2. KEPENTINGAN MENANGANI STRES
DENGAN BIJAK
• Stres yang berpanjangan akan menyebabkan:
– emosi yang keterlaluan (marah. Sedih dsb),
– jiwa memberontak,
– bersifat agresif dan kasar,
– sentiasa murung dan terdorong untuk membunuh
diri.
• Kemarahan yang tidak dikawal akan memudaratkan
diri dan masyarakat.
• Islam mempunyai cara tersendiri untuk
membantu manusia menghadapi tekanan
perasaan dan kemarahan.
2
3. APA ITU STRES???
• Tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan
mental terhadap semua masalah yang dihadapi dalam
hidup.
Contoh:-
Tindak balas fizikal rasa lapar, badan menggigil
Tindak balas emosi diejek oleh kawan, rasa marah, bergaduh
Tindak balas mental gagal dalam peperiksaan, rasa diri bodoh,
membunuh diri
3
4. APA ITU EMOSI???
• Perasaan yang ada pada manusia hasil tindak balas
seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan
peristiwa yang berlaku:
Contoh:
Emosi positif Gembira, sayang, cinta, tenang.
Emosi negatif Cemburu, sedih, marah, benci,
dengki, takut, keluh kesah,keliru.
4
6. Lukiskan wajah anda
mengikut emosi atau
perasaan yang dinyatakan.
Bilakah kali terakhir anda
mempunyai perasaan
tersebut?
Kenapa?
6
7. BAGAIMANA STRES
BERLAKU?
• Tekanan emosi atau tekanan perasaan
yang berlaku akibat peristiwa,
pengalaman atau bebanan tugas yang di
luar kemampuan seseorang.
• Seseorang tidak mampu menanggung
bebanan perasaan yang melanda akibat
sesuatu peristiwa yang berlaku,
bebanan kerja yang banyak, dan dia
tidak dapat menyesuaikan dirinya
dengan situasi tersebut.
7
8. APA TINDAKAN TERBAIK
MENANGANI STRES?
Jadilah seorang yang
POSITIF
“Berfikir Secara Positif,
Bertindak Secara Positif…
Dan kembali kepada Allah”
8
11. STRES MENGIKUT PANDANGAN
ISLAM
• Stres adalah lumrah dalam kehidupan.
• Stres adalah kecelaruan hati yang berpunca daripada
hati yang lemah.
• Hati yang lemah akan menjadikan kita jauh daripada
Allah dan mudah dipengaruhi oleh syaitan.
• Dan syaitan akan terus meniupkan api stres kepada
kita yang lalai daripada mengingati Allah setiap masa.
11
12. Orang yang stres dan
jiwa tertekan, dirinya
bagai diseliputi api
yang menyala.
12
13. Orang yang stres
dan jiwa tertekan,
syaitanlah yang akan
menungganginya.
13
14. STRES MENGIKUT PANDANGAN
ISLAM
• Stres dan sebarang bentuk tekanan adalah suatu ujian
daripada Allah. Allah menguji manusia untuk
menentukan tahap keimanan, kesabaran dan
kemampuan yang dimiliki oleh manusia.
“Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan
(saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar
dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut: 1 – 3)
14
15. STRES MENGIKUT
PANDANGAN ISLAM
• Segala ujian atau tekanan yang berlaku itu adalah bertujuan
untuk menghapuskan dosa.
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah
disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah
memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(As-Syura: 30)
• Ujian yang berlaku juga adalah tanda Allah cinta kepada hamba-
Nya. Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Barang siapa dikehendaki allah baginya kebaikan, maka
akan diberikan cubaan padanya.”
– Riwayat Al-Bukhari -
15
16. CONTOH STRES YANG DIHADAPI
OLEH NABI & RASUL
• Nabi Muhammad SAW:
Nabi Muhammad s.a.w yang mengalami tekanan
emosi disebabkan persekitaran masyarakat
yang tidak baik terhadap dakwah yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah
dilemparkan dengan pelbagai ejekan yang
menyakitkan hati.
“Dan sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa dada engkau menjadi
sesak disebabkan ucapan mereka. Maka bertasbihlah dengan memuji
Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat).
Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).”
(Al-Hijr: 97-99)
16
17. CONTOH STRES YANG DIHADAPI
OLEH NABI & RASUL
• Nabi Isa AS:
Maryam, ibu Nabi Isa yang dicemuh oleh
masyarakatnya kerana hamil tanpa melalui
proses perkahwinan.
“Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan
kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan
anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata:
"Aduhai, alangkah baiknya Aku mati sebelum ini, dan Aku menjadi
barang yang tidak bererti, lagi dilupakan“. Maka Jibril menyerunya dari
tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, Sesungguhnya
Tuhanmu Telah menjadikan anak sungai di bawahmu.”
