SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
Senjata tradisional Melayu



Pengenalan

       Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi oleh
orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.Persejarahan senjata di
Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat.
Keterampilan rekacipta tukang besi maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil,
antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau,
tombak dan banyak lagi.

Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain dari digunakan
sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan, ianya juga dikaitkan
dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu
mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan
kepada si pemiliknya.

Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang
tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman
dengan teliti dan kreatif.Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang
kebanyakkannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka juga
melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang
tersurat dan tersirat.

Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta
beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir
indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak
Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang
kebiasaannya diperbuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu
kemuning, raja kayu dan sebagainya.
BADIK




 Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang
pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.

  Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya
diantara 18 – 20cm. dan lebar 2cm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu,
tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.Badik mempunyai mata yang
tebal dibahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.




 Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan
penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat
daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain
digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging,
bawang dan menyembelih haiwan
KERAMBIT




Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai
ayam.Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada
ekornya.Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayai
mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga
hampir serupa.

Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat
lubang sebesar jari tangan.Dibahagian pangkalnya disimpulkan dengan rotan atau
logam, agar mengukuhkan lagi ikatan hulu tersebut.Saiz hulu adalah sepanjang 8cm.
dan mata diantara 6cm hingga 8cm.

  Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang
yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan
terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan
mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan




                                   Cara memegang kerambit semasa penggunaan.
KERIS




Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman
keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau
terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran
bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.Keris mempunyai dua belah
mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang
lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga
sarungnya.

                               Keris tempa panjang




                         Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan
Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal.
Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris
tersebut.
Hulu Keris




Hulu kakaktua
 Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15cm, berkeadaan membengkok
dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya
dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu
(kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam),
gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu
karang).

 Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa
Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya
menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan
garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat,
bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan
wajah manusia.

                                    Pendongkok




Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak.
Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas.Berbentuk seperti bunga dan
berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja.
Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan
ganja

                                     Bilah Keris


Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis
yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang
panjang berukuran 61cm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris
Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa
awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran
logam dan nikel.


Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris
memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih
memberikan kekuasaan.

                              Nama – nama bilah keris

      Paksi
      Ganja
      Dagu
      Kepala Cicak
      Leher
      Perut
      Sepit Rotan
      Ekor
      Kepit
      Aring

      Gandik
      Kembang kacang
      Belalai Gajah
      Bibir Gajah
      Rigi
Janggut
      Tulang Keris
      Hujung Keris
      Tuntung Keri
                                          Sampir dan Batang

             Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti
             sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama
             seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau
             disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu
             tersebut telah menampakkan keindahannya.
             Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak
             meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir
             dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir.
             Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut
             yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading




                                     Jenis Keris


Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai
senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.

      Keris Sepukal
      Keris Sempena
      Keris Cerita
      Keris Picit
      Keris Tajung
      Keris Sulok Belingkong - lok tiga
      Keris Apit Liang - lok lima
      Keris Jenoya - lok tujuh
      Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok
      Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok
LEMBING




                                             Lembing pada dasarnya adalah senjata
lontar.Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing
dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai
logam.Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri.Lembing
Melayu lebih pendek, rengan dan tajam mata dihujungnya.

Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu
atau buluh.Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga
atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan
sejak berkurun dahulu.
Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk
upacara rasmi sahaja.Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang
berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing
digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta
tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh
TUMBUK LADA




Matanya melengkung bongkok udang, bentuk balik sumpah, tajam sebelah dan
meruncing di hujung; lebar di atas - menghasilkan garis gerak yang cepat.Mata tumbuk
lada juga diperbuat daripada besi campuran, tetapi tidak berpamur.

