SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
TAJUK : “ICE-BREAKING”
MASA : 7.30 – 8.30 Pagi ( 08.07.2009 )
TEMPAT : Astaka / Dewan Khas SMK Bandau
PERALATAN : PA Sistem, Kertas majong / kad manila, Alat tulis
( Magic Pen & Marker Pen )
PELAKASANAAN :
 Semua peserta berhimpun untuk mendengar taklimat awal dari Ketua
Fasilitator. Encik Weltter Ariffin selaku Fasilitator ‘Ice-Breaking’ akan membuat
beberapa aktiviti dalam kumpulan kasar terhadap peserta dengan
menghimpunkan mereka mengikut (Sekadar Cadangan) :
i) Bulan kelahiran
ii) Cita-Cita
iii) Makanan kegemaran
iv) Ketinggian
v) Saiz kasut
 Setiap peserta dalam kumpulan diarah mengenali tiga nama dan target
PMR/SPM rakan peserta dalam kumpulannya dan setiap kumpulan akan
dipanggil secara rawak seorang ahli dalam kumpulan menyatakan nama dan
target PMR/SPM rakan yang dipilihnya. Rakan yang disebut/dipilih akan dijemput
ke hadapan.
 Aktiviti seterusnya, Fasilitator yang bertugas akan mengumpulkan semua peserta
mengikut tingkatan masing-masing (Mengikut Kumpulan Dalam
Kelas/Tingkatan). Kemudian kumpulan kasar akan dibahagikan kepada 8
kumpulan bagi pelajar PMR dan 6 kumpulan bagi pelajar SPM (merujuk
pembahagian kumpulan dalam kelas/tingkatan yang telah dibuat lebih awal).
 Setiap kumpulan mempunyai fasilitator (rujuk senarai Fasilitator mengikut
kumpulan) yang akan membimbing dan menilai penglibatan ahli dan kumpulan
tersebut, iaitu untuk tujuan pemilihan anugerah peserta terbaik lelaki /
perempuan, slogan dan kain rentang ‘Tekad Cemerlang’ (banner) kumpulan
terbaik mewakili kategori PMR dan SPM.
 Setiap kumpulan dibekalkan dengan alat tulis, kad manila dan (Peralatan yang
diperlukan untuk LDK 1).
 Rehat & Bersedia untuk LDK 1.
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1
Masa : 8.30 – 10.00 pagi ( 09.07.2009 )
Tempat : Astaka / Dewan Khas SMK Bandau
Tajuk : Tekad Cemerlang Kumpulan Ku!
Objektif :
a) Peserta dapat bekerjasama menyempurnakan tugasan dalam
kumpulan. (Perpaduan dan kerjasama dari ahli kumpulan adalah
penting membolehkan sesuatu penyelesaian dibuat.)
b) Membolehkan peserta berfikir secara kritis dan inovatif dalam
menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Setiap
permasalahan ada penyelasaiannya.
Prosedur :
1. Semua peserta berhimpun di dalam dewan untuk taklimat awal dari kem
komandan/Ketua Fasilitator/ fasilitator.
2. Fasilitator kumpulan membawa perbincangan kumpulan peserta ke tempat yang
sesuai untuk membentuk perbincangan secara kolompok.
3. Fasilitator akan mengawasi ahli kumpulan membuat aktiviti yang diberi.
Kumpulan diminta untuk membentuk:
i) Nama Kumpulan dan Moto (pada kad manila)
ii) Slogan (Yel) ’Tekad Cemerlang’ Kumpulan (ditulis pada kad manila) dan
sebagai identiti/pengenalan kumpulan
iii) Etika Kumpulan mencapai tekad cemerlang
iv) Sasaran / Target Kumpulan dalam PMR & SPM 2009.
v) Merekacipta dan menulis Banner / kain rentang ‘Tekad Cemerlang’ kumpulan
(dalam PMR / SPM 2009). Tidak lebih daripada 15 patah perkataan.
 Setiap kumpulan akan diminta membentang, mempertahan/memberi hujah dan
sedia menghadapi cabaran kumpulan lain semasa pembentangan kumpulan (jam
3.00 petang) dan hasil mereka akan ditampal/dilekatkan di dinding dewan khas.
 Fasilitator setiap kumpulan akan memastikan setiap ahli terlibat dalam aktiviti
kumpulan. Semasa pembentangan, fasilitator boleh menimbulkan suasana
perdebatan yang tegang dan memastikan setiap ahli terlibat ketika sesi
pembentangan nanti.
4. Setiap Kumpulan diarahkan memberi perhatian terhadap pembentang yang
dibuat oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan hanya diberi peluang untuk
membentangkan hasil perbincangan mereka selama 5 minit sahaja.
2
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 2
Aktiviti 1 : FANTASI KEJAYAAN MASA : minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri.
2. Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan.
Prosedur :
1. Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik
nafas dan hembuskan (beberapa kali). Cuba bertenang.
2. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup
anda. Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu.
3. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku ? Adakah anda
mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakah
anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan.
4. Sekarang, sedarkan diri anda.
5. Minta peserta berkongsi kejayaan masing-masing.
Falsafah :
1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat.
2. Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika berusaha dengan
bersungguh-sungguh.
AKTIVITI 3 : MENAIKI RAKIT
MASA : 45 minit
ALATAN : Kertas Suratkhabar
OBJEKTIF :
1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta.
2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.
PROSEDUR :
1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
3. Fasilitator mengoyakkan keryas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit
sehingga
menjadi kecil. Peserta tidak dibenar meletakkan kaki di tempat yang tiada surat
khabar
(lantai).
4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki
dan
perempuan)
FALSAFAH :
1. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.
3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.
3
AKTIVITI 1 : BISIKAN MAKMUR
MASA : 30 minit
ALATAN : Wisel, skrip mesej
SKRIP MESEJ: Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah.
Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah.
Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah.
OBJEKTIF :
1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah
maksud
apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.
PROSEDUR :
1. Peserta berada dalam satu barisan.
2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.
3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.
4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel
dibunyikan.
Peserta-peserta lain tidak boleh menolah ke belakang.
5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.
6. Setelah selesai, Fasilitator :
a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.
b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima.
c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.
FALSAFAH :
1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan
sesuatu
maklumat.
2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada
penerima
mesej.
AKTIVITI 2 : SILANG DAN MENANG
MASA : 30 minit
ALATAN : Wisel, kerusi
OBJEKTIF :
1. Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan.
2. Meningkat kemesraan dalam ahli kumpulan.
PROSEDUR :
1. Sembilan buah kerusi disusun seperti lampiran.
2. Murid dibahagikan kepada kepada dua kumpulan.
3. Apabila wisel ditiup, seorang ahli akan duduk di atas kerusi secara bergilir-gilir.
4. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya duduk pada kerusi dalam satu
garisan lurus
untuk mencapai kemenangan.
5. Kemudian setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk mengarahkan ahli
duduk di atas
kerusi.
6. Aktiviti diulang untuk mencari pemenang.
FALSAFAH :
1. Kepatuhan kepada ketua atau ibu bapa dan menghasilkan kejayaan.
4
2. Muafakat membawa berkat.
3. Seseorang mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk tidak menggunakan
dadah
AKTIVITI 3 : PENJAGA HARTA KARUN
MASA : 30 minit
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan.
2. Mewujudkan keseronokan semasa aktiviti.
PROSEDUR :
1. Peserta membuat satu bulatan.
2. Seorang peserta berperanan sebagai penjaga harta karun. Manakala seorang lagi
berperanan sebagai pencuri.
3. Peserta yang berperanan sebagai pencuri dikeluarkan dari bulatan dan kembali
semula
untuk mengesan penjaga harta karun tersebut.
4. Peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun hendaklah membuat
beberapa
gerakan (tepuk tangan) dan diikuti oleh peserta-peserta yang lain. (Gerakan tersebut
boleh
ditukar kepada beberapa gerakan yang berbeza-beza)
5. Apabila pencuri dapat mengesan peserta yang berperanan sebagai penjaga harta
karun
maka permainan ini tamat.
FALSAFAH :
1. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
2. Menjaga rahsia keluarga/kelompok masyarakat.
3. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar yang
berbahaya
AKTIVITI 1 : CITA-CITA SAYA
MASA : 60 minit
ALATAN : Alat Tulis, Kertas A4
OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk
mencapai citacita
mereka.
2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang yang diberi dengan jayanya.
3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam
melaksanakan
kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta.
3. Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita
tanpa
pengetahuan rakan-rakan.
4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis
oleh
mereka.
5. Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis.
FALSAFAH :
5
1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti.
2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut,
perbincangan
boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik.
4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan
bersungguhsungguh
tanpa mengenal erti putus asa.
5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa
untuk
mencapai cita-cita.
AKTIVITI 2 : MENARA IMPIAN
MASA : 60 minit
ALATAN : Kad manila 2 keping, surat khabar 1 naskhah, pita pelekat, gam, pen
marker, &
gunting.
OBJEKTIF :
1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam
melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diarahkan.
2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan
melaksanakan
sesuatu tugas sehingga selesai.
PROSEDUR :
1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka
hasilkan.
2. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek :
~ Keselamatan
~ Pengurusan masa
~ Keunikan menara yang dibina
~ Kerjasama ahli kumpulan
3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan/bahan yang disediakan
dalam
masa 45 minit.
4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya.
Hasilnya akan
dipertandingkan.
FALSAFAH :
1. Usaha Tangga Kejayaan.
2. Berstu Teguh Bercerai Roboh.
3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
4. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian.
5. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk mencapai cita-cita.
6. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.
6
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 2
AKTIVITI 2 : VISI HIDUP
Masa : 8.00 – 9.00 Pagi ( 09.07.2009 )
Tempat : Dewan Khas SMK Bandau
Objektif : 1. Membolehkan pelajar mengenal kekuatan yang
ada untuk mencapai visinya
2. Mengenalpasti halangan yang ada yang boleh
menghalang pelajar dalam mencapai visinya.
Peralatan : Gambarajah Visi Hidup dan Borang Visi Hidup
Langkah:
1. Fasilitator mengedarkan gambarajah Visi Hidup dan
Borang Visi kepada setiap peserta mengikut kumpulan.
2. Peserta/pelajar mengisi petak dan kotak yang disediakan
dalam gambarajah dan Borang Visi Hidup.
