SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 22
PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN 
Peranan Seni dalam Pendidikan 
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk 
sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu 
perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam 
Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam 
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan 
pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni 
Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah: 
a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok 
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan 
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan 
tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih 
seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami 
sesuatu tajuk yang diajar. 
b) Memupuk nilai kerjasama 
Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan 
murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti 
berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama 
untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan 
merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi 
social yang terjalin melalui deria sentuh. 
c) Memenuhi keperluan sosial yang asas 
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan minat 
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi 
kedua-dua matlamat social iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota 
kelompok. 
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada 
masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan,
keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang 
diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. 
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang 
harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin 
terhdap dirinya danb menghargai bakat yang dimiliki. 
d) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran 
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai 
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. 
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini 
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan 
sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, 
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi 
kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea 
dan isi kandungan. 
e) Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi 
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia 
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber 
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar 
murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti 
seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi 
dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang 
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau 
bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang 
dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. 
Kesimpulan: 
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu 
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. 
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar 
tentang tajuk-tajuk yang diajar.
Aplikasi Seni Dalam Pengajaran 
Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira 
sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran 
matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau pengajaran lebih dikenali sebagai 
(SDP) yang diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu 
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah 
Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang 
dari aspek yang sama. Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru 
yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti 
seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan 
pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan 
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen 
yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam 
seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi 
penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada 
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya. 
Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di 
rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” 
adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi 
mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi 
asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam 
proses pembelajaran dan pengajaran. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan 
dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan 
pembelajaran menjadi lebih sempurna. Hal ini kerana, pengajaran yang 
dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni yang mana ianya 
berbeza dari kaedah pengajaran yang turun-temurun berkonsepkan pengajaran 
meggunakan kapur dan papan tulis sebagai media menjadikan murid-murid merasa 
bosan, sekiranya penyampaian maklumat samaada nyanyian melalui seni muzik 
dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid akan 
berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. 
Hal ini kerana, guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi 
pelajaran melalui nyanyian dan sebagainya.
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa 
wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid 
dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan 
lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Dalam 
pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang 
berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula 
memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan 
aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan 
sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk 
memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni 
irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa 
cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak 
langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih 
seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan 
aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka 
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas 
kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga 
merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat 
didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan 
kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan 
ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia “ visual spatial” dengan lebih 
tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang 
cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan 
berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan 
pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp tersebut. 
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan 
menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam 
mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan 
pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai 
pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya 
memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka, 
yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti 
pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia
mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, 
pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah 
rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara 
aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila 
wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka 
dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah 
digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen 
dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman 
tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan 
pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, 
kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara 
bebas dan kreatif. 
Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran 
yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi 
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru 
hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan 
sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti 
yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang 
mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran 
iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan 
semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran 
berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan 
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen 
irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi 
meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. 
Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan 
berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka 
tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih 
berpusatkan kepada guru. 
Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata 
pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya, 
matapelajaran sains guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar. Guru boleh 
membawa murid-murid ke ZOO Negara. Seterusnya murid-murid menjalani proses
memerhati, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, 
tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh melukis rupa 
bentuk binatang yang mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid 
untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil 
yang menarik dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil 
yang diperolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap 
kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan 
semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan 
pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap kumpulan akan 
membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan 
dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan 
bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu 
dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif. 
Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang 
seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang 
berkesan kepada murid-muridnya. Degan kaedah yang dilaksanakan dalam mata 
pelajaran murid-murid yang memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak 
bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyi-bunyian 
yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi 
pelajaran yang diajar oleh guru. Walaubagaimanapun guru seharusnya mengetahui 
peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada murid-muridnya 
malah guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan 
yang sedia ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar. 
Kekreatifan seseorang guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada 
murud-muridnya perlu diambil kira untuk menjamin masa depan masyarakat dan 
Negara.
Koleksi Assignment: HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKAN 
Koleksi Assignment: HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKAN (Contoh) 
Jawapan: 
1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini, , iaitu Seni visual, 
Muzik dan Pergerakan. 
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. 
Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman 
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk 
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. 
Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni 
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk 
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. 
Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep 
Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni 
Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak 
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan 
kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan 
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini 
juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi 
yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak 
Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan 
kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan 
perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi 
perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu 
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. 
Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan 
kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat 
disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang 
sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah 
penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima 
deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. 
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang 
berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum 
dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat 
bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna 
harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual 
menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan 
berbudaya. 
Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana 
seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan 
kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai
perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya 
pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan 
maklumat dan memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu 
melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. 
Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang 
berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman 
dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu 
untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni 
visual. 
2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut 
dalam pengajaran dan pembelajaran 
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program 
antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh 
dilakukan dengan beberapa cara seperti 
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan 
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. 
Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata 
pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat 
2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran 
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat 
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. 
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk 
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial 
agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap 
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan 
bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat 
merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik 
mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti 
sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, 
meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar 
berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun 
mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan 
mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting 
dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. 
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran 
adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. 
Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian 
dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. 
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik 
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar 
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti 
yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara 
aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat 
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri 
sendiri. 
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan 
menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam 
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar 
memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang 
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. 
3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam 
pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. 
Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat 
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants 
Tema Persekitaran : Pokok 
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara 
membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta 
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan 
pelbagai alat muzik. 
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, 
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan. 
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang 
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup 
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan 
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna. 
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, 
sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. 
Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu, 
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains) 
- mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik) 
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza 
(seni visual) 
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani) 
3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih; 
Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh 
digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh 
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala
dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan 
seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. 
Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan 
memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat 
dijalankan dengan berkesan. 
Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada 
masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara 
perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar. 
Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam 
proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang 
dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan 
langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. 
3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P 
a)Penggabungjalinan 
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan 
suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini 
berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan 
bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi 
penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang 
menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang 
lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai 
beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. 
2)Penyerapan 
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi 
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata 
pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan 
merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata 
pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan 
mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata 
pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains 
semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. 
3)Penerapan 
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam 
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah 
nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai 
kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. 
4)Pemulihan 
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar 
yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. 
Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid 
mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
5)Pengayaan 
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat 
kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi 
sederhana atau pintar cerdas. 
3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran? 
Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang 
lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya : 
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila 
seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang 
pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka 
untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana 
mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam 
menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan 
menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. 
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. 
Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan 
meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan 
peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan 
pergerakan. 
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam 
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, 
baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada 
program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah 
3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, 
memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini 
kepada proses pengajaran dan pembelajaran? 
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka 
pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan 
setiap aktiviti pembelajaran. 
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan 
persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan 
sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira 
bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk 
mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam 
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik 
darjah. 
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta 
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi 
seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. 
Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran
kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan 
memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat 
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan 
bijak membuat pilihan. 
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang 
kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan 
visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti 
seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan 
melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan 
pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan 
difahami oleh orang lain. 
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang 
penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi 
peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan 
dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan 
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk 
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. 
Rujukan 
MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: 
UNITEM Sdn. Bhd 
Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: 
Flo Enterprise Sdn. Bhd. 
http://www..school net.my
TUGASAN INDIVIDU- APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN 
APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN 
1.0 Pengenalan kepada seni 
Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter edisi pertama 
yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa “seni adalah bahasa visual yang sukar 
difahami tetapi indah untuk direnungi”. Pandangan serta kesimpulan yang sama turut 
dinyatakan oleh seorang lagi penyair dan pengkritik seni dari negara itu, Herbert Read dalam 
bukunya The Meaning of Art dan The Philosophy of Modern Art. Dalam The Philosophy of 
Modern Art, Read menghuraikan makna yang paling mendasar tentang seni yang 
disimpulkan daripada sebuah penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun 
kesimpulan yang dibuat oleh Ruskin dan Read, makna seni itu sendiri cukup menarik untuk 
dilihat dan direnungi dalam konteks perkembangan mutakhir seni tampak di negara ini. 
Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan tetapi 
sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan negara. Dengan 
lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni 
mampu memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. 
Melalui seni juga kita dapat berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik, 
geografi, bahasa dan kebudayaan. 
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang 
diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu 
pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan 
dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang 
pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam 
mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta 
sabar. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan 
pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam 
setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi 
impak yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, 
pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.
2.0 Aplikasi seni dalam pengajaran 
Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan 
seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar pelajarnya 
menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, 
aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti 
proses pembelajaran di samping dapat meransang minat pelajar untuk memberikan fokus 
yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat 
memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap 
pelajar. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah 
menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, 
manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan 
logik–matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, 
interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis. 
Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu 
perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, 
intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, 
ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga 
kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik 
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam 
pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. 
Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni 
visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan 
ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang 
terhadap muzik yang didengari. 
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di 
sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari 
sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga 
digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai
pembimbing. Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa 
warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada 
hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. 
Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni 
Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder 
dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya 
adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi 
dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Warna 
yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. 
Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang 
menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri 
seseorang. Misalnya, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang 
seperti oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana 
memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang 
dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan 
juga sayu seseorang. 
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik 
tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak 
yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar 
muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk 
mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya 
akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, 
bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling 
kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu 
menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk 
tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan 
menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai 
sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. 
Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama 
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, 
melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk 
memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah
semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain 
itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat 
kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak 
akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut 
irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan 
menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang 
mereka dengar. 
Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang 
dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan 
kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang 
untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna 
akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard 
Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia “visual spatial” 
dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang 
yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan 
berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan 
pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut. 
Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education 
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang 
komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan 
kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami 
dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. 
Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada 
perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan 
pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi 
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka 
lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. 
Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan 
menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan 
proaktif.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli 
piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu 
ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. 
Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui 
aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid 
akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka 
meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. 
Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka 
yakni emosi secara bebas dan kreatif. 
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua 
matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran 
yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan 
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan 
peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka 
disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan 
memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. 
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan 
perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan 
pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan 
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen 
irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda 
kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu 
gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta 
melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik 
pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru. 
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan 
menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual), irama (seni 
muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran sains dimana 
guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. 
Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah untuk melihat haiwan 
peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, 
membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz
dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang 
mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah 
perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan 
warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga 
dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan 
seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah 
selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian 
yang mereka telah perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap 
kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum 
mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut 
menarik dan kreatif. 
3.0 Peranan seni dalam pendidikan 
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk 
sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf ‘R’ adalah satu kata 
yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. 
Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama, seni perlu 
dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, 
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan 
pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik 
dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni 
Dalam Pendidikan ialah: 
i. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok. 
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan 
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis 
sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. 
Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk 
yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan 
perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat 
bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan.
Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan 
motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran. 
ii. Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas 
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat 
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua 
matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid 
mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama 
memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian 
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka 
mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid 
dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru 
dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. 
iii. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai 
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan 
dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai 
bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. 
Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan 
pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara 
pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan. 
vi. Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi. 
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia 
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber 
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid 
melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti
permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan 
membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai 
keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai 
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada 
keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. 
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu 
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. 
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang 
tajuk-tajuk yang diajar. 
4.0 Contoh spesifik pengintegrasian bidang seni dalam pengajaran dan pembelajaran. 
Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2) 
Tajuk :Mari Bertani 
Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan: 
1) Muzik :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ 
2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai. 
3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran. 
Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, 
guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi 
bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. 
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan cara 
pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang 
dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk 
dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Guru akan 
menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menyebut nama-nama 
sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran 
yang mereka tahu menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak 
langsung, integrasi dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan 
ingatan tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.
Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’ dengan 
menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah untuk 
mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk menyanyikan lagu 
‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan 
dengan lagu yang dipilih. Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni 
pergerakan dalam tajuk dan sekali gus memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan 
murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk 
mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar. 
5.0 Kesimpulan 
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat penting 
untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan 
pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti 
pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila 
terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, 
dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih 
berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat 
membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang 
proses P&P berlangsung. 
Bibliografi 
1. Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh pada Oktober 
2, 2010 daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni 
2. Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada Oktober 1, 2010 
daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com 
3. Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Oktober 1, 2010 daripada
http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan - United States 
4. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada http://www. 
http://www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Izzati Zamburi
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganSohib AlQuran
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranNadwah Khalid
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANNadirah Husna
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 

