SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 85
PEMBANGUNAN EKONOMI
DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA




                                           1
Hasil Pembelajaran
• Menerangkan konsep modenisasi.
• Menghuraikan konsep dan proses
  pembangunan di Malaysia.
• Menjelaskan hubung kait antara
  pembangunan ekonomi dan hubungan etnik
  di Malaysia.



                                           2
Liputan Kuliah
BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS
  HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

4.1   PENGENALAN

4.2   KONSEP MODENISASI

4.3   MODENISASI MALAYSIA

4.4   ISU-ISU UTAMA EKONOMI

4.5   KESIMPULAN
                                            3
Pengenalan
• Hubungan timbal balik antara pembangunan
  ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

• Alat analisis :
   – modenisasi
   – pembangunan ekonomi
   – pembangunan politik




                                             4
KONSEP MODENISASI
• Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau
  perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

• Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara
  berencana atau tidak berencana.

• Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan) adalah
  suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran
  pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu
  perubahan dilaksanakan.

• Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu
  pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

                                                        5
Pembangunan Ekonomi:
   Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
• Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi untuk
  mencapai kemajuan dengan mewujudkan sebuah
  masyarakat industri.

• Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk
  pembangunan ekonomi ;
   –   Pembangunan teknologi : tradisional - saintifik dan canggih.
   –   Pembangunan pertanian : sara diri - komersial
   –   Industrialisasi : produksi secara besar-besaran.
   –   Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.



                                                                      6
Pembangunan Ekonomi:
      Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

• Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi
  adalah pertumbuhan yang lazimnya diukur
  dengan ukuran ekonomi seperti GNP (gross
  national product).

• Proses pembangunan ekonomi akan membawa
  kepada perubahan sosial yang menyeluruh
  kepada masyarakat, iaitu, daripada kehidupan
  yang bersifat tradisional, miskin atau mundur
  kepada kehidupan maju dan moden.

                                                  7
Modenisasi Di Eropah:
 Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian


• Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal
  hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat
  daripada dua revolusi besar :
   – Revolusi Perancis (politik feudal)
   – Revolusi Industri (ekonomi).


• Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke
  dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

                                                   8
9
Modenisasi Di Eropah:
   Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
• Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada
  dua sudut :

   – Sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman
     tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya
     melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan
     sosial.

   – Sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk kepada
     kemajuan yang dicapai di Eropah Barat.


                                                          10
Sudut falsafah
• Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh
  dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat.

• Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa
  perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat
  moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, sehingga
  dapat diramalkan.

• Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut :
   – Bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan
     manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
   – Bersifat banyak hala (multilinear).
                                                                 11
Sudut praktikal
• Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya
  kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya
  mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan
  alam sekitar.

• Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat
  di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam
  sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan.

• Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

                                                      12
Matlamat modenisasi
             di Eropah Barat
• Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.

• Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi
  sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.

• Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara
  untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran
  negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah
  perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan
  ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

                                                          13
14
‘Penjajahan’
Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan
                    Eropah
•   Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan
    tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat.

•   Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai
    alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan
    kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan.

•   Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan
    penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia.

•   Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan
    pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran
    secara berterusan.

                                                                       15
‘Penjajahan’
               Sebagai Saluran Utama Pemodenan
                     Wilayah Bukan Eropah
•   Dalam proses jual beli dan pertukaran barang, pedagang dan
    penjajah Eropah Barat mula menyusun ekonomi dunia, dengan
    daerah jajahan mempunyai peranan sebagai pengeluar bahan
    mentah.

•   Negara Eropah Barat pula berperanan memproses bahan mentah
    tersebut menjadi barangan industri, bahan makanan dan pakaian
    untuk dijual kepada masyarakat di Eropah Barat dan negara-negara
    lain termasuk di tanah jajahan.

•   Pada skala dunia, pola ekonomi dunia yang dibentuk ini dapat
    disebut sebagai pembahagian kerja kolonial atau internasional.




                                                                     16
‘Penjajahan’
               Sebagai Saluran Utama Pemodenan
                     Wilayah Bukan Eropah
•   Ketika industrialisasi Eropah Barat mencapai tahap kematangan
    pada abad ke-19, keperluan terhadap komoditi lama dan baru
    semakin meningkat sehingga memerlukan peningkatan hasil di
    wilayah jajahan.
•   Sehubungan itu, penjajah Eropah Barat telah membawa buruh dari
    wilayah yang berpenduduk ramai bekerja demi memenuhi
    keperluan industri di Eropah Barat.
•   Perkembangan ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial dan
    politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah.
•   Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan
    kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti
    yang dikemukakan oleh
     – teori imperialisme - Lenin,
     – teori pergantungan - Paul Baran
     – teori dependency - Andre Gunder Frank.
                                                                  17
‘Penjajahan’
              Sebagai Saluran Utama Pemodenan
                    Wilayah Bukan Eropah
•   Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai
    “ketinggalan”.

•   Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju
    dan moden.

•   Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat
    bukan Eropah Barat yang “ketinggalan” harus mencontohi
    organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat.

•   Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau
    mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat
    Eropah Barat dianggap sebagai “underdevelopment”.


                                                                       18
Luar Eropah:
  ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah
  Barat telah menjadi model atau contoh bagi
  pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara
  membangun.

• Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya
  tidak sama:
   – Pemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua aspek
     kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan
     penilaian.
   – Pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah
     Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara
     berencana.

                                                               19
Luar Eropah:
           ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
•   Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah Barat
    menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan
    negara.

•   Ada dua aspek utama yang ditiru :
     – Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik.
     – Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi.

•   Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem yang ada
    dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan mempunyai struktur
    baru namun masih mengekalkan model Eropah Barat atau model
    Barat.




                                                                           20
Luar Eropah:
          ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh
  perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada
  falsafah evolusi (suatu proses yang bersifat sehala).
• Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan
  membezakan antara masyarakat tradisional dengan
  moden.
• Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya
  nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan
  unsur moden.
• Termasuk dalam perspektif ini adalah :
   – teori ideal typical index - Rostow, Hoselitz dan Nash (1963),
   – teori difusi - Moore dan Feldman.
                                                                     21
Luar Eropah:
           ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
•   Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang bersifat
    universal pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negara-
    negara baru merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan
    mengejar pembangunan.

•   PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan
    perspektif modenisasi kerana negara baru mendapat bantuan
    pinjaman kewangan dan nasihat daripada Bank Dunia atau Dana
    Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF) bagi
    melaksanakan pembangunan.

•   Bank Dunia dan IMF turut menyebarkan idea ‘projek
    pembangunan’, mempengaruhi negara membangun supaya meniru
    dan mengguna pakai model pembangunan industri dan teknologi
    Barat yang berintensifkan modal.
                                                                     22
Luar Eropah:
        ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang
  terarah, mungkin dalam bentuk :
   – mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang
     bersifat agama kepada sekular),
   – dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar
     bandar kepada masyarakat bandar),
   – dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga
     jentera untuk melaksanakan proses produksi).


• Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan sosial
  dan pertumbuhan ekonomi yang terancang yang
  dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

                                                                   23
Luar Eropah:
           ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
•   Kemunculan negara-negara baru di pertengahan abad ke-20,
    pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi antarabangsa.