3. Perbincangan dalam kumpulan dijalankan berdasarkan
kepada maklumat yang telah diisi dan penekanan kepada
usaha untuk mengatasi halangan.
Contoh Gambarajah Visi Hidup
7
KERJAYA
EKONOMI
VISI HIDUP PENDIDIKAN
TINGGI
KELUARGA
PMR/ SPM 2008
LDK 2
GAMBARAJAH VISI HIDUPKU (YANG POSITIF)
BORANG VISI
Berdasarkan gambarajah Visi Hidup, senaraikan kekuatan dan halangan untuk
mencapai visi kehidupan anda.
Visi Hidup
Kekuatan yang anda ada
untuk mencapainya
Halangan anda untuk
mencapainya
8
VISI HIDUP
SAYA
LDK 2 AKTIVITI 3 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI
Tajuk : Saya Berkebolehan
ALATAN : Manila kad/kertas A4 , ‘Magic pen’ dan alat tulis.
TUJUAN : Untuk memberi keyakinan kepada para peserta tentang
kekuatan/kebolehan/kelebihan diri mereka.
OBJEKTIF: 1. Supaya peserta-peserta sedar akan keupayaan mereka untuk
menambah kebolehan diri.
2. Supaya peserta-peserta akan mencari kelebihan diri masing-masing
dan belajar untuk mengemukakan kelebihan yang terdapat pada diri
mereka itu kepada orang lain.
Prosedur:
1. Peserta di minta mengingat sesuatu yang ia tidak berkebolehan untuk
melakukannya pada masa ia di Sekolah Rendah (atau di menengah rendah)
tetapi berkebolehan melakukannya pada masa ia mula memasuki SMK
Bandau (Tingkatan Empat).
Contoh :
Dahulu saya tidak pandai mencuci baju sekolah sendiri tetapi
sekarang...
Dahulu saya tidak tahu mengguna komputer,
sekarang....
2. Setiap peserta mengemukakan perkara di atas kepada kesemua peserta di
dalam kelas.
3. Peserta diminta pula mengingatkan sesuatu yang ia tidak berkebolehan
melakukannya/mengerjakannya tahun lepas tetapi telah dapat dipelajarinya
tahun ini.
Contoh :
Tahun lepas saya tidak pandai menghampiri guru mendapat bantuan, tahun
ini.....
4. Peserta diberi satu situasi :
“Tidak berapa lama lagi, bumi ini akan meletup dan akan hapus. Setiap
negara telah menyediakan sebuah kapal angkasa yang akan mengangkut
penumpang-penumpang ke dunia lain. Walau bagaimanapun penumpang-
penumpang yang dipilih mestilah terdiri daripada mereka yang ada
kelebihan”.
Bahan /alat-alat seperti di atas diedarkan. Pelajar-pelajar diarah membuat/
mereka satu poster yang menceritakan dari hal kelebihan mereka dari segi
kebolehan, keupayaan dan sifat-sifat positif yang terdapat pada diri mereka.
5. Setelah siap, poster-poster dipamerkan pada dinding. Pelajar-pelajar diberi
masa untuk meneliti setiap poster. Mereka berbincang dengan bantuan
9
Fasilitator berkenaan dengan kelebihan diri dan kelebihan rakan-rakan
mereka dan bagaimana kelebihan itu dapat membantu ke arah
kecemerlangan diri dan pasukan.
CADANGAN AKTIVITI LDK TAMBAHAN
(Persediaan sekiranya penceramah yang dijemput tidak dapat hadir pada slot
ceramah seperti dalam Jadual Aktiviti/Tentatif Seminar)
AKTIVITI 1 : SI PUTIH DAN SI HITAM (Cadangan Tambahan)
ALATAN : Alat Tulis dan Edaran
OBJEKTIF :
1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenal pasti sifat positif dan negatif yang
terdapat dalam diri masing-masing.
2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat positifnya.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada setiap ahli.
2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif berserta contoh.
3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 8 minit.
4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta ahli
menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara yang telah
dilakukan.
5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat negatif serta
memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-sifat tersebut.
6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan pendapat serta
cadangan kepada ahli lain.
FALSAFAH :
1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif.
2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang negatif harus
dihapuskan.
10
LAMPIRAN (AKTIVITI 1)
INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIF
BIL SIFAT POSITIF SAYA SIFAT NEGATIF SAYA
11
AKTIVITI 2 : CITA-CITA SAYA (Cadangan Tambahan)
(KELOMPOK BESAR)
ALATAN : Alat Tulis, Kertas A4
OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk
mencapai cita-cita mereka.
2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang diberi dengan jayanya.
3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di
dalam melaksanakan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta.
3. Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai
cita-cita tanpa pengetahuan rakan-rakan.
4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang
ditulis oleh mereka.
5. Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis.
FALSAFAH :
1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh
diikuti.
2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah
tersebut,
perbincangan boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan
sistematik.
4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan
bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.
5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke
semasa untuk mencapai cita-cita.
12
AKTIVITI 3 : BISIKAN BUTIYA BANDAU (Cadangan Tambahan)
ALATAN : Wisel, skrip mesej
OBJEKTIF :
1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah
maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.
PROSEDUR :
1. Peserta berada dalam satu barisan.
2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.
3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.
4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel
dibunyikan.
