SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 42
19 LAGI PROJEK DI BAWAH ETP
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 11 Januari 2011 telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah
program Transformasi Ekonomi (ETP). Kesemua projek berkenaan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan
kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaaan baru. Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober
2010.


Kesan daripada Program Transformasi Ekonomi kian ketara. Keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap
ekonomi Malaysia kini semakin tinggi. Ini boleh dilihat daripada prestasi Bursa Malaysia yang telah mencecah tahap penutup
tertinggi pada 7 Januari iaitu 1,572.21 mata.

Sementara itu, Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton yang terkini menunjukkan 50 peratus perusahaan
sederhana hingga besar (atau medium to large enterprises) positif tentang prospek ekonomi Malaysia pada tahun ini, tahap
keyakinan tertinggi untuk Malaysia sejak penyertaan Malaysia dalam laporan tersebut. Mengikut Frost & Sullivan, jumlah
keluaran industri automotif (atau total industry volume, TIV) diunjurkan mencecah paras tertinggi baru sebanyak 623,000
unit tahun ini, peningkatan 4.1 peratus berbanding TIV 2010. Petanda-petanda positif ini amat menggalakkan dan kerajaan
akan terus berusaha sehingga matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tercapai.



Sebahagian 19 Projek EPP

Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang
diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.

ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, bersama-sama dengan rakan kongsi kontrak pengeluarannya,
Petronas Carigali Sdn Bhd, merancang melabur lebih RM10 bilion dalam aset minyak dan gas bagi membantu
memastikan bekalan yang andal dan mampan bagi Malaysia.

Ini merupakan kesinambungan dari pengumuman insentif cukai baharu di bawah Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA)
pada November 2010.

Komitmen perbelanjaan modal ini akan digunakan bagi memberi nafas baharu terhadap kemudahan yang matang dan
melaksanakan usaha meningkat aktiviti pengeluaran minyak di medan Tapis dan projek pembangunan gas Telok.

- Projek Telok, yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia, sedang dibangunkan di bawah satu kontrak
perkongsian pengeluaran bagi menyediakan bekalan tambahan bagi keperluan kuasa dan perindustrian Malaysia
dan akan menggalakkan pertumbuhan organik sektor gas asli.

- Shell Malaysia akan turut melabur RM1.5 bilion di segi pelbagai projek bagi menaik taraf, mengembangkan dan
membina kemudahan di dalam aktiviti hiliran, pertengahan dan huluan di seluruh Malaysia.

Ini termasuk mengembangkan loji lilin Sintesis Penyulingan Pertengahan Shell (MDS) di Bintulu, satu unit pemprosesan
diesel yang baharu di Kilang Penapisan Shell di Port Dickson dan pembangunan air dalam Gemusut di luar pesisir Sabah.

- Dialog Group Bhd mengetuai satu konsortium yang terdiri daripada kerajaan Johor dan Vopak akan
membangunkan satu projek terminal petroleum air dalam bebas RM5 bilion di Pengerang, Johor.

Projek ini akan mempunyai keupayaan penyimpanan petroleum keseluruhan 5.0 juta meter padu dan melonjakkan Malaysia
sebaris dengan hab penyimpanan minyak serantau.

Datuk Seri Najib menjangka satu kesan penggandan yang signifikan dari projek Pengerang untuk merangsang keseluruhan
ekonomi. Di bawah ETP, ia dijangka menjana pendapatan negara kasar RM1.6 bilion menjelang 2020.
- Pembentukan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia di mana Dr Mohd Zamzam Jaafar telah dilantik sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif.

Dr Mohd Zamzam mengetuai perancangan berdasarkan tempoh jadual masa pembangunan semasa antara 11 hingga 12
tahun daripada praprojek sehingga pentaulihan.

- Di bawah NKEA Perkhidmatan Perniagaan, MyTelehaus, CSF Group dan pusat data Teliti International telah
membantu Malaysia merapatkan jurang mengenai aspirasi untuk meningkatkan jualan ruang lantai pusat data.

Melalui pelaburan lebih RM671 juta secara kolektif, ketiga-tiga organisasi itu akan membangunkan kemudahan baharu dan
menaik taraf yang sedia ada, bagi membekalkan ruang lantai 475,000 kaki persegi pusat data bagi menampung peningkatan
permintaan.

- Mengenai NKEA Penjagaan Kesihatan, UM Holdings Sdn Bhd, satu perbadanan milik penuh Universiti Malaya, akan
mewujudkan Metropolis Kesihatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, Selangor.

Usaha menyepadukan penjagaan kesihatan, penyelidikan biologi dan pasca pendidikan menyasarkan untuk meningkatkan
standard dan kualiti bidang berkenaan, bagi menjadi antara yang terbaik di dunia.

Ia turut ditanda aras berbanding Pusat Perubatan Longwood Havard dan Pusat Bio-X Stanford, dua daripada contoh terbaik
dalam kelasnya di dunia.

- Satu lagi projek di bawah NKEA Penjagaan Kesihatan, Hovid Bhd, iaitu sebuah syarikat farmaseutikal kelahiran
negara ini, telah menjalin perjanjian dengan Winthrop Pharmaceuticals, satu anak syarikat Sanofi-Aventis, satu
syarikat farmaseutikal global.

Usaha sama itu akan mengeluarkan dan membekalkan ubat-ubatan generik bagi diabetik dan pengurusan kesakitan bernilai
RM50 juta bagi tempoh lima tahun akan datang.




Sumber: Bernama, www.pmo.gov.my

Artikel dimasukkan pada 11 Februari 2011


6 INISIATIF PEMBAHARUAN BAGI MENINGKATKAN DAYA
SAING
Bahagian kesimpulan Model Ekonomi Baru (New Economic Model, atau NEM) telah mengetengahkan sejumlah 51 dasar
polisi untuk membolehkan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global. Pada tahun 2011, PEMANDU telah
ditugaskan untuk membina program yang terperinci bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut, yang dikelompokkan
kepada enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiatives atau SRI).

Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen kedua yang kritikal
bagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP). Ini melengkapkan fokus yang telah
diberikan oleh 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, atau NKEA) yang dijangka akan dapat
meningkatkan daya saing negara dan membolehkan pertumbuhan yang berkekalan. Ianya adalah: • Kewangan Awam

• Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
• Pembangunan Modal Insan

• Penyampaian Perkhidmatan Awam

• Standard Antarabangsa Dan Liberalisasi

• Merapatkan Jurang Ketaksamaan. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera

“Dengan adanya SRI yang terperinci iini, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap. Usaha mengejar pembangunan
ekonomi diiringi perubahan-perubahan dasar akan membolehkan kita bersaing dengan mantap di persada antarabangsa.” -
Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak .

Bagi 14 lagi langkah itu telah pun diserapkan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama
Negara(NKRA).

1. Meningkatkan Pendapatan, Mengurangkan Kos

Bagi mencipta ruang kewangan sebanyak RM13 bagi negara, 20 daya usaha serta-merta dan serta jangka panjang telah
dicadangkan oleh Makmal Kewangan Awam bagi meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan memperkasakan
ekonomi negara. Ini akan membolehkan Kerajaan menangani sebarang kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melabur
bagi masa hadapan.

Cadangan-cadangan ini dikelompokkan ke dalam enam bidang utama, iaitu pelaksanaan cukai, memperhalusi galakan
percukaian syarikat, pemerolehan yang telus, pengawalan perbelanjaan serat perakaunan berganda, termasuklah dan
perkhidmatan (Goods and Services tax atau GST).

“Sejumlah enam daya usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pungutan cukai. Ini termasuklah meluaskan bidang
penyiasatan serta audit, meluaskan asas percukaian dan meningkatkan keupayaan audit dan penguatkuasaan Jabatan
Kastam. Bagi meluaskan lagi asas pencukaian GST akan diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan
yang sedia ada. “ kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato‟ Sri Idris Jala.

Tindakan juga kaan diambil bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan di dalam empat bidang, yakni perserasian subsidi,
perolehan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran kepada bahan-bahan berkanun.

2. Menghalusi Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

Di makmal SRI yang membincangkan Perangan Kerajaan dalam Perniagaan, Kerajaan digesa berusaha untuk memastikan
sempadan antara bidang perniagaan dan penguatkuasaan dipisahkan dengan jelas agar tidak berlaku sebarang
percanggahan atau perselisihan kepentingan dan menggalakkan pasaran yang lebih adil sekali gus menarik pelaburan dari
sektor swasta.

Dasar ini juga akan membolehkan Malaysia meraih manfaat dari segi penjimatan dan pasaran kewangan yang kukuh lagi
berwibawa. Ini sekali gus akan meningkatkan kedudukan kewangan negara di samping membolehkan memacu
pertumbuhan negara.

“Ini sejajar dengan NKEA di bawah ETP yang telah mengenal pasti bahawa 92% dari pelaburan di Malaysia mestilah datang
dari sektor swasta” ujar Jala. Penglibatan kerajaan dalam sektor perniagaan hanya akan berterusan dalam empat bidang,
iaitu:

• Apabila sektor swasta memerlukan pelaburan bergandingan dalam projek dijangka akan meningkatkan Pendapatan
Negara Kasar (PNK) sebagai contoh koridor pembangunan serantau.
• Di mana sesuatu bidang perniagaan itu harus dimiliki oleh badan tempatan bagi melindungi kepentingan negara, seperti
dalam perolehan teknologi pertahanan dan sebagainya.

• Apabila pelaburan yang diperlukan melibatkan pembangunan modal yang besar, pemangkin teknologi atau teknologi
baru.

• Apabila ia melibatkan projek binaan negara seprti sistem pengangkutan awam, bioteknologi dan tenaga lestari.

Setiap pelaburan juga akan mempunyai strategi bagi kerajaan untuk meloloskan kehadirannya. Kerajaan akan memperhalusi
setiap pelaburannya, bermula dengan 33 buah syarikat yang telah dikenal pasti bagi dilepaskan sama ada melalui
penyenaraian di bursa saham, pengurangan pegangan mahupun jualan sekali gus.

Bagi perniagaan yang lain, Kerajaan Malaysia nekad untuk membina struktur bagi meningkatkan tahap pengendaliannya.
Unit bagi memantau setiap syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked-Company atau GLC) akan ditubuhkan bagi
memantau setia syarikat dan badan berkanun yang terbabit.

“Maklumat prestasi ini juga kan disebarkan kepada rakyat melalui lama webnya bagi memastikan ketelusan dan pihak yang
berkenaan memikul tanggungjawab yang sepenuhnya”- Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU
Senator Dato’ Sri Idris Jala

3. Membangunkan Modal Insan Bagi Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Malaysia juga nekad untuk membangunkan modal insan, bermula dengan usaha mengemaskini undang-undang buruhnya.
Sejumlah empat Akta akan dikaji dan dipinda secara meluas bagi diserasikan dengan keperluan semasa pelbagai pihak yang
terlibat.

Memandangkan Malaysia juga sedang bergerak menuju sistem penggajian yang berteraskan produktiviti, di mana pekerja
dibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang dilakukan, maka kementerian Sumber Manusia juga akan mengumumkan
gaji minimum menjelang akhir tahun ini.

“Dengan lulusnya Rang undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011,maka Majlis ini akan di amanahkan untuk
meneliti dan memberikan cadangan kepada Kerajaan mengenai setiap hal yang berkaitan dengan penggajian minimum,
termasuk pecahan gaji minimum mengikut sektor, kawasan dan hal-hal lain yang berkaitan” kata Jala.

Peningkatan kemahiran tenaga pekerja adalah penting bagi membangun modal insan bagi ekonomi berpendapatan tinggi.
Sehubungan ini, Talent Corporation akan membantu membangunkan program yang terperinci bagi bidang-bidang yang
khusus sejajar dengan NKEA dan Makmal Bandar dan Koridor akan datang.

Ini termasuk beberapa langkah bagi menjamin keselamatan tenaga pekerja untuk menggalakkan mereka lebih banyak
bergerak dan berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, seperti insurans pengangguran, dibantu oleh program latihan dan
peningkatan kemahiran bagi pekerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja yang ditingkatkan.

Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (institute of Labour Market Information and analysis, atau (ILMIA) akan
ditubuhkan untuk membekalkan analisa yang mendalam mengenai pasaran buruh bagi membantu sektor awam meneruskan
dasar serta segala keputusan yang perlu. Ia juga akan dapat membantu sektor swasta dengan membekalkan jangkaan dan
analisa terperinci mengenai permintaan dan pembekalan buruh oleh industri dan sektor kecil.

Jala juga menambah bahawa Kerajaan akan mula mengamalkan dasar yang direka khas untuk menggunakan bakat kaum
wanita dengan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dengan sebaik mungkin, selain daya usaha bagi
meningkatkan penglibatan kaum Hawa di dalam tenaga buruh Malaysia.
Bagi membantu PKS pula, serangkaian program akan dibangunkan bagi menambah Dana Pembangunan Sumber
Manusia(Human Recourses Development Fund, atau HRDF). Ia seterusnya akan membolehkan PKS tempatan mempelajari
seterusnya mengamalkan amalan-amalan perniagaan yang terkini dalam pengurusan sumber Manusia, sekali gus
meningkatkan keupayaan mereka membina tenaga pekerja yang mahir dan tinggi produktivitinya.

4. Ke Arah Kerajaan Yang Cekap, Mantap Dan Berkebolehan

Hakikatnya, Malaysia sering ketinggalan apabila disebut mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemudahan perniagaan.
Walaupun keadaan telah semakin baik kebelakangan ini, kita masih perlu berusaha dengan lebih keras lagi bagi
meningkatkan daya saing dan membangunkan ekonomi negara.

Kita perlu bergerak ke arah membina Kerajaan yang berteraskan kecekapan, kemantapan dan kebolehan membekalkan
setiap keperluan sektor perniagaan mahupun orang ramai. Antara daya usaha yang amat penting dicadangkan oleh Makmal
Penyampaian Perkhidmatan Awam termasuklah membasmi penduaan langkah-langkah dan fungsi yang diserasikan agar
mempunyai struktur pentadbiran yang jelas bagi menjamin keutuhan dan mutu pengeluaran.

Jala berkata lagi, “Kerajaan juga sedang memperkenalkan sistem pemantauan prestasi segera, dibantu oleh sistem penilaian
maklum balas segera.”

Ini juga akan melihatkan peningkatan pembabitan rakyat di dalam sebarang kajian bertahap tinggi melalui kumpulan kajian
yang pertumpuan khusus, hari terbuka serta sidang pembincangan.

Perkhidmatan awam yang cekap ini juga akan dibina dengan mengamalkan amalan-amalan sumber manusia yang strategik,
di mana struktur organisasi akan dileperkan menggunakan amalan sumber manusia yang terpilih. Selain itu, pengambilan
tenaga pekerja terbuka di dalam perkhidmatan awam serta di antara sektor swasta bagi mengisi jawatan-jawatan tertentu,
melalui pengambilan terbuka ini sekali gus membina persekitaran yang berdaya saing. Antara langkah-langkah bagi
membolehkan dasar ini termasuklah memperkenalkan skim penggajian berkala dan peningkatan skim pencen sedia ada.

5. Meningkatkan Daya Saing Malaysia

Malaysia telah menunjukkan Iltizamnya bagi meningkatkan daya saing negara melalui SRI Standard Antarabangsa dan
Liberalisasi (SAL) yang melibatkan tiga unsur iaitu pembebasan sektor perkhidmatan, piawaian serta undang-undang
persaingan.

Pembebasan sektor perkhidmatan di peringkat tertinggi adalah berdasarkan sumbangan mereka kepada Pendapatan
Negara Kasar (PNK)bukan sahaja buat masa kini tetapi juga di masa hadapan.Ini amat penting dalam usaha mencapai
sasaran ETP untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pendapatan negara kepada 65% menjelang 2020.

Makmal juga telah mengenal pasti beberapa titik permulaan yang penting, di mana Malaysia mempunyai kelebihan dari segi
daya saing dan berupaya menjadi antara pengusaha terbesar dunia.Ia bermula dengan pembebasan sektor perubatan,
pendidikan serta perkhidmatan perniagaan. Kesemua ini akan menyaksikan had-had terhadap hak milik dan tenaga pekerja
asing di Malaysia dimansuhkan secara beransur-ansur.

Ini akan melengkapkan lagi peningkatan mutu barangan keluaran Malaysia di mana tumpuannya adalah terhad terhadap
perkhidmatan dan keluaran di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dan berkeupayaan menjadi pengeluar
terbesar dunia. Tanggal Januari 2012,Akta persaingan akan mula berkuat kuasa sekali gus menggalakkan peningkatan
persaingan, pelaburan asing serta merancakkan lagi pasaran semasa. Ia juga direka bagi melindungi para peniaga dari
sebarang amalan tidak sihat dan salah guna kuasa.

6. Merangsang Keupayaan Membina
Melalui SRI ini, daya usaha untuk membangunkan PKS Bumiputera akan dimajukan, sekali gus meningkatkan tahap
pendapatan dan merangsang isi-rumah Malaysia yang berpendapatan rendah bagi menyumbang kepada pembangunan
ekonomi. Telah ada juga rancangan dibawah NKRA bagi isi-rumah Berpendapatan Rendah, Pendidikan dan infrastruktur Asas
Luar Bandar, bagi meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah.

TERAJU telah dicipta bagi menerajui, menyelaras serta memacu penglibatan ekonomi Bumiputera dan menguatkan agenda
pembangunannya. Unit ini bertujuan membolehkan Kaum Bumiputera mengambil peluang serta kesempatan meraih
keuntungan dari pembangunan ekonomi.

Program PKS Berprestasi Tinggi (High performing Bumiputera SME, atau HPBS) bagi memupuk generasi baru pengusaha
Bumiputera bertaraf dunia di sepanjang 12 NKEA, akan dilancarkan oleh TERAJU tidak lama lagi.

PKS-PKS ini perlu membesar meningkatkan tahap pembangunan mereka serta bersaing di pasaran terbuka tanpa
mengharapkan belas Ehsan Kerajaan yang keterlaluan. Program ini akan mempunyai skim “tenggelam timbul” yang lebih
tegas bagi memacu prestasi dan sifat berdikari.

Sumber: PEMANDU


SATU LAGI TERAS UTAMA ETP DIPERKENALKAN
Kerajaan mengumumkan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) sebagai satu lagi teras utama Program Transformasi
Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa serta memastikan kesejahteraan hidup
rakyat makin terjamin.

Inisiatif berkenaan akan memacu Malaysia ke arah meningkatkan pendapatan negara, memperbanyak peluang pelaburan
swasta, mentransformasi tempat dan tenaga kerja di Malaysia untuk ekonomi berpendapatan tinggi, menyediakan sistem
penyampaian perkhidmatan awam berkualiti tinggi serta memperbaiki standard kehidupan rakyat berpendapatan rendah
tanpa mengira bangsa.


Enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)
1) Kewangan Awam


Datuk Seri Najib Razak sendiri menerajui SRI ini yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Rasionalisasi insentif cukai korporat
Meningkatkan asa cukai
Kawalan perbelanjaan
Permerolehan telus
Perakaunan terakru


2) Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan


Diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Membentuk peranan Kerajaan
Rancangan pengurusan
Pegangan dalam GLC
Tadbir urus syarikat milik negara


3) Pembangunan Modal Insan
Diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S
Subramaniam
Pemodenan undang-undang buruh
Gaji minimum
Jaringan keselamatan pekerja
Analisis pasaran tenaga kerja
Memanfaatkan tenaga kerja wanita
Mengukuhkan pengurusan sumber manusia
Naik taraf kemahiran pekerja


4) Penyampaian Perkhidmatan Awam


Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan
Kerajaan sebagai pemudah cara
Perkhidmatan awam berprestasi tinggi


5) Standard Antarabangsa dan Liberalisasi


Diterajui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr
Maximus Ongkili
Liberalisasi perkhidmatan
Standard
Akta persaingan 2010


6) Merapatkan Jurang Ketidaksamaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera


Diterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU).
Menaik taraf isi rumah berpendapatan rendah
PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (HPBS)


Menerusi enam SRI terperinci itu, Perdana Menteri berkata, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap dan kerajaan
akan meneruskan tumpuan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi, diiringi pembaharuan dasar yang membolehkan
Malaysia bersaing lebih kukuh serta mantap dalam persada antarabangsa.

Malah, petunjuk prestasi utama (KPI) beliau dan menteri lain berkaitan sudah diselaraskan bersesuaian SRI berlandaskan
penyampaian serta jangka masa jelas, di mana mereka komited untuk melaksanakan pembaharuan berkenaan.

Enam SRI itu merangkumi semua 51 langkah dasar diketengahkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Bahagian
Akhir Model Baru Ekonomi (MBE) yang saya terima pada Disember tahun 2010.

Sumber: Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 6 Julai 2011




Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sos
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Ia diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi me
    Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia,
    Badawi.



    Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3
    pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan
    sebanyak RM5 bilion. Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.


Ucapan pada 30/03/10

Berikut adalah teks ucapan pembentangan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Persidangan
Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur.

PENGENALAN

1. Terima kasih di atas pengenalan tersebut. Saya amat berbesar hati berada di sini pada hari ini. Pemimpin perniagaan dan pelabur adalah
penting untuk menentukan kesejahteraan ekonomi Malaysia – dan juga masyarakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha,
sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akan berlangsung sepanjang beberapa hari yang akan
datang.

2. ‘Menerajui Kecemerlangan Global’ tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang
berpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Ia juga bertepatan dengan apa yang ingin saya
katakan pada hari ini. Dalam tahun baru, konteks baru, dan dunia yang semakin pulih dari kemelesetan, kita perlu fokus terhadap:

·       Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana;

·       Meningkatkan daya saing Malaysia;

·       Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta;

·       Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi;

·       Membina ekonomi yang inovatif; dan

·       Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa hadapan.

3. Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik. Suasana ekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada
tahun lepas. Pada masa itu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih 20 juta pekerjaan telah hilang.
Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang. Ekonomi di seluruh dunia mengalami penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK). Pengeluaran industri dan pelaburan modal jatuh mendadak.