•   Ketika itu, pemodenan dijadikan satu usaha pada peringkat
    antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan Eropah Barat
    ke dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat dengan cara
    meningkatkan taraf kehidupan mereka.

•   Sesebuah negara bangsa diikutsertakan ke dalam hubungan
    peringkat antarabangsa atau global.

•   Sesebuah negara-bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial dan
    teknikal sebagai imbalan ke atas hubungan ekonomi mereka dengan
    negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma global.


                                                                        24
Luar Eropah:
         ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
•   Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana
    dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia
    memasuki ‘zaman peradaban global’.

•   Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang
    menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama:
    –   Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi
        yang secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di
        dunia.
    –   Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang
        diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi.
    –   Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk
        pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di daerah
        bukan-industri.
                                                                  25
Luar Eropah:
        ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan
  ekonomi global adalah golongan kapitalis.

• Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan
  dirinya melampaui batas negara dengan cara
   – mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi.
   – mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran
     kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta
     yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara
     jarak jauh.


• Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan
  proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran
  kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan
  ekonomi antarabangsa.                                        26
Luar Eropah:
           ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
•   Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara
    baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga
    akhirnya dinamakan sebagai globalisasi.

•   Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak
    menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan.

     – Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah PBB,
       yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik berjalan
       di seluruh dunia.

     – Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah
       golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations
       (MNC) atau transnational corporations.

                                                                      27
Luar Eropah:
           ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
•   Berbagai strategi diambil oleh negara membangun untuk mengejar
    pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun semula
    ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dengan meniru
    model pembangunan industri dari Eropah Barat.

•   Bagi negara membangun yang menganggotai dan mendapat
    pinjaman daripada Bank Dunia, mekanisma perancangan biasanya
    diperolehi pada Bank Dunia.

•   Langkah-langkah yang biasanya diusulkan oleh Bank Dunia kepada
    negara membangun :
     – melaksanakan reformasi tanah,
     – meningkatkan infrastruktur,
     – meningkatkan taraf pendidikan,
     – meningkatkan pelaburan awam,
     – melaksanakan industrialisasi gantian import (Import-Substitution
       Industrializaiton)
     – Melaksanakan industrialisasi orientasi eksport (Export Oriented    28
Luar Eropah:
        ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pengalaman di negara-negara membangun
  memperlihatkan bahawa pemodenan dan pembangunan
  ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah
  menjadi model atau contoh untuk mengorak langkah ke
  arah pemodenan.

• Lazimnya, dengan bantuan agensi antarabangsa, proses
  pemodenan ekonomi dijalankan secara berencana dan
  langkah-langkah yang diambil pula disesuaikan dengan
  keadaan di dalam negara tersebut.


                                                         29
• AKTIVITI 4.1
• Pada pendapat anda, bagaimanakah
  pemodenan dikaitkan dengan revolusi
  perindustrian di Eropah?
• Adakah anda bersetuju bahawa setiap
  ekonomi mempunyai unsur-unsur ekonomi
  campuran? Bincangkan.
                                      30
MODENISASI DI MALAYSIA
• Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan
  kehadiran kolonial Inggeris.

• Sebagaimana negara ’baru’ yang lahir setelah Perang
  Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan
  pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.

• Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan
  kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan
  pelbagai perubahan dan penyesuaian.

                                                         31
Komponen Ekonomi:
    Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan
                   Dan Peningkatan Kualiti Hidup
•    Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat
     pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat
     industri.

•    Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan
     ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur
     ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

•    Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi
     mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan
     daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan
     eksport.

•    Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian
     kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

                                                                        32
Komponen Politik:
      Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian
          Pencapaian Dasar Awam; Integrasi Nasional
•   Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai
    kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar
    (KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9 % terutama pada tahun 1980-an
    dan 1990-an.

•   Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya
    diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran
    peningkatan indeks kualiti hidup, berdasarkan penurunan kadar
    kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

•   Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah negara-
    bangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada gabungan daerah
    yang berbeza, gabungan ’bangsa’ yang berbeza, gabungan ’kerajaan’ yang
    berbeza, isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting. Menjadi
    impian atau sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu
    bangsa yang aman dan makmur.


                                                                           33
Hubungan Etnik
       dalam konteks Modenisasi Malaysia
•   Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi
    Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial,
    khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah,
    buruh, modal).

•   Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk
    membangunkan ekonomi negara mereka.

•   Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya untuk
    kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan
    pembinaan negara-bangsa.

•   Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau pembangunan
    ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.


                                                                     34
Acuan Ekonomi Malaysia:
          Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
•   Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui
    pengalaman dijajah kolonial Inggeris.

•   Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti
    getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di
    Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah.

•   Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks
    lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian
    landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung
    keperluan aktiviti import-eksport.

•   Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour
    mengikut kumpulan etnik.

•   Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal
    kaum Cina dan sebagainya.
                                                                            35
Acuan Ekonomi Malaysia:
    Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti

• Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi
  Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus
  bertahan hingga saat ini.

• Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara
  yang saling mempengaruhi dan tidak dapat
  dipisahkan antara satu sama lain dalam
  kehidupan di Malaysia.


                                                    36
Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
              Demografi, Politik dan Ekonomi
•   Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik
    yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.

•   Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38
    juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000.

•   Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000
    menunjukkan :
     –   Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus.
     –   Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus.
     –   Etnik India sebanyak 7.7 peratus
     –   Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan Sarawak.


                                                                               37
Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
              Demografi, Politik dan Ekonomi
•   Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya
    dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara
    umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah
    undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya.

•   Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang
    kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina
    mengalami kemerosotan.

•   Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan
    etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.

•   Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak
    hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait
    dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.



                                                                                   38
Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
             Demografi, Politik dan Ekonomi
•   Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek
    demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut
    majoriti dalam bidang yang lain.

•   Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi
    majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan
    oleh kuantiti hak milik kekayaan.

•   Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak
    milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Perkara
    ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan
    agihan ekonomi berdasarkan etnik.




                                                                        39
• Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca
  berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam
  tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan
  telah berupaya menjalankan dasar yang
  mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap
  etnik yang ada di Malaysia.

• Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan
  pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia
  salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek
  keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak
  dilupakan.


                                                      40
AKTIVITI 4.2
• Pada pendapat anda, apakah peranan yang
  dimainkan oleh kerajaan dalam ekonomi
  Malaysia?
• Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh
  kerajaan untuk memastikan sistem ekonomi
  berjalan dengan cekap dan adil demi
  keteguhan dalam hubungan etnik di
  Malaysia ?.
•
•                                               41
Perancangan Pembangunan
                 Lima Tahun
•   Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris
    mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah
    Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi
    fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi.

•   Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya
    dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union.

•   Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya memperkenalkan
    institusi ’perancangan pembangunan’ di Persekutuan Tanah Melayu.

•   Dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang
    dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall
    Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh Eropah dengan
    biayaan Amerika Syarikat, dan dengan naungan Pertubuhan Bangsa-
    Bangsa Bersatu serta beberapa pertubuhan kecil di dalamnya ketika
    itu.
                                                                        42
Perancangan Pembangunan
                     Lima Tahun
•   Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama
    Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama

•   Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi perancangan moden, suatu
    institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah
    Melayu dan seterusnya Malaysia

•   First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan
    tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri melalui
    pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun 1955 dan kemudiannya
    melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

•   Second Five – Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh
    pimpinan tempatan.

