Modal insan berkualiti adalah elemen penting dalam mencapai visi negara. Dokumen ini menjelaskan cabaran dalam melahirkan modal insan berkualiti seperti meningkatkan profesionalisme pendidik dan penguasaan teknologi, serta menyarankan program untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi seperti melatih pendidik dan menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar."
1. 1
MODAL INSAN NEGARA YANG BERKUALITI MERUPAKAN ELEMEN PALING
KRITIKAL DALAM MISI NASIONAL. TERANGKAN CABARAN-CABARAN
DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI DAN CADANGKAN
PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG
MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Wawasan 2020 menjadi matlamat ke arah pembentukan Malaysia sebagai
sebuah negara maju yang mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk memacu
pembangunan ekonomi melalui perancangan pembangunan 5 tahun yang telah
diperkenalkan sejak merdeka. Proses pencapaian taraf negara maju memerlukan
lebih pembangunan infrastruktur dan pendapatan perkapita yang tinggi di kalangan
penduduk. Selain daripada itu, asperk-aspek lain perlu diambikira seperti
pendidikan, kesihatan dan modal insan atau kualiti sumber manusia.
1.2 Istilah modal insan sering dikaitkan dengan kebolehan dan kemahiran
manusia. Modal insan juga pernah dirujuk sebagai buruh atau sumber manusia
iaitu salah stau daripada faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia,
mesin dan modal. Konsep modal adalah luas dan ia adalah aset ketara milik
individu seperti akaun bank, saham syarikat dan syarikat. Modal juga boleh
berbentuk aset tidak ketara iaitu pendidikan formal, kursus-kursus kemahiran,
perbelanjaan penjagaan kesihatan atau ceramah kepentingan masa dianggap
sebagai modal kerana ia berkemampuan menjana pendapatan, peningkatan
kesihatan dan memperbaiki kelakuan/tabiat seseorang.
1.3 Modal insan merupakan aset berharga kepada sesebuah negara dimana ia
boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal
budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya
saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran
semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan
rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah
2. 2
melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi
dengan keperluan negara pada tahun 2020.
1.4 Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan
modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk
berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta
berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering
berubah-ubah. Ciri-ciri modal insan berkualiti yang perlu dihasilkan seperti berikut :
(a) Berfikir secara kritis dan bertindak secara rasional.
(b) Bersedia untuk bersaing dan membudayakan semangat untuk meneroka
bidang baru.
(c) Menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu.
(d) Berhemah dan berkeperibadian.
(e) Menjadi pemimpin kepada diri, keluarga dan masyarakat.
(f) Mengaplikasi dan meningkatkan pengetahuan serta mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat.
(g) Mengakses dan menggunakan ICT.
(h) Belajar, bekerja dan berkomunikasi dengan berkesan.
2.0 MODAL INSAN NEGARA YANG BERKUALITI MERUPAKAN ELEMEN
PALING KRITIKAL DALAM MISI NASIONAL BAGI MELAHIRKAN
GRADUAN YANG MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA
2.1 Lima teras utama yang disenaraikan dalam Misi Nasional dalam aspek
pembangunan modal insan untuk membangunkan dan memakmurkan negara iaitu:
(a) Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
(b) Meningkatkan kapasiti pengeluaran dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama.
(c) Menangani ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara
membina dan produktif.
(d) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.
(e) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
3. 3
2.2 Pembangunan modal insan minda kelas pertama perlu diteruskan bagi
mengelakkan negara tidak ketandusan para cendikiawan yang berkeupayaan untuk
menghadapi cabaran sedunia terutama dalam penghasilan teori baru dan
penyelesaian baru. Justeru itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu
mengambil tindakan bagi meningkatkan keupayaan institusi pengajian tinggi dan
mengukuhkan sistem pengajian tinggi bagi melahirkan modal insan dengan minda
kelas pertama. Sehubungan dengan itu, penglibatan dan penyertaan yang aktif
daripada semua pihak yang berkepentingan diperlukan dalam meningkatkan sistem
pengajian tinggi negara.
