Dokumen tersebut membahas tentang penyakit tidak menular yang disebabkan oleh faktor genetik dan gaya hidup seperti karies gigi, sakit jantung, diabetes, asma, dan penyakit buah pinggang. Untuk mencegah penyakit tersebut disarankan untuk bersenam teratur, makan makanan seimbang, dan melakukan pemeriksaan kesehatan secara berkala.
4. KARIES GIGI
• Ialah masalah gigi berlubang.
• Berlaku akibat tindak balas antara bakteria
dengan makanan bergula di permukaan gigi.
Asid yang terhasil melembutkan lapisan
enamel gigi. Seterusnya bakteria dapat
memasuki lapisan dentin gigi dan
menyebabkan gigi berlubang.
6. SAKIT JANTUNG
• Terjadi apabila otot jantung tidak dapat
mengepam dan mengedarkan darah ke
seluruh tubuh.
• Ini menyebabkan saluran darah jantung
tersumbat.
• Kesannya, kita berasa amat sakit seolah-olah
ada sesuatu yang mencengkam di bahagian
dada.
8. DIABETES
• Terjadi apabila kandungan gula di dalam darah
adalah tinggi.
• Ia berlaku kerana tubuh kurang mengeluarkan
hormon insulin. Hormon ini bertugas
mengawal kandungan gula dalam darah. Ia
menyebabkan luka lambat sembuh,
penglihatan kabur dan seterusnya menjadi
buta.
10. ASMA
• Terjadi apabila saluran pernafasan terganggu.
• Ia disebabkan alahan terhadap makanan
tertentu, pencemaran udara dan cuaca.
• Simptomnya ialah batuk, nafas berbunyi,
kahak berlebihan dan kecungapan.
12. PENYAKIT BUAH PINGGANG
• Terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi
untuk membersihkan darah.
• Ia disebabkan oleh jangkitan kuman,
keracunan dan penggunaan ubat yang tidak
mengikut arahan.
• Kesannya, pesakit hilang selera makan, berasa
mual dan muntah-muntah serta kelihatan
lemah.
15. Bersenam dan Bersukan
• Lakukan sebanyak tiga kali seminggu (selang
hari).
• Dilakukan 20 – 30 minit pada setiap sesi.
• Amalan ini dapat meningkatkan tahap
kecergasan tubuh dan menguatkan otot
jantung.