SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
PENGENALAN

   “Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
   member peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan
 bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses
   pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui
 bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan
                  melalui pengalaman langsung secara semula jadi.”

                                                      (Huraian Pra Sekolah Kebangsaan, 2003)

Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat
menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-
kanak melakukan aktiviti kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah
satu keperluan. Melalui bermain, kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali
sebagai pembelajaran tidak formal.

       Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor
disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitu
main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah proses
aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu aktiviti bebas
dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan menentukan penglibatan
diri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan perasaan positif seperti gembira
dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa dan main juga mempunyai ciri-ciri
imaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak. Kepentingan aktiviti –aktiviti permainan bagi
kanak-kanak prasekolah dapat dilihat berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar
Melalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai
aspek iaitu fizikal, kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti
yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai
landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan
menggunakan objek di sekitarnya sebagai            lambang atau simbol sebenar mengikut
pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano & Tomasello,
2006; Tomasello& Haberl, 2003).

       Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanak
dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya
pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atau
yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula menjelaskan
bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang boleh
wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi permainan kreatif, ia memberi
peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens,2003;
Johnson,1999). Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam
kelas prasekolah (Johnson, 1999). Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub
kategori permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainan
kumpulan (Parten, 1932) dan terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujuk
kepada permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost,
1992).

         Parten (1932) mengkategorikan permainan           kepada beberapa kategori iaitu
Perlakuan Tidak Menentu (Unoccupied Behaviour) kanak-kanak tidak bermain dengan
sesiapa dan juga sebarang permainan, Main Sendirian (Solitary Play) kanak-kanak bermain
seorang diri tanpa melibatkan kanak-kanak lain), Main Pemerhatian (Onlooker play) kanak-
kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan
diri dalam permainan, Main Selari (Parallel Play) kanak-kanak bermain bersendirian tetapi
dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yang
serupa, Main Asosiatif (Associative Play) kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu
sama lain, menggunakan alatan        yang sama tetapi mereka tidak berkongsi) dan Main
Koperatif (Cooperative play) Melibatkan permainan yang agak komplek, berkongsi
alat,wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif.

         Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti
permainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan,
permainan fizikal permainan kreatif, permainan dramatik, permainan berstruktur dan
permainan bebas. Berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932),
kajian Hamzah Dadu (1994) yang dan aktiviti main yang disenaraikan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah, pengkaji
telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu
berstruktur,fizikal,kreatif, kumpulan, imaginatif dan bebas.
1.   Identify the type of play that you want to observe. (10m)
     Kenal pasti jenis main yang kamu ingin buat pemerhatian. (10m)

     Untuk kerja kursus ini, saya telah merancang untuk membuat pemerhatian terhadap
murid Pra Sekolah Gemilang, SK Kampung Cheras baru dalam melakukan aktiviti main
kooperatif (cooperative play). Main Kooperatif ialah jenis permainan yang melibatkan
sekumpulan kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama
dan berkongsi aktiviti. Menurut Piaget, pembelajaran bermakna memerlukan masa „untuk
memainkannya dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu, kanak-
kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamat. Main
kooperatif boleh dimulakan oleh sekumpulan kanak-kanak itu sendiri atau melaluli arahan
guru. Main Kooperatif ini sangat sesuai dijalankan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun
ke atas. Aktiviti Main Kooperatif ini biasanya merupakan aktiviti permainan yang dirancang
dan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh kanak-kanak prasekolah untuk mencapai
matlamat atau hasil permainan.
2.   Video tape the play activity that you observed.
     Buat rakaman video terhadap aktiviti main yang diperhatikan.
3.   Describe in writing, the play that you have video taped and disscuss it benefits and how
     this support the development of young children. (20m)

     Jelaskan dalam bentuk penulisan tentang main yang dirakam dan faedahnya dalam
     membentuk perkembangan kanak-kanak. (20m)