2.3 Pendidikan dijalankan adalah bertujuan untuk pembangunan sahsiah dan
membentuk keupayaan pelajar secara holistik melalui pembelajaran kemahiran
khusus, merealisasikan keupayaan intelektual, fizikal dan kerohanian serta
melahirkan modal insan yang cemerlang. Kementerian Pengajian Tinggi
mengkategorikan modal insan minda kelas pertama kepada klasifikasi mengikut ciri
utama seperti yang terdapat dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Kategori modal insan kepada klasifikasi mengikut ciri utama meliputi
pengetahuan, keperibadian dan kemahiran berinteraksi
Ciri Modal Insan Minda Kelas Pertama
Pengetahuan : Keperibadian :
Kemahiran Berinteraksi
:
Penguasaan dalam
subjek teras dan
keupayaanmemanfaatk
an ilmu pengetahuan.
Penguasaan bahasa
Malaysia dan Inggeris
serta sekurang-
kurangnya satu bahasa
global.
Minat berterusan untuk
menimba ilmu
menerusi PSH.
Memiliki pengetahuan
am yang meluas dan
mengikuti
perkembangan hal
ehwal semasa.
Menghargai seni,
budaya dan sukan.
Berorientasikan
matlamat: proaktif,
daya tahan diri,
disiplin, yakin,
bermotivasi, dan
berdaya saing di
peringkat global.
Intelektual: kreatif,
inovatif, dan
mempunyai kemahiran
berfikir secara kritikal.
Cepat belajar, mudah
menyesuaikan diri,
dan
fleksibel.
Memiliki sifat-sifat
keusahawanan.
Beretika dan bermoral
tinggi.
Keterampilan
berkomunikasi dan
penyampaian
berkesan.
Keupayaan
menyesuaikan diri dan
mudah bergaul
dengan
orang ramai pada
pelbagai peringkat.
Keupayaan untuk
maju dan mempunyai
kekuatan diri serta
rangkaian Profesional.
Kepemimpinan.
Kerja berpasukan
4. 4
Berkemahiran
menganalisis dan
menyelesaikan
masalah.
Pendedahan kepada
tentang prinsip
perniagaan dan
pengurusan serta
teknologi.
Kerohanian yang
teguh.
Bersifat penyayang
dan
prihatin (melalui
khidmat masyarakat
dan kerja sukarela.
2.4 Modal insan dengan minda kelas pertama terbentuk melalui sistem
pengajian tinggi yang holistik. Trasformasi pendidikan memerlukan perubahan yang
radikal seperti kualiti pengajian tinggi negara dapat ditingkatkan supaya setanding
dengan institusi pengajian tinggi terbaik di dunia dimana dapat menghasilkan
graduan yang terbilang dan memenuhi kehendak masyarakat, majikan serta
memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
2.5 Institusi pengajian tinggi yang cemerlang boleh dikenalpasti melalui
kepimpinan yang berwibawa, penjanaan budaya kreatif dan ahli akademik yang
disanjung tinggi. Selain daripada itu, ahli akademik yang tinggi akan membantu dan
menjadi rujukan kepada pemimpin negara, pihak industri dan para intelek dunia.
2.6 Hasrat Malaysia adalah untuk melahirkan institusi pengajian tinggi yang
bertaraf dunia. Pengeluaran modal insan dengan minda kelas pertama adalah
sebab utama kewujudan sesebuah institusi. Kemajuan sesebuah negara amat
bergantung kepada modal insan dan institusi pengajian tinggi yang berkualiti.
3.0 CABARAN-CABARAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG
BERKUALITI BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI
MINDA KELAS PERTAMA
3.1 Pendidik memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi
negara bagi melahirkan graduan modal insan yang mempunyai minda kelas
pertama. Martabat profesion perguruan dapat ditingkatkan dengan memainkan
peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa,
masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion
perguruan itu sendiri.