•   Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu
    merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial Inggeris, namun daripada segi tujuan,
    matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.




                                                                                                  43
Perancangan Pembangunan
                        Lima Tahun
•   Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan pembangunan yang
    menekan usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia.
•   Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan pembangunan yang
    menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara
    sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.
•   Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang
    melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua.
•   Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
    dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) merupakan rancangan pembangunan
    yang menitik beratkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar
    penswastaan.
•   Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-
    2005) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-ekonomi.
•   Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan tidak hanya
    kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi perhatian kepada isu
    pembangunan manusia atau disebut sebagai ‘modal insan.’
•   Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)



                                                                                44
45
Dasar-Dasar Awam:
          Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
•   Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi sudah
    diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian
    masih diutamakan.

•   Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang
    bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan
    kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA.

•   Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi
    perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur
    dan Dasar Penswastaan.

•   Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini, beberapa
    strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang
    berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi.

•   Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak
    kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah
    direncanakan dalam Rancangan Malaysia.
                                                                                 46
ISU-ISU UTAMA EKONOMI
• Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan
  ekonomi berkait rapat dengan isu sosial
  terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan
  agihan pendapatan menurut golongan etnik.

• Beberapa isu penting :
   – Antara Pertumbuhan dan Agihan
   – Antara Equality dan Equity



                                                 47
Antara Pertumbuhan dan Agihan
• Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat
  dilihat dua sudut,
   – antara kelas sosial yang berbeza.
   – antara kelompok etnik yang berbeza.


• Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang
  berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu
  yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi
  Baru.


                                                 48
Antara Equality dan Equity
• Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan
  di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh
  Perlembagaan Malaysia.

• Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia
  menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di
  sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan
  yang sama rata di sisi undang-undang.




                                                        49
Antara Equality dan Equity
• Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah
  pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan
  kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di
  Malaysia dengan meninjau semula Fasal (153) yang
  berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu
  dan bumiputera.

• Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya
  mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang
  dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan
  Malaysia menyatakan: “kecuali sebagaimana dibenarkan
  dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh
  ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata
  oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir
  atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau
  dalam pekerjaan”.                                     50
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
              dan Hubungan Etnik
•   Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris
    menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah bandar
    dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi
    antara kelompok etnik.

•   Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal (8) Perkara (2)
    Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman yang dialami semasa peristiwa
    13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang
    kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi
    mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok etnik lain.

•   Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3% daripada semua
    keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis
    miskin. Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di
    kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.




                                                                            51
Kadar Kemiskinan     Pendapatan Purata Keluarga
 Kaum
                  (% )                 Sebulan (RM)

Melayu            64.8                       172.00

Cina              26.0                       392.00

India             39.2                       304.00


Lain-lain         44.8                       813.00


             Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970
                                                         52
Pemilikan           Jumlah Pemilikan    %
                                ( RM Juta )
Bumiputera Perseorangan dan
  Agensi Amanah                    279.6          4.3

a. Bumiputera Perseorangan         168.7          2.6
b. Agensi Amanah                   110.9          1.7
Bukan Bumiputera                   2233.2        34.0
Warganegara Asing                  4051.3        61.7
Jumlah                             6564.1        100.0


     Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970
                                                         53
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
                dan Hubungan Etnik
•   Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan
    mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan.

•   Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi
    67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah
    11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.

•   Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah 58.7
    %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan lain-
    lain kelompok sebanyak 0.7 %.

•   Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan,
    pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %, etnik Cina
    45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %.




                                                                              54
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
            dan Hubungan Etnik
• Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab
  utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga
  mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

• Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial
  ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu
  pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
  negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada
  1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.

• Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang
  diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan
  masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik
  agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.
                                                        55
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
            dan Hubungan Etnik
• Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
   – mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
     dengan memperbanyakkan peluang-peluang
     pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
   – menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan
     dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
     mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

• Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan
  harta dengan meningkatkan pemilikan saham
  Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 %
  menjelang tahun 1990.


                                                         56
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
                        dan Hubungan Etnik
•    Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosia,l ekonomi dan
     projek pembangunan :
    – Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
        menganggur.
    – Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
    – Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang
        rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
    – Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelopmpok
        etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
    – Memodenkan kehidupan di luar bandar.
    – Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
    – Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi
        kelompok etnik di Malaysia.
    – Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
        latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-
        lain.


                                                                       57
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
                    dan Hubungan Etnik
•   Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:
    –   Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin
        melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
    –   Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
        tenaga.
    –   Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia dalam
        pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
    –   Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
        kalangan orang Melayu dan golongan Bumiputera supaya dapat
        membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
    –   Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank
        Bumiputera, Amanah Saham Nasional.
    –   Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
        pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan
        sebagainya.

                                                                             58
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
                dan Hubungan Etnik
•   Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan
    melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
    masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.

•   Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak
    kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga
    dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.

•   Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 %
    pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan
    saham.

•   Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi
    Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.




                                                                          59
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
               Bahasa, Sains dan Ekonomi
•   Antara masalah utama dihadapi oleh negara yang mempunyai berbilang
    etnik seperti Malaysia adalah menentukan bahasa kebangsaan.

•   Bahasa kebangsaan penting dalam konteks pembinaan negara-bangsa
    kerana ia berkait dengan persoalan ideologi, nasionalisme, integrasi
    nasional, dan identiti nasional.

•   Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi yang diharap dapat menjadi
    pemangkin kepada pembangunan negara.

•   Dalam hal ini, kerajaan Malaysia melihat pendidikan sebagai salah satu alat
    untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan politik.

•   Adalah diharap bahasa kebangsaan dapat menjadi satu medium komunikasi
    yang memupuk perpaduan nasional. Melalui pendidikan juga, diharapkan
    golongan Bumiputera dapat meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.


                                                                              60
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
             Bahasa, Sains dan Ekonomi
•   Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
    dicurigai oleh sesetengah golongan, terutama dalam tahun-tahun
    60-an.

•   Terdapat pihak yang khuatir dasar tersebut boleh menghakis dan
    seterusnya menghapuskan bahasa, budaya dan kepentingan
    pendidikan kelompok bukan Melayu.

•   Golongan elit yang terdidik dan terbiasa berbahasa Inggeris pula
    khuatir pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan akan menyebabkan
    prestasi pentadbiran negara dan sistem pendidikan kebangsaan
    akan mengalami kemerosotan.




                                                                       61
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
          Bahasa, Sains dan Ekonomi
• Setelah lebih 45 tahun bahasa Melayu diguna pakai
  sebagai bahasa rasmi negara, ternyata tanggapan negatif
  tentang kemampuan bahasa Melayu adalah tidak tepat.

• Majoriti penduduk Malaysia menerima dasar bahasa
  kebangsaan.

• Apa yang penting, bahasa-bahasa lain masih dapat
  bertahan kerana dasar bahasa kebangsaan
  membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan dengan
  bebas dalam semua bidang kecuali untuk "maksud
  rasmi" kerajaan.


                                                        62
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
             Bahasa, Sains dan Ekonomi
•   Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila Perlembagaan
    Malaysia dan sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya
    sistem pendidikan vernakular.

