1. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
Dr. Nor Azizah Salleh
PENGENALAN
Langkah pertama dalam menulis sesebuah kajian ilmiah ialah menyediakan draf
cadangan kajian, iaitu ringkasan atau sebuah dokumen yang ditulis secara sistematik,
yang melakarkan kajian yang akan anda lakukan. Sebuah cadangan kajian yang lengkap,
pada amnya, mengandungi masalah kajian, persoalan kajian, tinjauan literatur, metodologi
kajian dan senarai rujukan.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menerangkan kepentingan cadangan kajian sebagai penunjuk arah kepada
kajian yang dicadangkan; dan
2. menyediakan satu cadangan kajian, menyatakan permasalahan kajian, hipotesis,
teori, soalan kajian, tinjauan literatur, metodologi dan batasan kajian.
PETA MINDA TOPIK
Cadangan Kajian
Permasalahan Tinjauan Metodologi
Kajian Literatur Kajian
2.1 KENAPA ANDA MENULIS CADANGAN KAJIAN?
Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi kerangka konsept kajian, tujuan
dan objektif kajian, soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan kajian, tinjauan
literatur dan kajian lepas serta alat kajian dan kaedah penganalisisan data. Pengkaji akan
menjalankan kajian berpandukan cadangan kajian ini, yang akhirnya akan menghasilkan
kertas kajian, disertasi, tesis atau kertas projek. Dengan menyediakan cadangan kajian
pengkaji boleh:
OUM
20
2. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
(a) mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalan kajian
untuk dijawab dalam kajian;
(b) membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajiaan (ini menunjukkan
status pengetahuan ilmiah dalam bidang itu), serta mengenal pasti bidang yang
belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian oleh pengkaji;
(c) menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika
berkaitan);
(d) membina metodologi kajian yang berpadanan untuk menguji hipotesis atau untuk
menjawab soalan-soalan kajian;
(e) membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai; dan
(f) mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya.
2.2 KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN
Sebenarnya tidak ada suatu cara tertentu untuk kita menstruktur sesebuah cadangan
kajian. Bagaimanapun, anda dicadang menbahagikan cadangan kajian anda kepada
seksyen atau bab seperti yang ditunjukan dalam Rajah 2.1.
Cadangan Kajian
Bab Satu Bab Dua Bab Tiga
menyatakan masalah memaparkan literatur menjelaskan secara
yang ingin dikaji, berkaitan dan kajian terperinci tentang reka
termasuk tujuan, berkaitan dengan topik bentuk kajian, termasuk
soalan kajian dan yang anda pilih. pemilihan sampel dan cara
kepentingan kajian. data dikutip dan dianalisis.
Rajah 2.1: Cadangan kajian
2.2.1 Bab 1: Masalah Kajian
Bahagian seterusnya menerangkan kandungan Bab 1.
(a) Pengenalan
Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit
elaborasi tentang fokus utamanya dan variabel yang terlibat dan tujuan kajian. Anda
juga harus mengetengahkan beberapa kajian yang signifikan dalam bidang kajian
yang anda pilih. Ia sepatutnya ditulis sepanjang lebih kurang 200 perkataan seperti
OUM
21
3. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
ditunjukkan dalam contoh berikut. (Contoh ini tidak diterjemahkan supaya ia dapat
menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang perlu menulis laporan kajian dalam
Bahasa Inggeris).
Topic: Inculcating Noble Values through Cooperative Learning in Science
Introduction
Cooperative learning is learning in small group of 4-5 persons with emphasis
on interdependency among members, and maintaining individual responsibilities in
achieving specific learning objectives. It has been proven through more than 100
research that it enhances achievement as well as affective domain (Johnson &
Johnson, 1994). The noble values (nilai murni) in the Malaysian school curriculum cut
across curriculum and are required to be included in the daily lesson plan. This
research attempts to see if the 5 noble values: love, rationale, diligent, independent
and cooperativeness can be inculcated through teaching of science using the
cooperative learning TGT structure. Cooperative learning to inculcate values was
conducted in 12 secondary schools in Malaysia, using the structures of Jigsaw2 and
STAD (NorAzizah et al, IRPA 1998). This experimental study, however, will focus on
cooperative learning using TGT (Team Games Tournaments), which was not
extensively researched locally in science. It is introducing learning through group
competitive games which would make learning interesting and encourages students to
attain positive values in life.
(b) Latar Belakang Masalah Kajian
Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti
dan terangkan kenapa perlunya kajian ini di buat. Anda juga harus melakarkan
keadaan semasa atau isu isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian
anda akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-
masalah yang ada. Di sini juga anda boleh menjelaskan literatur yang yang berkaitan
dengan kajian anda dan yang menghasilkan pertemuan signifikan.
Berikut adalah contoh latar belakang masalah kajian.
