Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Die SlideShare-Präsentation wird heruntergeladen. ×

Bab 1: Islam Sebagai Ad-Din (UITM CTU101)

Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Wird geladen in …3
×

Hier ansehen

1 von 63 Anzeige
Anzeige

Weitere Verwandte Inhalte

Diashows für Sie (20)

Andere mochten auch (18)

Anzeige

Aktuellste (20)

Anzeige

Bab 1: Islam Sebagai Ad-Din (UITM CTU101)

  1. 1. CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAMFATIMAH HAMRIE
  2. 2. PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN • Menghuraikan keperluan beragama dan konsep perhambaan serta khalifah dlm sistem kehidupan. • Menghuraikan wahyu sebagai ajaran Islam. • Menjelaskan keistimewaan Islam dlm kehidupan bermasyarakat dan 2 ISI KANDUNGAN • Islam sebagai al-Din • Keperluan beragama • Matlamat penciptaan manusia • Sumber-sumber ajaran Islam • Skop ajaran Islam • Keistimewaan Islam
  3. 3. DEFINISI AGAMA PENDAPAT PERTAMA: “a” + “gama” a: tidak + gama: kacau = tidak kacau AGAMA – peraturan, jalan, haluan, kepercayaan PENDAPAT KEDUA: “a” + “gam” + “a” a: tidak + gam: pergi atau berjalan + a: kata sifat menguatkan kekal = tidak pergi atau berjalan AGAMA – pedoman hidup yang kekal BAHASA (SANSKRIT) 3 DEFINISI AGAMA
  4. 4. 4 DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA 1. RELEGERE = mengumpulkan – cara- cara mengabdikan diri kepada Tuhan melalui kitab suci yang dibaca 2. RELIGARE = mengikat – ajaran-ajaran yang mengikat penganut dengan Tuhannya BAHASA (LATIN) (RELIGION)
  5. 5. DEFINISI AGAMA Cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah SWT. BAHASA ARAB AD-DIN 5 Menguasai Menundukkan Patuh Hutang Balasan Adat kebiasaan. DEFINISI AGAMA
  6. 6. 6 DEFINISI AGAMA (ISTILAH) Kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya; kepercayaan kepada Yang Maha Kuasa Drs Sidi Gazalba: kepercayaan dan hubungan manusia dengan Yang Kudus dihayati sebagai hakikat yang ghaib Dr. Haron Din: sesuatu yang berhubung dengan Yang Kudus – mengandungi 3 ciri: 1. kepercayaan kepada Yang Kudus; 2. hubungan dengan Yang Kudus melalui upacara, penyembahan dan permohonan; 3. ajaran yang mengajar tentang kepercayaan DEFINISI AGAMA
  7. 7. 7 Al-Din sebagai cara hidup, sikap hati dan fikiran, tingkah laku dan tindakan yang diamal atau diikuti oleh seseorang atau suatu masyarakat. Ia merangkumi keseluruhan hidup umat manusia di semua zaman. CIRI-CIRI AGAMA YANG BENAR Abu ‘Ala al- Maududi mengatakan:
  8. 8. Kelemahan akal manusia untuk mentafsir kewujudan makhluk di sebalik alam ini – akal fikiran manusia terbatas Agama jaminan keselamatan dan perlindungan – memberi petunjuk ke jalan yang benar Agama asas kebajikan dan kekuatan – menenangkan jiwa, cekal menghadapi ujian dan sentiasa bekerja untuk mencapai kebajikan Fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Allah memiliki naluri beragama. Nabi Muhammad bersabda: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (Islam)……………” Kejahilan manusia mengenai kehidupan selepas kematian – persoalan kematian hanya boleh dijawab oleh agama Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan – tanpa agama, dunia akan huru-hara, kejahatan bermaharajalela 8 KEPERLUAN BERAGAMA
