SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1.0 PENGENALAN
Pendidikan yang merupakan satu aspek yang paling asas dan dasar dalam sistem kehidupan
manusia, corak dan aliran pendidikan yang begitu dinamik dan kontinum inilah yang menjadi
faktor utama merubah kehidupandan tamadun manusia sejak zaman berzaman lagi dan dapat
mendidik dan membangunkan manusia secara yang paling optimum dan seimbang. Pendidikan
merupakan proses membentuk keperibadian manusia yang sempurna dan seterusnya melahirkan
manusia yang dapat berinteraksi lebih baik dengan pencipta alam dan alam itu sendiri.
Oleh itu, semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat
mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat
kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap
professionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah
profession. Guru mesti mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan
menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi
meningkatkan kualiti kerja. Selain itu dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilakn
perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi serta dapat memberikan
sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
2.0 ISU ETIKA GURU
Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah dipetik dari Berita Harian yang
bertajuk 'NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita', saya telah menjumpai satu isu yang berkaitan
kesantunan guru iaitu gangguan seksual. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa
guru tersebut didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau
penampilan yang menarik. Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
ibu bapa pelajar terbabit. Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah seorang pelajar yang
menjadi mangsa kejadian menyatakan pipinya seing ‘dicubit-cubit manja’ kerana diminati bukan
sebagai hukuman disiplin. Perkara ini menjadi suatu isu apabila pelajar tersebut menjadi segan
dan serba salah apabia diejek oleh rakan sekelas selain rasa tidak selesa.
Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan. Kesantunan atau etiket merupakan
sesuatu perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat. Namun kesantunan guru perlu
disesuaikan dengan kontekstual. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon
(2010) menyatakan kesantunan dibahagikankepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan
tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Artikel ini menunjukkan guru wanita ini terlibat dengan
kesantunan tingkah laku.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan setiap guru
perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Oleh itu, kes
ini guru hendaklah mengambil tahu tentang emosi murid. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan
Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap
orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan
atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti
terhadap murid merupakan salah satu akauntabiliti keguruan. Oleh itu, menjadi kewajipan
seorang guru untuk menjaga amanah yang telah diberikan.
3.0 ANALISIS ISU
3.1 KONSEP GANGGUAN SEKSUAL
Sesuatu perbuatan itu ditakrif sebagai gangguan seksual apabila terdapat dua elemen yang
harus dibuktikan iaitu : perbuatan yang dilakukan oleh penggangu dianggap lucah dan mangsa
berasa terganggu akibat daripada perbuatan lucah itu. Namun dalam kes jenayah kedua-dua
elemen tersebut tidak dianggap bersalah melainkan mempunyai niat yang salah. Berdasarkan
prinsip undang-undang jenayah Inggeris menjelaskan bahawa sesuatu perlakuan itu tidak boleh
disabitkan sebagai jenayah jika pelaku tiada niat melakukannya. Namun gerak-geri pelaku
tersebut boleh menunjukkan niatnya.
3.2 BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL
Gangguan seksual dalam isu kesantunan guru ini terbahagi kepada dua iaitu
secara verbal dan non-verbal . Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-
bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama, iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara
bukan lisan, gangguan secara fizikal, gangguan secara visual dan gangguan secara psikologi.
Gangguan secara lisan dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan,
bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan
soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti
seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan.
Gangguan secara bukan lisan dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang
yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti
menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang
lain.
Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti
mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang
selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga
Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Gangguan secara visual pula ialah perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-
mel), short messaging system (sms),multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster,
objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media,
peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu
berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.
Gangguan psikologi pula ialah perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak,
mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual Pegawai Awam sama ada
melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang
menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan
seksual.
3.4 HUKUMAN KEPADA PESALAH
Berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Jabatan perkhidmatan Awam Malaysia
menyatakan, seseorang Pegawai Awam yang didapati melakukan gangguan seksual, boleh
dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d),
Peraturan Pegawai Awam yang memperuntukkan “Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan
dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemar nama perkhidmatan awam”.
Selain itu, seseorang Pegawai Awam juga yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual
boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut,
bergantung kepada keseriusan kesalahan itu menurut peraturan 38, Peraturan Pegawai Awam
iaitu mendapat amaran, denda,lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun
pangkat atau buang kerja.
3.5 KOD ETIKA YANG BERKAITAN
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan
manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan
menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat
demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya
membantu negara mencapai kemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan
seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan
membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan
kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.
Kod etika yang terlibat dengan kes ini ialah guru tidak harus berkelakuan begitu rupa
sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan kehilangan
kepercayaan orang ramai. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh
dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas
guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan
ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian
dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati.
Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip
ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan
kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan
seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej
profesion perguruan.
Antara etika keguruan ialah tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak
muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian. Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang
memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun
kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu
guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk
melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru
sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat
memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar
Merujuk kepada kod etika keguruan, salah satu prinsip yang dinyatakan ialah prinsip kesetiaan
iaitu prinsip yang mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan. Guru seharusnya tidak
melakukan perkara yang tidak sopan sehingga mencemarkan profesionnya. Guru juga bertindak
sebagai pengganti ibu bapa iaitu membentuk tingkah laku murid. Secara kesimpulannya, guru
yang bertingkah laku negatif fterhadap murid tidak mengamalkan kod etika yang telah
digariskan.
3.6 FAKTOR ATAU PUNCA ISU TERSEBUT BERLAKU
Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan
pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda
ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan
peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang.
Salah satu sebab yang mewujudkan masalah kesantunan kepada guru ialah faktor
peribadi guru itu sendiri. Sudah menjadi tanggapan umum bahawa guru boleh dijadikan model
dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, pandangan dan tanggapan positif masyarakat kian
menipis apabila ada sesetengah guru yang melanggar etika keguruan. Ini termasuklah guru yang
selalu ponteng kelas dan keluar dari kawasan sekolah atas urusan peribadi. Malah ada guru yang
sanggup menghisap rokok dan bersembang dengan guru yang lain sambil diikuti ketawa hilai.
Lebih malang lagi apabila ada guru yang telah memperdaya dan melakukan hubungan seks
dengan pelajarnya. Segala perbuatan negatif ini tentunya boleh mengikis kepercayaan dan
penghormatan masyarakat terhadap guru.
Faktor yang menjadi penyumbang kepada perlakuan guru tersebut ialah pengaruh media massa.
Menurut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari pengaruh media
massa. Kerana pengaruh media elektroni boleh didapati tanpa sekatan.
Antara faktor lain ialah guru tersebut mengahadapi masalah keluarga. Kerjaya guru cuma
berkaitan dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik manusia agar berjaya dalam hidup
mereka. Dunia guru telah membataskan pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas
dan para pelajar sahaja. Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu terhad.
Segala keterhadan ini akan membataskan peluang orang ramai untuk mengenali dan memahami
peranan guru. Lebih ketara lagi apabila guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh
terhadap urusan hidup masyarakat moden seperti sekarang.
Selain itu, faktor yang mendorong guru tersebut berkelakuan begitu ialah kurang memahami
etika keguruan. Oleh itu, bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika
profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta
kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang
berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
3.7 IMPLIKASI ISU KEGURUAN TERSEBUT
Gangguan seksual merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi yang kompleks
terutamanya kepada profesion guru kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya
menjadi ‘role model’. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada
emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan
impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American Psychological Associationpada tahun 1999
melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Ini
termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila
mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis
termasuk fobia.
Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak hidup mereka kepada
pendiam dan jarang bergau. Selain impak yang diberikan kepada psikologi dan emosi ganggaun
seksual juga memberi impak kepada kesihatan fizikal. Contohnya ialah mangsa gangguan
seksual juga sering kali mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami sindrom
seperti tidak selera makan dan sukar untuk tidur. Kesan ini biasanya dialami mangsa kerana
terlampau memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri mereka dan jika berterusan ia akan
menjadi lebih parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal.
Gangguan seksual khususnya di tempat kerja turut memberi kesan ke atas produktiviti dan
ekonomi negara. Ia merugikan pasaran buruh kerana ia boleh menjejaskan kenaikan pangkat
kepada mangsa yang sudah berpengalaman kerja kebanyakannya akan bertindak berhenti kerja.
Ini menyebabkan tukar ganti pekerja yang tidak dirancang. Selain itu, imej sesuatu sekolah juga
tercalar jika peristiwa tersebut diketahui umum.
Antara implikasi yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan
guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu
dengan guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi
pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain
tidak akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa
terjadap perbuatan yang dilakukannya.
Kesan jangka masa panjang yang akan ditempuhi guru tersebut ialah mereka tidak diterima
oleh masyarakat di mana masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Guru tersebut
juga akan dipindahkan dari sekolah berkenaan bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di mata
masyarakat guru tersebut tidak mendapat tempat di mata masyarakat kerana tidak dipercayai.
Kesan jangka masa pendek terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan akan
dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak memandang profesion ini sebagai