Crimes such as theft, robbery, murder, gang fight, and juvenile delinquency are
common topics in Malaysian daily newspapers currently. One wonders what makes
individuals lose their humanities and conduct criminal acts on other fellow human
beings. How can we help? Parents and teachers are among the responsible parties in
bringing up children to have positive characters as delineated in the 16 noble values
including love for life and the environment, love, kind-heartedness, rationale,
cooperativeness and diligent. Teaching values is difficult but it is important in moulding
future citizens into human beings who are responsible towards themselves, others and
the nation. Hence this research is undertaken to improve the teaching and learning of
values in an effort to realize the philosophy of the Malaysian School Curriculum in
bringing about a balanced individual affectively, cognitively, physically and spiritually.
The research hopes to answer the questions: can we inculcate values (love, kind-
heartedness, cooperativeness, rationale and diligent) through cooperative learning in
science using TGT cooperative learning structure? Throughout the 1990s many
research in Malaysian schools had indicated that cooperative learning can bring about
achievements as well as values (NorAzizah & Chong Poh Wan, 2000). This research
would use TGT cooperative structure which has not been widely used in science
lessons in Malaysian secondary school.
OUM
22
4. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
Latihan 2.1
Jelaskan apa yang anda faham tentang “Latar Belakang Masalah Kajian”.
(c) Pernyataan Masalah
Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk
persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi
variabel kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya
dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh
pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan:
(i) Apakah keperluan professional sesuatu kumpulan guru sains tertentu?
(ii) Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Bahasa Inggeris, kandungan
sains, rekreasi, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain?
(iii) Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru
berdasarkan kadar gaji bulanan?
(iv) Adakah pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang mengikut latih tubi kursus
percakapan bahasa Inggeris harian mempunyai keupayaan lisan lebih baik
daripada pelajar Tingkatan 2B yang mengikut kurikulum biasa?
(v) Adakah pelajar-pelajar yang melawat rumah anak-anak yatim dan rumah
orang-orang tua mendapat markah lebih tinggi bagi indeks empati dan belas
kasihan berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak mengikuti program
tersebut?
Latihan 2.2
Cadangkan satu topik kajian dan tuliskan “Pernyataan Masalah” bagi topik
ini.
(d) Kerangka Konsep
Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan
antara variabel takbersandar (independent) dan variabel bersandar (dependent)
yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. Contohnya, suatu kajian untuk
melihat kesan peralatan makmal ke atas personaliti guru dan pendapat pelajar
tentang pencapaian sains am. Contoh kerangka konsep ditunjukkan dalam Rajah
2.2.
1. Peralatan makmal
2. Personaliti guru Pencapaian sains
3. Pandangan pelajar
Rajah 2.2: Kerangka konsep: Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian sains
OUM
23
5. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
(e) Objektif dan Soalan Kajian
Di dalam cadangan kajian anda perlu menyatakan objektif dan soalan kajian yang
akan anda lakukan dengan jelas. Berikut adalah beberapa contoh objektif kajian
untuk mengkaji pembelajaran koperatif:
Objektif-objektif kajian ini ialah:
1. Untuk memastikan sama ada pembelajaran menggunakan TGT dapat
meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains.
2. Untuk memastikan sama ada pembelajaran koperatif menggunakan TGT dapat
membina rasa kasih sayang, belas kasihan, kejujuran, sikap rasional dan
kerjasama.
(f) Kepentingan Kajian
Bahagian ini biasanya menceritakan kepentingan hasil kajian anda nanti. Ia juga
sepatutnya dapat mengenal pasti individu, kumpulan atau institusi yang mungkin
akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Contohnya, pembelajaran koperatif
mungkin akan berguna kepada guru-guru sains khasnya, dan amnya guru-guru mata
pelajaran lain yang mungkin mencari-cari cara baru untuk menerap nilai-nilai
tertentu. Ia juga mungkin berguna untuk guru besar yang ingin mengetahui
bagaimana pembelajaran koperatif boleh digunakan di sekolah mereka.
(g) Batasan Kajian
Disini nyatakan batasan kajian anda, iaitu nyatakan sejauh manakah penemuan
anda boleh diguna pakai dalam konteks lain. Contohnya, jika kajian pembelajaran
koperatif (TGT) anda melibatkan penerapan nilai-nilai tertentu di 12 buah sekolah
kerajaan di negeri Selangor, maka penemuannya mungkin boleh diguna pakai di
sekolah-sekolah di negeri Selangor sahaja, dan tidak di semua sekolah di seluruh
negara.
(h) Penerangan Terminologi
Kebanyakan, tetapi tidak semua, cadangan kajian mengandungi bahagian yang
memberi definisi terminologi penting yang digunakan, terutamanya termonologi
teknikal. Contohnya, didalam kajian The Inculcation of Values Using Cooperative
Learning in Science, terminologi yang didefinisikan termasuk: pembelajaran
koperatif, TGT, sains, pencapaian dan nilai-nilai. Terminologi-terminologi ini perlu
didefinisikan dalam konteks kajian ini. Definisi-definisi ini boleh ditulis dalam bentuk
konseptual dan operasional. Definisi operasional adalah definisi tentang variabel
dalam bentuk yang boleh diukur, terutama sekali dalam kajian kuantitatif.
