SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 27
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PROSEDUR KERJA DAN PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN YANG PERLU
DIIKUTI DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP


1.0   PENGENALAN
      Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan
      teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata
      pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah
      mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif,
      inovatif dan produktiviti. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja
      yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup
      bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja
      yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang
      sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi
      komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah
      selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
      melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi
      cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang.


             Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup
      Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan. Bengkel
      Kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran
      Manipulatif (KMT), bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara
      ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup (KMT) yang paling banyak digunakan.
      Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4 bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu
      dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel Enjin. Untuk melatih
      pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu, maka
      suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut
      dengan lebih berkesan.


             Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan
      persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan
      projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di
      dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran
      terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap

                                            1
mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di
      sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan. Oleh itu,
      pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan
      menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu
      ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di
      amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan
      setelah memasuki ke alam pekerjaan.




2.0   DEFINISI

      Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum
      Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-
      murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi
      menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi
      menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya
      keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung
      kepada individu lain. P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid
      mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup
      bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan
      teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang
      pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan
      dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.


             Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
      ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang
      sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
      kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun
      beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku
      terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi
      biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Hal ini
      akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin
      daripada aspek keselamatannya.




                                            2
3.0   PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL


      Sebahagian besar kemalangan yang berlaku di tempat kerja melibatkan pelajar baru.
      Lazimnya kemalangan boleh berpunca daripada penyalahgunaan alatan tangan dan
      mesin, keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan kelalaian pelajar itu sendiri.


      3.1    Penyalahgunaan Alatan Dan Mesin
             Berbagai-bagai alatan tangan dan mesin terdapat dibengkel. Setiap alat
             hendaklah digunakan dengan betul. Kemalangan berlaku sekiranya perkara
             berikut tidak diambil berat :
                        Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja dengan
                        kerja yang dilakukan.
                        Menggunakan alatan tangan yang pemegangnya tidak sesuai.
                        Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang sesuai.


             Perhatian yang penting hendaklah diberi terhadap penggunaan mesin kerana
             pelajar yang menggunakan mesin tersebut terdedah kepada risiko kemalangan
             yang lebih tinggi. Berikut adalah perkara penting yang perlu dititik beratkan
             sebelum menggunakan mesin :
                        Mesin hendaklah diuji sebelum digunakan.
                        Mesin hendaklah mempunyai penghadang keselamatan.
                        Memakai pakaian yang sesuai semasa menggendalikan mesin.
                        Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih dalam keadaan
                        sempurna.




                      Rajah: Mesin yang mempunyai tali sawat
                             dan penghadang



                                                3
3.2   Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai.
      Keadaan bengkel atau tapak binaan boleh mempengaruhi keselamatan pelajar.
      Semasa bertugas di bengkel perkara yang berikut haruslah diberi perhatian :
                Cahaya di dalam bengkelperlu mencukupi.
                Susun atur mesin dan meja hendaklah mempunyai ruang legar yang
                mencukupi.
                Saiz bengkel hendaklah bersesuain dengan bilangan pelajar.
                Pendawaian elektrik hendaklah mengikut peraturan.
                Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
                Pengalihudaraan hendaklah mencukupi.
                Alat pemadam api hendaklah diletakkan pada tempat strategik.




                             Rajah: Gambar keadaan di dalam bengkel




3.3   Kelalaian pelajar

      Keadaan bengkel, suasana kerja dan alatan yang baik belum menjamin
      keselamatan. Sikap pelajar itu sendiri semasa bekerja juga memainkan peranan
      yang penting. Sikap lalai dan tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan
      kemalangan dan ia boleh dielakkan sekiranya pelajar :

         Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan.
         Mengendalikan mesin setelah mengetahui kaedah menggunakannya.
         Memakai kelengkapan perlindungan keselamatan semasa membuat kerja.
         Mengambil kira kemampuan diri sendiri.



                                      4
3.4   Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan memesin,
      mesin kimpalan arka dan kimpalan gas

      Berikut merupakan perbezaannya:

                                   Perkakasan                                    Peralatan
       Bil   Diri                  Memesin/              Mesin Kimpalan Arka     Kimpalan
                                   Mesin/Alat                                    Gas

                                                                                 Bagi
             Bagi menghidari       Bagi menghidari                               menghidari
       1.                                                Bagi menghidari
             daripada Kecederaan   daripada                                      daripada
                                                         daripada Kerosakan
             fizikal               Kerosakan                                     Letupan atau
                                                                                 Kebakaran
                                                                                 Pastikan
       2.    Pakaian hendaklah     Pastikan dalam        Pastikan dalam
                                                                                 dalam
             kemas dan sesuai      keadaan baik          keadaan baik
                                                                                 keadaan baik
                                                         Sistem pengudaraan
                                                                                 Sistem
       3.    Pakai pakaian         Pastikan dalam        yang baik bagi
                                                                                 pengudaraan
             Keselamatan           keadaan baik          mengelak dari terhidu
                                                                                 yang baik
                                                         gas beracun
                                                                                 Periksa
                                                                                 peralatan
             Pakaian keselamatan                         Mempunyai
                                   Tidak Rosak/                                  sebelum
             yang dipakai                                pembumian yang
       4.                          Penghadang                                    digunakan
             hendaklah sesuai                            sempurna bagi
                                   keselamatan                                   dan pastikan
             dengan jenis kerja                          mengelak bahaya
                                   ditempat yang betul                           tiada
             yang dilakukan                              elektrik
                                                                                 kebocoran
                                                                                 gas




                                       5
4.0   LANGKAH KESELAMATAN


      Amalan 4M terdiri daripada :

      Membersih :

                 Aspek fizikal iaitu memakai pakaian yang sesuai, apron dan berkasut getah.
                 Kebersihan mental iaitu dari aspek fikiran ialah memberi tumpuan dalam
                 bengkel.
                 Kebersihan bengkel supaya selamat untuk menjalankan kerja-kerja.
                 Mesin penyedut hampagas (vacuum cleaner) dan mesin pemampat udara
                 (air compressor/air blower) digalakkan kerana alatan ini lebih berkesan
                 membersihkan debu dan sisa-sisa kayu.