profesion yang penting. Profesion ini juga tdak dianggap mulia kerana masyarakat menganggap
profesion ini bukanlah selamat untuk anak mereka lagi. Tambahan pula profesion ini tidak lagi
dihormati oleh masyarakat. Kesan jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah
generasi muda tidak lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan kuasa untuk
menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata
masyarakat.
4.0 CARA MENGATASI ISU KEGURUAN YANG BERLAKU
Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku guru yang negatif
di mana melalui kaedah ini kita boleh membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan
seksual yang dilakukan ke atas murid. Kebanyakan Negara maju telah memperkenalkan
pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan
kesedaran mengenai ganggun seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai
baik antara hubungan lelaki dan perempuan, penderaan,pencabulan, seksual dan sebagainya.
Justeru itu kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam
menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru
dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif ini. Pendidikan seks bukan sahaja sesuai
untuk murid, gur-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri.
Pendidikan seks ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang keslaahan seksual
yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid. Di samping itu juga, pendidikan seks
ini juga mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual
jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.
Selain itu, bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat lagi bagi
meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yan teratur dan bertanggungjawab terutama yang
melibatkan penjawat awam contohnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi,
semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka
tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai
moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri setiap guru. Nilai
hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang
bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan. Guru perlu melibatkan diri secara
produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas
dan tanggungjawab mereka.
Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif ini (gangguan seksual),
kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat kaunseling
khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu
diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu
gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini.
Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan
bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut
Shertzer dan Stone (1981), mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing
individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Kuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi
tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan
seksual di kalangan murid ini perlulah dibanteras supaya masalah sepri ini dapat diatasi dengan
segera.Dengan adanya penguatkuasaan undang-undang ini, tingkah laku negatif di kalangan
murid mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera.
5.0 KESIMPULAN
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan
sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan
kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta
menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang
adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing,
dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
Secara keseluruhannya, selaku seorang guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan
dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Guru adalah orang yang selalu mendapat
perhatian walau di mana mereka berada. Oleh itu, guru haruslah jelas tentang kod etika dan
akauntabiliti keguruan. Mengikut pengertian Kamus Dewan (2005)etika bermaksud satu sistem
dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan baik. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh
mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan
dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod
etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar,
rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang
berlaku terhadap murid tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Guru juga haruslah mempunyai inisiatif untuk mendalami kod etika keguruan.
Menurut Prinsip Kesantunan Leech (1983), terdapat 6 prinsip kesantunan yang wajar dipatuhi.
i. Santun/berhemah : meminimumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang lain
ii. Budiman : meminimumkan faedah atau manfaat dan memaksimumkan kos ke atas diri
sendiri.
iii. Sokongan / berkenan : meminimumkan cacian dan memaksimumkan pujian terhadap
orang lain
iv. Merendah diri / kerendahan hati : meminimumkan pujian, memaksimumkan cacian
terhadap diri sendiri
v. Persetujuan : meminimumkan perbalahan, memaksimumkan persetujuan antara diri
dengan orang lain
vi. Simpati : memaksimumkan simpati antara diri dengan orang lain
Berdasarkan model ini, guru haruslah mengamalkan setiap aspek kesantunan dalam kehidupan
supaya menjadi guru yang dihormati dan disegani serta menjadi contoh ikutan kepada murid-
murid di sekolah.
juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa,
rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid merupakan salah satu
akauntabiliti keguruan. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah yang
telah diberikan.
6.0 REFLEKSI
Tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini membuka peluang kepada saya
untuk menjalani pelbagai jenis langkah-langkah untuk menyiapkan kerja. Ini keraa tugasan ini
melibatka juga tugasan berkumpulan. Antaranya ialah menjalankan kolaborasi dengan rakan-
rakan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk
meneroka isu ini dan membincangkan bagaimana untuk menjadikan satu blog. Blog yang
diwujudkan oleh kumpulan saya akan dilampirkan sebagai rujukan. Unsur TMK yang diterapkan
di dalam tugasan ini memberi ruang kepada saya untuk mencorak cara pengajaran saya pada
masa akan datang.
Selain itu, tidak pernah terdetik di hati saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang
isu-isu keguruan yang wujud di arena pendidikan tanah air. Namun, tugasan ini menggalakkan
saya untuk medalami isu yang ada dan isu yang saya pilih ialh berkaitan dengan tingkah laku
guru wanita. Tingkah laku yang pada sesetangah pihak dianggap biasa namun jika dari aspek kod
etika keguruan guru tidak seharusnya melakukan perkara sebegitu. Berdasarkan tugasan ini juga
saya mendapat banyak maklumat selain menjaga tingkah laku sebagai seorang guru. Guru juga
harus mementingkan keadaan murid dahulu.
Etika oumm3203