Contohnya:
Pencapaian bererti markah sains (0 ke 100) yang dapati dari ujian bulanan. Nilai ini
dikira menurut skala Likert dari 1 ke 9.
Sesetengah variabel boleh didefinisi secara konseptual, contohnya, TGT adalah
pendekan kepada Team Games Tournament di mana pelajar membantu satu sama
lain untuk belajar dalam kumpulan-kumpulan kecil dan pengajarannya menurut
empat (4) langkah:
OUM
24
6. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
(i) guru mengajar;
(ii) pelajar belajar dalam kumpulan;
(iii) adakan pertandingan; dan
(iv) beri hadiah.
(i) Rumusan
Ini adalah perenggan pendek yang menyatakan tujuan kajian dan rumusan dari apa
yang tertulis sebelumnya.
Latihan 2.3
Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, lukiskan “Kerangka Konsep” bagi
kajian ini.
2.2.2 Bab 2: Tinjauan Literatur
Sekarang kita akan melihat tinjauan literatur dan apa yang terkandung di dalamnya.
(a) Pengenalan
Dalam bahagian tinjauan literatur ini, anda akan menyatakan tujuan kajian anda dan
topik kecil tentang “Literatur Berkaitan” dan “Kajian Berkaitan” yang akan
disampaikan dalam muka-muka surat seterusnya.
(b) Literatur Berkaitan
Anda perlu menyampaikan lakaran kasar semua literatur yang berkaitan dengan
kajian anda. Ini termasuklah teori-teori dan prinsip-prinsip dalam topik kajian anda.
Contohnya:
Kaedah mengajar kemahiran berfikir bagi fungsi dan persamaan kuadratik.
Dalam mengkaji topik ini, literatur berkaitan adalah tentang:
Kemahiran berfikir.
Pendekatan pendekatan mengajar kemahiran berfikir.
Strategi strategi mengajar.
(c) Kajian Berkaitan
Dalam bahagian ini, anda akan memfokus kepada kajian-kajian lepas yang
dijalankan di dalam dan di luar Negara yang berkaitan dengan soalan kajian yang
anda pilih. Anda harus memberi ringkasan kepada setiap kajian dan terangkan
penemuannya. Kemudian, nyatakan pandangan anda sekiranya terdapat persamaan
dan perbezaan antara kajian-kajian tersebut.
(d) Rumusan
Berdasarkan tinjauan literatur yang anda buat, tulis pandangan kritikal anda tentang
kajian-kajian lepas dan juga kepentingan tinjauan ini kepada kajian anda.
OUM
25
7. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
Satu lagi aspek penting yang perlu anda muatkan dalam cadangan kajian anda ialah
metodologi kajian yang akan anda gunakan untuk menjalankan kajian anda.
Latihan 2.4
Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan satu ayat berkaitan
“Literatur Berkaitan” dan satu ayat berkaitan “Kajian Berkaitan”.
2.2.3 Bab 3: Metodologi Kajian
(a) Pengenalan
Di sini dinyatakan sekali lagi tujuan kajian anda. Anda harus memberi tahu pembaca
yang bab in akan mengandungi beberapa topik kecil termasuk reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, alat-alat kajian, kaedah pengumpulan data dan kaeah
penganalisisan data.
(b) Reka Bentuk Kajian
Di sini anda perlu nyatakan jenis kajian anda, sama ada ia menggunakan kaedah
kuantitatif atau kaedah kualitatif dan berikan juga justifikasi pilihan anda. Anda juga
harus menerangkan reka bentuk kajian anda. Contohnya, ini adalah suatu kajian
eksperimental, anda mungkin akan menggunakan pre-test-post-test-equivalent group
design. Jika anda membuat kajian tinjauan, anda mungkin akan menggunakan reka
bentuk cross-sectional atau longitudinal.
(c) Populasi dan Sampel
Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan populasi yang dirangkumi kajian anda
dan teknik memilih respoden kajian daripada populasi yang ditetapkan. Saiz dan
lokasi polulasi dan sampel perlu diterangkan dengan jelas.
Sebagai pengkaji, anda perlu memilih populasi sasaran dan memilih responden
kajian yang mewakili populasi itu. Dalam tinjauan, lazimnya 10% daripada populasi
akan diambil. Teknik persampelan berdasarkan kebarangkalian, termasuklah
persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan rawak
sistematik dan persampelan kelompok. Bagi kaedah kualitatif, persampelan khusus
(bukan berdasarkan kebarangkalian) digunakan. Saiz sampel biasanya kecil,
terutama dalam kajian kes, sampel itu mungkin seorang pelajar, satu kumpulan atau
suatu organisasi.
(d) Alat Kajian
Alat kajian ialah alat yang digunakan untuk mengukur variabel kajian anda.