4. Kita mengalu-alukan ketibaan tahun 2010. Namun, sementara Malaysia masih merasai kesan kemelesetan ini, saya percaya kita telah
mengharungi rintangan dan mencapai kemajuan dalam menongkah arus. Kita enggan menjadi pemerhati pasif semasa kemelesetan ini
melanda rantau Asia, justeru kita telah bertindak dengan tegas dan pantas.

5. Kita telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi pelaburan negara yang dikehendaki dan perbelanjaan
berhemat yang diperlukan untuk mengurangkan defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasi
sektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor utama ekonomi negara.

6. Kini, kita sedang menyaksikan hasil langkah-langkah tersebut. KDNK bagi suku keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus,
lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pakej-pakej rangsangan menjana ratusan projek infrastruktur penghasilan kerja. Eksport kembali
pulih, dan pengaliran semula pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia. Defisit fiskal dijangka mengecil dari 7.0 peratus kepada 5.6
peratus pada tahun 2010. Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010. Jumlah eksport
meningkat 37 peratus kepada RM52 bilion dan import bertambah 31 peratus kepada RM40 bilion.

7. Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat menggalakkan. Coca-cola telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion ringgit yang
mampu menjana 2,000 hingga 3,000 pekerjaan di Malaysia. IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang terbesar di
Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat tempatan. JCY Berhad juga
merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25
peratus daripada pengeluaran pemacu cakera keras dunia. Melangkah ke hadapan, pegangan Kerajaan dalam pasaran akan dikurangkan,
modal akan dijana, inovasi akan dipupuk dan kekayaan akan dihasilkan bagi memberi kemudahan untuk mengembangkan lagi ekonomi
Malaysia.

8. Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali
daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh.
Keputusan yang diambil oleh Kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan
ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

CABARAN YANG DIHADAPI

9. Walaupun begitu, perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan – dan Perdana Menteri – aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat
Malaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang dilaksanakan
sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Saya tidak boleh menerima keadaan ini. Saya berjanji: kita
akan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membangun serta melaksanakan pembaharuan ekonomi yang diperlukan oleh negara untuk
terus berkembang, untuk perniagaan berjaya dan yang paling utama untuk kemakmuran rakyat.

10. Ekonomi dunia – sebelum dan khususnya sejak krisis kewangan, telah mengalami perubahan yang ketara. Polisi sebelum ini yang
memacu pertumbuhan tinggi dan membantu mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan
dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk
menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang
inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Jika kita tidak bertindak pantas untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balas
secara efektif terhadap perubahan persekitaran ekonomi, kita akan menghadapi risiko kehilangan daya saing.

11. Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa sektor ekonomi untuk memacu pertumbuhan. Kita perlu mempelbagai dan
memberi insentif kepada industri strategik yang baru di mana negara kita mempunyai kepakaran, kekuatan dan potensi untuk lebih
berjaya. Selaras dengan perkembangan ini, kita juga harus memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada
kompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara. Mereka – dengan sokongan bakat asing yang sesuai – mampu
menyumbangkan kecerdasan minda, modal intelektual dan kemahiran untuk membantu merealisasikan matlamat kita dengan lebih
bermakna. Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama
mengembleng tenaga dalam proses transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya.

12. Sistem pendidikan kita perlu dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik untuk melahirkan tenaga kerja masa depan, dengan
komitmen kepada program berasaskan merit. Ini akan mendorong kecemerlangan dan memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari
segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu kejayaan pada dekad mendatang.

13. Kita memerlukan kerajaan yang dapat membantu untuk memperkukuh sektor swasta. Ini bermakna, membentuk semula dan
memperkasa sektor awam untuk menjadi lebih responsif dan bertanggungjawab kepada keperluan sektor swasta dan perniagaan.

14. Kita juga telah mengenalpasti beberapa polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya pada era sebelum ini, namun kini mungkin
menjadi penghalang kepada kejayaan, merencat pasaran dan meletakkan kita dalam kedudukan yang kurang berdaya saing. Sebagai
contoh, kerajaan sedang berunding untuk mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud di
Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan. Langkah ini akan membawa
Malaysia sejajar dengan keadaan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan terhadap industri, perniagaan dan pembayar
cukai. Ini adalah penting untuk membolehkan kita terus maju ke hadapan bersama sebagai satu negara, di samping meningkat dan
mengukuh program jaringan keselamatan untuk menyokong kebajikan rakyat Malaysia yang mudah terjejas.

15. Secara keseluruhan, kekurangan ini menjelaskan keadaan pelaburan swasta Malaysia yang masih belum pulih ke paras sebelum krisis
kewangan Asia. Dan sebagaimana yang anda tahu, ini boleh memberi ancaman pada usaha kita untuk menjadikan negara sebagai destinasi
pelaburan asing dan tempatan.

16. Menangani isu-isu ini bukan sahaja perlu mempunyai visi yang jelas dan polisi yang betul tetapi ia juga memerlukan iltizam politik
yang jitu, pelaksanaan yang efektif dan sokongan rakyat yang sepadu. Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk keluar dari
perangkap ekonomi berpendapatan sederhana? Saya percaya kita perlu mencapai persetujuan bersama mengenai isu ini. Memandangkan
pertumbuhan ekonomi semakin pulih, sesetengah pihak mempersoalkan keperluan untuk segera mengubah tabiat lama. Kini, terdapat
seruan untuk melindungi status sedia ada. Kita jangan mudah terpedaya. Kita memerlukan cara baru untuk bertindak. Dengan pemulihan
ekonomi, kita mesti bertindak segera untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di masa hadapan. Dan ini merupakan pilihan yang
perlu kita hadapi. Untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana iaitu satu kedudukan yang merbahaya kepada mana-mana
negara dalam ekonomi global baru; atau untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu dan kita selesa serta terus berharap agar dunia
beradaptasi dengan kita. Pilihan kita dan tugasan Kerajaan adalah untuk terus menerajui polisi-polisi ekonomi yang berjaya dalam industri
berpengetahuan masa hadapan, dengan pekerjaan bergaji tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi bersama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

LAPORAN NEAC

17. Pada hari ini, kita akan mengambil satu langkah penting dalam perjalanan tersebut. Teras utama agenda polisi jangka-panjang
merupakan model ekonomi baru – yang akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dengan visi jangka masa yang lebih panjang
yang akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Ini akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi satu ekonomi yang
berpendapatan tinggi dan mempunyai pertumbuhan berkualiti dalam abad yang mendatang.

18. Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat
kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita
memerlukan bumbung – falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung
tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) – satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama
– merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Dan
lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.

19. Selepas beberapa bulan saya menjadi Perdana Menteri, saya telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang
merupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci. Saya meminta majlis ini memberikan
cadangan berani tetapi praktikal untuk melaksanakan model ekonomi baru bagi mengubah ekonomi Malaysia. Dan saya dengan ini
mengumumkan bahawa saya telah menerima laporan NEAC ini.

20. Laporan ini secara telusnya menyatakan keadaan ekonomi masa kini, kekuatan dan kelemahan – serta menilai polisi semasa dan
bidang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pada masa akan datang bagi Malaysia. Ia merupakan analisis yang komprehensif dan
berpandangan jauh. Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz,
ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan Sekretariat. Hasil kerja dan khidmat yang diberikan kepada negara bukan sahaja layak menerima
pengiktirafan tetapi juga penghargaan kita.

21. Pada hari ini, saya dan anggota kabinet – bersama-sama ahli jawatankuasa NEAC – akan memulakan pertimbangan terperinci
mengenai cara untuk kita maju ke hadapan, terutamanya dalam kita beralih dari laporan ini kepada pelan tindakan masa depan. Namun, ia
bukan merupakan cara lama debat politik. MEB mempunyai implikasi yang meluas untuk semua rakyat Malaysia dan kita tidak mampu
untuk mengabaikan pandangan mereka mengenai perkara ini. Seperti mana pelabur, Kerajaan juga menitikberatkan ketelusan yang tinggi.
Sama ada dalam bajet mahupun GTP, di mana ribuan penduduk awam terlibat dalam proses ini, saya telah mengarahkan laporan ini
diterbitkan dan mudah dicapai oleh masyarakat umum. Dengan ini kita dapat mengumpulkan input dan memberi peluang untuk mereka
terlibat sama dalam proses membuat keputusan bagi bulan yang mendatang. Hanya melalui konsultasi bersama Rakyat dan semua pihak
lain yang berkepentingan, maka kita akan mampu mencapai perancangan yang kukuh, meyakinkan dan efektif dalam melaksanakan MEB.

22. Saya telah menekankan dalam pelbagai majlis sebelum ini bahawa era ‘Kerajaan tahu segalanya’ telah berakhir. Rakyat – dan
golongan-golongan seperti pemimpin perniagaan dan pelabur – ingin serta layak untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan polisi.
Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih konsultatif dalam melibatkan pihak berkepentingan paling utama. Hanya melalui proses
tersebut, kita boleh meluaskan pandangan, mencabar pemikiran sedia ada dan membantu membina ketelusan dan keterbukaan semua ke
arah yang betul. Inilah hala tuju yang akan kita ambil. Rakyat didahulukan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PRINSIP MEB

23. Seterusnya, saya ingin menetapkan tiga prinsip yang saya percaya akan menjadi penunjuk kepada pemikiran negara dan pembangunan
MEB. Saya mahu – seperti mana yang digariskan oleh Tan Sri Amirsham – untuk kita semua membayangkan kesan MEB pada masa akan
datang dan makna MEB terhadap diri kita dari segi individu dan perniagaan.

24. Tiga prinsip yang jelas terhasil daripada laporan NEAC – pertama, berpendapatan tinggi, kedua, kemapanan dan ketiga,
keterangkuman (inclusive). Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk kita menjadi sebuah negara yang membangun
sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang
mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

25. Kita perlu bertanya pada diri sendiri akan soalan asas ini: Adakah MEB ini menjana pekerjaan berpendapatan tinggi di mana Rakyat
mendapat manfaat daripada ekonomi yang berdaya saing dan cara hidup yang lebih baik? Inilah intipati (raison d’être) bagi MEB. Kita
mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita sebanyak AS$7,000 kepada AS$15,000
dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan dalam Laporan NEAC. MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang
mudah, tapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini. Cabaran kita adalah bagaimana untuk
melakukannya. Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi.

26. Mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi bermakna upah pekerja yang lebih tinggi bagi keseluruhan ekonomi disebabkan
pertumbuhan bukan sahaja daripada modal, tetapi juga daripada produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi,
koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual. Ekonomi yang
berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensi
adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta. Kita mengharapkan pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui
pembayaran upah yang tinggi. Malah, pekerja kolar biru juga akan diberi upah berdasarkan peningkatan kompetensi yang mereka miliki,
dengan prestasi mereka akan diukur berdasarkan tanda aras pesaing antarabangsa. Semakin banyak kemahiran, akan datang
tanggungjawab yang lebih besar dan pekerjaan yang lebih baik serta berpendapatan tinggi.

27. Antara penemuan lain, laporan NEAC turut memberi penekanan bahawa sehingga hari ini seramai 80 peratus daripada populasi tenaga
kerja mempunyai taraf pendidikan sehingga kelayakan SPM yang setaraf dengan O-levels. Perkara ini tidak sejajar dengan ekonomi
berpendapatan tinggi yang kita aspirasikan. Kita perlu pendidikan yang berterusan, latihan kerja praktikal dan latihan semula kemahiran
bagi memanfaatkan sepenuhnya teknologi baru. Dan dengan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di mana produktiviti dan
daya saing memacu pertumbuhan, kos menjalankan perniagaan akan sentiasa berdaya saing berikutan penggunaan modal yang lebih
efisien serta memberi penekanan terhadap pekerja yang berkualiti. Ini bermakna, pengurangan kebergantungan terhadap tenaga buruh
asing yang tidak berkemahiran, dan lebih penumpuan kepada pekerja pelbagai kemahiran yang boleh meningkatkan produktiviti.
Perubahan ini juga memerlukan Kerajaan untuk turut meningkatkan kualiti dan produktiviti para pekerjanya. Saya percaya kita telah
memulakan usaha melalui GTP, yang mana antaranya akan meningkatkan infrastruktur negara serta memperbaiki akses kepada
pendidikan yang berkualiti.

28. Kedua, MEB mesti bertunjangkan komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mapan, bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi
negara kita, bahkan perlu mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli yang tidak ternilai. Tidak ada
maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis
yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang. Pilihan ini adalah tidak wajar dan amat sia-sia sekali. Kita boleh memiliki pendekatan
ekonomi yang mantap dan dinamik, tetapi ianya mesti berupaya memelihara negara kita yang dicintai demi generasi akan datang.
Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan hendaklah selari dengan pemuliharaan alam sekitar. Seperti yang telah saya nyatakan
sebelum ini semasa penubuhan NEAC, pencapaian berasaskan kekayaan semata-mata belum memadai dengan apa yang saya hasratkan.
Bukan sahaja saya mahukan rakyat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, tetapi juga mereka turut menikmati kehidupan yang lebih
sempurna. Meningkatkan kualiti hidup mestilah menjadi sebahagian daripada adunan MEB.

29. Akhir sekali, adakah MEB melibatkan keterangkuman? Kita perlu mengambil kira penggembelingan potensi keseluruhan rakyat
Malaysia, dan sama-sama menikmati hasil kemakmuran negara yang semakin berkembang.

30. Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan di
dalam MEB. Saya mengambil kesempatan ini, untuk menyentuh isu penyertaan menyeluruh MEB di mana tidak ada seorang pun yang
terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan seiring dengan kemajuan negara. Walaupun dari segi realitinya,
adalah mustahil untuk kita mencapai kesaksamaan yang sempurna dalam ekonomi global dan terbuka, masyarakat yang berteraskan
penyertaan bersama mampu memastikan yang kita boleh mengurangkan jurang ketidaksamaan, mampu membantu mereka yang paling
memerlukan, dan melibatkan penyertaan semua rakyat Malaysia yang berkebolehan dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang berdaya
saing.

31. Dalam mengubah pendekatan dengan mengambilkira cabaran-cabaran baru ini, ia memerlukan kita untuk mengubah pemikiran rakyat
kita. Dalam jangka masa pendek, tentu akan ada tentangan yang hebat. Sebahagian sektor ekonomi mungkin terjejas. Proses pembaharuan
tidaklah mudah dan tentunya akan mengalami kesukaran. Namun, bagi membina kekuatan jangka panjang negara, kita tidak boleh
berterusan membelakangi isu ini. Jika kita benar-benar mahu menyelesaikan isu ketidaksamarataan dan menjadi contoh di rantau ini, kita
perlu bertindak segera untuk melakukan perubahan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

TINDAKAN AFIRMATIF SEBAHAGIAN DARIPADA PENYERTAAN MENYELURUH

32. Dasar Ekonomi Baru dengan tindakan afirmatif telah berjaya dilaksanakan selama 40 tahun yang lalu, mengimbangkan strategi
pertumbuhan ekonomi negara kita dengan keperluan menangani ketidaksamarataan struktur ekonomi dan memupuk keharmonian sosial.
Kadar kemisikinan berjaya dikurangkan dengan ketara kepada 3.7 peratus pada masa ini. Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian
tersebut. Kejayaan ini menjadi contoh kepada negara-negara berbilang kaum lain yang ingin diikuti. Namun begitu, bilangan isirumah
berpendapatan rendah masih lagi banyak di Malaysia. Kerajaan kini berhadapan dengan masalah abad ke-21 yang memerlukan
pendekatan baru untuk menyelesaikannya.

33. Laporan NEAC menggariskan pendekatan untuk menangani kemiskinan dan juga memperbaharui polisi afirmatif dalam konteks
ekonomi baru dan lebih berdaya saing. Ini akan menjadi sebahagian daripada proses konsultasi awam. Sungguhpun demikian, Kerajaan
berpendapat ianya mempunyai kewajaran untuk pertimbangan dan saya ingin menggariskan parameter yang lebih menyeluruh.

34. Keutamaan kita adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Kita tidak akan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi,
mapan dan yang melibatkan penyertaan menyeluruh tanpa menangani masalah jurang pendapatan.

35. Justeru, adalah perlu kita memperbaharui polisi afirmatif terhadap MEB yang akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan
tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik. Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat – mereka yang
tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih
daripada aktiviti ekonomi negara. Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli
dan penduduk bandar yang berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar.
Sehubungan ini, laporan NEAC mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di
Malaysia – dari segi individu dan wilayah. Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian
khusus.

36. Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan
berkongsi kemakmuran negara. Sementara terdapat di kalangan mereka masih bergelut dalam keadaan sukar dengan berpendapatan yang
rendah, kita akan sentiasa memberikan sokongan khas untuk membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan.

37. Sejak berdekad lamanya, DEB telah menjadi kayu pengukur pencapaian utama masyarakat kita, satu polisi yang saya sokong dan
terima sepenuhnya. Objektif asalnya masih lagi relevan, namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita
akan mensasarkan pencapaian matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya. Oleh itu, dasar afirmatif yang
diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip, ia perlu:

- mesra pasaran;

- berdasarkan merit;

- telus; dan

- berdasarkan keperluan.

38. Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus, dengan peraturan yang
tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain. Ini merupakan
pemantapan dasar kita bagi menghadapi keadaan ekonomi baru, di mana keterangkuman merupakan komponen penting di dalam MEB.
Secara praktiknya, pendekatan ini bermakna sokongan kepada Bumiputera dipertingkatkan, di mana ia berdasarkan kepada keperluan dan
bukannya bangsa. Golongan Bumiputera masih merupakan majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas, walaupun dalam pelbagai
pendekatan, sementara pendekatan baru kita akan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah. Pendekatan
ini sebahagian besarnya masih lagi akan memanfaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada
komuniti lain yang kurang bernasib baik.

39. Dalam menilai pencapaiannya, pengagihan yang adil hendaklah merangkumi keseluruhan spektrum pengukuran kekayaan seperti
pemilikan ekuiti, aset kewangan dan bukan kewangan lain serta akses kepada peluang menjana kekayaan seperti konsesi jangka panjang
dan kontrak. Malahan dari segi pengukuran pemilikan, ia perlu melangkauiaspekekuiti termasuk harta benda lain, aset perniagaan seperti
peruncitan, harta tanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain serta perjawatan dalam pengurusan. Satu contoh yang
baik ialah pembangunan semula Kampung Baru, yang merupakan peluang penjanaan kekayaan secara holistik yang mendalam dan
melangkaui pemilikan ekuiti. Saya telah mengarahkan NEAC untuk menyediakan satu rangka kerja yang terperinci untuk melaksanakan
model afirmatif baru yang berdasarkan mekanisme yang telus dan berasaskan pasaran untuk mencapai pengagihan yang saksama, manfaat
daripada ekonomi berpendapatan tinggi.

40. Laporan NEAC menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran, kini perlu
memberi fokus kepada pelaburan binaupaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaat
daripada peluang-peluang baru dalam ekonomi. Selanjutnya, akses dan peluang latihan yang lebih saksama bagi meningkatkan kemahiran
dan keupayaan untuk mendapat pekerjaan akan diberi keutamaan kepada semua rakyat Malaysia.

41. Pendekatan ini dibina berasaskan pengalaman kita dalam melaksanakan tindakan afirmatif selama ini. Apabila dasar ini dilaksanakan
dengan telus, adil dan dengan kaedah yang lebih berwibawa, ia akan menjurus kepada pencapaian yang lebih baik. Akan tetapi, setelah
sekian lama, pelaksanaan tindakan afirmatif tidak menepati golongan sasaran yang amat memerlukan. Terdapat persepsi yang
menggambarkan bahawa bukan Bumiputera tidak mendapat manfaat daripadanya sehingga kini, walaupun fakta dan data menunjukkan
sebaliknya. Justeru, kita perlu menukar persepsi ini dengan prinsip baru tindakan afirmatif yang telah dinyatakan sebelum ini. Kita tidak
boleh lagi bertolak-ansur dengan amalan yang menyokong aktiviti rent-seeking dan patronage, yang telah sekian lama menjejaskan
matlamat murni DEB. Penyertaan menyeluruh diperlukan, di mana semua rakyat Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manfaat
daripada pertumbuhan ekonomi – perlu menjadi teras utama bagi sebarang pendekatan ekonomi baru.
42. Ini adalah prinsip yang ingin saya lihat sebagai panduan dalam fasa konsultasi seterusnya. Bolehkah kita membina model baru yang
berlandaskan ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan penyertaan menyeluruh di mana kita semua dapat menikmati kemakmuran? Saya
percaya kita semakin menghampiri sasarannya. Saya percaya terdapat sokongan padu yang menyeluruh daripada rakyat Malaysia. Dan
saya juga percaya – dengan kepintaran dan kreativiti rakyat Malaysia dan golongan peniaga dan usahawan Malaysia – kita boleh dan akan
merealisasikan aspirasi ekonomi nasional tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan,

DARIPADA PRINSIP KEPADA SEBUAH PELAN

43. Persoalannya adalah bagaimana kita dapat menuju ke sana? Usaha Kerajaan dan NEAC masih belum selesai dengan pembentangan
laporan awal ini. Pendekatan ini mempunyai dua peringkat. Kini, kita perlu memastikan konsultasi yang menyeluruh dan mantap dan
kemudiannya, membangunkan rangka kerja (blueprint) atau pelan halatuju pelaksanaan MEB yang terperinci serta perubahan ekonomi
yang akan dilaksanakan. Umpamanya, kumpulan kerja seperti lab yang menerajui pembangunan GTP di bawah NKRA akan diadakan,
yang disertai oleh sektor awam dan swasta bagi memacu strategi MEB, yang akan membawa kepada laporan kedua pelan hala tuju yang
lebih terperinci. Malah, kita akan membangunkan Program Transformasi Ekonomi bagi melaksanakan MEB ini.

44. Bagi merealisasikan transformasi ini, NEAC telah menggariskan beberapa inisiatif pembaharuan yang strategik.

45. Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik akan bertumpu kepada:

-      Menyuburkan          kembali         sektor      swasta        untuk      menerajui              pertumbuhan        ekonomi;
- Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;

- Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;

- Memperkukuhkan sektor awam;

- Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;

- Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;

- Meningkatkan sumber pertumbuhan ; dan

- Memastikan pertumbuhan yang mapan.

