SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




PEMBELAJARAN BERASASKAN
   ELEKTRONIK DAN WEB
          TUGASAN 4 : KAJIAN TINJAUAN
   PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU – GURU SEKOLAH
      ZON LADANG DAERAH SUBIS SARAWAK



        NAME : TENGKU NORAINI BINTI MEGAT ABDULLAH

                 STUDENT NO : M20111000250

     LECTURER : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF HAJI GAPOR

                   COURSE CODE : KPT 6044




                         ABSTRAK

                                                           1
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




Pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT membolehkan aktiviti dijalankan tanpa

kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya

meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan

kadar kebolehan pelajar. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan

ICT dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap

penggunaan ICT bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.Justeru itu, satu

kajian tinjauan dijalankan di sekolah – sekolah kawasan zon ladang daerah Subis

Sarawak.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru – guru sekolah luar bandar.Tiga aspek telah dikaji bagi

menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran, kelemahan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan masalah-

masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran.Sampel kajian terdiri daripada guru – guru yang mengajar di lapan buah sekolah

dalam daerah tersebut.Kajian ini menggunakan tiga teknik tinjauan iaitu soal selidik, data dari

kajian lepas dan temubual dengan beberapa orang guru.Analisis data dilakukan dengan

menggunakan     analisis   kualitatif.Dapatan     kajian      mendapati   guru-guru   pelatih   kurang

menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini adalah disebabkan oleh faktor-

faktor seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang

telah tersedia. Beberapa usul cuba dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir

dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah – sekolah tersebut.


Kata Kunci : Information Communication Technology ( ICT ), Kelebihan ICT, Kelemahan ICT,

Masalah Penggunaan ICT, Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P)


                                       PENDAHULUAN
                                                                                                     2
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



1.0    PENGENALAN

       Dalam    bidang   pendidikan,   usaha        mempertingkatkan   penggunaan   Information

Communication Technology( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi

melahirkan generasi muda yang celik computer dan sentiasa peka dengan perkembangan

teknologi semasa. Ia selaras dengan usaha dan dasar kerajaan Malaysia melalui Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) yang sedang memperluaskan kurikulum pendidikan berasaskan ICT

dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar

dan juga personel KPM.      Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang

menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu

penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital,

interactive white boarddan lain-lain penggunaan ICT dalam bilik darjah.


       Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

Salah satu penggunaan Information Communication Technology(ICT) dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer. Istilah penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu

Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan

computer ( Faharol Razi, 1998 ). Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000),

komputer   dapat   digunakan    sebagai    media pembelajaran kerana komputer          memiliki

keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.

Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih

mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan

menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan

bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya

persembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan ICT.


1.1    LATAR BELAKANG KAJIAN
                                                                                             3
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




       Di negara maju, penggunaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT telah

diterima oleh tenaga pengajar dan juga pelajar dalam dunia pendidikan.Ia juga berfungsi

sebagai alat yang boleh mempertingkatkan minat pelajar kepada setiap isi pelajaran yang

dipelajari mereka. Namun begitu, sejauh manakah penggunaan ICT ini bagi sekolah di kawasan

luar bandar?Itulah yang menjadi persoalan.Maka, ekoran daripada persoalan ini penggunaan

ICT di sekolah luar bandar telah menarik perhatian pengkaji.




1.2    PERNYATAAN MASALAH




       Pelajar – pelajar mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza – beza. Pelajar yang

cerdas akanbelajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap pemahaman

mereka. Pelajar yang lemah pula lambat dalam mempelajari topik yang sukar untuk

difahami.Oleh yang demikian, tumpuan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

dapat membantu pelajar yang lemah dan sekaligus dapat menarik minat mereka harus

dilaksanakan.




1.3    OBJEKTIF KAJIAN

       1.3.1          OBJEKTIF UMUM




       Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru – guru di sekolah luar bandar iaitu daerah zon ladang, Subis

Sarawak.


                                                                                        4
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



       1.3.2          OBJEKTIF KHUSUS



       Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti :


         I.    Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

               sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak.

         II.   Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

               sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak.

        III.   Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses

               pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis,

               Sarawak.




1.4    PERSOALAN KAJIAN

       1.4.1          PERSOALAN KAJIAN UMUM




       Sejauh manakah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan

guru – guru di sekolah luar bandar iaitu daerah zon ladang, Subis Sarawak ?




       1.4.2          PERSOALAN KAJIAN KHUSUS



         I.    Apakah kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

               di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ?

         II.   Apakah     kelemahan   penggunaan           ICT    dalam   proses   pengajaran   dan

               pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ?

                                                                                                  5
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



        III.   Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam

               proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang,

               Subis Sarawak ?




1.5    KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini dapat membantu dalam :

         I.    Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses

               pengajarandan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik

               disampingmemperolehi pembelajaran yang bermakna.

         II.   Membolehkan       pihak-pihak     berkenaan         membangunkan       perisian   yang

               bersesuaian dengansuasana pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata

               pelajaran.

        III.   Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui

               penggunaanICT dan seterusnya dapat memperbaiki lagi mutu perkhidmatan

               mereka.

       IV.     Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam

               menggunakan       ICT    dalam        proses        pengajaran   dan    pembelajaran.




1.6    SKOP DAN BATASAN KAJIAN


       Kajian ini dijalankan pengkaji terhadap guru – guru di lapan buah sekolah di kawasan

luar bandar iaitu zon ladang daerah Subis, Sarawak. Kajian ini juga terbatas kepada faktor-

faktor seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual.

Kekangan lain seperti faktor tempoh masa kajian yang agak terhad juga sedikit sebanyak

membataskan kajian yang dijalankan.