Peserta-peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang.
5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.
6. Setelah selesai, Fasilitator :
a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.
b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima.
c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.
FALSAFAH :
1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan
sesuatu maklumat.
2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada
penerima mesej.
LAMPIRAN (LDK 2 : AKTIVITI 1)
SKRIP MESEJ BISIKAN:
“Ali budak pandai. Ibunya bernama Iyai.
Iyai suruh Ali belajar hari- hari.
Tapi Ali jadi lalai tak dengar cakap Iyai.
Akhirnya impian Ali tak tercapai.”
13
AKTIVITI 4 : KAPAL KARAM (Cadangan Tambahan)
ALATAN : Lampiran
OBJEKTIF :
1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas berserta dengan pemikiran yang
tajam.
2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta.
2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan mengikut
keutamaan.
3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang
penyusunan nama tersebut.
4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat.
FALSAFAH :
1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.
2. Tenang menghadapi saat-saat genting.
3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.
14
LAMPIRAN ( AKTIVITI 4 )
Senarai 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal yang mereka
naiki telah pecah dilanda ombak dan karam di lautan. Kapal anda
hanya ada ruang untuk 6 orang sahaja.
Tugas Anda !
Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan, orang yang akan
diselamatkan.
ORANG KAYA YANG BUDIMAN
KAWAN KARIB
IBU YANG SAKIT TUA
PENCURI YANG INSAF
ABANG YANG BUTA
GURU KELAS ANDA
BAPA YANG TIDAK BEKERJA
ORANG MISKIN
PEMUDA YANG BAIK HATI
ADIK YANG NAKAL
AKTIVITI 5 : TAK KENAL TAK CINTA (Cadangan Tambahan)
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1. Supaya peserta dapat memberikan maklum balas terhadap diri orang lain.
2. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil.
2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah bulatan.
3. Setiap ahli diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu di tengah-
tengah bulatan.
4. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka seorang ahli baru
mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi.
5. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahli
lain.
6. Setelah selesai minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktiviti
tersebut.
15
FALSAFAH :
1. Dapat menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripada orang
lain secara berdepan.
2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkan
manakala yang tidak baik diperbaiki.
Aktiviti :Nak Tak?
Objektif:
Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak
mencukupi.
Material:
Wang Kertas RM10
Perlaksanaan:
1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu
ditayangkan dihadapan peserta.
2. Fasilitator bertanya soalan, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?”
3. Biasanya peserta akan menjawab ”Nak!”
4. Tanyakan sekali lagi kepada peserta, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya
ni?”
5. Peserta biasanya akan menjawab ”Nak!”
6. Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali.
7. Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi.
8. Perbincangan:
1. Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa
mengatakan mereka mahu. Bila berulang kali ditanya mereka masih
mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat sesuatu untuk
mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau
mengambilnya dari fasi.
2. Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin Islam kembali berubah.
Apabila orang bertanya persoalan yg sama kita mengulang-ulang
bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit di kalangan kita yang benar-
benar bertindak untuk mendapatkannya.
3. Beginilag sifat yang dihadapi oleh umat Islam kini. Banyak bercakap
dari serius untuk memastikan kata-kata itu dibuktikan melalui tindakan.
Variasi:
Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang
difikirkan sesuai.
Kesimpulan:
Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap.
16
Contoh 2:
Nikmat Jarang Disyukuri 1…
Objektif:
Menyedarkan peserta banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita yang jarang
kita syukuri.
Material:
Kain pengikat mata, pensel kertas dan terjemahan Al-Qur’an
Perlaksanaan:
1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta:
”Tutup mata anda dengan kain yang telah diberikan, bergerak ke arah suara saya”.
Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut ”Saya di sini!”
Para peserta diminta bergerak ke arah suara. Selepas semua peserta sampai. Bagi
arahan selanjutnya.
1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta:
”Tahan nafas anda selama yang anda mampu”
Minta peserta jangan terlalu memaksa diri.
1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta:
”Tulis huruf A dengan syarat tanpa menggunakan jari anda.”
1. Tanya pendapat peserta apa yang mereka dapat belajar dari aktiviti yang
mereka baru saja lakukan.
1. Bincangkan:
o Adakah mereka mula mensyukuri nikmat mata, udara dan tangan dari
aktiviti sebentar lagi?
o Apa yang mereka perlu lakukan untuk menunjukkan mereka
mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah?
Kesimpulan:
Syukurilah nikmat yang ada pada kita, kita tidak tahu bilakah nikmat yang ada ini
akan ditarik balik.
17
18