Contohnya, sebuah alat penimbang dugunakan untuk mengukur berat dan pita ukur
digunakan untuk mengukur panjang bilik darjah. Dalam kajian pendidikan, anda
perlukan alat untuk mengukur pencapaian pelajar, kemahiran manipulatif atau sikap.
Anda perlu menyatakan alat kajian anda yang mungkin terdiri daripada pelbagai alat
seperti borang kaji selidik, borang pemerhatian, borang temuduga, skala mengukur
sikap dan pelbagai jenis ujian (ujian pencapaian, kemahiran berfikir, kecerdasan
fizikal dan sikap).
OUM
26
8. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
(i) Teknik Pengutipan Data
Anda patut menyatakan siapakah yang akan mungutip data, bagaimana ia
akan dikutip dan bila. Sama ada anda akan mengutip data sendiri atau anda
akan gunakan orang lain (contohnya, guru kelas) untuk mengutipnya. Teknik
utama mendapatkan data termasuklah memberi ujian kepada responden dan
meminta mereka mengisi borang kaji selidik. Teknik-teknik lain adalah dengan
mengadakan temuduga yang dirakam dan membuat pemerhatian dengan
peralatan video.
Anda perlu ingat yang anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu sebelum membuat
temuduga atau lawatan. Adalah penting untuk mendapatkan kebenaran dari guru besar
atau pengetua sekolah terlebih dahulu sebelum anda menjalankan kajian. Anda perlu
membuat jadual waktu untuk membolehkan anda menyiapkan kajian dalam masa yang
telah ditetapkan. Di bawah disediakan jadual waktu kerja kajian yang anda boleh adaptasi
untuk keseluruhan kajian dan ia harus dimasukkan bersama cadangan kajian anda.
Jadual 2.1: Kajian: Persepsi Guru Berijazah tentang Kepuasan Kerja
Aktiviti Jan 06 Feb 06 Mac 06 April 06 Mei 06
Menulis cadangan kajian X
- Membina dan menguji alat kajian X
- Mendapatkan kebenaran
menjalankan kajian di sekolah. X
Membuat tinjauan dan mengutip data x
Analisis data X X x
Menulis laporan x X x
(ii) Kaedah Analisis Data
Kaedah analisis data ialah cara yang akan anda gunakan utuk menganalisis
data kajian anda. Analisis data bermula dengan bentuk kajian yang akan anda
jalankan: Adakah bentuknya deskriptif atau inferential? Nyatakan jenis analisis
statistik yang sesuai untuk menganalisis jenis data kajian. Sekiranya anda
menggunakan pekej perisisan statistik, jangan lupa menyatakanya dalam
cadangan kajian anda. Jika anda menggunakan borang kaji selidik, apakah
statistik descriptif yang akan anda gunakan? Sekiranya ia adalah kajian
kualitatif, bagaimanakah anda akan memproses laporan temuduga dan data
pemerhatian anda? Tujuan bahagian ini ialah untuk menerangkan peringkat-
demi-peringkat bagaimana data yang telah anda kutipl akan diproses dan
dianalisis untuk mendapatkan inferens dan hasil kajian. Data perlu dianalisis
untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian dan menguji
hipotesis.
OUM
27
9. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
(iii) Rumusan
Dalam bahagian ini, anda akan merumus dengan ringkas semua topik kecil
yang ditulis sebelumnya, termasuklah soalan kajian, sampel kajian reka bentuk
kajian, alat dan analisis data.
Nota:
Nota: Bajet Kajian
Ini tidak diperlukan bagi semua cadangan kajian, tetapi ia penting sekiranya anda
bercadang untuk memohon bantuan kewangan dari mana-mana agensi. Perincian
kewangan ini akan diteliti oleh bakal penderma untuk tujuan membuat keputusan.
Perkara-perkara yang akan dimasukan ke dalam bajet termasuklah:
• Barang pakai-habis seperti alat tulis.
• Elaun perjalanan dan lojing.
• Keperluan sumber manusia (pembantu kajian/makmal).
• Peralatan/alat khas.
• Percetakan laporan/menghadiri seminar.
Latihan 2.5
Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan dua (2) item soal selidik
yang dapat mengukur motivasi belajar.
OUM
28
10. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
Lampiran A
Cadangan kajian ini diadaptasi dari cadangan kajian Mohd. Noh (2000), sebuah latihan
ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau membuat kajian keatas sebab kenapa pelajar
berhenti mengambil biologi di peringkat SPM. Sila lihat cadangan kajian ini dan komen
tentang strukturnya, tinjauan literaturnya, kaedah kajiannya dan latar belakangnya.
1.1 Background
Presently, the writer finds no research had been done on problems in teaching Biology
since it started. The Malaysian Biology curriculum changes with time and contemporary
needs. Now Malaysia has introduced computer aided learning (SMART SCHOOL)
beginning year 2000 at 90 pioneer schools. No thesis has been done on the effectiveness
of Biology instruction in school. However, there is the phenomenon of some science
students leaving Biology at SPM level, with few leaving the other pure sciences. In Kuala
Lumpur, about 25% of SPM candidates drop Biology each year, as confirmed by the
examination section in Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (refer to Table 2.1).