46. Kesemua lapan inisiatif ini adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi. Ketiga-tiga matlamat MEB
memerlukan kita mencapai pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi untuk dekad yang seterusnya. Oleh yang demikian, dasar-dasar yang
perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas, bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan
yang holistik untuk menghapuskan semua halangan. Matlamat ini memberi penekanan kepada binaupaya dan bukanlah hanya
pembangunan negara semata-mata, sebagai langkah mencapai pembangunan mapan.

47. Sebagai tambahan kepada laporan NEAC, suka saya mencadangkan supaya usaha ditumpukan secara efektif ke atas sektor utama yang
spesifik, atau yang dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs). Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai
potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Pada masa lalu, Kerajaan lebih memainkan peranan paternalistic dalam
mencadang dan mempromosi sumber pertumbuhan baru yang sepatutnya diterajui oleh sektor swasta. Sememangnya kita perlu memberi
panduan, tetapi kita berpendapat pihak Kerajaan tidak sepatutnya membuat keputusan pelaburan untuk sektor swasta.

48. Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Kerajaan mestilah
meningkatkan peranannya sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju. Majoriti inisiatif yang telah diwujudkan
adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi – untuk menghapuskan pengherotan pasaran
dan halangan yang menggugat ekonomi kita daripada terus bergerak ke arah rantaian nilai lebih tinggi serta menggalakkan persaingan
sihat. Pelaksanaan dasar ini merupakan pra-syarat untuk kita memanfaatkan sumber pertumbuhan baru. Selagi halangan-halangan ini
wujud, peluang pembangunan dalam semua sektor tidak akan tercapai.

49. NEAC dengan mengambil kira input daripada sektor swasta telah mengenal pasti sektor utama yang boleh menjadi peneraju dalam
menjana pertumbuhan tinggi – sektor yang mana negara kita mempunyai daya saing dan berkemahiran tinggi, mempunyai peluang untuk
menggunakan pengkhususan dan yang telah memperoleh kelebihan sebagai pelopor (first mover advantage) serta kelebihan berbanding
tradisional (traditional comparative advantages). Banyak lagi yang perlu kita lakukan, namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya,
kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,

50. Selaras dengan proses GTP dan NKRAs, saya komited untuk mengadakan proses konsultasi yang menyeluruh dengan semua pihak
berkepentingan, dan memastikan NKEAs akan dipilih berdasarkan kriteria kepentingan negara. NEAC akan bekerja bersama-sama dengan
PEMANDU bagi membangunkan NKEAs. Mereka akan mengadakan konsultasi dengan rakyat dan semua pihak berkepentingan lain.
Apabila RMKe-10 diumumkan bersama dengan NKEAs, sebuah Unit Penyampaian Ekonomi khas akan ditubuhkan untuk menerajui
proses perubahan serta memuktamad dan melaksanakan NKEAs tersebut. Masih terdapat banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk
mengenal pasti strategi kejayaan yang perlu dilaksanakan di samping NKEAs yang perlu diberikan fokus. Namun, sebagai penunjuk awal,
sukacita saya memberikan beberapa contoh mengenai kemungkinan-kemungkinan yang boleh kita jangkakan:

51. Dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), Malaysia boleh memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sebagai peneraju awal.
Berbekalkan asas yang kukuh, masa hadapan Malaysia dalam sektor ini perlu ditekankan bukan sahaja dalam pembuatan tetapi dalam
penyelidikan, pembangunan serta rekaan, di mana syarikat Malaysia memacu inovasi dan bukan hanya mengimportnya. Antara langkah
yang perlu dipertimbangkan adalah pemberian insentif bagi aktiviti penyelidikan yang bernilai tinggi dan menyokong PKS yang menjadi
pembekal kepada syarikat-syarikat besar dalam skala yang besar.

52. Industri berasaskan sumber dalam sektor minyak sawit serta minyak dan gas akan terus diberi penekanan. Dalam sektor minyak sawit,
inisiatif bagi pengukuhan penyelidikan akan memacu teknologi tempatan yang dapat memenuhi permintaan pasaran, seperti minyak dan
lemak yang sihat, biofuel daripada biomas, kosmetik dan plastik biodegradable.

53. Dalam sektor minyak dan gas, kita mempunyai juara seperti Petronas. Ia telah membina sebuah jenama yang sangat kukuh di
peringkat antarabangsa dan saya percaya, kini ia perlu membantu untuk memacu pertumbuhan negara dengan memberi sokongan yang
lebih lagi kepada pembekal tempatan. Walau bagaimanapun, melangkaui sektor teras minyak dan gas, kepakaran tenaga Malaysia di
peringkat antarabangsa mampu membantu syarikat-syarikat untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan berkongsi pengetahuan,
bekerjasama dalam pembidaan antarabangsa dan memberi sokongan pada skala global. Dengan mempunyai bakat tempatan yang
berkemahiran tinggi serta syarikat yang mampu bersaing di peringkat global akan memberi Malaysia satu kelebihan yang nyata.

54. Dalam sektor perkhidmatan, potensi sektor pelancongan masih belum dieksploitasi sepenuhnya. Masih banyak lagi yang boleh
dilakukan untuk menarik pasaran baru dari Eropah dan Amerika untuk melengkapkan pasaran dari United Kingdom dan Asia. Kita
mempunyai antara hutan yang tertua di dunia yang kaya dengan flora dan fauna serta kawasan menyelam dasar laut yang amat menarik.
Malaysia mampu menerajui dalam menyediakan pengembaraan ekopelancongan yang lestari, mempunyai permintaan yang amat tinggi di
kalangan negara maju. Kita perlu mensasarkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang akan menarik high-end tourists, yang
ingin mendapatkan perkhidmatan eksklusif dan bernilai tinggi. Kita juga perlu kreatif dalam menyediakan bidang baru dalam industri ini.
Daripada pelancongan kesihatan, iaitu sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, kepada ekopelancongan, pelancongan
pasaran mewah serta pelawat yang berkaitan dengan pembangunan negara sebagai hab pendidikan serantau. Masa depan industri
pelancongan Malaysia adalah cerah sekiranya kita mempunyai visi dan kreativiti bagi menyokong potensi pertumbuhannya yang luas dan
pelbagai.

55. Sebagai sebuah negara yang turut mengeluarkan hasil pertanian serta bergantung kepada import makanan, terdapat keperluan strategik
bagi memberi fokus kepada peluasan sektor pertanian yang bernilai tinggi. Masih terdapat potensi untuk mewujudkan nilai melalui
pembangunan pertanian berskala besar, kaedah pengeluaran hasil yang tinggi, teknologi baru, rangkaian pemasaran yang lebih baik yang
akan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. Kita mesti menggalakkan perniagaan agro melalui amalan pertanian yang bersepadu dan
moden. Memandangkan masyarakat bumiputera di kawasan luar adalah besar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, peningkatan
aktiviti pertanian moden secara intensif akan menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi dan mengurangkan jurang pendapatan.
Seterusnya, untuk bersaing di peringkat global, kita perlu memastikan sektor pertanian Malaysia, daripada peringkat penanaman
sehinggalah pemprosesan, mematuhi atau melepasi standard dan amalan terbaik antarabangsa, serta memasarkan produk pada skala
antarabangsa.

56. Malaysia juga berpotensi untuk menjadi peneraju dalam bidang teknologi hijau dan membangunkan niche dalam industri dan
perkhidmatan hijau bernilai tinggi. Kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan kompleks, dan merupakan peneraju dalam sektor
solar dan tenaga alternatif serantau. Dengan kejayaan terkini dalam pengkomersialan produk bio-diversity, yang semakin mendapat tempat
di kalangan pengguna yang peka dengan alam sekitar, Malaysia mampu menjadi hab hijau yang menyeluruh dalam bidang perniagaan –
merangkumi aktiviti penyelidikan, rekaan, pembuatan dan pengkomersialan, kita mempunyai kemahiran dan sokongan sektor awam.

57. Terdapat pelbagai bidang yang boleh diterokai untuk meluaskan punca pertumbuhan. Ingin saya memberi contoh yang lain – industri
perkhidmatan kewangan, yang merupakan sektor pertumbuhan serta pemudah cara kepada pertumbuhan sektor-sektor lain. Potensi
pembangunannya boleh dilihat dalam perkhidmatan kewangan Islam, serta dalam derivatif pengurusan risiko oleh peserta tempatan dan
serantau. Kini, Malaysia merupakan peneraju perbankan dan pasaran modal Islam serta industri takaful di dunia. Kita juga berpotensi
untuk menjadi hab perkhidmatan kewangan Islam yang bersepadu. Umpamanya, Bank Negara Malaysia kini dalam proses
memuktamadkan penubuhan pusat kewangan Islam dan kelulusan dua lesen bank Islam mega.

58. Persaingan kini bukan lagi di antara negara tetapi juga bandaraya. Bagi Malaysia melonjak ke arah sebuah ekonomi berpendapatan
tinggi, kita mesti meraih pulangan lumayan dengan pelaksanaan strategi untuk membina densiti, pembangunan kluster dan pengkhususan
dalam sektor bernilai tinggi. Menyedari peranan ini, bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru perlu dibangunkan supaya lebih
sesuai didiami dan mampu menarik bakat serta menjadi sebahagian daripada perancangan bandar-luar bandar yang lebih komprehensif
dan bersepadu. Kita mesti membangunkan kluster yang lebih kukuh dan berperanan sebagai inkubator untuk syarikat baru, memastikan
perkongsian perkhidmatan dan membangunkan lebih banyak perniagaan serta jalinan universiti. Bukti menunjukkan, pembangunan
bandaraya membantu meningkatkan pendapatan penduduk kawasan sekitar luar bandar, terutamanya apabila mereka diintegrasikan ke
dalam jaringan rantaian penawaran.

59. Terdapat banyak lagi sektor pertumbuhan strategik, di mana Malaysia berpotensi untuk berkembang. Kita mempunyai kekuatan di
dalam industri IT. Industri kreatif – kepakaran kita dalam muzik, filem, kesenian dan budaya – boleh menjadi sektor yang penting untuk
Malaysia pada masa hadapan. Dengan asas yang kukuh dalam kepakaran di bidang perubatan, saintifik dan pembuatan, kita boleh menjadi
pusat serantau untuk sektor bioteknologi dan sains hayat yang berkembang pesat.

60. Oleh yang demikian, saya menyeru agar syarikat, pelabur dan usahawan Malaysia untuk merebut peluang yang ada serta menjadi juara
serantau malah di peringkat global. Kita perlu mewujudkan polisi intervensi bersama untuk menjadikan ini satu realiti. Syarikat yang
menunjukkan inovasi dan berpandangan jauh dalam membentuk dan mencergaskan semula aktiviti mereka akan mempunyai prospek
cerah untuk menjadi peneraju dunia pada masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

KERJASAMA AWAM-SWASTA

61. Sekiranya Malaysia ingin mencapai matlamatnya, kita harus membina hubungan strategik, kuat dan teguh serta dipacu pasaran
berasaskan permintaan yang menghubungkan sektor pertumbuhan kepada MEB. Saya telah menyentuh beberapa strategi yang saya
percaya kita perlu, termasuk pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia; pembaharuan fiskal berhemat
yang membawa lebih banyak keseimbangan kepada rangka kerja hasil dan perbelanjaan; serta langkah mesra pasaran yang berkesan bagi
memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pendekatan baru ini.

62. Namun begitu, asas kepada semua strategi ini ialah kefahaman yang baru dan jelas mengenai peranan perniagaan dan Kerajaan. Pada
masa yang sama, Kerajaan hanya bertindak sebagai pemangkin dalam mencapai kekayaan. Kita berperanan untuk memastikan kestabilan,
keterbukaan dan kesaksamaan dalam persekitaran selamat yang menggalakkan, dan tidak menggugat atau menghalang pertumbuhan.
Persaingan harus digalakkan bagi mewujudkan pasaran yang dinamik serta efisien dan sekiranya perlu, sokongan daripada sektor awam
akan diberikan. Dalam tempoh 18 bulan yang lalu, kita telah melihat dengan jelas keperluan, di mana Kerajaan harus berwaspada di dalam
menjamin kestabilan ekonomi apabila berlaku kegagalan pasaran.

63. Saya mendapati di dalam dewan ini beberapa bakat sektor swasta adalah antara yang terbaik di dunia. Anda adalah peneraju kepada
penciptaan kekayaan dan pertumbuhan. Kita akan melindungi kepentingan ekonomi dan seluruh rakyat Malaysia secara aktif, tetapi kita
juga mahukan kepakaran dan pelaburan daripada sektor swasta untuk terus berkembang. Sekali lagi, untuk berjaya dalam konteks
ekonomi yang berbeza, kita perlu melihat untuk melaksanakan sesuatu dengan cara berlainan.

64. Satu daripada perubahan ini ialah dengan menggunakan pendekatan baru yang meluaskan peranan pasaran modal di bawah MEB.
Malaysia tidak akan berjaya, meskipun dalam sektor utama kita, sekiranya kita kekal di takuk lama. Pencetus pertumbuhan membawa
maksud memupuk inovasi, berani mengambil risiko dan kreatif dalam pembangunan produk atau perkhidmatan baru.

65. Sehubungan itu, bagi memudahkan pelaksanaan MEB, menyokong inovasi sektor swasta dan merangsang pembiayaan dalam
perkhidmatan yang berisiko tinggi serta sektor berasaskan pengetahuan yang penting untuk masa depan Malaysia, saya ingin melihat
peluasan peranan pasaran modal, berkembang daripada model pemerolehan dana kepada model berasaskan kecairan dan kepelbagaian
risiko bagi menggalakkan usahawan dan pelabur untuk menjadi sebahagian daripada masa hadapan ekonomi Malaysia yang cerah.

66. Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua yang pada masa ini sedang
dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti. Saya juga melihat kerancakan industri pasaran modal seperti sektor pengurusan dana, modal teroka
dan ekuiti swasta sebagai penentu penting dalam usaha kita untuk mencapai ekonomi berpendapatan dan berkemahiran tinggi bagi masa
hadapan.

67. Sehubungan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada masa ini menguasai pasaran ekuiti dan bon tempatan sehingga 50
peratus daripada volum harian Bursa yang diwakili oleh perdagangan berkaitan KWSP, yang mana situasi ini tidak sihat untuk pasaran
mahupun KWSP. Pada hari ini, saya mengumumkan bahawa KWSP dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara, dan ini
membolehkan KWSP mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang domestik untuk penyertaan baru. Pada masa ini,
KWSP mempunyai 6 peratus aset pelaburan luar pesisir pantai dan jumlah ini akan meningkat secara ketara. KWSP juga akan
meningkatkan pelaburan langsung di dalam ekonomi benar Malaysia, sebagai alternatif kepada pasaran pelaburan seperti penglibatan
dalam sektor penjagaan kesihatan, komoditi, harta tanah dan pelaburan jangka masa panjang yang lain dengan memenuhi keperluan
KWSP untuk melindungi nilai pulangan benar ke atas asetnya.

68. Dari segi institusi, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan yang bertanggungjawab untuk
mempromosi serta memudahkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. MIDA memainkan peranan penting di
dalam transformasi negara di bawah pelbagai fasa pembangunan industri sepanjang tempoh empat dekad yang lalu. MIDA juga telah
muncul sebagai institusi yang diiktiraf di kalangan pelabur asing dan domestik. Walau bagaimanapun, masanya telah tiba untuk membuat
perubahan drastik bagi menjadikan MIDA sebuah agensi promosi pelaburan yang lebih efektif.

69. Saya dengan ini mengumumkan bahawa MIDA akan dikorporatkan untuk memberikannya lebih fleksibiliti untuk menarik dan
mengekalkan tenaga kerja serta bakat yang diperlukan untuk menjadi sebuah agensi promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkat
antarabangsa. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memperkasa MIDA dengan kuasa yang diperlukan untuk berunding secara terus dengan
pelabur untuk projek yang disasarkan. Selain itu, MIDA akan dilantik sebagai agensi pusat promosi pelaburan untuk sektor pembuatan
dan perkhidmatan, kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan, bagi meningkatkan koordinasi dan kepaduan antara pelbagai badan
promosi pelaburan di negara ini. Perubahan ini akan membolehkan MIDA untuk meluluskan insentif secara real time dan bertindak
dengan lebih pantas untuk menjalin hubungan yang lebih efektif dengan pelabur. Oleh itu, MIDA akan dinamakan sebagai Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan mengekalkan akronim, MIDA, yang merupakan satu jenama yang telah terkenal.

70. Sebagai tambahan kepada pembaharuan penting institusi, saya percaya, kita juga hendaklah memastikan keseimbangan yang wajar
antara Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam ekonomi sebagai sebahagian daripada MEB. Sebelum
krisis kewangan Asia, sumbangan sektor swasta kepada KDNK jelas mengatasi sumbangan sektor awam. Sebaliknya, dalam dekad
pertama alaf baru ini, keadaan ini telah berubah. Suntikan fiskal yang bermula sebagai kitaran keperluan telah menjadi satu pergantungan
dan mewujudkan keadaan yang tidak mapan.

71. Saya telah menyentuh beberapa prinsip utama yang akan menjadi asas kepada penentukuran (recalibration) hubungan sektor awam-
swasta; transformasi Kerajaan untuk mengurangkan birokrasi dan memfokus kepada penciptaan persekitaran penggerak pertumbuhan;
galakan dan insentif untuk merangsang inovasi dan produktiviti sektor swasta; fokus terhadap sektor berasaskan pengetahuan strategik
untuk pertumbuhan jangka panjang; dan juga pengiktirafan terhadap kepentingan untuk merebut peluang di peringkat pasaran serantau
dan global yang akan membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Tuan-tuan dan puan-puan,

72. Dalam majlis yang sama tahun lalu, saya telah menggariskan strategi untuk melihat GLCs bagi melepaskan pegangan aset bukan teras;
memangkin dan membangunkan ekosistem sektor teras mereka; dan bersaing secara adil dengan sektor swasta. Mengenai prinsip ketiga,
saya telah mengumumkan bahawa syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan dibenarkan untuk melepaskan pegangan aset bukan teras
dan/atau aset yang tidak kompetitif.

73. Hari ini saya ingin mengumumkan beberapa langkah lanjut yang dapat meningkatkan peluang sektor swasta di samping mengeratkan
perhubungan di antara sektor awam dan swasta.

74. Melangkah ke hadapan, saya ingin melihat GLCs dan agensi milik Kerajaan menjalin kerjasama strategik dengan sumber modal
swasta di Malaysia dalam membantu bakal pelabur supaya lebih maklum mengenai order book Kerajaan dan membina kompetensi
nasional. Kerjasama ini adalah penting, bukan sahaja ke arah meningkatkan strategi peluasan serantau (regionalisation) syarikat-syarikat
Malaysia mengambil kira saiz pasaran domestik, malahan untuk memastikan sumber modal tersedia dan boleh digunakan dengan segera.
Di samping itu, peluang untuk mewujudkan usaha sama dengan pelabur dari pelbagai bidang termasuklah pelabur runcit, dan dana mutual
tempatan dan luar negara kekal terbuka. Sekiranya ini berjaya dilaksanakan dalam skala yang besar, kerjasama ini dapat menjadi
pemangkin kepada satu bentuk kerjasama awam-swasta yang unik. Kita sudah mempunyai beberapa inisiatif menuju ke arah ini.
Contohnya termasuk penswastaan Astro dan kerjasama di antara Malakoff dan Tenaga Nasional di dalam projek utiliti di Arab Saudi.

75. Kita sudah menunjukkan perkembangan di dalam bidang pelupusan aset bukan teras dan dalam masa sembilan bulan yang lepas,
Khazanah telah melepaskan pegangan yang ketara dalam Tenaga Nasional, Malaysia Airports dan PLUS dengan tujuan untuk
meningkatkan kecairan saham ini. Namun demikian, lebih banyak perkembangan di sektor ini perlu dilakukan.

76. Kita akan melupuskan aset bukan teras dan aset tidak kompetitif dalam bidang di mana pemegang saham strategik yang baru
mempunyai potensi untuk meningkatkan pewujudan nilai, berbanding sekiranya mereka terus berada di dalam pegangan Kerajaan. Sudah
tentu, kita perlu memastikan pelupusan ini melepasi penilaian yang ketat demi kepentingan awam.

77. Proses telus akan dilaksanakan bagi memastikan pembida yang berpotensi daripada sektor swasta memenuhi kriteria minimum,
termasuklah dari segi kedudukan kewangan, rekod di dalam pengembangan perniagaan dan kecemerlangan pengurusan, serta tawaran
mereka untuk membantu pembangunan Bumiputera dan menjayakan gagasan 1Malaysia. Pembida hendaklah menunjukkan penyampaian
yang melebihi tanda aras inovasi dan penciptaan nilai, serta menyokong matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan. Bagi membangunkan proses ini, saya mencadangkan satu panel penilai yang terdiri daripada ahli kewangan profesional,
pakar industri antarabangsa dan pegawai kanan Kerajaan dilantik untuk menilai bidaan sektor swasta bagi aset-aset GLCs.

78. Memandangkan betapa pentingnya prestasi sektor awam dan swasta perlu ditingkatkan, kita perlulah berwaspada bagi memastikan
pindahan aset GLCs kepada sektor swasta tidak mengabaikan matlamat pembaharuan dan penyampaian sektor awam atau pelupusan aset
yang menjejaskan kepentingan awam. Dalam masa yang tertentu, ini termasuklah mengekalkan pengurusan utama dan mengelakkan
pemberhentian pekerja secara tanpa rela. Pada masa yang sama, saya sedar akan kepentingan untuk mengkaji semula tarif dan insentif
sedia ada yang disediakan kepada GLCs jika kita ingin menarik pelaburan swasta dan, untuk itu, saya mencadangkan sebarang kajian
semula berkaitan hal ini dibawa ke Kabinet.