More Related Content

What's hot

Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]
Harry Man
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Norhayati Ismail
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Fazri Usidi
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Huiping Lu
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 

What's hot (20)

pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajar
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafDefinisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 

Viewers also liked (9)

51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator
 
Aktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingAktiviti teambuilding
Aktiviti teambuilding
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Game di kelas
Game di kelasGame di kelas
Game di kelas
 
Aktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ictAktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ict
 
kUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOORkUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOOR
 
Kumpulan Permainan & dinamika kelompok
Kumpulan Permainan & dinamika kelompokKumpulan Permainan & dinamika kelompok
Kumpulan Permainan & dinamika kelompok
 
Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun
 
100 permainan untuk training
100 permainan untuk training100 permainan untuk training
100 permainan untuk training
 

Similar to Aktiviti ldk (20)

Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Aktiviti%20 ldk
Aktiviti%20 ldkAktiviti%20 ldk
Aktiviti%20 ldk
 
Tentatif
TentatifTentatif
Tentatif
 
Kertas kerja kelab bahasa 2012
Kertas kerja kelab bahasa 2012Kertas kerja kelab bahasa 2012
Kertas kerja kelab bahasa 2012
 
Ice breaking
Ice breakingIce breaking
Ice breaking
 
Ice breaking nbos
Ice breaking nbosIce breaking nbos
Ice breaking nbos
 
30 Aktiviti Sisipan PIKeBM Sek Ren.pdf
30 Aktiviti Sisipan PIKeBM Sek Ren.pdf30 Aktiviti Sisipan PIKeBM Sek Ren.pdf
30 Aktiviti Sisipan PIKeBM Sek Ren.pdf
 
kolaborasi pendidikan khas
kolaborasi pendidikan khaskolaborasi pendidikan khas
kolaborasi pendidikan khas
 
Ldk
LdkLdk
Ldk
 
aktiviti minggu pertama 2023.pptx
aktiviti minggu pertama 2023.pptxaktiviti minggu pertama 2023.pptx
aktiviti minggu pertama 2023.pptx
 
Koperatif
KoperatifKoperatif
Koperatif
 
1.RPT_Persatuan_Bahasa_Inggeris.doc
1.RPT_Persatuan_Bahasa_Inggeris.doc1.RPT_Persatuan_Bahasa_Inggeris.doc
1.RPT_Persatuan_Bahasa_Inggeris.doc
 
Bina insan guru ppg
Bina insan guru ppgBina insan guru ppg
Bina insan guru ppg
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
kit-media-rph1.pdf
kit-media-rph1.pdfkit-media-rph1.pdf
kit-media-rph1.pdf
 
Struktur pembelajaran koperatif
Struktur pembelajaran koperatifStruktur pembelajaran koperatif
Struktur pembelajaran koperatif
 
LDK_yang_menyeronokkan.docx
LDK_yang_menyeronokkan.docxLDK_yang_menyeronokkan.docx
LDK_yang_menyeronokkan.docx
 
Tajuk 02 pg 58 pg 63
Tajuk 02 pg 58   pg 63Tajuk 02 pg 58   pg 63
Tajuk 02 pg 58 pg 63
 
