1. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHORT 5)
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
770218-01-5450
013-7018071
TUTOR
TUAN HAJI BAHARUM BIN SULMAN
baharumsulman@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN
Pusat Pembelajaran Wilayah Johor
Semester Mei 2010
2. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
S
EKAPUR SIREH
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat saya
menyiapkan tugasan HBLS 3103, Asas Kejuruteraan Awam dan Mekanikal yang diberikan.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tutor HBLS 3103 iaitu Tuan Haji
Baharum bin Haji Sulman kerana banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar bagi
memudahkan lagi untuk saya menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Banyak cabaran dan dugaan yang saya hadapi bagi menyiapkan tugasan ini, namun
dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan motivasi
serta bimbingan serta perkongsian maklumat secara berterusan juga banyak membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih kepada keluarga yang tersayang iaitu suami serta anak-anak serta
ibu bapa yang tidak jemu memberikan sokongan serta iringan doa agar saya tidak mudah
patah semangat serta jemu dalam meneruskan perjuangan dalam pembelajaran ini.
Semoga Allah jua yang membalasnya dengan kebaikan…
Sekian terima kasih.
3. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
ISI KANDUNGAN
1. Sekapur Sireh
2. Isi kandungan
3. Soalan 1 : Rak Fail Meja
i. Lukisan Kerja
1. Lukisan Ortografik
2. Lukisan Isometri
ii. Langkah-Langkah Kerja Pembinaan dan Kaedah Penyambungan
iii. Bahan-Bahan dan Alatan Yang Digunakan
iv. Kemasan dan Cadangan Kesesuaian Warna
4. Soalan 2 : Sistem Sanitari dan Kumbahan
i. Keratan Rentas Sistem Perpaipan Sanitari Rumah / Bangunan 2
Tingkat dari Lekapan ke ‘Main Hole’ (MH)
ii. Lukisan Skematik Sistem Pengudaraan
iii. Reka Bentuk dan Panduan Pemasangan Secara Am
iv. Reka Bentuk dan Panduan Susun Atur
5. Soalan 3 : Sistem Enjin
a. Sistem Bahan Api
i. Fungsi Utama Sistem Bahan Api Kenderaan
ii. Lakaran dan Komponen-Komponen Utama Sistem
b. Karburetor
i. Keratan Rentas Karburetor
ii. Fungsi Utama
6. Sumber Rujukan
4. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
SOALAN 1
TAJUK : Rak Fail Meja
OBJEKTIF : Persediaan bahan, menanda bahan projek, memotong bahan dan tanggam,
membentuk dan mencantum merangkumi kerja membuat tanggam seperti
meraut putting, meraut lurah, memahat lubang, memasang tanggam dan
menguji ketepatan, mengglu, memaku,
SAIZ : 500mm x 350mm x 450mm (tinggi)
TANGGAM :
SOALAN 1 (a) : Lukisan Kerja
5. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
SOALAN 1 (b) : Langkah Kerja Pembinaan dan Kaedah Penyambungan
(Rujuk Lukisan Kerja pada Rajah 1 dan Rajah 2)
1) Sediakan kayu mengikut ukuran seperti dalam gambarajah 1 (Lukisan Ortografik).
Jenis Kayu
A) Kayu Keras
a. Cengal
b. Sepetir
c. Kapur
B) Kayu Lembut
a. Meranti
b. Kayu getah
c. Jelutung
Saiz Kayu
A) Papan Tebal
a. Tebal 38 mm – 100 mm
b. Lebar 150 mm ke atas
c. Panjang 3 m – 6 m
B) Papan Nipis
a. Tebal 10 mm – 38 mm
b. Lebar 76 mm ke atas
c. Panjang 3 m – 6 m
C) Kayu Beroti
a. Tebal 38 mm – 100 mm
b. Lebar 75 mm – 150 mm
c. Panjang 3 m – 4 m
D) Kayu Jerjak
a. Tebal 20 mm – 38 mm
b. Lebar 25 mm – 76 mm
c. Panjang 3 m – 6m
6. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
2) Mengukur dan merancang tanda bagi setiap bahagian berdasarkan maklumat kertas
projek. Papan dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
Ukur panjang bahan Ukur lebar bahan
Menanda panjang bahan Menanda lebar bahan
3) Gergaji bahu puting dan raut permukaan sehingga rata.
7. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
4) Tebuk lubang dengan gerudi atau pahat dan bersihkan lubang dengan pahat.
5) Potong janjang pada puting dan buat lurah.
6) Pasangkan bahagian – bahagian tanggam dan uji ketepatannya.
7) Lekatkan dengan glu atau paku. Langkah keselamatan perlu diambil semasa
menjalankan proses membina dan mencantum projek.
8. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
8) Bersinkan sambungan di setiap bahagian dengan kemas.
9) Lakukan aktiviti kemasan pada bahan projek. Laskan bahagian kayu dengan
menggunakan kertas pasir atau ‘sander’ untuk melicinkan permukaan kayu. Gosokkan
mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran (3,2,1) dan disudahi dengan gred
kekasaran yang halus (0,00) Kemudian, sapukan dengan pengawet agar ia lebih tahan
lama serta anai-anai tidak dapat untuk merosakkan.
10) Untuk menutup liang-liang kayu, lubang paku, urat-urat kayu yang sangat kasar dan
cantuman tanggam yang kurang kemas, tepung penyumbat digunakan. Ia dalam bentuk
serbuk putih dan siap dibancuh. Gunakan pengikis untuk menyapu tepung penyumbat.
Kelebihan tepung penyumbat ini ialah ianya cepat kering dan mudah digunakan.
Caranya ialah dengan mencairkannya dengan air atau turpentine dan sapukan pada
permukaan kayu yang menghadapi masalah.
11) Selepas itu, kikiskan kotoran atau lebihan tepung penyumbat dengan pengikis.
Gerakkan hujung mata pengikis mengikut arah urat kayu.
9. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
12) Sapukan syelek dan varnish untuk tujuan kekemasan. Syelek boleh didapati dalam
bentuk kepingan dan cecair. Ia dilarutkan dengan spirit metal, kemudian sapukannya
pada permukaan kayu mengikut arah urat kayu dengan berus syelek. Proses
pengeringan varnish mengambil masa 12 jam hingga 24 jam.
10. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
SOALAN 1 (c) : Bahan-Bahan dan Alatan Yang Digunakan
ALATAN YANG DIGUNAKAN
1. Pembaris
2. Pemutar skru Philips
3. Pemutar skru rata
4. Berus
11. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
5. Pengikis
6. Gergaji
7. Tukul
8. Gerudi
12. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
BAHAN YANG DIGUNAKAN
1. Kayu meranti
2. Skru
3. Paku
13. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
4. Pengawet kayu
5. Kertas pasir
6. Syelek kayu
7. Varnis
14. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
8. Glu
15. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
SOALAN 1 (d) : Kemasan dan Cadangan Kesesuaian Warna Setiap Bahagian
Kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis
kemasan boleh dilakukan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan. Antaranya ialah
kertas pasir, penyumbat, cat, syelek, varnish, lilin, lekar atau lekar plastik.
Kertas pasir boleh digunakan sebagai pengemas untuk menghilangkan kecacatan dan
tanda pada kayu. Gosokkan kayu dengan kertas pasir hingga licin. Saiznya boleh ditentukan
mengikut nombor gred iaitu:
oo – halus sekali
o – halus
1 – sederhana
2 – kasar
3 – kasar sekali.
Setelah digosok dengan kertas pasir, periksa permukaan kayu kerana mungkin ada
kecacatan seperti mempunyai lubang-lubang kecil ataupun lubang terjadi akibat
ketidaksamaan semasa menghasilkan projek. Fungsi utama penyumbat adalah untuk mengisi
rongga-rongga dengan baik dan kekal. Ia adalah merupakan serbuk mineral yang dicampur.