Was ist angesagt? (20)

Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 

Andere mochten auch

Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)IPG Kampus Sultan Mizan
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
KERTAS KERJA Bengkel pensil warna
KERTAS KERJA Bengkel pensil warnaKERTAS KERJA Bengkel pensil warna
KERTAS KERJA Bengkel pensil warnaCikgu Hayati
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
Kertas kerja pameran seni visua
Kertas kerja pameran seni visuaKertas kerja pameran seni visua
Kertas kerja pameran seni visuaFerdaus Ahmad
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

Andere mochten auch (6)

Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
KERTAS KERJA Bengkel pensil warna
KERTAS KERJA Bengkel pensil warnaKERTAS KERJA Bengkel pensil warna
KERTAS KERJA Bengkel pensil warna
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Kertas kerja pameran seni visua
Kertas kerja pameran seni visuaKertas kerja pameran seni visua
Kertas kerja pameran seni visua
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 

Ähnlich wie Peranan seni dalam pendidikan

Peranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam PendidikanPeranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam Pendidikanmiao12345
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanpeggylau9318
 
Tugasan seni dalam pendidikan on line
Tugasan seni dalam pendidikan on lineTugasan seni dalam pendidikan on line
Tugasan seni dalam pendidikan on lineHasni Hamid
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanIeqa Swetluv
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Munirah Ali
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Mazli Jaafar
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1saeful_4h13
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakMazri Muhammad
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Rogiyah Giah
 