More Related Content

What's hot

Analisis pelaksanaan kode etik guru indonesia
Analisis pelaksanaan kode etik guru indonesiaAnalisis pelaksanaan kode etik guru indonesia
Analisis pelaksanaan kode etik guru indonesia
candrajelek
 
Makalah prioritas kerja profesi guru SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Makalah prioritas kerja profesi guru SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA Makalah prioritas kerja profesi guru SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Makalah prioritas kerja profesi guru SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Operator Warnet Vast Raha
 
Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1
Noor Dollah
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
YAGHAVI
 
Kepentingan etika guru
Kepentingan etika guruKepentingan etika guru
Kepentingan etika guru
Rusliza Awang
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
Shila Daly
 
Peran kon selor dlm pendidikan karakter 1
Peran kon selor dlm pendidikan karakter 1Peran kon selor dlm pendidikan karakter 1
Peran kon selor dlm pendidikan karakter 1
sayuwiwit
 

What's hot (20)

Tajuk 3 done
Tajuk 3 doneTajuk 3 done
Tajuk 3 done
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Isu penampilan guru
Isu penampilan guruIsu penampilan guru
Isu penampilan guru
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Analisis pelaksanaan kode etik guru indonesia
Analisis pelaksanaan kode etik guru indonesiaAnalisis pelaksanaan kode etik guru indonesia
Analisis pelaksanaan kode etik guru indonesia
 
Makalah prioritas kerja profesi guru SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Makalah prioritas kerja profesi guru SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA Makalah prioritas kerja profesi guru SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Makalah prioritas kerja profesi guru SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
 
kode etik guru terhadap siswa
kode etik guru terhadap siswakode etik guru terhadap siswa
kode etik guru terhadap siswa
 
Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Sikap guru 2
Sikap guru 2Sikap guru 2
Sikap guru 2
 
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakatPeranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
 
Isu isu etika guru
Isu isu etika guruIsu isu etika guru
Isu isu etika guru
 
Kepentingan etika guru
Kepentingan etika guruKepentingan etika guru
Kepentingan etika guru
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Etika Guru
Etika GuruEtika Guru
Etika Guru
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 
Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)
 
Peran kon selor dlm pendidikan karakter 1
Peran kon selor dlm pendidikan karakter 1Peran kon selor dlm pendidikan karakter 1
Peran kon selor dlm pendidikan karakter 1
 

Viewers also liked (8)

49331848 nota-padat-oumm3203-ethics-edisi-imann9969
49331848 nota-padat-oumm3203-ethics-edisi-imann996949331848 nota-padat-oumm3203-ethics-edisi-imann9969
49331848 nota-padat-oumm3203-ethics-edisi-imann9969
 
Kerangka oumm3203
Kerangka oumm3203Kerangka oumm3203
Kerangka oumm3203
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
 
Professional ethics versi melayu
Professional ethics   versi melayuProfessional ethics   versi melayu
Professional ethics versi melayu
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamEtika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 