    Tajuk main kooperatif yang saya rancang dan jalankan bersama guru pra sekolah ialah
permainan “ Tin-Tin Tumbang”. Permainan ini dijalankan di luar kelas pras sekolah dan
mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk menjayakannya. Murid-murid prasekolah
dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli. Objektif
permainan ini ialah setiap kumpulan perlulah menjatuhkan seberapa banyak tin yang disusun.
Permainan ini memerlukan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan untuk mendapatkan
keputusan yang baik. Setiap ahli kumpulan perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan
ketika membuat balingan ke arah susunan tin. Mereka juga perlu memberi sokongan kepada
ahli pasukan masing-masing untuk memberi semangat. Permainan ini juga memerlukan
pemain untuk mematuhi arahan yang disediakan iaitu setiap pemain perlu membuat balingan
di dalam gelung rotang yang disediakan, pemain hanya boleh membuat balingan sebanyak
sekali bagi setiap pusingan secara bergilir-gilir, dan kumpulan yang menang ditentukan
melalui jumlah jatuhan tin yang telah dibuat. Permainan “Tin-Tin Tumbang” merupakan
salah satu aktiviti main kooperatif yang amat seronok dan berkesan dalam membentuk
perkembangan kanak-kanak prasekolah.
        Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan murid-murid dari segi fizikal
bahasa, sosioemosi dan juga kognitif mereka. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat
pengalaman untuk berkerjasama sesama ahli kumpulan untuk bersaing dengan kumpulan
lain. Berikut adalah faedah-faedah permainan ini dari segi fizikal, bahasa, sosioemosi dan
kognitif murid-murid;

Dari segi perkembangan fizikal murid-murid,

     (a) Semasa permainan ini, murid-murid menggunakan bahagian-bahagian anggota badan
         mereka seperti tangan, kaki dan mata untuk bergerak. Murid-murid juga berasa
         seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan
         mereka untuk bersenam. Aktiviti-aktiviti membaling dan menangkap bola
         membolehkan murid-murid membentuk perkembangan motor halus dan motor kasar
         mereka. Seterusnya, ianya juga dapat mambantu murid-murid untuk membentuk
         koordinasi dan pergerakan mata serta tangan mereka ketika membuat balingan.
         Permainan ini juga dapat meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan anggota
         tubuh badan murid-murid. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan
         mereka melalui aktiviti fizikal seperti ini.

Dari segi perkembangan bahasa murid-murid,

     (a) Permainan yang dijalankan merupakan cara yang paling berkesan untuk
         meningkatkan perkembangan bahasa murid-murid. Melalui permainan ini, murid-
         murid berinteraksi secara lisan atau menggunakan pergerakan tubuh untuk
berkomunikasi sesama mereka dan juga guru. Interaksi seperti ini merupakan aspek
       yang sangat penting untuk membentuk hubungan sosial antara mereka.

Dari segi perkembangan sosioemosi murid-murid;

   (a) Murid-murid juga dapat belajar untuk mengadakan hubungan sosial sesama mereka
       melalui permainan ini. Sebagai contoh, Murid-murid perlu memberi sokongan kepada
       ahli pasukan mereka untuk memenangi permainan atau pertandingan yang disertai.
       Untuk bermain dengan jayanya, murid-murid perlu berkomunikasi dengan rakan-
       rakan mereka dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba
       disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan
       bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan
       komunikasi dan bahasa murid-murid.
   (b) Melalui permainan ini juga, murid-murid belajar untuk menyelesaikan masalah yang
       berlaku. Mereka berkolaborasi sesama ahli kumpulan mereka untuk menjatuhkan
       seberapa banyak sususan tin yang boleh dengan menggunakan ketepatan dan teknik
       yang betul. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih bersemangat dan bersungguh-
       sungguh untuk menjatuhkan susunan tin seberapa banyak yang boleh.
   (c) Murid-murid juga dapat belajar untuk menjadi pemimpin dan pengikut. Dalam
       permainan ini, kumpulan murid-murid ini akan dibimbing oleh guru untuk melantik
       seorang ketua bagi setiap kumpulan masing-masing. Apabila permainan dijalankan,
       ahli kumpulan akan mematuhi arahan ketua dan ketua memainkan peranan penting
       untuk memberi semangat kepada ahli kumpulannya. Namun begitu, murid-murid di
       peringkat pra sekolah ini perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang peranan
       seorang ketua dalam permainan ini.
   (d) Permainan ini juga membolehkan murid-murid belajar untuk bekerjasama dan
       bertolak ansur. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu bekerjasama untuk membuat
       balingan yang tepat ke arah susunan tin supaya dapat menjatuhkan tin tersebut dengan
       jumlah yang banyak. Mereka juga perlu bertolak ansur dan memberi semangat kepada
       ahli pasukan mereka sekiranya tidak dapat membuat balingan yang baik dan jatuhan
       tin yang banyak.

