SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 1
Cara mendidik anak autisme
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINnorlaila@hmetro.com.myAYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
   Tidak menghiraukan orang lain
   Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
   Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
   Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
   Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
   Lebih suka bermain sendiri
   Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
   Lambat bercakap
   Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
   Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
   Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
   Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
   Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
   Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
   Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
   Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
   Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
   Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
   Tidak boleh duduk diam
   Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
   Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri
   Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan burukMenurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
   Kurang tumpuan kepada persekitaran
   Sering ada dalam dunia sendiri
   Kadangkala pertuturan tidak jelas
   Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
   Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya
   Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)
   Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)
   Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
   Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek
   Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)
   ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lainApa yang boleh dilakukan guru?Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
   Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.
   Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
   Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
   Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
   Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.
   Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
   Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.Ciri-ciri autisme> Tidak menghiraukan orang lain> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran> Lebih suka bermain sendiri> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi> Lambat bercakap> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang> Tidak boleh duduk diam> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak autisma juga suka bermain dan alat permainan seperti patung. Sebelum memulakan aktiviti terapi permainan untuk anak-anak autisma, kita perlu membina hubungan dan kepercayaan serta membangkitkan minat mereka untuk bermain.Ibubapa adalah orang yang paling sesuai memulakannya, bukan sahaja meluangkan masa bersama namun perlu membantu dalam mencapai objektif atau tujuan terapi permainan tersebut. Tambahan pula, dengan meluangkan masa bersama boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisma ini. Ibubapa perlu usaha tambahan dalam merancang aktivti bermain untuk anak mereka ini.
Ibubapa tidaklah perlu  terlalu memberi tekanan terhadap anak autistik mereka dalam quot;
playtimequot;
mereka.  Dalam aktiviti bermain kanak- kanak ini berpeluang mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran koordinasi-motor, meningkatkan kemahiran mengendalikan alat permainan mereka, belajar berinteraksi dengan rakan sepermainan, membina keyakinan diri dan seumpamanya.
Perlu dinyatakan juga, masa bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak autisma dalam pembangunan sosial, emosi dan fizikal. Pemilihan masa bermain yang sesuai juga membantu untuk menstimulasikan kemahiran bahasa mereka disamping menimbulkan rasa seronok dalam diri mereka.
CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN
1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif:
Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain.
2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.:
Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu..
4. Gantikan alat permainan baru.
Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan kognitif mereka.
5. Fleksibel
Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu, membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dll.
6. Lepaskan mereka.
Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahla mereka mahu keterlibatan kita/ibubapa.
Sumber: Pelbagai- ditranslate mengikut kefahaman dan pengalaman ku...
Posted by ari at 9:19:00 PM
Reactions:
0 comments
Labels: AUTISMA, Terapi
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/08/membimbing-anak-autisma.htmlquot;
Autisma; Pengurusan Tingkah Laku
Monday, August 9, 2010
Sepertimana kanak-kanak normal, kanak-kanak Autisma juga boleh dibimbing dalam mengurus emosi mereka dan bagaimana mereka perlu mengekspresikan emosi mereka. Bezanya proses ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak autisma harus dibimbing untuk merasakan bahawa tindakan dan emosi tantrum mereka secara umumnya adalah tidak diterima oleh orang sekitar Itingkah laku yang tidak diingini).
Dalam usaha membimbing yang mengambil masa yang panjang ini, bukan sahaja kanak-kanak autistik ini akan merasa letih dan quot;
fed upquot;
dan seterusnya boleh menyebabkan tantrum/marah, kita sebagai yang membimbing mereka juga adakalanya timbul rasa jenuh dan harus banyak bersabar.
Dalam proses pengurusan tingkah- laku ini, paling sering pun kanak-kanak autisma ini akan merasa letih untuk mempelajari perkara baru. Ini kerana anak-anak autistik tidak dapat memproses data yang diterimanya  sepertimana kebanyakkan kanak-kanak biasa, dan adakalanya faktor luaran seperti kebisingan, cahaya yang terang atau bunyi-bunyian kuat juga boleh menimbulkan kemarahan dan tantrum mereka. Berhadapan dengan pelbagai rupa dan melakukan pelbagai / banyak aktiviti juga boleh mencetuskan tingkah laku  reaktif anak-anak autisma.
Sebuhangan dengan itu, kita tidak harus memberinya tekanan dan juga mengharapkan perubahan yang terlalu cepat dalam tingakah laku mereka keran dengan itu juga boleh mengakibatkan wujudnya tingkah laku tidak diiingini dalam diri mereka. Perkara ini mungkin melelahkan kita, namun apabila kita membimbingnya sedari kecil lagi, mendisiplinkan dan mengurus tingkah lakunya kemungkinan akhirnya mereka akan membiasakan diri dalam lingkungan kehidupan normal.
Ibubapa atau penjaga perlu untuk mempelajari perkara yang menyebabkan tingkah laku tantrum anak-anak autism daripada pemerhatian  mereka sehinggah menenui cara bagaimana yang sesuai untuk membimbing anak mereka. Proses ini juga memerlukan dedikasi dan kesabaran yang ekstrem, namun kosistensi dan ketekunan adalah berbaloi. Kenalpasti bagaimana anak autisma ini berkomunikasi tanpa menggangu mereka. Kanak-kanak autisma akan belajar menjadi yang terbaik sesuai dengan kemampuan mereka, untuk sesuai dengan masyarakat dan menghadapi cabaran dan peluang baru.
Sumber: Pelbagai.... google search...
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/08/membimbing-anak-autisma.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
3:10:00 AM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=6940537807040377719quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA,  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pengurusan%20Tingkah%20Lakuquot;
Pengurusan Tingkah Laku
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/07/ciri-autisma.htmlquot;
Ciri Autisma
Friday, July 30, 2010
quot;
Kanak - Kanak Autisma Tidak boleh memwujudkan arahan dalam hidupnya,
Anda harus menyediakan arahan itu.quot;
- Temple Grandin-
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/07/ciri-autisma.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
5:55:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=1154940640290357804quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/04/cara-mendidik-anak-autisme.htmlquot;
Cara mendidik anak autisme
Monday, April 19, 2010
Cara mendidik anak autisme
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINnorlaila@hmetro.com.myAYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
   Tidak menghiraukan orang lain
   Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
   Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
   Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
   Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
   Lebih suka bermain sendiri
   Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
   Lambat bercakap
   Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
   Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
   Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
   Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
   Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
   Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
   Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
   Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
   Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
   Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
   Tidak boleh duduk diam
   Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
   Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri
   Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan burukMenurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
   Kurang tumpuan kepada persekitaran
   Sering ada dalam dunia sendiri
   Kadangkala pertuturan tidak jelas
   Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
   Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya
   Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)
   Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)
   Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
   Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek
   Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)
   ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lainApa yang boleh dilakukan guru?Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
   Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.
   Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
   Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
   Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
   Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.
   Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
   Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.Ciri-ciri autisme> Tidak menghiraukan orang lain> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran> Lebih suka bermain sendiri> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi> Lambat bercakap> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang> Tidak boleh duduk diam> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Sumber :  HYPERLINK quot;
http://www1.bharian.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Sihat/20090622092302/Article/index_htmlquot;
myMetro
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/04/cara-mendidik-anak-autisme.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
9:53:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=1724915698277078946quot;
3 comments:
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA,  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Bahan%20Rujukanquot;
Bahan Rujukan
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/02/autism-treatment-evaluation-checklist.htmlquot;
Autism Treatment Evaluation Checklist (ATEC)
Monday, February 8, 2010
Sources:  HYPERLINK quot;
http://www.autism.com/ari/atec/atec-online.htmquot;
http://www.autism.com/ari/atec/atec-online.htm
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/02/autism-treatment-evaluation-checklist.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
9:57:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=7767216177509222872quot;
4 comments:
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/11/kenali-dan-kita-pasti-cintai.htmlquot;
Kenali dan kita pasti cintai..
Monday, November 23, 2009
Pernah tak anda berbual dengan ibubapa murid anda? Dan cuba untuk memahami mengapa sukar baginya untuk menerima bahawa anaknya adalah anak istimewa. Dan begitu mudah bagi kita memberi kesimpulan bahawa si ibubapa ini tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya bermasalah.
Kesukaran ibubapa tidak mahu menerima anak mereka adalah istimewa terutamanya bagi kanak-kanak Autisma, ADHD atau lembam yang secara fizikalnya kelihatan normal bukan kerana mereka TIDAK MAHU MENERIMA sebaliknya MEREKA TIDAK TAHU dan MUNGKIN TIDAK MAHU AMBIL TAHU.
Peranan di pihak kita bukan untuk memberi ajar..namun kita berperanan untuk memberi panduan dan dorongan untuk si ibubapa ini mengenali dan mengendalikan anak mereka.
Berdasarkan pengalaman, sukarnya mereka menerima bahawa anak mereka adalah istimewa memandangkan mereka merujuk kepada pengalaman sendiri dan juga orang terdekat mereka. Contohnya, anak yang pertama katanya juga nakal, hyper dan lambat bertutur. Namun selang beberapa tahun semuanya normal sepertimana kanak-kanak yang lain yang seusianya. Dan dengan itu...si ibubapa ini mempercayai bahawa anak juga pasti begitu akan normal juga.
HAKIKATNYA anak si ibubapa ini adalah istimewa. Bagaimana untuk kita membantunya untuk menerima hakikat ini? Bukan dengan kesimpulan awal. Panduan dan dorongan. Panduan dan dorongan dengan komunikasi yang baik. Dengar apa yang si ibubapa ini luahkan, beri dia semangat bukan janji2 komporfasi, perlihatkan kegembiraan kita apabila ibubapa menyatakan bahawa anaknya sudah ada perubahan, beri pujian dan motivasi kepadanya dan bagitahu dia itu adalah usaha kerasnya dan perlu ada usaha dua pihak-guru dan juga ibubapa. Berikan contoh2 perkembangan murid yang lalu, berikan maklumat tambahan, berikan beberapa cadangan. Biasanya ibubapa yg agak 'degil' ini akan mula percaya kpd guru apabila saranan guru/maklumat guru itu selari dgn apa yg dikatakan oleh doktor anaknya. Dengan itu, guru perlu berpengetahuan dan yakin untuk berkomunikasi dengan ibubapa bukan duduk di meja guru dan malambai dari jauh aja.. he he he...Peace! Bina kedekatan antara kita dan ibubapa agar mesej 'lebih lembut' untuk diterima oleh ibubapa jenis ini.
Kanak-Kanak Istimewa.
Kenapa ada dikalangan kanak-kanak yang perlu lebih usaha untuk mempelajari sesuatu?. Bagaimana pula dengan kanak-kanak boleh belajar namun sukar untuk belajar dan lebih berminat kepada aktiviti diluar kelas? Kanak - kanak ini perlukan pendekatan lain yang lebih kreatif, individual, praktikal dan lebih khusus dengan itu, perkara ini menjelaskan bahawa mereka adalah kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak ini oleh jadi mengalami ketidakupayaan fizikal, mengalami masalah kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah - laku atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun kanak-kanak ini memiliki potensinya sendiri. Kategori kanak-kanak ini terdiri daripada:-
1. Terencat akal (mental retardation)
2. Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities)
3. Kecelaruan Komunikasi ( Communication Disorders)
4. Ketidak upayaan Fizikal (Physcal Disabilities)
5. Bermasalah Tingkah-Laku ( Behavior Disorders - emotional disturbance)
6. Ketidakupayaan Penglihatan (Visual Impairment)
7. Ketidakupayaan Pendengaran (Hearing Impairement)
8. Kepandaian luar biasa (Exceptional Gift)
Apakah punca semua ini?
Terdapat dua faktor high-risk yang dikategorikan sebagai :-
1. Risiko Biologikal
- Risiko Bilogikal merujuk kepada kondisi yang diagnosiskan sebagai gangguan perubatan (medical disorders) seperti Down's Syndrome.
i. Prenatal Period
- Penyakit yang memberi kesan negetif kepada kesihatan si ibu semasa mengandung seperti Rubella, CMV virus (Cytomegalic Inclusion Disease), Herpes Simples, AIDS, Diabetes dan Toxemia.
- Penggunaan ubat kimikal tertentu, penggunaan alkohol, penggunaan dadah dan juga kekurangan zat makanan.
ii. Chromosomal Disordersiii. Metabolic Disordersiv. Birth ComplicationREFERENCES: Mohd Sharani Ahmad, UPM Serdang; Special Children******To be cont...
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/11/kenali-dan-kita-pasti-cintai.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
5:39:00 AM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=3303310423135418777quot;
7 comments:
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/ADHD%2FADDquot;
ADHD/ADD,  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA,  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pendidikan%20Khas%20%28%20Learning%20Disability%29quot;
Pendidikan Khas ( Learning Disability)
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/09/membantu-anak-autisma-1.htmlquot;
Membantu Anak Autisma #1
Monday, September 7, 2009
Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi orang – orang yang sangat membantu saya untuk berjaya dan seterusnya mengatasi masalah Autisma. Ketika berumur 2 1/2 tahun, ibubapa saya telah menghantar saya ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak autisma yang berstruktur dan memiliki guru-guru yang berkomitmen serta berpengalaman. Bermula dari usia kanak-kanak jugalah saya sudah dilatih melakukan perilaku baik dan sopan ketika berada di meja makan. Kanak-kanak Autisma seperti saya sangat memerlukan hari-hari yang lebih berstruktur dan juga guru yang tahu bertegas dalam kelembutan dalam mendidik.
Ketika berumur diantara 1 ¼ hinggah 5 tahun, kehidupan seharian saya telah distrukturkan dan saya tidak dibenarkan hilang fokus tentang apa yang sedang dilakukan. Saya menjalani terapi pertuturan secara individual selama 45 minit setiapa lima hari dalam seminggu, dan ibu juga telah mengupah seorang pengasuh yang mengahabiskan masa selama empat jam untuk bermain dengan saya dan kakak saya. Saya diajarkan ”mengikut giliran” semasa aktiviti bermain.Sebagai contoh, semasa membina patung mainan, pengasuh meminta saya memasang bahagian tangan dan kemudiannya meminta kakak saya memasang bahagian lain. Dengan ini saya belajar untuk menunggu giliran. Kombinasi antara taman asuhan, terapi pertuturan, aktiviti bermain dan penyeliaan tingkah – laku saya semasa di rumah secara beterusan, otak saya semakin berada di dunia nyata.
Gambar adalah bahasa saya.Seperti kebanyakkan pengidap autisma, saya adalah “visual thinkers”. Saya berfikir dengan gambaran bukan dengan bahasa. Pemikiran saya umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi saya. Dimana, gambar – gambar adalah bahasa utama saya dan perkataan adalah bahasa kedua mereka. Denga itu, kalau mengajar saya ajarlah saya menggunakan gambar dan biar gambar itu gambar sebenar satu -satu objek sebenar bukan gambar lukisan yang adakalaya lebih mengelirukan saya.
Manakala kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk saya pelajari kerana dengan kata nama saya boleh menggambarkan perkataan tersebut. Contohnya, bila mengajar saya saya perkataan “atas” dan “bawa”, guru seharusnya mendemonstrasikannya. Contohnya guru menggambil dan mengangkat ketas kapal terbang mainan dari meja sambil menyebut perkataan quot;
atasquot;
dan sebaliknya utk perkataan quot;
turunquot;
. Dengan itu mudah untuk saya membayangkan dan mengingat perkataan quot;
atas' dan quot;
bawaquot;