                                                                                                    6
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



1.7    KERANGKA KONSEP KAJIAN



                                                    PENGGUNAAN ICT



                       KOMPUTER                                                     LCD PROJECTOR



                         OHP                                                              CD - ROM




                       INTERNET                                                      COURSEWARE




                       KELEBIHAN                        KELEMAHAN                     MASALAH



                                   Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian


1.8    DEFINISI ISTILAH


Beberapa     istilah   yang    digunakan     dalam       penulisan     ini   memerlukan     definisi   yang

terperinci.Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajianini mungkin

berbeza. Istilah-Istilah tersebut adalah seperti berikut :


       1.8.1             Information Communication Technology ( ICT )

       Kaedah yang digunakan untuk menyimpan, memindah, melindungi, memproses

       menyebar dan memaparkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

       1.8.2             Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P )

       Tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama di antara guru serta pelajar.


                                                                                                          7
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



                                        METODOLOGI


2.0       REKA BENTUK KAJIAN




          Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauandaripada hasil

temubual dan juga data – data daripada kajian terdahulu.Borang soal selidik berstruktur dan

juga soalan – soalan temubual digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Sampel kajian

terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis Sarawak

iaitu :


                            Bil                Nama Sekolah
                            1      Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 1
                            2      Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 2
                            3      Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 3
                            4      Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 4
                            5      Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 5
                            6      Sekolah Kebangsaan Rumah Tinggi
                            7      Sekolah Kebangsaan Rumah Barat
                            8      Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas



                                       Rajah 2.1 : Senarai Sekolah


          Menurut MohdMajid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam

penyelidikan yang bermatlamatuntuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang

sedang berlaku.Temubual dilakukan untuk mengetahui secara langsung bagaimanacara

gurugurudi sekolah zon ladang memilih teknik pengajaran dan mengaplikasikannya dalam

pengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual yang juga merupakan salah satu instrumen

yang digunakandalam kajian ini adalahuntuk mendapatkan data yang berbentuk kualitatif dalam

membantu penyelidik menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

                                                                                             8
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



2.1    TEMPAT KAJIAN



       Kajian ini dijalankan di sekolah – sekolah luar bandar iaitu sekolah zon ladang di daerah

Subis, Sarawak seperti Rajah 2.1.


2.2    SAMPEL KAJIAN




       Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan

guru-guru di kawasan zon ladang untuk menjawab soalan soal selidik.Disebabkan penyelidik

juga perlu menjalankan temubual secara individu danterperinci, maka hanya beberapa orang

responden sahaja dipilih untuk ditemubual.




2.3    INSTRUMEN KAJIAN




       Instrumen kajian adalah soalan soal – selidik, soalan temubual dan maklumat dari kajian

terdahulu.Pemerhatian dan tinjauanmerupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk

mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung.Manakala temubual pula sesuai

digunakan untuk mendapatkan data dari responden secaralangsung dan terperinci (Mohd Najib,

1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada

responden mengenai kelebihan dan kelemahan sertamasalah-masalah yang dihadapi dalam

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




                                                                                              9
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



                                   DAPATAN KAJIAN




3.0     DAPATAN DARIPADA KAJI SELIDIK DAN TEMUBUAL



         Persoalan                                         Dapatan

      Pemahaman guru   Internet, komputer dan teknologi – Guru menggunakan kemudahan
        tentang ICT    teknologi dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.


  Penggunaan ICT       Tidak selalu menggunakan kemudahan ICT dan hanya digunakan
  dalam Pengajaran     untuk sesetengah tajuk danisi pelajaran yang dirasakan perlu
  dan Pembelajaran     sahaja. Ada juga diantara mereka yang menggunakan kemudahan
                       ICT sebulan sekali ekoran daripada kemudahan ICT yang hanya
                       dibekalkan di bilik tayang sahaja dan penggunaan bilik itu adalah
                       terhad mengikut jadual yang telah ditetapkan.


  Sumber yang          Laptop sendiri, LCD ,CD, tayangan video di bilik tayang.
  guruselalu gunakan


  Penggunaan ICT
                       Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana
  dan kesesuaian
                       sesetengah topik penggunaan ICT menyebabkan pelajar lebih susah
  dengan isi
                       memahami tajuk yang diajar.
  pelajaran


                       Dapat menarik minat murid untuk belajar kerana banyak animasi
                       yang boleh memberikan tarikan kepada mereka supaya sentiasa
  Kelebihan            memberi perhatian kepada tajuk yang diajar. Ianya juga dapat
                       membantu proses pengajaran dan pembalajaran supaya lebih
                       berkesan.


                                                                                           10
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




                    Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT. Adakalanya
                    menggunakan      ICT     banyak           membazirkan   masa     dari   aspek
Kelemahan           pemasangan peralatan dan turut memerlukan masa tambahan
                    untuk guru menerangkan semula isi – isi pelajaran yang tidak
                    difahami   murid       dengan        menggunakan        kaedah    tradisional.
                    Penggunaan ICT ini juga menyebabkan murid yang lemah akan
                    sedikit ketinggalan.


                    Masalahdari aspek kekurangan peralatan ICT seperti makmal
                    komputer yang tiada kelengkapan komputer yang mencukupi di
                    dalamnya. Terdapat juga sekolah yang hanya mempunyai makmal
                    komputer tetapi tiada komputer di dalamnya. Guru kebanyakannya
                    menggunakan laptop peribadi untuk proses pengajaran dan
                    pembelajaran. Laptop yang disediakan oleh pihak kementerian
Masalah
                    untuk sesebuah sekolah iaitu sebanyak 4 – 5 buah sahaja dan ianya
                    perlu berkongsi dengan guru – guru lain. Kemudahan internet pula
                    belum meluas dan kebanyakan guru lebih selesa menggunakan
                    broadband sendiri. Penggunaan bilik tayang pula sangat terhad
                    kerana haruslah mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak
                    multimedia sekolah.