Ia boleh menjadi pasir, silica, serbuk atau campuran daripada ‘carrier’ iaitu minyak, alcohol
atau air, ‘binder’ gam, varnish atau syelek. Pada masa sekarang, penyumbat mempunyai
pelbagai warna yang boleh disesuaikan mengikut kesesuaian kayu yang digunakan. Pilih
warna penyumbat yang paling hampir dengan warna kayu.
Jika ingin menggunakan cat, sebagai kemasan kayu, terlebih dahulu, sapukan cat alas
untuk menutup lubang-lubang kecil pada permukaan dan menjadi pengalas kerana apabila cat
licau disapu, ia akan kelihatan lebih licin dan berkilat. Permukaan kayu yang disapu dengan
cat alas perlu dilicinkan dengan kertas pasir setelah ia kering. Gunakan cat alas yang
mempunyai warna yang sama atau hampir sama dengan cat licau yang akan digunakan.
Selepas itu, gunakan cat licau dengan betul agar ia memberikan permukaan yang cantik
dan berkilat. Jika permukaan memerlukan dua lapisan cat licau, lapisan pertama perlulah
dilicinkan dengan kertas pasir yang halus.
16. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Syelek atau varnish juga boleh dipilih untuk kemasan kayu. Cara mengilat kayu dengan
syelek dinamakan french poloshing. Syelek dan varnish digunakan secara sembur atau sapu
dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan dalam alkohol untuk
digunakan, ataupun diseli secara bancuh siap. Proses pengeringan varnish mengambil masa
selama 12 jam hingga 24 jam serta mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air.
17. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
`SOALAN 2
SOALAN 2 (a) : Keratan Rentas Sistem Perpaipan Sanitari Rumah atau Bangunan 2
Tingkat Dari Lekapan ke ‘Main Hole’ (MH)
18. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
19. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
20. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
SOALAN 2 (b) : Satu Contoh Lukisan Skematik Sistem Pengudaraan (Ventilated
System)
Venting system terdiri dari paip yang menyambung kelengkapan sanitari menuju ke luar
bangunan, biasanya keatas bumbung. Ianya berfungsi untuk melepaskan gas yang dapat
menghalang gas-gas berbau masuk ke dalam bangunan.
Ventilasi pada bangunan, rumah umumnya digunakan untuk keperluan peredaran udara
dan cahaya untuk menerangkan kawasan dalaman rumah. Untuk memenuhi udara segar
dalam bangunan atau gedung ia memerlukan lubang atau ventilasi untuk memberikan laluan
keluar udara dan hawa panas, gas dan asap. Hal ini sangat diperlukan oleh penghuni sama ada
untuk bangunan bengkel mesin, fabrik mahu pun untuk dapur rumah.
Ventilasi dibina dalam pelbagai bentuk bergantung kepada keperluan untuk peredaran
udara panas, gas, dan asap yang sesuai dengan tujuannya.
21. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Adapun bentuk ventilasi ialah seperti berikut :
a. Ventilasi Pemotongan Tegak
Peredaran udara segar dan udara panas dalam ruangan, gas dan asap dapat melalui
suatu lubang pada atap dengan dibuat pemotongan atap secara vertikal seperti Gambar 1.
b. Ventilasi Cerobong
Ventilasi cerobong umumnya digunakan untuk peredaran asap dapur, fabrik dan bengkel
tempa yang berhubungan dengan kegiatan yang mengeluarkan asap. Bentuk ventilasi ini ada
yang berbentukk bulat dan segi empat tergantung yang diinginkan oleh pemilik bangunan
seperti Gambar 2.
Peredaran asap yang terpusat dapat dikeluarkan dengan melalui cerobong, sehingga asap
yang ditimbulkan dari aktiviti dalam bangunan tidak tersebar ke ruangan lain.
22. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
SOALAN 2 (c) : Reka Bentuk dan Panduan Pemasangan Secara Am
1) Pemasangan sistem paip sanitari adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam ‘Drainage,
sanitation and sanitary plumbing by-law’.
2) Pemasangan ini perlu dibuat oleh tukang paip yang berlesen.
3) Rekabentuknya juga perlulah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Air Negeri.
4) Bahan-bahan yang digunakan iaitu alat sanitari, paip, pepasangan atau komponen
hendaklah diluluskan oleh PBA dan Sirim.
5) Rekabentuk, pemasangan dan penyelenggaraan mestilah tidak merbahaya kepada
struktur bangunan, sistem bekalan air dan peralatan lain.
6) Ia juga hendaklah tidak mengancam keselamatan dan kesihatan penghuni seperti
berlakunya kebocoran, pelepasan bau dan pencemaran bekalan air.
7) Rekabentuk sistem mestilah dapat mengelakkan daripada berlakunya limpahan air atau
banjir di dalam bangunan.
8) Pemasangan sistem paip sanitari ini juga perlu dielakkan daripada memasang paip dan
pepasangannya di ruang makan, ruang duduk dan sebagainya. Paip dan pepasangan yang
terpaksa melalui ruang duduk, kawasan awam, tandas dan sebagainya hendaklah
disembunyikan iaitu concealed di dalam saluran atau kekotak dan sebagainya.
9) Paip uPVC perlulah dielakkan daripada terdedah kepada panas cahaya matahari kerana
ianya boleh menjejaskan kualiti dan mudah rosak. Ini adalah kerana ianya lembut dan
mudah kemek. Kebaikan uPVC ini ialah ianya ringan, tidak berkarat, mudah dipasang
dan disambung. Ianya juga tahan serangan kimia serta geseran dalaman yang rendah.
Harganya juga murah.
23. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
SOALAN 2 (d) : Reka Bentuk dan Panduan Susun Atur
1) Setiap punca bekalan air haruslah ada saliran keluar.
2) Saiz paip tidak boleh mengecil pada arah aliran.
3) Sudut cerun (gradient) aliran minima mestilah satu peratus (1 %).
4) Paip pengudaraan mesti dipasang untuk mengawal tekanan di dalam sistem.
5) Air hujan dari atap tidak boleh disalirkan ke dalam paip sanitari.
6) Sambungan tandas ke paip buangan mestilah menggunakan saiz 100 mm sebagai ukuran
yang paling minima.
7) Saiz paip buangan iaitu stack juga bergantung kepada saiz terbesar perangkap dan 100
mm yang paling minima.
8) Perangkap hendaklah dipasang pada setiap alat sanitari untuk mengelakkan pelepasan
bau ke dalam bangunan.
9) Kedalaman ‘perangkap air’ mestilah tidak kurang daripada 50 mm.
Kedalaman Perangkap air
24. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
10) Kehilangan perangkap air boleh terjadi apabila berlakunya sejatan air. Akibatnya, alat
sanitari tidak dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Ini juga akan
menyebabkan berlakunya ‘self – siphonage’ seperti dalam Gambar 2 dan Gambar 3.
Gambar 2 : Gambar menunjukkan bagaimana ‘self- siphonage’ terjadi.
Gambar 3: ‘Self – siphonage terjadi di bawah sinki
11) ‘Self – siphonage’ terjadi akibat dipengaruhi oleh panjang, saiz dan gradient paip. Ia juga
dipengaruhi oleh bentuk saiz sanitari, susun atur kerja paip terutamanya di bahagian liku
serta juga susun atur pengudaraan.
12) Pencegahan aliran lintang (crossflow) yang bertentangan dalam sambungan ke paip
‘main stack’.
25. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
13) Penyambungan yang dibenarkan.
14) Paip buangan yang disambung ke paip longkang mestilah menggunakan:
26. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
15) Ini adalah merupakan sambungan yang perlu dibuat pada bangunan yang bertingkat.