Dari segi perkembangan kognitif murid-murid pula, bermain dapat member kesan ke atas
perkembangan kognitif murid-murid. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses
pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya, Kegunaan permainan ini dari
segi perkembangan kognitif murid-murid adalah;

   (a) Membantu murid-murid dalam perkembangan intelek. Secara tidak langsung
       permainan ini membantu murid-murid dalam perkembangan inteleknya seperti
       memahami konsep awal matematik dan belajar memerhati situasi yang berlaku
       disekelilingnya. Konsep awal yang digunakan dalam permainan ini ialah konsep
       nombor dan operasi nombor. Sebagai contoh, setiap kumpulan perlu mengira jumlah
       jatuhan tin yang telah dibuat.
Assment saadah aku

More Related Content

What's hot

Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaDurratul Aini
 
Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)
Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)
Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)Gentiruk Terry
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakWan Amir Wan
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 

What's hot (7)

Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)
Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)
Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Terapi main
Terapi mainTerapi main
Terapi main
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 

Viewers also liked

KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN DIGITAL
KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN  DIGITAL KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN  DIGITAL
KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN DIGITAL Laili Farhana M.I.
 
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaranAplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaransk zainab 2
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
The College Of Saint Rose Passion Campaign
The College Of Saint Rose Passion CampaignThe College Of Saint Rose Passion Campaign
The College Of Saint Rose Passion CampaignLuke_33
 
Step by step guidance general overview final_new
Step by step guidance general overview final_newStep by step guidance general overview final_new
Step by step guidance general overview final_neweTwinning Europe
 
About wave pad sound editor masters edition
About wave pad sound editor masters editionAbout wave pad sound editor masters edition
About wave pad sound editor masters editionwindowsprogramfiles
 
Annual Report - Mr. Pravin Ujjain
Annual Report - Mr. Pravin UjjainAnnual Report - Mr. Pravin Ujjain
Annual Report - Mr. Pravin Ujjainabciindia
 
31 lr high_l_feb_2012_staar_public[1]
31 lr high_l_feb_2012_staar_public[1]31 lr high_l_feb_2012_staar_public[1]
31 lr high_l_feb_2012_staar_public[1]Lasermed Tic
 
Imagerをつかってみた
ImagerをつかってみたImagerをつかってみた
ImagerをつかってみたTohru Shinohara
 
Uru Cure Carnaval 2012 Rio Cuarto
Uru Cure Carnaval 2012 Rio CuartoUru Cure Carnaval 2012 Rio Cuarto
Uru Cure Carnaval 2012 Rio Cuartojcoria
 
мамаев даниил воронеж
мамаев даниил воронежмамаев даниил воронеж
мамаев даниил воронежklepa.ru
 
Presentacia
PresentaciaPresentacia
Presentaciaklepa.ru
 
Статья журнал Фотоника - Аддитивные технологии Часть 1. - Металл
Статья журнал Фотоника - Аддитивные технологии Часть 1. - МеталлСтатья журнал Фотоника - Аддитивные технологии Часть 1. - Металл
Статья журнал Фотоника - Аддитивные технологии Часть 1. - МеталлMaxim Makarov
 
Credit Card Product Update: 2014 Overview
Credit Card Product Update: 2014 OverviewCredit Card Product Update: 2014 Overview
Credit Card Product Update: 2014 OverviewCorporate Insight
 
Medweb’s Telemedicine Solution
Medweb’s Telemedicine SolutionMedweb’s Telemedicine Solution
Medweb’s Telemedicine SolutionPeter Killcommons
 

Viewers also liked (19)

KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN DIGITAL
KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN  DIGITAL KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN  DIGITAL
KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN DIGITAL
 
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaranAplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
The College Of Saint Rose Passion Campaign
The College Of Saint Rose Passion CampaignThe College Of Saint Rose Passion Campaign
The College Of Saint Rose Passion Campaign
 
Step by step guidance general overview final_new
Step by step guidance general overview final_newStep by step guidance general overview final_new
Step by step guidance general overview final_new
 