  9. 9. Akibat Tidak Beragama 9 AKIBAT TIDAK BERAGAMA  Kehidupan tidak seimbang (antara keperluan fizikal dan spiritual)  Tiada hala tuju dan matlamat hidup  Kegersangan dan ketandusan jiwa  Pengabaian terhadap aspek akhlak dan moral  Bertambahnya krisis nilai dalam masyarakat
  10. 10. 10 MANUSIA DALAM AL-QURAN AL-BASYAR – terdapat di 36 tempat dalam Al-Quran Diertikan dengan anak Adam (manusia) yang memiliki tabiat semula jadi seperti makan, berjalan dsb AL-NAS – terdapat lebih 240 tempat dalam al-Quran Menunjukkan nama jenis keturunan Adam AL-INS – terdapat pada 18 ayat di dalam al-Quran Bererti jinak
  11. 11. PROSES PENCIPTAAN MANUSIA11 1) TANAH (TURAB) 3) TANAH MELEKAT (TIN AL- LAZIB) 2) SARIPATI TANAH (TIN) 4) TANAH BERBAU (HAMA’ MASNUN) 5) TANAH KERAS (SALSAL) 6) PENIUPAN ROH (NAFKH AL-RUH)
  12. 12. PROSES PENCIPTAAN MANUSIA12 NUTFAH (MANI) ‘ALAQAH (SEGUMPAL DARAH) MUDGHAH (SEKETUL DAGING) IZAM (TULANG) IZAM LAHM (TULANG MEMBALUTI DAGING) PENIUPAN ROH (NAFKH AL- RUH) MANUSIA
  13. 13. 13 Penciptaan Nabi Adam (AS) 1. Turab  Turab bermaksud tanah bumi berdebu.  Allah mengumpulkan turab.  “…Allah menciptakan Adam daripada turab kemudian Allah berfirman kepadanya: Jadilah (seorang manusia) maka jadilah dia.” (Surah Ali Imran: 59): PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  14. 14. 14 2. Tin  Bermaksud tanah liat  Allah menyaring turab untuk mendapatkan saripati dan memilih yang benar-benar suci dan bersih dan seterusnya dicampur dengan air untuk menjadi tin.  “Dialah yang menciptakan kamu daripada tin.” (Surah al-An’am: 2)  Allah membentuk lembaga manusia  “Dan apabila Aku jadikan bentuk rupanya …” PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  15. 15. 15  3. Hama’ masnun • Bermaksud tanah yang berbau • Allah membiarkan lembaga sehingga menjadi tanah yang berbau. • “ …sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari hama’ masnun.” (Surah al-Hijr: 28) PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  16. 16. 16 4. Salsal  Bermaksud tanah keras seperti tembikar.  Allah membiarkan lembaga sehingga keras.  “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada salsal kal fakhar.” (Surah al-Rahman: 14) PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  17. 17. 17 5. Nafkh al-ruh  Bermaksud ditiupkan roh  Allah meniupkan roh ke dalam lembaga Adam dan setiap organ dan anggota Adam mula berfungsi.  “… serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku) …” (Surah al-Hijr: 29) PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  18. 18. 18 PENCIPTAAN HAWA – DARIPADA TULANG RUSUK KIRI ADAM A.S.      1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Firman Allah S.W.T.: An-Nisa (4): 1 PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  19. 19. 19 Penciptaan zuriat Nabi Adam (AS)  Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  20. 20. 20 Zuriat Nabi Adam (AS) PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  21. 21. 21 1. Nutfah  Peringkat pertama - bermula selepas persenyawaan/ minggu pertama.  Nutfah – benih lelaki + perempuan  Amsyaj - percampuran/persenyawaan  Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan- kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan Mendengar dan Melihat. (Surah al-Insan: 2)  Nutfah lelaki – saraf dan tulang PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  22. 22. 