(Surah Maryam: 23 – 25)
17
18. CONTOH STRES YANG DIHADAPI
OLEH NABI & RASUL
• Nabi Musa AS:
Nabi Musa yang terpaksa menghanyutkan bayi
lelakinya ke dalam sungai bagi mengelakkan
dibunuh oleh Firaun:
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu
khuatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah
kamu khuatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Kerana Sesungguhnya
Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah
seorang) dari para rasul.” – (Surah al-Qasas: 7)
18
19. CONTOH STRES YANG DIHADAPI
OLEH NABI & RASUL
• Nabi Yaakob & Nabi Yusuf AS:
Nabi Yaakob, ketika beliau kehilangan Yusuf
anak yang disayanginya. Nabi Yaakob ketika itu
hidup dalam keadaan bersedih hati dan murung
sehingga badannya menjadi lemah dan tidak
bermaya.
“Dan Yaakob berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata:
"Aduhai duka citaku terhadap Yusuf", dan kedua matanya menjadi putih
Kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya
(terhadap anak-anaknya).” - (Surah Yusuf: 84)
19
20. PUNCA-PUNCA STRES
Selalu ingin
Terlalu teliti
menang & tidak
(perfectionist)
suka kalah.
FAKTOR SIFAT
SEMULAJADI
(PERIBADI)
Suka mendesak dan Tidak senang hati
menekan orang lain dengan kelebihan
agar keinginan diri orang lain.
sendiri dipenuhi.
20
21. PUNCA-PUNCA STRES
Risau yang Tidak suka
keterlaluan. ditegur.
FAKTOR SIFAT
SEMULAJADI
(PERIBADI)
Suka menimbulkan Suka berdendam,
permusuhan. bersangka buruk
dan hasad dengki.
21
22. PUNCA-PUNCA STRES
Terlalu banyak keputusan perlu
Tanggungjawab terlalu banyak dan dibuat.
pekerjaan yang kurang sesuai Pelbagai persoalan datang secara
dengan kemampuan dan kebolehan serentak dan keputusan perlu
diri. dibuat segera.
FAKTOR TUGAS &
TANGGUNGJAWAB
Pengharapan yang tinggi daripada Tidak dapat menguruskan tugas &
ibu bapa, guru & masyarakat. tanggungjawab dengan sempurna
kerana halangan dalaman dan luaran.
22
23. “Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di
muka bumi." Mereka berkata:
"Mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi
itu orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal
kami sentiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan
mensucikan Engkau?"
Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui.“
(Al-Baqarah: 30)
23
24. PUNCA-PUNCA STRES
• Ibu bapa sering bertengkar
FAKTOR di rumah.
SUASANA & • Kawasan kejiranan yang
TEMPAT bising dan banyak berlaku
kemungkaran.
• Tidak mampu berfikir
FAKTOR ILMU
dengan baik kerana jahil
& PENDIDIKAN
dan malu bertanya.
24
25. PUNCA-PUNCA STRES
MASALAH HUBUNGAN DENGAN
ALLAH
• Tidak menunaikan hak Allah – iaitu
melaksanakan segala suruhanNya dan
meninggalkan segala laranganNya.
• Sering melakukan maksiat – hati tidak
tenang.
• Tidak berdoa memohon hidayah.
25
26. PUNCA-PUNCA STRES
RAKAN SEBAYA DI SEKOLAH
Berkawan dengan rakan-rakan yang Tiada komunikasi yang baik antara
terlibat dengan penagihan dadah, murid dengan guru.
gangsterism, membuli dan ponteng
sekolah. Guru tidak profesional.
MASALAH
HUBUNGAN
SESAMA MANUSIA
DI RUMAH MASYARAKAT
Ibu bapa sering bertengkar di hadapan Berlaku penindasan dan kezaliman
anak-anak. kerana mengejar harta dan pangkat,
Keadaan rumah yang tidak terurus. agar diri dipandang hebat dan berkuasa
26
30. KESAN-KESAN STRES
KESAN NEGATIF
• Emosi atau perasaan berubah secara tiba-tiba.
• Sukar untuk menyelesaikan masalah.
• Prestasi diri merosot.
• Kurang idea akibat sukar berfikir secara fokus.
• Mudah lupa kerana hilang tumpuan.
• Mudah dijangkiti penyakit – seperti lemah jantung, darah
tinggi, selsema, migrain.
• Sukar tidur.
• Selera bertambah atau berkurang.
• Berubah kelakuan.
30
31. KESAN-KESAN STRES
KESAN POSITIF
• Meningkatkan motivasi diri.
• Meningkatkan amalan dan
usaha .
• Merangsang individu
mempertahankan diri
daripada ancaman.
• Meningkatkan potensi diri.
31
34. PETUA MENANGANI STRES
1.
• Terima hakikat bahawa diri mengalami stres.
Kenal pasti tahap • Jika mampu, hilangkan stres dengan optimis.
tekanan dan Jika tidak mampu, kawal stres dengan sabar.
punca-puncanya.