 Cara mengatasi     Guru kebanyakannya menggunakan laptop peribadi untuk proses
 masalah tersebut   pengajaran dan pembelajaran dan kebanyakan guru juga lebih
                    selesa menggunakan broadband sendiri.



                    Hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Namun begitu ia
  Bagaimana ICT
 dapat membantu     dapat menarik perhatian murid untuk lebih seronok belajar dan
                    lebih memberi tumpuan pada tajuk yang di pelajari.


                                                                                                     11
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




                        Pelajar lebih berminat untuk belajar dan lebih memberikan
  Respon Pelajar
                        perhatian.



      Kemudahan ICT
                        LCD, CD, Bilik Tayangan, OHP, Komputer.
      yang disediakan
        oleh sekolah


     Adakah guru
                        Tidak.Guru belum dibekalkan dengan kemudahan tersebut. Guru
     menggunakan
   courseware untuk     hanya membuat soalan melalui rujukan – rujukan sendiri dan ianya
    membuat soalan
                        akan disemak oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Sekolah
     ujian kepada
       pelajar ?        sebelum diedar kepada pelajar.




           Rajah 3.1 : Jadual Dapatan Kajian berdasarkan Kaji Selidik dan Temubual




3.1     DAPATAN DARIPADA MAKLUMAT KAJIAN TERDAHULU




                 Hasil Kajian                                          Dapatan

                                                      Pembelajaran yang menggunakan ICT seperti
Nor Zubaidah Binti Abu Bakar ( 2005 )                 mengandungi komponen – komponen yang
                                                      menarik seperti foto album, tayangan video,
                                                      buku nota pelajar dan nota pelajar yang
                                                      menggunakan perisian power point dapat
                                                      membantu      dalam        mempertingkatkan
                                                      pemahaman pelajar dalam sesuatu subjek.


                                                                                                12
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




Bahrudin Mohd Bilal dan Muhammad Kasim ICT dapat membantu mengatasi kelemahan
( 2001 ) dalam kajian Husnan, Rawaidah dan pendidikan Sains yang diajar secara tradisional
Sharidah ( 2010 )                                  serta penglibatan guru dalam penggunaan
                                                   komputer secara lebih produktif.
                                                   Proses pengajaran dan pembelajaran melalui
Maswan ( 2004 )                                    laman web dapat menyediakan peluang untuk
                                                   menghantar dan mengakses maklumat yang
                                                   bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga
                                                   termasuk grafik, animasi, audio dan video.
                                                   Kaedah         ini   dapat   mengelakkan       pelajar
                                                   daripada merasa bosan disamping dapat
                                                   mempelbagaikan           teknik     pengajaran    dan
                                                   pembelajaran.
                                                   Faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi,
Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina ( 2006 )         personaliti guru, dan sokongan organisasi
                                                   amat          mempengaruhi        penerimaan      dan
                                                   penggunaan komputer dalam pengajaran dan
                                                   pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Di
                                                   samping itu faktor demografi seperti jantina,
                                                   umur dan mata pelajaran major yang diajar
                                                   didapati tidak mempengaruhi penggunaan
                                                   komputer             dalam        pengajaran      dan
                                                   pembelajaran.
                                                   Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah danbilangan bilik multimedia yang terhad
Kassim, ( 2010 )                                   mempengaruhi penggunaan ICT. Penggunaan
                                                   ICT ini boleh memudahkan pemahaman
                                                   pelajar namun hanya dalam sesetengah tajuk
                                                   sahaja.


                                                                                                      13
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




                                                   Kebaikan penggunaan ICT di dalam pengajaran
Gladwin, Margerison dan Walker ( 1990 )            dan       pembelajaran         berbanding       kaedah
                                                   tradisional adalah :
                                                             Pelajar dapat memberikan tumpuan
                                                             sepenuhnya           dalam           pelajaran
                                                             disebabkan terdapat pemaparan grafik
                                                             berwarna – warni yang dapat menarik
                                                             perhatian pelajar. Penjelasan sesuatu
                                                             konsep      pelajaran       lebih    berkesan
                                                             berbanding dengan cara melukis di
                                                             papan hitam.
                                                             Pengiraan     yang      kompleks        dapat
                                                             diselesaikan dengan           lebih mudah,
                                                             cepat dan tepat.
                                                             Pelajar     dapat       menjelajah       skrin
                                                             computer.      Ini     memberikan        cara
                                                             pembelajaran         yang     tidak     dapat
                                                             dilakukan melalui buku teks seterusnya
                                                             secara langsung memberi peluang
                                                             kepada       pelajar        supaya      dapat
                                                             membiasakan diri dengan teknologi.