SENYUM
Pendekkan arahan.Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma seperti saya memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan apa lagi yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.Bakat melukis.Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam kemahiran melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka.
KeasyikanKebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.
Pendekatan Visual yang KonkritGunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.
Masalah Motor Tangan.Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer.
FonikSesetengah kanak – kanak autisma lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak – kanak yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar dengan itu, perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar.
Apabila mengajar kata nama, kanak – kanak tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’.
Takut bunyi kuatSewaktu kecil, bunyi kuat seperti bunyi lonceng sekolah amat menyakitkan telinga saya umpama doktor gigi manmpal gigi saya. Kanak-kanak autisma sebenarnya perlu dicegah daripada sebarang bunyian kuat yang menyakitkan telinganya. Bunyia seperti bunyi lonceng, PA sistem, bunyi kerusi yang diheret dan sama denganya boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak autisma. Dalam kebanyakkan keadaan, kanak-kanak ini boleh bertoleransi dengan bunyi lonceng sekiranya bunyi yang dihasilkan dikurangkan. Begitu juga dengan bunyi yang dihasilkan oleh kaki kerusi sekiranya ditarik dan bergeser dengan lain boleh dikurangkan dengan menggunakan karpet.Pernahkah anda mengalami di mana anak anda/ murid anda takut untuk masuk ke dalam satu – satu bilik? Mereka sebenarnya takut untuk masuk dalam sesetengah bilik kerana mereka takut sekiranya secara tiba-tiba ada bunyi dengungan mikrofon yang datang dari PA sistem. Bunyi yang menakutkan ini boleh menyebabkan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Sekiranya kanak – kanak itu menutup telinganya, ini menunjukkan sesetengah bunyi menyakitkan telingannya. Kita boleh membantu menukarkan satu-satu bunyi itu daripada bunyi yang sensitif kepada bunyi yang biasa didengarnya. Contohnya bunyi siren alat pengesan kebakaran, kita rakamkan bunyi tersebut pada pita rakaman dan berikan kepada anak-anak autisma ini. Biarkan dia sendiri mengawal bunyi pita tersebut. Mereka boleh mengawal kekuatan bunyi pita dan secara beransur-ansur dia akan kuatkan bunyinya. Dengan itu bunyi tersebut menjadi biasa didengar dan tidak menyakitkan dan menakutkannya lagi.
Bersambung................
SUMBER: PELBAGAI
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/09/membantu-anak-autisma-1.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
10:50:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=6007643686073186343quot;
5 comments:
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/08/ciri-ciri-autisma-kelainan-dalam.htmlquot;
Ciri - ciri Autisma : Kelainan dalam tingkah laku
Monday, August 10, 2009
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anak / murid Autisma anda mengamuk tanpa terkawal yang adakalanya boleh mencederakan dirinya atau orang lain terutama apabila kemahuannya tidak dipenuhi?.
Menghempas badannya/kepalanya ke lantai atau dinding, menggigit dirinya/orang lain, memukul kepalanya, mencederakan tangannya, menarik rambutnya, menghempas bangku kelas, mengoyakkan bajunya dan menggigit butang bajunya merupakan antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh kanak2 Autisma apabila kemahuannya tidak dipenuhi atau menunjukkan kemarahannya.
Hari ini saya menghadapi situasi di mana Es mengamuk dan menghempaskan kepalanya ke lantai simen dan juga badannya ke pintu. Es marah ekoran saya tidak membenarkan dia mengurung diri di dalam stor setelah saya membuka stor untuk mengambil kad manila. Dan tingkah laku ini sering dilakukannya samada di sekolah mahupun di rumah. Saya memerhati tingkah laku Es (dengan kawalan) itu memandangkan saya baru sahaja menjadi guru mereka (saya kini guru pra sekolah pend. khas...baru 2 minggu) untuk melihat tindakan ES seterusnya. Es menghempaskan kepalanya di lantai, badannya di pintu dan menterbalikkan 3 buah kerusi dan kemudiannya Es kembali dengan dunianya. Maknanya amukkannya sudah habis dan Es tidak merasakan sebarang kesakitan (antara lain ciri Autisma ialah tidak memperdulikan bahaya/tidak tahu bahaya).
Mendidik anak Autisma menuntut kesabaran ku apatah lagi 99% murid jagaan ku adalah autisma yang juga memiliki ciri2 Autisma yang berbeza.
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/08/ciri-ciri-autisma-kelainan-dalam.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
8:30:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=651666783296880146quot;
9 comments:
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA,  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Diary%20Esquot;
Diary Es
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/06/my-autism-resource.htmlquot;
My Autism Resource
Tuesday, June 9, 2009
Sambil melayari internet menambah ilmu.. saya menemukan ini,  HYPERLINK quot;
http://www.mmail.com.my/content/love-child-drives-mission-save-autism-centrequot;
Love for a child drives mission to save autism centre dalam Malay Mail Online. Tertarik dengan apa yang sedang diusahakan oleh seorang ayah penyanyang ini... Seterusnya saya menemui ini,  HYPERLINK quot;
http://myautismresource.blogspot.com/search/label/Frontpagequot;
My Autisma Resource . Mungkin dengan apa yang kita baca dan sedari ini menjadi sumber inspirasi serta kefahaman kepada kita bahawa anak Autisma juga punya potensi untuk hidup lebih berdikari dan lebih baik. Semuanya berttitik tolak daripada usaha kita yang lebih dahulu tahu dan punya kemahuan serta usaha untuk mengetahui semuanya tentang Autisma (PKBP).
Sumber Gambar :  HYPERLINK quot;
http://picasaweb.google.com/Shiokx/NewLookStudioquot;
PicasaWeb
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/06/my-autism-resource.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
8:02:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=795752496523252935quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/see-what-differents.htmlquot;
See what the differents
Sunday, April 5, 2009
Gambar 1 dan 2
Jom tengok apa perbezaan dua pasang gambar ini
(gambar di atas dan di bawah)
Gambar 3 dan 4
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/see-what-differents.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
10:50:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=7978329536120173363quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA,  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pendidikan%20Khas%20SKBPquot;
Pendidikan Khas SKBP
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/terapi-kanak-kanak-autisme.htmlquot;
Terapi kanak-kanak autisme
Thursday, April 2, 2009
2 April ;
Autism World Awareness Day..
Robot brings hope to kids with learning difficultiesCosmo yang diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh dan pengaktifan suara memberi harapan baru kepada kanak-kanak autisme
A robot named Cosmo has become six-year-old Kevin Fitzgerald's unlikely ally in his uphill everyday battle with developmental difficulties.
Please click  HYPERLINK quot;
http://health.yahoo.com/news/afp/sciencemedicinehealthautismrobot_20090320200912.html;_ylt=ApdB9VRBB7vCY7uGG6hO8eAeZ4t4quot;
here dan  HYPERLINK quot;
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htmquot;
di sini for more information.
quot;
Kami menjangkakan peningkatan dalam tingkah laku, mampu mengikut peraturan, berkongsi dan menunggu giliran. Malah, dia juga dapat menguasai sedikit kemahiran membaca, mengira dan boleh menulis namanya.quot;

quot;
Kami ingin melihatnya sebagai seorang lelaki dewasa, mempunyai kerja, keluarga dan sebagainya. Sebanyak mungkin yang dia boleh pelajari, itulah matlamat kami.quot;

