Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Sampel soalan kajian tindakan 1 2012
1. SAMPEL
KERTAS INI MENGANDUNGI 18 HALAMAN BERCETAK
DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2012
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(SEKOLAH RENDAH)
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1- KAEDAH
NO. KOD : TARIKH:
ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit
PUSAT :
ARAHAN KEPADA CALON
1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A : 20 soalan objektif
Bahagian B : 4 soalan struktur
Bahagian C : 3 soalan esei
2. Jawab semua soalan Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C
3. Jawab soalan:
Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan.
Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan.
Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.
4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman depan ini dan
diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan.tamat
Kertas jawapan yang tidak dihantar bersama setelah tamat masa
peperiksaan tidak akan diperiksa
5. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat
6. Masa tambahan 10 minit diberikan untuk calon membaca soalan sebelum
menjawab
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
BAHAGIAN NO. SOALAN /MARKAH JUMLAH
A
(20 markah)
1-20
B
(40 markah)
1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b
C
(40 markah)
1 2 3
JUMLAH KESELURUHAN
2. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
2 SULIT
BAHAGIAN A
( 20 markah )
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1. Jenis kajian tiindakan mengikut Creswell (2008) adalah berasaskan
(A) dasar
(B) amalan
(C) matlamat
(D) keperluan
2. Penyelidikan tindakan berbeza dengan penyelidikan jenis lain kerana
(A) data dianalisis untuk menjawab persoalan kajian
(B) data dikumpul oleh guru dengan menggunakan kaedah sesuai
(C) laporan penyelidikan tindakan dijadikan bahan rujukan untuk guru lain
(D) penyelidikan dijalankan oleh guru sendiri untuk memperbaiki amalan
dalam bilik darjah
3. Apabila seorang penyelidik membuat suatu rumusan kajian berasaskan data
dan hipotesis, penyelidik itu melakukan
(A) Peramalan
(B) Interpolasi linear
(C) Statistik perihalan
(D) Statistik inferensi
3. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
3 SULIT
4. Semasa menentukan masalah kajian tindakan, antara prinsip yang perlu
diikuti ialah
I. masalah dinyatakan dalam bentuk persoalan dan boleh diuji
secara empiris
II. kaedah yang digunakan haruslah menghasilkan maklumat yang
sah dan boleh dipercayai
III. kaedah pengumpulan data tidak memerlukan masa yang terlalu
lama
IV. kajian yang dijalankan tidak mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran
V. menumpukan perhubungan sekurang-kurangnya 2 keadaan
atau pembolehubah
(A) I dan II sahaja
(B) III dan V sahaja
(C) II, III dan IV sahaja
(D) I, IV dan V sahaja
5. Semasa menjalankan kajian tindakan, refleksi dilakukan bertujuan untuk.
I. memahami kewujudan sesuatu masalah
II. menyelesaikan masalah kajian secara takulan
III. memperihalkan permasalahan kajian secara lanjut
IV. mengetahui tahap keseriusan masalah yang hendak dikaji
V. memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung
(A) I dan II sahaja
(B) III dan V sahaja
(C) II, III dan IV sahaja
(D) I, IV dan V sahaja
4. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
4 SULIT
Untuk soalan 6- 8
Seorang penyelidik ingin mendapatkan data pelajar-pelajar disebuah sekolah
berasaskan tujuh pembolehubah berikut
Bil. pembolehubah Bil. Pembolehubah
I Jantina V Keturunan
II Umur VI Sangat tidak bersetuju,tidak
setuju,tidak pasti,setuju, sangat setuju
III Lokasi tempat tinggal VII Markah ujian
IV Pendapatan keluarga
6. Pembolehubah jenis nisbah ialah
(A) II dan IV
(B) II dan VII
(C) II,IV dan VI
(D) II,IV dan VII
7. Pembolehubah VI adalah pembolehubah jenis
(A) ordinal
(B) nominal
(C) nisbah/ratio
(D) interval/sela
8. Pembolehubah yang manakah nilai sifarnya tidak mutlak
(A) II sahaja
(B) IV sahaja
(C) VI sahaja
(D) VII sahaja
5. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
5 SULIT