79. Dengan garis panduan dan prinsip strategik yang jelas, saya yakin momentum perjalanan transformasi GLCs akan dapat terus
dikekalkan, dan saya mengumumkan bahawa Khazanah telah memutuskan untuk melupuskan 32 peratus pegangan dalam Pos Malaysia
melalui dua peringkat proses pelupusan strategik. Di peringkat pertama yang bermula serta-merta, kaedah urus tadbir korporat dan kawal
seliaan yang sesuai akan dipatuhi. Perbincangan menyeluruh dengan pelbagai pihak berkepentingan akan dilaksanakan. Pos Malaysia akan
membuat persediaan untuk pelupusan strategik dengan mengambil kira pelbagai aspek persekitaran perniagaannya termasuk struktur
kawal seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja. Isu berlanjutan mengenai pendapatan rendah
sebilangan staf termasuk posmen juga akan dikaji semula. Bagi memastikan kepentingan kedua-dua sektor awam dan komersial adalah
seimbang, Kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci dan mengemaskini rangka kawal selia sistem pos. Di peringkat kedua, Khazanah
akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru dengan tahap keusahawanan yang tinggi bagi
memodenkan Pos Malaysia. Maklumat lanjut berkaitan hal ini akan diumumkan.

80. Bagi mempromosikan pelaburan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol,
Kuala Lumpur, telah dikenal pasti untuk ditender dan dibangunkan oleh sektor swasta. Aset ini, jika tidak dibangunkan, adalah satu
pembaziran dan meningkatkan kos penyelenggaraan kepada Kerajaan. Inisiatif ini akan menjadi permulaan yang baik untuk lebih banyak
penjualan dan usahasama antara sektor awam dan swasta dalam pembangunan harta tanah. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan
Kerajaan dan KWSP akan membentuk satu kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh sebagai hab baru bagi
Lembah Klang. Ini akan membawa kepada pelaburan baru yang melebihi RM5 bilion yang akan memberikan kesan segera kepada
pertumbuhan ekonomi domestik, dengan potensi yang besar kepada sektor swasta untuk turut sama terlibat dengan lebih aktif.

81. Saya juga ingin berkongsi dengan anda sekarang, bahawa Kerajaan secara beransur-ansur akan mengurangkan peranannya dalam
aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan sektor swasta. Kita telah menyemak semula beberapa buah syarikat di bawah
Kementerian Kewangan Diperbadankan dan agensi-agensi lain, dan saya ingin memaklumkan, kita sedang mempertimbangkan langkah-
langkah penswastaan untuk Percetakan Nasional Malaysia Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn
Bhd serta beberapa lagi syarikat dalam pertimbangan.

82. Selain itu, Petronas telah pun mengenal pasti dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik akan disenaraikan pada tahun ini. Matlamat
inisiatif ini adalah untuk mengurangkan penglibatan Kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perniagaan
yang akan menjadi lebih cekap sekiranya dijalankan oleh sektor swasta dan memberi isyarat jelas komitmen menggalakkan persaingan
dalam ekonomi, mengambil risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada semua
warga Malaysia.

83. Seperti yang saya tegaskan tadi, kita tidak mampu untuk berpatah balik kepada cara lama. Cabaran yang kita hadapi sekarang
memerlukan kita untuk menilai semula dengan segera cara kita melakukan sesuatu. Institusi, pendekatan dan sistem yang telah berjaya
sebelum ini mungkin perlu diubahsuai mengikut perubahan landskap global.

84. Pengumuman yang dibuat pada hari ini, mengenai pelupusan baru, usaha sama sektor awam dan swasta, serta pembaharuan mengenai
proses Kerajaan untuk menjana pertumbuhan – mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memperbaharui dan menempatkan negara kita,
guna tenaga kita, syarikat kita dan generasi masa depan untuk berdepan cabaran ekonomi global yang kompetitif.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PENUTUP

85. Pada hari-hari pertama sebagai Perdana Menteri, saya mengatakan bahawa Malaysia mesti bersedia untuk berubah. Kita tiada pilihan,
selain daripada bergerak ke hadapan dan menjadi negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan yang mapan dan menyeluruh.
Perubahan ini tentunya menyakitkan dan jalan pintas pastinya menarik. Namun, kita tidak boleh hanya mencari kemenangan mudah. Ia
pasti perjalanan yang membawa kesukaran masa pendek, tetapi berbaloi dalam mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih kukuh. Kita
memerlukan ‘dorongan kuat’ yang mapan dan konsisten supaya perubahan besar hari ini menghasilkan arus momentum yang semakin
kuat dan membantu mencapai matlamat kita.

86. Maka, ini adalah detik penentuan bagi Malaysia. Sedang kita pulih dari kemelesetan ekonomi, adakah kita akan mempunyai kekuatan
dan wawasan untuk memburu agenda perubahan yang hebat lagi mencabar, tetapi amat perlu demi masa depan negara kita? Jawapan kita
ialah dengan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, memberikan anak-anak kita peluang pendidikan yang terbaik, serta menarik
pelaburan berkualiti tinggi, yang akan menjadi tema pendorong perhimpunan penting ini.

87. Di persimpangan yang genting ini, di mana kita mengimbangkan sejarah negara dengan masa hadapannya, saya percaya kita ada
kekuatan untuk mencapai cita-cita Malaysia.

88. Namun begitu, ia adalah lebih besar daripada cita-cita ekonomi negara kita. Ini adalah tentang kehidupan yang lebih besar peluangnya
untuk generasi masa hadapan. Ini adalah tentang membuka mata keluarga berpendapatan rendah untuk membantu mereka keluar dari
kemelut kemiskinan. Ini adalah tentang lapisan masyarakat kita di mana setiap daripada kita mempunyai peluang dan tanggungjawab. Ia
mengenai meletakkan Malaysia di barisan hadapan ekonomi berpendapatan tinggi supaya kita dapat berdiri sama tinggi dengan negara
maju lain. Saya yakin – dengan sokongan anda – bahawasanya kita akan memilih jalan yang betul, bergerak ke hadapan dan bukannya
mundur, dan membina Malaysia yang lebih saksama, kukuh dan dinamik untuk dekad yang mendatang. Saya menyeru anda berganding
bahu dengan saya dalam perjalanan bersejarah ini untuk membina kemakmuran dan masa depan baru demi 1Malaysia.




                     Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah RMK10


Intipati Rancangan Malaysia ke-10


Rancangan Malaysia ke-10 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada 10 Jun
2010, yang bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial".
RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan
bukan fizikal.
RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merialisasikan Wawasan 2020
menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.


Fakta-fakta penting RMKe-10

- memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.
- daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor
keselamatan               dan             lima            peratus            untuk             pentadbiran              am.
- RMKe-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran Datuk Sei Najib Tun Razak. Tiga lagi tiang
tonggak itu ialah:


Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,
Program Transformasi Kerajaan (GTP)
Model Baru Ekonomi (MBE).
10 Premis Utama RMKe-10

Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing.

5 TERAS STRATEGIK Pertama RMK10:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

5 inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilihan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi
pembangunan Bumiputera

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesioanal Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda
pembangunan Bumiputera.



Sumber : mstar.com.my, malaysiakini.com, bernama.com
NKRA MAJUKAN LUAR BANDAR
Tiga aspek utama yang akan ditekankan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam melaksanakan Bidang
Keberhasilan Utama Kerajaan (NKRA) terutama dalam memajukan kawasan di luar bandar.



Tiga bidang utama yang akan diberi penekanan adalah meningkatkan pendapatan pekebun kecil, merancakkan
pembangunan usahawan dan mengutamakan pembangunan Orang Asli.



Bilangan jumlah penduduk luar bandar tahun ini dijangka berkurangan berbanding pada 20 tahun lalu sekali gus
menyebabkan pergantungan tinggi kepada tenaga pekerja asing. Berlakunya pengecilan pola penduduk setiap tahun di
negara kita dan dengan ini menyebabkan pergantungan tinggi terhadap pekerja asing.



Pengurangan penduduk di luar bandar disebabkan proses migrasi ke bandar terutama golongan belia. Proses migrasi ini
disebabkan oleh faktor industrialisasi pesat di negara ini. Banyak industri- industri seperti sektor perkilangan dan perusahaan
yang pesat membangun pada masa sekarang. Ekoran daripada migrasi ini, ladang-ladang terpaksa diusahakan oleh tenaga
asing.



Ini merupakan cabaran kepada ekonomi Malaysia dalam meningkatkan produktiviti. Ini kerana kerja-kerja kampung seperti
pengusahaan padi dan menoreh getah kebanyakan diusahakan oleh golongan mereka berusia 50 tahun ke atas.
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memvariasikan program-program terutama aspek pembangunan dan kemajuan
di luar bandar terutama bagi aspek pertumbuhan ekonomi seperti dengan cara mewujudkan pusat latihan kepada kerja
tempatan di luar bandar. Dengan cara ini, boleh membantu mempertingkatkan ekonomi negara.



Disunting daripada Bernama


MALAYSIA FTA


Malaysia's FTA Involvement

International trade is an important contributor to Malaysia 's economic growth and development. Malaysia 's trade policy is to
pursue efforts towards creating a more liberalizing and fair global trading environment. While Malaysia continues to accord
high priority to the rule-based multilateral trading system under the World Trade Organisation (WTO), Malaysia is also
pursuing regional and bilateral trading arrangements to complement the multilateral approach to trade liberalisation.

Free Trade Agreements (FTAs) are generally aimed at providing the means to achieve quicker and higher levels of
liberalisation that would create effective market access between the participants of the FTA. Traditionally confined to trade in
goods, with the establishment of the WTO, trade in services has been included in many FTAs.

Today, FTAs currently pursued with selected countries are not confined to liberalisation and market opening measures alone.
They are comprehensive and include investment, trade facilitation, intellectual property rights (IPR) as well as economic
cooperation in areas such as:
competition policy;

standards and conformity assessment;

information and communication technology;

science and technology;

education and training;

research and development;

financial cooperation;

Small and Medium Enterprises (SMEs) development; and

paperless trading.

Malaysia 's objectives in negotiating FTAs are to:

seek better market access by addressing tariffs and non-tariff measures;

further facilitate and promote trade, investment and economic development;

enhance the competitiveness of Malaysian exporters; and

build capacity in specific targeted areas through technical cooperation and collaboration.

Malaysia has concluded,signed or implemented four bilateral FTAs with the following countries:

Japan;

Pakistan;

New Zealand; and

Chile

At the regional level, Malaysia and its ASEAN partners have established the ASEAN Free Trade Area. ASEAN has also
concluded FTAs with China, Japan, Korea and India, as well as Australia and New Zealand.

Malaysia 's Free Trade Agreements

Malaysia-Japan

Malaysia-Pakistan

Malaysia-Chile

Malaysia-New Zealand
ASEAN-China

ASEAN-Japan

ASEAN-Korea

ASEAN-India

ASEAN-Australia and New Zealand



Free Trade Agreements under Negotiation

Malaysia-Turkey

Malaysia-Australia

Malaysia-European Union Free Trade Agreement (MEUFTA)

Trade Prefential System-Organisation of Islamic Conference(TPS-OIC)

Developing Eight (D-8) Preferential Tariff Agreement (PTA)

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP)


PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA) TAWAR
PINJAMAN SEHINGGA 105 PERATUS
Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi
kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk
mengurangkan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu
milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah
berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan
lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.

Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung
sebahagian bayaran balik pinjaman.

Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi
merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon
yang layak.

Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.




Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang
berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan,
swasta atau bekerja sendiri.
Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.
Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.
Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan
projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah
strata dan kediaman bertanah.
Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di
Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina
Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri
Sembilan).
Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi
(kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan
tapak perniagaan serta kedai.


Sumber : Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 5 Julai 2011


TIP MEMBELI-BELAH SECARA LESTARI
1. Beli barang tempatan. Ini adalah kerana penggunaan api fosil dan pencemaran yang kurang kepada alam sekitar.
2. Elak membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin)-kerana barangan ini biasanya dibungkus secara berlebihan dan
mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.
3. Beli produk yang segar dan ditanam secara organik-tanam organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar.
4. Susu dan telur. Beli yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh di kitar semula (karton atau botol kaca) dan telur
yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula.
5. Bijirin- Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh di kitar semula dan bahan yang di kitar semula. Elakkan
daripada membeli barangan mini(lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.
6. Minuman (air dalam botol, kotak jus dan minuman lain)-ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah. Ia lebih murah
dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman ini.
7. Pasta, bijirin, serbuk kari-belilah produk yang diperoleh daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik.
Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang
digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
8. Daging-pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah.
9. Barang berasaskan kertas-belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang di kitar semula . jangan
lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum di kitar semula.
10. Stirofom- elakkan penggunaan sirofom sekali gus. Benze (bahan karsinogen-boleh menyebabkan kanser) merupakan
bahan tambahan, ianya tidak boleh di biodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangka sama yang panjang.
11. Bahan pencuci-kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli
satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau refill, belilah
barangan ini.
12. Bawa beg sendiri-ini akan mengurangkan beg plastik semasa membeli-belah
Sumber: Harian Metro




SISTEM-SISTEM EKONOMI
Sistem Kapitalis



Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia
mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir dan
menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber
dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini ,
individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu,
untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara
pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran.
Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin
kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem
ini.



Sistem Ekonomi Sosialis



Sistem ini merupakan satu sistem yang mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan harta
persendirian. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan utama seperti bekalan elektrik, air,
telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula
hanya di benar mengendalikan dan memiliki perniagaan-perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan itu, kerajaan menguasai
pasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah harga dalam pasaran. Negara-negara yang mengamalkan sistem
ini adalah negara-negara Eropah Timur, Myanmar, Laos dan beberapa negara di Afrika.



Sistem Ekonomi Komunis



Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan langsung dasar pasaran bebas. Segala
pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. Rakyat dan swasta tidak
dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat
mengikut kehendak kerajaan. Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan
sebahagian negara-negara Afrika. Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara asta kehendak rakyatnya sendiri.



Sistem Ekonomi Campuran



Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran dia atara sistem kapitalis dan sistem
sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang
lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau
persendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta urusan ekonomi
dan kewangan apabila keadaan memerlukan.



Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada
badan-badan utiliti tertentu tertentu namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan
perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-
bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan
sistem ekonomi campuran.



Ekonomi Islam



Kegiatan ekonomi Islam merupakan satu kewajipan yang penting di dalam Islam. Tuntutan terhadap ekonomi di dalam Islam
adalah penting kerana Islam satu cara hidup yang menyatupadukan kehendak-kehendak kebendaan dan rohaniah manusia.



Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga sunah Rasulullah s.a.w. Daripada sumber-sumber ini,
ulamak-ulamak dan ahli-ahli ekonomi Islam telah mengupas beberapa prinsip sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama
dirumuskan                                              seperti                                                berikut:
1. Konsep                Pemilik                     Di                 benar             Dan                   Khalifah
2. Integrasi        Antara             Nilai-Nilai             Akhlak            Dan       Kegiatan            Ekonomi
3. Sikap         Positif           Terhadap               Aktiviti         Dan         Pembangunan             Ekonomi
4. Agihan                                                  Semula                                             Kekayaan
5. Perkongsian Untung (Dan Rugi)

Sumber Maklumat: Kefahaman Ekonomi, Mustapha Mohamed


IMPLIKASI CUKAI, SUBSIDI KEPADA NEGARA
Cukai dan subsidi sering menjadi topik utama dalam perbahasan mengenai ekonomi Malaysia. Kedua-duanya memberi kesan
kepada sumber kewangan kerajaan dan rakyat secara langsung.



Semasa pembentangan Bajet 2010, kerajaan mengumumkan bahawa semua urus niaga penjualan hartanah dikenakan cukai
lima peratus.



Namun, kerajaan sekali lagi mengambil langkah untuk menarik balik cukai tersebut bagi penjualan hartanah yang dimiliki
melebihi lima tahun. Selain itu, semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian akan mendapat potongan cukai
sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua pengumuman ini bakal mengurangkan sumber pendapatan
kerajaan.



Jadi aspek manakah yang lebih penting? Merancakkan sektor hartanah dan sektor pelancongan atau memperolehi sumber
pendapatan yang lebih melalui cukai?



Inilah satu keputusan yang cukup penting bagi mana-mana kerajaan. Keputusannya mestilah tepat dan pada masa yang sama
memberi kesejahteraan kepada rakyat. Jika kerajaan tidak mempunyai sumber yang mencukupi, bagaimana pula kerajaan
ingin "memulangkan kembali" kepada rakyat?



Maka, sekali lagi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pertengahan
tahun 2011.
Tahun ini sahaja, dianggarkan kutipan cukai bagi kerajaan berkurangan sebanyak RM2.7 bilion. Apabila GST dilaksanakan
nanti, kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih kurang RM1 bilion.



Bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan mereka. Tetapi rakyat juga perlu ingat,
mereka bertanggungjawab untuk membayar cukai, jika tidak sesebuah kerajaan yang gah macam mana sekalipun tidak
mampu untuk melaksanakan semua dasar dengan lancar jika "ongkosnya" tidak mencukupi.



Bayangkan juga terdapat individu yang tidak mahu membayar cukai. Mereka inilah golongan yang berasakan hasil yang
mereka perolehi tidak perlu disumbangkan kembali kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, sejauh manakah jumlah
cukai yang rakyat sanggup bayar?



Bagi subsidi, perkara sama juga berlaku. Kerajaan sudah memberi beberapa petanda bahawa subsidi minyak akan diberikan
kepada golongan sasaran sahaja. Perkara ini amat menarik perhatian rakyat. Pertama, tujuannya agar hanya golongan sasaran
sahaja yang memperolehi subsidi minyak.



Kedua, kerajaan tidak lagi menanggung beban kewangan yang besar termasuk untuk memberi subsidi kepada orang kaya
dan juga warganegara asing. Namun, seperti biasa dua perkara yang amat dikhuatiri oleh rakyat. Adakah benar golongan
sasaran sahaja akan memperolehi manfaatnya kerana dikhuatiri berlakunya ketirisan?



Ketiga, tidakkah harga barang akan meningkat seperti mana yang pernah berlaku pada tahun lepas, apabila kerajaan
meningkatkan harga minyak pada tahap tertinggi dalam sejarah. Inilah satu lagi dilema yang mana kerajaan perlu membuat
keputusan dengan tepat bagi memastikan segala perancangan dan strategi yang benar-benar berkesan dapat dilaksanakan.



Topik subsidi bukan hanya terletak pada subsidi minyak sahaja, subsidi gula juga diperbincangkan sehingga kerajaan sekali
lagi     mengumumkan          bahawa      subsidi     gula       tidak      akan      ditarik    buat     masa       ini.
Bermakna, sumber kewangan kerajaan akan digunakan untuk membayar subsidi tersebut. Akibatnya, projek-projek lain untuk
rakyat akan terkena tempiasnya.



Bagi penulis, tidak kiralah cukai dikenakan dan subsidi ditarik balik, yang pasti, kerajaan perlu berusaha dengan lebih gigih
untuk merealisasikan tiga perkara ini.



Pertama, usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat pada tahap berpendapatan tinggi merupakan satu inisiatif
yang mengutamakan rakyat. Jika rakyat mempunyai pendapatan per kapita cukup tinggi, maka rakyat tidak keberatan untuk
membayar cukai dan subsidi yang ditarik.



Tetapi pendapatan sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan berada pada tahap yang sentiasa
meningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga barangan sebelum harga minyak naik pada tahap tertinggi tahun lepas
berbanding dengan masa sekarang.



Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan dan akhirnya boleh
memberi kesan kepada sumber kewangan rakyat. Maka, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Mengaut
Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagi usaha yang bakal mengekang harga barangan daripada dimanipulasi oleh
peniaga yang tidak bertanggungjawab.



Akta ini diperkenalkan seiring dengan GST. Namun, apa yang rakyat inginkan sudah tentu dari segi penguatkuasaan akta ini
dengan cekap dan berkesan apabila sampai masanya.



Apa-apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilah dilaksanakan secara lembut dan berperingkat-
peringkat agar rakyat boleh menerimanya. Jika terlalu mengejut dan rakyat sendiri tidak diberi peluang untuk memberi
maklum balas, rakyat pastinya berasakan tindakan itu tidak wajar dilaksanakan.



Satu cara untuk mendapatkan maklum balas rakyat ialah seperti mengadakan Hari terbuka Pelan Transformasi Kerajaan untuk
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diadakan baru-baru ini. Satu usaha yang mengembalikan "kuasa" rakyat
untuk memberi maklum balas terhadap sebarang cadangan dan tindakan kerajaan. Perkara ini perlu diteruskan secara
konsisten.



Perkara ketiga berkaitan dengan mata wang Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia negara maju, mata wang kita juga
sewajarnya kukuh dan bernilai tinggi berbanding mata wang negara lain.



Ketiga-tiga perkara inilah yang sewajarnya diberi perhatian segera untuk memastikan taraf hidup rakyat berada pada tahap
negara maju. Ketiga-tiga ini berkait langsung dengan kuasa beli rakyat.



Jika kuasa beli rakyat Malaysia cukup tinggi, cukai dan subsidi tidaklah begitu menggusarkan kerajaan mahupun rakyat
sebagaimana yang terjadi pada masa kini.



Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia
Sumber:

Oleh: Rohami Shafie

Berita disunting daripada sumber : Utusan


CABARAN EKONOMI DEKAD BARU

MALAYSIA memasuki dekad baru bermula tahun Masihi 2010 dan tahun Hijrah 1431 dalam keadaan ekonomi global yang
mencabar ekoran tergugatnya sistem kewangan negara maju.