Zackeriya ( 1995 )                                 Pelajar       sekolah      berinteraksi         melalui
                                                   multimedia untuk memperoleh pengetahuan
                                                   yang berguna dalam proses pengajaran dan
                                                   pembelajaran mereka.
Leng Mei Wei ( 1998 )                              Kelebihan penggunaan ICT secara umumnya
                                                   dapat :
                                                             Membantu pelajar yang lemah kerana


                                                                                                        14
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




                        pelajar yang lemah boleh belajar
                        mengikut keupayaannya. Pelajar ini
                        juga     boleh    mengulangi         pelajaran
                        sehingga berjaya memahami konsep –
                        konsep yang diajar tanpa menggangu
                        perjalanan pelajar lain yang lebih
                        cerdas.
                        Mendapat maklumbalas yang cepat
                        dimana semasa membuat latihan,
                        pelajar akan mendapat maklumbalas
                        yang cepat terhadap jawapan yang
                        diberikan oleh pelajar. Dengan ini
                        membolehkan         pelajar      mengambil
                        tindakan       sewajarnya     jika   jawapan
                        mereka adalah salah.
                        Membantu         dalam   pemahaman          di
                        mana      bahan     pembelajaran        dapat
                        difahami dengan baik dan cepat. Ini
                        kerana penggunaan grafik, animasi,
                        warna, muzik, simulasi dan dialog yang
                        akan mempercepatkan lagi proses
                        pemahaman konsep – konsep yang
                        ingin disampaikan.
                        Jangka     masa     pembelajaran         yang
                        pendek di mana pelajar berupaya
                        memahami sesuatu konsep dengan
                        lebih     cepat     berbanding         kaedah
                        tradisional.
                        Mutu dan perhatian di mana apabila


                                                                   15
Tugasan 3 Kajian Tinjauan




                                                   perhatian yang lebih dapat diberikan
                                                   kepada kepekaan seseorang pelajar.
                                                   Guru juga mempunyai masa yang lebih
                                                   untuk      memperbaiki             mutu       bahan
                                                   pengajaran.
                                                   Meringankan beban guru di mana
                                                   pelajara       yang           lemah           dapat
                                                   mengulangkaji         topik      yang        mereka
                                                   lambat       kuasai        dan       ini      dapat
                                                   meringankan        beban           guru       dalam
                                                   mengulangi isi pelajaran yang sama
                                                   berkali – kali.
                                                   Memupuk        sikap       positif      di    mana
                                                   kebanyakan               perisian            kursus
                                                   mempunyai         ciri     interaksi         dengan
                                                   pelajar       yang          sekaligus          akan
                                                   menggerakkan pelajar menjadi lebih
                                                   aktif dan dapat mengatasi sikap palajar
                                                   yang         negatif          serta           dapat
                                                   menggalakkan             pelajar      mengambil
                                                   bahagian          dalam            perhubungan
                                                   pelajaran.
                                                   Mengamalkan kemajuan pencapaian
                                                   pelajar di mana rekod – rekod yang
                                                   disimpan dalam program komputer
                                                   memudahkan                guru          membuat
                                                   pemantauan akan kemajuan pelajar.



Rajah 3.2 : Jadual Dapatan Kajian berdasarkan Maklumat Kajian Terdahulu

                                                                                                    16
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



                         PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


4.0    PERBINCANGAN



       Pengkaji memilih proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT kerana

pengkaji percaya melalui pengintegrsian teknologi yang dilakukan dapat menarik perhatian dan

minat pelajar dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping

itu, ia juga dapat mencapai salah satu objektif pengkaji iaitu mengenalpasti apakah kelebihan

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.


       Kajian tinjauan ini telah membuktikan yang guru – guru mempunyai pendedahan dan

pemahaman sedia ada tentang penggunaan ICT dan pelajar pula seronok dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT.Namun begitu, ekoran daripada

bebarapa kekangan seperti kekurangan peralatan, kekangan masa dan ketidaksesuaian

dengan isi pelajaran menyebabkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran agak terbatas.




4.1    IMPLIKASI DAN CADANGAN




       Kajian ini mempunyai implikasi yang postif kepada guru dan para pelajar serta sesi

pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru kini mempunyai pelbagai alternatif dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di mana bukan hanya bergantung pada kaedah lama iaitu ‘ chalk

and talk ’ tetapi boleh mevariasikan teknik pengajara yang boleh berpusatkan pelajar. Pelajar

boleh menerokai maklumat isi pelajaran dengan bimbingan guru.Penggunaan bahan bantu

mengajar yang menarik dapat merangsang minat belajar yang tinggi di kalangan pelajar.



                                                                                          17
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



       Pelajar dapat memahami sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan

mendalam.Cadangan pengkaji adalah sekiranya kajian ini diteruskan pada masa akan datang,

pengkaji akan mengintegrasikan teknologi dalam matapelajaran yang mempunyai banyak

konseptual dan eksperimental. Pengkaji juga berharap para guru dapat mempertingkatkan ilmu

pengetahuan dan sekaligus memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebih

daripada yang sepatutnya kepada para pelajar.




4.2    KESIMPULAN




       Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada pelajar dan guru

itu sendiri.Kita seharusnya sudah bersedia untu merubah fokus daripada pengajaran

berpusatkan guru kepada pengarajaran berpusatkan murid. Maka,setiap kekangan yang ada

haruslah di atasi dengan segera. Pihak yang berkuasa haruslah menyelesaikan setiap

permasalahan yang ada terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Dengan cara ini, semua

pihak akan dapat merasakan manfaat dan kelebihan dalam mendapatkan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang lebih kondusif, menarik dan berkesan.




                                                                                       18
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



                                   SENARAI RUJUKAN


Abdul Wahab, Kamaliah & Hasrina,( 2006 ). “Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan

Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes di Pulau

Pinang ”, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006


Faharol Razi Shaari, ( 1998 ), “ Psikologi Kognitif dalam Pembinaan Bahan Pengajaran

Pembelajaran Berbantukan Komputer ”, Jurnal IPDA, 5: 38–44


Gladwin, Margerison dan Walker ( 1990 ), “ Computer in Teaching Initiative ”, Education in

Chemistry, 27 ( 3 ) : 67


Husnan Khufadli, Nur Rawaidah Rahmat dan Sharidah Asman( 2010 ), “ Laman Sesawang dan

Kit Pembelajaran Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran ”, Mini Kajian

Tindakan, 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia, ( 2012 ). “ Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013 - 2025 ”, Sumber dari http://www.moe.edu.my, September 2012


Leng Mei Wei ( 1998 ), “ P & P Kimia Organik dalam Mata Pelajaran Kimia Melalui Perisian

Laman Web ”, Tesis Sarjana, UKM Bangi 1998.