Similar to Etika oumm3203

Guru bekerja sambilan
Guru bekerja sambilanGuru bekerja sambilan
Guru bekerja sambilan
Ammriza Ahmad
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Rosdi Ramli
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Yee Ivy
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
zain72
 
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingMenangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
LatiSigub
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Pensil Dan Pemadam
 
Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)
Yusri Mohd Yusof
 

Similar to Etika oumm3203 (20)

Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Guru bekerja sambilan
Guru bekerja sambilanGuru bekerja sambilan
Guru bekerja sambilan
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
ETIKA BERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA.pdf
ETIKA BERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA.pdfETIKA BERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA.pdf
ETIKA BERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA.pdf
 
Ppp2
Ppp2Ppp2
Ppp2
 
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docxKepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
 
BUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHBUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAH
 
Makalah pendidikan pancasila
Makalah pendidikan pancasilaMakalah pendidikan pancasila
Makalah pendidikan pancasila
 
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingMenangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
work ethics
work ethicswork ethics
work ethics
 
Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 

Recently uploaded (20)

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Etika oumm3203

  • 1. 1.0 PENGENALAN Pendidikan yang merupakan satu aspek yang paling asas dan dasar dalam sistem kehidupan manusia, corak dan aliran pendidikan yang begitu dinamik dan kontinum inilah yang menjadi faktor utama merubah kehidupandan tamadun manusia sejak zaman berzaman lagi dan dapat mendidik dan membangunkan manusia secara yang paling optimum dan seimbang. Pendidikan merupakan proses membentuk keperibadian manusia yang sempurna dan seterusnya melahirkan manusia yang dapat berinteraksi lebih baik dengan pencipta alam dan alam itu sendiri. Oleh itu, semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap professionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profession. Guru mesti mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain itu dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilakn perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi serta dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara. 2.0 ISU ETIKA GURU Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah dipetik dari Berita Harian yang bertajuk 'NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita', saya telah menjumpai satu isu yang berkaitan kesantunan guru iaitu gangguan seksual. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa guru tersebut didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau penampilan yang menarik. Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit. Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian menyatakan pipinya seing ‘dicubit-cubit manja’ kerana diminati bukan sebagai hukuman disiplin. Perkara ini menjadi suatu isu apabila pelajar tersebut menjadi segan dan serba salah apabia diejek oleh rakan sekelas selain rasa tidak selesa.
  • 2. Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan. Kesantunan atau etiket merupakan sesuatu perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat. Namun kesantunan guru perlu disesuaikan dengan kontekstual. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan kesantunan dibahagikankepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Artikel ini menunjukkan guru wanita ini terlibat dengan kesantunan tingkah laku. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Oleh itu, kes ini guru hendaklah mengambil tahu tentang emosi murid. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid merupakan salah satu akauntabiliti keguruan. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah yang telah diberikan. 3.0 ANALISIS ISU 3.1 KONSEP GANGGUAN SEKSUAL Sesuatu perbuatan itu ditakrif sebagai gangguan seksual apabila terdapat dua elemen yang harus dibuktikan iaitu : perbuatan yang dilakukan oleh penggangu dianggap lucah dan mangsa berasa terganggu akibat daripada perbuatan lucah itu. Namun dalam kes jenayah kedua-dua elemen tersebut tidak dianggap bersalah melainkan mempunyai niat yang salah. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah Inggeris menjelaskan bahawa sesuatu perlakuan itu tidak boleh disabitkan sebagai jenayah jika pelaku tiada niat melakukannya. Namun gerak-geri pelaku tersebut boleh menunjukkan niatnya.
  • 3. 3.2 BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL Gangguan seksual dalam isu kesantunan guru ini terbahagi kepada dua iaitu secara verbal dan non-verbal . Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk- bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama, iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara bukan lisan, gangguan secara fizikal, gangguan secara visual dan gangguan secara psikologi. Gangguan secara lisan dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan. Gangguan secara bukan lisan dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain. Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut. Gangguan secara visual pula ialah perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e- mel), short messaging system (sms),multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual. Gangguan psikologi pula ialah perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual Pegawai Awam sama ada