22  2. ‘Alaqah  Bermula pada hujung minggu pertama/ hari ke tujuh hingga minggu ke tiga  Benih yang telah disenyawakan akan tertanam di dinding rahim (qarar makin)  Al-Quran(al-Mukminun: 14)  Al-Quran(al-’Alaq: 2)  ‘Alaqah - sesuatu yang bergantung/ satu ketulan darah/pacat atau lintah PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  23. 23. 23 3. Mudghah  Berlaku pada minggu ke empat  Mudghah - seketul daging yang dikunyah/digigit  Al-Quran(al-Mukminun:14)  Mudghah -a) mukhallaqah dan b) ghair mukhallaqah  Pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota lain, sistem pernafasan berfungsi, saluran darah dan jantung mula berdegup. PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  24. 24. 24 4. ‘Izam dan lahm  Berlaku pada minggu ke lima hingga ke tujuh  Pembentukan tulang dan otot  Al-Quran (al-Mukminun: 14)  RasulullahSAW bersabda: “Apabila kandungan itu berlalu empat puluh dua malam, Allah mengutuskan malaikat untuk membentuk rupa paras sambil menyempurnakan kejadian telinga, mata, kulit, daging dan tulang-tulangnya.”  Akhir minggu ke tujuh, pembentukan sistem yang kompleks - perut, usus, seluruh sistem saraf, otak, tulang belakang, sistem dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan paru-paru, organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing, kaki dan tangan, mata, telinga dan mulut PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  25. 25. 25 5. Khalqan Akhar  Berlaku pada akhir minggu ke lapan  Sudah berbentuk janin  Bulan ke tiga - tulang janin terbentuk dan kuku mula tumbuh  Bulan ke empat - uri sempurna  Bulan seterusnya, perubahan berlaku dalam bentuk ukuran bayi  Al-Quran (al-Mukminun:14) PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  26. 26. 26 6. Nafkh al-ruh  Ulama’ bersepakat perniupan roh berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuk organ tubuh termasuk organ seks  Roh: a) dilihat dari segi jasmani b) dilihat sebagai urusan Allah SWT PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
  27. 27. MANUSIA MENURUT TEORI SAINS BARAT 27 1. Alam terbentuk secara kebetulan dan dengan sendiri.  Teori ini menafikan kewujudan Allah 2. Manusia  Mereka menyamakan manusia dengan binatang kerana:  Manusia melalui proses evolusi sel purba (monyet)  Manusia mempunyai sifat-sifat kebinatangan seperti kasar dan agresif  Manusia bergerak secara automatik seperti mesin (tiada jiwa) / digerakkan oleh naluri biologi  Teori ini menafikan kewujudan Allah dan penciptaan Adam sebagai manusia yang pertama
  28. 28. Manusia Menurut Teori Sains Barat28 3.Rasional saintis  Tidak percaya kewujudan Maha Pencipta  Tidak mempercayai ajaran para Rasul dan Kitab- Kitab Allah yang menjelaskan proses kejadian manusia  Teori berpandukan akal sahaja yang mengkaji melalui kacamata serbabenda (materialis), sedangkan akal mempunyai keupayaan yang terbatas seperti mereka tidak dapat memberi penjelasan tentang roh dan nyawa.  Menurut mereka kesedaran diri, kebebasan MANUSIA MENURUT TEORI SAINS BARAT