Keadaan ini diakibatkan oleh lemahnya sistem tadbir urus dan kawalan sektor bank pelaburan (investment bank) atau apa
yang disebut sebagai „shadow banking‟, khususnya di Amerika Syarikat (AS). Ia juga disebabkan oleh sifat tamak haloba
(greed) dan kurang berhemah (imprudences) di kalangan pihak pengurusan.
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP
19 PROJEK DI BAWAH ETP

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie 19 PROJEK DI BAWAH ETP

Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Kebijakan investasi di indonesia
Kebijakan  investasi di indonesiaKebijakan  investasi di indonesia
Kebijakan investasi di indonesiaSugeng Budiharsono
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)munnianwar
 
Hbl 11, santi rizki amalia, prof hapzi ali, penanaman modal dalam negeri dan ...
Hbl 11, santi rizki amalia, prof hapzi ali, penanaman modal dalam negeri dan ...Hbl 11, santi rizki amalia, prof hapzi ali, penanaman modal dalam negeri dan ...
Hbl 11, santi rizki amalia, prof hapzi ali, penanaman modal dalam negeri dan ...Santirzkamalia
 
Pelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaPelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaMis Sem
 
Dasar peningkatan daya pengeluaran negara
Dasar peningkatan daya pengeluaran negaraDasar peningkatan daya pengeluaran negara
Dasar peningkatan daya pengeluaran negaraNur Shazlina Yusoff
 
Transformasi industri halal
Transformasi industri halalTransformasi industri halal
Transformasi industri halalMazlina Manshor
 
Penguatan Industri Pasar Materi Bapak Adi PKSK.pdf
Penguatan Industri Pasar Materi Bapak Adi PKSK.pdfPenguatan Industri Pasar Materi Bapak Adi PKSK.pdf
Penguatan Industri Pasar Materi Bapak Adi PKSK.pdfwinasalarina
 
Tax Flash September 2022.pdf
Tax Flash September 2022.pdfTax Flash September 2022.pdf
Tax Flash September 2022.pdfkib-consulting
 
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pa3STPM
 
Mp3 ei paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
Mp3 ei   paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011Mp3 ei   paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
Mp3 ei paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011gatothp
 
Mp3 ei paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
Mp3 ei   paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011Mp3 ei   paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
Mp3 ei paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011PVB Jatim
 
Bab 12 sektor perindustrian
Bab 12 sektor perindustrianBab 12 sektor perindustrian
Bab 12 sektor perindustrianNe Qiela
 
Bab 12 sektor perindustrian
Bab 12 sektor perindustrianBab 12 sektor perindustrian
Bab 12 sektor perindustrianNe Qiela
 

Ähnlich wie 19 PROJEK DI BAWAH ETP (20)

Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Kebijakan investasi di indonesia
Kebijakan  investasi di indonesiaKebijakan  investasi di indonesia
Kebijakan investasi di indonesia
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)
 
Perkuat Pasar Modal Butuh Dukungan Seluruh Pihak
Perkuat Pasar Modal Butuh Dukungan Seluruh PihakPerkuat Pasar Modal Butuh Dukungan Seluruh Pihak
Perkuat Pasar Modal Butuh Dukungan Seluruh Pihak
 
Hbl 11, santi rizki amalia, prof hapzi ali, penanaman modal dalam negeri dan ...
Hbl 11, santi rizki amalia, prof hapzi ali, penanaman modal dalam negeri dan ...Hbl 11, santi rizki amalia, prof hapzi ali, penanaman modal dalam negeri dan ...
Hbl 11, santi rizki amalia, prof hapzi ali, penanaman modal dalam negeri dan ...
 
Perkuat Pasar Modal Butuh Dukungan Seluruh Pihak
Perkuat Pasar Modal Butuh Dukungan Seluruh PihakPerkuat Pasar Modal Butuh Dukungan Seluruh Pihak
Perkuat Pasar Modal Butuh Dukungan Seluruh Pihak
 
Pelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaPelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketiga
 
Progress ROADMAP BUMN
Progress ROADMAP BUMNProgress ROADMAP BUMN
Progress ROADMAP BUMN
 
Dasar peningkatan daya pengeluaran negara
Dasar peningkatan daya pengeluaran negaraDasar peningkatan daya pengeluaran negara
Dasar peningkatan daya pengeluaran negara
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Transformasi industri halal
Transformasi industri halalTransformasi industri halal
Transformasi industri halal
 
Penguatan Industri Pasar Materi Bapak Adi PKSK.pdf
Penguatan Industri Pasar Materi Bapak Adi PKSK.pdfPenguatan Industri Pasar Materi Bapak Adi PKSK.pdf
Penguatan Industri Pasar Materi Bapak Adi PKSK.pdf
 
Tax Flash September 2022.pdf
Tax Flash September 2022.pdfTax Flash September 2022.pdf
Tax Flash September 2022.pdf
 
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
 
Perkuat pasar modal butuh dukungan seluruh pihak
Perkuat pasar modal butuh dukungan seluruh pihakPerkuat pasar modal butuh dukungan seluruh pihak
Perkuat pasar modal butuh dukungan seluruh pihak
 
Mp3 ei paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
Mp3 ei   paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011Mp3 ei   paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
Mp3 ei paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
 
Mp3 ei paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
Mp3 ei   paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011Mp3 ei   paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
Mp3 ei paparan asdep taru bangwil diknas-5 juli 2011
 
Foreign Direct Investment (FDI) dan Iklim investasi di Indonesia
Foreign Direct Investment (FDI) dan  Iklim investasi di IndonesiaForeign Direct Investment (FDI) dan  Iklim investasi di Indonesia
Foreign Direct Investment (FDI) dan Iklim investasi di Indonesia
 
Bab 12 sektor perindustrian
Bab 12 sektor perindustrianBab 12 sektor perindustrian
Bab 12 sektor perindustrian
 
Bab 12 sektor perindustrian
Bab 12 sektor perindustrianBab 12 sektor perindustrian
Bab 12 sektor perindustrian
 