***** Happy Autism World Awareness Day!
Selamat menyambut Hari Kesedaran Autisma Sedunia kepada
anak - anak autisme di Malaysia mahupun di luar Malaysia.....
Teristimewa buat anak - anak murid Autisma di SKBP.****
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/terapi-kanak-kanak-autisme.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
8:38:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=8907579006871113670quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/03/tips-mendidik-anak-autisma-1.htmlquot;
Tips mendidik anak autisma #1
Monday, March 30, 2009
Kehadiran ku amat dinantikan oleh ibu, ayah, abang dan kakak serta keluarga ku yang lain. Mereka menantikan aku bersama seribu harapan. Pelbagai persiapan yang telah ibu sediakan. Pelbagai perancangam yang ayah telah susunkan. Pelbagai nama sudah kakak senaraikan untuk ku. Pelbagai koleksi milik abang yang abang janjikan untuk diberikan kepada ku. Pelbagai hadiah yang keluarga ku fikirkan untuk aku.
Kehadiran ku sangat dinantikan.
Ibu ayah kakak abang dan keluarga sangat sayang aku. Akulah permata hati mereka. Akulah penambah seri rumah ayah ibu. Mereka sangat menyintai aku.
Hari - hari terasa begitu pantas. Aku bertukar dari comelnya seorang bayi kepada comelnya kanak - kanak yang sihat membesar. Kakak sangat teruja untuk berbicara dengan ku. Abang begitu teruja bermain dengan ku.
Masa terus mengijak tempoh panjangnya. Ibu ayah seakan merasakan sesuatu yang berbeza antara aku dengan kakak dan abang. Kakak dan abang seolah bertanyakan kenapa aku masih seperti yang dulu juga walau sepatutnya tidak.
Garis - garis risau ibu sudah mula terukir di dahi ibu.
Debaran dalam tenang ayah sudah menampakkan degupnya.
Kakak menanyakan kepada ibu mengapa aku tidak mempedulikan panggilanya.
Abang merasakan aku tidak berminat terhadap mainan pemberiaannya.
Seribu satu persoalan ayah ibu.
Seribu satu pertanyaan kakak abang.
Ayah Ibu semakin bimbang.
Apakah mereka akan memilki insan yang luar biasa dalam hidup mereka.Aku dikatakan luar biasa... Luar biasa atas dasar apa? Mungkin kerana aku berbeza dengan anak - anak ibu ayah yang biasa2 itu.
Benak Ibu ayah menjadi buntu.
Fikiran Kakak abang menjadi bingung.
Sehinggahlah persoalan mereka terjawab dengan masa dan ilmu serta pengalaman.
Akulah anak istimewa. Autisma.****************************************** HYPERLINK quot;
http://www.autism.com/families/therapy/teaching_tips.htmquot;
Tips mendidik anak autisma
Gambar adalah bahasa saya.Kebanyakkan pengidap autisma adalah “visual thinkers”. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka. Gambar – gambar adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut. Untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru seharusnya mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri. Adalah lebih baik juga sekiranya guru menunjukkan perkataan kad imbas “duduk” semasa duduk dan “berdiri” semasa berdiri.
Pendekkan arahan.Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.Bakat melukis.Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar.
Keasyikan / ObsesKebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.
Pendekatan Visual yang KonkritGunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.
Masalah Motor Tangan.Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer. Itukan lebih muda...lagi pula zaman dah berubah.Fonik dan Ingatan
Sesetengah kanak – kanak autisma lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak – kanak yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar dengan itu, perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar. Apabila mengajar kata nama, kanak – kanak tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’.
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/03/tips-mendidik-anak-autisma-1.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
9:49:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=843170831436040297quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/03/autism-awareness-day-2009.htmlquot;
Autism Awareness Day 2009
Thursday, March 26, 2009
April has come. New day has come... Day for autisme...The United Nations General Assembly has designated April 2 as World Autism Awareness Day.. and this year is the second World Autism Awareness Day.
On December 18, 2007, the United Nations General Assembly adopted resolution 62/139, tabled by the State of Qatar, which declares April 2 as World Autism Awareness Day (WAAD) in perpetuity. Her Highness Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned, Consort of His Highness Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani, the Emir of the State of Qatar, supported the campaign for a World Autism Awareness Day through the current 62nd UN General Assembly Session, garnering consensus support from all United Nations Member States.
This UN resolution is one of only three official disease-specific United Nations Days and will bring the world's attention to autism, a pervasive disorder that affects tens of millions. The World Autism Awareness Day resolution encourages all Member States to take measures to raise awareness about autism throughout society and to encourage early diagnosis and early intervention. It further expresses deep concern at the prevalence and high rate of autism in children in all regions of the world and the consequent developmental challenges.
World Autism Awareness Day shines a bright light on autism as a growing global health crisis. WAAD activities help to increase and develop world knowledge of the autism epidemic and impart information regarding the importance of early diagnosis and early intervention. Additionally, WAAD celebrates the unique talents and skills of persons with autism and is a day when individuals with autism are warmly welcomed and embraced in community events around the globe.
By bringing together autism organizations all around the world, we will give a voice to the millions of individuals worldwide who are undiagnosed, misunderstood and looking for help. Please join us in our effort to inspire compassion, inclusion and hope.
Pls click  HYPERLINK quot;
http://www.worldautismawarenessday.org/quot;
HERE for more information
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/03/autism-awareness-day-2009.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
9:18:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=8163481502173937021quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/02/keistimewaan-golongan-penghidap-autisma.htmlquot;
Keistimewaan Golongan Penghidap Autisma
Thursday, February 19, 2009
Kemahiran anak istimewaOleh SUBASHINI RAJANDRAsubashini.rajandra@kosmo.com.myMereka dilahirkan serba kekurangan, tetapi bakat yang dianugerahkan Tuhan kepada insan-insan tersebut sangat luar biasa.ANGKAAN saya tepat. Jejaka muda berbaju merah yang menyambut saya di depan pintu pagar rumah adalah Angus Jude. Sebelum menekan bunyi loceng, dari bahu jalan raya lagi, saya dapat mendengar irama merdu dari sebuah piano yang berkumandang di udara.Sebaik berkenalan dan dijemput masuk, Angus terus menggunakan jari-jemarinya untuk memetik setiap not piano yang berbaris di hadapannya. Dia memainkan sebuah lagu yang agak biasa dengan diri saya iaitu Only You daripada The Platters.quot;
Angus sememangnya seorang anak yang unik. Dia mampu bermain not piano hanya dengan mendengar lagu tersebut tanpa perlu menggunakan nota muzik,quot;
jelas ibunya, Nicolene Jude.Sejak usia 16 tahun lagi, Angus berjaya menggamit perhatian keluarga menerusi kebolehannya bermain piano dengan sempurna. Sekali dengar, dia akan bermain setakat yang termampu. Apabila dia mendengar sebuah lagu kegemarannya berulang kali, Angus boleh memainkan lagu itu dalam versi penuh.Berapa ramai daripada kita mempunyai bakat sebegitu? Jika dikira pemain piano yang pernah menghadiri kelas latihan muzik pun, belum tentu dapat bersaing dengan kemahirannya yang sungguh istimewa. Angus, 33, merupakan seorang insan istimewa. Sekali imbas, anda tidak mungkin dapat mengagak masalah kesihatan yang dihadapinya. Hanya setelah berkongsi perbualan, barulah saya sedar bahawa dia mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan lancar.quot;
Dahulu, keadaannya lagi teruk di mana anda sukar memahami apa yang disebutnya. Lagipun, dia seorang hiperaktif dan sukar dikawal,quot;
cerita ibunya sambil memberitahu Angus juga mempunyai masalah ketidakupayaan belajar.Kesulitan itu mungkin berkait-rapat dengan penyakit autism yang dihidapinya. Biasanya, kanak-kanak atau orang dewasa akan menghadapi kepayahan berkomunikasi secara sosial dan diselubungi dengan tabiat melakukan sesuatu berulang kali. Umpamanya bercakap sendiri.Cuma sekarang, Angus tidak kerap berbuat demikian setelah berjaya mengenal pasti bakat yang ada di dalam dirinya. Bakatnya mula dikesan pada satu hari apabila dia terdengar abangnya, Darren bermain elektone (sejenis organ elektrik). Terbuai dengan keenakan muzik yang menusuk telinga, Angus memainkan lagu yang sama, Love Story daripada Andy Williams menggunakan papan nada mainan (toy keyboard) keesokan hari. Sejak itu dan sehinggalah hari ini, anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu telah menguasai lebih 100 buah lagu tempatan dan antarabangsa, hanya dengan mendengar radio, menonton televisyen dan cakera padat (CD).Angus yang mengasah bakatnya di bawah tunjuk ajar seorang guru muzik, membuat persembahan pertama pada tahun 1997 di Hyatt Saujana, Subang Jaya. Dia kemudian mendapat jemputan di Hotel Corus, Sunway Lagoon Resort, Hotel Armada, Palace of the Golden Horses, PWTC, Hotel The Legend, Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan sebagainya.Bapanya, Jude Lee memberitahu, Angus pernah ditawarkan bekerja sebagai pemain piano di Hotel Istana, Kuala Lumpur. quot;
Kemahiran Angus bermain piano jauh lebih maju dan mantap daripada kami semua (sekeluarga). Dia tidak segan beraksi di hadapan ratusan orang penonton,quot;
katanya.Angus pula memberitahu: quot;
Saya suka bermain piano, di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Saya suka lagu Getaran Jiwa (P. Ramlee), My Love Will Go On (Celine Dion), Loius Armstrong, Elvis Presley dan lain-lain.quot;
Walaupun 'dicipta' dengan kekurangan, Wong Kar Lun, 27, juga memiliki bakat tersendiri. Bakatnya disedari secara tidak sengaja oleh ibunya ketika melihat lukisan Kar Lun.Semasa melawat Kar Lun di Pertubuhan Keluarga Orang-orang Bermasalah Pembelajaran (Perkobp) di Puchong, Selangor, dia menunjukkan beberapa lukisan yang diilhamkan dengan hanya menggunakan cat air. Salah satu lukisan tersebut menggambarkan kesibukan di pasar basah dengan papan tanda Dilarang Merokok dan Exit. Dengan papan tanda yang tertulis Kedai Meng Kee, pembeli berbangsa Cina dan India dilihat tawar-menawar harga ikan.Satu lagi lukisannya memaparkan gambar sebuah perahu yang berlabuh di sebuah perkampungan nelayan. Lukisan ketiga juga berlainan yang mana ia menampilkan suasana kampung yang damai.Dengan pemilihan warna-warna yang terang dan segar, Kar Lun juga bijak memberi efek bayangan gelap bagi menghidupkan lagi lukisan sebesar kertas A4.Enggan diambil gambar atau menyentuh latar belakang keluarga, ibu Kar Lun, Wong hanya berkata, anaknya juga suka menyanyi lagu bahasa Cina dan Inggeris. Meskipun Kar Lun tidak bersuara, penulis dapat menyedari bahawa anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik ini tidak susah untuk dijaga.quot;
Daripada mencuci pakaian, menjemur kain, menggosok pakaian, menyapu rumah hinggalah memotong sayur, Kar Lun dapat melakukannya dengan baik. Dia juga sesekali memanggil atau memberitahu sesuatu,quot;
ujar Wong yang menjelaskan biarpun Kar Lun tidak bersuara, dia faham apa yang kami bincangkan.Eksekutif Akaun selaku guru bahasa Inggeris di Perkobp, Mei Ling berkata, ramai daripada penghuni di pusat latihan itu mempunyai kebolehan masing-masing. Adiknya, Mei Yen pandai menyusun teka-teki silang daripada 500 keping kepada 700 keping dalam masa yang singkat.Sementara itu, Pengurus Projek, Chng Cheng Hui yang bekerja di pusat itu sejak tahun 2002 membawa saya melawat pusat tersebut yang beroperasi di sebuah dewan MCA.Anaknya, Chng Kuan Hua, 22, juga didaftarkan di pusat tersebut.Dengan 46 tenaga pekerja, mereka yang berusia 16 hingga 54 tahun ditugaskan di beberapa seksyen yang berlainan. Seksyen pertama menghimpunkan jumlah pelatih yang ramai. Tugas mereka ialah membungkus pek sos cili dan tomato dengan plastik.Seksyen kedua ialah dobi. Terdapat tiga buah mesin basuh dan tiga lagi mesin pengering. quot;
Pada masa kini, kami menerima kontrak membasuh tuala dari sebuah hotel. Selain menggosok, tiga orang pelatih dipertanggungjawabkan untuk membasuh, mengering, melipat tuala bersih dan dimasukkan ke dalam kotak,quot;
jelas Chng.Seksyen ketiga ialah bakeri. Dapur itu hanya berasap pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Pada hari-hari tersebut, seorang chef Jepun singgah untuk mengajar dan memantau keadaan. quot;
Seksyen terakhir terpaksa dibekukan sementara waktu iaitu berkebun atas sebab ketidaksesuaian tempat,quot;
tambahnya.Menurutnya, setiap pelatih menerima sedikit upah mengikut tahap kerja. Tepat pukul 12 tengah hari, mereka beratur untuk merekodkan masa rehat dan membayar sebanyak RM3 untuk makanan yang dihidangkan.Kenapa perlu bayar? quot;
Sebab kami ingin melatih mereka untuk menikmati kehidupan sebenar seperti di luar. Ramai yang tidak tahu mengira atau berkomunikasi sesama sendiri. Di Perkobp, kami memupuk kemahiran hidup secara perlahan-lahan,quot;
jelas Chng yang menambah tujuh daripada pelatih itu tinggal di sebuah pangsapuri. Yang lain tinggal bersama keluarga.Dengan bantuan seorang penjaga, penghuni-penghuni itu diajar berdikari seperti memasak, mencuci pakaian dan membasuh tandas.quot;
Saya tidak mahu ada individu mengambil kesempatan terhadap mereka pada masa akan datang,quot;
ujar Mei Ling merujuk selepas dirinya dan ibu bapa meninggal dunia.Sungguhpun kekurangan dana bagi membina sebuah pusat latihan baru di Kampung Tengah, Puchong, Chng dan kakitangannya tetap akan meneruskan perjuangan bagi kebaikan anak-anak istimewa ini untuk bersosial dan menjalani kehidupan normal.quot;
Perkopb beroperasi atas sumbangan ibu bapa anak-anak ini serta dermawan. Tanpa platform ini, ke manakah hala tuju hidup mereka,quot;
soalnya.Angus cukup bertuah kerana dengan kemahiran muzik yang dikecapi, dia menerima banyak jemputan. Dia juga gemar keluar membeli-belah bersama keluarga. Katanya: quot;
Angus like to go to The Curve, Ikea, Tesco. Angus like to go to restaurant. Angus sayang my mum and dad (Angus suka pergi ke The Curve, Ikea, Tesco. Angus suka pergi ke restoran. Angus sayang ibu dan ayah).quot;
Sebelum pulang, penulis dan jurugambar, Aby Baizura dihidangkan dengan lagu Getaran Jiwa oleh Angus.ika anda ingin menderma kepada Perkobp, hubungi Chng Cheng Hui di talian 603-7781 6467 atau 016-292 8438 atau hantarkan e-mel kepada admin@perkobp.org.Anda juga boleh menghubungi atau menjemput Angus membuat persembahan di talian 012-315 2557.Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.html
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/02/keistimewaan-golongan-penghidap-autisma.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
5:02:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=8331370941968331535quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA,  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pendidikan%20Khas%20Dalam%20Mediaquot;
Pendidikan Khas Dalam Media
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/minda-kanak-kanak-autisme-lebih-tajam.htmlquot;
Minda Kanak-kanak Autisme lebih Tajam (Utusan)
Sunday, January 25, 2009
Abel...Seorang kanak - kanak Hyper + Autisma yang berupaya mengigat dan melukis logo2 yang dilihatnya seperti logo NT7, TV3 dan beberapa logo yang pernah dilihatnya. Apa yang pasti buku latihan Abel adalah buku latihan yang paling berat diantara buku latihan murid yang lain...Kenapa? Kerana buku Abel penuh dengan gambar jentera berat/jentolak atau yang sering Abel sebut quot;
Hitachi!!quot;
..Mungkin ini difaktorkan memandangkan bapanya seorang pemandu Hitachi jadi itulah yang menjadi sumber inspirasi Abel.. Ketajaman minda Abel boleh dilihat melalui lukisannya yang terperinci (bagi kanak2). Ketajaman minda kanak-kanak seperti ini boleh diasah.KUALA LUMPUR 14 Julai - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran mendapati kanak-kanak autistik (menderitai autisme) mempunyai ketajaman minda yang lebih hebat berbanding kanak-kanak normal.Penolong Pengarahnya, Abdul Rahaman Mohd. Darus berkata, berdasarkan pengalaman beliau menguruskan golongan terbabit, mereka didapati mampu mempelajari dan mengingati perkara yang mereka minati dengan cekap dan cepat tanpa sebarang bantuan daripada tenaga pengajar.quot;
Saya pernah menemui seorang kanak-kanak autistik berbangsa Cina yang berumur 12 tahun, mampu menulis lima baris doa harian yang tertulis pada dinding sebuah kelas Pendidikan Islam dengan lengkap baris tajwidnya tanpa diberi latihan khusus.quot;
Kami hanya menyedari kelebihan kanak-kanak itu selepas tiga tahun beliau secara rutin melintasi kelas Pendidikan Islam tersebut untuk menghadiri kelas pendidikan moral yang bersebelahan dengannya,quot;
katanya selepas majlis perasmian Seminar Mempertingkatkan Kesedaran bagi Kanak-kanak Autisme di sini semalam.Namun begitu, beliau berkata, kelemahan komunikasi golongan autistik adalah punca ibu bapa mereka gagal mencungkil kebolehan yang tersembunyi itu.Katanya, minda golongan autistik boleh menyerap perkara tertentu yang berlaku di sekeliling mereka dengan cepat walaupun secara zahirnya mereka kelihatan seolah-olah dalam kebingungan.Bagaimanapun, Abdul Rahaman berkata, golongan itu lebih suka berada dalam dunianya sendiri dan degil untuk berkomunikasi dengan masyarakat menyebabkan mereka dianggap membebankan dan berpenyakit bagi sesetengah pihak.quot;
Apa yang lebih merisaukan ialah jika golongan autistik ini tidak dilatih dengan betul, mereka berkemungkinan akan hilang tumpuan kepada semua perkara yang ada di keliling mereka,quot;
katanya.Oleh itu, katanya, ibu bapa diharap dapat mendaftarkan anak-anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran agar mereka dapat dilatih untuk berkomunikasi secara normal.Sementara itu, Pengerusi Yayasan Amal Wangsa, Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak berkata, kehadiran pakar-pakar dari Kementerian Pelajaran diharapkan berupaya membantu golongan terbabit.Beliau berkata, seminar seperti itu membolehkan ibu bapa mengetahui cara yang lebih efektif untuk membimbing anak-anak autistik.Golongan autistik mula dikesan sejak tahun 1960-an dan didapati kanak-kanak golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih tajam berbanding kanak-kanak biasa serta mempunyai bakat yang tersendiri seperti melukis, fotografi serta menyanyi.- Bernamahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/minda-kanak-kanak-autisme-lebih-tajam.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
3:46:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=3805703948711063307quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-komunikasi-dengan-kanak_21.htmlquot;
Meningkatkan Komunikasi dengan Kanak - kanak Autisma. How to Improve Communication with Autisme Childrens. #2
Wednesday, January 21, 2009
4. Abaikan Pertuturan, vokalisasi, ketwa dan perbuatan yang tidak sepatutunya.
Hanya beri perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Ulangi perbuatan diingin dan abaikan perbuatan - perbuatan yang tidak sepatutnya.
5. Bertutur dengan perlahan, jelas dan tepat.
Individu Autisma mungkin mengalami masalah untuk memproses setiap percakapan yang didengarnya. Oleh itu anda perlu bertutur dengan perlahan dan jelas bagi membolehkan mereka mendapatkan kebanyakkan kiu verbal anda. Pastikan kanak - kanak itu melihat muka anda bagi memudahkan mereka mempelajari mimik muka. Jangan menggunakan bahasa abstrak sehinggah anda pasti mereka memahaminya. Contonhya jangan menggunakan quot;
Aidil pergi duduk.quot;
Sebaiknya anda menggunakan perkataan quot;
Aidil duduk atas kerusiquot;

Kebanyakkan kanak - kanak Autisme juga tidak memahami perkataan kiasan, sindiran atau peribahasa. Sebalinya mereka memahami makna yang terdapat dalam satu satu ujaran percakapan sahaja (terlalu lurus/konkrit). Sebagai contoh, sekiranya anda mengajar konse warna dengan menunjukkan warna2 pen berbeza, jangan mengatakan quot;
Ini biruquot;
malah lebih baik menggunakan quot;
Ini pen biruquot;
. Elakkan juga daripada menanyakan soalan semasa ingin memberikan arahan. Seperti quot;
Ok, kita boleh mula sekarang?quot;
Ini menyebabkan arahan yang ingin disampaikan boleh menjadi satu pertanyaan dan kanak - kanak boleh mengatakan quot;
Tidakquot;
. Dalam konteks ini, pertuturan ini adalah diterima dan menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa diberhentikan.
6. Gunakan jadual dan kaedah tertentu utk meramal situasi yang akan datang @ perubahan suasana pada persekitaran kanak2 Autisme.
Kanak - kanak Autisme tidak dapat menerima sebarang perubahan dalam perkara rutin harian mereka. Ini kerana kanak - kanak ini tidak berkebolehan unutk memahami dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kiu - kiu sekelililngnya yang menandakan perubahan akan berlaku. Kebanyakkan mereka kan memberi tumpuan kepada sebahagian kecil situasi daripada keseluruhan situasi.
Sebagai contoh, kebanyakkan kita akan memerhatikan keseluruhan keadaan bilik darjah dan dapat melihat sebahagian pelajar bersedia untuk pulang. Kelihatan buku disimpan, kerusi dimasukkan, mendengar guru mengucapkan quot;
selamat pulangquot;
. Tetapi murid Autisme tidak dapat memahami keseluruhan ini dan hanya memberi tumpuan pada aktiviti yang dia perlu siapkan. Kanak - kanak Autisme perlu mengetahui akiviti pertama, kedua dan terakhir. Kanak - kanak seperti ini perlu diperingatkan keadaan bila aktiviti akan berubah (contoh, quot;
selepas 5 minit tiba masanya untuk jigsaw puzzle disiman.quot;
) dan keadaan bila aktiviti bermula (contoh, apabila lego ni siap, tiba masanya untuk lakukan kira - kira ). Mereka juga perlu diberitahu mengenai perkara yang berkemungkinan atau mengejutkan akan berlaku ( Contoh, Ikran, dalam 5 minit lagi lonceng akan berbunyi. Bunyinya sangat kuat!quot;