Table 2.1: List of Candidates in the Respective Science
Streams in Schools of Wilayah Persekutuan. 1996-1999
Total % Candidates
Year Physics Chemistry Biology
Candidates Leaving Biology
1996 4243 4271 3360 4271 21.3%
1997 4358 4353 3215 4358 26.1%
1998 5221 5249 3786 5249 27.9%
1999 5880 5873 4371 5880 25.7%
More students were predicted to leave Biology at HSC level due to changes in the
education policy as confirmed by the Ministry of Education.This was reported in the radio,
Channel One, 7.00 am of 14th June 1999 that all HSC candidates must take English
(MUET) Malaysian University English Test. Science candidates have to drop a science
subject if the maximum subjects remain 5 (General Paper is a compulsory subject).
This occurence gave an impetus for the writer to investigate the reasons why more
students leave Biology and not the other science subjects. It is the writer’s belief that there
must be pertinent reasons but not due to the failure of KBSM Biology instructions in the
classroom.
1.2 Aims of the Research
The National Education philosophy stresses understanding of concepts as well as
inculcation of moral values and implies learning as whole not partitioned to a few
subjects. This is manifested in the various sciences taught in schools, including biology.
Why should biology be driven out? The aims of the research are:
OUM
29
11. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
(i) to identify sources that lead many science students to drop KBSM Biology compared
to other science subjects; and
(ii) to identify replacement subjects selected by the students who drop KBSM Biology.
1.3 Objectives
Based on the aims above, the objectives of the research are:
1. To identify sources that lead science students to drop Biology. The identified sources
to be researched are:
(i) Students’ attitude toward Biology.
(ii) Students perception of the Biology teachers.
(iii) Lack of science equipments in the science lab to continue studying Biology
effectively.
(iv) Biology is not essential with the students future career. e. Parents do not
encourage their children to take Biology.
(v) The school administrators do not encourage students to take Biology.
2. To identify replacement subjects as alternative to Biology and the reason for the
choice.
1.4 Significance of the Research
The research is important because no research had been done on teaching and learning
Biology. Therefore, the results of this study would be useful to Malaysian educators. In
addition, this would be the baseline for other researchers to research KBSM Biology in
such areas as curriculum implementation and teaching aids.
1.5 Limitation of Research
The research is restricted to students who had dropped Biology in a number of schools in
Kuala Lumpur only. Five hundred students dropped Biology at the SPM level in 1999 from
Kuala Lumpur area and thus the sample for this research would be taken at this location.
Schools are randomly selected regardless of race, sex and school size. Results of the
research could be generalised to schools located in the Kuala Lumpur area only.
OUM
30
12. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
1.6 Definition of Terms
Career Choice: This refers to the students’ ambition on the career they would pursue after
SPM.
Students Attitudes: This is a concept that describes the students perceptions and beliefs
toward a subject and so manifested in their actions and behaviours.
Teaching Approach: The methods and techniques used by a teacher in presenting the
subject of Biology in class and in the science lab.
Support from Parents: The motivation and guidance given by parents at home that would
influence their choice of subject in school and the career choice.
Lab Facilities: This includes the physical structure of the lab. The standard according to the
Ministry of Education are 24x30 feet wide and 50 feet long with tables, chairs and electrics
outlet. Water and gas facilities, teaching aids, OHP, charts and projector are sufficient for
students to conduct KBSM Biology experiment.
School Administration: Policy, priority and preferences placed by the school on the science
curriculum, adequate number of science teachers, flexibility to drop Biology for other
subjects such as accounting and technical drawing.
Students Dropping Biology: Students’ decision to stop taking biology as an SPM subject
and to replace it with other electives such as accounting principles, technical drawing,
economy, languages (Mandarin, Arabic).
Teaching Problems include problems which frequently occur during teaching in the
classroom or within the school compound. Factors related to this include environment,
teaching objectives, teachers preparedness, teaching strategy and evaluation of
achievement. All these problems effect teaching and learning in the classroom. Objectives
may be too high to be attainable by students; content may be too much or difficult and
teaching strategy may be ineffective (Atan Long, 1991).
CHAPTER 2: LITERATURE REVIEW
In this section, students’ attitudes toward science teachers’ personalities and science
practicals are discussed. The research include all sciences (biology, chemistry and
physics). Research specifically on Biology alone are few.
Students’ attitude toward science affects achievement. According to a research by Rozita
Ismail (1991), Form 4 students of high achievement have a significantly positive attitude
toward science than those of lower achievement. The research was conducted in three
schools in Perak. Eisenhardt (1977) found that it was good performance in chemistry that
motivates students to like chemistry. Lee Bang Hock (1988) found in his research in four
schools in Kajang that Biology was favoured by the girls while the boys preferred Physics
and Chemistry.