Maswan. S, (2004 ). “ Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan

Pembelajaran ”, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institusi Perguruan Tuanku Bainun Pulau

Pinang, 2004


Miordarulikram, ( 2010 ). “ ICT dalam Pendidikan ”, Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah

Manjung, Sumber dari http://www.ppdmanjung.edu.my



                                                                                             19
Tugasan 3 Kajian Tinjauan



Mohd Majid Abdul Ghafar,(1992). “ Penyelidikan Pendidikan ”. Skudai, penerbit UTM


Nor Zubaidah Mohd Zain, ( 2005 ). “ Tahap Penggunaan Laman Web dalam Membantu Proses

Pembelajaran di Kalangan Pelajar – Pelajar Cacat Penglihatan di UM, UPSI dan UKM ”,

Kertas Kerja dibentang dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 dan

dikendalikan di Putrajaya, 6 – 7 December 2005


Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim, ( 2010 ). “ Penggunaan ICT dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru – Guru Pelatih UTM ”, Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2010


Rosenberg, M.J., ( 2000 ), “ E-Learning ”, New York : McGraw Hill


SMART Technologies EMEA, ( 2011 ). “ The History of Technology in Education ”, Sumber

dari http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s, 3 Oct 2011


Zackeriya, ( 1995 ). “ Teknologi Multimedia ”, Majalah PC, October – November : 22 - 23




                                                                                          20

More Related Content

What's hot

KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTModul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTNorazlin Mohd Rusdin
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIrma Gurlz
 
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daTeknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daRaudhah Alias
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )Mohd Norrazli Md Rasdi
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikErmahijra Kalam
 
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 

What's hot (16)

KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Borang kaji selidik
Borang kaji selidikBorang kaji selidik
Borang kaji selidik
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTModul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
 
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daTeknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP Matematik
 
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik DarabKeberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
 
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
 

Similar to Tugasan 3 kajian tinjauan

03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Powerpoint kpt 6044 ulasan jurnal 1 m20112001124
Powerpoint kpt 6044 ulasan jurnal 1 m20112001124Powerpoint kpt 6044 ulasan jurnal 1 m20112001124
Powerpoint kpt 6044 ulasan jurnal 1 m20112001124Mag Es
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Teknologi PDP Matematik
Teknologi PDP MatematikTeknologi PDP Matematik
Teknologi PDP Matematikikhwankmk92
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpNurul Atiyah
 
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIKShalina Mustaffa
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013Shauqi Ibrahim
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013Shauqi Ibrahim
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Present issues in usage of technology in p&p
Present issues in usage of technology in p&pPresent issues in usage of technology in p&p
Present issues in usage of technology in p&pNurul Iqah
 
Issues on Usage of Technology in Teaching and Learning
Issues on Usage of Technology in Teaching and LearningIssues on Usage of Technology in Teaching and Learning
Issues on Usage of Technology in Teaching and LearningNurul Iqah
 

Similar to Tugasan 3 kajian tinjauan (20)

03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Powerpoint kpt 6044 ulasan jurnal 1 m20112001124
Powerpoint kpt 6044 ulasan jurnal 1 m20112001124Powerpoint kpt 6044 ulasan jurnal 1 m20112001124
Powerpoint kpt 6044 ulasan jurnal 1 m20112001124
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Teknologi PDP Matematik
Teknologi PDP MatematikTeknologi PDP Matematik
Teknologi PDP Matematik
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdp
 
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Present issues in usage of technology in p&p
Present issues in usage of technology in p&pPresent issues in usage of technology in p&p
Present issues in usage of technology in p&p
 
Issues on Usage of Technology in Teaching and Learning
Issues on Usage of Technology in Teaching and LearningIssues on Usage of Technology in Teaching and Learning
Issues on Usage of Technology in Teaching and Learning
 
Krt3013 individu
Krt3013 individuKrt3013 individu
Krt3013 individu
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 