7. Jangan meniggikan suara, merampas, menggertak dengan tiba - tiba.
Meninggikan suara untuk menjadikan satu orang patuh adalah perkara biasa. Namun, kebanyakkan kanak - kanak Autisme adalah sensitif bunyi. Mereka akan mengabaikan permintaan anda. Dan apabila kita tinggikan suara pada mereka, kita juga harus memberikan arahan 4 hinggah 5 kali. Sekiranya begini, kita telah mengajar mereka bahawa percakapan suara tinggi sahaja yang bermakna. Maka mereka hanya patuh apabila kita tinngikan suara kepada mereka.
Untuk mengatasi masalah ini, minta kanak - kanak tersebut melakukan sesuatu satu atau dua kali sahaja. Sekiranya tiada respon, beri bantuan yang sepatutnya. Sebagai contoh, sekiranya anda telah beri arahan sebanyak 2 kali meminta kanak - kanak in duduk dan dia masih lagi berdiri, pegang kedua - dua bahunya sambil mendudukkanya atas kerusi. Sekali kanak - kanak ini duduk katakan padanya quot;
Bagus, dudukquot;
. Kanak - kanak Autisme belajar melalui ini.
8. Jangan menerima tingkah - laku yang tidak sepatutnya dalam melepaskan diri melakukan tugasan.
Sekiranya anda memberi arahan kepada kanak - kanak tersebut dan mereka marah, menangis, menjerit, tidak memperdulikan anda, berlalri keluar atau tidak mahu melakukan arahan itu, anda perlu meneruskannya bagi memastikan arahan tadi dilakukan. Tunggu sehinggah ia tenang dan pastikan tugasan tersebut dilakukan.
Berikan kata - kata peneguhan yang boleh meningkatkan kembali keupayaannya melakukan kerja. Seperti, quot;
saya tahu awak tidak suka nak buat tapi kalau siap nanti boleh main kereta mainan ni (atau benda/perkara lain yang disukainya)quot;
. Tingkah laku ini adalah paling sukar dikawal tetapi apabila anda dapat melakukannya maka tingkah laku tidak baik ini akan dapat dihapuskan sutu hari nanti walaupun memakan masa.
9. Jangan membenarkan terikat dengan rutin atau perkara yang telah ditetapkan.
Seperti yang dimaklumi, kanak - kanak Autisme tidak suka kepada perubahan dalam rutinnya. Oleh itu, memberhentikan kanak - kanak ini daripada rutinnya akan membuatkan dia marah dan melakukan tingkah laku tidak sepatutnya. Bagaimanapun membiarkan membenarkan mereka melakukan rutinnya selepas tingkah laku tersebut boleh menyebabkan mereka mempelajari tingkah laku ini diterima dalam situasi ini. Dan perkara ini adalah sesuatu yang tidak baik. Teruskan memberhentikan rutinnya. Tingkah laku tidak baik akan berkurangan. Bersabar dan abaikan tingkah laku tersebut sekurang - kurangnya 3 minggu.
10. Kukuhkan, teguhkan dan wujudkan suasana quot;
pembelajaran berprotokolquot;

Harus ingat bahawan individu Autisma menghadai masalah dalam menentukan sesuatu yang penting. Selalunya mereka memberi tumpuan kepada sesuatu yang tidak sepatutnya dalam pertuturan atau perbuatan kita atau benda yang menarik minatnya dari segi perbuatan dan sensorinya.
Dalam mengajar kanak-kanak Autisme secara efektif, kita harus mendapatkan perhatiaannya. Ini bermakna mereka perlu berada pada satu sudut dalam bilik, duduk dengan baik, dan lihat pada muka anda (eye contact). Tangan mereka juga tidak menepok - nepok meja, melambai - lambai, menggosok - gosok badan atau bermain dengan sesuatu. Tangan mereka adalah bersedia unutk melakukan sebarang aktiviti. Inilah yang dinamakan quot;
pembelajaran protokolquot;

PEMBELAJARAN BERPROTOKOL
1. Beri Arahan: quot;
duduk atas kerusiquot;
. Jika masih berdiri, bantu mereka untuk duduk dan pujinya quot;
bagus duduk'.
2. Beri Arahan : quot;
Tangan atas mejaquot;
. Sekiranya kanak2 tersebut masih tidak melakukannya, bantu mereka dengan meletakkan tangannya di ataseja dan beri pujian quot;
bagus tangan di siniquot;
atau quot;
bagus, ikut arahanquot;

3. Beri Arahan : quot;
Lihat muka sayaquot;
. Sekiranya kanak - kanak tersebut tidak melihat muka anda, tunggu respon atau beri mereka masa dan apabila mereka melihat mata anda dan hanya beberapa saat, beri pujian quot;
Bagus lihat sayaquot;
dan berikan sedikit ganjaran. Atau boleh memegang barang/makanan yang diingininya berhampiran dengan mata anda untuk menggalakkan kontak mata.
Pastikan anda memperolehi ketiga - tiga perkara tersebut sebelum memberikan arahan, aktiviti atau memberi ganjaran. Ini memberi peluang kepada kanak - kanak tersebut unutk bersedia mempelajari sesuatu.
Sumber: Salinan dua keping kertas saiz A4 yang tertulis dibawanya nama quot;
Shahriman Shalihin, Speech Therapistquot;

Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-komunikasi-dengan-kanak_21.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
3:38:00 AM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=1713809389335440568quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-komunikasi-dengan-kanak.htmlquot;
Meningkatkan Komunikasi dengan Kanak - kanak Autisma. How to Improve Communication with Autisme Childs. #1
Saturday, January 17, 2009
1. Meletakkan harapan yang tinggi.
Letaklah harapan yang anak - anak ini akan memberi respon kepada soalan atau arahan anda. Jangalah anda membuat anggapan bahawa atau setkan dalam minda anda bahawa mereka tidak akan memberi respon hanya kerana mereka Autisma dan kurang upaya. Anda perlu ingat bahawa anak - anak Autisma ini perlukan lebih masa untuk memahami arahan atau soalan anda. Oleh itu bantulah anak ini memahami anda dan jangan berhenti untuk meletakkan harapan yang positif kepada mereka.
2. Gunakan Pendekatan Positif
Tumpukan kepada tingkah laku yang sepatutnya. Sekiranya anda melihat tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan positif kepada mereka. Peneguhan tersebut boleh jadi peneguhan fizikal seperti memberikan tepukan, peneguhan makanan atau peneguhan mainan. Peneguhan mestilah perkara yang disukainya bagi menggalakkan mereka melakukan tingkah laku yang diigini.
Abaikan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun, tingkahlaku yang boleh mencederakan diri dan orang lain memerlukan pendekatan lain. Namun biasanya tingkah laku yang sepatutnya dimulakan dengan pengabaian.
Pastikan arahan anda jelas dan tepat. Contohnya adalah lebih tepat quot;
Ikram, duduk atas kerusiquot;
berbanding quot;
dudukquot;
atau quot;
jangan berdiriquot;
. Berikan mereka peluang sekiranya mereka melakukan kesilapan.
3.Beri Peluang untuk Memberi Respon dan Pastikan Anda Mendapat Respon.
Kebanyakkan kanak - kanak Autisma mengalami masalah memproses maklumat yang didengar atau dilihatnya dan mereka memerlukan masa untuk memahami apa yang diberitahu dan menentukan respon sepatutnya. Oleh itu berikan mereka masa untuk merespon arahan anda (lebih kurang 10 saat). Bantulah mereka dalam memberi respon kepada anda. Contohnya;
Anda: Ikmal mahu makan ?
Ikmal: ..............
Anda: Saya...................(beri peluang Ikmal melengkapkan perkataan anda).
Sekiranya tiada respon juga...
Anda: Saya ma.......(sekiranya dia kelihatan mengangguk).
Sekiranya tiada respon....Bantulah dengan kata quot;
mahuquot;
atau quot;
tidakquot;
dengan isyarat angguk/geleng. Setiap respon yang diberikan perlulah diberi peneguhan walaupun anda terpaksa melengkapkan setiap respon tersebut. Usahlah dibiarkan arahan anda kekal tiada respon. Ini kerana sekiranya anda membiarkan arahan anda quot;
tergantungquot;
, kelak kanak - kanak Autisma ini akan mempelajari bahawa tiada respon juga diterima dan menganggap responnya tidak penting. Pastikan anda mendapat respon.
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-komunikasi-dengan-kanak.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
7:22:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=979937070129820786quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/12/amazing-autisme.htmlquot;
Amazing Autisme & Amazing Down Syndrom
Wednesday, December 31, 2008
Gambar Hiasan
Kau dilindungiNya
HYPERLINK quot;
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htmquot;
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
Kanak - kanak SD yang tergelincir ke dalam sungai ditemui semula selepas 18 jam. Kanak - kanak ditemui duduk sambil menangis di tebing sungai di sebarang dari tempat dia terjatuh..
Kejayaan Anak Autisma
5 January 2009 sesi persekolahan akan bermula...Satu epsisod cerita rasa hati yang baru akan bermula. Aku antara manusia yang sangat - sangat menantikan satu takdir yang baru akan berlaku kepada diri ku dan orang sekeliling ku bersama mereka - meraka yang aku sayangi..Agar takdir ini akan menjadi satu pengalaman yang akan membawa aku ke alam yang lebih mendewasakan.. bersama harapan akan ku jadikan sebuah kisah klasik yang akan ku ceritakan kepada masa depan ku..Kejayaan anak ini menimbulkan satu rasa bangga dalam diri ini...Meski kau tidak kenal aku..Meski kau tidak hirau kan aku..sayang..Meski kau tidak pernah melihat aku...Kau memberi aku satu motivasi..Kau membantu aku membina satu keyakinan...Kau mencelikkan mata hati mereka..Kau memaksa mereka berfikir...Kau membikin mereka percaya....Kau menjadikan mereka mulai hormat kau, aku dan yang lain..
HYPERLINK quot;
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htmquot;
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
Pelajar Autisma ini seperti yang telah dilaporkan dalam Akhbar Kosmo!, telah memperolehi 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dikeluarkan hari ini. Ini mungkin bukan kejayaan pertama kanak - kanak Autisme di negara kita. Namun tidak ramai yang kita ketahui atau ditonjolkan. Kejayaan mereka bukan hanya dalam bidang akademik sebaliknya dalam bidang - bidang yang lain... Apapun kejayaan adik Khairul Iman ini sedikit sebanyak membuka hati kita untuk membantu pengidap autisma yang lain.
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/12/amazing-autisme.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
5:08:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=6349837693327507746quot;
2 comments:
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/10/washington-mar-2-ani-researchers-at.htmlquot;
‘Virtual peers’ may help develop social skills in autistic children
Sunday, October 12, 2008
Washington, Mar 2 (ANI): Researchers at North Western University suggest that virtual peers or animated life-sized children that simulate the behaviours and conversation of typically developing children, may help prepare children with autism for interactions with real-life children.The study led by Justine Cassell, professor of communication studies and electrical engineering and computer science and researcher Andrea Tartaro provides strong evidence proving that virtual peers can be useful in developing meaningful interaction among children with autism and real- world children.The study involved six children with high-functioning autism between 7 to 11 years. They were asked to play during an hour-long session with a real-life child, and with a virtual peer named Sam.The researchers then analysed the data collected during the session.The findings revealed that children with autism produced more and more contingent sentences while talking to the virtual peer and the sentences were not increasingly contingent when they were paired with the real-life children.Certainly were not saying that virtual peers make the best playmates for children with autism, said Tartaro.The overall goal is for the children with autism to generalize the skills they learn in practice sessions with virtual peers to meaningful interactions with real-world children, Tartaro added.The researchers believe that virtual peers have some distinct advantages over real-life children when it comes to practicing social skills as children with autism often like technology.It interacts to us, said one child with autism upon first meeting a virtual peer.Cassell believe children can be exposed to different behaviours by programming the conversation of the virtual peer.We can program their conversation to elicit socially-skilled behaviour, and we can vary the way that they look and behave so children with autism are exposed to different kinds of behaviour, she said.Cassell in collaboration with psychologist Miri Arie is developing assessment and intervention procedures that may give them a better understanding of peer behaviours of children with autism.The preliminary study was presented at a meeting of the American Association for the Advancement of Science. (ANI)
Sources :
HYPERLINK quot;
http://www.thaindian.com/newsportal/health/tual-peers-may-help-develop-social-skills-in-autistic-children_10023079.htmlquot;
http://www.thaindian.com/newsportal/health/tual-peers-may-help-develop-social-skills-in-autistic-children_10023079.html
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/10/washington-mar-2-ani-researchers-at.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
7:56:00 AM
Reactions:
HYPERLINK quot;
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=5728527497029372008quot;
0 comments
Labels:  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot;
AUTISMA,  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pendidikan%20Khas%20Dalam%20Mediaquot;
Pendidikan Khas Dalam Media
HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/07/aus.htmlquot;
KEnaLI aUTisMA
Tuesday, July 8, 2008
Hiperaktif/melakukan kegiatan fizikal secara berlebihan atau malah tidak melakukan apapun (terlalu pendiam)
Tantrum - Suka mengamuk / memperlihatkan kesedihan tanpa alasan jelas.
Kecekapan Motor Halus dan Motor Kasar yang tidak seimbang
Tidak berminat terhadap kaedah pengajaran biasa.
Menekuni satu - satu perkara seperti barang permainan dengan cara aneh dalam waktu lama.
Echolalia (mengulangi kata atau kalimat, tidak berbahasa biasa)
Tidak suka dipeluk (disayang) atau menyayangi.
Tiada respon terhadap isyarat kata-kata; bersikap seperti orang tuli.
Kesulitan dalam mengutarakan keperluannya; suka menggunakan isyarat atau menunjuk dengan tangan daripada kata-kata
Lebih suka menyendiri; sifatnya suka menjauhkan diri
Keterikatan pada satu benda secara berlebihan
Menuntut hal yang sama; menentang perubahan atas hal-hal yang bersifat rutin.
Tidak pedulikan bahaya.
Sukar untuk bersosialisasi dengan kanak – kanak sebaya mereka.
Suka benda-benda yang berputar / memutarkan benda
Tertawa dan tergelak tanpa sebab.
Tiada atau jarang sekali dari segi kontak mata
Tidak peka kepada rasa sakit.
Posted by ari at  HYPERLINK quot;
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/07/aus.htmlquot;
quot;
permanent linkquot;
3:07:00 PM

Weitere ähnliche Inhalte

Kürzlich hochgeladen

Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni

Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733

RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",Kanaidi ken

UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi

Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57

Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4

1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1

Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DAbdiera

MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1

Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1

Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1

adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4

modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2

Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva

Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423

PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366

LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty

SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130

Kürzlich hochgeladen (20)

Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx

Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku

RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",

UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...

Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf

Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii

1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf

Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D

MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx

Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx

Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt

adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx

modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan

Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa

Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx

PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.

LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx

SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx

Empfohlen

Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently

How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian

Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)

Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal

5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub

ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd

Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero

Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray

Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky

The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius

Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36

Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools

12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter

Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...DevGAMM Conference

Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationErica Santiago

Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellGood Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellSaba Software

Empfohlen (20)

Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)

How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024

Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights

Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024

5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary

ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd

Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next

Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent

How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations

Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science

Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices

The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management

Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...

Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...

12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work

ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides

More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes

Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...

Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy Presentation

Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellGood Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well

Cara mendidik anak autisme

• 1. Cara mendidik anak autisme
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINnorlaila@hmetro.com.myAYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
  Tidak menghiraukan orang lain
  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
  Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
  Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
  Lebih suka bermain sendiri
  Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
  Lambat bercakap
  Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
  Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
  Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
  Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
  Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
  Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
  Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
  Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
  Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
  Tidak boleh duduk diam
  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
  Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri
  Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan burukMenurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
  Kurang tumpuan kepada persekitaran
  Sering ada dalam dunia sendiri
  Kadangkala pertuturan tidak jelas
  Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
  Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya
  Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)
  Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)
  Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
  Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek
  Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)
  ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lainApa yang boleh dilakukan guru?Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
  Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.
  Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
  Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
  Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
  Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.
  Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
  Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.Ciri-ciri autisme> Tidak menghiraukan orang lain> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran> Lebih suka bermain sendiri> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi> Lambat bercakap> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang> Tidak boleh duduk diam> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak autisma juga suka bermain dan alat permainan seperti patung. Sebelum memulakan aktiviti terapi permainan untuk anak-anak autisma, kita perlu membina hubungan dan kepercayaan serta membangkitkan minat mereka untuk bermain.Ibubapa adalah orang yang paling sesuai memulakannya, bukan sahaja meluangkan masa bersama namun perlu membantu dalam mencapai objektif atau tujuan terapi permainan tersebut. Tambahan pula, dengan meluangkan masa bersama boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisma ini. Ibubapa perlu usaha tambahan dalam merancang aktivti bermain untuk anak mereka ini.
Ibubapa tidaklah perlu  terlalu memberi tekanan terhadap anak autistik mereka dalam quot; playtimequot; mereka.  Dalam aktiviti bermain kanak- kanak ini berpeluang mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran koordinasi-motor, meningkatkan kemahiran mengendalikan alat permainan mereka, belajar berinteraksi dengan rakan sepermainan, membina keyakinan diri dan seumpamanya.
Perlu dinyatakan juga, masa bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak autisma dalam pembangunan sosial, emosi dan fizikal. Pemilihan masa bermain yang sesuai juga membantu untuk menstimulasikan kemahiran bahasa mereka disamping menimbulkan rasa seronok dalam diri mereka.
CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN
1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif:
Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain.
2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.:
Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu..
4. Gantikan alat permainan baru.
Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan kognitif mereka.
5. Fleksibel
Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu, membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dll.
6. Lepaskan mereka.
Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahla mereka mahu keterlibatan kita/ibubapa.
Sumber: Pelbagai- ditranslate mengikut kefahaman dan pengalaman ku...
Posted by ari at 9:19:00 PM
Reactions:
0 comments
Labels: AUTISMA, Terapi
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/08/membimbing-anak-autisma.htmlquot; Autisma; Pengurusan Tingkah Laku
Monday, August 9, 2010
Sepertimana kanak-kanak normal, kanak-kanak Autisma juga boleh dibimbing dalam mengurus emosi mereka dan bagaimana mereka perlu mengekspresikan emosi mereka. Bezanya proses ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak autisma harus dibimbing untuk merasakan bahawa tindakan dan emosi tantrum mereka secara umumnya adalah tidak diterima oleh orang sekitar Itingkah laku yang tidak diingini).
Dalam usaha membimbing yang mengambil masa yang panjang ini, bukan sahaja kanak-kanak autistik ini akan merasa letih dan quot; fed upquot; dan seterusnya boleh menyebabkan tantrum/marah, kita sebagai yang membimbing mereka juga adakalanya timbul rasa jenuh dan harus banyak bersabar.
Dalam proses pengurusan tingkah- laku ini, paling sering pun kanak-kanak autisma ini akan merasa letih untuk mempelajari perkara baru. Ini kerana anak-anak autistik tidak dapat memproses data yang diterimanya  sepertimana kebanyakkan kanak-kanak biasa, dan adakalanya faktor luaran seperti kebisingan, cahaya yang terang atau bunyi-bunyian kuat juga boleh menimbulkan kemarahan dan tantrum mereka. Berhadapan dengan pelbagai rupa dan melakukan pelbagai / banyak aktiviti juga boleh mencetuskan tingkah laku  reaktif anak-anak autisma.
Sebuhangan dengan itu, kita tidak harus memberinya tekanan dan juga mengharapkan perubahan yang terlalu cepat dalam tingakah laku mereka keran dengan itu juga boleh mengakibatkan wujudnya tingkah laku tidak diiingini dalam diri mereka. Perkara ini mungkin melelahkan kita, namun apabila kita membimbingnya sedari kecil lagi, mendisiplinkan dan mengurus tingkah lakunya kemungkinan akhirnya mereka akan membiasakan diri dalam lingkungan kehidupan normal.
Ibubapa atau penjaga perlu untuk mempelajari perkara yang menyebabkan tingkah laku tantrum anak-anak autism daripada pemerhatian  mereka sehinggah menenui cara bagaimana yang sesuai untuk membimbing anak mereka. Proses ini juga memerlukan dedikasi dan kesabaran yang ekstrem, namun kosistensi dan ketekunan adalah berbaloi. Kenalpasti bagaimana anak autisma ini berkomunikasi tanpa menggangu mereka. Kanak-kanak autisma akan belajar menjadi yang terbaik sesuai dengan kemampuan mereka, untuk sesuai dengan masyarakat dan menghadapi cabaran dan peluang baru.
Sumber: Pelbagai.... google search...
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/08/membimbing-anak-autisma.htmlquot; quot; permanent linkquot; 3:10:00 AM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=6940537807040377719quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA, HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pengurusan%20Tingkah%20Lakuquot; Pengurusan Tingkah Laku
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/07/ciri-autisma.htmlquot; Ciri Autisma
Friday, July 30, 2010
quot; Kanak - Kanak Autisma Tidak boleh memwujudkan arahan dalam hidupnya,
Anda harus menyediakan arahan itu.quot; - Temple Grandin-
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/07/ciri-autisma.htmlquot; quot; permanent linkquot; 5:55:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=1154940640290357804quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/04/cara-mendidik-anak-autisme.htmlquot; Cara mendidik anak autisme
Monday, April 19, 2010
Cara mendidik anak autisme
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINnorlaila@hmetro.com.myAYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
  Tidak menghiraukan orang lain
  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
  Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
  Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
  Lebih suka bermain sendiri
  Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
  Lambat bercakap
  Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
  Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
  Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
  Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
  Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
  Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
  Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
  Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
  Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
  Tidak boleh duduk diam
  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
  Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri
  Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan burukMenurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
  Kurang tumpuan kepada persekitaran
  Sering ada dalam dunia sendiri
  Kadangkala pertuturan tidak jelas
  Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
  Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya
  Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)
  Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)
  Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
  Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek
  Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)
  ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lainApa yang boleh dilakukan guru?Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
  Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.
  Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
  Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
  Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
  Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.
  Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
  Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.Ciri-ciri autisme> Tidak menghiraukan orang lain> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran> Lebih suka bermain sendiri> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi> Lambat bercakap> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang> Tidak boleh duduk diam> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Sumber : HYPERLINK quot; http://www1.bharian.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Sihat/20090622092302/Article/index_htmlquot; myMetro
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/04/cara-mendidik-anak-autisme.htmlquot; quot; permanent linkquot; 9:53:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=1724915698277078946quot; 3 comments:
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA, HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Bahan%20Rujukanquot; Bahan Rujukan
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/02/autism-treatment-evaluation-checklist.htmlquot; Autism Treatment Evaluation Checklist (ATEC)
Monday, February 8, 2010
Sources: HYPERLINK quot; http://www.autism.com/ari/atec/atec-online.htmquot; http://www.autism.com/ari/atec/atec-online.htm
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/02/autism-treatment-evaluation-checklist.htmlquot; quot; permanent linkquot; 9:57:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=7767216177509222872quot; 4 comments:
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/11/kenali-dan-kita-pasti-cintai.htmlquot; Kenali dan kita pasti cintai..
Monday, November 23, 2009
Pernah tak anda berbual dengan ibubapa murid anda? Dan cuba untuk memahami mengapa sukar baginya untuk menerima bahawa anaknya adalah anak istimewa. Dan begitu mudah bagi kita memberi kesimpulan bahawa si ibubapa ini tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya bermasalah.
Kesukaran ibubapa tidak mahu menerima anak mereka adalah istimewa terutamanya bagi kanak-kanak Autisma, ADHD atau lembam yang secara fizikalnya kelihatan normal bukan kerana mereka TIDAK MAHU MENERIMA sebaliknya MEREKA TIDAK TAHU dan MUNGKIN TIDAK MAHU AMBIL TAHU.
Peranan di pihak kita bukan untuk memberi ajar..namun kita berperanan untuk memberi panduan dan dorongan untuk si ibubapa ini mengenali dan mengendalikan anak mereka.
Berdasarkan pengalaman, sukarnya mereka menerima bahawa anak mereka adalah istimewa memandangkan mereka merujuk kepada pengalaman sendiri dan juga orang terdekat mereka. Contohnya, anak yang pertama katanya juga nakal, hyper dan lambat bertutur. Namun selang beberapa tahun semuanya normal sepertimana kanak-kanak yang lain yang seusianya. Dan dengan itu...si ibubapa ini mempercayai bahawa anak juga pasti begitu akan normal juga.
HAKIKATNYA anak si ibubapa ini adalah istimewa. Bagaimana untuk kita membantunya untuk menerima hakikat ini? Bukan dengan kesimpulan awal. Panduan dan dorongan. Panduan dan dorongan dengan komunikasi yang baik. Dengar apa yang si ibubapa ini luahkan, beri dia semangat bukan janji2 komporfasi, perlihatkan kegembiraan kita apabila ibubapa menyatakan bahawa anaknya sudah ada perubahan, beri pujian dan motivasi kepadanya dan bagitahu dia itu adalah usaha kerasnya dan perlu ada usaha dua pihak-guru dan juga ibubapa. Berikan contoh2 perkembangan murid yang lalu, berikan maklumat tambahan, berikan beberapa cadangan. Biasanya ibubapa yg agak 'degil' ini akan mula percaya kpd guru apabila saranan guru/maklumat guru itu selari dgn apa yg dikatakan oleh doktor anaknya. Dengan itu, guru perlu berpengetahuan dan yakin untuk berkomunikasi dengan ibubapa bukan duduk di meja guru dan malambai dari jauh aja.. he he he...Peace! Bina kedekatan antara kita dan ibubapa agar mesej 'lebih lembut' untuk diterima oleh ibubapa jenis ini.
Kanak-Kanak Istimewa.
Kenapa ada dikalangan kanak-kanak yang perlu lebih usaha untuk mempelajari sesuatu?. Bagaimana pula dengan kanak-kanak boleh belajar namun sukar untuk belajar dan lebih berminat kepada aktiviti diluar kelas? Kanak - kanak ini perlukan pendekatan lain yang lebih kreatif, individual, praktikal dan lebih khusus dengan itu, perkara ini menjelaskan bahawa mereka adalah kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak ini oleh jadi mengalami ketidakupayaan fizikal, mengalami masalah kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah - laku atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun kanak-kanak ini memiliki potensinya sendiri. Kategori kanak-kanak ini terdiri daripada:-
1. Terencat akal (mental retardation)
2. Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities)
3. Kecelaruan Komunikasi ( Communication Disorders)
4. Ketidak upayaan Fizikal (Physcal Disabilities)
5. Bermasalah Tingkah-Laku ( Behavior Disorders - emotional disturbance)
6. Ketidakupayaan Penglihatan (Visual Impairment)
7. Ketidakupayaan Pendengaran (Hearing Impairement)
8. Kepandaian luar biasa (Exceptional Gift)
Apakah punca semua ini?
Terdapat dua faktor high-risk yang dikategorikan sebagai :-
1. Risiko Biologikal
- Risiko Bilogikal merujuk kepada kondisi yang diagnosiskan sebagai gangguan perubatan (medical disorders) seperti Down's Syndrome.
i. Prenatal Period