Kelas abad 21
Kelas abad 21Kelas abad 21
Kelas abad 21
 

Aktiviti ldk

  • 1. TAJUK : “ICE-BREAKING” MASA : 7.30 – 8.30 Pagi ( 08.07.2009 ) TEMPAT : Astaka / Dewan Khas SMK Bandau PERALATAN : PA Sistem, Kertas majong / kad manila, Alat tulis ( Magic Pen & Marker Pen ) PELAKASANAAN :  Semua peserta berhimpun untuk mendengar taklimat awal dari Ketua Fasilitator. Encik Weltter Ariffin selaku Fasilitator ‘Ice-Breaking’ akan membuat beberapa aktiviti dalam kumpulan kasar terhadap peserta dengan menghimpunkan mereka mengikut (Sekadar Cadangan) : i) Bulan kelahiran ii) Cita-Cita iii) Makanan kegemaran iv) Ketinggian v) Saiz kasut  Setiap peserta dalam kumpulan diarah mengenali tiga nama dan target PMR/SPM rakan peserta dalam kumpulannya dan setiap kumpulan akan dipanggil secara rawak seorang ahli dalam kumpulan menyatakan nama dan target PMR/SPM rakan yang dipilihnya. Rakan yang disebut/dipilih akan dijemput ke hadapan.  Aktiviti seterusnya, Fasilitator yang bertugas akan mengumpulkan semua peserta mengikut tingkatan masing-masing (Mengikut Kumpulan Dalam Kelas/Tingkatan). Kemudian kumpulan kasar akan dibahagikan kepada 8 kumpulan bagi pelajar PMR dan 6 kumpulan bagi pelajar SPM (merujuk pembahagian kumpulan dalam kelas/tingkatan yang telah dibuat lebih awal).  Setiap kumpulan mempunyai fasilitator (rujuk senarai Fasilitator mengikut kumpulan) yang akan membimbing dan menilai penglibatan ahli dan kumpulan tersebut, iaitu untuk tujuan pemilihan anugerah peserta terbaik lelaki / perempuan, slogan dan kain rentang ‘Tekad Cemerlang’ (banner) kumpulan terbaik mewakili kategori PMR dan SPM.  Setiap kumpulan dibekalkan dengan alat tulis, kad manila dan (Peralatan yang diperlukan untuk LDK 1).  Rehat & Bersedia untuk LDK 1.
  • 2. LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1 Masa : 8.30 – 10.00 pagi ( 09.07.2009 ) Tempat : Astaka / Dewan Khas SMK Bandau Tajuk : Tekad Cemerlang Kumpulan Ku! Objektif : a) Peserta dapat bekerjasama menyempurnakan tugasan dalam kumpulan. (Perpaduan dan kerjasama dari ahli kumpulan adalah penting membolehkan sesuatu penyelesaian dibuat.) b) Membolehkan peserta berfikir secara kritis dan inovatif dalam menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Setiap permasalahan ada penyelasaiannya. Prosedur : 1. Semua peserta berhimpun di dalam dewan untuk taklimat awal dari kem komandan/Ketua Fasilitator/ fasilitator. 2. Fasilitator kumpulan membawa perbincangan kumpulan peserta ke tempat yang sesuai untuk membentuk perbincangan secara kolompok. 3. Fasilitator akan mengawasi ahli kumpulan membuat aktiviti yang diberi. Kumpulan diminta untuk membentuk: i) Nama Kumpulan dan Moto (pada kad manila) ii) Slogan (Yel) ’Tekad Cemerlang’ Kumpulan (ditulis pada kad manila) dan sebagai identiti/pengenalan kumpulan iii) Etika Kumpulan mencapai tekad cemerlang iv) Sasaran / Target Kumpulan dalam PMR & SPM 2009. v) Merekacipta dan menulis Banner / kain rentang ‘Tekad Cemerlang’ kumpulan (dalam PMR / SPM 2009). Tidak lebih daripada 15 patah perkataan.  Setiap kumpulan akan diminta membentang, mempertahan/memberi hujah dan sedia menghadapi cabaran kumpulan lain semasa pembentangan kumpulan (jam 3.00 petang) dan hasil mereka akan ditampal/dilekatkan di dinding dewan khas.  Fasilitator setiap kumpulan akan memastikan setiap ahli terlibat dalam aktiviti kumpulan. Semasa pembentangan, fasilitator boleh menimbulkan suasana perdebatan yang tegang dan memastikan setiap ahli terlibat ketika sesi pembentangan nanti. 4. Setiap Kumpulan diarahkan memberi perhatian terhadap pembentang yang dibuat oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan hanya diberi peluang untuk membentangkan hasil perbincangan mereka selama 5 minit sahaja. 2
  • 3. LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 2 Aktiviti 1 : FANTASI KEJAYAAN MASA : minit Alatan : Tiada Objektif : 1. Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri. 2. Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan. Prosedur : 1. Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik nafas dan hembuskan (beberapa kali). Cuba bertenang. 2. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu. 3. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku ? Adakah anda mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakah anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan. 4. Sekarang, sedarkan diri anda. 5. Minta peserta berkongsi kejayaan masing-masing. Falsafah : 1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat. 2. Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh. AKTIVITI 3 : MENAIKI RAKIT MASA : 45 minit ALATAN : Kertas Suratkhabar OBJEKTIF : 1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta. 2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama. 3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak. PROSEDUR : 1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai. 2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut. 3. Fasilitator mengoyakkan keryas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi kecil. Peserta tidak dibenar meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar (lantai). 4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh. 5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan perempuan) FALSAFAH : 1. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran. 3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita. 3
  • 4. AKTIVITI 1 : BISIKAN MAKMUR MASA : 30 minit ALATAN : Wisel, skrip mesej SKRIP MESEJ: Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah. Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah. Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah. OBJEKTIF : 1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai. PROSEDUR : 1. Peserta berada dalam satu barisan. 2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej. 3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula. 4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan. Peserta-peserta lain tidak boleh menolah ke belakang. 5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya. 6. Setelah selesai, Fasilitator : a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima. b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima. c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan. FALSAFAH : 1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu maklumat. 2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima mesej. AKTIVITI 2 : SILANG DAN MENANG MASA : 30 minit ALATAN : Wisel, kerusi OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan. 2. Meningkat kemesraan dalam ahli kumpulan. PROSEDUR : 1. Sembilan buah kerusi disusun seperti lampiran. 2. Murid dibahagikan kepada kepada dua kumpulan. 3. Apabila wisel ditiup, seorang ahli akan duduk di atas kerusi secara bergilir-gilir. 4. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya duduk pada kerusi dalam satu garisan lurus untuk mencapai kemenangan. 5. Kemudian setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk mengarahkan ahli duduk di atas kerusi. 6. Aktiviti diulang untuk mencari pemenang. FALSAFAH : 1. Kepatuhan kepada ketua atau ibu bapa dan menghasilkan kejayaan. 4