19 PROJEK DI BAWAH ETP

  • 1. 19 LAGI PROJEK DI BAWAH ETP Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 11 Januari 2011 telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah program Transformasi Ekonomi (ETP). Kesemua projek berkenaan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaaan baru. Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010. Kesan daripada Program Transformasi Ekonomi kian ketara. Keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia kini semakin tinggi. Ini boleh dilihat daripada prestasi Bursa Malaysia yang telah mencecah tahap penutup tertinggi pada 7 Januari iaitu 1,572.21 mata. Sementara itu, Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton yang terkini menunjukkan 50 peratus perusahaan sederhana hingga besar (atau medium to large enterprises) positif tentang prospek ekonomi Malaysia pada tahun ini, tahap keyakinan tertinggi untuk Malaysia sejak penyertaan Malaysia dalam laporan tersebut. Mengikut Frost & Sullivan, jumlah keluaran industri automotif (atau total industry volume, TIV) diunjurkan mencecah paras tertinggi baru sebanyak 623,000 unit tahun ini, peningkatan 4.1 peratus berbanding TIV 2010. Petanda-petanda positif ini amat menggalakkan dan kerajaan akan terus berusaha sehingga matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tercapai. Sebahagian 19 Projek EPP Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga. ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, bersama-sama dengan rakan kongsi kontrak pengeluarannya, Petronas Carigali Sdn Bhd, merancang melabur lebih RM10 bilion dalam aset minyak dan gas bagi membantu memastikan bekalan yang andal dan mampan bagi Malaysia. Ini merupakan kesinambungan dari pengumuman insentif cukai baharu di bawah Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) pada November 2010. Komitmen perbelanjaan modal ini akan digunakan bagi memberi nafas baharu terhadap kemudahan yang matang dan melaksanakan usaha meningkat aktiviti pengeluaran minyak di medan Tapis dan projek pembangunan gas Telok. - Projek Telok, yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia, sedang dibangunkan di bawah satu kontrak perkongsian pengeluaran bagi menyediakan bekalan tambahan bagi keperluan kuasa dan perindustrian Malaysia dan akan menggalakkan pertumbuhan organik sektor gas asli. - Shell Malaysia akan turut melabur RM1.5 bilion di segi pelbagai projek bagi menaik taraf, mengembangkan dan membina kemudahan di dalam aktiviti hiliran, pertengahan dan huluan di seluruh Malaysia. Ini termasuk mengembangkan loji lilin Sintesis Penyulingan Pertengahan Shell (MDS) di Bintulu, satu unit pemprosesan diesel yang baharu di Kilang Penapisan Shell di Port Dickson dan pembangunan air dalam Gemusut di luar pesisir Sabah. - Dialog Group Bhd mengetuai satu konsortium yang terdiri daripada kerajaan Johor dan Vopak akan membangunkan satu projek terminal petroleum air dalam bebas RM5 bilion di Pengerang, Johor. Projek ini akan mempunyai keupayaan penyimpanan petroleum keseluruhan 5.0 juta meter padu dan melonjakkan Malaysia sebaris dengan hab penyimpanan minyak serantau. Datuk Seri Najib menjangka satu kesan penggandan yang signifikan dari projek Pengerang untuk merangsang keseluruhan ekonomi. Di bawah ETP, ia dijangka menjana pendapatan negara kasar RM1.6 bilion menjelang 2020.
  • 2. - Pembentukan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia di mana Dr Mohd Zamzam Jaafar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Dr Mohd Zamzam mengetuai perancangan berdasarkan tempoh jadual masa pembangunan semasa antara 11 hingga 12 tahun daripada praprojek sehingga pentaulihan. - Di bawah NKEA Perkhidmatan Perniagaan, MyTelehaus, CSF Group dan pusat data Teliti International telah membantu Malaysia merapatkan jurang mengenai aspirasi untuk meningkatkan jualan ruang lantai pusat data. Melalui pelaburan lebih RM671 juta secara kolektif, ketiga-tiga organisasi itu akan membangunkan kemudahan baharu dan menaik taraf yang sedia ada, bagi membekalkan ruang lantai 475,000 kaki persegi pusat data bagi menampung peningkatan permintaan. - Mengenai NKEA Penjagaan Kesihatan, UM Holdings Sdn Bhd, satu perbadanan milik penuh Universiti Malaya, akan mewujudkan Metropolis Kesihatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, Selangor. Usaha menyepadukan penjagaan kesihatan, penyelidikan biologi dan pasca pendidikan menyasarkan untuk meningkatkan standard dan kualiti bidang berkenaan, bagi menjadi antara yang terbaik di dunia. Ia turut ditanda aras berbanding Pusat Perubatan Longwood Havard dan Pusat Bio-X Stanford, dua daripada contoh terbaik dalam kelasnya di dunia. - Satu lagi projek di bawah NKEA Penjagaan Kesihatan, Hovid Bhd, iaitu sebuah syarikat farmaseutikal kelahiran negara ini, telah menjalin perjanjian dengan Winthrop Pharmaceuticals, satu anak syarikat Sanofi-Aventis, satu syarikat farmaseutikal global. Usaha sama itu akan mengeluarkan dan membekalkan ubat-ubatan generik bagi diabetik dan pengurusan kesakitan bernilai RM50 juta bagi tempoh lima tahun akan datang. Sumber: Bernama, www.pmo.gov.my Artikel dimasukkan pada 11 Februari 2011 6 INISIATIF PEMBAHARUAN BAGI MENINGKATKAN DAYA SAING Bahagian kesimpulan Model Ekonomi Baru (New Economic Model, atau NEM) telah mengetengahkan sejumlah 51 dasar polisi untuk membolehkan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global. Pada tahun 2011, PEMANDU telah ditugaskan untuk membina program yang terperinci bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut, yang dikelompokkan kepada enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiatives atau SRI). Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen kedua yang kritikal bagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP). Ini melengkapkan fokus yang telah diberikan oleh 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, atau NKEA) yang dijangka akan dapat meningkatkan daya saing negara dan membolehkan pertumbuhan yang berkekalan. Ianya adalah: • Kewangan Awam • Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
  • 3. • Pembangunan Modal Insan • Penyampaian Perkhidmatan Awam • Standard Antarabangsa Dan Liberalisasi • Merapatkan Jurang Ketaksamaan. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera “Dengan adanya SRI yang terperinci iini, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap. Usaha mengejar pembangunan ekonomi diiringi perubahan-perubahan dasar akan membolehkan kita bersaing dengan mantap di persada antarabangsa.” - Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak . Bagi 14 lagi langkah itu telah pun diserapkan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA). 1. Meningkatkan Pendapatan, Mengurangkan Kos Bagi mencipta ruang kewangan sebanyak RM13 bagi negara, 20 daya usaha serta-merta dan serta jangka panjang telah dicadangkan oleh Makmal Kewangan Awam bagi meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan memperkasakan ekonomi negara. Ini akan membolehkan Kerajaan menangani sebarang kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melabur bagi masa hadapan. Cadangan-cadangan ini dikelompokkan ke dalam enam bidang utama, iaitu pelaksanaan cukai, memperhalusi galakan percukaian syarikat, pemerolehan yang telus, pengawalan perbelanjaan serat perakaunan berganda, termasuklah dan perkhidmatan (Goods and Services tax atau GST). “Sejumlah enam daya usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pungutan cukai. Ini termasuklah meluaskan bidang penyiasatan serta audit, meluaskan asas percukaian dan meningkatkan keupayaan audit dan penguatkuasaan Jabatan Kastam. Bagi meluaskan lagi asas pencukaian GST akan diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. “ kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato‟ Sri Idris Jala. Tindakan juga kaan diambil bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan di dalam empat bidang, yakni perserasian subsidi, perolehan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran kepada bahan-bahan berkanun. 2. Menghalusi Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan Di makmal SRI yang membincangkan Perangan Kerajaan dalam Perniagaan, Kerajaan digesa berusaha untuk memastikan sempadan antara bidang perniagaan dan penguatkuasaan dipisahkan dengan jelas agar tidak berlaku sebarang percanggahan atau perselisihan kepentingan dan menggalakkan pasaran yang lebih adil sekali gus menarik pelaburan dari sektor swasta. Dasar ini juga akan membolehkan Malaysia meraih manfaat dari segi penjimatan dan pasaran kewangan yang kukuh lagi berwibawa. Ini sekali gus akan meningkatkan kedudukan kewangan negara di samping membolehkan memacu pertumbuhan negara. “Ini sejajar dengan NKEA di bawah ETP yang telah mengenal pasti bahawa 92% dari pelaburan di Malaysia mestilah datang dari sektor swasta” ujar Jala. Penglibatan kerajaan dalam sektor perniagaan hanya akan berterusan dalam empat bidang, iaitu: • Apabila sektor swasta memerlukan pelaburan bergandingan dalam projek dijangka akan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebagai contoh koridor pembangunan serantau.
  • 4. • Di mana sesuatu bidang perniagaan itu harus dimiliki oleh badan tempatan bagi melindungi kepentingan negara, seperti dalam perolehan teknologi pertahanan dan sebagainya. • Apabila pelaburan yang diperlukan melibatkan pembangunan modal yang besar, pemangkin teknologi atau teknologi baru. • Apabila ia melibatkan projek binaan negara seprti sistem pengangkutan awam, bioteknologi dan tenaga lestari. Setiap pelaburan juga akan mempunyai strategi bagi kerajaan untuk meloloskan kehadirannya. Kerajaan akan memperhalusi setiap pelaburannya, bermula dengan 33 buah syarikat yang telah dikenal pasti bagi dilepaskan sama ada melalui penyenaraian di bursa saham, pengurangan pegangan mahupun jualan sekali gus. Bagi perniagaan yang lain, Kerajaan Malaysia nekad untuk membina struktur bagi meningkatkan tahap pengendaliannya. Unit bagi memantau setiap syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked-Company atau GLC) akan ditubuhkan bagi memantau setia syarikat dan badan berkanun yang terbabit. “Maklumat prestasi ini juga kan disebarkan kepada rakyat melalui lama webnya bagi memastikan ketelusan dan pihak yang berkenaan memikul tanggungjawab yang sepenuhnya”- Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato’ Sri Idris Jala 3. Membangunkan Modal Insan Bagi Ekonomi Berpendapatan Tinggi Malaysia juga nekad untuk membangunkan modal insan, bermula dengan usaha mengemaskini undang-undang buruhnya. Sejumlah empat Akta akan dikaji dan dipinda secara meluas bagi diserasikan dengan keperluan semasa pelbagai pihak yang terlibat. Memandangkan Malaysia juga sedang bergerak menuju sistem penggajian yang berteraskan produktiviti, di mana pekerja dibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang dilakukan, maka kementerian Sumber Manusia juga akan mengumumkan gaji minimum menjelang akhir tahun ini. “Dengan lulusnya Rang undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011,maka Majlis ini akan di amanahkan untuk meneliti dan memberikan cadangan kepada Kerajaan mengenai setiap hal yang berkaitan dengan penggajian minimum, termasuk pecahan gaji minimum mengikut sektor, kawasan dan hal-hal lain yang berkaitan” kata Jala. Peningkatan kemahiran tenaga pekerja adalah penting bagi membangun modal insan bagi ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, Talent Corporation akan membantu membangunkan program yang terperinci bagi bidang-bidang yang khusus sejajar dengan NKEA dan Makmal Bandar dan Koridor akan datang. Ini termasuk beberapa langkah bagi menjamin keselamatan tenaga pekerja untuk menggalakkan mereka lebih banyak bergerak dan berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, seperti insurans pengangguran, dibantu oleh program latihan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja yang ditingkatkan. Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (institute of Labour Market Information and analysis, atau (ILMIA) akan ditubuhkan untuk membekalkan analisa yang mendalam mengenai pasaran buruh bagi membantu sektor awam meneruskan dasar serta segala keputusan yang perlu. Ia juga akan dapat membantu sektor swasta dengan membekalkan jangkaan dan analisa terperinci mengenai permintaan dan pembekalan buruh oleh industri dan sektor kecil. Jala juga menambah bahawa Kerajaan akan mula mengamalkan dasar yang direka khas untuk menggunakan bakat kaum wanita dengan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dengan sebaik mungkin, selain daya usaha bagi meningkatkan penglibatan kaum Hawa di dalam tenaga buruh Malaysia.
  • 5. Bagi membantu PKS pula, serangkaian program akan dibangunkan bagi menambah Dana Pembangunan Sumber Manusia(Human Recourses Development Fund, atau HRDF). Ia seterusnya akan membolehkan PKS tempatan mempelajari seterusnya mengamalkan amalan-amalan perniagaan yang terkini dalam pengurusan sumber Manusia, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka membina tenaga pekerja yang mahir dan tinggi produktivitinya. 4. Ke Arah Kerajaan Yang Cekap, Mantap Dan Berkebolehan Hakikatnya, Malaysia sering ketinggalan apabila disebut mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemudahan perniagaan. Walaupun keadaan telah semakin baik kebelakangan ini, kita masih perlu berusaha dengan lebih keras lagi bagi meningkatkan daya saing dan membangunkan ekonomi negara. Kita perlu bergerak ke arah membina Kerajaan yang berteraskan kecekapan, kemantapan dan kebolehan membekalkan setiap keperluan sektor perniagaan mahupun orang ramai. Antara daya usaha yang amat penting dicadangkan oleh Makmal Penyampaian Perkhidmatan Awam termasuklah membasmi penduaan langkah-langkah dan fungsi yang diserasikan agar mempunyai struktur pentadbiran yang jelas bagi menjamin keutuhan dan mutu pengeluaran. Jala berkata lagi, “Kerajaan juga sedang memperkenalkan sistem pemantauan prestasi segera, dibantu oleh sistem penilaian maklum balas segera.” Ini juga akan melihatkan peningkatan pembabitan rakyat di dalam sebarang kajian bertahap tinggi melalui kumpulan kajian yang pertumpuan khusus, hari terbuka serta sidang pembincangan. Perkhidmatan awam yang cekap ini juga akan dibina dengan mengamalkan amalan-amalan sumber manusia yang strategik, di mana struktur organisasi akan dileperkan menggunakan amalan sumber manusia yang terpilih. Selain itu, pengambilan tenaga pekerja terbuka di dalam perkhidmatan awam serta di antara sektor swasta bagi mengisi jawatan-jawatan tertentu, melalui pengambilan terbuka ini sekali gus membina persekitaran yang berdaya saing. Antara langkah-langkah bagi membolehkan dasar ini termasuklah memperkenalkan skim penggajian berkala dan peningkatan skim pencen sedia ada. 5. Meningkatkan Daya Saing Malaysia Malaysia telah menunjukkan Iltizamnya bagi meningkatkan daya saing negara melalui SRI Standard Antarabangsa dan Liberalisasi (SAL) yang melibatkan tiga unsur iaitu pembebasan sektor perkhidmatan, piawaian serta undang-undang persaingan. Pembebasan sektor perkhidmatan di peringkat tertinggi adalah berdasarkan sumbangan mereka kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK)bukan sahaja buat masa kini tetapi juga di masa hadapan.Ini amat penting dalam usaha mencapai sasaran ETP untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pendapatan negara kepada 65% menjelang 2020. Makmal juga telah mengenal pasti beberapa titik permulaan yang penting, di mana Malaysia mempunyai kelebihan dari segi daya saing dan berupaya menjadi antara pengusaha terbesar dunia.Ia bermula dengan pembebasan sektor perubatan, pendidikan serta perkhidmatan perniagaan. Kesemua ini akan menyaksikan had-had terhadap hak milik dan tenaga pekerja asing di Malaysia dimansuhkan secara beransur-ansur. Ini akan melengkapkan lagi peningkatan mutu barangan keluaran Malaysia di mana tumpuannya adalah terhad terhadap perkhidmatan dan keluaran di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dan berkeupayaan menjadi pengeluar terbesar dunia. Tanggal Januari 2012,Akta persaingan akan mula berkuat kuasa sekali gus menggalakkan peningkatan persaingan, pelaburan asing serta merancakkan lagi pasaran semasa. Ia juga direka bagi melindungi para peniaga dari sebarang amalan tidak sihat dan salah guna kuasa. 6. Merangsang Keupayaan Membina
  • 6. Melalui SRI ini, daya usaha untuk membangunkan PKS Bumiputera akan dimajukan, sekali gus meningkatkan tahap pendapatan dan merangsang isi-rumah Malaysia yang berpendapatan rendah bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Telah ada juga rancangan dibawah NKRA bagi isi-rumah Berpendapatan Rendah, Pendidikan dan infrastruktur Asas Luar Bandar, bagi meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah. TERAJU telah dicipta bagi menerajui, menyelaras serta memacu penglibatan ekonomi Bumiputera dan menguatkan agenda pembangunannya. Unit ini bertujuan membolehkan Kaum Bumiputera mengambil peluang serta kesempatan meraih keuntungan dari pembangunan ekonomi. Program PKS Berprestasi Tinggi (High performing Bumiputera SME, atau HPBS) bagi memupuk generasi baru pengusaha Bumiputera bertaraf dunia di sepanjang 12 NKEA, akan dilancarkan oleh TERAJU tidak lama lagi. PKS-PKS ini perlu membesar meningkatkan tahap pembangunan mereka serta bersaing di pasaran terbuka tanpa mengharapkan belas Ehsan Kerajaan yang keterlaluan. Program ini akan mempunyai skim “tenggelam timbul” yang lebih tegas bagi memacu prestasi dan sifat berdikari. Sumber: PEMANDU SATU LAGI TERAS UTAMA ETP DIPERKENALKAN Kerajaan mengumumkan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) sebagai satu lagi teras utama Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa serta memastikan kesejahteraan hidup rakyat makin terjamin. Inisiatif berkenaan akan memacu Malaysia ke arah meningkatkan pendapatan negara, memperbanyak peluang pelaburan swasta, mentransformasi tempat dan tenaga kerja di Malaysia untuk ekonomi berpendapatan tinggi, menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan awam berkualiti tinggi serta memperbaiki standard kehidupan rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa. Enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) 1) Kewangan Awam Datuk Seri Najib Razak sendiri menerajui SRI ini yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Rasionalisasi insentif cukai korporat Meningkatkan asa cukai Kawalan perbelanjaan Permerolehan telus Perakaunan terakru 2) Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan Diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Membentuk peranan Kerajaan Rancangan pengurusan Pegangan dalam GLC Tadbir urus syarikat milik negara 3) Pembangunan Modal Insan
  • 7. Diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam Pemodenan undang-undang buruh Gaji minimum Jaringan keselamatan pekerja Analisis pasaran tenaga kerja Memanfaatkan tenaga kerja wanita Mengukuhkan pengurusan sumber manusia Naik taraf kemahiran pekerja 4) Penyampaian Perkhidmatan Awam Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan Kerajaan sebagai pemudah cara Perkhidmatan awam berprestasi tinggi 5) Standard Antarabangsa dan Liberalisasi Diterajui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili Liberalisasi perkhidmatan Standard Akta persaingan 2010 6) Merapatkan Jurang Ketidaksamaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera Diterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Menaik taraf isi rumah berpendapatan rendah PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (HPBS) Menerusi enam SRI terperinci itu, Perdana Menteri berkata, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap dan kerajaan akan meneruskan tumpuan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi, diiringi pembaharuan dasar yang membolehkan Malaysia bersaing lebih kukuh serta mantap dalam persada antarabangsa. Malah, petunjuk prestasi utama (KPI) beliau dan menteri lain berkaitan sudah diselaraskan bersesuaian SRI berlandaskan penyampaian serta jangka masa jelas, di mana mereka komited untuk melaksanakan pembaharuan berkenaan. Enam SRI itu merangkumi semua 51 langkah dasar diketengahkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Bahagian Akhir Model Baru Ekonomi (MBE) yang saya terima pada Disember tahun 2010. Sumber: Berita Harian Artikel dimasukkan pada 6 Julai 2011 Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sos
  • 8. negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Ia diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi me Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Badawi. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion. Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun. Ucapan pada 30/03/10 Berikut adalah teks ucapan pembentangan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur. PENGENALAN 1. Terima kasih di atas pengenalan tersebut. Saya amat berbesar hati berada di sini pada hari ini. Pemimpin perniagaan dan pelabur adalah penting untuk menentukan kesejahteraan ekonomi Malaysia – dan juga masyarakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha, sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akan berlangsung sepanjang beberapa hari yang akan datang. 2. ‘Menerajui Kecemerlangan Global’ tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Ia juga bertepatan dengan apa yang ingin saya katakan pada hari ini. Dalam tahun baru, konteks baru, dan dunia yang semakin pulih dari kemelesetan, kita perlu fokus terhadap: · Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana; · Meningkatkan daya saing Malaysia; · Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta; · Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi; · Membina ekonomi yang inovatif; dan · Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa hadapan. 3. Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik. Suasana ekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada tahun lepas. Pada masa itu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih 20 juta pekerjaan telah hilang. Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang. Ekonomi di seluruh dunia mengalami penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengeluaran industri dan pelaburan modal jatuh mendadak. 4. Kita mengalu-alukan ketibaan tahun 2010. Namun, sementara Malaysia masih merasai kesan kemelesetan ini, saya percaya kita telah mengharungi rintangan dan mencapai kemajuan dalam menongkah arus. Kita enggan menjadi pemerhati pasif semasa kemelesetan ini melanda rantau Asia, justeru kita telah bertindak dengan tegas dan pantas. 5. Kita telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi pelaburan negara yang dikehendaki dan perbelanjaan berhemat yang diperlukan untuk mengurangkan defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasi sektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor utama ekonomi negara. 6. Kini, kita sedang menyaksikan hasil langkah-langkah tersebut. KDNK bagi suku keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pakej-pakej rangsangan menjana ratusan projek infrastruktur penghasilan kerja. Eksport kembali pulih, dan pengaliran semula pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia. Defisit fiskal dijangka mengecil dari 7.0 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun 2010. Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010. Jumlah eksport meningkat 37 peratus kepada RM52 bilion dan import bertambah 31 peratus kepada RM40 bilion. 7. Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat menggalakkan. Coca-cola telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion ringgit yang mampu menjana 2,000 hingga 3,000 pekerjaan di Malaysia. IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang terbesar di
  • 9. Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat tempatan. JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada pengeluaran pemacu cakera keras dunia. Melangkah ke hadapan, pegangan Kerajaan dalam pasaran akan dikurangkan, modal akan dijana, inovasi akan dipupuk dan kekayaan akan dihasilkan bagi memberi kemudahan untuk mengembangkan lagi ekonomi Malaysia. 8. Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya. Tuan-tuan dan puan-puan, CABARAN YANG DIHADAPI 9. Walaupun begitu, perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan – dan Perdana Menteri – aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Saya tidak boleh menerima keadaan ini. Saya berjanji: kita akan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membangun serta melaksanakan pembaharuan ekonomi yang diperlukan oleh negara untuk terus berkembang, untuk perniagaan berjaya dan yang paling utama untuk kemakmuran rakyat. 10. Ekonomi dunia – sebelum dan khususnya sejak krisis kewangan, telah mengalami perubahan yang ketara. Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Jika kita tidak bertindak pantas untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balas secara efektif terhadap perubahan persekitaran ekonomi, kita akan menghadapi risiko kehilangan daya saing. 11. Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa sektor ekonomi untuk memacu pertumbuhan. Kita perlu mempelbagai dan memberi insentif kepada industri strategik yang baru di mana negara kita mempunyai kepakaran, kekuatan dan potensi untuk lebih berjaya. Selaras dengan perkembangan ini, kita juga harus memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada kompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara. Mereka – dengan sokongan bakat asing yang sesuai – mampu menyumbangkan kecerdasan minda, modal intelektual dan kemahiran untuk membantu merealisasikan matlamat kita dengan lebih bermakna. Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya. 12. Sistem pendidikan kita perlu dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik untuk melahirkan tenaga kerja masa depan, dengan komitmen kepada program berasaskan merit. Ini akan mendorong kecemerlangan dan memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu kejayaan pada dekad mendatang. 13. Kita memerlukan kerajaan yang dapat membantu untuk memperkukuh sektor swasta. Ini bermakna, membentuk semula dan memperkasa sektor awam untuk menjadi lebih responsif dan bertanggungjawab kepada keperluan sektor swasta dan perniagaan. 14. Kita juga telah mengenalpasti beberapa polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya pada era sebelum ini, namun kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan, merencat pasaran dan meletakkan kita dalam kedudukan yang kurang berdaya saing. Sebagai contoh, kerajaan sedang berunding untuk mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan. Langkah ini akan membawa Malaysia sejajar dengan keadaan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan terhadap industri, perniagaan dan pembayar cukai. Ini adalah penting untuk membolehkan kita terus maju ke hadapan bersama sebagai satu negara, di samping meningkat dan mengukuh program jaringan keselamatan untuk menyokong kebajikan rakyat Malaysia yang mudah terjejas. 15. Secara keseluruhan, kekurangan ini menjelaskan keadaan pelaburan swasta Malaysia yang masih belum pulih ke paras sebelum krisis kewangan Asia. Dan sebagaimana yang anda tahu, ini boleh memberi ancaman pada usaha kita untuk menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan asing dan tempatan. 16. Menangani isu-isu ini bukan sahaja perlu mempunyai visi yang jelas dan polisi yang betul tetapi ia juga memerlukan iltizam politik yang jitu, pelaksanaan yang efektif dan sokongan rakyat yang sepadu. Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana? Saya percaya kita perlu mencapai persetujuan bersama mengenai isu ini. Memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin pulih, sesetengah pihak mempersoalkan keperluan untuk segera mengubah tabiat lama. Kini, terdapat seruan untuk melindungi status sedia ada. Kita jangan mudah terpedaya. Kita memerlukan cara baru untuk bertindak. Dengan pemulihan ekonomi, kita mesti bertindak segera untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di masa hadapan. Dan ini merupakan pilihan yang perlu kita hadapi. Untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana iaitu satu kedudukan yang merbahaya kepada mana-mana negara dalam ekonomi global baru; atau untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu dan kita selesa serta terus berharap agar dunia