- Penyakit yang memberi kesan negetif kepada kesihatan si ibu semasa mengandung seperti Rubella, CMV virus (Cytomegalic Inclusion Disease), Herpes Simples, AIDS, Diabetes dan Toxemia.
- Penggunaan ubat kimikal tertentu, penggunaan alkohol, penggunaan dadah dan juga kekurangan zat makanan.
ii. Chromosomal Disordersiii. Metabolic Disordersiv. Birth ComplicationREFERENCES: Mohd Sharani Ahmad, UPM Serdang; Special Children******To be cont...
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/11/kenali-dan-kita-pasti-cintai.htmlquot; quot; permanent linkquot; 5:39:00 AM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=3303310423135418777quot; 7 comments:
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/ADHD%2FADDquot; ADHD/ADD, HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA, HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pendidikan%20Khas%20%28%20Learning%20Disability%29quot; Pendidikan Khas ( Learning Disability)
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/09/membantu-anak-autisma-1.htmlquot; Membantu Anak Autisma #1
Monday, September 7, 2009
Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi orang – orang yang sangat membantu saya untuk berjaya dan seterusnya mengatasi masalah Autisma. Ketika berumur 2 1/2 tahun, ibubapa saya telah menghantar saya ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak autisma yang berstruktur dan memiliki guru-guru yang berkomitmen serta berpengalaman. Bermula dari usia kanak-kanak jugalah saya sudah dilatih melakukan perilaku baik dan sopan ketika berada di meja makan. Kanak-kanak Autisma seperti saya sangat memerlukan hari-hari yang lebih berstruktur dan juga guru yang tahu bertegas dalam kelembutan dalam mendidik.
Ketika berumur diantara 1 ¼ hinggah 5 tahun, kehidupan seharian saya telah distrukturkan dan saya tidak dibenarkan hilang fokus tentang apa yang sedang dilakukan. Saya menjalani terapi pertuturan secara individual selama 45 minit setiapa lima hari dalam seminggu, dan ibu juga telah mengupah seorang pengasuh yang mengahabiskan masa selama empat jam untuk bermain dengan saya dan kakak saya. Saya diajarkan ”mengikut giliran” semasa aktiviti bermain.Sebagai contoh, semasa membina patung mainan, pengasuh meminta saya memasang bahagian tangan dan kemudiannya meminta kakak saya memasang bahagian lain. Dengan ini saya belajar untuk menunggu giliran. Kombinasi antara taman asuhan, terapi pertuturan, aktiviti bermain dan penyeliaan tingkah – laku saya semasa di rumah secara beterusan, otak saya semakin berada di dunia nyata.
Gambar adalah bahasa saya.Seperti kebanyakkan pengidap autisma, saya adalah “visual thinkers”. Saya berfikir dengan gambaran bukan dengan bahasa. Pemikiran saya umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi saya. Dimana, gambar – gambar adalah bahasa utama saya dan perkataan adalah bahasa kedua mereka. Denga itu, kalau mengajar saya ajarlah saya menggunakan gambar dan biar gambar itu gambar sebenar satu -satu objek sebenar bukan gambar lukisan yang adakalaya lebih mengelirukan saya.
Manakala kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk saya pelajari kerana dengan kata nama saya boleh menggambarkan perkataan tersebut. Contohnya, bila mengajar saya saya perkataan “atas” dan “bawa”, guru seharusnya mendemonstrasikannya. Contohnya guru menggambil dan mengangkat ketas kapal terbang mainan dari meja sambil menyebut perkataan quot; atasquot; dan sebaliknya utk perkataan quot; turunquot; . Dengan itu mudah untuk saya membayangkan dan mengingat perkataan quot; atas' dan quot; bawaquot; .
SENYUM
Pendekkan arahan.Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma seperti saya memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan apa lagi yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.Bakat melukis.Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam kemahiran melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka.
KeasyikanKebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.
Pendekatan Visual yang KonkritGunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.
Masalah Motor Tangan.Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer.
FonikSesetengah kanak – kanak autisma lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak – kanak yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar dengan itu, perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar.
Apabila mengajar kata nama, kanak – kanak tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’.
Takut bunyi kuatSewaktu kecil, bunyi kuat seperti bunyi lonceng sekolah amat menyakitkan telinga saya umpama doktor gigi manmpal gigi saya. Kanak-kanak autisma sebenarnya perlu dicegah daripada sebarang bunyian kuat yang menyakitkan telinganya. Bunyia seperti bunyi lonceng, PA sistem, bunyi kerusi yang diheret dan sama denganya boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak autisma. Dalam kebanyakkan keadaan, kanak-kanak ini boleh bertoleransi dengan bunyi lonceng sekiranya bunyi yang dihasilkan dikurangkan. Begitu juga dengan bunyi yang dihasilkan oleh kaki kerusi sekiranya ditarik dan bergeser dengan lain boleh dikurangkan dengan menggunakan karpet.Pernahkah anda mengalami di mana anak anda/ murid anda takut untuk masuk ke dalam satu – satu bilik? Mereka sebenarnya takut untuk masuk dalam sesetengah bilik kerana mereka takut sekiranya secara tiba-tiba ada bunyi dengungan mikrofon yang datang dari PA sistem. Bunyi yang menakutkan ini boleh menyebabkan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Sekiranya kanak – kanak itu menutup telinganya, ini menunjukkan sesetengah bunyi menyakitkan telingannya. Kita boleh membantu menukarkan satu-satu bunyi itu daripada bunyi yang sensitif kepada bunyi yang biasa didengarnya. Contohnya bunyi siren alat pengesan kebakaran, kita rakamkan bunyi tersebut pada pita rakaman dan berikan kepada anak-anak autisma ini. Biarkan dia sendiri mengawal bunyi pita tersebut. Mereka boleh mengawal kekuatan bunyi pita dan secara beransur-ansur dia akan kuatkan bunyinya. Dengan itu bunyi tersebut menjadi biasa didengar dan tidak menyakitkan dan menakutkannya lagi.
Bersambung................
SUMBER: PELBAGAI
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/09/membantu-anak-autisma-1.htmlquot; quot; permanent linkquot; 10:50:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=6007643686073186343quot; 5 comments:
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/08/ciri-ciri-autisma-kelainan-dalam.htmlquot; Ciri - ciri Autisma : Kelainan dalam tingkah laku
Monday, August 10, 2009
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anak / murid Autisma anda mengamuk tanpa terkawal yang adakalanya boleh mencederakan dirinya atau orang lain terutama apabila kemahuannya tidak dipenuhi?.
Menghempas badannya/kepalanya ke lantai atau dinding, menggigit dirinya/orang lain, memukul kepalanya, mencederakan tangannya, menarik rambutnya, menghempas bangku kelas, mengoyakkan bajunya dan menggigit butang bajunya merupakan antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh kanak2 Autisma apabila kemahuannya tidak dipenuhi atau menunjukkan kemarahannya.
Hari ini saya menghadapi situasi di mana Es mengamuk dan menghempaskan kepalanya ke lantai simen dan juga badannya ke pintu. Es marah ekoran saya tidak membenarkan dia mengurung diri di dalam stor setelah saya membuka stor untuk mengambil kad manila. Dan tingkah laku ini sering dilakukannya samada di sekolah mahupun di rumah. Saya memerhati tingkah laku Es (dengan kawalan) itu memandangkan saya baru sahaja menjadi guru mereka (saya kini guru pra sekolah pend. khas...baru 2 minggu) untuk melihat tindakan ES seterusnya. Es menghempaskan kepalanya di lantai, badannya di pintu dan menterbalikkan 3 buah kerusi dan kemudiannya Es kembali dengan dunianya. Maknanya amukkannya sudah habis dan Es tidak merasakan sebarang kesakitan (antara lain ciri Autisma ialah tidak memperdulikan bahaya/tidak tahu bahaya).
Mendidik anak Autisma menuntut kesabaran ku apatah lagi 99% murid jagaan ku adalah autisma yang juga memiliki ciri2 Autisma yang berbeza.
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/08/ciri-ciri-autisma-kelainan-dalam.htmlquot; quot; permanent linkquot; 8:30:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=651666783296880146quot; 9 comments:
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA, HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Diary%20Esquot; Diary Es
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/06/my-autism-resource.htmlquot; My Autism Resource
Tuesday, June 9, 2009
Sambil melayari internet menambah ilmu.. saya menemukan ini, HYPERLINK quot; http://www.mmail.com.my/content/love-child-drives-mission-save-autism-centrequot; Love for a child drives mission to save autism centre dalam Malay Mail Online. Tertarik dengan apa yang sedang diusahakan oleh seorang ayah penyanyang ini... Seterusnya saya menemui ini, HYPERLINK quot; http://myautismresource.blogspot.com/search/label/Frontpagequot; My Autisma Resource . Mungkin dengan apa yang kita baca dan sedari ini menjadi sumber inspirasi serta kefahaman kepada kita bahawa anak Autisma juga punya potensi untuk hidup lebih berdikari dan lebih baik. Semuanya berttitik tolak daripada usaha kita yang lebih dahulu tahu dan punya kemahuan serta usaha untuk mengetahui semuanya tentang Autisma (PKBP).
Sumber Gambar : HYPERLINK quot; http://picasaweb.google.com/Shiokx/NewLookStudioquot; PicasaWeb
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/06/my-autism-resource.htmlquot; quot; permanent linkquot; 8:02:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=795752496523252935quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/see-what-differents.htmlquot; See what the differents
Sunday, April 5, 2009
Gambar 1 dan 2
Jom tengok apa perbezaan dua pasang gambar ini
(gambar di atas dan di bawah)
Gambar 3 dan 4
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/see-what-differents.htmlquot; quot; permanent linkquot; 10:50:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=7978329536120173363quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA, HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pendidikan%20Khas%20SKBPquot; Pendidikan Khas SKBP
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/terapi-kanak-kanak-autisme.htmlquot; Terapi kanak-kanak autisme
Thursday, April 2, 2009
2 April ;
Autism World Awareness Day..
Robot brings hope to kids with learning difficultiesCosmo yang diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh dan pengaktifan suara memberi harapan baru kepada kanak-kanak autisme
A robot named Cosmo has become six-year-old Kevin Fitzgerald's unlikely ally in his uphill everyday battle with developmental difficulties.
Please click HYPERLINK quot; http://health.yahoo.com/news/afp/sciencemedicinehealthautismrobot_20090320200912.html;_ylt=ApdB9VRBB7vCY7uGG6hO8eAeZ4t4quot; here dan HYPERLINK quot; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htmquot; di sini for more information.
quot; Kami menjangkakan peningkatan dalam tingkah laku, mampu mengikut peraturan, berkongsi dan menunggu giliran. Malah, dia juga dapat menguasai sedikit kemahiran membaca, mengira dan boleh menulis namanya.quot;
quot; Kami ingin melihatnya sebagai seorang lelaki dewasa, mempunyai kerja, keluarga dan sebagainya. Sebanyak mungkin yang dia boleh pelajari, itulah matlamat kami.quot;
***** Happy Autism World Awareness Day!
Selamat menyambut Hari Kesedaran Autisma Sedunia kepada
anak - anak autisme di Malaysia mahupun di luar Malaysia.....
Teristimewa buat anak - anak murid Autisma di SKBP.****
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/terapi-kanak-kanak-autisme.htmlquot; quot; permanent linkquot; 8:38:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=8907579006871113670quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/03/tips-mendidik-anak-autisma-1.htmlquot; Tips mendidik anak autisma #1
Monday, March 30, 2009
Kehadiran ku amat dinantikan oleh ibu, ayah, abang dan kakak serta keluarga ku yang lain. Mereka menantikan aku bersama seribu harapan. Pelbagai persiapan yang telah ibu sediakan. Pelbagai perancangam yang ayah telah susunkan. Pelbagai nama sudah kakak senaraikan untuk ku. Pelbagai koleksi milik abang yang abang janjikan untuk diberikan kepada ku. Pelbagai hadiah yang keluarga ku fikirkan untuk aku.
Kehadiran ku sangat dinantikan.
Ibu ayah kakak abang dan keluarga sangat sayang aku. Akulah permata hati mereka. Akulah penambah seri rumah ayah ibu. Mereka sangat menyintai aku.
Hari - hari terasa begitu pantas. Aku bertukar dari comelnya seorang bayi kepada comelnya kanak - kanak yang sihat membesar. Kakak sangat teruja untuk berbicara dengan ku. Abang begitu teruja bermain dengan ku.
Masa terus mengijak tempoh panjangnya. Ibu ayah seakan merasakan sesuatu yang berbeza antara aku dengan kakak dan abang. Kakak dan abang seolah bertanyakan kenapa aku masih seperti yang dulu juga walau sepatutnya tidak.
Garis - garis risau ibu sudah mula terukir di dahi ibu.
Debaran dalam tenang ayah sudah menampakkan degupnya.
Kakak menanyakan kepada ibu mengapa aku tidak mempedulikan panggilanya.
Abang merasakan aku tidak berminat terhadap mainan pemberiaannya.
Seribu satu persoalan ayah ibu.
Seribu satu pertanyaan kakak abang.
Ayah Ibu semakin bimbang.
Apakah mereka akan memilki insan yang luar biasa dalam hidup mereka.Aku dikatakan luar biasa... Luar biasa atas dasar apa? Mungkin kerana aku berbeza dengan anak - anak ibu ayah yang biasa2 itu.
Benak Ibu ayah menjadi buntu.
Fikiran Kakak abang menjadi bingung.
Sehinggahlah persoalan mereka terjawab dengan masa dan ilmu serta pengalaman.
Akulah anak istimewa. Autisma.****************************************** HYPERLINK quot; http://www.autism.com/families/therapy/teaching_tips.htmquot; Tips mendidik anak autisma
Gambar adalah bahasa saya.Kebanyakkan pengidap autisma adalah “visual thinkers”. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka. Gambar – gambar adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut. Untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru seharusnya mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri. Adalah lebih baik juga sekiranya guru menunjukkan perkataan kad imbas “duduk” semasa duduk dan “berdiri” semasa berdiri.
Pendekkan arahan.Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.Bakat melukis.Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar.
Keasyikan / ObsesKebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.
Pendekatan Visual yang KonkritGunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.
Masalah Motor Tangan.Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer. Itukan lebih muda...lagi pula zaman dah berubah.Fonik dan Ingatan
Sesetengah kanak – kanak autisma lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak – kanak yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar dengan itu, perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar. Apabila mengajar kata nama, kanak – kanak tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’.
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/03/tips-mendidik-anak-autisma-1.htmlquot; quot; permanent linkquot; 9:49:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=843170831436040297quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/03/autism-awareness-day-2009.htmlquot; Autism Awareness Day 2009
Thursday, March 26, 2009
April has come. New day has come... Day for autisme...The United Nations General Assembly has designated April 2 as World Autism Awareness Day.. and this year is the second World Autism Awareness Day.
On December 18, 2007, the United Nations General Assembly adopted resolution 62/139, tabled by the State of Qatar, which declares April 2 as World Autism Awareness Day (WAAD) in perpetuity. Her Highness Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned, Consort of His Highness Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani, the Emir of the State of Qatar, supported the campaign for a World Autism Awareness Day through the current 62nd UN General Assembly Session, garnering consensus support from all United Nations Member States.