•   Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila pihak kerajaan
    melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran matematik dan
    sains dalam bahasa Inggeris.

•   Apa yang perlu difahami di sini ialah bahasa Inggeris dianggap
    mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, baik di peringkal lokal
    mahupun internasional.

•   Bagi sesetengah pihak, bahasa Inggeris dianggap penting sebagai
    "bahasa kemajuan". Pada masa yang sama, terdapat pihak yang
    bertegas bahawa peranan bahasa Melayu tidak hanya sebagai
    "bahasa perpaduan" dan "bahasa rasmi" negara tetapi boleh
    diangkat tarafnya sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi
    yang tinggi.                                                      63
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
             Bahasa, Sains dan Ekonomi
•   Pertembungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris
    tersebut akhirnya terjelma dalam pelaksanaan dasar tentang
    bahasa.

•   Setelah tahun 1990, pihak kerajaan seolah-olah melaksanakan
    dua jenis dasar bahasa di Malaysia.
     – Dasar yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai "bahasa
        perpaduan",
     – Dasar yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk
        mencapai kemajuan negara dengan menjadikan bahasa
        Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi mata pelajaran sains
        dan matematik di sekolah.




                                                                       64
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
            Bahasa, Sains dan Ekonomi
•   Dalam pertembungan ini, tentunya dapat diduga bahawa bahasa
    Inggeris yang akan menjadi pilihan ramai kerana ia mempunyai
    nilai ekonomi yang lebih tinggi terutama di mata pihak swasta.

•   Akhirnya, akan lahir pula keadaan di mana terdapat penggunaan
    bahasa mengikut sektor, iaitu sektor awam atau sektor swasta.
     – Sektor awam atau sektor kerajaan menggunakan Bahasa
       Melayu
     – Sektor swasta menggunakan bahasa-bahasa lain, terutama
       bahasa Inggeris.

•   Keputusan kerajaan menonjolkan penggunaan bahasa Inggeris
    tidak perlu dipersoalkan kerana kerajaan berhasrat menjadikan
    Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik serantau dan
    selanjutnya ia diharapkan akan menyumbang kepada penjanaan
    ekonomi negara.
                                                                     65
Globalisasi , Ekonomi Malaysia
                  dan Hubungan Etnik
•   Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980an dan
    1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yang antara lain
    ditandai dengan banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan
    dasar liberalisasi kewangan.

•   Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga menyebabkan
    negara-negara Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi
    pada tahun 1985-1986 dan pada tahun 1997-1998.

•   Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat kesannya ke
    atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu dan
    bukan Melayu.




                                                                        66
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:
         Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan
                        Bukan Melayu
•   Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai
    pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan
    untuk menghadapi krisis ekonomi.

•   Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir
    daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas
    pulas untuk bertahan.

•   Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori
    industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat
    191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera
    telah muflis.

•   Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa
    golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai kemampuan yang jitu
    dalam dunia perniagaan dan perdagangan.


                                                                             67
68
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:
                      Implikasi terhadap
            Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
• Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung
  berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal, tanpa
  mengambil kira faktor etnik.

• Oleh yang demikian, pihak yang dapat memanfaatkan
  daripada proses globalisasi ialah pihak yang bermodal.

• Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera
  menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka
  merupakan golongan yang masih baru dalam dunia
  perniagaan dan tidak mempunyai modal yang cukup
  mapan.


                                                           69
Ekonomi Islam
      dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
•   Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di Malaysia bertitik tolak
    daripada penubuhan Bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai
    Islamic Bank di Dubai, U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di
    Arab Saudi pada tahun 1975.

•   Rentetan daripada penubuhan kedua bank tersebut, penubuhan
    institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia berlangsung
    dengan pesat antara tahun 1976 hingga 1985.

•   Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran bertindak
    menukarkan sistem perbankan konvensional kepada sistem
    perbankan Islam.

•   Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut,
    masyarakat Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak kerajaan
    menubuhkan bank Islam sebagai alternatif kepada bank
    konvensional.
                                                                       70
71
Ekonomi Islam
      dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
•   Setelah menimbang gesaan dan keperluan masyarakat Islam di
    Malaysia, pada tahun 1983 pihak kerajaan mewartakan Akta Bank
    Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan diikuti dengan
    penubuhan Bank Islam Malaysia.

•   Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia terhadap
    perbankan Islam sangat positif sehingga membawa kepada
    pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip Islam dan lain-
    lain pengantara kewangan,
     –   Syarikat-Syarikat Takaful,
     –   Pasaran Modal Islam,
     –   Ekuiti Modal Islam,
     –   Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam,
     –   AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia)
     –   BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia).
                                                                           72
Ekonomi Islam
      dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
•   Bagi melengkapkan operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi
    perbankan Islam, Syarikat-syarikat Takaful telah ditubuhkan.

•   Operasi syarikat-syarikat takaful dikawalselia di bawah Akta Takaful 1984.

•   Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang ditubuhkan pada tahun 1984
    adalah syarikat takaful yang pertama di Malaysia.

•   Takaful Nasional Sendirian Berhad adalah syarikat takaful yang kedua di
    Malaysia.

•   Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang pesat,
    iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% daripada tahun 1986 hingga
    2000.




                                                                                 73
74
Ekonomi Islam
   dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
• Dapat dikatakan bahawa sistem perbankan Islam
  telah menjadi penyumbang kepada
  perekonomian negara.

• Sistem perbankan Islam ialah sistem
  perekonomian yang diidam-idamkan oleh umat
  Islam di Malaysia setelah aspek perekonomian
  Islam dipisahkan daripada kehidupan mereka
  oleh pihak Inggeris pada zaman penjajahan.

                                                 75
Dasar Penswastaan Dalam
            Konteks Hubungan Etnik
•   Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat,
    Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan hasrat untuk
    memulakan Dasar Penswastaan pada tahun 1983.

•   Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan beberapa
    kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor
    swasta.

•   Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan
    pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses yang
    menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.




                                                                      76
77
Dasar Penswastaan Dalam Konteks
             Hubungan Etnik
•     Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu:
     – Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
         kerajaan.
     – Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan
         dan menambah produktiviti.
     – Merangsang pelaburan dan keusahawanan
         persendirian.
     – Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam.
     – Membantu pencapaian matlamat DEB.


                                                    78
Industri Otomobil Nasional
            dan Penglibatan Etnik
•   Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana
    Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan program
    Industri Otomobil Nasional.

•   Program ini dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur yang
    diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai matlamat
    pemindahan teknologi moden.

•   Pada masa yang sama, industri automobil nasional merupakan sebahagian
    daripada Rancangan Perindustrian Negara, yang bertujuan untuk
    meningkatkan pencapaian perindustrian negara.

•   Secara tersirat, industri automobil nasional diharapkan dapat menjadi
    wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor perindustrian
    umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobil khususnya.



                                                                            79
80
Industri Otomobil Nasional
           dan Penglibatan Etnik
•   Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa
    matlamat, iaitu:
    –   Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif
        tempatan, khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta
        nasional.
    –   Menjadikan Malaysia sebagai hub automotif serantau.
    –   Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi
        domestik.
    –   Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat
        ganti ke pasaran antarabangsa.
    –   Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor
        automotif tempatan.
    –   Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segi nilai
        wang, keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan.

