan turas "reduce grain" (mengurangkan bijian) yang dapat membantu mengoptimumkan foto yang diambil dalam keadaan kekurangan cahaya. Untuk "memperjelas" perbezaan produk CS dengan produk-produk Photoshop sebelumnya, Adobe menghilangkan lambang mata Photoshop, yang digunakan dalam bentuk yang berbeza-beza sejak versi 3 hingga versi 7. Photoshop CS dan CS2 kini menggunakan bulu sebagai ikon dan bentuk pengenalannya.
  • 11. Versi beta Photoshop CS3 telah dilancarkan untuk pengguna CS2 pada 15 Disember 2006. Berbeza dengan Photoshop CS dan CS2 yang menggunakan bulu sebagai logonya, logo untuk edisi ketiga ini berbentuk tipografi, dengan huruf 'Ps' berwarna putih dan berlatar belakang biru-berkecerunan. Versi terakhirnya dilengkapi dengan Adobe Camera RAW, sebuah plugin yang dikembangkan oleh Thomas Knoll yang dapat membaca beberapa format file RAW dari kamera digital dan mengimportnya terus ke Photoshop. Versi awal RAW plugin ini juga tersedia untuk Photoshop 7.0.1 dengan tambahan AS$99.
  • 12. KEMUDAHAN PHOTOSHOP Toolbox Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital. Rajah 1: Alat Toolbox Palettes
  • 13. Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu: Layers Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.
  • 14. Rajah 2: Layers History History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.
  • 15. Rajah 3: History FUNGSI & KELEBIHAN ADOPE PHOTOSHOP 1. Membuat tulisan dengan efek tertentu,kelebihannya photoshop adalah mampu membuat tulisan dengan bermacam-macam karakteristik,dan dapat mengubah bentuk tulisan menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan tool effect yang ada di dalamnya. 2. Membuat tekstur dan material yang beraneka dengan langkah-langkah tertentu. Misalnya,seorang designer boleh membuat gambar. Contoh: daun, logam, air, dan yang lainnya. 3. Untuk memmbuat logo, banner, poster.
  • 16. 4. Aplikasi seni digital, aplikasi seni digital ini boleh menggunakan adobe ilustasion,kerana menghasilkan karya ilustrasi grafik yang bersih, tetapi tetap saja menyarankan photoshop. Kerana menekankan detail yang sangat cermat, dan manipulasi foto. 5. Mengedit foto dan gambar yang sudah ada 6. Memproses materi Web. Photoshop juga digunakan untuk keperluan web, misalnya: kompresi file gambar agar ukurannya lebih kecil, memotong gambar kecil-kecil (slice), dan membuat web photo gallery. Dengan Adobe Image Ready, gambar yang sudah ada boleh dibuat untuk keperluan web, misalnya menjadi rollover dan animasi GIF. Photoshop Photoshop memiliki kemampuan untuk membaca dan menulis gambar berformat raster dan vektor seperti .png, .gif, .jpeg, dan lain-lain. Kekurangan Adobe Photoshop 1. Hanya mampu mengolah dan mengubahsuai ‘image’ yang sudah sedia ada sebagaimana yang diambil daripada internet mahupun gambar ‘JPEG’ daripada kamera digital. Photoshop tidak mempunyai kemampuan untuk mencipta ‘image’ yang baru. 2. Tidak semua fungsi ‘tools’ yang ada di dalam photoshop dikuasai oleh pengguna kerana kebanyakkan pengguna hanya mahir menggunakan ‘tools’ yang menjadi rutin bagi mereka dalam melakukan kerja-kerja pengubahsuaian gambar atau dalam menghasilkan poster dan sebagainya.
  • 17. 3. Amat rumit untuk difahami akan semua fungsi yang ada di dalam Photoshop dan ianya mengambil masa yang lama untuk dipelajari. 4. Perisian Photoshop memerlukan spesifikasi komputer atau laptop yang tinggi kerana ianya sangat memerlukan ruang RAM yang besar. Cth RAM 4gb paling minimum untuk menghasilkan kerja yang optimum. Penggunaan Photoshop dalam konteks Pendidikan. Secara umumnya bukan semua guru pandai menggunakan perisian ini namun jika ianya berjaya dieksploitasi penggunaannya dalam pendidikan khususnya dalam menghasilkan sendiri bahan bantu mengajar dengan kreativiti guru itu sendiri nescaya ini akan memberikan banyak manfaat dan sangat efektif dari segi pengurusan kos kerana bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan ‘custom made’ berdasarkan kesesuaian yang difikirkan patut bagi guru dan sesuai bagi pelajar.
  • 18. Dengan perisian ini guru mampu mencipta sendiri buku peta minda sendiri, flash card, poster hiasan kelas yang menarik, dan macam-macam lagi bahan yang boleh diterokai potensinya. Namun sebagaimana disebut pada awal, tidak semua guru mempunya kemahiran untuk menggunakan perisian ini secara optimum untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Selain itu, Photoshop juga merupakan salah satu perisian yang menjadi teras dalam pendidikan seni visual dan grafik di sekolah menengah. Ini sememangnya sesuatu yang bagus sekiranya perisian taraf standard professional sebegini dimasukkan di dalam kurikulum sekolah terutama dalam bidang vokasional menengah kerana kemahiran dalam menggunakan perisian ini membuka banyak cabang dan bidang yang meluas dari sudut pekerjaan yang bakal diceburi selepas sekolah. Sebagai contoh, Jurureka grafik sememangnya amat diperlukan pada zaman teknologi sekarang. Segalanya grafik bermula daripada gambar, papan iklan, kain rentang, poster dan web grafik. Penggunaan Photoshop dalam konteks dakwah. Dalam konteks dakwah perisian ini digunakan dengan sangat meluas dalam pelbagai medium. Bermula daripada penghasilan poster kata-kata hikmah, wallpaper hadis, karikatur dakwah dan berbagai lagi. Di bawah pihak kami membawakan beberapa contoh grafik yang dihasilkan menggunakan photoshop dalam menyebarkan dakwah islam.
  • 19.
  • 20.
  • 21.
  • 22.
  • 23. Rumusan Secara rumusannya perisian ini mempunyai potensi yang amat luas dalam pelbagai bidang bermula daripada bidang periklanan, fotografi malah termasuk juga dalam bidang pendidikan dan dakwah. Jika diperhatikan pada zaman ini sememangnya kos untuk mempelajari kemahiran dalam menggunakan perisian ini amatlah mahal namun sangat berbaloi untuk dipelajari. Bagi pandangan kami mahir dalam perisian ini amat memberikan nilai tambah yang banyak kepada guru terutamanya dan potensinya ternyata amatlah meluas berbanding hanya menggunakan powerpoint dan paint dalam menghasilkan bahan bantu mengajar.