9. Penyelidik yang kritis biasanya prihatin kepada aspek berikut.
(A) Tidak menggunakan statistik
(B) Apa yang penyelidik ambil peluang
(C) Bagaimana penyelidikan itu didapati
(C) Mengamalkan kaedah penyelidikan yang beretika
10. Manakah antara berikut penyelidikan berbentuk eksperimen?
(A) Kajian ciri-ciri kejayaan kepemimpinan Guru Besar Sekolah Rendah
(B) Kajian untuk menentukan adakah Ibubapa memberikan lebih nilai
sosial
(C). Kajian untuk mencari adakah penggunaan peta konsep dapat
meningkatkan pencapaian
(D) Kajian perbandingan tahap kolesterol antara orang yang makan sayur-
sayuran dan orang yang makan daging
11. Kajian Kulitatif biasanya berasaskan kepada andaian
(A) fakta dan perasaan tidak boleh dipisahkan
(B) fakta dan perasaan boleh dipisahkan, dan dunia dibina oleh pelbagai
realiti.
(C) dunia dibina oleh pelbagai realiti, sosial dipengaruhi perbezaan
individu yang sama situasi.
(D) fakta dan perasaan boleh dipisahkan dan dunia dibina oleh fakta
yang boleh diperolehi
6. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
6 SULIT
12. satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkahlaku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Ini merujuk kepada:
(A) Potfolio
(B) Anetdot
(C) Senarai semak
(D) Rekod berterusan
13. Hasil kajian boleh disebarkan kepada penggunaan umum secara paling
berkesan ialah
(A) seminar
(B) hebahan
(C) edaran pamplet
(D) penerbitan jurnal
14. Data-data kajian boleh dipungut dengan berbagai cara, kaedah pungutan
data yang paling sesuai bagi kajian kuantitatif ialah
(A) temubual
(B) soal selidik
(C) temuramah.
(D) pemerhatian
7. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
7 SULIT
15. Kaedah pengumpulan data di bawah adalah sesuai untuk kajian tindakan.
i. Tinjauan
ii. Soal selidik
iii. Laporan jurnal
iv. Borang catatan temubual
v. Laporan daripada beberapa pihak
(A) I dan II sahaja
(B) II dan V sahaja
(C) II, III dan IV sahaja
(D) I, IV dan V sahaja
16. Kesahan sesuatu peramal boleh ditentukan melalui
(A) Kaedah Bahagi Dua
(B) Kaedah Penentuan
(C) Kesahan Kandungan
(D) Kesahan Uji Semula
17. Seseorang yang menjalankan kajian tindakan perlulah mematuhi etika dalam
kajian tindakan. Antara di bawah yang manakah BUKAN etika kajian
tindakan.
(A) Mengelakkan sebarang kemudaratan kepada subjek
(B) Menghormati kerahsiaan maklumat dan identiti subjek
(C) Penyertaan subjek adalah atas kesediaan sendiri dan tidak dipaksa
(D) Kajian direka dan dijalankan untuk mencapai matlamat ditetapkan
penyelidik.
8. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
8 SULIT
18. Antara berikut yang manakah bukan kriteria dalam menentukan fokus kajian.
(A) kesahan
(B) kerelevanan
(C) keserasian
(D) kebolehurusan
19. Terdapat beberapa model yang boleh kita ikuti dalam menjalankan Kajian
Tindakan, model manakah yang menekankan kepada pendekatan spiral.
(A) Model Kurt Lewin
(B) Model Jean Mcniff
(C) Model John Elliott
(D) Model Stephen Kemmis
20. Susunkan langkah-langkah penyelidikan tindakan di bawah mengikut Model
Kurt Lewin.
i. Pencarian fakta
ii. Perancangan pelan tindakan
iii. Mengenal pasti idea
iv. Penilaian tindakan yang diambil
v. Pelaksanaan tindakan
(A) i , ii, iii, iv dan v sahaja
(B) iii, I, ii, v dan iv sahaja
(C) i, iii, ii, v dan iv sahaja
(D) iii, ii, i, v dan iv sahaja
9. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
9 SULIT
BAHAGIAN B
( 40 markah )
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1. Penyelidikan Tindakan boleh dikenalpasti berdasarkan beberapa ciri tertentu.
Nyatakan lima ciri Penyelidkan Tindakan.
(a) ________________________________________________________
(b) ________________________________________________________
(c) ________________________________________________________
(d) ________________________________________________________
(e) ________________________________________________________
5 x 2 = 10 [10 markah]
2. Penyelidikan Tindakan perlulah dijalankan mengikut proses yang biasa
dijalankan bagi menentukan kejayaan penyelidikan tersebut. Nyatakan empat
peringkat proses Penyelidikan Tindakan mengikut urutan.