Tumbuk lada, yang berukuran lebih kecil daripada keris lazimnya dihiasi ukiran yang
halus dan disaluti perak. Hulunya sering diukir penuh dengan bentuk tumbuh-
tumbuhan.Ada ukiran tebuk tembus yang berbentuk bulat pipih di pangkal bahagian
belakang sarungnya.Ukiran ini tidak kurang indahnya daripada yang terdapat pada
hulunya.Ukiran yang halus ini sebanding dengan ruang kosong, yang bersalut dan
bersendikan perak.Ukiran yang terdapat pada tumbuk lada ialah antara yang paling
indah dan halus dalam seni rupa Melayu.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

T2 BAB 1 1.1 KONSEP ALAM MELAYU
T2 BAB 1 1.1 KONSEP ALAM MELAYUT2 BAB 1 1.1 KONSEP ALAM MELAYU
T2 BAB 1 1.1 KONSEP ALAM MELAYUTeh Boon Siang
 
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuRencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuPuteri Farahin
 
Bab2 Zaman Prasejarah
Bab2 Zaman PrasejarahBab2 Zaman Prasejarah
Bab2 Zaman Prasejarahnieda79iman
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKAPENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKAIzatul Hanim
 
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)Sardi Ahmad
 
Perumpamaan
PerumpamaanPerumpamaan
Perumpamaanguru
 
Geografi bentuk muka bumi
Geografi bentuk muka bumiGeografi bentuk muka bumi
Geografi bentuk muka bumiNur Iyrah
 
Sejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraSejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraaminahjhr9811
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
Pengantarabangsaan Bahasa MelayuPengantarabangsaan Bahasa Melayu
Pengantarabangsaan Bahasa MelayuIPG
 
Kefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaKefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaninawariz
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarahHasnah Bukini
 

Was ist angesagt? (20)

T2 BAB 1 1.1 KONSEP ALAM MELAYU
T2 BAB 1 1.1 KONSEP ALAM MELAYUT2 BAB 1 1.1 KONSEP ALAM MELAYU
T2 BAB 1 1.1 KONSEP ALAM MELAYU
 
pengkebumian perahu
 pengkebumian perahu pengkebumian perahu
pengkebumian perahu
 
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuRencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
 
Ikatan dan simpulan
Ikatan dan simpulanIkatan dan simpulan
Ikatan dan simpulan
 
Bab2 Zaman Prasejarah
Bab2 Zaman PrasejarahBab2 Zaman Prasejarah
Bab2 Zaman Prasejarah
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKAPENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Cerita Seloka
Cerita SelokaCerita Seloka
Cerita Seloka
 
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Kata nama am
Kata nama amKata nama am
Kata nama am
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
 
Perumpamaan
PerumpamaanPerumpamaan
Perumpamaan
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Geografi bentuk muka bumi
Geografi bentuk muka bumiGeografi bentuk muka bumi
Geografi bentuk muka bumi
 
Sejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraSejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggara
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
Pengantarabangsaan Bahasa MelayuPengantarabangsaan Bahasa Melayu
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
 
Kefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaKefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosa
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 

Andere mochten auch

Cloud Computing
 Cloud Computing Cloud Computing
Cloud ComputingAbdul Aslam
 
Tugas plkj
Tugas plkjTugas plkj
Tugas plkjhanif003
 
El aguila (2) vicente aj
El aguila (2) vicente ajEl aguila (2) vicente aj
El aguila (2) vicente ajESCO
 
Hindi kavita laal tamatar
Hindi kavita  laal tamatarHindi kavita  laal tamatar
Hindi kavita laal tamatarRakhi Sharma
 
сравнение десятичных дробей
сравнение десятичных дробейсравнение десятичных дробей
сравнение десятичных дробейlena3357
 
Narisara311 ,310
Narisara311 ,310Narisara311 ,310
Narisara311 ,310Narisaramiw
 
Post traumatic stress disorder
Post traumatic stress disorderPost traumatic stress disorder
Post traumatic stress disorderdrvirajpandit
 
Piezo vibrotactile touch_screeen_eurohaptics_2012
Piezo vibrotactile touch_screeen_eurohaptics_2012Piezo vibrotactile touch_screeen_eurohaptics_2012
Piezo vibrotactile touch_screeen_eurohaptics_2012saranyasubhjith
 