                            Rajah: antara mesin yang digunakan.

      Menyusun atur:


                 Alatan dan bahan disusun dengan kemas dan disimpan di tempat yang telah
                 ditetapkan supaya mudah diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
                 Bangku-bangku diletak jauh semasa bekerja.

      Menilai:


                 Murid membuat penilaian terhadap diri sendiri dari segi ketepatan langkah
                 kerja, hasil kerja dan keadaan tempat kerja untuk memastikan semua
                 tugasan dilakukan dengan penuh sistematik.
                 Penilaian oleh guru terhadap nilai-nilai murni.



                                               6
Mendisiplin:


                 Murid sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan dengan mengikut
                 langkah-langkah kerja yang ditetapkan dan menggunakan alatan yang betul
                 untuk melakukan sesuatu projek.




5.0   PERATURAN DAN KESELAMATAN


      Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran
      serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan
      ataupun kecederaan. Keselamatan am bengkel meliputi aspek yang berikut:

         (i)     Keselamatan umum
         (ii)    Keselamatan diri dan rakan
         (iii)   Keselamatan alatan dan bahan



5.1   Keselamatan Umum


         Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan
         menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.
         Rambut mestilah pendek dan kemas.
         Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah.
         Pemakaian apron yang betul.
         Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron.
         Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
         Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah
         pengawasan guru sepenuhnya.
         Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
         Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel
         Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH
         Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
         Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel.


                                              7
Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan
         daripada guru.
         Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan.
         Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, segera beritahu guru yang berkenaan.
         Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan
         bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.
         Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.
         Tumpukan perhatian pada kerja yang dibuat.
         Bekerja dengan teratur dan sistematik.
         Simpankan semua alatan di tempat yang dikhaskan.
         Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.
         Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi dengan baik.
         Pastikan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup terang dan peredaran udara
         yang baik.
         Sekiranya berlaku situasi yang berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.
         Pastikan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas terdapat dalam bengkel.
         Pastikan setiap bilik makmal dilengkapi dengan alat pemadam api.




5.2   Keselamatan Diri Dan Rakan


         Pastikan pakaian kemas dan sesuai semasa bekerja di makmal.
         Laporkan dan rekodkan sebarang kemalangan tersebut dalam buku rekod
         kemalangan dan kecederaan.
         Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga

            a. Pakaian am
            b. Pakaian perlindungan
            c. Peralatan perlindungan




                                            8
5.2.1   Pakaian am
          I.    Pakaian mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar
          II.   Rambut    sentiasa   pendekdan     kemas    bagi   lelaki   manakala   bagi
                perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dan yang bertudung
                disisipkan dalam baju
         III.   Elakkan memakai barang perhiasan seperti rantai,jam tangan dan
                sebagainya




                 Contoh pakaian yang sesuai semasa di dalam bengkel.




5.2.2   Peralatan Perlindungan

        Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan
        menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan.




                                         9
5.2.3     Pakaian perlindungan


        I.     Gunakan kasut keselamatan
        II.    Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang bahan dan alatan
    III.       Gunakan apron atau pekaian keselamatan yang diperbuat       daripada kulit
               untuk melindungi tubuh semasa mengimpal
    IV.        Gunakan gogal dan pelindung muka semasa bekerja




              Rajah: kasut getah yang sesuai   Rajah: penggunaan gogal
              dipakai di dalam bengkel




          Rajah: sarung tangan kulit
                                               Rajah: Seorang pekerja yang lengkap
                                               dengan peralatan perlindungan ketika
                                               melakukan kerja kimpalan.




                                          10
5.3   Keselamatan Alatan Dan Bahan


      Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.
      Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan semula alatan di tempat yang
      dikhaskan.
      Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada guru dengan segera.
      Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid
      boleh menggunakannya.
      Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan
      daripada cepat rosak.
      Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu
      projek.
      Atalan    perlu   dibersihkan   dan   dipulangkan   kembali   ke   stor   setelah   selesai
      penggunaannya.
      Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati
      piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.
      Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.




         Rajah: Susunan peralatan pertukangan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel




                                              11
6.0   PENGALIHAN DAN PENYIMPANAN BAHAN-BAHAN


      Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti kejuruteraan.Antara bahan
      yang biasa digunakan di tempat kerja ialah bahan mudah terbakar, bahan yang berat
      dan panjang, serta bahan toksik. Bahan tersebut hendaklah disimpan di tempat yang
      selamat dan mudah disenggara.

      6.1    Bahan Mudah Terbakar

                Terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang
                digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol,diesel,
                kerosin dan sebagainya
                Bahan ini mesti disimpan dalam bekas tertutup dan tidak mudah terdedah
                pada udara
                Simpan di tempat yang jauh dari punca api
                Tempat simpanannya hendaklah dilabelkan dengan tanda amaran seperti
                Awas Bahan Mudah Terbakar
                Bahan mudah terbakar perlu disimpan di tempat yang mempunyai
                pengudaraan yang baik




                             Label bahan mudah terbakar dan Silinder gas



      6.2    Bahan Berat Dan Panjang

                Terdiri daripada bahan berbentik pepejal pelbagai saiz seperti logam dan
                komponen mesin
                Bahan berat dan panjang mestilah diletakkan diatas rak yang kukuh dan kuat
                Rak yang dibina hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar dicapai



                                            12
Apabila bahan berat hendak dialih lakukan dengan berhati-hati dengan
               bantuan rakan atau dengan bantuan jek atau troli
               Bagi bahan panjang dapatkan bantuan rakan untuk memudahkan kerja
               pengalihan


6.3         Bahan Toksik
               Terdiri daripada bahan kimia dan hendaklah diasingkan dari bahan mudah
               terbakar dan bahan lain
               Bekas bahan toksik mestilah dilabelkan
               Apabila bahan hendak dialihkan gunakan troli dan bekas tertutup bagi
               mengelakkan tumpahan




                                   Contoh label untuk bahan toksik.




