2. Di dalam sebuah taman tinggal pelbagai jenis serangga. Ada kupu-
kupu, kumbang, lebah, semut, belalang dan juga rama-rama. Di dalam
taman itu juga tinggal seekor ulat beluncas. Rama-rama merupakan
serangga yang paling cantik didalam taman itu. Namun ia baik hati
dan tidak sombong. Semua serangga suka berkawan dengannya. Di
taman ini ada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
yang cantik. Semua penghuni taman hidup dengan aman dan
gembira. Biar pun rama-rama ada banyak kawan, namun ia paling
suka berkawan dengan ulat beluncas, tetapi ulat beluncas tidak boleh
terbang sepertinya. Ulat beluncas pula sering memuji-muji kecantikan
dan kebaikan rama-rama
3.
4. Ulat beluncas dan rama-rama
bersama-sama mencari makanan
di dalam taman itu. Rama-rama
selalu membawa ulat beluncas
terbang bersamanya. Rama-rama
suka menghisap madu bunga
yang segar manakala ulat
beluncas pula suka menikmati
pucuk-pucuk daun yang enak di
taman itu. Mereka berdua
menjadi sahabat yang sangat
rapat. Pada suatu pagi, seperti
biasa rama-rama menunggu ulat
beluncas di sepohon pokok bunga.
Setelahbeberapa lama
menunggu, ulat beluncas tidak
juga muncul. Rama-rama berasa
gelisah dan sangat susah hati. Ia
bimbang sesuatu yang buruk
berlaku kepada ulat beluncas.
5. ??
Rama-rama terbang ke sana- ke sini mencari ulat beluncas, namun
tidak berjumpa.
Sejak dari hari itu, ulat beluncas tidak kelihatan lagi. Rama-rama
tidak tahu ke mana rakannya itu pergi. Rama-rama berasa sangat
sedih kerana kehilangan sahabat baiknya.
7. Sebenarnya ulat beluncas telah bertukar menjadi Pupa, ia kini
berada di dalam kelongsong yang dipanggil kepompong.
Kepompong
Ulat
Beluncas
Pupa
8. Setelah beberapa lama akhirnya kepompong itu pun pecah.
Kemudian muncullah seekor rama-rama kecil yang sangat
cantik.
9. Pada suatu petang, seperti biasa rama-rama terbang dan
hinggap di pohon bunga untuk menghisap madu.
Tiba-tiba, rama-rama melihat ada seekor rama-rama kecil di
dalam taman itu. Rama-rama segera terbang ke tempat
rama-rama kecil.
10. Ia menyapa rama-rama kecil dengan riang . “Hai rama-rama
kecil,
kelihatannya kamu masih baru di taman ini?”
“Ya rama-rama, sebenarnya saya adalah ulat beluncas yang
pernah menjadi sahabat mu dahulu,
saya sangat gembira dapat berjumpa dengan kamu lagi”. Oh,
barulah si rama-rama sedar bahawa ulat beluncas sahabat
baiknya itu kini telah bertukar menjadi rama-rama .
Ia berasa sangat gembira dan
bersyukur. Kini kedua-dua
rama-rama itu menjadi sahabat semula, Mereka terbang
mencari madu bunga bersama-sama.