This UN resolution is one of only three official disease-specific United Nations Days and will bring the world's attention to autism, a pervasive disorder that affects tens of millions. The World Autism Awareness Day resolution encourages all Member States to take measures to raise awareness about autism throughout society and to encourage early diagnosis and early intervention. It further expresses deep concern at the prevalence and high rate of autism in children in all regions of the world and the consequent developmental challenges.
World Autism Awareness Day shines a bright light on autism as a growing global health crisis. WAAD activities help to increase and develop world knowledge of the autism epidemic and impart information regarding the importance of early diagnosis and early intervention. Additionally, WAAD celebrates the unique talents and skills of persons with autism and is a day when individuals with autism are warmly welcomed and embraced in community events around the globe.
By bringing together autism organizations all around the world, we will give a voice to the millions of individuals worldwide who are undiagnosed, misunderstood and looking for help. Please join us in our effort to inspire compassion, inclusion and hope.
Pls click HYPERLINK quot; http://www.worldautismawarenessday.org/quot; HERE for more information
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/03/autism-awareness-day-2009.htmlquot; quot; permanent linkquot; 9:18:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=8163481502173937021quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/02/keistimewaan-golongan-penghidap-autisma.htmlquot; Keistimewaan Golongan Penghidap Autisma
Thursday, February 19, 2009
Kemahiran anak istimewaOleh SUBASHINI RAJANDRAsubashini.rajandra@kosmo.com.myMereka dilahirkan serba kekurangan, tetapi bakat yang dianugerahkan Tuhan kepada insan-insan tersebut sangat luar biasa.ANGKAAN saya tepat. Jejaka muda berbaju merah yang menyambut saya di depan pintu pagar rumah adalah Angus Jude. Sebelum menekan bunyi loceng, dari bahu jalan raya lagi, saya dapat mendengar irama merdu dari sebuah piano yang berkumandang di udara.Sebaik berkenalan dan dijemput masuk, Angus terus menggunakan jari-jemarinya untuk memetik setiap not piano yang berbaris di hadapannya. Dia memainkan sebuah lagu yang agak biasa dengan diri saya iaitu Only You daripada The Platters.quot; Angus sememangnya seorang anak yang unik. Dia mampu bermain not piano hanya dengan mendengar lagu tersebut tanpa perlu menggunakan nota muzik,quot; jelas ibunya, Nicolene Jude.Sejak usia 16 tahun lagi, Angus berjaya menggamit perhatian keluarga menerusi kebolehannya bermain piano dengan sempurna. Sekali dengar, dia akan bermain setakat yang termampu. Apabila dia mendengar sebuah lagu kegemarannya berulang kali, Angus boleh memainkan lagu itu dalam versi penuh.Berapa ramai daripada kita mempunyai bakat sebegitu? Jika dikira pemain piano yang pernah menghadiri kelas latihan muzik pun, belum tentu dapat bersaing dengan kemahirannya yang sungguh istimewa. Angus, 33, merupakan seorang insan istimewa. Sekali imbas, anda tidak mungkin dapat mengagak masalah kesihatan yang dihadapinya. Hanya setelah berkongsi perbualan, barulah saya sedar bahawa dia mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan lancar.quot; Dahulu, keadaannya lagi teruk di mana anda sukar memahami apa yang disebutnya. Lagipun, dia seorang hiperaktif dan sukar dikawal,quot; cerita ibunya sambil memberitahu Angus juga mempunyai masalah ketidakupayaan belajar.Kesulitan itu mungkin berkait-rapat dengan penyakit autism yang dihidapinya. Biasanya, kanak-kanak atau orang dewasa akan menghadapi kepayahan berkomunikasi secara sosial dan diselubungi dengan tabiat melakukan sesuatu berulang kali. Umpamanya bercakap sendiri.Cuma sekarang, Angus tidak kerap berbuat demikian setelah berjaya mengenal pasti bakat yang ada di dalam dirinya. Bakatnya mula dikesan pada satu hari apabila dia terdengar abangnya, Darren bermain elektone (sejenis organ elektrik). Terbuai dengan keenakan muzik yang menusuk telinga, Angus memainkan lagu yang sama, Love Story daripada Andy Williams menggunakan papan nada mainan (toy keyboard) keesokan hari. Sejak itu dan sehinggalah hari ini, anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu telah menguasai lebih 100 buah lagu tempatan dan antarabangsa, hanya dengan mendengar radio, menonton televisyen dan cakera padat (CD).Angus yang mengasah bakatnya di bawah tunjuk ajar seorang guru muzik, membuat persembahan pertama pada tahun 1997 di Hyatt Saujana, Subang Jaya. Dia kemudian mendapat jemputan di Hotel Corus, Sunway Lagoon Resort, Hotel Armada, Palace of the Golden Horses, PWTC, Hotel The Legend, Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan sebagainya.Bapanya, Jude Lee memberitahu, Angus pernah ditawarkan bekerja sebagai pemain piano di Hotel Istana, Kuala Lumpur. quot; Kemahiran Angus bermain piano jauh lebih maju dan mantap daripada kami semua (sekeluarga). Dia tidak segan beraksi di hadapan ratusan orang penonton,quot; katanya.Angus pula memberitahu: quot; Saya suka bermain piano, di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Saya suka lagu Getaran Jiwa (P. Ramlee), My Love Will Go On (Celine Dion), Loius Armstrong, Elvis Presley dan lain-lain.quot; Walaupun 'dicipta' dengan kekurangan, Wong Kar Lun, 27, juga memiliki bakat tersendiri. Bakatnya disedari secara tidak sengaja oleh ibunya ketika melihat lukisan Kar Lun.Semasa melawat Kar Lun di Pertubuhan Keluarga Orang-orang Bermasalah Pembelajaran (Perkobp) di Puchong, Selangor, dia menunjukkan beberapa lukisan yang diilhamkan dengan hanya menggunakan cat air. Salah satu lukisan tersebut menggambarkan kesibukan di pasar basah dengan papan tanda Dilarang Merokok dan Exit. Dengan papan tanda yang tertulis Kedai Meng Kee, pembeli berbangsa Cina dan India dilihat tawar-menawar harga ikan.Satu lagi lukisannya memaparkan gambar sebuah perahu yang berlabuh di sebuah perkampungan nelayan. Lukisan ketiga juga berlainan yang mana ia menampilkan suasana kampung yang damai.Dengan pemilihan warna-warna yang terang dan segar, Kar Lun juga bijak memberi efek bayangan gelap bagi menghidupkan lagi lukisan sebesar kertas A4.Enggan diambil gambar atau menyentuh latar belakang keluarga, ibu Kar Lun, Wong hanya berkata, anaknya juga suka menyanyi lagu bahasa Cina dan Inggeris. Meskipun Kar Lun tidak bersuara, penulis dapat menyedari bahawa anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik ini tidak susah untuk dijaga.quot; Daripada mencuci pakaian, menjemur kain, menggosok pakaian, menyapu rumah hinggalah memotong sayur, Kar Lun dapat melakukannya dengan baik. Dia juga sesekali memanggil atau memberitahu sesuatu,quot; ujar Wong yang menjelaskan biarpun Kar Lun tidak bersuara, dia faham apa yang kami bincangkan.Eksekutif Akaun selaku guru bahasa Inggeris di Perkobp, Mei Ling berkata, ramai daripada penghuni di pusat latihan itu mempunyai kebolehan masing-masing. Adiknya, Mei Yen pandai menyusun teka-teki silang daripada 500 keping kepada 700 keping dalam masa yang singkat.Sementara itu, Pengurus Projek, Chng Cheng Hui yang bekerja di pusat itu sejak tahun 2002 membawa saya melawat pusat tersebut yang beroperasi di sebuah dewan MCA.Anaknya, Chng Kuan Hua, 22, juga didaftarkan di pusat tersebut.Dengan 46 tenaga pekerja, mereka yang berusia 16 hingga 54 tahun ditugaskan di beberapa seksyen yang berlainan. Seksyen pertama menghimpunkan jumlah pelatih yang ramai. Tugas mereka ialah membungkus pek sos cili dan tomato dengan plastik.Seksyen kedua ialah dobi. Terdapat tiga buah mesin basuh dan tiga lagi mesin pengering. quot; Pada masa kini, kami menerima kontrak membasuh tuala dari sebuah hotel. Selain menggosok, tiga orang pelatih dipertanggungjawabkan untuk membasuh, mengering, melipat tuala bersih dan dimasukkan ke dalam kotak,quot; jelas Chng.Seksyen ketiga ialah bakeri. Dapur itu hanya berasap pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Pada hari-hari tersebut, seorang chef Jepun singgah untuk mengajar dan memantau keadaan. quot; Seksyen terakhir terpaksa dibekukan sementara waktu iaitu berkebun atas sebab ketidaksesuaian tempat,quot; tambahnya.Menurutnya, setiap pelatih menerima sedikit upah mengikut tahap kerja. Tepat pukul 12 tengah hari, mereka beratur untuk merekodkan masa rehat dan membayar sebanyak RM3 untuk makanan yang dihidangkan.Kenapa perlu bayar? quot; Sebab kami ingin melatih mereka untuk menikmati kehidupan sebenar seperti di luar. Ramai yang tidak tahu mengira atau berkomunikasi sesama sendiri. Di Perkobp, kami memupuk kemahiran hidup secara perlahan-lahan,quot; jelas Chng yang menambah tujuh daripada pelatih itu tinggal di sebuah pangsapuri. Yang lain tinggal bersama keluarga.Dengan bantuan seorang penjaga, penghuni-penghuni itu diajar berdikari seperti memasak, mencuci pakaian dan membasuh tandas.quot; Saya tidak mahu ada individu mengambil kesempatan terhadap mereka pada masa akan datang,quot; ujar Mei Ling merujuk selepas dirinya dan ibu bapa meninggal dunia.Sungguhpun kekurangan dana bagi membina sebuah pusat latihan baru di Kampung Tengah, Puchong, Chng dan kakitangannya tetap akan meneruskan perjuangan bagi kebaikan anak-anak istimewa ini untuk bersosial dan menjalani kehidupan normal.quot; Perkopb beroperasi atas sumbangan ibu bapa anak-anak ini serta dermawan. Tanpa platform ini, ke manakah hala tuju hidup mereka,quot; soalnya.Angus cukup bertuah kerana dengan kemahiran muzik yang dikecapi, dia menerima banyak jemputan. Dia juga gemar keluar membeli-belah bersama keluarga. Katanya: quot; Angus like to go to The Curve, Ikea, Tesco. Angus like to go to restaurant. Angus sayang my mum and dad (Angus suka pergi ke The Curve, Ikea, Tesco. Angus suka pergi ke restoran. Angus sayang ibu dan ayah).quot; Sebelum pulang, penulis dan jurugambar, Aby Baizura dihidangkan dengan lagu Getaran Jiwa oleh Angus.ika anda ingin menderma kepada Perkobp, hubungi Chng Cheng Hui di talian 603-7781 6467 atau 016-292 8438 atau hantarkan e-mel kepada admin@perkobp.org.Anda juga boleh menghubungi atau menjemput Angus membuat persembahan di talian 012-315 2557.Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.html
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/02/keistimewaan-golongan-penghidap-autisma.htmlquot; quot; permanent linkquot; 5:02:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=8331370941968331535quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA, HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pendidikan%20Khas%20Dalam%20Mediaquot; Pendidikan Khas Dalam Media
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/minda-kanak-kanak-autisme-lebih-tajam.htmlquot; Minda Kanak-kanak Autisme lebih Tajam (Utusan)
Sunday, January 25, 2009
Abel...Seorang kanak - kanak Hyper + Autisma yang berupaya mengigat dan melukis logo2 yang dilihatnya seperti logo NT7, TV3 dan beberapa logo yang pernah dilihatnya. Apa yang pasti buku latihan Abel adalah buku latihan yang paling berat diantara buku latihan murid yang lain...Kenapa? Kerana buku Abel penuh dengan gambar jentera berat/jentolak atau yang sering Abel sebut quot; Hitachi!!quot; ..Mungkin ini difaktorkan memandangkan bapanya seorang pemandu Hitachi jadi itulah yang menjadi sumber inspirasi Abel.. Ketajaman minda Abel boleh dilihat melalui lukisannya yang terperinci (bagi kanak2). Ketajaman minda kanak-kanak seperti ini boleh diasah.KUALA LUMPUR 14 Julai - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran mendapati kanak-kanak autistik (menderitai autisme) mempunyai ketajaman minda yang lebih hebat berbanding kanak-kanak normal.Penolong Pengarahnya, Abdul Rahaman Mohd. Darus berkata, berdasarkan pengalaman beliau menguruskan golongan terbabit, mereka didapati mampu mempelajari dan mengingati perkara yang mereka minati dengan cekap dan cepat tanpa sebarang bantuan daripada tenaga pengajar.quot; Saya pernah menemui seorang kanak-kanak autistik berbangsa Cina yang berumur 12 tahun, mampu menulis lima baris doa harian yang tertulis pada dinding sebuah kelas Pendidikan Islam dengan lengkap baris tajwidnya tanpa diberi latihan khusus.quot; Kami hanya menyedari kelebihan kanak-kanak itu selepas tiga tahun beliau secara rutin melintasi kelas Pendidikan Islam tersebut untuk menghadiri kelas pendidikan moral yang bersebelahan dengannya,quot; katanya selepas majlis perasmian Seminar Mempertingkatkan Kesedaran bagi Kanak-kanak Autisme di sini semalam.Namun begitu, beliau berkata, kelemahan komunikasi golongan autistik adalah punca ibu bapa mereka gagal mencungkil kebolehan yang tersembunyi itu.Katanya, minda golongan autistik boleh menyerap perkara tertentu yang berlaku di sekeliling mereka dengan cepat walaupun secara zahirnya mereka kelihatan seolah-olah dalam kebingungan.Bagaimanapun, Abdul Rahaman berkata, golongan itu lebih suka berada dalam dunianya sendiri dan degil untuk berkomunikasi dengan masyarakat menyebabkan mereka dianggap membebankan dan berpenyakit bagi sesetengah pihak.quot; Apa yang lebih merisaukan ialah jika golongan autistik ini tidak dilatih dengan betul, mereka berkemungkinan akan hilang tumpuan kepada semua perkara yang ada di keliling mereka,quot; katanya.Oleh itu, katanya, ibu bapa diharap dapat mendaftarkan anak-anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran agar mereka dapat dilatih untuk berkomunikasi secara normal.Sementara itu, Pengerusi Yayasan Amal Wangsa, Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak berkata, kehadiran pakar-pakar dari Kementerian Pelajaran diharapkan berupaya membantu golongan terbabit.Beliau berkata, seminar seperti itu membolehkan ibu bapa mengetahui cara yang lebih efektif untuk membimbing anak-anak autistik.Golongan autistik mula dikesan sejak tahun 1960-an dan didapati kanak-kanak golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih tajam berbanding kanak-kanak biasa serta mempunyai bakat yang tersendiri seperti melukis, fotografi serta menyanyi.- Bernamahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/minda-kanak-kanak-autisme-lebih-tajam.htmlquot; quot; permanent linkquot; 3:46:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=3805703948711063307quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-komunikasi-dengan-kanak_21.htmlquot; Meningkatkan Komunikasi dengan Kanak - kanak Autisma. How to Improve Communication with Autisme Childrens. #2
Wednesday, January 21, 2009
4. Abaikan Pertuturan, vokalisasi, ketwa dan perbuatan yang tidak sepatutunya.
Hanya beri perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Ulangi perbuatan diingin dan abaikan perbuatan - perbuatan yang tidak sepatutnya.
5. Bertutur dengan perlahan, jelas dan tepat.
Individu Autisma mungkin mengalami masalah untuk memproses setiap percakapan yang didengarnya. Oleh itu anda perlu bertutur dengan perlahan dan jelas bagi membolehkan mereka mendapatkan kebanyakkan kiu verbal anda. Pastikan kanak - kanak itu melihat muka anda bagi memudahkan mereka mempelajari mimik muka. Jangan menggunakan bahasa abstrak sehinggah anda pasti mereka memahaminya. Contonhya jangan menggunakan quot; Aidil pergi duduk.quot; Sebaiknya anda menggunakan perkataan quot; Aidil duduk atas kerusiquot; .
Kebanyakkan kanak - kanak Autisme juga tidak memahami perkataan kiasan, sindiran atau peribahasa. Sebalinya mereka memahami makna yang terdapat dalam satu satu ujaran percakapan sahaja (terlalu lurus/konkrit). Sebagai contoh, sekiranya anda mengajar konse warna dengan menunjukkan warna2 pen berbeza, jangan mengatakan quot; Ini biruquot; malah lebih baik menggunakan quot; Ini pen biruquot; . Elakkan juga daripada menanyakan soalan semasa ingin memberikan arahan. Seperti quot; Ok, kita boleh mula sekarang?quot; Ini menyebabkan arahan yang ingin disampaikan boleh menjadi satu pertanyaan dan kanak - kanak boleh mengatakan quot; Tidakquot; . Dalam konteks ini, pertuturan ini adalah diterima dan menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa diberhentikan.