16) Bahagian atas paip buangan yang terbuka kepada atmosfera hendaklah ditutup dengan
‘vent cowl’ yang tidak menyekat aliran masuk atau keluar udara. ‘Vent cowl’ hendaklah
diperbuat daripada bahan yang mempunyai daya tahan kepada cuaca. Ketinggiannya
hendaklah tidak menyebabkan pelepasan bau yang boleh menjejaskan kesihatan dan
keselesaan pengguna atau penghuni rumah serta persekitarannya.
17) Paip pengudaraan juga boleh disambung semula kepada paip buangan.
27. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
18) Tukang paip perlulah mengambil kira pemanjangan atau pengecutan paip disebabkan
oleh perubahan suhu. Untuk membenarkan pergerakan ini berlaku, ‘expansion coupler’
mestilah dipasang. Sebagai panduan am, ‘expansion coupler’ mestilah dipasang seperti
berikut:
Setiap 4 meter bagi paip panas iaitu yang melebihi 45°C.
Setiap 6 meter bagi paip sejuk iaitu yang mempunyai suhu diantara 20°C hingga
45°C.
Bagi paip dibawah 2 meter panjang bagi air sejuk dan 1 meter bagi air panas,
‘expansion joint’ tidak perlu dipasang.
19) Jika paip dipasang menerusi dinding atau lantai, ‘sleeve’ mestilah dipasang pada kerja
konkrit dan paip mesti melalui ‘sleeve’.
28. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
20) Paip hendaklah disokong untuk mengelakkan daripada melentur. Penyokong paip
mestilah daripada bahan-bahan yang tidak boleh merosakkan paip. Pergerakan paip yang
disebabkan oleh perubahan suhu, sokongannya mertilah tidak menghalang pergelinciran
antara permukaan paip dan penyokong. Paip hendaklah disokong pada setiap sambungan
yang fleksibel.
21) Jarak maksima antara penyokong bagi paip uPVC ialah:
Saiz paip mm garis pusat Tegak (m) Melintang (m)
32 – 40 1.2 0.5
50 1.2 0.6
75 – 100 1.8 0.9
150 1.8 1.2
29. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
22) Akses perlu dipasang untuk memudahkan penyelenggaraan dan pembersihan. Akses
yang mencukupi dan sesuai hendaklah dipasang. Pada bangunan berbilang tingkat, akses
perlu dipasang pada setiap tingkat atau tidak kurang dari satu pada setiap tiga tingkat.
30. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
`SOALAN 3
SOALAN 3 (a) : Fungsi Utama Sistem Bahan Api Kenderaan
A. Tangki bahanapi
B. Injap bahan api
C. Salur bahan api
D. Pembersih udara
E. Kaburetar
F. Salur masuk
31. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Sistem bahan api mempunyai fungsi utama untuk membekalkan campuran udara dan
bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna
serta memperoleh kuasa yang optimum. Ia mempunyai beberapa komponen iaitu tangki
bahan api, pam bahan api, tolok bahan api, penapis udara, penapis bahan api, karburetor,
sistem pancitan bahan api elektronik, kendalian dan pemancit.
Tangki bahan api mempunyai kedudukan yang agak jauh dari enjin untuk mengelakkan
kebakaran terutamanya ketika berlaku kemalangan. Pada kebiasaannya, tangki diperbuat
daripada keluli tertekan. Di dalam tangki, terdapat sesekat untuk mengurangkan bahan api
bergelombang. Unit penghantar isyarat juga terletak di dalam tangki dan fungsinya ialah
untuk menghantar isyarat menunjukkan muatan tangki.
Tangki bahan api
Pam bahan api berfungsi membekalkan bahan api yang secukupnya daripada tangki ke
karburetor dan seterusnya ke enjin mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi
dengan baik dan sempurna.
Terdapat dua jenis pam bahan api pada sistem ini, iaitu pam bahan api jenis elektrik dan
pam bahan api jenis mekanikal.
32. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri dan pam
jenis ini banyak digunakan pada kereta model lama seperti Austin mini dan beberapa lagi
model kereta buatan Eropah.
Pam bahan api jenis mekanikal pula digunakan pada kebanyakan kereta terkini kecuali
enjin pancutan bahan api eletronik. Memandangkan pam mekanikal mempunyai komponen
yang sering berfungsi pada setiap masa enjin beroperasi, maka ia akan mengalami pelbagai
jenis kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan sempurna.
Fungsi tolok bahan api adalah untuk memberitahu takat bahan api di dalam tangki.
Penunjuk pada tolok berubah mengikut kuantiti bahan api yang dimasukkan ke dalam tangki.
Ada dua jenis tolok yang digunakan dalam kenderaan iaitu jenis gelong imbangan dan jenis
thermostatik.
Penapis udara berfungsi membersihkan udara yang masuk ke dalam silinder. ia menapis
udara kotor sebelum dialirkan masuk ke dalam karburetor. Ia juga berfungsi mengurangkan
bunyi bising apabila udara masuk ke dalam karburetor. Ia juga menangkap nyalaan api
sekiranya berlaku enjin tersedak (backfire). Ia terletak di hadapan karburetor. Penapis yang
kotor dan tersumbat akan menyebabkan campuran udara dan bahan api menjadi kaya dan
membazirkan bahan api. Ada dua jenis penapis udara iaitu kering dan basah. Ia dipasang di
atas corong karburetor.
33. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Penapis udara
Penapis bahan api berfungsi menapis segala kekotoran yang terdapat di dalam bahan api.
Bahan api perlulah bersih apabila memasuki karburetor. Penapis hendaklah ditukar pada
setiap 8000 km perjalanan bagi kenderaan baru dan 5000 km bagi kenderaan lama.
Penapis bahan api
34. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Karburetor berfungsi mencampurkan udara dengan bahan api dengan kadar yang tepat
supaya enjin bergerak dengan cekap. Karburetor boleh dikelaskan kepada beberapa kaedah.
Berdasarkan kepada aliran udara, ia dibahagi kepada aliran tepi, bawah dan atas. Karburetor
juga dikelaskan kepada beberapa corong iaitu satu corong atau dua corong.
Objektif bagi sistem suntikan bahan api boleh jadi pelbagai. Kesemuanya berkongsi tujuan
bagi mengangkut bahan api bagi tujuan pembakaran, tetapi ia bergantung kepada keputusan
reka bentuk bagi mengoptimakan sistem tersebut. Terdapat beberapa objektif utama iaitu:
keluaran kuasa
kecekapan bahan api
keluaran asap yang lebih bersih
keupayaan bagi menggunakan bahan api alternatif
kebolehpercayaan
pemanduan dan operasi yang lebih lancar
kos asas
kos penyelenggaraan
keupayaan diagnosis
banjaran operasi terhadap alam sekitar
Beberapa kombinasi bagi matlamat tersebut ada kalanya saling berlawanan, dan adalah
kurang praktikal bagi sesebuah sistem kawalan enjin bagi mengoptimakan kesemua kriteria
tersebut secara serentak. Dalam keadaan sebenar, jurutera automotif berusah untuk memberi
lebih kepuasan kepada pengguna secara kompetitif. Sistem suntikan bahan api elektronik jauh
lebih berupaya untuk mengoptimakan objektif-objektif tersebut daripada karburetor.
35. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Sistem pancitan bahan api elektronik
Kendalian dalam sistem enjin ini adalah melibatkan bahan api dari tangki disalurkan oleh
pam elektrik ke dalam sistem bertekanan. Bahan api yang berlebihan kembali ke tangki.
Sebuah pengatur dalam sistem mempastikan tekanan bahan api dalam sistem adalah malar.
