1. ADAB DAN AKHLAK
RASULULLAH S.A.W.
Baginda tidak pernah sama sekali
memukul seorang pun dengan
tangannya, melainkan
dipukulnya kerana fisabilillahi
Ta’ala.
Baginda juga tidak pernah
memeram dendam kerana
sesuatu yang dilakukan ke
atasnya dirinya sendiri,
melainkan bila melihat
kehormatan Allah dicabuli.
Dalam memilih antara dua perkara, baginda
Rasulullah SAW tanpa ragu-ragu akan
memilih yang paling ringan dan mudah.
antara kedua-duanya.
memulakan memberi salam kepada
sesiapa saja yang ditemuinya.
Bila berjumpa dengan salah seorang
sahabatnya, segera ia akan
menghulurkan tangan untuk berjabat
tangan. Baginda tidak pernah bangun
atau duduk, melainkan lidahnya
sentiasa menyebut nama Allah.
Adab baginda Rasullullah SAW dalam
majlis:
-tidak dikhususkan kepada baginda
Rasulullah SAW satu tempat baginya,
melainkan dimana saja Baginda sampai,di
situlah ia akan duduk.
- Baginda Rasulullah SAW menghormati
sesiapa sahaja yang mendatanginya.
-sehingga terkadang-kadang Baginda
sampai menghamparkan bajunya supaya
orang itu duduk di atasnya.
-Sering pula Baginda memberikan bantal
sandaran kepada orang yang datang, supaya
orang itu bersandar padanya.
Baginda lebih suka memanggil para
sahabatnya dengan nama gelaran
masing-masing untuk menghormati
mereka akan memikat hati mereka.
Baginda Rasulullah SAW memberi
gelaran kepada sesiapa yang tidak
mempunyai gelaran.
Bahkan kepada anak-anak kecil pun
demikian juga, sehingga hati anak-
anak itu tertarik kepada peribadinya
s.a.w.
2. SUMBER
AKHLAK ISLAM
AL-QURAN
Perintah Allah SWT kepada
makhluk ciptaan-Nya
AS-SUNNAH
-Ajaran yang dibawa oleh
baginda Rasulullah SAW
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM
ISLAM
o Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak
yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga
sebaliknya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tiada sesuatu yang lebih
berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik."
o Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh
merosakkan pahala. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlak yang baik
mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak merosakkan amalan
seperti cuka merosakkan madu."
o Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah
saw yang bermaksud : "Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya
adalah yang paling baik akhlaknya."
o Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama
Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya aku
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Pernyataan Rasulullah itu
menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.
3. Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji Rasulullah
kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt
yang bermaksud :"Sesungguhnya engkau seorang yang memiliki peribadi yang agung
)mulia)." Pujian allah swt terhadap RasulNya dengan akhlak yang mulia menunjukkan
betapa besar dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.
4. KEPENTINGAN AKHLAK
DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA
Akhlak merupakan roh Islam
# satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah
membina kembali akhlak manusia yang telah
runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu
ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya
yang telah menyeleweng dan juga perkara yang
berlaku di zaman jahiliah.
Nilai yang menjamin keselamatan daripada api
neraka.
-manusia yang mengikut apa yang dibenarkan oleh
ajaran Islam dan meninggalkan larangan Alah SWT
akan mendapat balasan syurgamelalui akhlak yang
baik seperti:
-menjauhi diri daripada maksiat, menghormati
ibubapa, berlaku adil dan lain-lain lagi.
Tetapi, org yang tidak berakhlak dan melanggar
perintah Allah SWT tidak akan selamat dari api
neraka.
PENTADBIRAN
Kekalnya sesuatu ummah adalah bergantung
kepada akhlak masyarakatnya, begitulah juga
sebaliknya.
-ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu
atau masyarakat akan menyebabkan krisis
dalaman dan luaran seperti:
*keruntuhan rumahtangga
*masyarakat belia yang mundur
*ketidakadilan pemimpin
Melambangkan kesempurnaan iman, ketinggian
taqwa dan kealiman seseorang manusia yang
berakal.
Dalam hal ini Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud : "Orang
yang sempurna imannya ialah
mereka yang paling baik akhlaknya."
5. FAKTOR-FAKTOR
KERUNTUHAN AKHLAK
PERSEKITARAN
1. Keluarga
-individu yang hidup dalam keluarga
yang tidak mengamalkan akhlak yang
baik, maka jiwanya akan terdidik
dengan tingkah laku, tutur kata yang
tidak baik.
2. Media massa- teknologi yang canggih
telah merosakkan minda generasi
sekarang.
3. Pengaruh rakan sebaya
-teman merupakan orang yang akan
mempengaruhi akhlak atau
tingkahlaku seseorang
-jika baik akhlak kawan, maka baiklah
akhlak kita.
SYAITAN
-musuh ghaib yang senantiasa
mendampingi manusia memperalatkan
nafsu manusia.