Tugasan 3 kajian tinjauan

  • 1. Tugasan 3 Kajian Tinjauan PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 4 : KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU – GURU SEKOLAH ZON LADANG DAERAH SUBIS SARAWAK NAME : TENGKU NORAINI BINTI MEGAT ABDULLAH STUDENT NO : M20111000250 LECTURER : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF HAJI GAPOR COURSE CODE : KPT 6044 ABSTRAK 1
  • 2. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT membolehkan aktiviti dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan ICT bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.Justeru itu, satu kajian tinjauan dijalankan di sekolah – sekolah kawasan zon ladang daerah Subis Sarawak.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru – guru sekolah luar bandar.Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kelemahan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan masalah- masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Sampel kajian terdiri daripada guru – guru yang mengajar di lapan buah sekolah dalam daerah tersebut.Kajian ini menggunakan tiga teknik tinjauan iaitu soal selidik, data dari kajian lepas dan temubual dengan beberapa orang guru.Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif.Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini adalah disebabkan oleh faktor- faktor seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul cuba dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah tersebut. Kata Kunci : Information Communication Technology ( ICT ), Kelebihan ICT, Kelemahan ICT, Masalah Penggunaan ICT, Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P) PENDAHULUAN 2
  • 3. Tugasan 3 Kajian Tinjauan 1.0 PENGENALAN Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan Information Communication Technology( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik computer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Ia selaras dengan usaha dan dasar kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang sedang memperluaskan kurikulum pendidikan berasaskan ICT dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan juga personel KPM. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital, interactive white boarddan lain-lain penggunaan ICT dalam bilik darjah. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu penggunaan Information Communication Technology(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer. Istilah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan computer ( Faharol Razi, 1998 ). Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan ICT. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 3
  • 4. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Di negara maju, penggunaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT telah diterima oleh tenaga pengajar dan juga pelajar dalam dunia pendidikan.Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh mempertingkatkan minat pelajar kepada setiap isi pelajaran yang dipelajari mereka. Namun begitu, sejauh manakah penggunaan ICT ini bagi sekolah di kawasan luar bandar?Itulah yang menjadi persoalan.Maka, ekoran daripada persoalan ini penggunaan ICT di sekolah luar bandar telah menarik perhatian pengkaji. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Pelajar – pelajar mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza – beza. Pelajar yang cerdas akanbelajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula lambat dalam mempelajari topik yang sukar untuk difahami.Oleh yang demikian, tumpuan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu pelajar yang lemah dan sekaligus dapat menarik minat mereka harus dilaksanakan. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1.3.1 OBJEKTIF UMUM Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru – guru di sekolah luar bandar iaitu daerah zon ladang, Subis Sarawak. 4
  • 5. Tugasan 3 Kajian Tinjauan 1.3.2 OBJEKTIF KHUSUS Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti : I. Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak. II. Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak. III. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak. 1.4 PERSOALAN KAJIAN 1.4.1 PERSOALAN KAJIAN UMUM Sejauh manakah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru – guru di sekolah luar bandar iaitu daerah zon ladang, Subis Sarawak ? 1.4.2 PERSOALAN KAJIAN KHUSUS I. Apakah kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ? II. Apakah kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ? 5
  • 6. Tugasan 3 Kajian Tinjauan III. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ? 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dapat membantu dalam : I. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajarandan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disampingmemperolehi pembelajaran yang bermakna. II. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengansuasana pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran. III. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaanICT dan seterusnya dapat memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. IV. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan pengkaji terhadap guru – guru di lapan buah sekolah di kawasan luar bandar iaitu zon ladang daerah Subis, Sarawak. Kajian ini juga terbatas kepada faktor- faktor seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual. Kekangan lain seperti faktor tempoh masa kajian yang agak terhad juga sedikit sebanyak membataskan kajian yang dijalankan. 6
  • 7. Tugasan 3 Kajian Tinjauan 1.7 KERANGKA KONSEP KAJIAN PENGGUNAAN ICT KOMPUTER LCD PROJECTOR OHP CD - ROM INTERNET COURSEWARE KELEBIHAN KELEMAHAN MASALAH Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian 1.8 DEFINISI ISTILAH Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang terperinci.Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajianini mungkin berbeza. Istilah-Istilah tersebut adalah seperti berikut : 1.8.1 Information Communication Technology ( ICT ) Kaedah yang digunakan untuk menyimpan, memindah, melindungi, memproses menyebar dan memaparkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. 1.8.2 Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) Tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama di antara guru serta pelajar. 7
  • 8. Tugasan 3 Kajian Tinjauan METODOLOGI 2.0 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauandaripada hasil temubual dan juga data – data daripada kajian terdahulu.Borang soal selidik berstruktur dan juga soalan – soalan temubual digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis Sarawak iaitu : Bil Nama Sekolah 1 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 1 2 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 2 3 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 3 4 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 4 5 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 5 6 Sekolah Kebangsaan Rumah Tinggi 7 Sekolah Kebangsaan Rumah Barat 8 Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas Rajah 2.1 : Senarai Sekolah Menurut MohdMajid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamatuntuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku.Temubual dilakukan untuk mengetahui secara langsung bagaimanacara gurugurudi sekolah zon ladang memilih teknik pengajaran dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual yang juga merupakan salah satu instrumen yang digunakandalam kajian ini adalahuntuk mendapatkan data yang berbentuk kualitatif dalam membantu penyelidik menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 8