                                                                  81
Industri Otomobil Nasional
         dan Penglibatan Etnik
• Program Industri Otomobil Nasional dimulakan
  dengan penubuhan PROTON (Perusahaan
  Otomobil Nasional Sdn Bhd) pada 7 Mei 1983

• Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komersial
  model kereta nasional yang pertama, iaitu,
  Proton Saga dilancarkan.



                                                 82
Industri Otomobil Nasional
            dan Penglibatan Etnik
•   Bagi memastikan perjalanan industri automobil nasional berjalan
    dengan baik, pihak kerajaan mengamalkan dasar melindungi
    industri automotif negara melalui beberapa mekanisme, seperti duti
    eksais dan beberapa insentif lain.

•   Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia telah
    mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN). Dasar tersebut
    digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan
    persaingan global.

•   Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara ialah
    merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga
    dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap
    ekonomi negara dan pada masa yang sama memberi manfaat
    kepada pengguna.
                                                                    83
• RUMUSAN

•   Ciri-ciri ekonomi Malaysia yang merupakan sebuah ekonomi
    campuran di mana kerajaan dan mekanisme harga bersama-sama
    menyelesaikan masalah asas ekonomi.
•   Sebahagian besar aktiviti ekonomi Malaysia ditentukan oleh
    pengguna dan pengeluar, manakala sebahagian aktiviti ekonomi lagi
    ditentukan oleh kerajaan.
•   Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam meningkatkan ekonomi
    negara terbahagi kepada tiga yang , iaitu memastikan sistem ekonomi
    berjalan dengan cekap, mengagihkan semula pendapatan dengan
    lebih adil dan memastikan kestabilan ekonomi negara.
•   Sebab-sebab campur tangan kerajaan dalam dasar ekonomi negara
    seperti peraturan dan undang-undang secara langsung dalam
    menjalankan kegiatan ekonomi mempengaruhi tingkat harga, tahap
    pengeluaran dan aktiviti ekonomi melalui alat-alat polisi.
•   .
                                                                    84
•   Contoh-contoh dasar kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan dan
    pembangunan ekonomi negara melalui perancangan dan bentuk-bentuk
    pemilikan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pertanian
    Negara, Dasar Perindustrian Berat dan lain-lain

•   Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua hal yang
    tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling menentukan antara
    satu sama lain.

•   Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang
    mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan
    ekonomi Malaysia.

•   Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam
    konteks hubungan etnik.
     – kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi.
     – penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara
        etnik adalah seimbang

•   Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses perpaduan
    terus berlangsung.
•
                                                                           85

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Latihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaanLatihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaan
rahimjabu
 
Komponen etika dan peradaban ekonomi dan pasaran serta falsafah dan pemikiran
Komponen etika dan peradaban ekonomi dan pasaran serta falsafah dan pemikiranKomponen etika dan peradaban ekonomi dan pasaran serta falsafah dan pemikiran
Komponen etika dan peradaban ekonomi dan pasaran serta falsafah dan pemikiran
izzah51
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Mahyuddin Khalid
 
BAB 9..Rancangan dan wawasan negara
BAB 9..Rancangan dan wawasan negaraBAB 9..Rancangan dan wawasan negara
BAB 9..Rancangan dan wawasan negara
asia green
 
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
Ang Xiao Yean
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
Nur Az
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
Zoul Omar
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
Nur Az
 
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnikTopik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Datoknye
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1
aimm reka
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
5006
 

Was ist angesagt? (20)

Hubungan etnik bab 4
Hubungan etnik bab 4Hubungan etnik bab 4
Hubungan etnik bab 4
 
Latihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaanLatihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaan
 
Komponen etika dan peradaban ekonomi dan pasaran serta falsafah dan pemikiran
Komponen etika dan peradaban ekonomi dan pasaran serta falsafah dan pemikiranKomponen etika dan peradaban ekonomi dan pasaran serta falsafah dan pemikiran
Komponen etika dan peradaban ekonomi dan pasaran serta falsafah dan pemikiran
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
BAB 9..Rancangan dan wawasan negara
BAB 9..Rancangan dan wawasan negaraBAB 9..Rancangan dan wawasan negara
BAB 9..Rancangan dan wawasan negara
 
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
 
Bab 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Bab 3   limpahan kemakmuran merentasi etnikBab 3   limpahan kemakmuran merentasi etnik
Bab 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Halatujunegara
HalatujunegaraHalatujunegara
Halatujunegara
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnikTopik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Dasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaanDasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaan
 

Andere mochten auch

Bab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomiBab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomi
Dhani Ahmad
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
WanBK Leo
 
3.3 syarikat multinasional
3.3 syarikat multinasional3.3 syarikat multinasional
3.3 syarikat multinasional
aseojjhy
 
Industrialisasi dan pembangunan ekonomi
Industrialisasi dan pembangunan ekonomiIndustrialisasi dan pembangunan ekonomi
Industrialisasi dan pembangunan ekonomi
zuhri5590
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
magdalenne Marie Magdalyn
 
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Brenda Rachel Marie
 
Dasar Awam 2
Dasar Awam 2Dasar Awam 2
Dasar Awam 2
aimm reka
 

Andere mochten auch (20)

Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3
 
Bab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomiBab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomi
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
Pelan induk perindustrian
Pelan induk perindustrianPelan induk perindustrian
Pelan induk perindustrian
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasional
 
Dasar pertanian negara
Dasar pertanian negaraDasar pertanian negara
Dasar pertanian negara
 
3.3 syarikat multinasional
3.3 syarikat multinasional3.3 syarikat multinasional
3.3 syarikat multinasional
 
Strategi membina kemajuan ekonomi negara
Strategi membina kemajuan ekonomi negaraStrategi membina kemajuan ekonomi negara
Strategi membina kemajuan ekonomi negara
 
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
 
Industrialisasi dan pembangunan ekonomi
Industrialisasi dan pembangunan ekonomiIndustrialisasi dan pembangunan ekonomi
Industrialisasi dan pembangunan ekonomi
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
(9) INDUSTRIALISASI DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INDUSTRI
(9) INDUSTRIALISASI DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INDUSTRI(9) INDUSTRIALISASI DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INDUSTRI
(9) INDUSTRIALISASI DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INDUSTRI
 
6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi
 
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
 
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi MalaysiaPembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
 
Dasar Awam 2
Dasar Awam 2Dasar Awam 2
Dasar Awam 2
 

Ähnlich wie Bab 4 pembangunan_ekonomi (17)

Hubungan etnik bab 4
Hubungan etnik bab 4Hubungan etnik bab 4
Hubungan etnik bab 4
 
Bab 9-t4 perkembangan di eropah
Bab 9-t4 perkembangan di eropahBab 9-t4 perkembangan di eropah
Bab 9-t4 perkembangan di eropah
 
Perkembangan di eropah
Perkembangan di eropahPerkembangan di eropah
Perkembangan di eropah
 
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropah
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropahTingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropah
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropah
 