  • 10. beradaptasi dengan kita. Pilihan kita dan tugasan Kerajaan adalah untuk terus menerajui polisi-polisi ekonomi yang berjaya dalam industri berpengetahuan masa hadapan, dengan pekerjaan bergaji tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi bersama. Tuan-tuan dan puan-puan, LAPORAN NEAC 17. Pada hari ini, kita akan mengambil satu langkah penting dalam perjalanan tersebut. Teras utama agenda polisi jangka-panjang merupakan model ekonomi baru – yang akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dengan visi jangka masa yang lebih panjang yang akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Ini akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi satu ekonomi yang berpendapatan tinggi dan mempunyai pertumbuhan berkualiti dalam abad yang mendatang. 18. Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan bumbung – falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) – satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama – merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11. 19. Selepas beberapa bulan saya menjadi Perdana Menteri, saya telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang merupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci. Saya meminta majlis ini memberikan cadangan berani tetapi praktikal untuk melaksanakan model ekonomi baru bagi mengubah ekonomi Malaysia. Dan saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah menerima laporan NEAC ini. 20. Laporan ini secara telusnya menyatakan keadaan ekonomi masa kini, kekuatan dan kelemahan – serta menilai polisi semasa dan bidang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pada masa akan datang bagi Malaysia. Ia merupakan analisis yang komprehensif dan berpandangan jauh. Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz, ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan Sekretariat. Hasil kerja dan khidmat yang diberikan kepada negara bukan sahaja layak menerima pengiktirafan tetapi juga penghargaan kita. 21. Pada hari ini, saya dan anggota kabinet – bersama-sama ahli jawatankuasa NEAC – akan memulakan pertimbangan terperinci mengenai cara untuk kita maju ke hadapan, terutamanya dalam kita beralih dari laporan ini kepada pelan tindakan masa depan. Namun, ia bukan merupakan cara lama debat politik. MEB mempunyai implikasi yang meluas untuk semua rakyat Malaysia dan kita tidak mampu untuk mengabaikan pandangan mereka mengenai perkara ini. Seperti mana pelabur, Kerajaan juga menitikberatkan ketelusan yang tinggi. Sama ada dalam bajet mahupun GTP, di mana ribuan penduduk awam terlibat dalam proses ini, saya telah mengarahkan laporan ini diterbitkan dan mudah dicapai oleh masyarakat umum. Dengan ini kita dapat mengumpulkan input dan memberi peluang untuk mereka terlibat sama dalam proses membuat keputusan bagi bulan yang mendatang. Hanya melalui konsultasi bersama Rakyat dan semua pihak lain yang berkepentingan, maka kita akan mampu mencapai perancangan yang kukuh, meyakinkan dan efektif dalam melaksanakan MEB. 22. Saya telah menekankan dalam pelbagai majlis sebelum ini bahawa era ‘Kerajaan tahu segalanya’ telah berakhir. Rakyat – dan golongan-golongan seperti pemimpin perniagaan dan pelabur – ingin serta layak untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan polisi. Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih konsultatif dalam melibatkan pihak berkepentingan paling utama. Hanya melalui proses tersebut, kita boleh meluaskan pandangan, mencabar pemikiran sedia ada dan membantu membina ketelusan dan keterbukaan semua ke arah yang betul. Inilah hala tuju yang akan kita ambil. Rakyat didahulukan. Tuan-tuan dan puan-puan, PRINSIP MEB 23. Seterusnya, saya ingin menetapkan tiga prinsip yang saya percaya akan menjadi penunjuk kepada pemikiran negara dan pembangunan MEB. Saya mahu – seperti mana yang digariskan oleh Tan Sri Amirsham – untuk kita semua membayangkan kesan MEB pada masa akan datang dan makna MEB terhadap diri kita dari segi individu dan perniagaan. 24. Tiga prinsip yang jelas terhasil daripada laporan NEAC – pertama, berpendapatan tinggi, kedua, kemapanan dan ketiga, keterangkuman (inclusive). Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk kita menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh. 25. Kita perlu bertanya pada diri sendiri akan soalan asas ini: Adakah MEB ini menjana pekerjaan berpendapatan tinggi di mana Rakyat mendapat manfaat daripada ekonomi yang berdaya saing dan cara hidup yang lebih baik? Inilah intipati (raison d’être) bagi MEB. Kita mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita sebanyak AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan dalam Laporan NEAC. MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini. Cabaran kita adalah bagaimana untuk
  • 11. melakukannya. Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi. 26. Mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi bermakna upah pekerja yang lebih tinggi bagi keseluruhan ekonomi disebabkan pertumbuhan bukan sahaja daripada modal, tetapi juga daripada produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual. Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta. Kita mengharapkan pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Malah, pekerja kolar biru juga akan diberi upah berdasarkan peningkatan kompetensi yang mereka miliki, dengan prestasi mereka akan diukur berdasarkan tanda aras pesaing antarabangsa. Semakin banyak kemahiran, akan datang tanggungjawab yang lebih besar dan pekerjaan yang lebih baik serta berpendapatan tinggi. 27. Antara penemuan lain, laporan NEAC turut memberi penekanan bahawa sehingga hari ini seramai 80 peratus daripada populasi tenaga kerja mempunyai taraf pendidikan sehingga kelayakan SPM yang setaraf dengan O-levels. Perkara ini tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita aspirasikan. Kita perlu pendidikan yang berterusan, latihan kerja praktikal dan latihan semula kemahiran bagi memanfaatkan sepenuhnya teknologi baru. Dan dengan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di mana produktiviti dan daya saing memacu pertumbuhan, kos menjalankan perniagaan akan sentiasa berdaya saing berikutan penggunaan modal yang lebih efisien serta memberi penekanan terhadap pekerja yang berkualiti. Ini bermakna, pengurangan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing yang tidak berkemahiran, dan lebih penumpuan kepada pekerja pelbagai kemahiran yang boleh meningkatkan produktiviti. Perubahan ini juga memerlukan Kerajaan untuk turut meningkatkan kualiti dan produktiviti para pekerjanya. Saya percaya kita telah memulakan usaha melalui GTP, yang mana antaranya akan meningkatkan infrastruktur negara serta memperbaiki akses kepada pendidikan yang berkualiti. 28. Kedua, MEB mesti bertunjangkan komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mapan, bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi negara kita, bahkan perlu mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli yang tidak ternilai. Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang. Pilihan ini adalah tidak wajar dan amat sia-sia sekali. Kita boleh memiliki pendekatan ekonomi yang mantap dan dinamik, tetapi ianya mesti berupaya memelihara negara kita yang dicintai demi generasi akan datang. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan hendaklah selari dengan pemuliharaan alam sekitar. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini semasa penubuhan NEAC, pencapaian berasaskan kekayaan semata-mata belum memadai dengan apa yang saya hasratkan. Bukan sahaja saya mahukan rakyat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, tetapi juga mereka turut menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Meningkatkan kualiti hidup mestilah menjadi sebahagian daripada adunan MEB. 29. Akhir sekali, adakah MEB melibatkan keterangkuman? Kita perlu mengambil kira penggembelingan potensi keseluruhan rakyat Malaysia, dan sama-sama menikmati hasil kemakmuran negara yang semakin berkembang. 30. Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan di dalam MEB. Saya mengambil kesempatan ini, untuk menyentuh isu penyertaan menyeluruh MEB di mana tidak ada seorang pun yang terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan seiring dengan kemajuan negara. Walaupun dari segi realitinya, adalah mustahil untuk kita mencapai kesaksamaan yang sempurna dalam ekonomi global dan terbuka, masyarakat yang berteraskan penyertaan bersama mampu memastikan yang kita boleh mengurangkan jurang ketidaksamaan, mampu membantu mereka yang paling memerlukan, dan melibatkan penyertaan semua rakyat Malaysia yang berkebolehan dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing. 31. Dalam mengubah pendekatan dengan mengambilkira cabaran-cabaran baru ini, ia memerlukan kita untuk mengubah pemikiran rakyat kita. Dalam jangka masa pendek, tentu akan ada tentangan yang hebat. Sebahagian sektor ekonomi mungkin terjejas. Proses pembaharuan tidaklah mudah dan tentunya akan mengalami kesukaran. Namun, bagi membina kekuatan jangka panjang negara, kita tidak boleh berterusan membelakangi isu ini. Jika kita benar-benar mahu menyelesaikan isu ketidaksamarataan dan menjadi contoh di rantau ini, kita perlu bertindak segera untuk melakukan perubahan. Tuan-tuan dan puan-puan, TINDAKAN AFIRMATIF SEBAHAGIAN DARIPADA PENYERTAAN MENYELURUH 32. Dasar Ekonomi Baru dengan tindakan afirmatif telah berjaya dilaksanakan selama 40 tahun yang lalu, mengimbangkan strategi pertumbuhan ekonomi negara kita dengan keperluan menangani ketidaksamarataan struktur ekonomi dan memupuk keharmonian sosial. Kadar kemisikinan berjaya dikurangkan dengan ketara kepada 3.7 peratus pada masa ini. Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian tersebut. Kejayaan ini menjadi contoh kepada negara-negara berbilang kaum lain yang ingin diikuti. Namun begitu, bilangan isirumah berpendapatan rendah masih lagi banyak di Malaysia. Kerajaan kini berhadapan dengan masalah abad ke-21 yang memerlukan pendekatan baru untuk menyelesaikannya. 33. Laporan NEAC menggariskan pendekatan untuk menangani kemiskinan dan juga memperbaharui polisi afirmatif dalam konteks ekonomi baru dan lebih berdaya saing. Ini akan menjadi sebahagian daripada proses konsultasi awam. Sungguhpun demikian, Kerajaan
  • 12. berpendapat ianya mempunyai kewajaran untuk pertimbangan dan saya ingin menggariskan parameter yang lebih menyeluruh. 34. Keutamaan kita adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Kita tidak akan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan yang melibatkan penyertaan menyeluruh tanpa menangani masalah jurang pendapatan. 35. Justeru, adalah perlu kita memperbaharui polisi afirmatif terhadap MEB yang akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik. Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat – mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara. Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar yang berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar. Sehubungan ini, laporan NEAC mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia – dari segi individu dan wilayah. Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khusus. 36. Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara. Sementara terdapat di kalangan mereka masih bergelut dalam keadaan sukar dengan berpendapatan yang rendah, kita akan sentiasa memberikan sokongan khas untuk membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan. 37. Sejak berdekad lamanya, DEB telah menjadi kayu pengukur pencapaian utama masyarakat kita, satu polisi yang saya sokong dan terima sepenuhnya. Objektif asalnya masih lagi relevan, namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan mensasarkan pencapaian matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya. Oleh itu, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip, ia perlu: - mesra pasaran; - berdasarkan merit; - telus; dan - berdasarkan keperluan. 38. Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus, dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain. Ini merupakan pemantapan dasar kita bagi menghadapi keadaan ekonomi baru, di mana keterangkuman merupakan komponen penting di dalam MEB. Secara praktiknya, pendekatan ini bermakna sokongan kepada Bumiputera dipertingkatkan, di mana ia berdasarkan kepada keperluan dan bukannya bangsa. Golongan Bumiputera masih merupakan majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas, walaupun dalam pelbagai pendekatan, sementara pendekatan baru kita akan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah. Pendekatan ini sebahagian besarnya masih lagi akan memanfaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada komuniti lain yang kurang bernasib baik. 39. Dalam menilai pencapaiannya, pengagihan yang adil hendaklah merangkumi keseluruhan spektrum pengukuran kekayaan seperti pemilikan ekuiti, aset kewangan dan bukan kewangan lain serta akses kepada peluang menjana kekayaan seperti konsesi jangka panjang dan kontrak. Malahan dari segi pengukuran pemilikan, ia perlu melangkauiaspekekuiti termasuk harta benda lain, aset perniagaan seperti peruncitan, harta tanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain serta perjawatan dalam pengurusan. Satu contoh yang baik ialah pembangunan semula Kampung Baru, yang merupakan peluang penjanaan kekayaan secara holistik yang mendalam dan melangkaui pemilikan ekuiti. Saya telah mengarahkan NEAC untuk menyediakan satu rangka kerja yang terperinci untuk melaksanakan model afirmatif baru yang berdasarkan mekanisme yang telus dan berasaskan pasaran untuk mencapai pengagihan yang saksama, manfaat daripada ekonomi berpendapatan tinggi. 40. Laporan NEAC menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran, kini perlu memberi fokus kepada pelaburan binaupaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaat daripada peluang-peluang baru dalam ekonomi. Selanjutnya, akses dan peluang latihan yang lebih saksama bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan untuk mendapat pekerjaan akan diberi keutamaan kepada semua rakyat Malaysia. 41. Pendekatan ini dibina berasaskan pengalaman kita dalam melaksanakan tindakan afirmatif selama ini. Apabila dasar ini dilaksanakan dengan telus, adil dan dengan kaedah yang lebih berwibawa, ia akan menjurus kepada pencapaian yang lebih baik. Akan tetapi, setelah sekian lama, pelaksanaan tindakan afirmatif tidak menepati golongan sasaran yang amat memerlukan. Terdapat persepsi yang menggambarkan bahawa bukan Bumiputera tidak mendapat manfaat daripadanya sehingga kini, walaupun fakta dan data menunjukkan sebaliknya. Justeru, kita perlu menukar persepsi ini dengan prinsip baru tindakan afirmatif yang telah dinyatakan sebelum ini. Kita tidak boleh lagi bertolak-ansur dengan amalan yang menyokong aktiviti rent-seeking dan patronage, yang telah sekian lama menjejaskan matlamat murni DEB. Penyertaan menyeluruh diperlukan, di mana semua rakyat Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manfaat daripada pertumbuhan ekonomi – perlu menjadi teras utama bagi sebarang pendekatan ekonomi baru.
  • 13. 42. Ini adalah prinsip yang ingin saya lihat sebagai panduan dalam fasa konsultasi seterusnya. Bolehkah kita membina model baru yang berlandaskan ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan penyertaan menyeluruh di mana kita semua dapat menikmati kemakmuran? Saya percaya kita semakin menghampiri sasarannya. Saya percaya terdapat sokongan padu yang menyeluruh daripada rakyat Malaysia. Dan saya juga percaya – dengan kepintaran dan kreativiti rakyat Malaysia dan golongan peniaga dan usahawan Malaysia – kita boleh dan akan merealisasikan aspirasi ekonomi nasional tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan, DARIPADA PRINSIP KEPADA SEBUAH PELAN 43. Persoalannya adalah bagaimana kita dapat menuju ke sana? Usaha Kerajaan dan NEAC masih belum selesai dengan pembentangan laporan awal ini. Pendekatan ini mempunyai dua peringkat. Kini, kita perlu memastikan konsultasi yang menyeluruh dan mantap dan kemudiannya, membangunkan rangka kerja (blueprint) atau pelan halatuju pelaksanaan MEB yang terperinci serta perubahan ekonomi yang akan dilaksanakan. Umpamanya, kumpulan kerja seperti lab yang menerajui pembangunan GTP di bawah NKRA akan diadakan, yang disertai oleh sektor awam dan swasta bagi memacu strategi MEB, yang akan membawa kepada laporan kedua pelan hala tuju yang lebih terperinci. Malah, kita akan membangunkan Program Transformasi Ekonomi bagi melaksanakan MEB ini. 44. Bagi merealisasikan transformasi ini, NEAC telah menggariskan beberapa inisiatif pembaharuan yang strategik. 45. Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik akan bertumpu kepada: - Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi; - Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing; - Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing; - Memperkukuhkan sektor awam; - Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran; - Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan; - Meningkatkan sumber pertumbuhan ; dan - Memastikan pertumbuhan yang mapan. 46. Kesemua lapan inisiatif ini adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi. Ketiga-tiga matlamat MEB memerlukan kita mencapai pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi untuk dekad yang seterusnya. Oleh yang demikian, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas, bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua halangan. Matlamat ini memberi penekanan kepada binaupaya dan bukanlah hanya pembangunan negara semata-mata, sebagai langkah mencapai pembangunan mapan. 47. Sebagai tambahan kepada laporan NEAC, suka saya mencadangkan supaya usaha ditumpukan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik, atau yang dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs). Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Pada masa lalu, Kerajaan lebih memainkan peranan paternalistic dalam mencadang dan mempromosi sumber pertumbuhan baru yang sepatutnya diterajui oleh sektor swasta. Sememangnya kita perlu memberi panduan, tetapi kita berpendapat pihak Kerajaan tidak sepatutnya membuat keputusan pelaburan untuk sektor swasta. 48. Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Kerajaan mestilah meningkatkan peranannya sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju. Majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi – untuk menghapuskan pengherotan pasaran dan halangan yang menggugat ekonomi kita daripada terus bergerak ke arah rantaian nilai lebih tinggi serta menggalakkan persaingan sihat. Pelaksanaan dasar ini merupakan pra-syarat untuk kita memanfaatkan sumber pertumbuhan baru. Selagi halangan-halangan ini wujud, peluang pembangunan dalam semua sektor tidak akan tercapai. 49. NEAC dengan mengambil kira input daripada sektor swasta telah mengenal pasti sektor utama yang boleh menjadi peneraju dalam menjana pertumbuhan tinggi – sektor yang mana negara kita mempunyai daya saing dan berkemahiran tinggi, mempunyai peluang untuk menggunakan pengkhususan dan yang telah memperoleh kelebihan sebagai pelopor (first mover advantage) serta kelebihan berbanding tradisional (traditional comparative advantages). Banyak lagi yang perlu kita lakukan, namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini.
  • 14. Tuan-tuan dan puan-puan, 50. Selaras dengan proses GTP dan NKRAs, saya komited untuk mengadakan proses konsultasi yang menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan, dan memastikan NKEAs akan dipilih berdasarkan kriteria kepentingan negara. NEAC akan bekerja bersama-sama dengan PEMANDU bagi membangunkan NKEAs. Mereka akan mengadakan konsultasi dengan rakyat dan semua pihak berkepentingan lain. Apabila RMKe-10 diumumkan bersama dengan NKEAs, sebuah Unit Penyampaian Ekonomi khas akan ditubuhkan untuk menerajui proses perubahan serta memuktamad dan melaksanakan NKEAs tersebut. Masih terdapat banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk mengenal pasti strategi kejayaan yang perlu dilaksanakan di samping NKEAs yang perlu diberikan fokus. Namun, sebagai penunjuk awal, sukacita saya memberikan beberapa contoh mengenai kemungkinan-kemungkinan yang boleh kita jangkakan: 51. Dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), Malaysia boleh memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sebagai peneraju awal. Berbekalkan asas yang kukuh, masa hadapan Malaysia dalam sektor ini perlu ditekankan bukan sahaja dalam pembuatan tetapi dalam penyelidikan, pembangunan serta rekaan, di mana syarikat Malaysia memacu inovasi dan bukan hanya mengimportnya. Antara langkah yang perlu dipertimbangkan adalah pemberian insentif bagi aktiviti penyelidikan yang bernilai tinggi dan menyokong PKS yang menjadi pembekal kepada syarikat-syarikat besar dalam skala yang besar. 52. Industri berasaskan sumber dalam sektor minyak sawit serta minyak dan gas akan terus diberi penekanan. Dalam sektor minyak sawit, inisiatif bagi pengukuhan penyelidikan akan memacu teknologi tempatan yang dapat memenuhi permintaan pasaran, seperti minyak dan lemak yang sihat, biofuel daripada biomas, kosmetik dan plastik biodegradable. 53. Dalam sektor minyak dan gas, kita mempunyai juara seperti Petronas. Ia telah membina sebuah jenama yang sangat kukuh di peringkat antarabangsa dan saya percaya, kini ia perlu membantu untuk memacu pertumbuhan negara dengan memberi sokongan yang lebih lagi kepada pembekal tempatan. Walau bagaimanapun, melangkaui sektor teras minyak dan gas, kepakaran tenaga Malaysia di peringkat antarabangsa mampu membantu syarikat-syarikat untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan berkongsi pengetahuan, bekerjasama dalam pembidaan antarabangsa dan memberi sokongan pada skala global. Dengan mempunyai bakat tempatan yang berkemahiran tinggi serta syarikat yang mampu bersaing di peringkat global akan memberi Malaysia satu kelebihan yang nyata. 54. Dalam sektor perkhidmatan, potensi sektor pelancongan masih belum dieksploitasi sepenuhnya. Masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menarik pasaran baru dari Eropah dan Amerika untuk melengkapkan pasaran dari United Kingdom dan Asia. Kita mempunyai antara hutan yang tertua di dunia yang kaya dengan flora dan fauna serta kawasan menyelam dasar laut yang amat menarik. Malaysia mampu menerajui dalam menyediakan pengembaraan ekopelancongan yang lestari, mempunyai permintaan yang amat tinggi di kalangan negara maju. Kita perlu mensasarkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang akan menarik high-end tourists, yang ingin mendapatkan perkhidmatan eksklusif dan bernilai tinggi. Kita juga perlu kreatif dalam menyediakan bidang baru dalam industri ini. Daripada pelancongan kesihatan, iaitu sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, kepada ekopelancongan, pelancongan pasaran mewah serta pelawat yang berkaitan dengan pembangunan negara sebagai hab pendidikan serantau. Masa depan industri pelancongan Malaysia adalah cerah sekiranya kita mempunyai visi dan kreativiti bagi menyokong potensi pertumbuhannya yang luas dan pelbagai. 55. Sebagai sebuah negara yang turut mengeluarkan hasil pertanian serta bergantung kepada import makanan, terdapat keperluan strategik bagi memberi fokus kepada peluasan sektor pertanian yang bernilai tinggi. Masih terdapat potensi untuk mewujudkan nilai melalui pembangunan pertanian berskala besar, kaedah pengeluaran hasil yang tinggi, teknologi baru, rangkaian pemasaran yang lebih baik yang akan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. Kita mesti menggalakkan perniagaan agro melalui amalan pertanian yang bersepadu dan moden. Memandangkan masyarakat bumiputera di kawasan luar adalah besar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, peningkatan aktiviti pertanian moden secara intensif akan menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi dan mengurangkan jurang pendapatan. Seterusnya, untuk bersaing di peringkat global, kita perlu memastikan sektor pertanian Malaysia, daripada peringkat penanaman sehinggalah pemprosesan, mematuhi atau melepasi standard dan amalan terbaik antarabangsa, serta memasarkan produk pada skala antarabangsa. 56. Malaysia juga berpotensi untuk menjadi peneraju dalam bidang teknologi hijau dan membangunkan niche dalam industri dan perkhidmatan hijau bernilai tinggi. Kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan kompleks, dan merupakan peneraju dalam sektor solar dan tenaga alternatif serantau. Dengan kejayaan terkini dalam pengkomersialan produk bio-diversity, yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna yang peka dengan alam sekitar, Malaysia mampu menjadi hab hijau yang menyeluruh dalam bidang perniagaan – merangkumi aktiviti penyelidikan, rekaan, pembuatan dan pengkomersialan, kita mempunyai kemahiran dan sokongan sektor awam. 57. Terdapat pelbagai bidang yang boleh diterokai untuk meluaskan punca pertumbuhan. Ingin saya memberi contoh yang lain – industri perkhidmatan kewangan, yang merupakan sektor pertumbuhan serta pemudah cara kepada pertumbuhan sektor-sektor lain. Potensi pembangunannya boleh dilihat dalam perkhidmatan kewangan Islam, serta dalam derivatif pengurusan risiko oleh peserta tempatan dan serantau. Kini, Malaysia merupakan peneraju perbankan dan pasaran modal Islam serta industri takaful di dunia. Kita juga berpotensi untuk menjadi hab perkhidmatan kewangan Islam yang bersepadu. Umpamanya, Bank Negara Malaysia kini dalam proses memuktamadkan penubuhan pusat kewangan Islam dan kelulusan dua lesen bank Islam mega. 58. Persaingan kini bukan lagi di antara negara tetapi juga bandaraya. Bagi Malaysia melonjak ke arah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, kita mesti meraih pulangan lumayan dengan pelaksanaan strategi untuk membina densiti, pembangunan kluster dan pengkhususan dalam sektor bernilai tinggi. Menyedari peranan ini, bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru perlu dibangunkan supaya lebih
  • 15. sesuai didiami dan mampu menarik bakat serta menjadi sebahagian daripada perancangan bandar-luar bandar yang lebih komprehensif dan bersepadu. Kita mesti membangunkan kluster yang lebih kukuh dan berperanan sebagai inkubator untuk syarikat baru, memastikan perkongsian perkhidmatan dan membangunkan lebih banyak perniagaan serta jalinan universiti. Bukti menunjukkan, pembangunan bandaraya membantu meningkatkan pendapatan penduduk kawasan sekitar luar bandar, terutamanya apabila mereka diintegrasikan ke dalam jaringan rantaian penawaran. 59. Terdapat banyak lagi sektor pertumbuhan strategik, di mana Malaysia berpotensi untuk berkembang. Kita mempunyai kekuatan di dalam industri IT. Industri kreatif – kepakaran kita dalam muzik, filem, kesenian dan budaya – boleh menjadi sektor yang penting untuk Malaysia pada masa hadapan. Dengan asas yang kukuh dalam kepakaran di bidang perubatan, saintifik dan pembuatan, kita boleh menjadi pusat serantau untuk sektor bioteknologi dan sains hayat yang berkembang pesat. 60. Oleh yang demikian, saya menyeru agar syarikat, pelabur dan usahawan Malaysia untuk merebut peluang yang ada serta menjadi juara serantau malah di peringkat global. Kita perlu mewujudkan polisi intervensi bersama untuk menjadikan ini satu realiti. Syarikat yang menunjukkan inovasi dan berpandangan jauh dalam membentuk dan mencergaskan semula aktiviti mereka akan mempunyai prospek cerah untuk menjadi peneraju dunia pada masa hadapan. Tuan-tuan dan puan-puan, KERJASAMA AWAM-SWASTA 61. Sekiranya Malaysia ingin mencapai matlamatnya, kita harus membina hubungan strategik, kuat dan teguh serta dipacu pasaran berasaskan permintaan yang menghubungkan sektor pertumbuhan kepada MEB. Saya telah menyentuh beberapa strategi yang saya percaya kita perlu, termasuk pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia; pembaharuan fiskal berhemat yang membawa lebih banyak keseimbangan kepada rangka kerja hasil dan perbelanjaan; serta langkah mesra pasaran yang berkesan bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pendekatan baru ini. 62. Namun begitu, asas kepada semua strategi ini ialah kefahaman yang baru dan jelas mengenai peranan perniagaan dan Kerajaan. Pada masa yang sama, Kerajaan hanya bertindak sebagai pemangkin dalam mencapai kekayaan. Kita berperanan untuk memastikan kestabilan, keterbukaan dan kesaksamaan dalam persekitaran selamat yang menggalakkan, dan tidak menggugat atau menghalang pertumbuhan. Persaingan harus digalakkan bagi mewujudkan pasaran yang dinamik serta efisien dan sekiranya perlu, sokongan daripada sektor awam akan diberikan. Dalam tempoh 18 bulan yang lalu, kita telah melihat dengan jelas keperluan, di mana Kerajaan harus berwaspada di dalam menjamin kestabilan ekonomi apabila berlaku kegagalan pasaran. 63. Saya mendapati di dalam dewan ini beberapa bakat sektor swasta adalah antara yang terbaik di dunia. Anda adalah peneraju kepada penciptaan kekayaan dan pertumbuhan. Kita akan melindungi kepentingan ekonomi dan seluruh rakyat Malaysia secara aktif, tetapi kita juga mahukan kepakaran dan pelaburan daripada sektor swasta untuk terus berkembang. Sekali lagi, untuk berjaya dalam konteks ekonomi yang berbeza, kita perlu melihat untuk melaksanakan sesuatu dengan cara berlainan. 64. Satu daripada perubahan ini ialah dengan menggunakan pendekatan baru yang meluaskan peranan pasaran modal di bawah MEB. Malaysia tidak akan berjaya, meskipun dalam sektor utama kita, sekiranya kita kekal di takuk lama. Pencetus pertumbuhan membawa maksud memupuk inovasi, berani mengambil risiko dan kreatif dalam pembangunan produk atau perkhidmatan baru. 65. Sehubungan itu, bagi memudahkan pelaksanaan MEB, menyokong inovasi sektor swasta dan merangsang pembiayaan dalam perkhidmatan yang berisiko tinggi serta sektor berasaskan pengetahuan yang penting untuk masa depan Malaysia, saya ingin melihat peluasan peranan pasaran modal, berkembang daripada model pemerolehan dana kepada model berasaskan kecairan dan kepelbagaian risiko bagi menggalakkan usahawan dan pelabur untuk menjadi sebahagian daripada masa hadapan ekonomi Malaysia yang cerah. 66. Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua yang pada masa ini sedang dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti. Saya juga melihat kerancakan industri pasaran modal seperti sektor pengurusan dana, modal teroka dan ekuiti swasta sebagai penentu penting dalam usaha kita untuk mencapai ekonomi berpendapatan dan berkemahiran tinggi bagi masa hadapan. 67. Sehubungan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada masa ini menguasai pasaran ekuiti dan bon tempatan sehingga 50 peratus daripada volum harian Bursa yang diwakili oleh perdagangan berkaitan KWSP, yang mana situasi ini tidak sihat untuk pasaran mahupun KWSP. Pada hari ini, saya mengumumkan bahawa KWSP dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara, dan ini membolehkan KWSP mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang domestik untuk penyertaan baru. Pada masa ini, KWSP mempunyai 6 peratus aset pelaburan luar pesisir pantai dan jumlah ini akan meningkat secara ketara. KWSP juga akan meningkatkan pelaburan langsung di dalam ekonomi benar Malaysia, sebagai alternatif kepada pasaran pelaburan seperti penglibatan dalam sektor penjagaan kesihatan, komoditi, harta tanah dan pelaburan jangka masa panjang yang lain dengan memenuhi keperluan KWSP untuk melindungi nilai pulangan benar ke atas asetnya. 68. Dari segi institusi, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan yang bertanggungjawab untuk mempromosi serta memudahkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. MIDA memainkan peranan penting di