      6.4   Penggunaan Alat Dan Kelengkapan

            Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin
            keselamatan pengguna di tempat kerja. Antara peraturannya adalah seperti yang
            berikut:

               a. Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak
                   tahu kaedah penggunaannya. Jika salah menggunakannya atau
                   mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

               b. Pastikan   bahagian    mesin   yang   berputar      mempunyai   pelindung
                   keselamatan.



                                          13
Rajah: Pemampat udara yang mempunyai pelindung



c. Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah
   3.4. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala
   cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan
   logam pahat semasa memahat.




      a) Pahat yang selamat digunakan.
      b) Pahat yang tidak selamat digunakan



d. Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam
   Rajah 3.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan.




                       Pemasangan soket tiga pin yang betul



                                 14
e. Gunakan peralatan dan mesin dengan betul.Contohnya, kikir berfungsi hanya untuk
     mengikir dan bukannya mengetuk

f.   Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan.




                                      15
7.0   PENGGUNAAN KUASA ELEKTRIK



             Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan
      pembuatan. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan lebih
      cepat, selamat dan sistematik. Bagaimanapun, penggunaan elektrik yang tidak
      disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.



             Penggunaan kuasa elektrik dengan cara yang tidak selamat seperti boleh
      menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran. Bagi mengelakkan kemalangan elektrik,
      pekerja mestilah sentiasa berwaspada dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
      Antara langkah yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kemalangan elektrik
      adalah dengan memastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan
      pembumian dan penebatan.



             Pembumian ialah satu sambungan antara pendawaian elektrik dengan bumi
      yang terdapat pada alat elektrik. Fungsi pembumian adalah untuk menghindarkan
      pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku kebocoran pada
      pendawaian elektrik. Penebatan pula amat perlu bagi setiap alat elektrik sebagai
      pelindung untuk mengawal pengaliran arus. Arus dan voltan yang berlebihan semasa
      alat elektrik digunakan boleh membahayakan pengguna dan merosakkan alat tersebut.
      Sebab itu, alat pelindung diperlukan



             Alat pelindung atau peranti pelindung yang biasa digunakan ialah fius dan
      pemutus litar. Peranti pelindung berfungsi memutuskan aliran elektrik dalam litar jika
      berlaku kebocoran     elektrik   atau   sekiranya   tenaga   elektrik   digunakan secara
      berlebihan.Jika tiada peranti perlindung, kemalangan elektrik mungkin boleh berlaku.




7.1   Keselamatan Penggunaan Elektrik


      1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
      2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan, semasa menggunakan
         dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel

                                              16
3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagaimana bertindak apabila berlaku
                 Kecederaan dan kemalangan
                 Kejutan elektrik
                 Kebakaran
      4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandungi ubat luka dan sapuan untuk
          lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
      5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendaklah dilaporkan kepada guru
          bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
      6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencegah kebakaran yang berfungsi di setiap
          bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan
          mudah dicapai.
      7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan
          kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999.
      8. Jangan gunakan alatan elektrik yang telah haus atau rosak.
      9. Jangan bebankan litar elektrik dengan menggunakan penyuai 3 hala.
      10. Matikan suis sebelum dan selepas menggunakan alatan elektrik.
      11. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah
             a. Matikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
             b. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk
                 mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan
                 elektrik
             c. Lakukan pemulihan pernafasan
             d. Dapatkan pertolongan dengan segera




7.2   Aspek Keselamatan Dan Penggunaan Elektrik
Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak




                                             17
Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca




Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat.




Jangan cuba menggantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam




Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama




                                           18
7.3   Renjatan Elektrik

      Apabila berlaku renjatan elektrik, pengguna akan terdedah kepada bahaya elektrik sehingga

      masalah yang menyebabkan renjatan dapat diatasi. Biasanya, renjatan elektrik boleh

      menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. Terdapat beberapa

      punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik. Antaranya termasuklah:

             a. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah, sambungan yang rosak dan tiada

                 pembumian.

             b. Kesilapan pendawaian elektrik semasa dibaiki dan diubahsuai oleh orang yang

                 tidak bertauliah.

             c. Persekitaran yang basah.

             d. Kerosakan alat elektrik.



            Semasa renjatan elektrik berlaku,badan mangsa akan berfungsi sebagai pengalir arus

            elektrik. Renjatan juga akan menyebabkan mangsa melecur, pengsan dan perlu di beri

            rawatan segera. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, mungkin boleh mengakibatkan

            kematian kepada mangsa. Berikut merupakan langkah yang perlu diambil apabila

            berlaku renjatan elektrik:

             a. Putuskan bekalan utama elektrik, jangan sesekali menyentuh mangsa sebelum

                 bekalan diputuskan.

             b. Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat.

             c. Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau pernafasannya terhenti.

             d. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.



      7.4    Kebakaran

             Elektrik juga boleh menyebabkan kebakaran. Umumnya, terdapat beberapa faktor

                                            19
yang menyebabkan hal ini berlaku, antaranya :

                      a. Berlaku kerosakan pada sistem penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas.

                      b. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

                      c. Penggunaan fius yang salah

                      d. Penyambungan litar yang longgar pada peranti



       7.5   Pencegahan Kebakaran

              Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa dan

              kerugian harta benda. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebakaran.