Pemancit adalah sebuah komponen elektromekanikal yang memancit bahan api yang
tersukat ke dalam pancarongga. Pemancit ini sebenarnya adalah sebuah solenoid yang
bergerak apabila arus laluinya.
36. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
SOALAN 3 (b) : Fungsi Utama Karburetor
Keratan Rentas Karburetor
A. Injap cok
B. Venturi
C. Campuran udara bahan api
D. Injap pendikit
E. Skru pepura
F. Mangkuk pelampung
G. Pelampung
H. Injap jarum
I. Muncung utama
37. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol
dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman.
Kadar campuran udara dengan petrol oleh karburetor adalah mengikut keadaan seperti
berikut:
Keadaan Nisbah campuran udara dan petrol
Menghidupkan enjin 9:1
Perjalanan lesu dan perlahan 12:1
Perjalanan laju 15:1
Perjalanan terlalu tinggi 13:1
Karburetor berfungsi untuk membekalkan campuran udara dan bahan api mengikut
keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan. Karburetor boleh dikelaskan mengikut
beberapa kaedah.
Karburetor terdiri daripada beberapa bahagian iaitu takungan bahan api, venturi, jet utama,
jet melahu, injap pendikit dan injap pencekik. Ianya mempunyai fungsi utama yang berbeza.
Takungan bahan api berfungsi untuk menerima bahan api dari tangki minyak.
Venturi pula adalah merupakan bahagian aliran udara yang paling sempit yang bertujuan
untuk meningkatkan kelajuan luruan udara bagi menghasilkan tekanan udara pada bahagian
berkenaan. Ianya adalah bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Pada kebiasaannya,
saiz venturi adalah tetap, tetapi karburetor injap gelungsur pula mempunyai satu injap
gelungsur boleh laras yang mengawal saiz venturi.
38. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Jet utama adalah merupakan laluan keluar utama bahan api ke venturi. Alirannya dikawal
oleh tekanan rendah pada venturi. Bagaimanapun, pada sesetengah karburetor, terutamanya
jenis injap gelungsur, jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama.
Jet melahu merupakan saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa
kelajuan melahu iaitu semasa injap pendikit tertutup.
Injap pendikit terletak dibahagian hujung saluran udara karburetor. Ia mengawal bukaan
saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuran udara dan bahan api ke enjin.
Injap pendikit turut mengawal kelajuan enjin secara langsung. Injap pendikit disambungkan
ke injak pendikit atau genggam pendikit bagi membolehkan pemandu kereta atau
penunggang motosikal mengawal kelajuan enjin. Pada kebiasaannya, injap pendikit terdiri
daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah karburetor injap gelungsur, injap gelungsur itu
sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit.
Injap pencekik terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum venturi.
Injap pencekik berfungsi untuk menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara
dan bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap
pencekik dikawal sama ada dengan menggunakan tombol pencekik secara manual atau
dengan menggunakan mekanisme automatic. Sesetengah karburetor tidak mempunyai
pencekik tetapi menggunakan udara yang dipanaskan oleh saluran ekzos untuk memudahkan
enjin dihidupkan semasa sejuk.
39. 770218-01-5450
[Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
date]
SEMESTER MEI 2010
Sumber Rujukan
S.Kandar,M.D.Asnul.M.D.Amran,K.B.Cho,P.Priasamy & H.S.Siow.(2010). HBLS3103,Asas
Kejuruteraan Awam dan Mekanikal.Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn Bhd.
http://amirul1991.blogspot.com/2009_09_01_archive.html
http://autokkkb.blogspot.com/feeds/posts/default
http://auto.howstuffworks.com/fuel-injection.htm
http://www.anon-qber.com/2009/08/sistem-bahan-api.html
http://www.docstoc.com/docs/8498511/SISTEM-BAHAN-BAKAR-KARBURATOR-
MOBIL
http://www.freewebs.com/kemahiranhidup/enjin.htm
http://www.scribd.com/doc/33434296/Sistem-Kawalan-Bahanapi-Elektronik