5. 5
Mempertingkatkan Profesionalisme
3.2 Pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk
mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa
mengikut peredaran masa. Berusaha untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah
pengajaran dan pendidikan yang terkini. Perlu mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan agar dapat
mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran
yang semakin kompleks.
Kemahiran Dalam Penggunaan ICT
3.3 Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet
menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Pendidik
mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang
semakin canggih. Ilmu ICT mesti didahului dan dikuasai oleh pendidik sebagai
golongan yang akan menyebarluaskan kepada pelajar. Pendidik juga harus
memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa
kini, masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam
kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Berpengetahuan, Berdaya Fikir Dan Berakhlak
3.4 Pendidik yang berpengetahuan perlu mengetahui dengan menambahkan
pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk
dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa yang perlu diketahui adalah
perkara yang berkaitan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan pengetahuan am.
Modal insan dapat mencapai kematangannya dengan pengisian kaedah menakluk
persekitaran dan cernaan pengalaman. Dalam perubahan sistem pendidikan yang
semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan
nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan telah ditegaskan
nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam proses pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan modal insan yang berkualiti,
menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
6. 6
Berupaya Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah Serta Berfikiran Kritis
Dan Kreatif
3.5 Pendidik bukan sahaja terlibat dengan profesion mengajar sahaja tetapi ia
perlu terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia
dan pengawal. Oleh itu, pendidik harus melaksanakan anjakan dengan
’membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul’.
Menyedari Tanggungjawab
3.6 Pendidik mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing pelajar
untuk mencapai kemajuan dan wawasan, para pendidik perlu melaksanakan
tanggungjawab seperti :
(a) Tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar, bersikap adil serta memupuk nilai murni.
(b) Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mewujudkan hubungan mesra,
menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-
anak mereka.
(c) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari
menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta
menggalakkan kerjasama dan persefahaman.
(d) Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesional seperti mengelak
dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang
menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
Menjadi Pendidik Berkualiti
3.7 Pendidik perlu mempunyai ciri-ciri yang berkualiti seperti yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Negara jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat.
Kualiti pendidik dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan mengikuti
latihan, menghadiri seminar dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan. Penguasaan
ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, akan dapat melahirkan generasi
yang berilmu, bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan bersesuaian dengan
kehendak pasaran dunia pada alaf baru ini.
7. 7
Menjadi Pendidik Yang Berkesan
3.8 Menjadi seorang pendidik yang berkesan sangat penting bagi melahirkan
modal insan yang mempunyai minda kelas pertaman. Ciri-ciri menjadi seorang
pendidik yang berkesan adalah seperti berikut :
(a) Bersikap profesional.
(b) Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
(c) Kaya ilmu pengetahuan.
(d) Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
(e) Berakhlak terpuji dan mempunyai moral yang teguh.
(f) Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
(g) Prihatin dengan kehendak pelajar dan ibu bapa.
(h) Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan pelajar.
(i) Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
(j) Menampilkan dengan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan
sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
4.0 PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN DI PERINGKAT
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG
MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA
4.1 Institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam melahirkan
graduan yang mempunyai minda kelas pertama. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi
negara merupakan satu anjakan ke arah mempertingkatkan pembangunan modal
insan dengan memperkasa pengajian tinggi untuk kepentingan pembangunan
negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Bagi
memenuhi kehendak pasaran dan menghadapi cabaran global, pelan tindakan ini
harus sejajar dengan arus perdana pengajian tinggi yang mementingkan kualiti,
daya saing, kreativiti dan inovasi. Aspek tersebut menuntut perubahan dan
transformasi pengajian tinggi yang menekankan modal insan sebagai aset
terpenting untuk kemakmuran dan kelestarian ekonomi negara.