OUM
31
13. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
Students’ attitudes toward teachers can help students to like science. According to Norlela
(1995) students preferred teachers they can easily communicate for academic problems
Abdullah Nor (1998) also indicated that teachers who established good learning climate
facilitates students’ learning of Physics.
Practicals in the science laboratory facilitates science manipulative skills and interest
according to Ogunniyi (1983), who made his study on Nigerian school teachers. Similar
results were reported by Tobin (1986), who conducted the study in an Australian High
School. According to Wong Kam Kin (1999), practicals helped students to understand
science concept better. Muraly Theran a/l Rengasamy (1978) studied Form 4 students
achievement in science and found that teachers used of teaching aids and facilities
improved students performance.
CHAPTER 3: RESEARCH METHODOLOGY
3.1 Introduction
The items discussed in this chapter include some aspects related to strategy of
implementing the research: the research design, sample, location of research, instruments,
procedure, technique of data collection, and method of data analysis.
3.2 Research Design
This is a survey research using questionnaire administered to respondents who had
dropped Biology at SPM level in the year 1999. The questionnaire include 35 close-ended
items and one open- ended item. The items are categorised into 7 themes:
attitudes towards biology;
perceptions towards the teacher;
effect of lab facilities on learning;
parental influence, effect of career choice;
influence of school administration in handling students’ decision making process; and
subjects alternative to Biology.
3.3 Location of Research
The areas are located within the vicinity of Kuala Lumpur. The researcher chose four (4)
schools from each of the four zones of Kuala Lumpur There is a total of 16
schools as shown in Table 2.2.
OUM
32
14. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
Table 2.2: List of Schools in the Research
Zone School
a. Bangsar 1. SMK Bukit Bandaraya, K.L.
2. SMK Seri Pantai, K.L.
3. SMK Taman Tun Dr. Ismail, K.L.
4. SMK Victoria, K.L.
b. Pudu 1. SMK(P) Bandaraya, K.L.
2. SMK Aminuddin Baki, K.L.
3. SMK Cheras, K.L.
4. SMK Sains Selangor, K.L.
c. Sentul 1. SMK (P) Jalan Ipoh, K.L.
2. SMK Menjalara, Kepong, K.L.
3. SMK Kepong, K.L.
4. SMK Bandar Baru Sentul, K.L.
d. Keramat 1. SMK Desa Tun Hussein Onn, K.L.
2. SMK Wangsa Maju, K.L.
3. SMK Teknik, Setapak, K.L.
4. SMK Tinggi, Setapak, K.L.
3.4 Instruments
A set of questionnaire was designed based on the research questions. The questionnaire
was adapted from that of Abdul Wahid Othman (1998), entitled “Sikap pelajar terhadap
mata pelajaran fizik: Satu perbandingan di antara pelajar pencapaian tinggi, sederhana
dan rendah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.” Abdul Wahid had adjusted the items
from questionnaire of Siti Rahayah Ariffin (1988), entitled, “Kajian mengenai sikap
terhadap sains dan pencapaian dalam mata pelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan
tiga.” Some items are derived from questionnaire of Lee Beng Heok (1988) research,
entitled, “Sikap pelajar terhadap biologi dan sekolah: Dikotomi dan tahap pencapaian.”
For content validity the questionnaire was referred to the supervisor whose area is Biology
education. Next, the writer was advised to do the reliability test using test and retest
techniques. Reliability test determines the consistencies of answers by respondents should
the test be repeated again. The reliability test was done at Sekolah Menengah Lelaki
Methodist, Sentul where 20 form five students do the first test on Wednesday at 1.00 pm,
30th September,1999. The retest was done on Friday, at 10.30 am, 1st Oktober 1999. The
reliability was high (above 0.8).Some improvements to the items were made. There are
two sections on the questionnaire:
OUM
33
15. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
1. Section A : Backgound of respondents
2. Section B : Include 35 close-ended items and one open-ended item.
The 35 items are categorised into 7 themes each having 4 to 6 items.
Table 2.3: Themes and the Respective Items in the Questionnaire (Close Ended Items)
No. Themes Item
1. Students' attitude towards biology. 1,2,3,4,5,6
2. Students' attitude towards biology teacher. 7,8,9,10,11,12
3. Effect of lab facilities. 13,14,15,16,17
4. Effect of future career. 18,19,20,21
5. Parental influence. 22,23,24,25
6. School administration's influence. 26,27,28,29
7. Sources of alternative subject replacing biology. 31,32,33,34,35,36
Item number 30 is an open-ended item requesting students to choose the subjects
alternative to Biology. The rest of the 35 items, respondents are requested to circle the
answer on the scale of 1 to 10. Number one indicates highly disagree to the given
statement, while 10 indicates student highly agree to it.