  • 4. melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan seksual. 3.4 HUKUMAN KEPADA PESALAH Berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Jabatan perkhidmatan Awam Malaysia menyatakan, seseorang Pegawai Awam yang didapati melakukan gangguan seksual, boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai Awam yang memperuntukkan “Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemar nama perkhidmatan awam”. Selain itu, seseorang Pegawai Awam juga yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu menurut peraturan 38, Peraturan Pegawai Awam iaitu mendapat amaran, denda,lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja. 3.5 KOD ETIKA YANG BERKAITAN Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.
  • 5. Kod etika yang terlibat dengan kes ini ialah guru tidak harus berkelakuan begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Antara etika keguruan ialah tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar Merujuk kepada kod etika keguruan, salah satu prinsip yang dinyatakan ialah prinsip kesetiaan iaitu prinsip yang mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan. Guru seharusnya tidak melakukan perkara yang tidak sopan sehingga mencemarkan profesionnya. Guru juga bertindak
  • 6. sebagai pengganti ibu bapa iaitu membentuk tingkah laku murid. Secara kesimpulannya, guru yang bertingkah laku negatif fterhadap murid tidak mengamalkan kod etika yang telah digariskan. 3.6 FAKTOR ATAU PUNCA ISU TERSEBUT BERLAKU Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang. Salah satu sebab yang mewujudkan masalah kesantunan kepada guru ialah faktor peribadi guru itu sendiri. Sudah menjadi tanggapan umum bahawa guru boleh dijadikan model dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, pandangan dan tanggapan positif masyarakat kian menipis apabila ada sesetengah guru yang melanggar etika keguruan. Ini termasuklah guru yang selalu ponteng kelas dan keluar dari kawasan sekolah atas urusan peribadi. Malah ada guru yang sanggup menghisap rokok dan bersembang dengan guru yang lain sambil diikuti ketawa hilai. Lebih malang lagi apabila ada guru yang telah memperdaya dan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya. Segala perbuatan negatif ini tentunya boleh mengikis kepercayaan dan penghormatan masyarakat terhadap guru.
  • 7. Faktor yang menjadi penyumbang kepada perlakuan guru tersebut ialah pengaruh media massa. Menurut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari pengaruh media massa. Kerana pengaruh media elektroni boleh didapati tanpa sekatan. Antara faktor lain ialah guru tersebut mengahadapi masalah keluarga. Kerjaya guru cuma berkaitan dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik manusia agar berjaya dalam hidup mereka. Dunia guru telah membataskan pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas dan para pelajar sahaja. Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu terhad. Segala keterhadan ini akan membataskan peluang orang ramai untuk mengenali dan memahami peranan guru. Lebih ketara lagi apabila guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh terhadap urusan hidup masyarakat moden seperti sekarang. Selain itu, faktor yang mendorong guru tersebut berkelakuan begitu ialah kurang memahami etika keguruan. Oleh itu, bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 3.7 IMPLIKASI ISU KEGURUAN TERSEBUT Gangguan seksual merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi yang kompleks terutamanya kepada profesion guru kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi ‘role model’. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada
  • 8. emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American Psychological Associationpada tahun 1999 melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis termasuk fobia. Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak hidup mereka kepada pendiam dan jarang bergau. Selain impak yang diberikan kepada psikologi dan emosi ganggaun seksual juga memberi impak kepada kesihatan fizikal. Contohnya ialah mangsa gangguan seksual juga sering kali mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami sindrom seperti tidak selera makan dan sukar untuk tidur. Kesan ini biasanya dialami mangsa kerana terlampau memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri mereka dan jika berterusan ia akan menjadi lebih parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal. Gangguan seksual khususnya di tempat kerja turut memberi kesan ke atas produktiviti dan ekonomi negara. Ia merugikan pasaran buruh kerana ia boleh menjejaskan kenaikan pangkat kepada mangsa yang sudah berpengalaman kerja kebanyakannya akan bertindak berhenti kerja. Ini menyebabkan tukar ganti pekerja yang tidak dirancang. Selain itu, imej sesuatu sekolah juga tercalar jika peristiwa tersebut diketahui umum. Antara implikasi yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terjadap perbuatan yang dilakukannya.