4.2 Program-program yang dilaksanakan bagi melahirkan graduan yang
mempunyai minda kelas pertama mesti mempunyai ciri-ciri seperti pembangunan
sahsiah dan kerohanian, pembangunan kepimpinan, pembangunan akademik dan
8. 8
kerjaya dan pembangunan kemasyarakatan atau sosial. Program-program yang
mempunyai ciri-ciri seperti ini yang akan melahirkan graduan seperti berikut :
(a) Graduan yang beriman, bertakwa dan mengamalkan nilai-nilai murni.
(b) Graduan yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
(c) Graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi.
(d) Graduan yang mempunyai ketahanan mental.
(e) Graduan yang sihat dan cergas.
(f) Graduan yang bertoleransi dab bekerjasama.
(g) Graduan yang mempunyai sahsiah dan personaliti.
(h) Graduan yang berketrampilan dan memiliki daya komunikasi berkesan.
(i) Graduan yang kreatif.
(j) Graduan yang mempunyai petriotisme dan kemasyarakatan.
(k) Graduan yang mempunyai daya keusahawanan.
(l) Graduan yang berilmu, berakhlak, amanah dan istiqamah.
Pengstrukturan Semula Kurikulum
4.3 Pihak institusi pengajian tinggi perlu menstrukturan semula kurikulum yang
sedia ada supaya sejajar dengan kehendak industri dan pasaran tenaga kerja.
Secara tidak langsung ia akan memenuhi kehendak sertor pekerjaan dan lambakan
pengangguran tidak akan berlaku. Institusi pendidikan harus mengkaji semula
kurikulum setiap tiga hingga lima tahun. Program akademik disusun semula bagi
membolehkan pelajar mengikuti pengajian dwi-pengkhususan, major-minor, dwi-
ijazah dan ijazah anugerah bersama.
4.4 Kurikulum yang dibentuk mesti menerapkan nilai-nilai murni yang menjadi
tunggak kepada melahirkan modal insan yang berfikiran kreatif dan kritis. Dengan
ini graduan yang dihasilkan dapat mampu memenuhi kuota/peluang pekerjaan
yang disediakan. Sistem pendidikan di negara ini perlu memberi tumpuan terhadap
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada pelajar.
Pengetahuan dan kemahiran merupakan sebahagian daripada modal insan dan
tanpanya sukar bagi umat Islam untuk mencapai sebarang matlamat. Untuk
menjadi umat yang dihormati di seluruh dunia, kita perlu menambah nilai terhadap
apa jua yang kita laksanakan. Dalam era globalisasi pada hari ini, didapati subjek
mengenai globalisasi itu sendiri perlu disentuh dalam setiap kurikulum.
9. 9
Hubungan Dengan Industri
4.5 Institut pengajian tinggi perlu mewujudkan kerjasama dengan syarikat-
syarikat industri dari segi bidang teknologi yang ada di industri tersebut
dikembangkan atau didedahkan kepada pelajar. Pendedahan ini adalah dengan
mengadakan kursus dalaman daripada syarikat tersebut kepada pelajar dan
pendidik, pihak syarikat mengajar topik yang berkaitan dengan industri yang mana
ianya terdapat didalam sukatan kursus dan menghantar pelajar untuk menjalankan
latihan industri di syarikat berkenaan. Pendedahan yang diberikan ini secara tidak
langsung akan mengeratkan sistem pendidikan dengan industri dan mendedahkan
kemahiran teknologi secara terus kepada pelajar selain daripada teori yang
dipelajari di institusi. Perkembangan ini akan mencetuskan idea-idea di fikiran
pelajar bagi menghasilkan ciptaan canggih dan berteknologi sejajar dengan
Malaysia ke arah sebuah negara maju.