  • 5. 2. Muafakat membawa berkat. 3. Seseorang mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk tidak menggunakan dadah AKTIVITI 3 : PENJAGA HARTA KARUN MASA : 30 minit ALATAN : Tiada OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan. 2. Mewujudkan keseronokan semasa aktiviti. PROSEDUR : 1. Peserta membuat satu bulatan. 2. Seorang peserta berperanan sebagai penjaga harta karun. Manakala seorang lagi berperanan sebagai pencuri. 3. Peserta yang berperanan sebagai pencuri dikeluarkan dari bulatan dan kembali semula untuk mengesan penjaga harta karun tersebut. 4. Peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun hendaklah membuat beberapa gerakan (tepuk tangan) dan diikuti oleh peserta-peserta yang lain. (Gerakan tersebut boleh ditukar kepada beberapa gerakan yang berbeza-beza) 5. Apabila pencuri dapat mengesan peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun maka permainan ini tamat. FALSAFAH : 1. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 2. Menjaga rahsia keluarga/kelompok masyarakat. 3. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar yang berbahaya AKTIVITI 1 : CITA-CITA SAYA MASA : 60 minit ALATAN : Alat Tulis, Kertas A4 OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai citacita mereka. 2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang yang diberi dengan jayanya. 3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam melaksanakan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta. 2. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta. 3. Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa pengetahuan rakan-rakan. 4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka. 5. Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis. FALSAFAH : 5
  • 6. 1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti. 2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut, perbincangan boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. 3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik. 4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan bersungguhsungguh tanpa mengenal erti putus asa. 5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa untuk mencapai cita-cita. AKTIVITI 2 : MENARA IMPIAN MASA : 60 minit ALATAN : Kad manila 2 keping, surat khabar 1 naskhah, pita pelekat, gam, pen marker, & gunting. OBJEKTIF : 1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan. 2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai. PROSEDUR : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan. 2. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek : ~ Keselamatan ~ Pengurusan masa ~ Keunikan menara yang dibina ~ Kerjasama ahli kumpulan 3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan/bahan yang disediakan dalam masa 45 minit. 4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan. FALSAFAH : 1. Usaha Tangga Kejayaan. 2. Berstu Teguh Bercerai Roboh. 3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 4. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian. 5. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk mencapai cita-cita. 6. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. 6
  • 7. LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 2 AKTIVITI 2 : VISI HIDUP Masa : 8.00 – 9.00 Pagi ( 09.07.2009 ) Tempat : Dewan Khas SMK Bandau Objektif : 1. Membolehkan pelajar mengenal kekuatan yang ada untuk mencapai visinya 2. Mengenalpasti halangan yang ada yang boleh menghalang pelajar dalam mencapai visinya. Peralatan : Gambarajah Visi Hidup dan Borang Visi Hidup Langkah: 1. Fasilitator mengedarkan gambarajah Visi Hidup dan Borang Visi kepada setiap peserta mengikut kumpulan. 2. Peserta/pelajar mengisi petak dan kotak yang disediakan dalam gambarajah dan Borang Visi Hidup. 3. Perbincangan dalam kumpulan dijalankan berdasarkan kepada maklumat yang telah diisi dan penekanan kepada usaha untuk mengatasi halangan. Contoh Gambarajah Visi Hidup 7 KERJAYA EKONOMI VISI HIDUP PENDIDIKAN TINGGI KELUARGA PMR/ SPM 2008
  • 8. LDK 2 GAMBARAJAH VISI HIDUPKU (YANG POSITIF) BORANG VISI Berdasarkan gambarajah Visi Hidup, senaraikan kekuatan dan halangan untuk mencapai visi kehidupan anda. Visi Hidup Kekuatan yang anda ada untuk mencapainya Halangan anda untuk mencapainya 8 VISI HIDUP SAYA
  • 9. LDK 2 AKTIVITI 3 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI Tajuk : Saya Berkebolehan ALATAN : Manila kad/kertas A4 , ‘Magic pen’ dan alat tulis. TUJUAN : Untuk memberi keyakinan kepada para peserta tentang kekuatan/kebolehan/kelebihan diri mereka. OBJEKTIF: 1. Supaya peserta-peserta sedar akan keupayaan mereka untuk menambah kebolehan diri. 2. Supaya peserta-peserta akan mencari kelebihan diri masing-masing dan belajar untuk mengemukakan kelebihan yang terdapat pada diri mereka itu kepada orang lain. Prosedur: 1. Peserta di minta mengingat sesuatu yang ia tidak berkebolehan untuk melakukannya pada masa ia di Sekolah Rendah (atau di menengah rendah) tetapi berkebolehan melakukannya pada masa ia mula memasuki SMK Bandau (Tingkatan Empat). Contoh : Dahulu saya tidak pandai mencuci baju sekolah sendiri tetapi sekarang... Dahulu saya tidak tahu mengguna komputer, sekarang.... 2. Setiap peserta mengemukakan perkara di atas kepada kesemua peserta di dalam kelas. 3. Peserta diminta pula mengingatkan sesuatu yang ia tidak berkebolehan melakukannya/mengerjakannya tahun lepas tetapi telah dapat dipelajarinya tahun ini. Contoh : Tahun lepas saya tidak pandai menghampiri guru mendapat bantuan, tahun ini..... 4. Peserta diberi satu situasi : “Tidak berapa lama lagi, bumi ini akan meletup dan akan hapus. Setiap negara telah menyediakan sebuah kapal angkasa yang akan mengangkut penumpang-penumpang ke dunia lain. Walau bagaimanapun penumpang- penumpang yang dipilih mestilah terdiri daripada mereka yang ada kelebihan”. Bahan /alat-alat seperti di atas diedarkan. Pelajar-pelajar diarah membuat/ mereka satu poster yang menceritakan dari hal kelebihan mereka dari segi kebolehan, keupayaan dan sifat-sifat positif yang terdapat pada diri mereka. 5. Setelah siap, poster-poster dipamerkan pada dinding. Pelajar-pelajar diberi masa untuk meneliti setiap poster. Mereka berbincang dengan bantuan 9
  • 10. Fasilitator berkenaan dengan kelebihan diri dan kelebihan rakan-rakan mereka dan bagaimana kelebihan itu dapat membantu ke arah kecemerlangan diri dan pasukan. CADANGAN AKTIVITI LDK TAMBAHAN (Persediaan sekiranya penceramah yang dijemput tidak dapat hadir pada slot ceramah seperti dalam Jadual Aktiviti/Tentatif Seminar) AKTIVITI 1 : SI PUTIH DAN SI HITAM (Cadangan Tambahan) ALATAN : Alat Tulis dan Edaran OBJEKTIF : 1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenal pasti sifat positif dan negatif yang terdapat dalam diri masing-masing. 2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat positifnya. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada setiap ahli. 2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif berserta contoh. 3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 8 minit. 4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta ahli menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara yang telah dilakukan. 5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat negatif serta memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-sifat tersebut. 6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan pendapat serta cadangan kepada ahli lain. FALSAFAH : 1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif. 2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang negatif harus dihapuskan. 10