  • 9. Tugasan 3 Kajian Tinjauan 2.1 TEMPAT KAJIAN Kajian ini dijalankan di sekolah – sekolah luar bandar iaitu sekolah zon ladang di daerah Subis, Sarawak seperti Rajah 2.1. 2.2 SAMPEL KAJIAN Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru di kawasan zon ladang untuk menjawab soalan soal selidik.Disebabkan penyelidik juga perlu menjalankan temubual secara individu danterperinci, maka hanya beberapa orang responden sahaja dipilih untuk ditemubual. 2.3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian adalah soalan soal – selidik, soalan temubual dan maklumat dari kajian terdahulu.Pemerhatian dan tinjauanmerupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung.Manakala temubual pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secaralangsung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan sertamasalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9
  • 10. Tugasan 3 Kajian Tinjauan DAPATAN KAJIAN 3.0 DAPATAN DARIPADA KAJI SELIDIK DAN TEMUBUAL Persoalan Dapatan Pemahaman guru Internet, komputer dan teknologi – Guru menggunakan kemudahan tentang ICT teknologi dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT Tidak selalu menggunakan kemudahan ICT dan hanya digunakan dalam Pengajaran untuk sesetengah tajuk danisi pelajaran yang dirasakan perlu dan Pembelajaran sahaja. Ada juga diantara mereka yang menggunakan kemudahan ICT sebulan sekali ekoran daripada kemudahan ICT yang hanya dibekalkan di bilik tayang sahaja dan penggunaan bilik itu adalah terhad mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sumber yang Laptop sendiri, LCD ,CD, tayangan video di bilik tayang. guruselalu gunakan Penggunaan ICT Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana dan kesesuaian sesetengah topik penggunaan ICT menyebabkan pelajar lebih susah dengan isi memahami tajuk yang diajar. pelajaran Dapat menarik minat murid untuk belajar kerana banyak animasi yang boleh memberikan tarikan kepada mereka supaya sentiasa Kelebihan memberi perhatian kepada tajuk yang diajar. Ianya juga dapat membantu proses pengajaran dan pembalajaran supaya lebih berkesan. 10
  • 11. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT. Adakalanya menggunakan ICT banyak membazirkan masa dari aspek Kelemahan pemasangan peralatan dan turut memerlukan masa tambahan untuk guru menerangkan semula isi – isi pelajaran yang tidak difahami murid dengan menggunakan kaedah tradisional. Penggunaan ICT ini juga menyebabkan murid yang lemah akan sedikit ketinggalan. Masalahdari aspek kekurangan peralatan ICT seperti makmal komputer yang tiada kelengkapan komputer yang mencukupi di dalamnya. Terdapat juga sekolah yang hanya mempunyai makmal komputer tetapi tiada komputer di dalamnya. Guru kebanyakannya menggunakan laptop peribadi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Laptop yang disediakan oleh pihak kementerian Masalah untuk sesebuah sekolah iaitu sebanyak 4 – 5 buah sahaja dan ianya perlu berkongsi dengan guru – guru lain. Kemudahan internet pula belum meluas dan kebanyakan guru lebih selesa menggunakan broadband sendiri. Penggunaan bilik tayang pula sangat terhad kerana haruslah mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak multimedia sekolah. Cara mengatasi Guru kebanyakannya menggunakan laptop peribadi untuk proses masalah tersebut pengajaran dan pembelajaran dan kebanyakan guru juga lebih selesa menggunakan broadband sendiri. Hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Namun begitu ia Bagaimana ICT dapat membantu dapat menarik perhatian murid untuk lebih seronok belajar dan lebih memberi tumpuan pada tajuk yang di pelajari. 11
  • 12. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Pelajar lebih berminat untuk belajar dan lebih memberikan Respon Pelajar perhatian. Kemudahan ICT LCD, CD, Bilik Tayangan, OHP, Komputer. yang disediakan oleh sekolah Adakah guru Tidak.Guru belum dibekalkan dengan kemudahan tersebut. Guru menggunakan courseware untuk hanya membuat soalan melalui rujukan – rujukan sendiri dan ianya membuat soalan akan disemak oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Sekolah ujian kepada pelajar ? sebelum diedar kepada pelajar. Rajah 3.1 : Jadual Dapatan Kajian berdasarkan Kaji Selidik dan Temubual 3.1 DAPATAN DARIPADA MAKLUMAT KAJIAN TERDAHULU Hasil Kajian Dapatan Pembelajaran yang menggunakan ICT seperti Nor Zubaidah Binti Abu Bakar ( 2005 ) mengandungi komponen – komponen yang menarik seperti foto album, tayangan video, buku nota pelajar dan nota pelajar yang menggunakan perisian power point dapat membantu dalam mempertingkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu subjek. 12
  • 13. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Bahrudin Mohd Bilal dan Muhammad Kasim ICT dapat membantu mengatasi kelemahan ( 2001 ) dalam kajian Husnan, Rawaidah dan pendidikan Sains yang diajar secara tradisional Sharidah ( 2010 ) serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Proses pengajaran dan pembelajaran melalui Maswan ( 2004 ) laman web dapat menyediakan peluang untuk menghantar dan mengakses maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik, animasi, audio dan video. Kaedah ini dapat mengelakkan pelajar daripada merasa bosan disamping dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran. Faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina ( 2006 ) personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Di samping itu faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah danbilangan bilik multimedia yang terhad Kassim, ( 2010 ) mempengaruhi penggunaan ICT. Penggunaan ICT ini boleh memudahkan pemahaman pelajar namun hanya dalam sesetengah tajuk sahaja. 13
  • 14. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Kebaikan penggunaan ICT di dalam pengajaran Gladwin, Margerison dan Walker ( 1990 ) dan pembelajaran berbanding kaedah tradisional adalah : Pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran disebabkan terdapat pemaparan grafik berwarna – warni yang dapat menarik perhatian pelajar. Penjelasan sesuatu konsep pelajaran lebih berkesan berbanding dengan cara melukis di papan hitam. Pengiraan yang kompleks dapat diselesaikan dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Pelajar dapat menjelajah skrin computer. Ini memberikan cara pembelajaran yang tidak dapat dilakukan melalui buku teks seterusnya secara langsung memberi peluang kepada pelajar supaya dapat membiasakan diri dengan teknologi. Zackeriya ( 1995 ) Pelajar sekolah berinteraksi melalui multimedia untuk memperoleh pengetahuan yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Leng Mei Wei ( 1998 ) Kelebihan penggunaan ICT secara umumnya dapat : Membantu pelajar yang lemah kerana 14