Andere mochten auch (20)

Lydia Thayer
Lydia ThayerLydia Thayer
Lydia Thayer
 
Cloud Computing
 Cloud Computing Cloud Computing
Cloud Computing
 
Yesica y valentina
Yesica y valentinaYesica y valentina
Yesica y valentina
 
Государственная программа "Стимулирование экономической активности города Мос...
Государственная программа "Стимулирование экономической активности города Мос...Государственная программа "Стимулирование экономической активности города Мос...
Государственная программа "Стимулирование экономической активности города Мос...
 
Kumpulan 1
Kumpulan 1Kumpulan 1
Kumpulan 1
 
Tugas plkj
Tugas plkjTugas plkj
Tugas plkj
 
Sec Presentation
Sec  PresentationSec  Presentation
Sec Presentation
 
El aguila (2) vicente aj
El aguila (2) vicente ajEl aguila (2) vicente aj
El aguila (2) vicente aj
 
T pack presentation
T pack presentationT pack presentation
T pack presentation
 
Ravi tiwari
Ravi tiwariRavi tiwari
Ravi tiwari
 
Hindi kavita laal tamatar
Hindi kavita  laal tamatarHindi kavita  laal tamatar
Hindi kavita laal tamatar
 
сравнение десятичных дробей
сравнение десятичных дробейсравнение десятичных дробей
сравнение десятичных дробей
 
Ihm2
Ihm2Ihm2
Ihm2
 
Radhin 4+
Radhin 4+Radhin 4+
Radhin 4+
 
Narisara311 ,310
Narisara311 ,310Narisara311 ,310
Narisara311 ,310
 
Spm report
Spm reportSpm report
Spm report
 
Post traumatic stress disorder
Post traumatic stress disorderPost traumatic stress disorder
Post traumatic stress disorder
 
Piezo vibrotactile touch_screeen_eurohaptics_2012
Piezo vibrotactile touch_screeen_eurohaptics_2012Piezo vibrotactile touch_screeen_eurohaptics_2012
Piezo vibrotactile touch_screeen_eurohaptics_2012
 
ยูทูบ
ยูทูบยูทูบ
ยูทูบ
 
Стимулирование органов местного самоуправления в Москве по итогам первого пол...
Стимулирование органов местного самоуправления в Москве по итогам первого пол...Стимулирование органов местного самоуправления в Москве по итогам первого пол...
Стимулирование органов местного самоуправления в Москве по итогам первого пол...
 

Ähnlich wie Senjata tradisional melayu

Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganKeris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganhaniffpotter
 
Kebudayaan indonesia presentation
Kebudayaan indonesia presentationKebudayaan indonesia presentation
Kebudayaan indonesia presentationSekolah Vokasi UGM
 
sejarah pembuatan keris di sumenep.pptx
sejarah pembuatan keris di sumenep.pptxsejarah pembuatan keris di sumenep.pptx
sejarah pembuatan keris di sumenep.pptxdanwidan1
 
Simposium Keris Summit 2015 | Keris Teknologi Seni Tempa dan Pengembangannya ...
Simposium Keris Summit 2015 | Keris Teknologi Seni Tempa dan Pengembangannya ...Simposium Keris Summit 2015 | Keris Teknologi Seni Tempa dan Pengembangannya ...
Simposium Keris Summit 2015 | Keris Teknologi Seni Tempa dan Pengembangannya ...Hafiz Priyotomo
 
Seni kriya terapan malaysia
Seni kriya terapan malaysiaSeni kriya terapan malaysia
Seni kriya terapan malaysiaerlianovriyanti
 
Makalah seni rupa malaisia
Makalah seni rupa malaisiaMakalah seni rupa malaisia
Makalah seni rupa malaisiaWarnet Raha
 

Ähnlich wie Senjata tradisional melayu (8)

Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganKeris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
 
Kebudayaan indonesia presentation
Kebudayaan indonesia presentationKebudayaan indonesia presentation
Kebudayaan indonesia presentation
 
Mandau1
Mandau1Mandau1
Mandau1
 
sejarah pembuatan keris di sumenep.pptx
sejarah pembuatan keris di sumenep.pptxsejarah pembuatan keris di sumenep.pptx
sejarah pembuatan keris di sumenep.pptx
 
Simposium Keris Summit 2015 | Keris Teknologi Seni Tempa dan Pengembangannya ...
Simposium Keris Summit 2015 | Keris Teknologi Seni Tempa dan Pengembangannya ...Simposium Keris Summit 2015 | Keris Teknologi Seni Tempa dan Pengembangannya ...
Simposium Keris Summit 2015 | Keris Teknologi Seni Tempa dan Pengembangannya ...
 
Seni ukiran kayu
Seni ukiran kayuSeni ukiran kayu
Seni ukiran kayu
 
Seni kriya terapan malaysia
Seni kriya terapan malaysiaSeni kriya terapan malaysia
Seni kriya terapan malaysia
 
Makalah seni rupa malaisia
Makalah seni rupa malaisiaMakalah seni rupa malaisia
Makalah seni rupa malaisia
 

Senjata tradisional melayu

  • 1. Senjata tradisional Melayu Pengenalan Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan rekacipta tukang besi maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi. Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan, ianya juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakkannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka juga melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan tersirat. Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya.
  • 2. BADIK Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah. Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya diantara 18 – 20cm. dan lebar 2cm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.Badik mempunyai mata yang tebal dibahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan
  • 3. KERAMBIT Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam.Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya.Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa. Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan.Dibahagian pangkalnya disimpulkan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagi ikatan hulu tersebut.Saiz hulu adalah sepanjang 8cm. dan mata diantara 6cm hingga 8cm. Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan Cara memegang kerambit semasa penggunaan.
  • 4. KERIS Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris tempa panjang Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.
  • 5. Hulu Keris Hulu kakaktua Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15cm, berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang). Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia. Pendongkok Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas.Berbentuk seperti bunga dan
  • 6. berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja Bilah Keris Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61cm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan. Nama – nama bilah keris Paksi Ganja Dagu Kepala Cicak Leher Perut Sepit Rotan Ekor Kepit Aring Gandik Kembang kacang Belalai Gajah Bibir Gajah Rigi
  • 7. Janggut Tulang Keris Hujung Keris Tuntung Keri Sampir dan Batang Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya. Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading Jenis Keris Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan. Keris Sepukal Keris Sempena Keris Cerita Keris Picit Keris Tajung Keris Sulok Belingkong - lok tiga Keris Apit Liang - lok lima Keris Jenoya - lok tujuh Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok
  • 8. LEMBING Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar.Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam.Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri.Lembing Melayu lebih pendek, rengan dan tajam mata dihujungnya. Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh.Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan sejak berkurun dahulu. Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja.Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh
  • 9. TUMBUK LADA Matanya melengkung bongkok udang, bentuk balik sumpah, tajam sebelah dan meruncing di hujung; lebar di atas - menghasilkan garis gerak yang cepat.Mata tumbuk lada juga diperbuat daripada besi campuran, tetapi tidak berpamur. Tumbuk lada, yang berukuran lebih kecil daripada keris lazimnya dihiasi ukiran yang halus dan disaluti perak. Hulunya sering diukir penuh dengan bentuk tumbuh- tumbuhan.Ada ukiran tebuk tembus yang berbentuk bulat pipih di pangkal bahagian belakang sarungnya.Ukiran ini tidak kurang indahnya daripada yang terdapat pada hulunya.Ukiran yang halus ini sebanding dengan ruang kosong, yang bersalut dan bersendikan perak.Ukiran yang terdapat pada tumbuk lada ialah antara yang paling indah dan halus dalam seni rupa Melayu.