About wave pad sound editor masters edition
About wave pad sound editor masters editionAbout wave pad sound editor masters edition
About wave pad sound editor masters edition
 
Annual Report - Mr. Pravin Ujjain
Annual Report - Mr. Pravin UjjainAnnual Report - Mr. Pravin Ujjain
Annual Report - Mr. Pravin Ujjain
 
31 lr high_l_feb_2012_staar_public[1]
31 lr high_l_feb_2012_staar_public[1]31 lr high_l_feb_2012_staar_public[1]
31 lr high_l_feb_2012_staar_public[1]
 
Victus dosya 2
Victus dosya 2Victus dosya 2
Victus dosya 2
 
Imagerをつかってみた
ImagerをつかってみたImagerをつかってみた
Imagerをつかってみた
 
Uru Cure Carnaval 2012 Rio Cuarto
Uru Cure Carnaval 2012 Rio CuartoUru Cure Carnaval 2012 Rio Cuarto
Uru Cure Carnaval 2012 Rio Cuarto
 
мамаев даниил воронеж
мамаев даниил воронежмамаев даниил воронеж
мамаев даниил воронеж
 
Presentacia
PresentaciaPresentacia
Presentacia
 
Статья журнал Фотоника - Аддитивные технологии Часть 1. - Металл
Статья журнал Фотоника - Аддитивные технологии Часть 1. - МеталлСтатья журнал Фотоника - Аддитивные технологии Часть 1. - Металл
Статья журнал Фотоника - Аддитивные технологии Часть 1. - Металл
 
Credit Card Product Update: 2014 Overview
Credit Card Product Update: 2014 OverviewCredit Card Product Update: 2014 Overview
Credit Card Product Update: 2014 Overview
 
Story of a girl
Story of a girlStory of a girl
Story of a girl
 
Portfolio
PortfolioPortfolio
Portfolio
 
Medweb’s Telemedicine Solution
Medweb’s Telemedicine SolutionMedweb’s Telemedicine Solution
Medweb’s Telemedicine Solution
 

Similar to Assment saadah aku

Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
Kaedah pengajaran
Kaedah pengajaranKaedah pengajaran
Kaedah pengajaranchooeinsan
 
Tugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tugasan Pemikiran Kritis dan KreatifTugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tugasan Pemikiran Kritis dan KreatifZuzan Michael Japang
 
16662433 teknik-main-sambil-belajar-090630201520-phpapp01
16662433 teknik-main-sambil-belajar-090630201520-phpapp0116662433 teknik-main-sambil-belajar-090630201520-phpapp01
16662433 teknik-main-sambil-belajar-090630201520-phpapp01Suhaiza Su
 
Unit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologiUnit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologinurshila ahmad
 
Presentation tugasan 1
Presentation tugasan 1Presentation tugasan 1
Presentation tugasan 1nurrasyiqah
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baruJamaliah Hashim
 
Tugasan 1 (analisis jurnal)
Tugasan 1 (analisis jurnal)Tugasan 1 (analisis jurnal)
Tugasan 1 (analisis jurnal)nurrasyiqah
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permataNooraidy
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanAinalita Zazni Adnan
 

Similar to Assment saadah aku (20)

Article Text-610.pdf
Article Text-610.pdfArticle Text-610.pdf
Article Text-610.pdf
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Permainan Mesra Budaya
Permainan Mesra BudayaPermainan Mesra Budaya
Permainan Mesra Budaya
 
Kaedah pengajaran
Kaedah pengajaranKaedah pengajaran
Kaedah pengajaran
 
Tugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tugasan Pemikiran Kritis dan KreatifTugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
 
Rekreasi matematik
Rekreasi matematikRekreasi matematik
Rekreasi matematik
 
16662433 teknik-main-sambil-belajar-090630201520-phpapp01
16662433 teknik-main-sambil-belajar-090630201520-phpapp0116662433 teknik-main-sambil-belajar-090630201520-phpapp01
16662433 teknik-main-sambil-belajar-090630201520-phpapp01
 
Unit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologiUnit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologi
 