              Antaranya ialah:

                      i.   Bahan mudah terbakar seperti gas, petrol dan sebagainya.

                     ii.   Kecuaian pekerja yang tidak mematuhi peraturan semasa bekerja

                           dengan bahan api dan merokok di tempat kerja.

                    iii.   Berlaku litar pintas yang disebabkan oleh kerosakan pada pendawaian,

                           peralatan dan mesin.



Bagi mengelakkan kebakaran, pengguna mesti sentiasa mematuhi peraturan dan langkah

keselamatan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang perlu diambil dan dipatuhi ialah:

                    i.     Pastikan pendawaian elektrik di tempat kerja dalam keadaan sempurna.

                    ii.    Pastikan peralatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik sentiasa

                           dalam keadaan selamat untuk digunakan.

                   iii.    Pastikan bahan mudah terbakar tersimpan di tempat yang selamat dan

                           jauh dari punca api

                   iv.     Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan boleh

                           digunakan. Letakkannya di tempat yang mudah dicapai.

                                                 20
Dengan mengambil langkah berjaga-jaga, pengguna dapat mengelakkan sebarang kejadian yang

tidak diingini demi keselamatan semua pihak.


8.0   ALAT PEMADAM API


                Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat

       pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder. Kaedah menggunakan

       alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang

       betul.



       Apabila berlaku kebakaran,setiap pekerja yang berada di tempat kerja perlu bersedia

       mengambil tindakan yang cepat dan tepat. Alat pemadam api yang disediakan mesti digunakan

       dengan betul dan dapat membantu memadamkan kebakaran.



       Biasanya, alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan

       kebakaran yang kecil dan punca kebakaran sebelum pihak bomba datang membantu. Adalah

       satu kesalahan sekiranya mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana

       ia amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain.



       Terdapat pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran.

       Selain itu, pasir dan air juga boleh digunakan bagi memadamkan kebakaran yang berpunca

       daripada bahan seperti tilam,kain,kayu dan perabot




                                               21
8.1    Pengelasan Alat Pemadam Api

             JENIS BAHAN             PUNCA API/BAHAN BAKAR              LABEL
             PEMADAM API



                                      Kayu, sampah sarap, plastik,      Label A
                          Air                      kain




                                        Minyak, cat, petrol, lekar,     Label B
                         Buih                  thinner, gas




                                     Semua jenis bahan pemadam         Label ABC
                                        api jenis karbon dioksida
                      Debu Kering




                                    Minyak, cat, petrol, lekar, gas,   Label BC
                                    peralatan elektrik

                        Karbon
                       Dioksida




8.2         Langkah Menggunakan Alat Pemadam Api

                                          22
1. Keluarkan pin picu




2.   Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api.




3.   Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat
     disembur




                             23
9.0   PETI PERTOLONGAN KECEMASAN

      Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya
      dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau kecemasan di tempat kerja. Di
      samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas seperti
      yang ditunjukkan dalam Rajah




                               Peti kecemasan dan peralatannya



             Peti ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi
      apabila ingin digunakan. Senarai kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam
      kotak peti pertolongan cemas serta kegunaannya ditunjukkan dalam Jadual. Senarai
      alat dan ubat yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas serta kegunaannya.



                  Alat/Ubat                               Kegunaan
          1. Kain anduh                    Mengampu lengan yang patah atau
                                           terseliuh
          2. Kain Pembalut Kasa            Membalut luka atau anggota yang terseliuh
          3. Gunting                       Memotong
          4. Larutan Flavin                Merawat luka
          5. Larutan Antiseptik            Merawat luka
          6. Krim Antiseptik               Merawat luka
          7. Kapas                         Mencuci luka serta menyapu ubat pada
                                           luka
          8. Penampal Luka (Plaster)       Membalut luka kecil

                                             24
10.0   KESIMPULAN
       Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa
       melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan
       bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan
       keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya
       menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani
       aktiviti di bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri
       penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel pada
       setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di
       ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal.


              Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi
       langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya
       pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja,
       terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan
       keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk
       mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam
       bengkel. Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu
       ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu
       masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana
       melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti
       gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku.




              Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh
       tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga
       rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari
       awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri.
       Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan
       selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan,
       kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga
       akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan.
       Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos
       perubatan.

                                              25
Secara lazimnya, terdapat peraturan-peraturan keselamatan bengkel di sekolah
       tetapi bagi pelajar yang masih mentah dan kurang pengalaman, adakah mereka akan
       sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu, langkah-langkah yang
       sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar yang
       terbabit. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat
       membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan
       persekitaran.


              Oleh yang demikian, latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan
       pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan yang
       sebenar kelak. Walaupun pelaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan kepada
       para pelajar ia tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus semasa
       menjalankan amali di bengkel. Hal ini kerana pengetahuan, kemahiran dan amalan serta
       suasana juga merupakan faktor penting dalam pelaksanaan kepentingan keselamatan
       bengkel. Pendedahan awal di alam persekolahan akan dapat membiasakan diri pelajar
       apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar kelak.


BIBLIOGRAFI



Buku teks: Pengajian Kejuteraan awam (tingkatan 4)


Buku teks: Teknologi Binaan Bangunan


Kaharrudin bin Ismail,Azmi Bin Mohd Yassir,Ramli Bin Asun. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      Tingkatan 4.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka


Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim Dan Tuslah Binti Abdan. 2008. Buku Teks
         Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Selangor. Cerdik Publications.Sdn.Bhd.



Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Apakah Kemahiran Hidup? (On-line)
       http://kemahiranhidupbestari.blogspot.com/




                                             26
Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada,
       http://www.members.fortunecity.com/rescue991/jpa3.htm


Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. (On-line).
       http://nota.could.ws/bab1bengkel.html

Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Peraturan Dan Keselamatan. (On-line).
       www.scribd.com/doc/.../Peraturan-Keselamatan-Dlm-Bengkel




                                            27

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Anisah As
 
Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasAyubkhan Kks
 
Keselamatan am-1
Keselamatan am-1Keselamatan am-1
Keselamatan am-1Cgunick
 
penyelenggaraan
penyelenggaraan penyelenggaraan
penyelenggaraan Jius Musz
 
Penyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan TanganPenyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan TanganJuradi Durjari
 
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraanBab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraanNor Ayuzi Deraman
 
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukanganLaporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangansppj1415
 
Laporan kayu
Laporan kayuLaporan kayu
Laporan kayusppj1415
 
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalanganmaksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalanganHerney Aqilah Kay
 
MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan Diri
MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan DiriMENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan Diri
MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan DiriMee Ruu
 
arus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikarus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikmuhammadsyafie10
 
Keselamatan elektrik
Keselamatan elektrikKeselamatan elektrik
Keselamatan elektrikapplied
 
hukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrikhukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektriksf c
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranYuseri Bujang
 
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Tengkurex
 
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)Yusrinaldiibrahim
 

Was ist angesagt? (20)

Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin)
 
Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegas
 
Keselamatan am-1
Keselamatan am-1Keselamatan am-1
Keselamatan am-1
 
penyelenggaraan
penyelenggaraan penyelenggaraan
penyelenggaraan
 
Laporan elektrik
Laporan elektrikLaporan elektrik
Laporan elektrik
 
Penyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan TanganPenyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan Tangan
 
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraanBab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
 
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukanganLaporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
 
Laporan kayu
Laporan kayuLaporan kayu
Laporan kayu
 
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalanganmaksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
 
MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan Diri
MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan DiriMENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan Diri
MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan Diri
 
Keselamatan di bengkel
Keselamatan di bengkelKeselamatan di bengkel
Keselamatan di bengkel
 
arus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikarus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alik
 
Keselamatan elektrik
Keselamatan elektrikKeselamatan elektrik
Keselamatan elektrik
 
Litar siri dan selari
Litar siri dan selariLitar siri dan selari
Litar siri dan selari
 
hukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrikhukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrik
 
Keselamatan bengkel
Keselamatan bengkelKeselamatan bengkel
Keselamatan bengkel
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuran
 
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
 
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
 

Ähnlich wie Dokumentasi keselamatan

M2 k1.1 e1 e2 amalan dan prosedur keselamatan 1
M2 k1.1 e1 e2 amalan dan prosedur keselamatan 1M2 k1.1 e1 e2 amalan dan prosedur keselamatan 1
M2 k1.1 e1 e2 amalan dan prosedur keselamatan 1Abang Ensem
 
1.1 organisasi bengkel dan keselamatan
1.1 organisasi bengkel dan keselamatan1.1 organisasi bengkel dan keselamatan
1.1 organisasi bengkel dan keselamatanKhb Ert
 
RPT SAINS T4 2023(edit).doc
RPT SAINS T4 2023(edit).docRPT SAINS T4 2023(edit).doc
RPT SAINS T4 2023(edit).docZaidaTahir
 
HIRARC Training.pptx
HIRARC Training.pptxHIRARC Training.pptx
HIRARC Training.pptxMohdAzmi58
 

Ähnlich wie Dokumentasi keselamatan (7)

Amali 3 kkp
Amali 3 kkpAmali 3 kkp
Amali 3 kkp
 
Eek 101
Eek 101Eek 101
Eek 101
 
M2 k1.1 e1 e2 amalan dan prosedur keselamatan 1
M2 k1.1 e1 e2 amalan dan prosedur keselamatan 1M2 k1.1 e1 e2 amalan dan prosedur keselamatan 1
M2 k1.1 e1 e2 amalan dan prosedur keselamatan 1
 
T3 ca06 kertas penerangan
T3 ca06 kertas peneranganT3 ca06 kertas penerangan
T3 ca06 kertas penerangan
 
1.1 organisasi bengkel dan keselamatan
1.1 organisasi bengkel dan keselamatan1.1 organisasi bengkel dan keselamatan
1.1 organisasi bengkel dan keselamatan
 
RPT SAINS T4 2023(edit).doc
RPT SAINS T4 2023(edit).docRPT SAINS T4 2023(edit).doc
RPT SAINS T4 2023(edit).doc
 
HIRARC Training.pptx
HIRARC Training.pptxHIRARC Training.pptx
HIRARC Training.pptx
 