-Fungsi syaitan adalah sebagai agen
perosak akhlak manusia sejak Nabi Adam
a.s hingga hari kiamat.
-manusia harus melatih diri supaya
menguatkan kepercayaan kepada Allah
SWT untuk menjauhkan diri dari
terbelengu dengan hasutan syaitan.
NAFSU
Nafsu adalah anugerah Allah swt
kepada manusia dan nafsu juga adalah
musuh sebati dengan diri manusia
yang melaksanakan hasrat
nafsu manusia.
Manusia yang terlalu menurut
kehendak nafsunya akan terdorong
untuk melakukan keburukan.
Seandainya nafsu tidak dapat dikawal,
sudah pasti boleh menghilangkan
maruah diri, agama dan nilai budaya
sesebuah masyarakat dan membawa
kepada kemungkaran sebagaimana
berlaku dalam masyarakat kini.
6. CIRI-CIRI
AKHLAK
ISLAM
Islam menyeru agar
manusia menghiasi jiwa
dengan akhlak yang baik
dan menjauhi dari akhlak
yang buruk.
(mengikut hukum syarak)
Islam menghubungkan
akhlak dengan keimanan.
Orang yang paling
sempurna keimanannya
ialah orang yang paling
baik akhlaknya.
Adanya konsep balasan dan
ganjaran pahala dan syurga oleh
Allah SWT dan sebaliknya orang
yang berakhlak buruk akan
mendapat dosa atau diseksa
dalam neraka.
Lingkungan skop akhlak
Islam adalah luas meliputi
segala perbuatan
manusia-Allah SWT
manusia-manusia
7. BAGAIMANA UNTUK
MEMBENTUK AKHLAK YANG
MULIA?
PENDIDIKAN IMAN SEBAGAI ASAS AKHLAK
- Melaksanakan segala perintah Allah
SWT yang berupa ibadah kerana
kesemua perintah Allah SWT
tersebut bertujuan untuk
membersihkan diri dan
menyuburkan jiwa manusia dengan
sifat-sifat yang terpuji.
- Al-quran memerintahkan manusia ..
Amar makruf, nahi mungkar.
MELALUI LATIHAN DAN BIMBINGAN PENDIDIK
BERKUALITI
-Pendidikan akhlak bermula dari rumah.
(tanggungjawab ibubapa dalam membentuk akhlak
anak-anak)
Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian
dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan
pembinbing seperti lemah lembut dalam
pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada,
istiqamah, berwawasan
MENGAMBIL RASULULLAH SAW SEBAGAI CONTOH
1. Akhlak Rsulullah SAW dengan Allah SWT
-mengabdikan diri setiap detik dan masa
kepada Allah SWT dengan penuh
kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan
kesyukuran yang tidak berbelah bahagi
terhadap Allah SWT disamping redha
dengan apa yang ditentukan oleh Allah SWT
kepadanya.
-mengingati Allah SWT semasa senand dan
susah.
2. Akhlak Rasulullah SAW sesama manusia
-meliputi aspek kekeluargaan, sosial, politik
dan sebagainya.
-keluarga- bertanggungjawab, sentiasa
memberi kasih sayang, berlemah-lembut
dan bertolak ansur terhadap semua ahli
keluarga.
-sahabat- sentiasa berbincang, menerima
pendapat.
3. Alhklak Rasulullah SAW dengan makhluk
lain - Rasulullah SAW menasihati
umatnya supaya berlaku ihsan
kepada haiwan dan binatang
ternakan serta tidak menzalimi atau
8. APAKAH TUJUAN SEBENAR
NILAI MURNI DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA?
MELAHIRKAN INSAN YANG BERAKHLAK MULIA
-generasi baru dapat membangunkan negara
dengan cemerlang.
Oleh sebab masyarakat pada masa kini
terlalu materialistic dan mementingkan
kemewahan.
-Kononnya, nilai kasih sayang boleh dibeli
dengan kebendaan adalah satu kesilapan
yang besar.
-Ibubapa sibuk mencari harta, anak di
rumah tidak diberi kasih sayang secukupnya
menyebabkan mereka terjebak dengan
gejala negatif.
Di sekolah
-didikan moral yang positif dan nilai murni
yang diterapkan oleh guru mampu
mengelakkan pelajar dari terjebak dalam
pengaruh negatif luar yang tidak memberi
sebarang manfaat.
-Jika pelajar itu faham matlamat hidup
dan berpegang kepada agama, beliau
tidak mungkin akan terjebak dalam gejala
sosial.
MEMBENTUK MASYARAKAT YANG
BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN
AGAMA
-membentuk masyarakat yang bersatu-
padu, saling menghormati, tolong-
menolong dan lain-lain lagi
-segala masalah yang timbul, ajaran
agama menjadi rujukan dan panduan.
PEMUPUKAN NILAI MURNI
OLEH IBUBAPA