  • 16. dalam transformasi negara di bawah pelbagai fasa pembangunan industri sepanjang tempoh empat dekad yang lalu. MIDA juga telah muncul sebagai institusi yang diiktiraf di kalangan pelabur asing dan domestik. Walau bagaimanapun, masanya telah tiba untuk membuat perubahan drastik bagi menjadikan MIDA sebuah agensi promosi pelaburan yang lebih efektif. 69. Saya dengan ini mengumumkan bahawa MIDA akan dikorporatkan untuk memberikannya lebih fleksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja serta bakat yang diperlukan untuk menjadi sebuah agensi promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memperkasa MIDA dengan kuasa yang diperlukan untuk berunding secara terus dengan pelabur untuk projek yang disasarkan. Selain itu, MIDA akan dilantik sebagai agensi pusat promosi pelaburan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan, kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan, bagi meningkatkan koordinasi dan kepaduan antara pelbagai badan promosi pelaburan di negara ini. Perubahan ini akan membolehkan MIDA untuk meluluskan insentif secara real time dan bertindak dengan lebih pantas untuk menjalin hubungan yang lebih efektif dengan pelabur. Oleh itu, MIDA akan dinamakan sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan mengekalkan akronim, MIDA, yang merupakan satu jenama yang telah terkenal. 70. Sebagai tambahan kepada pembaharuan penting institusi, saya percaya, kita juga hendaklah memastikan keseimbangan yang wajar antara Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam ekonomi sebagai sebahagian daripada MEB. Sebelum krisis kewangan Asia, sumbangan sektor swasta kepada KDNK jelas mengatasi sumbangan sektor awam. Sebaliknya, dalam dekad pertama alaf baru ini, keadaan ini telah berubah. Suntikan fiskal yang bermula sebagai kitaran keperluan telah menjadi satu pergantungan dan mewujudkan keadaan yang tidak mapan. 71. Saya telah menyentuh beberapa prinsip utama yang akan menjadi asas kepada penentukuran (recalibration) hubungan sektor awam- swasta; transformasi Kerajaan untuk mengurangkan birokrasi dan memfokus kepada penciptaan persekitaran penggerak pertumbuhan; galakan dan insentif untuk merangsang inovasi dan produktiviti sektor swasta; fokus terhadap sektor berasaskan pengetahuan strategik untuk pertumbuhan jangka panjang; dan juga pengiktirafan terhadap kepentingan untuk merebut peluang di peringkat pasaran serantau dan global yang akan membantu pertumbuhan ekonomi negara. Tuan-tuan dan puan-puan, 72. Dalam majlis yang sama tahun lalu, saya telah menggariskan strategi untuk melihat GLCs bagi melepaskan pegangan aset bukan teras; memangkin dan membangunkan ekosistem sektor teras mereka; dan bersaing secara adil dengan sektor swasta. Mengenai prinsip ketiga, saya telah mengumumkan bahawa syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan dibenarkan untuk melepaskan pegangan aset bukan teras dan/atau aset yang tidak kompetitif. 73. Hari ini saya ingin mengumumkan beberapa langkah lanjut yang dapat meningkatkan peluang sektor swasta di samping mengeratkan perhubungan di antara sektor awam dan swasta. 74. Melangkah ke hadapan, saya ingin melihat GLCs dan agensi milik Kerajaan menjalin kerjasama strategik dengan sumber modal swasta di Malaysia dalam membantu bakal pelabur supaya lebih maklum mengenai order book Kerajaan dan membina kompetensi nasional. Kerjasama ini adalah penting, bukan sahaja ke arah meningkatkan strategi peluasan serantau (regionalisation) syarikat-syarikat Malaysia mengambil kira saiz pasaran domestik, malahan untuk memastikan sumber modal tersedia dan boleh digunakan dengan segera. Di samping itu, peluang untuk mewujudkan usaha sama dengan pelabur dari pelbagai bidang termasuklah pelabur runcit, dan dana mutual tempatan dan luar negara kekal terbuka. Sekiranya ini berjaya dilaksanakan dalam skala yang besar, kerjasama ini dapat menjadi pemangkin kepada satu bentuk kerjasama awam-swasta yang unik. Kita sudah mempunyai beberapa inisiatif menuju ke arah ini. Contohnya termasuk penswastaan Astro dan kerjasama di antara Malakoff dan Tenaga Nasional di dalam projek utiliti di Arab Saudi. 75. Kita sudah menunjukkan perkembangan di dalam bidang pelupusan aset bukan teras dan dalam masa sembilan bulan yang lepas, Khazanah telah melepaskan pegangan yang ketara dalam Tenaga Nasional, Malaysia Airports dan PLUS dengan tujuan untuk meningkatkan kecairan saham ini. Namun demikian, lebih banyak perkembangan di sektor ini perlu dilakukan. 76. Kita akan melupuskan aset bukan teras dan aset tidak kompetitif dalam bidang di mana pemegang saham strategik yang baru mempunyai potensi untuk meningkatkan pewujudan nilai, berbanding sekiranya mereka terus berada di dalam pegangan Kerajaan. Sudah tentu, kita perlu memastikan pelupusan ini melepasi penilaian yang ketat demi kepentingan awam. 77. Proses telus akan dilaksanakan bagi memastikan pembida yang berpotensi daripada sektor swasta memenuhi kriteria minimum, termasuklah dari segi kedudukan kewangan, rekod di dalam pengembangan perniagaan dan kecemerlangan pengurusan, serta tawaran mereka untuk membantu pembangunan Bumiputera dan menjayakan gagasan 1Malaysia. Pembida hendaklah menunjukkan penyampaian yang melebihi tanda aras inovasi dan penciptaan nilai, serta menyokong matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Bagi membangunkan proses ini, saya mencadangkan satu panel penilai yang terdiri daripada ahli kewangan profesional, pakar industri antarabangsa dan pegawai kanan Kerajaan dilantik untuk menilai bidaan sektor swasta bagi aset-aset GLCs. 78. Memandangkan betapa pentingnya prestasi sektor awam dan swasta perlu ditingkatkan, kita perlulah berwaspada bagi memastikan pindahan aset GLCs kepada sektor swasta tidak mengabaikan matlamat pembaharuan dan penyampaian sektor awam atau pelupusan aset yang menjejaskan kepentingan awam. Dalam masa yang tertentu, ini termasuklah mengekalkan pengurusan utama dan mengelakkan pemberhentian pekerja secara tanpa rela. Pada masa yang sama, saya sedar akan kepentingan untuk mengkaji semula tarif dan insentif
  • 17. sedia ada yang disediakan kepada GLCs jika kita ingin menarik pelaburan swasta dan, untuk itu, saya mencadangkan sebarang kajian semula berkaitan hal ini dibawa ke Kabinet. 79. Dengan garis panduan dan prinsip strategik yang jelas, saya yakin momentum perjalanan transformasi GLCs akan dapat terus dikekalkan, dan saya mengumumkan bahawa Khazanah telah memutuskan untuk melupuskan 32 peratus pegangan dalam Pos Malaysia melalui dua peringkat proses pelupusan strategik. Di peringkat pertama yang bermula serta-merta, kaedah urus tadbir korporat dan kawal seliaan yang sesuai akan dipatuhi. Perbincangan menyeluruh dengan pelbagai pihak berkepentingan akan dilaksanakan. Pos Malaysia akan membuat persediaan untuk pelupusan strategik dengan mengambil kira pelbagai aspek persekitaran perniagaannya termasuk struktur kawal seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja. Isu berlanjutan mengenai pendapatan rendah sebilangan staf termasuk posmen juga akan dikaji semula. Bagi memastikan kepentingan kedua-dua sektor awam dan komersial adalah seimbang, Kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci dan mengemaskini rangka kawal selia sistem pos. Di peringkat kedua, Khazanah akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru dengan tahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan Pos Malaysia. Maklumat lanjut berkaitan hal ini akan diumumkan. 80. Bagi mempromosikan pelaburan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala Lumpur, telah dikenal pasti untuk ditender dan dibangunkan oleh sektor swasta. Aset ini, jika tidak dibangunkan, adalah satu pembaziran dan meningkatkan kos penyelenggaraan kepada Kerajaan. Inisiatif ini akan menjadi permulaan yang baik untuk lebih banyak penjualan dan usahasama antara sektor awam dan swasta dalam pembangunan harta tanah. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan Kerajaan dan KWSP akan membentuk satu kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh sebagai hab baru bagi Lembah Klang. Ini akan membawa kepada pelaburan baru yang melebihi RM5 bilion yang akan memberikan kesan segera kepada pertumbuhan ekonomi domestik, dengan potensi yang besar kepada sektor swasta untuk turut sama terlibat dengan lebih aktif. 81. Saya juga ingin berkongsi dengan anda sekarang, bahawa Kerajaan secara beransur-ansur akan mengurangkan peranannya dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan sektor swasta. Kita telah menyemak semula beberapa buah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan dan agensi-agensi lain, dan saya ingin memaklumkan, kita sedang mempertimbangkan langkah- langkah penswastaan untuk Percetakan Nasional Malaysia Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn Bhd serta beberapa lagi syarikat dalam pertimbangan. 82. Selain itu, Petronas telah pun mengenal pasti dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik akan disenaraikan pada tahun ini. Matlamat inisiatif ini adalah untuk mengurangkan penglibatan Kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perniagaan yang akan menjadi lebih cekap sekiranya dijalankan oleh sektor swasta dan memberi isyarat jelas komitmen menggalakkan persaingan dalam ekonomi, mengambil risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada semua warga Malaysia. 83. Seperti yang saya tegaskan tadi, kita tidak mampu untuk berpatah balik kepada cara lama. Cabaran yang kita hadapi sekarang memerlukan kita untuk menilai semula dengan segera cara kita melakukan sesuatu. Institusi, pendekatan dan sistem yang telah berjaya sebelum ini mungkin perlu diubahsuai mengikut perubahan landskap global. 84. Pengumuman yang dibuat pada hari ini, mengenai pelupusan baru, usaha sama sektor awam dan swasta, serta pembaharuan mengenai proses Kerajaan untuk menjana pertumbuhan – mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memperbaharui dan menempatkan negara kita, guna tenaga kita, syarikat kita dan generasi masa depan untuk berdepan cabaran ekonomi global yang kompetitif. Tuan-tuan dan puan-puan, PENUTUP 85. Pada hari-hari pertama sebagai Perdana Menteri, saya mengatakan bahawa Malaysia mesti bersedia untuk berubah. Kita tiada pilihan, selain daripada bergerak ke hadapan dan menjadi negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan yang mapan dan menyeluruh. Perubahan ini tentunya menyakitkan dan jalan pintas pastinya menarik. Namun, kita tidak boleh hanya mencari kemenangan mudah. Ia pasti perjalanan yang membawa kesukaran masa pendek, tetapi berbaloi dalam mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih kukuh. Kita memerlukan ‘dorongan kuat’ yang mapan dan konsisten supaya perubahan besar hari ini menghasilkan arus momentum yang semakin kuat dan membantu mencapai matlamat kita. 86. Maka, ini adalah detik penentuan bagi Malaysia. Sedang kita pulih dari kemelesetan ekonomi, adakah kita akan mempunyai kekuatan dan wawasan untuk memburu agenda perubahan yang hebat lagi mencabar, tetapi amat perlu demi masa depan negara kita? Jawapan kita ialah dengan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, memberikan anak-anak kita peluang pendidikan yang terbaik, serta menarik pelaburan berkualiti tinggi, yang akan menjadi tema pendorong perhimpunan penting ini. 87. Di persimpangan yang genting ini, di mana kita mengimbangkan sejarah negara dengan masa hadapannya, saya percaya kita ada kekuatan untuk mencapai cita-cita Malaysia. 88. Namun begitu, ia adalah lebih besar daripada cita-cita ekonomi negara kita. Ini adalah tentang kehidupan yang lebih besar peluangnya untuk generasi masa hadapan. Ini adalah tentang membuka mata keluarga berpendapatan rendah untuk membantu mereka keluar dari
  • 18. kemelut kemiskinan. Ini adalah tentang lapisan masyarakat kita di mana setiap daripada kita mempunyai peluang dan tanggungjawab. Ia mengenai meletakkan Malaysia di barisan hadapan ekonomi berpendapatan tinggi supaya kita dapat berdiri sama tinggi dengan negara maju lain. Saya yakin – dengan sokongan anda – bahawasanya kita akan memilih jalan yang betul, bergerak ke hadapan dan bukannya mundur, dan membina Malaysia yang lebih saksama, kukuh dan dinamik untuk dekad yang mendatang. Saya menyeru anda berganding bahu dengan saya dalam perjalanan bersejarah ini untuk membina kemakmuran dan masa depan baru demi 1Malaysia. Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah RMK10 Intipati Rancangan Malaysia ke-10 Rancangan Malaysia ke-10 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada 10 Jun 2010, yang bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial". RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal. RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merialisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Fakta-fakta penting RMKe-10 - memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut. - daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am. - RMKe-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran Datuk Sei Najib Tun Razak. Tiga lagi tiang tonggak itu ialah: Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan (GTP) Model Baru Ekonomi (MBE).
  • 19. 10 Premis Utama RMKe-10 Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara. Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa. Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan. Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul. Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas. Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing. 5 TERAS STRATEGIK Pertama RMK10: Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA. Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup. 5 inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera: Pertama: Meningkatkan pemilihan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera Keempat: Membangunkan guna tenaga profesioanal Bumiputera secara lebih tuntas. Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera. Sumber : mstar.com.my, malaysiakini.com, bernama.com
  • 20. NKRA MAJUKAN LUAR BANDAR Tiga aspek utama yang akan ditekankan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Kerajaan (NKRA) terutama dalam memajukan kawasan di luar bandar. Tiga bidang utama yang akan diberi penekanan adalah meningkatkan pendapatan pekebun kecil, merancakkan pembangunan usahawan dan mengutamakan pembangunan Orang Asli. Bilangan jumlah penduduk luar bandar tahun ini dijangka berkurangan berbanding pada 20 tahun lalu sekali gus menyebabkan pergantungan tinggi kepada tenaga pekerja asing. Berlakunya pengecilan pola penduduk setiap tahun di negara kita dan dengan ini menyebabkan pergantungan tinggi terhadap pekerja asing. Pengurangan penduduk di luar bandar disebabkan proses migrasi ke bandar terutama golongan belia. Proses migrasi ini disebabkan oleh faktor industrialisasi pesat di negara ini. Banyak industri- industri seperti sektor perkilangan dan perusahaan yang pesat membangun pada masa sekarang. Ekoran daripada migrasi ini, ladang-ladang terpaksa diusahakan oleh tenaga asing. Ini merupakan cabaran kepada ekonomi Malaysia dalam meningkatkan produktiviti. Ini kerana kerja-kerja kampung seperti pengusahaan padi dan menoreh getah kebanyakan diusahakan oleh golongan mereka berusia 50 tahun ke atas. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memvariasikan program-program terutama aspek pembangunan dan kemajuan di luar bandar terutama bagi aspek pertumbuhan ekonomi seperti dengan cara mewujudkan pusat latihan kepada kerja tempatan di luar bandar. Dengan cara ini, boleh membantu mempertingkatkan ekonomi negara. Disunting daripada Bernama MALAYSIA FTA Malaysia's FTA Involvement International trade is an important contributor to Malaysia 's economic growth and development. Malaysia 's trade policy is to pursue efforts towards creating a more liberalizing and fair global trading environment. While Malaysia continues to accord high priority to the rule-based multilateral trading system under the World Trade Organisation (WTO), Malaysia is also pursuing regional and bilateral trading arrangements to complement the multilateral approach to trade liberalisation. Free Trade Agreements (FTAs) are generally aimed at providing the means to achieve quicker and higher levels of liberalisation that would create effective market access between the participants of the FTA. Traditionally confined to trade in goods, with the establishment of the WTO, trade in services has been included in many FTAs. Today, FTAs currently pursued with selected countries are not confined to liberalisation and market opening measures alone. They are comprehensive and include investment, trade facilitation, intellectual property rights (IPR) as well as economic cooperation in areas such as:
  • 21. competition policy; standards and conformity assessment; information and communication technology; science and technology; education and training; research and development; financial cooperation; Small and Medium Enterprises (SMEs) development; and paperless trading. Malaysia 's objectives in negotiating FTAs are to: seek better market access by addressing tariffs and non-tariff measures; further facilitate and promote trade, investment and economic development; enhance the competitiveness of Malaysian exporters; and build capacity in specific targeted areas through technical cooperation and collaboration. Malaysia has concluded,signed or implemented four bilateral FTAs with the following countries: Japan; Pakistan; New Zealand; and Chile At the regional level, Malaysia and its ASEAN partners have established the ASEAN Free Trade Area. ASEAN has also concluded FTAs with China, Japan, Korea and India, as well as Australia and New Zealand. Malaysia 's Free Trade Agreements Malaysia-Japan Malaysia-Pakistan Malaysia-Chile Malaysia-New Zealand
  • 22. ASEAN-China ASEAN-Japan ASEAN-Korea ASEAN-India ASEAN-Australia and New Zealand Free Trade Agreements under Negotiation Malaysia-Turkey Malaysia-Australia Malaysia-European Union Free Trade Agreement (MEUFTA) Trade Prefential System-Organisation of Islamic Conference(TPS-OIC) Developing Eight (D-8) Preferential Tariff Agreement (PTA) Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP) PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA) TAWAR PINJAMAN SEHINGGA 105 PERATUS Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman. Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman. Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak. Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang. Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang
  • 23. berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi. Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000. Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah. Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan). Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. Sumber : Berita Harian Artikel dimasukkan pada 5 Julai 2011 TIP MEMBELI-BELAH SECARA LESTARI 1. Beli barang tempatan. Ini adalah kerana penggunaan api fosil dan pencemaran yang kurang kepada alam sekitar. 2. Elak membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin)-kerana barangan ini biasanya dibungkus secara berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan. 3. Beli produk yang segar dan ditanam secara organik-tanam organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar. 4. Susu dan telur. Beli yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh di kitar semula (karton atau botol kaca) dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula. 5. Bijirin- Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh di kitar semula dan bahan yang di kitar semula. Elakkan daripada membeli barangan mini(lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul. 6. Minuman (air dalam botol, kotak jus dan minuman lain)-ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah. Ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman ini. 7. Pasta, bijirin, serbuk kari-belilah produk yang diperoleh daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. 8. Daging-pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah. 9. Barang berasaskan kertas-belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang di kitar semula . jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum di kitar semula. 10. Stirofom- elakkan penggunaan sirofom sekali gus. Benze (bahan karsinogen-boleh menyebabkan kanser) merupakan bahan tambahan, ianya tidak boleh di biodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangka sama yang panjang. 11. Bahan pencuci-kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau refill, belilah barangan ini. 12. Bawa beg sendiri-ini akan mengurangkan beg plastik semasa membeli-belah Sumber: Harian Metro SISTEM-SISTEM EKONOMI
  • 24. Sistem Kapitalis Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini. Sistem Ekonomi Sosialis Sistem ini merupakan satu sistem yang mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan utama seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula hanya di benar mengendalikan dan memiliki perniagaan-perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan itu, kerajaan menguasai pasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah harga dalam pasaran. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini adalah negara-negara Eropah Timur, Myanmar, Laos dan beberapa negara di Afrika. Sistem Ekonomi Komunis Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan langsung dasar pasaran bebas. Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. Rakyat dan swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan. Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara Afrika. Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara asta kehendak rakyatnya sendiri. Sistem Ekonomi Campuran Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran dia atara sistem kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan. Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada badan-badan utiliti tertentu tertentu namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai- bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan
  • 25. sistem ekonomi campuran. Ekonomi Islam Kegiatan ekonomi Islam merupakan satu kewajipan yang penting di dalam Islam. Tuntutan terhadap ekonomi di dalam Islam adalah penting kerana Islam satu cara hidup yang menyatupadukan kehendak-kehendak kebendaan dan rohaniah manusia. Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga sunah Rasulullah s.a.w. Daripada sumber-sumber ini, ulamak-ulamak dan ahli-ahli ekonomi Islam telah mengupas beberapa prinsip sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama dirumuskan seperti berikut: 1. Konsep Pemilik Di benar Dan Khalifah 2. Integrasi Antara Nilai-Nilai Akhlak Dan Kegiatan Ekonomi 3. Sikap Positif Terhadap Aktiviti Dan Pembangunan Ekonomi 4. Agihan Semula Kekayaan 5. Perkongsian Untung (Dan Rugi) Sumber Maklumat: Kefahaman Ekonomi, Mustapha Mohamed IMPLIKASI CUKAI, SUBSIDI KEPADA NEGARA Cukai dan subsidi sering menjadi topik utama dalam perbahasan mengenai ekonomi Malaysia. Kedua-duanya memberi kesan kepada sumber kewangan kerajaan dan rakyat secara langsung. Semasa pembentangan Bajet 2010, kerajaan mengumumkan bahawa semua urus niaga penjualan hartanah dikenakan cukai lima peratus. Namun, kerajaan sekali lagi mengambil langkah untuk menarik balik cukai tersebut bagi penjualan hartanah yang dimiliki melebihi lima tahun. Selain itu, semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian akan mendapat potongan cukai sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua pengumuman ini bakal mengurangkan sumber pendapatan kerajaan. Jadi aspek manakah yang lebih penting? Merancakkan sektor hartanah dan sektor pelancongan atau memperolehi sumber pendapatan yang lebih melalui cukai? Inilah satu keputusan yang cukup penting bagi mana-mana kerajaan. Keputusannya mestilah tepat dan pada masa yang sama memberi kesejahteraan kepada rakyat. Jika kerajaan tidak mempunyai sumber yang mencukupi, bagaimana pula kerajaan ingin "memulangkan kembali" kepada rakyat? Maka, sekali lagi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pertengahan tahun 2011.
  • 26. Tahun ini sahaja, dianggarkan kutipan cukai bagi kerajaan berkurangan sebanyak RM2.7 bilion. Apabila GST dilaksanakan nanti, kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih kurang RM1 bilion. Bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan mereka. Tetapi rakyat juga perlu ingat, mereka bertanggungjawab untuk membayar cukai, jika tidak sesebuah kerajaan yang gah macam mana sekalipun tidak mampu untuk melaksanakan semua dasar dengan lancar jika "ongkosnya" tidak mencukupi. Bayangkan juga terdapat individu yang tidak mahu membayar cukai. Mereka inilah golongan yang berasakan hasil yang mereka perolehi tidak perlu disumbangkan kembali kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, sejauh manakah jumlah cukai yang rakyat sanggup bayar? Bagi subsidi, perkara sama juga berlaku. Kerajaan sudah memberi beberapa petanda bahawa subsidi minyak akan diberikan kepada golongan sasaran sahaja. Perkara ini amat menarik perhatian rakyat. Pertama, tujuannya agar hanya golongan sasaran sahaja yang memperolehi subsidi minyak. Kedua, kerajaan tidak lagi menanggung beban kewangan yang besar termasuk untuk memberi subsidi kepada orang kaya dan juga warganegara asing. Namun, seperti biasa dua perkara yang amat dikhuatiri oleh rakyat. Adakah benar golongan sasaran sahaja akan memperolehi manfaatnya kerana dikhuatiri berlakunya ketirisan? Ketiga, tidakkah harga barang akan meningkat seperti mana yang pernah berlaku pada tahun lepas, apabila kerajaan meningkatkan harga minyak pada tahap tertinggi dalam sejarah. Inilah satu lagi dilema yang mana kerajaan perlu membuat keputusan dengan tepat bagi memastikan segala perancangan dan strategi yang benar-benar berkesan dapat dilaksanakan. Topik subsidi bukan hanya terletak pada subsidi minyak sahaja, subsidi gula juga diperbincangkan sehingga kerajaan sekali lagi mengumumkan bahawa subsidi gula tidak akan ditarik buat masa ini. Bermakna, sumber kewangan kerajaan akan digunakan untuk membayar subsidi tersebut. Akibatnya, projek-projek lain untuk rakyat akan terkena tempiasnya. Bagi penulis, tidak kiralah cukai dikenakan dan subsidi ditarik balik, yang pasti, kerajaan perlu berusaha dengan lebih gigih untuk merealisasikan tiga perkara ini. Pertama, usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat pada tahap berpendapatan tinggi merupakan satu inisiatif yang mengutamakan rakyat. Jika rakyat mempunyai pendapatan per kapita cukup tinggi, maka rakyat tidak keberatan untuk membayar cukai dan subsidi yang ditarik. Tetapi pendapatan sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan berada pada tahap yang sentiasa meningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga barangan sebelum harga minyak naik pada tahap tertinggi tahun lepas berbanding dengan masa sekarang. Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan dan akhirnya boleh memberi kesan kepada sumber kewangan rakyat. Maka, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Mengaut
  • 27. Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagi usaha yang bakal mengekang harga barangan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Akta ini diperkenalkan seiring dengan GST. Namun, apa yang rakyat inginkan sudah tentu dari segi penguatkuasaan akta ini dengan cekap dan berkesan apabila sampai masanya. Apa-apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilah dilaksanakan secara lembut dan berperingkat- peringkat agar rakyat boleh menerimanya. Jika terlalu mengejut dan rakyat sendiri tidak diberi peluang untuk memberi maklum balas, rakyat pastinya berasakan tindakan itu tidak wajar dilaksanakan. Satu cara untuk mendapatkan maklum balas rakyat ialah seperti mengadakan Hari terbuka Pelan Transformasi Kerajaan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diadakan baru-baru ini. Satu usaha yang mengembalikan "kuasa" rakyat untuk memberi maklum balas terhadap sebarang cadangan dan tindakan kerajaan. Perkara ini perlu diteruskan secara konsisten. Perkara ketiga berkaitan dengan mata wang Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia negara maju, mata wang kita juga sewajarnya kukuh dan bernilai tinggi berbanding mata wang negara lain. Ketiga-tiga perkara inilah yang sewajarnya diberi perhatian segera untuk memastikan taraf hidup rakyat berada pada tahap negara maju. Ketiga-tiga ini berkait langsung dengan kuasa beli rakyat. Jika kuasa beli rakyat Malaysia cukup tinggi, cukai dan subsidi tidaklah begitu menggusarkan kerajaan mahupun rakyat sebagaimana yang terjadi pada masa kini. Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia Sumber: Oleh: Rohami Shafie Berita disunting daripada sumber : Utusan CABARAN EKONOMI DEKAD BARU MALAYSIA memasuki dekad baru bermula tahun Masihi 2010 dan tahun Hijrah 1431 dalam keadaan ekonomi global yang mencabar ekoran tergugatnya sistem kewangan negara maju. Keadaan ini diakibatkan oleh lemahnya sistem tadbir urus dan kawalan sektor bank pelaburan (investment bank) atau apa yang disebut sebagai „shadow banking‟, khususnya di Amerika Syarikat (AS). Ia juga disebabkan oleh sifat tamak haloba (greed) dan kurang berhemah (imprudences) di kalangan pihak pengurusan.