Dokumentasi keselamatan

  • 1. PROSEDUR KERJA DAN PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN YANG PERLU DIIKUTI DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP 1.0 PENGENALAN Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktiviti. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan. Bengkel Kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran Manipulatif (KMT), bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup (KMT) yang paling banyak digunakan. Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4 bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel Enjin. Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap 1
  • 2. mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan. 2.0 DEFINISI Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan murid- murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan. Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. 2
  • 3. 3.0 PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL Sebahagian besar kemalangan yang berlaku di tempat kerja melibatkan pelajar baru. Lazimnya kemalangan boleh berpunca daripada penyalahgunaan alatan tangan dan mesin, keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan kelalaian pelajar itu sendiri. 3.1 Penyalahgunaan Alatan Dan Mesin Berbagai-bagai alatan tangan dan mesin terdapat dibengkel. Setiap alat hendaklah digunakan dengan betul. Kemalangan berlaku sekiranya perkara berikut tidak diambil berat : Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja dengan kerja yang dilakukan. Menggunakan alatan tangan yang pemegangnya tidak sesuai. Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang sesuai. Perhatian yang penting hendaklah diberi terhadap penggunaan mesin kerana pelajar yang menggunakan mesin tersebut terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi. Berikut adalah perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum menggunakan mesin : Mesin hendaklah diuji sebelum digunakan. Mesin hendaklah mempunyai penghadang keselamatan. Memakai pakaian yang sesuai semasa menggendalikan mesin. Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih dalam keadaan sempurna. Rajah: Mesin yang mempunyai tali sawat dan penghadang 3
  • 4. 3.2 Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai. Keadaan bengkel atau tapak binaan boleh mempengaruhi keselamatan pelajar. Semasa bertugas di bengkel perkara yang berikut haruslah diberi perhatian : Cahaya di dalam bengkelperlu mencukupi. Susun atur mesin dan meja hendaklah mempunyai ruang legar yang mencukupi. Saiz bengkel hendaklah bersesuain dengan bilangan pelajar. Pendawaian elektrik hendaklah mengikut peraturan. Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Pengalihudaraan hendaklah mencukupi. Alat pemadam api hendaklah diletakkan pada tempat strategik. Rajah: Gambar keadaan di dalam bengkel 3.3 Kelalaian pelajar Keadaan bengkel, suasana kerja dan alatan yang baik belum menjamin keselamatan. Sikap pelajar itu sendiri semasa bekerja juga memainkan peranan yang penting. Sikap lalai dan tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kemalangan dan ia boleh dielakkan sekiranya pelajar : Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan. Mengendalikan mesin setelah mengetahui kaedah menggunakannya. Memakai kelengkapan perlindungan keselamatan semasa membuat kerja. Mengambil kira kemampuan diri sendiri. 4
  • 5. 3.4 Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan memesin, mesin kimpalan arka dan kimpalan gas Berikut merupakan perbezaannya: Perkakasan Peralatan Bil Diri Memesin/ Mesin Kimpalan Arka Kimpalan Mesin/Alat Gas Bagi Bagi menghidari Bagi menghidari menghidari 1. Bagi menghidari daripada Kecederaan daripada daripada daripada Kerosakan fizikal Kerosakan Letupan atau Kebakaran Pastikan 2. Pakaian hendaklah Pastikan dalam Pastikan dalam dalam kemas dan sesuai keadaan baik keadaan baik keadaan baik Sistem pengudaraan Sistem 3. Pakai pakaian Pastikan dalam yang baik bagi pengudaraan Keselamatan keadaan baik mengelak dari terhidu yang baik gas beracun Periksa peralatan Pakaian keselamatan Mempunyai Tidak Rosak/ sebelum yang dipakai pembumian yang 4. Penghadang digunakan hendaklah sesuai sempurna bagi keselamatan dan pastikan dengan jenis kerja mengelak bahaya ditempat yang betul tiada yang dilakukan elektrik kebocoran gas 5
  • 6. 4.0 LANGKAH KESELAMATAN Amalan 4M terdiri daripada : Membersih : Aspek fizikal iaitu memakai pakaian yang sesuai, apron dan berkasut getah. Kebersihan mental iaitu dari aspek fikiran ialah memberi tumpuan dalam bengkel. Kebersihan bengkel supaya selamat untuk menjalankan kerja-kerja. Mesin penyedut hampagas (vacuum cleaner) dan mesin pemampat udara (air compressor/air blower) digalakkan kerana alatan ini lebih berkesan membersihkan debu dan sisa-sisa kayu. Rajah: antara mesin yang digunakan. Menyusun atur: Alatan dan bahan disusun dengan kemas dan disimpan di tempat yang telah ditetapkan supaya mudah diambil dan disimpan semula selepas digunakan. Bangku-bangku diletak jauh semasa bekerja. Menilai: Murid membuat penilaian terhadap diri sendiri dari segi ketepatan langkah kerja, hasil kerja dan keadaan tempat kerja untuk memastikan semua tugasan dilakukan dengan penuh sistematik. Penilaian oleh guru terhadap nilai-nilai murni. 6
  • 7. Mendisiplin: Murid sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan dengan mengikut langkah-langkah kerja yang ditetapkan dan menggunakan alatan yang betul untuk melakukan sesuatu projek. 5.0 PERATURAN DAN KESELAMATAN Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. Keselamatan am bengkel meliputi aspek yang berikut: (i) Keselamatan umum (ii) Keselamatan diri dan rakan (iii) Keselamatan alatan dan bahan 5.1 Keselamatan Umum Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. Rambut mestilah pendek dan kemas. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel. 7
  • 8. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, segera beritahu guru yang berkenaan. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya. Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan. Tumpukan perhatian pada kerja yang dibuat. Bekerja dengan teratur dan sistematik. Simpankan semua alatan di tempat yang dikhaskan. Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja. Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi dengan baik. Pastikan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup terang dan peredaran udara yang baik. Sekiranya berlaku situasi yang berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera. Pastikan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas terdapat dalam bengkel. Pastikan setiap bilik makmal dilengkapi dengan alat pemadam api. 5.2 Keselamatan Diri Dan Rakan Pastikan pakaian kemas dan sesuai semasa bekerja di makmal. Laporkan dan rekodkan sebarang kemalangan tersebut dalam buku rekod kemalangan dan kecederaan. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga a. Pakaian am b. Pakaian perlindungan c. Peralatan perlindungan 8