Bab 9-t4 Sejarah spm
Bab 9-t4 Sejarah spmBab 9-t4 Sejarah spm
Bab 9-t4 Sejarah spm
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia keduaGerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Tokoh Tamadun Islam- Ibn Khaldun
Tokoh Tamadun Islam- Ibn KhaldunTokoh Tamadun Islam- Ibn Khaldun
Tokoh Tamadun Islam- Ibn Khaldun
 
1
11
1
 
Hubungan etnik bab 5 politik_he
Hubungan etnik bab 5 politik_heHubungan etnik bab 5 politik_he
Hubungan etnik bab 5 politik_he
 
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
 
2. sejarah pertumbuhan teori sosial
2. sejarah pertumbuhan teori sosial2. sejarah pertumbuhan teori sosial
2. sejarah pertumbuhan teori sosial
 
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
 
4 nasionalisme
4 nasionalisme4 nasionalisme
4 nasionalisme
 
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptxDasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
 
Pp gender & pekerjaan
Pp gender & pekerjaanPp gender & pekerjaan
Pp gender & pekerjaan
 

Bab 4 pembangunan_ekonomi

  • 1. PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 1
  • 2. Hasil Pembelajaran • Menerangkan konsep modenisasi. • Menghuraikan konsep dan proses pembangunan di Malaysia. • Menjelaskan hubung kait antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia. 2
  • 3. Liputan Kuliah BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 4.1 PENGENALAN 4.2 KONSEP MODENISASI 4.3 MODENISASI MALAYSIA 4.4 ISU-ISU UTAMA EKONOMI 4.5 KESIMPULAN 3
  • 4. Pengenalan • Hubungan timbal balik antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia. • Alat analisis : – modenisasi – pembangunan ekonomi – pembangunan politik 4
  • 5. KONSEP MODENISASI • Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. • Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara berencana atau tidak berencana. • Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan) adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. • Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. 5
  • 6. Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian • Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi untuk mencapai kemajuan dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri. • Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk pembangunan ekonomi ; – Pembangunan teknologi : tradisional - saintifik dan canggih. – Pembangunan pertanian : sara diri - komersial – Industrialisasi : produksi secara besar-besaran. – Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar. 6
  • 7. Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian • Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi adalah pertumbuhan yang lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi seperti GNP (gross national product). • Proses pembangunan ekonomi akan membawa kepada perubahan sosial yang menyeluruh kepada masyarakat, iaitu, daripada kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada kehidupan maju dan moden. 7
  • 8. Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian • Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar : – Revolusi Perancis (politik feudal) – Revolusi Industri (ekonomi). • Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat. 8
  • 9. 9
  • 10. Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian • Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut : – Sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan sosial. – Sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk kepada kemajuan yang dicapai di Eropah Barat. 10
  • 11. Sudut falsafah • Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat. • Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, sehingga dapat diramalkan. • Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut : – Bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu. – Bersifat banyak hala (multilinear). 11
  • 12. Sudut praktikal • Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar. • Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. • Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18. 12
  • 13. Matlamat modenisasi di Eropah Barat • Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden. • Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi. • Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK). 13
  • 14. 14
  • 15. ‘Penjajahan’ Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah • Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat. • Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan. • Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia. • Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan. 15
  • 16. ‘Penjajahan’ Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah • Dalam proses jual beli dan pertukaran barang, pedagang dan penjajah Eropah Barat mula menyusun ekonomi dunia, dengan daerah jajahan mempunyai peranan sebagai pengeluar bahan mentah. • Negara Eropah Barat pula berperanan memproses bahan mentah tersebut menjadi barangan industri, bahan makanan dan pakaian untuk dijual kepada masyarakat di Eropah Barat dan negara-negara lain termasuk di tanah jajahan. • Pada skala dunia, pola ekonomi dunia yang dibentuk ini dapat disebut sebagai pembahagian kerja kolonial atau internasional. 16
  • 17. ‘Penjajahan’ Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah • Ketika industrialisasi Eropah Barat mencapai tahap kematangan pada abad ke-19, keperluan terhadap komoditi lama dan baru semakin meningkat sehingga memerlukan peningkatan hasil di wilayah jajahan. • Sehubungan itu, penjajah Eropah Barat telah membawa buruh dari wilayah yang berpenduduk ramai bekerja demi memenuhi keperluan industri di Eropah Barat. • Perkembangan ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial dan politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah. • Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti yang dikemukakan oleh – teori imperialisme - Lenin, – teori pergantungan - Paul Baran – teori dependency - Andre Gunder Frank. 17
  • 18. ‘Penjajahan’ Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah • Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai “ketinggalan”. • Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju dan moden. • Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat bukan Eropah Barat yang “ketinggalan” harus mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat. • Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat Eropah Barat dianggap sebagai “underdevelopment”. 18
  • 19. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh bagi pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara membangun. • Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya tidak sama: – Pemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. – Pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. 19
  • 20. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara. • Ada dua aspek utama yang ditiru : – Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik. – Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi. • Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem yang ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan mempunyai struktur baru namun masih mengekalkan model Eropah Barat atau model Barat. 20
  • 21. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada falsafah evolusi (suatu proses yang bersifat sehala). • Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan membezakan antara masyarakat tradisional dengan moden. • Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan unsur moden. • Termasuk dalam perspektif ini adalah : – teori ideal typical index - Rostow, Hoselitz dan Nash (1963), – teori difusi - Moore dan Feldman. 21
  • 22. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang bersifat universal pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negara- negara baru merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan mengejar pembangunan. • PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan perspektif modenisasi kerana negara baru mendapat bantuan pinjaman kewangan dan nasihat daripada Bank Dunia atau Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF) bagi melaksanakan pembangunan. • Bank Dunia dan IMF turut menyebarkan idea ‘projek pembangunan’, mempengaruhi negara membangun supaya meniru dan mengguna pakai model pembangunan industri dan teknologi Barat yang berintensifkan modal. 22
  • 23. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang terarah, mungkin dalam bentuk : – mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang bersifat agama kepada sekular), – dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar bandar kepada masyarakat bandar), – dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga jentera untuk melaksanakan proses produksi). • Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan sosial dan pertumbuhan ekonomi yang terancang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. 23
  • 24. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Kemunculan negara-negara baru di pertengahan abad ke-20, pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi antarabangsa. • Ketika itu, pemodenan dijadikan satu usaha pada peringkat antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan Eropah Barat ke dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat dengan cara meningkatkan taraf kehidupan mereka. • Sesebuah negara bangsa diikutsertakan ke dalam hubungan peringkat antarabangsa atau global. • Sesebuah negara-bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial dan teknikal sebagai imbalan ke atas hubungan ekonomi mereka dengan negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma global. 24
  • 25. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia memasuki ‘zaman peradaban global’. • Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama: – Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yang secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia. – Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi. – Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di daerah bukan-industri. 25
  • 26. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan ekonomi global adalah golongan kapitalis. • Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan dirinya melampaui batas negara dengan cara – mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi. – mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh. • Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa. 26
  • 27. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga akhirnya dinamakan sebagai globalisasi. • Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan. – Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah PBB, yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik berjalan di seluruh dunia. – Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations (MNC) atau transnational corporations. 27
  • 28. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Berbagai strategi diambil oleh negara membangun untuk mengejar pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun semula ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dengan meniru model pembangunan industri dari Eropah Barat. • Bagi negara membangun yang menganggotai dan mendapat pinjaman daripada Bank Dunia, mekanisma perancangan biasanya diperolehi pada Bank Dunia. • Langkah-langkah yang biasanya diusulkan oleh Bank Dunia kepada negara membangun : – melaksanakan reformasi tanah, – meningkatkan infrastruktur, – meningkatkan taraf pendidikan, – meningkatkan pelaburan awam, – melaksanakan industrialisasi gantian import (Import-Substitution Industrializaiton) – Melaksanakan industrialisasi orientasi eksport (Export Oriented 28