  • 15. Tugasan 3 Kajian Tinjauan pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Pelajar ini juga boleh mengulangi pelajaran sehingga berjaya memahami konsep – konsep yang diajar tanpa menggangu perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas. Mendapat maklumbalas yang cepat dimana semasa membuat latihan, pelajar akan mendapat maklumbalas yang cepat terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Dengan ini membolehkan pelajar mengambil tindakan sewajarnya jika jawapan mereka adalah salah. Membantu dalam pemahaman di mana bahan pembelajaran dapat difahami dengan baik dan cepat. Ini kerana penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog yang akan mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep – konsep yang ingin disampaikan. Jangka masa pembelajaran yang pendek di mana pelajar berupaya memahami sesuatu konsep dengan lebih cepat berbanding kaedah tradisional. Mutu dan perhatian di mana apabila 15
  • 16. Tugasan 3 Kajian Tinjauan perhatian yang lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan pengajaran. Meringankan beban guru di mana pelajara yang lemah dapat mengulangkaji topik yang mereka lambat kuasai dan ini dapat meringankan beban guru dalam mengulangi isi pelajaran yang sama berkali – kali. Memupuk sikap positif di mana kebanyakan perisian kursus mempunyai ciri interaksi dengan pelajar yang sekaligus akan menggerakkan pelajar menjadi lebih aktif dan dapat mengatasi sikap palajar yang negatif serta dapat menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran. Mengamalkan kemajuan pencapaian pelajar di mana rekod – rekod yang disimpan dalam program komputer memudahkan guru membuat pemantauan akan kemajuan pelajar. Rajah 3.2 : Jadual Dapatan Kajian berdasarkan Maklumat Kajian Terdahulu 16
  • 17. Tugasan 3 Kajian Tinjauan PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 4.0 PERBINCANGAN Pengkaji memilih proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT kerana pengkaji percaya melalui pengintegrsian teknologi yang dilakukan dapat menarik perhatian dan minat pelajar dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, ia juga dapat mencapai salah satu objektif pengkaji iaitu mengenalpasti apakah kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan ini telah membuktikan yang guru – guru mempunyai pendedahan dan pemahaman sedia ada tentang penggunaan ICT dan pelajar pula seronok dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT.Namun begitu, ekoran daripada bebarapa kekangan seperti kekurangan peralatan, kekangan masa dan ketidaksesuaian dengan isi pelajaran menyebabkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran agak terbatas. 4.1 IMPLIKASI DAN CADANGAN Kajian ini mempunyai implikasi yang postif kepada guru dan para pelajar serta sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru kini mempunyai pelbagai alternatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di mana bukan hanya bergantung pada kaedah lama iaitu ‘ chalk and talk ’ tetapi boleh mevariasikan teknik pengajara yang boleh berpusatkan pelajar. Pelajar boleh menerokai maklumat isi pelajaran dengan bimbingan guru.Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dapat merangsang minat belajar yang tinggi di kalangan pelajar. 17
  • 18. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Pelajar dapat memahami sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan mendalam.Cadangan pengkaji adalah sekiranya kajian ini diteruskan pada masa akan datang, pengkaji akan mengintegrasikan teknologi dalam matapelajaran yang mempunyai banyak konseptual dan eksperimental. Pengkaji juga berharap para guru dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan sekaligus memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebih daripada yang sepatutnya kepada para pelajar. 4.2 KESIMPULAN Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada pelajar dan guru itu sendiri.Kita seharusnya sudah bersedia untu merubah fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengarajaran berpusatkan murid. Maka,setiap kekangan yang ada haruslah di atasi dengan segera. Pihak yang berkuasa haruslah menyelesaikan setiap permasalahan yang ada terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Dengan cara ini, semua pihak akan dapat merasakan manfaat dan kelebihan dalam mendapatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif, menarik dan berkesan. 18
  • 19. Tugasan 3 Kajian Tinjauan SENARAI RUJUKAN Abdul Wahab, Kamaliah & Hasrina,( 2006 ). “Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes di Pulau Pinang ”, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006 Faharol Razi Shaari, ( 1998 ), “ Psikologi Kognitif dalam Pembinaan Bahan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ”, Jurnal IPDA, 5: 38–44 Gladwin, Margerison dan Walker ( 1990 ), “ Computer in Teaching Initiative ”, Education in Chemistry, 27 ( 3 ) : 67 Husnan Khufadli, Nur Rawaidah Rahmat dan Sharidah Asman( 2010 ), “ Laman Sesawang dan Kit Pembelajaran Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran ”, Mini Kajian Tindakan, 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia, ( 2012 ). “ Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 ”, Sumber dari http://www.moe.edu.my, September 2012 Leng Mei Wei ( 1998 ), “ P & P Kimia Organik dalam Mata Pelajaran Kimia Melalui Perisian Laman Web ”, Tesis Sarjana, UKM Bangi 1998. Maswan. S, (2004 ). “ Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran ”, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institusi Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang, 2004 Miordarulikram, ( 2010 ). “ ICT dalam Pendidikan ”, Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, Sumber dari http://www.ppdmanjung.edu.my 19
  • 20. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Mohd Majid Abdul Ghafar,(1992). “ Penyelidikan Pendidikan ”. Skudai, penerbit UTM Nor Zubaidah Mohd Zain, ( 2005 ). “ Tahap Penggunaan Laman Web dalam Membantu Proses Pembelajaran di Kalangan Pelajar – Pelajar Cacat Penglihatan di UM, UPSI dan UKM ”, Kertas Kerja dibentang dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 dan dikendalikan di Putrajaya, 6 – 7 December 2005 Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim, ( 2010 ). “ Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru – Guru Pelatih UTM ”, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2010 Rosenberg, M.J., ( 2000 ), “ E-Learning ”, New York : McGraw Hill SMART Technologies EMEA, ( 2011 ). “ The History of Technology in Education ”, Sumber dari http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s, 3 Oct 2011 Zackeriya, ( 1995 ). “ Teknologi Multimedia ”, Majalah PC, October – November : 22 - 23 20