Ähnlich wie Peranan seni dalam pendidikan (20)

Peranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam PendidikanPeranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam Pendidikan
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Kepentingan sdp
Kepentingan sdpKepentingan sdp
Kepentingan sdp
 
Tugasan seni dalam pendidikan on line
Tugasan seni dalam pendidikan on lineTugasan seni dalam pendidikan on line
Tugasan seni dalam pendidikan on line
 
Assg seni wan
Assg seni wanAssg seni wan
Assg seni wan
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4
 
Tarian joget
Tarian jogetTarian joget
Tarian joget
 
M uas
M uasM uas
M uas
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
Peranan guru psv
Peranan guru psvPeranan guru psv
Peranan guru psv
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
 

Peranan seni dalam pendidikan

  • 1. PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN Peranan Seni dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah: a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. b) Memupuk nilai kerjasama Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin melalui deria sentuh. c) Memenuhi keperluan sosial yang asas Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat social iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan,
  • 2. keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhdap dirinya danb menghargai bakat yang dimiliki. d) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan. e) Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Kesimpulan: Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.
  • 3. Aplikasi Seni Dalam Pengajaran Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau pengajaran lebih dikenali sebagai (SDP) yang diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang sama. Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya. Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Hal ini kerana, pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni yang mana ianya berbeza dari kaedah pengajaran yang turun-temurun berkonsepkan pengajaran meggunakan kapur dan papan tulis sebagai media menjadikan murid-murid merasa bosan, sekiranya penyampaian maklumat samaada nyanyian melalui seni muzik dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Hal ini kerana, guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi pelajaran melalui nyanyian dan sebagainya.
  • 4. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia “ visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp tersebut. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia
  • 5. mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru. Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya, matapelajaran sains guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar. Guru boleh membawa murid-murid ke ZOO Negara. Seterusnya murid-murid menjalani proses
  • 6. memerhati, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil yang diperolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif. Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang berkesan kepada murid-muridnya. Degan kaedah yang dilaksanakan dalam mata pelajaran murid-murid yang memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyi-bunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru. Walaubagaimanapun guru seharusnya mengetahui peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada murid-muridnya malah guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan yang sedia ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar. Kekreatifan seseorang guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada murud-muridnya perlu diambil kira untuk menjamin masa depan masyarakat dan Negara.
  • 7. Koleksi Assignment: HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKAN Koleksi Assignment: HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKAN (Contoh) Jawapan: 1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini, , iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya. Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai
  • 8. perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual. 2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti 1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat 2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.
  • 9. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. 3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants Tema Persekitaran : Pokok Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik. Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan. Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna. Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu, - untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains) - mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik) - menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (seni visual) - melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani) 3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih; Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala
  • 10. dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar. Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. 3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P a)Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. 2)Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. 3)Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. 4)Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
  • 11. 5)Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. 3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran? Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya : (a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan. c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah 3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran? Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran
  • 12. kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. Rujukan MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd. http://www..school net.my
  • 13. TUGASAN INDIVIDU- APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN 1.0 Pengenalan kepada seni Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter edisi pertama yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa “seni adalah bahasa visual yang sukar difahami tetapi indah untuk direnungi”. Pandangan serta kesimpulan yang sama turut dinyatakan oleh seorang lagi penyair dan pengkritik seni dari negara itu, Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Art dan The Philosophy of Modern Art. Dalam The Philosophy of Modern Art, Read menghuraikan makna yang paling mendasar tentang seni yang disimpulkan daripada sebuah penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun kesimpulan yang dibuat oleh Ruskin dan Read, makna seni itu sendiri cukup menarik untuk dilihat dan direnungi dalam konteks perkembangan mutakhir seni tampak di negara ini. Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan negara. Dengan lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni mampu memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga kita dapat berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik, geografi, bahasa dan kebudayaan. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.
  • 14. 2.0 Aplikasi seni dalam pengajaran Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logik–matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis. Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai
  • 15. pembimbing. Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Misalnya, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah
  • 16. semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia “visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut. Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
  • 17. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual), irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz
  • 18. dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. 3.0 Peranan seni dalam pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf ‘R’ adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama, seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: i. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan.
  • 19. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran. ii. Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. iii. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan. vi. Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti
  • 20. permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar. 4.0 Contoh spesifik pengintegrasian bidang seni dalam pengajaran dan pembelajaran. Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2) Tajuk :Mari Bertani Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan: 1) Muzik :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ 2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai. 3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran. Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahu menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.
  • 21. Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih. Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekali gus memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar. 5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P berlangsung. Bibliografi 1. Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni 2. Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada Oktober 1, 2010 daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com 3. Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Oktober 1, 2010 daripada
  • 22. http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan - United States 4. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada http://www. http://www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-