6. Gunakan jadual dan kaedah tertentu utk meramal situasi yang akan datang @ perubahan suasana pada persekitaran kanak2 Autisme.
Kanak - kanak Autisme tidak dapat menerima sebarang perubahan dalam perkara rutin harian mereka. Ini kerana kanak - kanak ini tidak berkebolehan unutk memahami dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kiu - kiu sekelililngnya yang menandakan perubahan akan berlaku. Kebanyakkan mereka kan memberi tumpuan kepada sebahagian kecil situasi daripada keseluruhan situasi.
Sebagai contoh, kebanyakkan kita akan memerhatikan keseluruhan keadaan bilik darjah dan dapat melihat sebahagian pelajar bersedia untuk pulang. Kelihatan buku disimpan, kerusi dimasukkan, mendengar guru mengucapkan quot; selamat pulangquot; . Tetapi murid Autisme tidak dapat memahami keseluruhan ini dan hanya memberi tumpuan pada aktiviti yang dia perlu siapkan. Kanak - kanak Autisme perlu mengetahui akiviti pertama, kedua dan terakhir. Kanak - kanak seperti ini perlu diperingatkan keadaan bila aktiviti akan berubah (contoh, quot; selepas 5 minit tiba masanya untuk jigsaw puzzle disiman.quot; ) dan keadaan bila aktiviti bermula (contoh, apabila lego ni siap, tiba masanya untuk lakukan kira - kira ). Mereka juga perlu diberitahu mengenai perkara yang berkemungkinan atau mengejutkan akan berlaku ( Contoh, Ikran, dalam 5 minit lagi lonceng akan berbunyi. Bunyinya sangat kuat!quot; ).
7. Jangan meniggikan suara, merampas, menggertak dengan tiba - tiba.
Meninggikan suara untuk menjadikan satu orang patuh adalah perkara biasa. Namun, kebanyakkan kanak - kanak Autisme adalah sensitif bunyi. Mereka akan mengabaikan permintaan anda. Dan apabila kita tinggikan suara pada mereka, kita juga harus memberikan arahan 4 hinggah 5 kali. Sekiranya begini, kita telah mengajar mereka bahawa percakapan suara tinggi sahaja yang bermakna. Maka mereka hanya patuh apabila kita tinngikan suara kepada mereka.
Untuk mengatasi masalah ini, minta kanak - kanak tersebut melakukan sesuatu satu atau dua kali sahaja. Sekiranya tiada respon, beri bantuan yang sepatutnya. Sebagai contoh, sekiranya anda telah beri arahan sebanyak 2 kali meminta kanak - kanak in duduk dan dia masih lagi berdiri, pegang kedua - dua bahunya sambil mendudukkanya atas kerusi. Sekali kanak - kanak ini duduk katakan padanya quot; Bagus, dudukquot; . Kanak - kanak Autisme belajar melalui ini.
8. Jangan menerima tingkah - laku yang tidak sepatutnya dalam melepaskan diri melakukan tugasan.
Sekiranya anda memberi arahan kepada kanak - kanak tersebut dan mereka marah, menangis, menjerit, tidak memperdulikan anda, berlalri keluar atau tidak mahu melakukan arahan itu, anda perlu meneruskannya bagi memastikan arahan tadi dilakukan. Tunggu sehinggah ia tenang dan pastikan tugasan tersebut dilakukan.
Berikan kata - kata peneguhan yang boleh meningkatkan kembali keupayaannya melakukan kerja. Seperti, quot; saya tahu awak tidak suka nak buat tapi kalau siap nanti boleh main kereta mainan ni (atau benda/perkara lain yang disukainya)quot; . Tingkah laku ini adalah paling sukar dikawal tetapi apabila anda dapat melakukannya maka tingkah laku tidak baik ini akan dapat dihapuskan sutu hari nanti walaupun memakan masa.
9. Jangan membenarkan terikat dengan rutin atau perkara yang telah ditetapkan.
Seperti yang dimaklumi, kanak - kanak Autisme tidak suka kepada perubahan dalam rutinnya. Oleh itu, memberhentikan kanak - kanak ini daripada rutinnya akan membuatkan dia marah dan melakukan tingkah laku tidak sepatutnya. Bagaimanapun membiarkan membenarkan mereka melakukan rutinnya selepas tingkah laku tersebut boleh menyebabkan mereka mempelajari tingkah laku ini diterima dalam situasi ini. Dan perkara ini adalah sesuatu yang tidak baik. Teruskan memberhentikan rutinnya. Tingkah laku tidak baik akan berkurangan. Bersabar dan abaikan tingkah laku tersebut sekurang - kurangnya 3 minggu.
10. Kukuhkan, teguhkan dan wujudkan suasana quot; pembelajaran berprotokolquot; .
Harus ingat bahawan individu Autisma menghadai masalah dalam menentukan sesuatu yang penting. Selalunya mereka memberi tumpuan kepada sesuatu yang tidak sepatutnya dalam pertuturan atau perbuatan kita atau benda yang menarik minatnya dari segi perbuatan dan sensorinya.
Dalam mengajar kanak-kanak Autisme secara efektif, kita harus mendapatkan perhatiaannya. Ini bermakna mereka perlu berada pada satu sudut dalam bilik, duduk dengan baik, dan lihat pada muka anda (eye contact). Tangan mereka juga tidak menepok - nepok meja, melambai - lambai, menggosok - gosok badan atau bermain dengan sesuatu. Tangan mereka adalah bersedia unutk melakukan sebarang aktiviti. Inilah yang dinamakan quot; pembelajaran protokolquot; .
PEMBELAJARAN BERPROTOKOL
1. Beri Arahan: quot; duduk atas kerusiquot; . Jika masih berdiri, bantu mereka untuk duduk dan pujinya quot; bagus duduk'.
2. Beri Arahan : quot; Tangan atas mejaquot; . Sekiranya kanak2 tersebut masih tidak melakukannya, bantu mereka dengan meletakkan tangannya di ataseja dan beri pujian quot; bagus tangan di siniquot; atau quot; bagus, ikut arahanquot; .
3. Beri Arahan : quot; Lihat muka sayaquot; . Sekiranya kanak - kanak tersebut tidak melihat muka anda, tunggu respon atau beri mereka masa dan apabila mereka melihat mata anda dan hanya beberapa saat, beri pujian quot; Bagus lihat sayaquot; dan berikan sedikit ganjaran. Atau boleh memegang barang/makanan yang diingininya berhampiran dengan mata anda untuk menggalakkan kontak mata.
Pastikan anda memperolehi ketiga - tiga perkara tersebut sebelum memberikan arahan, aktiviti atau memberi ganjaran. Ini memberi peluang kepada kanak - kanak tersebut unutk bersedia mempelajari sesuatu.
Sumber: Salinan dua keping kertas saiz A4 yang tertulis dibawanya nama quot; Shahriman Shalihin, Speech Therapistquot; .
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-komunikasi-dengan-kanak_21.htmlquot; quot; permanent linkquot; 3:38:00 AM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=1713809389335440568quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-komunikasi-dengan-kanak.htmlquot; Meningkatkan Komunikasi dengan Kanak - kanak Autisma. How to Improve Communication with Autisme Childs. #1
Saturday, January 17, 2009
1. Meletakkan harapan yang tinggi.
Letaklah harapan yang anak - anak ini akan memberi respon kepada soalan atau arahan anda. Jangalah anda membuat anggapan bahawa atau setkan dalam minda anda bahawa mereka tidak akan memberi respon hanya kerana mereka Autisma dan kurang upaya. Anda perlu ingat bahawa anak - anak Autisma ini perlukan lebih masa untuk memahami arahan atau soalan anda. Oleh itu bantulah anak ini memahami anda dan jangan berhenti untuk meletakkan harapan yang positif kepada mereka.
2. Gunakan Pendekatan Positif
Tumpukan kepada tingkah laku yang sepatutnya. Sekiranya anda melihat tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan positif kepada mereka. Peneguhan tersebut boleh jadi peneguhan fizikal seperti memberikan tepukan, peneguhan makanan atau peneguhan mainan. Peneguhan mestilah perkara yang disukainya bagi menggalakkan mereka melakukan tingkah laku yang diigini.
Abaikan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun, tingkahlaku yang boleh mencederakan diri dan orang lain memerlukan pendekatan lain. Namun biasanya tingkah laku yang sepatutnya dimulakan dengan pengabaian.
Pastikan arahan anda jelas dan tepat. Contohnya adalah lebih tepat quot; Ikram, duduk atas kerusiquot; berbanding quot; dudukquot; atau quot; jangan berdiriquot; . Berikan mereka peluang sekiranya mereka melakukan kesilapan.
3.Beri Peluang untuk Memberi Respon dan Pastikan Anda Mendapat Respon.
Kebanyakkan kanak - kanak Autisma mengalami masalah memproses maklumat yang didengar atau dilihatnya dan mereka memerlukan masa untuk memahami apa yang diberitahu dan menentukan respon sepatutnya. Oleh itu berikan mereka masa untuk merespon arahan anda (lebih kurang 10 saat). Bantulah mereka dalam memberi respon kepada anda. Contohnya;
Anda: Ikmal mahu makan ?
Ikmal: ..............
Anda: Saya...................(beri peluang Ikmal melengkapkan perkataan anda).
Sekiranya tiada respon juga...
Anda: Saya ma.......(sekiranya dia kelihatan mengangguk).
Sekiranya tiada respon....Bantulah dengan kata quot; mahuquot; atau quot; tidakquot; dengan isyarat angguk/geleng. Setiap respon yang diberikan perlulah diberi peneguhan walaupun anda terpaksa melengkapkan setiap respon tersebut. Usahlah dibiarkan arahan anda kekal tiada respon. Ini kerana sekiranya anda membiarkan arahan anda quot; tergantungquot; , kelak kanak - kanak Autisma ini akan mempelajari bahawa tiada respon juga diterima dan menganggap responnya tidak penting. Pastikan anda mendapat respon.
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-komunikasi-dengan-kanak.htmlquot; quot; permanent linkquot; 7:22:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=979937070129820786quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/12/amazing-autisme.htmlquot; Amazing Autisme & Amazing Down Syndrom
Wednesday, December 31, 2008
Gambar Hiasan
Kau dilindungiNya
HYPERLINK quot; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htmquot; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
Kanak - kanak SD yang tergelincir ke dalam sungai ditemui semula selepas 18 jam. Kanak - kanak ditemui duduk sambil menangis di tebing sungai di sebarang dari tempat dia terjatuh..
Kejayaan Anak Autisma
5 January 2009 sesi persekolahan akan bermula...Satu epsisod cerita rasa hati yang baru akan bermula. Aku antara manusia yang sangat - sangat menantikan satu takdir yang baru akan berlaku kepada diri ku dan orang sekeliling ku bersama mereka - meraka yang aku sayangi..Agar takdir ini akan menjadi satu pengalaman yang akan membawa aku ke alam yang lebih mendewasakan.. bersama harapan akan ku jadikan sebuah kisah klasik yang akan ku ceritakan kepada masa depan ku..Kejayaan anak ini menimbulkan satu rasa bangga dalam diri ini...Meski kau tidak kenal aku..Meski kau tidak hirau kan aku..sayang..Meski kau tidak pernah melihat aku...Kau memberi aku satu motivasi..Kau membantu aku membina satu keyakinan...Kau mencelikkan mata hati mereka..Kau memaksa mereka berfikir...Kau membikin mereka percaya....Kau menjadikan mereka mulai hormat kau, aku dan yang lain..
HYPERLINK quot; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htmquot; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
Pelajar Autisma ini seperti yang telah dilaporkan dalam Akhbar Kosmo!, telah memperolehi 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dikeluarkan hari ini. Ini mungkin bukan kejayaan pertama kanak - kanak Autisme di negara kita. Namun tidak ramai yang kita ketahui atau ditonjolkan. Kejayaan mereka bukan hanya dalam bidang akademik sebaliknya dalam bidang - bidang yang lain... Apapun kejayaan adik Khairul Iman ini sedikit sebanyak membuka hati kita untuk membantu pengidap autisma yang lain.
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/12/amazing-autisme.htmlquot; quot; permanent linkquot; 5:08:00 PM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=6349837693327507746quot; 2 comments:
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/10/washington-mar-2-ani-researchers-at.htmlquot; ‘Virtual peers’ may help develop social skills in autistic children
Sunday, October 12, 2008
Washington, Mar 2 (ANI): Researchers at North Western University suggest that virtual peers or animated life-sized children that simulate the behaviours and conversation of typically developing children, may help prepare children with autism for interactions with real-life children.The study led by Justine Cassell, professor of communication studies and electrical engineering and computer science and researcher Andrea Tartaro provides strong evidence proving that virtual peers can be useful in developing meaningful interaction among children with autism and real- world children.The study involved six children with high-functioning autism between 7 to 11 years. They were asked to play during an hour-long session with a real-life child, and with a virtual peer named Sam.The researchers then analysed the data collected during the session.The findings revealed that children with autism produced more and more contingent sentences while talking to the virtual peer and the sentences were not increasingly contingent when they were paired with the real-life children.Certainly were not saying that virtual peers make the best playmates for children with autism, said Tartaro.The overall goal is for the children with autism to generalize the skills they learn in practice sessions with virtual peers to meaningful interactions with real-world children, Tartaro added.The researchers believe that virtual peers have some distinct advantages over real-life children when it comes to practicing social skills as children with autism often like technology.It interacts to us, said one child with autism upon first meeting a virtual peer.Cassell believe children can be exposed to different behaviours by programming the conversation of the virtual peer.We can program their conversation to elicit socially-skilled behaviour, and we can vary the way that they look and behave so children with autism are exposed to different kinds of behaviour, she said.Cassell in collaboration with psychologist Miri Arie is developing assessment and intervention procedures that may give them a better understanding of peer behaviours of children with autism.The preliminary study was presented at a meeting of the American Association for the Advancement of Science. (ANI)
Sources :
HYPERLINK quot; http://www.thaindian.com/newsportal/health/tual-peers-may-help-develop-social-skills-in-autistic-children_10023079.htmlquot; http://www.thaindian.com/newsportal/health/tual-peers-may-help-develop-social-skills-in-autistic-children_10023079.html
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/10/washington-mar-2-ani-researchers-at.htmlquot; quot; permanent linkquot; 7:56:00 AM
Reactions:
HYPERLINK quot; https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2863796492209568297&postID=5728527497029372008quot; 0 comments
Labels: HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/AUTISMAquot; AUTISMA, HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Pendidikan%20Khas%20Dalam%20Mediaquot; Pendidikan Khas Dalam Media
HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/07/aus.htmlquot; KEnaLI aUTisMA
Tuesday, July 8, 2008
Hiperaktif/melakukan kegiatan fizikal secara berlebihan atau malah tidak melakukan apapun (terlalu pendiam)
Tantrum - Suka mengamuk / memperlihatkan kesedihan tanpa alasan jelas.
Kecekapan Motor Halus dan Motor Kasar yang tidak seimbang
Tidak berminat terhadap kaedah pengajaran biasa.
Menekuni satu - satu perkara seperti barang permainan dengan cara aneh dalam waktu lama.
Echolalia (mengulangi kata atau kalimat, tidak berbahasa biasa)
Tidak suka dipeluk (disayang) atau menyayangi.
Tiada respon terhadap isyarat kata-kata; bersikap seperti orang tuli.
Kesulitan dalam mengutarakan keperluannya; suka menggunakan isyarat atau menunjuk dengan tangan daripada kata-kata
Lebih suka menyendiri; sifatnya suka menjauhkan diri
Keterikatan pada satu benda secara berlebihan
Menuntut hal yang sama; menentang perubahan atas hal-hal yang bersifat rutin.
Tidak pedulikan bahaya.
Sukar untuk bersosialisasi dengan kanak – kanak sebaya mereka.
Suka benda-benda yang berputar / memutarkan benda
Tertawa dan tergelak tanpa sebab.
Tiada atau jarang sekali dari segi kontak mata
Tidak peka kepada rasa sakit.
Posted by ari at HYPERLINK quot; http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/07/aus.htmlquot; quot; permanent linkquot; 3:07:00 PM