• Kenal pasti kekuatan diri, percaya dan yakin bahawa
2. Allah berikan yang terbaik hanya untuk kita.
Muhasabah diri • Kenal pasti kelemahan diri, percaya bahawa kita
(menkoreksi diri dari hamba Allah yang lemah. Kita tidak dapat lari
segi kekuatan, daripada dosa dan silap.
kelemahan, • Kenal pasti ancaman terhadap diri, cuba elakkan.
ancaman & peluang) • Kenal pasti peluang yang ada, manfaatkanlah ia
sebaik yang mungkin.
34
35. JADUAL SWOT ”DIRI”
Cuba koreksi diri anda dengan seikhlasnya.
S Strengths / Kekuatan
W
Weaknesses / Kelemahan
• •
• •
• •
• •
• •
• •
• •
O
Opportunities / Peluang
T Threats / Ancaman
• •
• •
• •
• •
• •
• •
• •
35
36. 3. MENGURUS EMOSI DENGAN BIJAK DAN
BERHEMAH
a. • Jangan terlalu emosional.
Kenal pasti • Cuba bertenang dan berfikir
reaksi diri
ketika stres. secara rasional.
• Latih diri untuk ceria dan redha
b.
walaupun diuji.
Berlatih kawal • Sebutlah Inna lillahi wa inna ilahi
emosi. raji’un...
• Belajar memaafkan kesalahan orang,
c. kerana manusia tidak dapat lari
Buang sifat- daripada membuat kesilapan.
sifat negatif. • Jangan mudah buruk sangka kepada
orang lain.
36
37. 3. MENGURUS EMOSI DENGAN BIJAK DAN
BERHEMAH
• Tarik nafas dengan betul.
d. • Tarik nafas dengan kiraan tujuh,
Lepaskan emosi kemudian tahan nafas dengan kiraan
secara sihat. tujuh, akhirnya hembuskan nafas dengan
kiraan tujuh. – teknik Dr. HM Tuah -
e. • Pilihlah kawan yang boleh membawa kita
Berkawan dengan ke jalan Allah.
rakan yang • Jauhilah kawan yang boleh mempengaruhi
berakhlak terpuji. kita ke jalan mungkar dan kerosakan.
f. • Benci kepada maksiat dan kemungkaran.
Lahir perasaan • Marah apabila Islam dipermainkan.
atau emosi
berdasarkan iman, • Cemburu dengan ketinggian ilmu dan akhlak
bukan nafsu. orang lain.
37
38. PETUA MENANGANI STRES
• Orang yang tiada matlamat hidup yang jelas
akan mudah kecewa apabila stres. Dia
menganggap hidupnya hanya sia-sia dan
terburu-buru dalam mengambil keputusan.
• Orang yang matlamat hidupnya hanya
4. bersandarkan kepada material semata-
Kaji matlamat dan mata akan sanggup menjatuhkan maruah
diri demi mengejar harta dan kemewahan.
pegangan hidup.
• Apabila matlamat hidup kita semata-
semata kerana Allah, stres dianggap
sebagai ujian daripada Allah. Kesabaran
kita menghadapinya akan diberi ganjaran
oleh Allah.
38
39. MARI BINA MATLAMAT HIDUP
MATLAMAT HIDUPKU YANG UNGGUL!
Jangka Panjang • Mencari keredhaan Allah
Matlamat saya: ........................................................................
• Berjaya dalam
Jangka Pendek hidup.
Matlamat saya: ........................................................................
39
40. PETUA MENANGANI STRES
5. Menguatkan hubungan dengan
Allah.
• Berzikir.
• Bertaubat.
• Membaca Al-Quran serta memahami maknanya.
• Berdoa agar Allah dapat meringankan beban
tekanan perasaan yang dialami.
40
41. PETUA MENANGANI STRES
6. Menguatkan hubungan
sesama manusia.
• Menjalinkan silaturrahim.
• Sentiasa tolong-menolong dan bertolak ansur.
• Berbaik sangka, jangan mudah menuduh orang.
• Bersedia memaafkan orang lain dan mudah
meminta maaf.
• Mendamaikan pertelingkahan, bukannya
menjadi batu api.
41
42. PETUA MENANGANI STRES
• Aktiviti sukan yang sihat – jauhi
dadah, rokok.
7. Bersukan
• Meluangkan masa dengan hobi dan
dan beriadah
aktiviti yang bermanfaat – membaca,
memancing.
• Pilihlah orang yang amanah untuk
mendapatkan nasihat dan pandangan.
8. Meluahkan • Meluahkan perasaan kepada orang
perasaan yang sudi mendengar.
kepada orang • Allah adalah pendengar terbaik
yang kepada kita.
dipercayai. • Bermunajatlah kepadaNya dan
menangislah di hadapanNya, Allah
pasti ada bersama… 42
44. DOA MELINDUNGI DIRI
DARIPADA STRES
“Dan Katakanlah: "Ya Tuhanku Aku berlindung kepada
Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.
Dan Aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku, dari
kedatangan mereka kepadaku.”
(Al-Mukminunn: 97-98)
44