  29. 29. 29  (“Dan apabila Aku jadikan rupa bentuknya dan Aku tiupkan padanya roh (ciptaanKu).” (Surah al-Hijr: 29)  Unsur rohani mempunyai keperluan sesuai dengan sifat kerohanian.  Manusia bertanggungjawab memenuhi tuntutan, mengindahkan dan menyempurnakan unsur kerohaniannya.  Contoh – melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah, beramal soleh,  Asas unsur jasmani manusia terdiri daripada tanah dan air.  Unsur jasmani juga mempunyai keperluan yang sesuai.  Manusia mesti menyempurnakan keperluan tersebut untuk memastikan kesempurnaan dan keindahan penciptaan mereka.  Contoh – memiliki makanan/minuman, pakaian dan tempat tinggal, ROHANI JASMANI UNSUR KEJADIAN MANUSIA
  30. 30. 30 Sebaik-baik ciptaan Mempunyai akal Mempunyai ilmu pengetahuan Mempunyai agama Mendapat bimbingan rasul & kitab KEISTIMEWAAN MANUSIA ”Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk kejadian yang paling indah”-Al-Tin: 4.
  31. 31. Keistimewaan Manusia 31 1. Sebaik-baik ciptaan  Al-Quran (al-Tin: 4)  Dua unsur - rohani dan jasmani  Al-Quran (al-’Araf: 172-173)  Sewaktu ditiupkan roh, manusia berjanji tiada tuhan melainkan Allah SWT  Unsur yang membuktikan perjanjian itu: rasa takut, rasa harap dan rasa beragama KEISTIMEWAAN MANUSIA
  32. 32. Keistimewaan Manusia 32 2. Akal  Akal dapat membezakan yang baik dan buruk, merangcang, menyelidik,menilai dsb  Allah memerintahkan manusia menggunakan akal untuk melihat, berfikir, memerhati dsb(al-Quran, Ali Imran: 190- 191)  Akal manusia dipandu oleh wahyu Ilahi (al-Quran, al-A’raf: 179)  Ada dua jenis akal: akal juz’i dan akal kulli KEISTIMEWAAN MANUSIA
  33. 33. Keistimewaan Manusia 33 3. Ilmu Pengetahuan  Diberikan kepada Adam AS dgn perlantikan baginda sebagai khalifah(al- Quran, al-Baqarah: 31)  Dua bentuk ilmu: ilmu alam tabii dan ilmu alam ghaib(kecuali alam ruh)  Amalan tanpa ilmu adalah sia-sia  Ilmu memerlukan: pencarian, pengamatan dan penyelidikan KEISTIMEWAAN MANUSIA
  34. 34. Keistimewaan Manusia 34 4. Kemudahan Alam  Alam diciptakan untuk kemanfaatan manusia (al-Quran, Ibrahim: 32)  Manusia diberi kuasa dan kemampuan (berbanding makhluk lain) untuk mengambil manfaat - kemajuan sains dan teknologi  Pengolahan manfaat ini berpandukan syariat Ilahi KEISTIMEWAAN MANUSIA
  35. 35. 35 5. Beragama  Allah SWT telah menetapkan fitrah bagi setiap kejadian dan fitrah manusia adalah beragama(al-Quran, al-Rum: 30)  Fitrah ini membentuk manusia yang patuh kepada syariat Allah SWT  Agama yang diredhai ialah Islam(al- Quran, Ali Imran: 19) dan selain daripadanya tidak diterima(al-Quran, Ali Imran: 85) KEISTIMEWAAN MANUSIA
  36. 36. 36 6. Diutus Rasul Dan Kitab  Manusia adalah makhluk pelupa/lalai (nasiya), oleh itu mereka memerlukan sesuatu/seseorang untuk memberi peringatan  Kitab-kitab AllahSWT mengandungi ilmu, undang-undang, peraturan dan panduan yang mesti diikuti  Rasul diutus untuk membantu manusia mengolah apa yang ada di dalam Kitab (al-Quran,al-Ahzab:21&72 dan al- Najm:3&4) KEISTIMEWAAN MANUSIA
  37. 37. Matlamat Kejadian manusia sebagai hamba37 Matlamat manusia: Pengabdian total kepada Allah SWT dengan ikhlas hati 1. Al-Quran (al-An’am: 79) 2. Al-Quran (al-Baqarah: 38) 3. Al-Quran (al-Dzariyat: 56) Allah SWT memberi amaran keras supaya manusia tidak menyembah MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA Maksud ibadah Bahasa: merendah diri, tunduk patuh dan taat Istilah: 1. Taat dan tunduk merendah diri sepenuhnya kepada Allah SWT 2. Khusyuk dan tetap hati merendah diri kepada Allah SWT 3. Keyakinan, sikap, amalan dan keadaan yang memenuhi makna taat, rendah diri dan khusyuk dalam hubungan