3.5 Procedure
The research topic was chosen after consultation with the supervisor and the drafting of
proposal was made, entitled “Factors that influence science students to drop Biology at
SPM level”. The revised proposal was sent to the Ministry of Education Research and
Policy Division (Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan Pembangunan
dan Penyelidikan BPPP), for their evaluation and approval to visit the schools for data
collection. In addition, permission was also sought from Bahagian Pendaftaran, Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Both letters would be shown to the
school on the visit.
The questionnaire were submitted to the school administrator who will administer it to the
respondents. The data collected would be examined, sorted and analysed.
3.6 Data Collection
This is a survey using a self administered questionnaire to the respondents (selected
students). It is not posted by mail but the questionnaire was delivered by the researcher to
the school and he would collect it back.
OUM
34
16. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
The Senior science teacher of the school was requested to help in the distribution
and administration of the questionnaire to the respondents with the permission of the
school head. Students would be briefed on how to respond to the questionnaire and 45
minutes would be allocated for the answering session. The researcher would come back to
the school after a week to collect the questionnaire forms.
3.7 Data Analysis
The 35 close-ended items will be analysed based on the scale 1 to 10. The following table
shows how scores would be obtained:
Table 2.4: Scale for Answering Questionnaire from Strongly Agree to Strongly Disagree
Category Strongly Disagree ------------- ----------------- Strongly Agree
Level of agreement 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Score (S) 5 4 3 2 1 1 2 3 4 5
Sample (n)
Total
(S x n)
Data will be analysed in terms of frequency and percentage.
References:
Abdul Wahid Othman. (1999). Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Fizik: Satu
Perbandingan di antara Pelajar Berpencapaian Tinggi, Sederhana dan Rendah di
Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah bin Nor. (1998). Kajian Mengenai Beberapa Faktor yang Mempengaruhi
Kecenderungan Terhadap Fizik bagi Pelajar Tingkatan 4. Latihan Ilmiah Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Atan Long. (1983). Pedagogi Kaedah Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Eisenhardt, W.D. (1977). A research for predominant causal sequence in interrelationship
ofinterest in academic subject and academic achievement, Dissertation Abstract
International, 37, no 07:4225.
Lee Ben Hock. (1988). Sikap Pelajar Terhadap Biologi dan Sekolah: Dikotomi Jantina dan
Tahap Pencapaian. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Masmuda Hj Bakri. (1981). Persepsi Terhadap Matapelajaran di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah: Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muraly Tharen a/l Rengasamy. (1987). Kesan Penggunaan ABM Terhadap Pencapaian
Murid Tingkatan 4 dalam Matapelajaran Fizik. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan
Malaysia.
OUM
35
17. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
Norlela Sulaiman. (1995). Strategi Mempertingkat Minat Pelajar Terhadap Subjek Sains
bagi Memenuhi Matlamat Pendidikan Negara, Seminar Kebangsaan
Matrikulasi/Asasi Pertama, Malaysia 22-23 November.
Ogunniyi, M.B. (1983). An analysis of laboratory activities in selected Nigerian secondary
school. Journal of Science Education. 5(2): 195-201.
Rozita Ismail. (1991). Kajian Mengenai Sikap dan Pencapaian dalam Matapelajaran Fizik
Moden Tingkatan 4 di 3 Buah Sekolah Menengah di Daerah Batang Padang Perak.
Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tobin, Kenneth. (1986). Secondary school science laboratory activities. Journal of Science
Education. 8(2): 199-211.
OUM
36
18. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
Lampiran B
Pilih satu topik kecil kajian dan berdasarkan panduan dibawah, tulis cadangan kajian
untuk topik yang telah anda pilih:
Jadual 2.1: Panduan Menulis Cadangan Kajian
Contents Items to be Included
Chapter 1 Research Problem
Background of the Why must this research be done? Data from
Research previous research to support it.
Statement of the Statement of the research problem in terms of what
Problem the research will attempt to do.
Conceptual Framework Relationship between research variables.
General aim of the research, objectives, research
Aim of the Research
questions, hypothes. (if any)
Significance of the Why is it significant to you as a researcher, to the
Research profession, the organisation or the community in
general? What benefit will you or they get?
Limitation of the Factors that limit the research or data collection. To
Research what extent can the result be generalised to a
bigger population ?
Definition of Terms Conceptual and operational definition of main
variables in the research (in measurable terms).
Chapter 2 Literature Review
Introduction Review the literature related to the research:
State principles or theories directly related to the
research.
Related Research • Review the past research related to the present
research.
• Compare and contrast the findings and give
conclusion and comments.
Summary Summarise related literature and research and
states the reasons why such literature as research
are important for the research.
Chapter 3 Research Methodology
Introduction Introduction to the conceptual framework of the
research: stating the relationship between
proposed in the research.
Research Design Which research design do you use? Why is it
suitable?
Population and Sample Which specific population does the research
address? How and where the samples are taken?
OUM
37
19. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
Sampling What procedure do you follow?
Research Instruments Description, sources, its validity and reliability
(attach it to appendix).