(a) ________________________________________________________
(b) ________________________________________________________
(c) ________________________________________________________
(d) ________________________________________________________
4 x 2.5 = 10 [10 markah]
10. No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________
10 SULIT
3. Penyelidikan kualitatif kini semakin digemari dalam memahami proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Nyatakan
empat jenis cara pengumpulan data kajian kualitatif yang biasa dijalankan
(a) ________________________________________________________
(b) ________________________________________________________
(c) ________________________________________________________
(d) ________________________________________________________
4 x 2.5 = 10 [10 markah]
4. Berdasarkan Model Stephen Kemmis, rancangkan secara ringkas lima
langkah kajian mengikut susunan satu kajian mengenai isu pendidikan pra
sekolah.
(a) ________________________________________________________
(b) ________________________________________________________
(c) ________________________________________________________
(d) ________________________________________________________
5 x 2 = 10 [10 markah]
11. No. Kod : 3113
11 SULIT
BAHAGIAN C
( 40 markah )
Jawab dua soalan dalam bahagian ini
1. Refleksi daripada satu isu atau masalah yang dihadapi sepanjang 12 minggu
praktikum di sekolah, tulis satu ringkasan proposal kajian tindakan
berasaskan kepada
Pernyataan masalah
Matlamat dan objektif
Soalan kajian atau hipotesis
metodologi
(20 markah)
2. Berikut adalah output analisis ujian T bagi sebuah kajian tindakan yang telah
dijalankan disebuah sekolah
Paired Samples Statistics
Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
Pair 1 pra 18.5000 30 23.12448 4.22193
pos 42.1000 30 25.92210 4.73271
Paired Samples Correlations
N Correlation Sig.
Pair 1 pra & pos 30 .845 .000
Paired Samples Test
Paired Differences
Mean
Std.
Deviation
Std. Error
Mean
95% Confidence Interval
of the Difference
t df
Sig. (2-
tailed)Lower Upper
Pair 1 pra - pos -
23.60000
13.92740 2.54278 -28.80058 -18.39942 -9.281 29 .000
Berikan tafsiran anda mengenai hasil kajian tersebut
(20 markah)
13. No. Kod : 3113
13 SULIT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2011
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( SEKOLAH RENDAH )
NO.KOD : 3113 TARIKH :
PERATURAN MEMBERI MARKAH
14. No. Kod : 3113
14 SULIT
BAHAGIAN A
30 markah
Jawab semua soalan.
1. B 11. D
2. D 12. B
3. D 13. D
4. D 14. B
5. C 15. C
6. D 16. D
7. D 17. D
8. C 18. A
9. C 19. D
10. C 20. B
20 x 1 markah = 20 markah
15. No. Kod : 3113
15 SULIT
BAHAGIAN B
Jawab semua soalan.
1. Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan
a. menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki
mutu kerja/amalan mereka.
b. memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat.
c. merupakan proses pembelajaran yang teratur.
d. membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.
e. menggalakkan fikiran yang terbuka.
f. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.
g. mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses
penyelidikan.
h. berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satu
lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian
serta renungan.
i. melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)
j. dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan,
kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.
1 fakta = 2 markah
5 fakta = 10 markah
16. No. Kod : 3113
16 SULIT
2. Empat peringkat proses penyelidikan tindakan
(a) Merancang
(b) Bertindak
(c) Memerhati
(d) merefleksi
1 fakta = 2.5 markah
4 fakta = 10 markah
3. Empat jenis cara pengumpulan data kajian kualitatif
(i) temubual (transkrip, catatan))
(ii) pemerhatian (nota lapangan)
(iii) analisis dokumen (Minit mesyuarat,sukatan,laporan)
(iv)Artifak (E-mel,memo,nota,borang,respons,gambar,video,foto)
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
1 fakta = 2.5 markah
4 fakta = 10 markah
4. Model kajian tindakan ( stephen kemmis)
1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat
4. Rancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
5. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen
6. Refleksi
Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti;
1). Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
1 fakta = 2 markah
5 fakta = 10 markah
17. No. Kod : 3113
17 SULIT
BAHAGIAN C
( 40 MARKAH )
1. Ringkasan proposal
Pernyataan Masalah
Kajian yang dirancang ini adalah untuk membantu murid-murid pra sekolah yang
tidak dapat mengenal huruf.. Tindakan yang dirancang untuk dijalankan ialah
dengan menggunakan kaedah permainan yang telah dikenal pasti sesuai dengan
tahap pemikiran murid-murid yang telah dikenal pasti bermasalah ini. Masalah yang
dihadapi oleh murid-murid ini perlu diatasi dengan segera kerana jika dibiarkan
berterusan mungkin murid-murid akan menghadapi masalah untuk meneruskan
pelajaran yang seterusnya kerana kemahiran mengenal huruf ini adalah antara
kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid pra sekolah
Matlamat dan objektif kajian
Umum -Mempertingkatkan kemahiran mengenal huruf bagi murid-murid pra sekolah
Khusus –
Membantu murid mengenal huruf dengan lebih cepat menggunakan kaedah
permainan roda impian
Mengenalpasti jenis huruf konsonan dan vokal
Soalan kajian dan hipotesis
Adakah murid dapat mengenalpasti huruf dengan baik ?