  38. 38. Matlamat Kejadian Manusia 38 Hamb a Allah Mentad- bir muka bumi MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA
  39. 39. 39 MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA Menjadi khalifah di bumi Mengabdikan dirinya kepada yang Maha Esa. “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (terhadap –Ku)” (Surah al- Zariyat: 56) “Dan kenangilah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan mengadakan khalifah di bumi ini. “(Surah al-Baqarah: 30)
  40. 40. 40 Berasal dari bahasa Arab daripada perkataan aslama, bermaksud: PENGERTIAN ISLAM iii. Ketaatan dan penyerahan i. Ketulenan dan kesucian ii. Damai, aman atau sejahtera
  41. 41. Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan pengakuan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan & mengerjakan haji di Baitullah – berdasarkan jawapan Nabi Muhammad kepada Jibril tentang Islam Kepatuhan, ketundukan, ketaatan & penyerahan diri dengan ikhlas (tiada paksaan) kepada Allah – merangkumi seluruh kehidupan (Ali Imran (3): 83) Jawapan kepada 3 persoalan penting yang dihadapi oleh manusia; Dari mana manusia datang? Mengapa manusia diciptakan? Ke mana kesudahan manusia? (al-Hajj (22): 5 41 PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH
  42. 42. 42 Ruh hakiki, cahaya petunjuk abadi dalam kehidupan, ubat paling mujarab bagi penyakit & jalan lurus paling selamat bagi manusia yang melaluinya (al-Isra’ (17): 82) Peraturan hidup (way of life) yang mengatur kehidupan manusia, menjadi dasar akhlak mulia sebagai panduan kepada seluruh umat manusia PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH
  43. 43. 43  Istilah syarak: 1. Rukun Islam  Kepatuhan, ketundukan, ketaatan serta penyerahan diri dgn penuh keikhlasan dan sukarela kpd Allah dlm seluruh aspek kehidupan. (Surah Luqman: 22)  Sabda Rasulullah (SAW): Islam itu ialah kamu bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah dan kamu bersaksi sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu. PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH
  44. 44. 44  Islam ialah peraturan umum dan undang2 yang bersifat sempurna serta menyeluruh  Islam ialah ad-Din yang mengandungi aqidah, ibadah, syariah dan akhlak  Islam adalah panduan dan petunjuk hidup yang sebenar – Q (asy-Syura: 52) dan (al- Isra’: 82)  Islam adalah sistem hidup manusia yang praktikal dalam semua aspek kehidupan manusia – Syed Qutb PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH
  45. 45. Jaminan Allah terhadap Islam 45  Ad-Din yang diredhai oleh Allah Q (Ali Imran: 19)  Ad-Din yang diterima oleh Allah Q (Ali Imran: 85)  Ad-Din yang sempurna Q (Al-Maidah: 3) JAMINAN ALLAH TERHADAP ISLAM
  46. 46. Sumber Ajaran Islam 46 Sumber Asasi Islam SunnahAl-Quran SUMBER AJARAN ISLAM
  47. 47. 47 SUMBER ASASI: AL-QURAN  Kitab suci yang terakhir  Mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad  Wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun dalam bahasa Arab sebagai panduan kepada seluruh umat manusia dan membacanya adalah satu ibadah  Mengandungi 30 juzuk, 114 surah, 6236 ayat  Pelengkap kepada semua kitab suci yang sebelumnya  Kitab sempurna diturunkan oleh Allah – merangkumi keseluruhan aspek kehidupan yang diperlukan oleh kehidupan manusia SUMBER AJARAN ISLAM