Data Collection Who collects the data? How and when? Time line
to do the research: getting permission, informing
schools, colleges or institutes.
Data Analysis Plan how data would be analysed. Desciptive or
inferential? Which specific statistical test would be
used?
References List of references
Selain daripada kandungan yang diberikan dalam Jadual 2.1, format bagi penulisan
cadangan kajian adalah seperti berikut:
Topik Tesis/Thesis Title
Pengesahan/Declaration
Abstrak/Abstract (in Bahasa Melayu or English) Jadual Kandungan/Table of Contents
Senarai Jadual/List of Tables
Senarai Rajah/List of Figures
Bab 1: Masalah Kajian/Chapter 1: Research Problem
1.1 Pengenalan/Introduction
1.2 Pernyataan Masalah/Statement of the Problems
1.3 Kerangka Konsep/Conceptual Framework
1.4 Matlamat Kajian/Aim of the Research
1.5 Kepentingan Kajian/Significance of the Research
1.6 Batasan Kajian/Limitations of the Research
1.7 Definisi Istilah/Definition of Terms
1.8 Ringkasan/Summary
Bab 2: Tinjauan Literatur/Chapter 2: Literature Review
2.1 Pengenalan/Introduction
2.2 Literatur Berkaitan/Related Literature
2.3 Kajian Berkaitan/Related Research
2.4 Ringkasan/Summary
OUM
38
20. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
Bab 3: Kaedah Kajian/Chapter 3: Research Methodology
3.1 Pengenalan/Introduction
3.2 Reka Bentuk Kajian/Research Design
3.3 Populasi dan Sampel/Population and Sample
3.4 Alat-alat Kajian/Research Intruments
3.4.1 Pembangunan Alat-alat Kajian/Development of Research Instruments
3.4.2 Variabel Kajian/Research Variables
3.5 Tatacara Pengutipan Data/Data Collection Procedure
3.6 Tatacara Penganalisisan Data/Data Analysis Procedure
3.7 Ringkasan/Summary
RUMUSAN
Menulis cadangan kajian memakan masa yang panjang. Saya cadangkan anda berkerja
sama rapat dengan tutor penyelia anda. Jangan risau kepada kritikan yang membina,
terima kritikan dengan fikiran terbuka, sebab kritikan ini akan menambah baik kajian anda.
Sesuatu cadangan kajian mengandungi soalan kajian, reka bentuk kajian yang terperinci
dan terang, kepentingan kajian, definisi istilah, alat-alat kajian, kaedah pengutipan data
dan kaedah penganalisisan data.
GLOSARI
Cadangan kajian – Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi
kerangka konseptual kajian, tujuan dan objektif kajian,
soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan
kajian, tinjauan literatur dan kajian lepas serta alat
kajian dan kaedah penganalisisan data.
Kerangka konsep – Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan
hubungan sebab-kesan antara variabel takbersandar
(independent) dan variabel bersandar (dependent)
yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah.
Latar belakang masalah – Latar belakang masalah kajian adalah penjelasan awal
tentang masalah-masalah dalam amalan harian yang
berkait rapat dengan topik kajian, yang akhirnya
menjadi asas kepada pembentukan kerangka konsep
kajian.
OUM
39
21. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2
Pernyataan masalah – Pernyataan masalah adalah pernyataan pengkaji
tentang apakah yang cuba diselesiakan oleh kajiannya
dan ia boleh ditulis dalam bentuk tujuan am atau
persoalan am kajian (bukan masalah amalan harian
yang kerap ditulis pelajar).
Tinjauan literatur – Tinjauan literatur mengandungi dua (2) bahagian, iaitu
“Literatur Berkaitan” yang memuatkan konsep, teori,
prinsip dan model berkaitan dengan bidang kajian; dan
“Kajian Berkaitan” yang memuatkan kajian-kajian lepas
berkaitan dengan bidang kajian.
UJIAN 1
1. Pengkaji perlu menyediakan cadangan kajian terlebih dahulu sebelum. Nyatakan
mengapa rancangan kajian ini perlu disediakan.
2. Dalam “Pengenalan” kepada Bab 1, apakah tujuan kajian yang ditunjukkan dalam
contoh kajian “Inculcating noble values through cooperative learning in science”?
3. Dalam contoh cadangan kajian yang diberi, nyatakan apakah batasan-batasan kajian
yang dijelaskan oleh pengkaji.
UJIAN 2
Andaikan anda sebenarnya ingin menjalankan kajian bertopik: “Hubungan antara motivasi
dan kemahiran asas dengan pencapaian matematik”.
(a) Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini sama ada kepada murid, ibu bapa,
guru atau guru besar sekolah.
(b) Senaraikan dua (2) soalan kajian yang berkait dengan variabel-variabel yang
diberikan dalam topik kajian ini.
(c) Tuliskan sedikit “Latar Belakang Masalah Kajian” dalam “Bab 1: Masalah Kajian”
yang sesuai bagi topik kajian ini.
OUM
40