  • 9. 5.2.1 Pakaian am I. Pakaian mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar II. Rambut sentiasa pendekdan kemas bagi lelaki manakala bagi perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dan yang bertudung disisipkan dalam baju III. Elakkan memakai barang perhiasan seperti rantai,jam tangan dan sebagainya Contoh pakaian yang sesuai semasa di dalam bengkel. 5.2.2 Peralatan Perlindungan Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan. 9
  • 10. 5.2.3 Pakaian perlindungan I. Gunakan kasut keselamatan II. Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang bahan dan alatan III. Gunakan apron atau pekaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit untuk melindungi tubuh semasa mengimpal IV. Gunakan gogal dan pelindung muka semasa bekerja Rajah: kasut getah yang sesuai Rajah: penggunaan gogal dipakai di dalam bengkel Rajah: sarung tangan kulit Rajah: Seorang pekerja yang lengkap dengan peralatan perlindungan ketika melakukan kerja kimpalan. 10
  • 11. 5.3 Keselamatan Alatan Dan Bahan Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat. Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan semula alatan di tempat yang dikhaskan. Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada guru dengan segera. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH. Rajah: Susunan peralatan pertukangan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel 11
  • 12. 6.0 PENGALIHAN DAN PENYIMPANAN BAHAN-BAHAN Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti kejuruteraan.Antara bahan yang biasa digunakan di tempat kerja ialah bahan mudah terbakar, bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik. Bahan tersebut hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara. 6.1 Bahan Mudah Terbakar Terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol,diesel, kerosin dan sebagainya Bahan ini mesti disimpan dalam bekas tertutup dan tidak mudah terdedah pada udara Simpan di tempat yang jauh dari punca api Tempat simpanannya hendaklah dilabelkan dengan tanda amaran seperti Awas Bahan Mudah Terbakar Bahan mudah terbakar perlu disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik Label bahan mudah terbakar dan Silinder gas 6.2 Bahan Berat Dan Panjang Terdiri daripada bahan berbentik pepejal pelbagai saiz seperti logam dan komponen mesin Bahan berat dan panjang mestilah diletakkan diatas rak yang kukuh dan kuat Rak yang dibina hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar dicapai 12
  • 13. Apabila bahan berat hendak dialih lakukan dengan berhati-hati dengan bantuan rakan atau dengan bantuan jek atau troli Bagi bahan panjang dapatkan bantuan rakan untuk memudahkan kerja pengalihan 6.3 Bahan Toksik Terdiri daripada bahan kimia dan hendaklah diasingkan dari bahan mudah terbakar dan bahan lain Bekas bahan toksik mestilah dilabelkan Apabila bahan hendak dialihkan gunakan troli dan bekas tertutup bagi mengelakkan tumpahan Contoh label untuk bahan toksik. 6.4 Penggunaan Alat Dan Kelengkapan Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pengguna di tempat kerja. Antara peraturannya adalah seperti yang berikut: a. Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak tahu kaedah penggunaannya. Jika salah menggunakannya atau mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan. b. Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan. 13
  • 14. Rajah: Pemampat udara yang mempunyai pelindung c. Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah 3.4. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan logam pahat semasa memahat. a) Pahat yang selamat digunakan. b) Pahat yang tidak selamat digunakan d. Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam Rajah 3.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan. Pemasangan soket tiga pin yang betul 14
  • 15. e. Gunakan peralatan dan mesin dengan betul.Contohnya, kikir berfungsi hanya untuk mengikir dan bukannya mengetuk f. Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan. 15
  • 16. 7.0 PENGGUNAAN KUASA ELEKTRIK Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan pembuatan. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cepat, selamat dan sistematik. Bagaimanapun, penggunaan elektrik yang tidak disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Penggunaan kuasa elektrik dengan cara yang tidak selamat seperti boleh menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran. Bagi mengelakkan kemalangan elektrik, pekerja mestilah sentiasa berwaspada dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kemalangan elektrik adalah dengan memastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan pembumian dan penebatan. Pembumian ialah satu sambungan antara pendawaian elektrik dengan bumi yang terdapat pada alat elektrik. Fungsi pembumian adalah untuk menghindarkan pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku kebocoran pada pendawaian elektrik. Penebatan pula amat perlu bagi setiap alat elektrik sebagai pelindung untuk mengawal pengaliran arus. Arus dan voltan yang berlebihan semasa alat elektrik digunakan boleh membahayakan pengguna dan merosakkan alat tersebut. Sebab itu, alat pelindung diperlukan Alat pelindung atau peranti pelindung yang biasa digunakan ialah fius dan pemutus litar. Peranti pelindung berfungsi memutuskan aliran elektrik dalam litar jika berlaku kebocoran elektrik atau sekiranya tenaga elektrik digunakan secara berlebihan.Jika tiada peranti perlindung, kemalangan elektrik mungkin boleh berlaku. 7.1 Keselamatan Penggunaan Elektrik 1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan. 2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan, semasa menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel 16
  • 17. 3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagaimana bertindak apabila berlaku Kecederaan dan kemalangan Kejutan elektrik Kebakaran 4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandungi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. 5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat 6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencegah kebakaran yang berfungsi di setiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai. 7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999. 8. Jangan gunakan alatan elektrik yang telah haus atau rosak. 9. Jangan bebankan litar elektrik dengan menggunakan penyuai 3 hala. 10. Matikan suis sebelum dan selepas menggunakan alatan elektrik. 11. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah a. Matikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel b. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik c. Lakukan pemulihan pernafasan d. Dapatkan pertolongan dengan segera 7.2 Aspek Keselamatan Dan Penggunaan Elektrik Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak 17
  • 18. Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat. Jangan cuba menggantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama 18