6 curr frame work ok
6 curr frame work ok6 curr frame work ok
6 curr frame work ok
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Presentation tugasan 1
Presentation tugasan 1Presentation tugasan 1
Presentation tugasan 1
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Tugasan 1 (analisis jurnal)
Tugasan 1 (analisis jurnal)Tugasan 1 (analisis jurnal)
Tugasan 1 (analisis jurnal)
 
TOPIK 5.ppt
TOPIK 5.pptTOPIK 5.ppt
TOPIK 5.ppt
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1
 
Alam belajar
Alam belajarAlam belajar
Alam belajar
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 

Assment saadah aku

  • 1. PENGENALAN “Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi member peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.” (Huraian Pra Sekolah Kebangsaan, 2003) Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak- kanak melakukan aktiviti kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain, kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitu main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah proses aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu aktiviti bebas dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan menentukan penglibatan diri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan perasaan positif seperti gembira dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa dan main juga mempunyai ciri-ciri imaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak. Kepentingan aktiviti –aktiviti permainan bagi kanak-kanak prasekolah dapat dilihat berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal, kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano & Tomasello, 2006; Tomasello& Haberl, 2003). Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya
  • 2. pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atau yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula menjelaskan bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang boleh wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi permainan kreatif, ia memberi peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens,2003; Johnson,1999). Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam kelas prasekolah (Johnson, 1999). Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub kategori permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainan kumpulan (Parten, 1932) dan terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujuk kepada permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost, 1992). Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaitu Perlakuan Tidak Menentu (Unoccupied Behaviour) kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa dan juga sebarang permainan, Main Sendirian (Solitary Play) kanak-kanak bermain seorang diri tanpa melibatkan kanak-kanak lain), Main Pemerhatian (Onlooker play) kanak- kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan, Main Selari (Parallel Play) kanak-kanak bermain bersendirian tetapi dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yang serupa, Main Asosiatif (Associative Play) kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain, menggunakan alatan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi) dan Main Koperatif (Cooperative play) Melibatkan permainan yang agak komplek, berkongsi alat,wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif. Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan, permainan fizikal permainan kreatif, permainan dramatik, permainan berstruktur dan permainan bebas. Berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932), kajian Hamzah Dadu (1994) yang dan aktiviti main yang disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah, pengkaji telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu berstruktur,fizikal,kreatif, kumpulan, imaginatif dan bebas.
  • 3. 1. Identify the type of play that you want to observe. (10m) Kenal pasti jenis main yang kamu ingin buat pemerhatian. (10m) Untuk kerja kursus ini, saya telah merancang untuk membuat pemerhatian terhadap murid Pra Sekolah Gemilang, SK Kampung Cheras baru dalam melakukan aktiviti main kooperatif (cooperative play). Main Kooperatif ialah jenis permainan yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Menurut Piaget, pembelajaran bermakna memerlukan masa „untuk memainkannya dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu, kanak- kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamat. Main kooperatif boleh dimulakan oleh sekumpulan kanak-kanak itu sendiri atau melaluli arahan guru. Main Kooperatif ini sangat sesuai dijalankan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas. Aktiviti Main Kooperatif ini biasanya merupakan aktiviti permainan yang dirancang dan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh kanak-kanak prasekolah untuk mencapai matlamat atau hasil permainan.
  • 4. 2. Video tape the play activity that you observed. Buat rakaman video terhadap aktiviti main yang diperhatikan.