Aktiviti Kokurikulum dan Sukan
4.6 Aktiviti kokurikulum dapat melahirkan insan yang sihat tubuh badannya,
mental dan fizikalnya. Modal insan dapan diwujudkan melalui aktiviti kokurikulum
ini. Pembentukan pasukan misalnya akan dapat menjana kerjasama berpasukan,
“decision making”, disiplin serta kepimpinan di kalangan pelajar. Melalui aktiviti
sukan dapat melahirkan semangat kekitaan kerana pelajar akan dipupuk dengan
semangat kesukanan yang tinggi, mempunyai semangat sabar, bertolak ansur,
bertoleransi dan bersatu padu. Penglibatan aktif pelajar dalm aktiviti kokurikulum
dan sukan mambantu menyediakan pendidikan yang holistik dari segi :
(a) Meningkatkan perkembangan kemahiran sosial pelajar dan seterusnya
mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar.
(b) Melengkapkan pelajar denga sifat-sifat kecemerlangan diri seperti
kepimpinan, daya saing, jati diri, kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan daya
tahan.
(c) Meningkatkan tahap disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan
nilai-nilai murni dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.
(d) Mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, minat dan bakat
pelajar dalam berbagai bidang.
(e) Mencungkil bakat dan potensi pelajar.
10. 10
(f) Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.
Hubungan Dengan Masyarakat
4.7 Selain daripada apa yang telah dinyatakan di atas, hubungan pelajar dengan
masyarakat amat penting bagi melahirkan graduan yang mempunyai minda kelas
pertama. Dewasa ini, hubungan pelajar dengan masyarakat amat kurang yang
menyebabkan gejala-gejala sosial begitu menular seperti merompak, mencuri,
merempit dan membunuh. Institusi pengajian tinggi juga memainkan peranan yang
penting untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat melalui
program-program kemasyarakatan seperti gotong-royong, program anak angkat
dan meningkat pembelajaran anak-anak kampung. Semua program ini akan
meningkatkan kreativiti minda, komunikasi dan kemasyarakatan yang kuat dalam
diri pelajar dan secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian anak-anak
kampung dari segi pendidikan. Hubungan seperti ini amat penting bagi melahirkan
sebuah negara yang aman dan damai, kasih sayang dan hormat menghormati.
Keagamaan
4.8 Penerapan nilai-nilai agama didalam setiap proses pengajaran dan
pembelajaran dan segala bentuk aktiviti yang dijalankan penting. Penerapan ini
secara tidak langsung akan membentuk diri pelajar supaya menjadi insan yang
baik, cemerlang dan gemilang. Ahli psikologi menyatakan bahawa ’generasi muda
terdiri daripada mereka yang sedang dalam proses pembinaan diri termasuk
sahsiah dan keperibadian’. Dalam peringkat ini, seseorang itu mengalami
perubahan peribadi yang benar-benar mencabar sama ada dari aspek mental,
fizikal mahu pun emosi. Pembinaan sahsiah diri banyak membabitkan soal mental
dan emosi. Kerana itu, kejayaan sahsiah yang unggul sebagai benteng yang
ampuh dari sebarang permasalahan sosial, banyak bergantung kepada pembinaan
emosi dan mentaliti yang unggul.
4.9 Penghayatan terhadap agama adalah jawapan yang terbaik bagi menangani
segala ancaman berkaitan permasalahan sosial generasi muda hari ini. Sama ada
agama mempunyai peranan atau tidak untuk memartabatkan seseorang, ia
bergantung kepada individu itu sebagai penganut agama dan peranan yang
diberikan kepada agama serta perspektif individu tersebut terhadap agama. Agama
11. 11
merupakan pagangan hidup dan kepercayaan, himpunan sejumlah prinsip dan
peraturan yang memerlukan penghayatan. Walaupun agama mempunyai prinsip
dan peraturan yang baik dan elok, ia tidak akan bermakna dan mendatangkan
manfaat sekiranya ia tidak dihayati dan diamalkan.
4.10 Agama islam telah menentukan hala tuju yang perlu dimainkan oleh individu
dan masyarakat agar dapat membentuk insan yang seimbang dalam aspek
jasmani, rohani dan intelek. Islam memandang bahawa kehadiran agama adalah
bertujuan untuk mengubah diri individu dari kegelapan kepada cahaya.