  • 19. 7.3 Renjatan Elektrik Apabila berlaku renjatan elektrik, pengguna akan terdedah kepada bahaya elektrik sehingga masalah yang menyebabkan renjatan dapat diatasi. Biasanya, renjatan elektrik boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik. Antaranya termasuklah: a. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah, sambungan yang rosak dan tiada pembumian. b. Kesilapan pendawaian elektrik semasa dibaiki dan diubahsuai oleh orang yang tidak bertauliah. c. Persekitaran yang basah. d. Kerosakan alat elektrik. Semasa renjatan elektrik berlaku,badan mangsa akan berfungsi sebagai pengalir arus elektrik. Renjatan juga akan menyebabkan mangsa melecur, pengsan dan perlu di beri rawatan segera. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, mungkin boleh mengakibatkan kematian kepada mangsa. Berikut merupakan langkah yang perlu diambil apabila berlaku renjatan elektrik: a. Putuskan bekalan utama elektrik, jangan sesekali menyentuh mangsa sebelum bekalan diputuskan. b. Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat. c. Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau pernafasannya terhenti. d. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 7.4 Kebakaran Elektrik juga boleh menyebabkan kebakaran. Umumnya, terdapat beberapa faktor 19
  • 20. yang menyebabkan hal ini berlaku, antaranya : a. Berlaku kerosakan pada sistem penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas. b. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. c. Penggunaan fius yang salah d. Penyambungan litar yang longgar pada peranti 7.5 Pencegahan Kebakaran Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebakaran. Antaranya ialah: i. Bahan mudah terbakar seperti gas, petrol dan sebagainya. ii. Kecuaian pekerja yang tidak mematuhi peraturan semasa bekerja dengan bahan api dan merokok di tempat kerja. iii. Berlaku litar pintas yang disebabkan oleh kerosakan pada pendawaian, peralatan dan mesin. Bagi mengelakkan kebakaran, pengguna mesti sentiasa mematuhi peraturan dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang perlu diambil dan dipatuhi ialah: i. Pastikan pendawaian elektrik di tempat kerja dalam keadaan sempurna. ii. Pastikan peralatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan. iii. Pastikan bahan mudah terbakar tersimpan di tempat yang selamat dan jauh dari punca api iv. Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Letakkannya di tempat yang mudah dicapai. 20
  • 21. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga, pengguna dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini demi keselamatan semua pihak. 8.0 ALAT PEMADAM API Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder. Kaedah menggunakan alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang betul. Apabila berlaku kebakaran,setiap pekerja yang berada di tempat kerja perlu bersedia mengambil tindakan yang cepat dan tepat. Alat pemadam api yang disediakan mesti digunakan dengan betul dan dapat membantu memadamkan kebakaran. Biasanya, alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan kebakaran yang kecil dan punca kebakaran sebelum pihak bomba datang membantu. Adalah satu kesalahan sekiranya mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana ia amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain. Terdapat pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran. Selain itu, pasir dan air juga boleh digunakan bagi memadamkan kebakaran yang berpunca daripada bahan seperti tilam,kain,kayu dan perabot 21
  • 22. 8.1 Pengelasan Alat Pemadam Api JENIS BAHAN PUNCA API/BAHAN BAKAR LABEL PEMADAM API Kayu, sampah sarap, plastik, Label A Air kain Minyak, cat, petrol, lekar, Label B Buih thinner, gas Semua jenis bahan pemadam Label ABC api jenis karbon dioksida Debu Kering Minyak, cat, petrol, lekar, gas, Label BC peralatan elektrik Karbon Dioksida 8.2 Langkah Menggunakan Alat Pemadam Api 22
  • 23. 1. Keluarkan pin picu 2. Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api. 3. Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur 23
  • 24. 9.0 PETI PERTOLONGAN KECEMASAN Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau kecemasan di tempat kerja. Di samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Peti kecemasan dan peralatannya Peti ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila ingin digunakan. Senarai kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam kotak peti pertolongan cemas serta kegunaannya ditunjukkan dalam Jadual. Senarai alat dan ubat yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas serta kegunaannya. Alat/Ubat Kegunaan 1. Kain anduh Mengampu lengan yang patah atau terseliuh 2. Kain Pembalut Kasa Membalut luka atau anggota yang terseliuh 3. Gunting Memotong 4. Larutan Flavin Merawat luka 5. Larutan Antiseptik Merawat luka 6. Krim Antiseptik Merawat luka 7. Kapas Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka 8. Penampal Luka (Plaster) Membalut luka kecil 24
  • 25. 10.0 KESIMPULAN Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani aktiviti di bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal. Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel. Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku. Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan. 25
  • 26. Secara lazimnya, terdapat peraturan-peraturan keselamatan bengkel di sekolah tetapi bagi pelajar yang masih mentah dan kurang pengalaman, adakah mereka akan sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar yang terbabit. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan persekitaran. Oleh yang demikian, latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar kelak. Walaupun pelaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan kepada para pelajar ia tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus semasa menjalankan amali di bengkel. Hal ini kerana pengetahuan, kemahiran dan amalan serta suasana juga merupakan faktor penting dalam pelaksanaan kepentingan keselamatan bengkel. Pendedahan awal di alam persekolahan akan dapat membiasakan diri pelajar apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar kelak. BIBLIOGRAFI Buku teks: Pengajian Kejuteraan awam (tingkatan 4) Buku teks: Teknologi Binaan Bangunan Kaharrudin bin Ismail,Azmi Bin Mohd Yassir,Ramli Bin Asun. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim Dan Tuslah Binti Abdan. 2008. Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Selangor. Cerdik Publications.Sdn.Bhd. Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Apakah Kemahiran Hidup? (On-line) http://kemahiranhidupbestari.blogspot.com/ 26
  • 27. Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, http://www.members.fortunecity.com/rescue991/jpa3.htm Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. (On-line). http://nota.could.ws/bab1bengkel.html Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Peraturan Dan Keselamatan. (On-line). www.scribd.com/doc/.../Peraturan-Keselamatan-Dlm-Bengkel 27