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan huruf antara pelajar lelaki
dan perempuan
Metodologi
Rekabentuk
Pengkaji menggunakan reka bentuk ujian pra-pasca menggunakan dua bentuk
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang telah diseimbangkan. Kajian
dimulakan dengan kedua-kedua kumpulan kawalan dan rawatan diberikan ujian pra.
Selepas itu kumpulan kawalan digunakan kaedah pengajaran tradisional sementara
kumpulan rawatan digunakan kaedah permainan roda impian. Selepas itu kedua-
kedua kumpulan kawalan dan rawatan diberikan ujian pasca yang sama untuk
menguji peningkatan penguasaan kemahiran menyebut huruf
Populasi dan sampel kajian
Kajian ini melibatkan 26 orang murid pra sekolah Al muttaqin. Pengkaji memilih
murid-murid pra sekolah ini kerana fokus kajian pengkaji ialah kelemahan dalam
kemahiran mengenalpasti huruf dan menyebut. Pengkaji memilih murid kelas ini
18. No. Kod : 3113
18 SULIT
untuk dijadikan sampel kerana penyelidik mengajar kelas ini semasa praktikum . 26
orang sampel ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan secara seimbang mengikut tahap pencapaian responden
berdasarkan keputusan ujian yang lepas bagi tunjang komunikasi. Kumpulan
rawatan seramai 13 orang akan diberikan rawatan menggunakan permainan roda
impian sementara kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan pengajaran
konvesional.
Instrumen
Data-data yang diperlukan dalam kajian ini dikumpul dengan menggunakan
beberapa instrumen-instrumen yang tertentu seperti instrumen soal selidik,
pemerhatian dan ujian pra-pasca. Instrumen yang digunakan telah disahkan untuk
memastikan data-data yang dikumpul mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
(20 markah)
2. Daripada Jadual , statistik asas menunjukkan min pencapaian pelajar pada ujian pra ialah
18.5 manakala min pencapaian pelajar pada ujian pos ialah 42.1. Perbezaan min antara
ujian pos dan ujian pra ialah 23.6 (rujuk Jadual )Korelasi antara ujian pra dan ujian pos ialah
0.845 dan statistik korelasi adalah signifikan (p < 0.05). Korelasi yang positif dan dengan
koefisien yang tinggi (r=0.690) ini menunjukkan pelajar yang memperoleh markah yang
tinggi pada ujian pra bercenderung untuk memperoleh markah yang tinggi pada ujian pos
dan sebaliknya. Berdasarkan Jadual statistik ujian t adalah signifikan (t=-9.281; df=29;
p<0.05). Ini bermakna rawatan atau program inovatif yang dijalankan oleh guru telah
mengakibatkan pencapaian pelajar yang lebih baik. Dengan perkataan lain, inovasi
melalui kajian tindakan yang dijalankan oleh guru secara signifikannya berjaya
menghasilkan pencapaian yang lebih baik.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah yang menghuraikan data-data
(20 markah)
3. (a) Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang
dilaksanakan oleh cikgu Atilah, proses ini melibatkan langkah-langkah yang
berikut:
1. Melakukan proses refleksi terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenal pasti fokus kajian.
3. Mengenal pasti objektif kajian.
4. Menentukan kumpulan sasaran.
5. Merancang dan melaksanakan tindakan bagi mengatasi permasalahan.
(b) mana-mana huraian langkah-langkah dari model kajian yang dipilih dari (a)
. Jawapan-jawapan lain yang munasabah
(20 markah