5.0 KESIMPULAN
5.1 Pembangunan modal insan merupakan satu daripada teras utama
pembangunan seperti yang termaktub dalam Misi Nasional. Tumpuan yang lebih
besar akan diberikan kepada usaha membangunkan modal insan yang holistik
yang dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai
moral dan etika yang utuh. Memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada,
disamping menambah nilai dari semasa ke semasa dan ditambah pula denga sikap
yang sentiasa positif dalam melaksanakan amanah. Inilah strategi yang terbaik
dalam membina minda kelas pertama. Sifat keintegritian individu yang lebih akan
memudahkan melaksanakan tugas dengan tangkas, tepat dan menjamin
keberhasilan yang berkualiti.
5.2 Pertumbuhan ekonomi negara amat bergantung kepada modal insan
terutamanya dalam proses Malaysia mencapai status negara maju. Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ke-9, kejayaan Misi Nasional dan seterusnya Wawasan 2020
amat bergantung kepada modal insan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan
kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan tidak ada pihak
yang tercicir dari sistem pendidikan dan setiap pelajar yang melalui sistem ini
bukan sahaja dapat memenuhi kehendak pasaran dalam negara malah kehendak
peringkat antarabangsa. Menyedari kepentingan ini, Kementerian Pengajian Tinggi
akan terus berusaha menggembeleng tenaga dengan pelbagai pihak yang
berkepentingan untuk membangunkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai
kecemerlangan akademik tetapi memiliki nilai-nilai insaniah yang tinggi.
12. 12
5.3 Sistem pendidikan memainkan peranan yang utama melahirkan graduan
yang mempunyai modal insan dengan minda kelas pertama. Setiap bahagian
terlibat dalam menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama iaitu ia
bermula dari ibubapa, pendidikan pra-sekolah, pengajian rendah, pengajian
menengah dan pengajian di institusi pengajian tinggi. Pihak kerajaan adalah
tunggak bagi memastikan bahawa sistem pendidikan negara dapat memenuhi ciri-
ciri dalam melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama. Dalam menuju ke
arah globalisasi ini, faktor menerapkan nilai-nilai keagamaan juga perlu dimasukkan
dalam sistem pendidikan.
5.4 Secara kesimpulannya, pembentukkan modal insan adalah amat penting
bagi mewujudkan individu, masyarakat dan negara yang baik, aman dan damai.
Kearah ini , golongan pendidik memainkan peranan yang utama bagi melahirkan
pelajar/garaduan yang mempunyai minda kelas pertama dan ia memerlukan
sokongan dari semua lapisan masyarakat tidak mengira agama atau bangsa.
13. 13
SENARAI RUJUKAN
1. Koleksi ucapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (2006). ”Pembangunan
Modal Insan”. Kuala Lumpur : Institut Tadbir Awam Negara.
2. Bahan internet :
(a) ”Membentuk Mahasiswa Kelas Pertama: Tanggungjawab dan
Cabaran” oleh Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar. Timbalan Mufti Negeri
Selangor.
(b) ”Strategi Pelaksanaan bagi Membangunkan Modal insan”
(c) ”Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Pembangunan Modal
Insan Dalam Gerakan Koperasi Di Malaysia oleh Mohd Safaai Said,
Maktab Kerjasama Malaysia, Cawangan Sabah.
(d) ”Strategi Membina Modal Insan Kelas Pertama Dalam Perkhidmatan
Awam” oleh Zakaria Ahmad.
(e) ”Tugas Guru dalam Merencana Modal Insan” oleh Ruzain Syukur
Mansor.
(f) ”Lonjakan Pengajian Tinggi Sepanjang Kepimpinan Pak Lah” oleh
Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang : Artikel Berita Harian. Siap 4/2/08. Siar
11/2/08.
(g) ”Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 : Bab 5
membangunkan Modal Insan”.
(h) ”Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010”.