  • 9. Kesan jangka masa panjang yang akan ditempuhi guru tersebut ialah mereka tidak diterima oleh masyarakat di mana masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Guru tersebut juga akan dipindahkan dari sekolah berkenaan bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di mata masyarakat guru tersebut tidak mendapat tempat di mata masyarakat kerana tidak dipercayai. Kesan jangka masa pendek terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan akan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak memandang profesion ini sebagai profesion yang penting. Profesion ini juga tdak dianggap mulia kerana masyarakat menganggap profesion ini bukanlah selamat untuk anak mereka lagi. Tambahan pula profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat. Kesan jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah generasi muda tidak lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat. 4.0 CARA MENGATASI ISU KEGURUAN YANG BERLAKU Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku guru yang negatif di mana melalui kaedah ini kita boleh membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan ke atas murid. Kebanyakan Negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan
  • 10. kesedaran mengenai ganggun seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik antara hubungan lelaki dan perempuan, penderaan,pencabulan, seksual dan sebagainya. Justeru itu kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif ini. Pendidikan seks bukan sahaja sesuai untuk murid, gur-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang keslaahan seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid. Di samping itu juga, pendidikan seks ini juga mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid. Selain itu, bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat lagi bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yan teratur dan bertanggungjawab terutama yang melibatkan penjawat awam contohnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri setiap guru. Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan. Guru perlu melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif ini (gangguan seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini.
  • 11. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1981), mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual di kalangan murid ini perlulah dibanteras supaya masalah sepri ini dapat diatasi dengan segera.Dengan adanya penguatkuasaan undang-undang ini, tingkah laku negatif di kalangan murid mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera. 5.0 KESIMPULAN Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
  • 12. Secara keseluruhannya, selaku seorang guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Guru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana mereka berada. Oleh itu, guru haruslah jelas tentang kod etika dan akauntabiliti keguruan. Mengikut pengertian Kamus Dewan (2005)etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap murid tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru juga haruslah mempunyai inisiatif untuk mendalami kod etika keguruan. Menurut Prinsip Kesantunan Leech (1983), terdapat 6 prinsip kesantunan yang wajar dipatuhi. i. Santun/berhemah : meminimumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang lain ii. Budiman : meminimumkan faedah atau manfaat dan memaksimumkan kos ke atas diri sendiri. iii. Sokongan / berkenan : meminimumkan cacian dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain iv. Merendah diri / kerendahan hati : meminimumkan pujian, memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri v. Persetujuan : meminimumkan perbalahan, memaksimumkan persetujuan antara diri dengan orang lain vi. Simpati : memaksimumkan simpati antara diri dengan orang lain
  • 13. Berdasarkan model ini, guru haruslah mengamalkan setiap aspek kesantunan dalam kehidupan supaya menjadi guru yang dihormati dan disegani serta menjadi contoh ikutan kepada murid- murid di sekolah. juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid merupakan salah satu akauntabiliti keguruan. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah yang telah diberikan. 6.0 REFLEKSI Tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini membuka peluang kepada saya untuk menjalani pelbagai jenis langkah-langkah untuk menyiapkan kerja. Ini keraa tugasan ini melibatka juga tugasan berkumpulan. Antaranya ialah menjalankan kolaborasi dengan rakan- rakan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk meneroka isu ini dan membincangkan bagaimana untuk menjadikan satu blog. Blog yang diwujudkan oleh kumpulan saya akan dilampirkan sebagai rujukan. Unsur TMK yang diterapkan di dalam tugasan ini memberi ruang kepada saya untuk mencorak cara pengajaran saya pada masa akan datang. Selain itu, tidak pernah terdetik di hati saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu-isu keguruan yang wujud di arena pendidikan tanah air. Namun, tugasan ini menggalakkan saya untuk medalami isu yang ada dan isu yang saya pilih ialh berkaitan dengan tingkah laku guru wanita. Tingkah laku yang pada sesetangah pihak dianggap biasa namun jika dari aspek kod etika keguruan guru tidak seharusnya melakukan perkara sebegitu. Berdasarkan tugasan ini juga saya mendapat banyak maklumat selain menjaga tingkah laku sebagai seorang guru. Guru juga harus mementingkan keadaan murid dahulu.