  48. 48. 48 SUMBER ASASI: AL-HADITH/AL-SUNNAH  Sumber sokongan kepada al-Quran  BAHASA: cara atau jalan  ISTILAH: Segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dalam bentuk perkataan (qauliyah), perbuatan (fi’liyah) & pengakuan (taqririyah)  Sunnah perbuatan Nabi Muhammad yang teragung ialah penubuhan negara Islam pertama, Madinah yang menjadi platform kepada pelaksanaan syariat Islam SUMBER AJARAN ISLAM
  49. 49. 49  SUMBER IJTIHADI: AL-IJMA’  BAHASA : 2 pengertian: i) keazaman;  ii) persepakatan  ISTILAH : persepakatan para mujtahid di atas satu-satu hukum syara’  SYARAT IJMA’ : I. persepakatan berlaku di kalangan para mujtahid II. persepakatan berlaku di kalangan semua mujtahid III. persepakatan berlaku selepas kewafatan Nabi s.a.w. IV. persepakatan hanya mengenai hukum syara’ V. persepakatan mesti dari kalangan umat Nabi s.a.w. VI. persepakatan mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman itu SUMBER AJARAN ISLAM
  50. 50. 50  SUMBER IJTIHADI: AL-QIYAS  BAHASA : menyamakan  ISTILAH : menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana ada persamaan illah antara keduanya  RUKUN QIYAS (4): I. asal (al-asl) – perkara yang sudah ada hukum yang telah ditetapkan syara’ II. furu’ (al-far’u) – perkara baru yang tidak terdapat nas mengenainya III. hukum asal IV. sebab hukum (illah) SUMBER AJARAN ISLAM
  51. 51. 51 SKOP ASAS AJARAN ISLAM AKIDAH SYARIAH IBADAH AKHLAK DAKWAH JIHAD SKOP AJARAN ISLAM
  52. 52. 52 AKIDAH SKOP AJARAN ISLAM
  53. 53. 53 ASAS AKIDAH ISLAM RUKUN ISLAM RUKUN IMAN ASAS AKIDAH ISLAM
  54. 54. 54 SYARIAH ASAS AKIDAH ISLAM
  55. 55. 55 IBADAH ASAS AKIDAH ISLAM
  56. 56. 56 AKHLAK ASAS AKIDAH ISLAM
  57. 57. 57 DAKWAH ASAS AKIDAH ISLAM
  58. 58. ASAS AKIDAH ISLAM 58 JIHAD
  59. 59. Ciri-ciri Keistimewaan Islam 59 KEISTIMEWA AN ISLAM 1) RABBANI – bersumberkan wahyu Allah S.W.T. 2) SYUMUL & LENGKAP – merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (Allah, sesama manusia, alam) 3) SEPADU & SEIMBANG – saling berkaitan, tidak berat sebelah 4) WAQIE @ PRAKTIKAL – sistem Islam sesuai dengan keadaan, suasana & rupa 5) TINGGI & AGUNG – satu- satunya agama yang diakui & diterima Allah S.W.T. 6) ALAMI & UNIVERSAL – meliputi semua tempat & masa CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
  60. 60. 60 Kenapa Manusia Perlukan Islam??? KENAPA MANUSIA PERLU ISLAM Kelemahan akal Islam agama fitrah Kesempurnaan Islam
  61. 61. 61 Kenapa Menyeleweng Dari Ajaran Islam ? 1.Serangan musuh Islam  Media massa  Budaya hidup  Falsafah songsang  Materialistik dan individualistik 2. Kelalaian dan kelemahan umat Islam  Kejahilan  Kurang upaya melaksanakan al-Quran  Mengabaikan Sunnah Rasulullah (s.a.w.)  Lalai terhadap tipu daya musuh  Kurang jati diri  Suka meniru KENAPA MENYELEWENG DARI AJARAN ISLAM
  62. 62. KESIMPULAN 62  Hanya Islam agama yang diakui oleh ALLAH SWT.  Islam adalah agama fitrah yang sesuai dengan fitrah manusia.  Agama Islam adalah al-din yang merupakan cara hidup manusia sejak lahir hingga meninggal dunia.  Agama Islam adalah lengkap yang mengandungi semua peraturan hidup manusia.
  63. 63. 63 KUMP 1:  Bagaimanakah perbezaan amalan agama lain dan dengan amalan agama Islam? KUMP 2:  Bagaimanakah dapat kamu simpulkan mengapakah kita memerlukan agama? AKTIVITI

×