  • 29. Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’ • Pengalaman di negara-negara membangun memperlihatkan bahawa pemodenan dan pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh untuk mengorak langkah ke arah pemodenan. • Lazimnya, dengan bantuan agensi antarabangsa, proses pemodenan ekonomi dijalankan secara berencana dan langkah-langkah yang diambil pula disesuaikan dengan keadaan di dalam negara tersebut. 29
  • 30. • AKTIVITI 4.1 • Pada pendapat anda, bagaimanakah pemodenan dikaitkan dengan revolusi perindustrian di Eropah? • Adakah anda bersetuju bahawa setiap ekonomi mempunyai unsur-unsur ekonomi campuran? Bincangkan. 30
  • 31. MODENISASI DI MALAYSIA • Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris. • Sebagaimana negara ’baru’ yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. • Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian. 31
  • 32. Komponen Ekonomi: Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan Dan Peningkatan Kualiti Hidup • Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri. • Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. • Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. • Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi. 32
  • 33. Komponen Politik: Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian Pencapaian Dasar Awam; Integrasi Nasional • Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9 % terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an. • Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup, berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. • Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah negara- bangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada gabungan daerah yang berbeza, gabungan ’bangsa’ yang berbeza, gabungan ’kerajaan’ yang berbeza, isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting. Menjadi impian atau sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur. 33
  • 34. Hubungan Etnik dalam konteks Modenisasi Malaysia • Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal). • Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk membangunkan ekonomi negara mereka. • Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan negara-bangsa. • Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika. 34
  • 35. Acuan Ekonomi Malaysia: Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti • Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris. • Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah. • Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport. • Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut kumpulan etnik. • Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal kaum Cina dan sebagainya. 35
  • 36. Acuan Ekonomi Malaysia: Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti • Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus bertahan hingga saat ini. • Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara yang saling mempengaruhi dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dalam kehidupan di Malaysia. 36
  • 37. Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi • Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti. • Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38 juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000. • Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000 menunjukkan : – Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus. – Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus. – Etnik India sebanyak 7.7 peratus – Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan Sarawak. 37
  • 38. Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi • Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya. • Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan. • Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik. • Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional. 38
  • 39. Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi • Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain. • Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan. • Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik. 39
  • 40. • Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia. • Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan. 40
  • 41. AKTIVITI 4.2 • Pada pendapat anda, apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam ekonomi Malaysia? • Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memastikan sistem ekonomi berjalan dengan cekap dan adil demi keteguhan dalam hubungan etnik di Malaysia ?. • • 41
  • 42. Perancangan Pembangunan Lima Tahun • Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. • Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union. • Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya memperkenalkan institusi ’perancangan pembangunan’ di Persekutuan Tanah Melayu. • Dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerika Syarikat, dan dengan naungan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu serta beberapa pertubuhan kecil di dalamnya ketika itu. 42
  • 43. Perancangan Pembangunan Lima Tahun • Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama • Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi perancangan moden, suatu institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia • First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. • Second Five – Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. • Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial Inggeris, namun daripada segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian. 43
  • 44. Perancangan Pembangunan Lima Tahun • Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan pembangunan yang menekan usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia. • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. • Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. • Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001- 2005) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-ekonomi. • Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan tidak hanya kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai ‘modal insan.’ • Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) 44
  • 45. 45
  • 46. Dasar-Dasar Awam: Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi • Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. • Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA. • Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. • Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi. • Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam Rancangan Malaysia. 46
  • 47. ISU-ISU UTAMA EKONOMI • Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik. • Beberapa isu penting : – Antara Pertumbuhan dan Agihan – Antara Equality dan Equity 47
  • 48. Antara Pertumbuhan dan Agihan • Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut, – antara kelas sosial yang berbeza. – antara kelompok etnik yang berbeza. • Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru. 48
  • 49. Antara Equality dan Equity • Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. • Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. 49
  • 50. Antara Equality dan Equity • Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia dengan meninjau semula Fasal (153) yang berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera. • Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia menyatakan: “kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan”. 50
  • 51. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik • Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik. • Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman yang dialami semasa peristiwa 13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok etnik lain. • Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. 51
  • 52. Kadar Kemiskinan Pendapatan Purata Keluarga Kaum (% ) Sebulan (RM) Melayu 64.8 172.00 Cina 26.0 392.00 India 39.2 304.00 Lain-lain 44.8 813.00 Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970 52
  • 53. Pemilikan Jumlah Pemilikan % ( RM Juta ) Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3 a. Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6 b. Agensi Amanah 110.9 1.7 Bukan Bumiputera 2233.2 34.0 Warganegara Asing 4051.3 61.7 Jumlah 6564.1 100.0 Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970 53
  • 54. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik • Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan. • Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %. • Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan lain- lain kelompok sebanyak 0.7 %. • Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %. 54
  • 55. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik • Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969. • Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. • Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. 55
  • 56. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik • Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu, – mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik – menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi. • Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990. 56
  • 57. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik • Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosia,l ekonomi dan projek pembangunan : – Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. – Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. – Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. – Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelopmpok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. – Memodenkan kehidupan di luar bandar. – Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera. – Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia. – Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain- lain. 57
  • 58. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik • Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu: – Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. – Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga. – Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. – Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 – Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional. – Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya. 58
  • 59. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik • Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh. • Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta. • Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham. • Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif. 59
  • 60. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi • Antara masalah utama dihadapi oleh negara yang mempunyai berbilang etnik seperti Malaysia adalah menentukan bahasa kebangsaan. • Bahasa kebangsaan penting dalam konteks pembinaan negara-bangsa kerana ia berkait dengan persoalan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional, dan identiti nasional. • Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi yang diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. • Dalam hal ini, kerajaan Malaysia melihat pendidikan sebagai salah satu alat untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan politik. • Adalah diharap bahasa kebangsaan dapat menjadi satu medium komunikasi yang memupuk perpaduan nasional. Melalui pendidikan juga, diharapkan golongan Bumiputera dapat meningkatkan kedudukan ekonomi mereka. 60