  • 5. 3. Describe in writing, the play that you have video taped and disscuss it benefits and how this support the development of young children. (20m) Jelaskan dalam bentuk penulisan tentang main yang dirakam dan faedahnya dalam membentuk perkembangan kanak-kanak. (20m) Tajuk main kooperatif yang saya rancang dan jalankan bersama guru pra sekolah ialah permainan “ Tin-Tin Tumbang”. Permainan ini dijalankan di luar kelas pras sekolah dan mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk menjayakannya. Murid-murid prasekolah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli. Objektif permainan ini ialah setiap kumpulan perlulah menjatuhkan seberapa banyak tin yang disusun. Permainan ini memerlukan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Setiap ahli kumpulan perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan ketika membuat balingan ke arah susunan tin. Mereka juga perlu memberi sokongan kepada ahli pasukan masing-masing untuk memberi semangat. Permainan ini juga memerlukan pemain untuk mematuhi arahan yang disediakan iaitu setiap pemain perlu membuat balingan di dalam gelung rotang yang disediakan, pemain hanya boleh membuat balingan sebanyak sekali bagi setiap pusingan secara bergilir-gilir, dan kumpulan yang menang ditentukan melalui jumlah jatuhan tin yang telah dibuat. Permainan “Tin-Tin Tumbang” merupakan salah satu aktiviti main kooperatif yang amat seronok dan berkesan dalam membentuk perkembangan kanak-kanak prasekolah. Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan murid-murid dari segi fizikal bahasa, sosioemosi dan juga kognitif mereka. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat pengalaman untuk berkerjasama sesama ahli kumpulan untuk bersaing dengan kumpulan lain. Berikut adalah faedah-faedah permainan ini dari segi fizikal, bahasa, sosioemosi dan kognitif murid-murid; Dari segi perkembangan fizikal murid-murid, (a) Semasa permainan ini, murid-murid menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka seperti tangan, kaki dan mata untuk bergerak. Murid-murid juga berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Aktiviti-aktiviti membaling dan menangkap bola membolehkan murid-murid membentuk perkembangan motor halus dan motor kasar mereka. Seterusnya, ianya juga dapat mambantu murid-murid untuk membentuk koordinasi dan pergerakan mata serta tangan mereka ketika membuat balingan. Permainan ini juga dapat meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan anggota tubuh badan murid-murid. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan mereka melalui aktiviti fizikal seperti ini. Dari segi perkembangan bahasa murid-murid, (a) Permainan yang dijalankan merupakan cara yang paling berkesan untuk meningkatkan perkembangan bahasa murid-murid. Melalui permainan ini, murid- murid berinteraksi secara lisan atau menggunakan pergerakan tubuh untuk
  • 6. berkomunikasi sesama mereka dan juga guru. Interaksi seperti ini merupakan aspek yang sangat penting untuk membentuk hubungan sosial antara mereka. Dari segi perkembangan sosioemosi murid-murid; (a) Murid-murid juga dapat belajar untuk mengadakan hubungan sosial sesama mereka melalui permainan ini. Sebagai contoh, Murid-murid perlu memberi sokongan kepada ahli pasukan mereka untuk memenangi permainan atau pertandingan yang disertai. Untuk bermain dengan jayanya, murid-murid perlu berkomunikasi dengan rakan- rakan mereka dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa murid-murid. (b) Melalui permainan ini juga, murid-murid belajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Mereka berkolaborasi sesama ahli kumpulan mereka untuk menjatuhkan seberapa banyak sususan tin yang boleh dengan menggunakan ketepatan dan teknik yang betul. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih bersemangat dan bersungguh- sungguh untuk menjatuhkan susunan tin seberapa banyak yang boleh. (c) Murid-murid juga dapat belajar untuk menjadi pemimpin dan pengikut. Dalam permainan ini, kumpulan murid-murid ini akan dibimbing oleh guru untuk melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan masing-masing. Apabila permainan dijalankan, ahli kumpulan akan mematuhi arahan ketua dan ketua memainkan peranan penting untuk memberi semangat kepada ahli kumpulannya. Namun begitu, murid-murid di peringkat pra sekolah ini perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang peranan seorang ketua dalam permainan ini. (d) Permainan ini juga membolehkan murid-murid belajar untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu bekerjasama untuk membuat balingan yang tepat ke arah susunan tin supaya dapat menjatuhkan tin tersebut dengan jumlah yang banyak. Mereka juga perlu bertolak ansur dan memberi semangat kepada ahli pasukan mereka sekiranya tidak dapat membuat balingan yang baik dan jatuhan tin yang banyak. Dari segi perkembangan kognitif murid-murid pula, bermain dapat member kesan ke atas perkembangan kognitif murid-murid. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya, Kegunaan permainan ini dari segi perkembangan kognitif murid-murid adalah; (a) Membantu murid-murid dalam perkembangan intelek. Secara tidak langsung permainan ini membantu murid-murid dalam perkembangan inteleknya seperti memahami konsep awal matematik dan belajar memerhati situasi yang berlaku disekelilingnya. Konsep awal yang digunakan dalam permainan ini ialah konsep nombor dan operasi nombor. Sebagai contoh, setiap kumpulan perlu mengira jumlah jatuhan tin yang telah dibuat.