  • 11. LAMPIRAN (AKTIVITI 1) INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIF BIL SIFAT POSITIF SAYA SIFAT NEGATIF SAYA 11
  • 12. AKTIVITI 2 : CITA-CITA SAYA (Cadangan Tambahan) (KELOMPOK BESAR) ALATAN : Alat Tulis, Kertas A4 OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita mereka. 2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang diberi dengan jayanya. 3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam melaksanakan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta. 2. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta. 3. Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa pengetahuan rakan-rakan. 4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka. 5. Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis. FALSAFAH : 1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti. 2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut, perbincangan boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. 3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik. 4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa. 5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa untuk mencapai cita-cita. 12
  • 13. AKTIVITI 3 : BISIKAN BUTIYA BANDAU (Cadangan Tambahan) ALATAN : Wisel, skrip mesej OBJEKTIF : 1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai. PROSEDUR : 1. Peserta berada dalam satu barisan. 2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej. 3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula. 4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan. Peserta-peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang. 5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya. 6. Setelah selesai, Fasilitator : a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima. b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima. c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan. FALSAFAH : 1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu maklumat. 2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima mesej. LAMPIRAN (LDK 2 : AKTIVITI 1) SKRIP MESEJ BISIKAN: “Ali budak pandai. Ibunya bernama Iyai. Iyai suruh Ali belajar hari- hari. Tapi Ali jadi lalai tak dengar cakap Iyai. Akhirnya impian Ali tak tercapai.” 13
  • 14. AKTIVITI 4 : KAPAL KARAM (Cadangan Tambahan) ALATAN : Lampiran OBJEKTIF : 1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas berserta dengan pemikiran yang tajam. 2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta. 2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan. 3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut. 4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat. FALSAFAH : 1. Seseorang itu perlu bijak bertindak. 2. Tenang menghadapi saat-saat genting. 3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam. 14
  • 15. LAMPIRAN ( AKTIVITI 4 ) Senarai 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal yang mereka naiki telah pecah dilanda ombak dan karam di lautan. Kapal anda hanya ada ruang untuk 6 orang sahaja. Tugas Anda ! Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan, orang yang akan diselamatkan. ORANG KAYA YANG BUDIMAN KAWAN KARIB IBU YANG SAKIT TUA PENCURI YANG INSAF ABANG YANG BUTA GURU KELAS ANDA BAPA YANG TIDAK BEKERJA ORANG MISKIN PEMUDA YANG BAIK HATI ADIK YANG NAKAL AKTIVITI 5 : TAK KENAL TAK CINTA (Cadangan Tambahan) ALATAN : Tiada OBJEKTIF : 1. Supaya peserta dapat memberikan maklum balas terhadap diri orang lain. 2. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil. 2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah bulatan. 3. Setiap ahli diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu di tengah- tengah bulatan. 4. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka seorang ahli baru mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi. 5. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahli lain. 6. Setelah selesai minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktiviti tersebut. 15
  • 16. FALSAFAH : 1. Dapat menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripada orang lain secara berdepan. 2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkan manakala yang tidak baik diperbaiki. Aktiviti :Nak Tak? Objektif: Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak mencukupi. Material: Wang Kertas RM10 Perlaksanaan: 1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan dihadapan peserta. 2. Fasilitator bertanya soalan, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?” 3. Biasanya peserta akan menjawab ”Nak!” 4. Tanyakan sekali lagi kepada peserta, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?” 5. Peserta biasanya akan menjawab ”Nak!” 6. Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali. 7. Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi. 8. Perbincangan: 1. Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa mengatakan mereka mahu. Bila berulang kali ditanya mereka masih mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat sesuatu untuk mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau mengambilnya dari fasi. 2. Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin Islam kembali berubah. Apabila orang bertanya persoalan yg sama kita mengulang-ulang bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit di kalangan kita yang benar- benar bertindak untuk mendapatkannya. 3. Beginilag sifat yang dihadapi oleh umat Islam kini. Banyak bercakap dari serius untuk memastikan kata-kata itu dibuktikan melalui tindakan. Variasi: Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang difikirkan sesuai. Kesimpulan: Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap. 16
  • 17. Contoh 2: Nikmat Jarang Disyukuri 1… Objektif: Menyedarkan peserta banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita yang jarang kita syukuri. Material: Kain pengikat mata, pensel kertas dan terjemahan Al-Qur’an Perlaksanaan: 1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: ”Tutup mata anda dengan kain yang telah diberikan, bergerak ke arah suara saya”. Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut ”Saya di sini!” Para peserta diminta bergerak ke arah suara. Selepas semua peserta sampai. Bagi arahan selanjutnya. 1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: ”Tahan nafas anda selama yang anda mampu” Minta peserta jangan terlalu memaksa diri. 1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: ”Tulis huruf A dengan syarat tanpa menggunakan jari anda.” 1. Tanya pendapat peserta apa yang mereka dapat belajar dari aktiviti yang mereka baru saja lakukan. 1. Bincangkan: o Adakah mereka mula mensyukuri nikmat mata, udara dan tangan dari aktiviti sebentar lagi? o Apa yang mereka perlu lakukan untuk menunjukkan mereka mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah? Kesimpulan: Syukurilah nikmat yang ada pada kita, kita tidak tahu bilakah nikmat yang ada ini akan ditarik balik. 17
  • 18. 18