  • 61. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi • Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dicurigai oleh sesetengah golongan, terutama dalam tahun-tahun 60-an. • Terdapat pihak yang khuatir dasar tersebut boleh menghakis dan seterusnya menghapuskan bahasa, budaya dan kepentingan pendidikan kelompok bukan Melayu. • Golongan elit yang terdidik dan terbiasa berbahasa Inggeris pula khuatir pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan akan menyebabkan prestasi pentadbiran negara dan sistem pendidikan kebangsaan akan mengalami kemerosotan. 61
  • 62. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi • Setelah lebih 45 tahun bahasa Melayu diguna pakai sebagai bahasa rasmi negara, ternyata tanggapan negatif tentang kemampuan bahasa Melayu adalah tidak tepat. • Majoriti penduduk Malaysia menerima dasar bahasa kebangsaan. • Apa yang penting, bahasa-bahasa lain masih dapat bertahan kerana dasar bahasa kebangsaan membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan dengan bebas dalam semua bidang kecuali untuk "maksud rasmi" kerajaan. 62
  • 63. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi • Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila Perlembagaan Malaysia dan sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya sistem pendidikan vernakular. • Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila pihak kerajaan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. • Apa yang perlu difahami di sini ialah bahasa Inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, baik di peringkal lokal mahupun internasional. • Bagi sesetengah pihak, bahasa Inggeris dianggap penting sebagai "bahasa kemajuan". Pada masa yang sama, terdapat pihak yang bertegas bahawa peranan bahasa Melayu tidak hanya sebagai "bahasa perpaduan" dan "bahasa rasmi" negara tetapi boleh diangkat tarafnya sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. 63
  • 64. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi • Pertembungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris tersebut akhirnya terjelma dalam pelaksanaan dasar tentang bahasa. • Setelah tahun 1990, pihak kerajaan seolah-olah melaksanakan dua jenis dasar bahasa di Malaysia. – Dasar yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai "bahasa perpaduan", – Dasar yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk mencapai kemajuan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah. 64
  • 65. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi • Dalam pertembungan ini, tentunya dapat diduga bahawa bahasa Inggeris yang akan menjadi pilihan ramai kerana ia mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi terutama di mata pihak swasta. • Akhirnya, akan lahir pula keadaan di mana terdapat penggunaan bahasa mengikut sektor, iaitu sektor awam atau sektor swasta. – Sektor awam atau sektor kerajaan menggunakan Bahasa Melayu – Sektor swasta menggunakan bahasa-bahasa lain, terutama bahasa Inggeris. • Keputusan kerajaan menonjolkan penggunaan bahasa Inggeris tidak perlu dipersoalkan kerana kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik serantau dan selanjutnya ia diharapkan akan menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara. 65
  • 66. Globalisasi , Ekonomi Malaysia dan Hubungan Etnik • Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980an dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yang antara lain ditandai dengan banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan. • Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan pada tahun 1997-1998. • Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat kesannya ke atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu dan bukan Melayu. 66
  • 67. Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu • Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi. • Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk bertahan. • Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis. • Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai kemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan. 67
  • 68. 68
  • 69. Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu • Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal, tanpa mengambil kira faktor etnik. • Oleh yang demikian, pihak yang dapat memanfaatkan daripada proses globalisasi ialah pihak yang bermodal. • Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka merupakan golongan yang masih baru dalam dunia perniagaan dan tidak mempunyai modal yang cukup mapan. 69
  • 70. Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia • Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di Malaysia bertitik tolak daripada penubuhan Bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai Islamic Bank di Dubai, U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975. • Rentetan daripada penubuhan kedua bank tersebut, penubuhan institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia berlangsung dengan pesat antara tahun 1976 hingga 1985. • Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran bertindak menukarkan sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Islam. • Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut, masyarakat Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak kerajaan menubuhkan bank Islam sebagai alternatif kepada bank konvensional. 70
  • 71. 71
  • 72. Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia • Setelah menimbang gesaan dan keperluan masyarakat Islam di Malaysia, pada tahun 1983 pihak kerajaan mewartakan Akta Bank Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan diikuti dengan penubuhan Bank Islam Malaysia. • Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia terhadap perbankan Islam sangat positif sehingga membawa kepada pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip Islam dan lain- lain pengantara kewangan, – Syarikat-Syarikat Takaful, – Pasaran Modal Islam, – Ekuiti Modal Islam, – Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam, – AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia) – BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia). 72
  • 73. Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia • Bagi melengkapkan operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi perbankan Islam, Syarikat-syarikat Takaful telah ditubuhkan. • Operasi syarikat-syarikat takaful dikawalselia di bawah Akta Takaful 1984. • Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang ditubuhkan pada tahun 1984 adalah syarikat takaful yang pertama di Malaysia. • Takaful Nasional Sendirian Berhad adalah syarikat takaful yang kedua di Malaysia. • Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang pesat, iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% daripada tahun 1986 hingga 2000. 73
  • 74. 74
  • 75. Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia • Dapat dikatakan bahawa sistem perbankan Islam telah menjadi penyumbang kepada perekonomian negara. • Sistem perbankan Islam ialah sistem perekonomian yang diidam-idamkan oleh umat Islam di Malaysia setelah aspek perekonomian Islam dipisahkan daripada kehidupan mereka oleh pihak Inggeris pada zaman penjajahan. 75
  • 76. Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik • Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan hasrat untuk memulakan Dasar Penswastaan pada tahun 1983. • Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. • Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi. 76
  • 77. 77
  • 78. Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik • Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu: – Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan. – Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan dan menambah produktiviti. – Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian. – Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam. – Membantu pencapaian matlamat DEB. 78
  • 79. Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik • Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan program Industri Otomobil Nasional. • Program ini dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai matlamat pemindahan teknologi moden. • Pada masa yang sama, industri automobil nasional merupakan sebahagian daripada Rancangan Perindustrian Negara, yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara. • Secara tersirat, industri automobil nasional diharapkan dapat menjadi wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor perindustrian umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobil khususnya. 79
  • 80. 80
  • 81. Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik • Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa matlamat, iaitu: – Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan, khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta nasional. – Menjadikan Malaysia sebagai hub automotif serantau. – Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik. – Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat ganti ke pasaran antarabangsa. – Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif tempatan. – Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segi nilai wang, keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan. 81
  • 82. Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik • Program Industri Otomobil Nasional dimulakan dengan penubuhan PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) pada 7 Mei 1983 • Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komersial model kereta nasional yang pertama, iaitu, Proton Saga dilancarkan. 82
  • 83. Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik • Bagi memastikan perjalanan industri automobil nasional berjalan dengan baik, pihak kerajaan mengamalkan dasar melindungi industri automotif negara melalui beberapa mekanisme, seperti duti eksais dan beberapa insentif lain. • Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN). Dasar tersebut digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan persaingan global. • Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara ialah merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pengguna. 83
  • 84. • RUMUSAN • Ciri-ciri ekonomi Malaysia yang merupakan sebuah ekonomi campuran di mana kerajaan dan mekanisme harga bersama-sama menyelesaikan masalah asas ekonomi. • Sebahagian besar aktiviti ekonomi Malaysia ditentukan oleh pengguna dan pengeluar, manakala sebahagian aktiviti ekonomi lagi ditentukan oleh kerajaan. • Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara terbahagi kepada tiga yang , iaitu memastikan sistem ekonomi berjalan dengan cekap, mengagihkan semula pendapatan dengan lebih adil dan memastikan kestabilan ekonomi negara. • Sebab-sebab campur tangan kerajaan dalam dasar ekonomi negara seperti peraturan dan undang-undang secara langsung dalam menjalankan kegiatan ekonomi mempengaruhi tingkat harga, tahap pengeluaran dan aktiviti ekonomi melalui alat-alat polisi. • . 84
  • 85. Contoh-contoh dasar kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara melalui perancangan dan bentuk-bentuk pemilikan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pertanian Negara, Dasar Perindustrian Berat dan lain-lain • Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua hal yang tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling menentukan antara satu sama lain. • Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. • Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik. – kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi. – penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang • Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung. • 85